Você está na página 1de 19

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS SUBJEK JUDUL PENULIS : Pendidikan Islam TINGKATAN : 5 : Pendidikan Islam KBSM : Muhammad

Zaini Bin Yahya, Zamri Bin Abdul Rahim dan Affendi Bin Sahi. : Kementerian Pendidikan Malaysia Dan Dewan Bahasa Dan Pustaka : Percetakan Halim Sendirian Berhad, Cheras, Selangor : Cetakan 2007

PENERBIT TEMPAT TERBIT TAHUN TERBIT

ARAHAN Tandakan ( ) pada skor: 1: Lemah 2: Sederhana KOMPONEN A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP PERKARA 1 1. Kelengkapan isi kandungan SKOR 2 3

3: Baik

4: Cemerlang ULASAN (Halaman & Justifikasi)

Isi kandungan buku teks ini didapati lengkap iaitu ia menyediakan pecahan setiap topik kepada sub topik tertentu secara teratur. Ia dilengkapkan dengan nota, contoh serta gambar dan sumber rujukan internet yang dapat digunakan oleh pelajar. Selain daripada itu ia turut menyediakan ruangan kecil yang memaparkan maklumat tambahan dan persoalan yang merangsang minda pelajar untuk berfikir. Seterusnya sebagai pelengkap isi kandungan, penulis menyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat menguji pengetahuan pelajar hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui. Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk matapelajaran ini.

2. Keluasan isi kandungan

3. Kedalaman isi kandungan

Kandungan buku memberikan pededahan awal kepada pelajar tentang asasasas dalam perdagangan. Oleh yang demikian didapati penerangan dan nota yang disediakan dalam setiap bab bersesuaian.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya kebanyakannya isi kandungan adalah bersesuaian untuk memperkenalkan pelajar kepada matapelajaran perdagangan. walaubagaimanapun kebanyakan isi kandungan tersebut hanya pada aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Huraian dan contoh yang lebih terperinci diperlukan merujuk kepada pelbagai aras pengetahuan mengikut taksonomi bloom kerana setiap pelajar adalah berbeza tahap penerimaan dan keupayaan.

KOMPONEN B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN

PERKARA 1 4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta 5. Ketepatan contoh,kes, gambar, diagram dan ilustrasi 6. Ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol

SKOR 2 3

ULASAN (Halaman & Justifikasi) Konsep, definisi dan fakta yang digunakan bertepatan dengan isi kandungan.

Kebanyakan contoh ada disertakan ilustrasi gambar juga penerangan bagi gambar disediakan dan sesuai dengan isi kandungan.

Penulis telah membuat ruang kecil dalam muka surat yang dipilih yang dilabel dengan nama Info istilah bagi menerangkan sesuatu istilah yang digunakan dalam tajuk tersebut. Penulis juga konsisten dalam penggunaan istilah tersebut bagi subtajuk yang mempunyai kaitan dan masih mengekalkan penggunaan yang tepat terhadap istilah-istilah yang digunakan oleh para ulamak.

7. Ketepatan penulisan Melalui pengamatan saya seorang terhadap buku teks ini, tiada kesalahan mengikut dalam daftar ejaan. Ini kerana terdapat beberapa sahaja perkataan yang daftar diperbaharui dalam era jawi baru ini. ejaan. Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5 ini bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Penggunaan sesuatu istilah yang terkini dan jelas dapat memudahkan pelajar memahami arahan. Tahniah kepada penulis yang dapat memaparkan ejaan yang baru dan menggunakan istilah yang sepatutnya dan memeudahkan pembaca membuat rujukan menggunakan buku lain. Selain daripada itu pembaca juga tidak akan keliru apabila menggunakankan kitab rujukan arab. Penulisan buku teks akan menjadi contoh yang baik kepada pelajar dan guru. C. KEMUTAKHIRA N ISI KANDUNGAN 8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi 9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes sebenar. 10. Kemutakhiran daftar ejaan Oleh kerana cetakan pertama pada tahun 2003 sehingga cetakan kelima tahun 2007, maka dengan ini penggunaan contoh, gambar adalah kurang sesuai jika dibandingkan tahun sekarang 2012. Isi kandungan yang dipaparkan penulis amat baik kerana ada kesinambungan dari tingkatan yang sebelumnya. Mungkin perlu ditambah dengan kandungan tasauf agar pelajar dapat memahami ilmu Islam terus kehati.

Daftar ejaan dalam buku ini adalah yang terkini mengikut pembaharuan yang diperkenalkan mengantikan tulisan jawi lama.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring dengan perkembangan ilmu kecuali dari segi gambar yang dipaparkan dalam menerangkan situasi keadaan. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untuk menjamin kesahihan maklumat dan memastikan kandungan didalamnya dapat membimbing pelajar menghadapi perkembangan semasa terutamanya berkaitan perkara-perkara baru dalam hukum fiqh yang telah diperakui oleh ijmak ulama.

KOMPONEN D. KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN PELAJAR

PERKARA 1 11. Sesuai dengan perkemb angan dan kemampuan pelajar 12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobuday a pelajar 13.Mengguna kan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia)

SKOR 2 3

ULASAN (Halaman & Justifikasi) Pendidikan Islam memang sangat sesuai bagi semua perkembangan dan kemampuan pelajar. Kelebihan bagi pelajar bandar ialah dari segi menghadapi pembaharuan dalam kehidupan yang mencabar ini yang banyak terpengaruh dengan dunia luar yang liar. Bagi pelajar luar bandar pula yang jauh dari pengaruh dunia luar yang liar membuatkan pelajar dapat melaksanakan ilmu Islam dengan baik.

Contoh -contoh yang digunakan kebanyakannya sesuai dengan lingkungan sosiobudaya pelajar Bandar dan luar bandar.

Contoh dan gambar berdasarkan kes tempatan serta yang biasa dilihat oleh pelajar bagi semua peringkat.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Berdasarkan kesesuaian dengan kehidupan pelajar yang mempunyai perbezaan dari sosiobudaya pelajar bandar dan pelajar luar bandar, maka kesesusian yang ditunjukkan adalah amat baik. Cuma yang menjadi perbezaan ialah penerimaan pelajar dan tingkah laku mereka setelah mendapat tahu tentang apa yang patut dilakukan berlandaskan agama dalam mengharungi kehidupan yang penuh ujian dan dugaan ini. E. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN 14. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan (ikut subjek)

Kepekaan dan penerapan nilai adalah amat baik dalam pendidikan Islam rmula dari bab pertama iaitu tilawah alQuran yang bermula dengan tajuk pertama layanan baik terhadap orang bukan Islam sehingga ke bab akhir iaitu adab dan akhlak islamiah dengan tajuk terakhir adab berniaga. Sangat peka dengan wawasan Negara yang mahukan modal insan yang akan dilahirkan dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan integrity. Usaha penulis membuat ruang tazkirah dan ruang mutiara kata membolehkan nilai-nilai tempatan diketahui pembaca.

15. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/ wawasan negara

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Subjek ini sebenarnya telah ada akhlak yangmana penggunaan nilai lebih terarah kepada pelbagai agama yang ada di negara kita. Nilai-nilai murni yang diterap dalam buku teks ini misalnya melalui aktiviti berkumpulan akan malahirkan sikap kerjasama, tolong menolong. Di samping itu berdasarkan Isi kandungan dapat membimbing pelajar menjadi muslim yang sejati serta berdikari seterusnya melahirkan modal insan yang dapat membantu meningkatkan kestabilan hidup berbagai kaum dan kemakmuran negara. Walaubagaimanapun kebanyakan nilai-nilai murni ini adalah bersifat tersirat tetapi mudah didapati dan diketahui oleh pelajar. Kebiasaannya bagi pelajar mereka perlu memahami setiap isi kandungan bagi persediaan menghadapi peperiksaan.

KOMPONEN F. FOKUS KANDUNGAN

PERKARA 1 16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar.

SKOR 2 3

ULASAN (Halaman & Justifikasi) Ruangan info Islam dan info istilah dan dalam sesetengah halaman buku teks ini akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Begitu juga penulis turut meletakkan rujukan laman web bagi tajuk tertentu dalam ruangan jaringan maya yang mungkin boleh menimbulkan minat pelajar untuk cuba melayari laman web tersebut.

17. Memperkemba ngkan daya kreativiti

Aktiviti berkumpulan dan individu dapat merangsang pelajar berfikir secara luas dan berusaha mengumpul dan memproses maklumat serta daripada pembelajaran ini dapat mendorong pelajar membina idea baru contohnya bagaimana untuk menghafaz surah-surah pilihan dengan mudah serta memberanikan diri dalam pembincangan isu-isu semasa seperti mencari jodoh dalam laman sosial. Ciri-ciri seorang muslim yang faham tentang fardu ain dan fardu kifayah yang dipaparkan seperti inovatif, berani mnghadapi risiko, gigih dan tidak mudah putus asa dapat dijadikan contoh oleh pelajar agar menjadi individu yang sentiasa ingin maju dalam hidup dan tidak hanya menerima sesuatu keadaan tanpa sebarang tindakbalas atau persoalan.Sebaliknya mereka akan sentiasa ingin mengetahui apa jua punca sesuatu kejadian contohnya apabila gagal dalam sesuatu mereka akan menilai mengapa situasi itu berlaku.

18. Mengembangk an daya kritikal

19. Mengembangk an kemahiran hidup

Pendidikan Islam memang mengajar manusia tentang mengembangkan lagi kemahiran hidup terhadap diri sendiri dan bersosial dengan orang lain. Selain itu, dalam Pendidikan Islam tingkatan 5 ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan berumah tangga serta permasalahan sekitarnya.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan dalam fardu ain dan fardu kifayah yang lebih luas dalam kehidupan sekarang. Walaubagaimanapun guru perlu membantu pelajar dengan penjelasan yang mendalam serta mengaitkan setiap kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini kerana keupayaan pelajar adalah berbeza berdasarkan pengalaman hidup dan pembelajaran mereka. KOMPONEN G. TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN PERKARA 1 20. Bab dan sub bab di paparkan secara konsistensi dan sistematik SKOR 2 3 ULASAN (Halaman & Justifikasi) Setiap bahagian dipaparkan secara konsistensi dan menggunakan sistem pernomboran yang sistematik. Setiap tajuk besar menjadi pendahuluan dan akan diikuti oleh beberapa sub tajuk kecil yang memaparkan isi berdasarkan kandungan bab.Seterusnya diikuti oleh rumusan dan latihan sebagai penutup. Cuma di bab sirah dan tamadun Islam yang meletakkan senarai tajuk sirah dan senarai tokohtokoh ilmuan di dalam turutan yang sama.(Lampiran 2)

21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta

Setiap permulaan bab dimulakan dengan definisi dan penjelasan bagi setiap penggunaan istilah dan kemudiannya diikuti dengan nota dan diselang sekikan dengan aktiviti kumpulan. Seterusnya bahagian rumusan dan latihan pengukuhan untuk bab tersebut. Dapat mengembangkan kefahaman pelajar dan melaksanakan supaya boleh bertindak sebagai seorang muslim sejati selaras dengan akhlak Islam. Di samping itu menjadikan pelajar bertindak dengan bijak dan dapat menyesuaikan diri mengikut perkembangan dunia yang maju dengan teknologi semasa. Pembentukan dahsiah secara tidak langsung mengembangkan kemahiran mengendalikan urusan diri dan keluarga secara teratur, kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan tatasusila masyarakat dan bijak mengumpul, memproses maklumat secara sistematik, seterusnya membuat keputusan yang rasional.

22. Bersifat konstekstual

23. Keseimbangan di antara bab dan sub Bab

Bab dab sub bab yang terkandung adalah seimbang berdasarkan keperluan yang difikirkan patut oleh penulis untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam urusan diri terhadap kehidupan sebenar. Kesinambungan antara bab dan sub bab adalah bersesuaian dengan dengan topik perbincangan bagi setiap bab dalam buku ini. Kebiasaannya, pelajar mula didedahkan dengan kefahaman terhadap ayat-ayat dan surah pilihan dari al-Quran dan kefahaman beberapa hadis pilihan. Selain daripada itu kandungan sebelumnya dapat membantu pelajar memahami pembelajaran isi kandungan selanjutnya. Seterusnya pengetahuan pelajar semakin ditambah dengan lebih mendalam tentang sirah dan tamadun Islam serta mengenal tokoh-tokoh ilmuan Islam.

24. Kesinambungan di antara bab/ sub bab/ topik.

25. Keutuhan makna bab/ sub bab/ topik

Isi kandungan nota yang ditulis dalam buku ini adalah menggambarkan tema berkaitan sukatan pelajaran untuk Pendidikan Islam tingkatan 5.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa teknik penyajian buku ini memang memuaskan dimana pelajar diperkenalkan kepada kesinambungan daripada bab-bab tingkatan yang sebelumnya. Termasuk juga ub bab dan topik dalam kandungan buku teks ini. Hanya pembahagian di bab sirah dan tamadun Islam diantara sirah tamadun dengan tokoh-tokoh ilmuan Islam sahaja yang patut di bahagi kepada dua sub topik besar dalam bab ini. Ini akan memudahkan pelajar membezakan sirah tamadun dan sirah tokoh.

KOMPONEN H. PEMAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN

PERKARA 1 26. Berpusatkan kepada pelajar

SKOR 2 3

ULASAN (Halaman & Justifikasi) Sebahagian kandungan buku ini berpusatkan pelajar iaitu selain daripada nota, bentuk latihan yang disediakan aktiviti berkumpulan dan perbincangan dimana penglibatan pelajar diperlukan. Juga terdapat sumbangsaran. Dalam aktiviti kumpulan atau individu dinyatakan apa yang perlu pelajar lakukan serta terdapat latihan melabel gambarajah secara tidak langsung merangsang pemikiran pelajar. Penyampaian informasi dalam buku teks ini bervariasi iaitu selain penerangan nota, ia juga menggunakan peta minda seperti m/s 99 dan 103, jadual keterangan seperti m/s 91 dan 122, gambar seperti m/s 160 dan gambar peta seperti m/s 205 bagi menerangkan sesuatu proses atau ciri sesutau struktur. Walaupunbagaimanapun paparan dalam buku ini kurang menarik kerana kebanyakan paparan gambar hanya menggunakan warna yang kurang menyerlah . Ini hanya sedikit menjejaskan imej keceriaan buku teks kerana dan tidak dapat pelajar untuk membaca atau menggunakannya sebagai rujukan. Buku ini tidak bias kepada pelajar bandar tetapi bias kepada pelajar luar bandar. Ini kerana lokasi di pedalaman menyukarkan pelajar untuk merasai perkembangan semasa serta kemudahan ICT. Oleh yang demikian sesuatu yang biasa bagi pelajar bandar menjadi perkara baru bagi pelajar luar bandar.Contohnya http://www.islam.gov.my/

27. Pembelajaran kendiri

28. Bervariasi

29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi, gender, etnik dll)

30. Mengembangkan kemahiran proses

Gaya pemaparan kandungan pembelajaran dalam buku ini dapat membantu mengembangkan kemahiran proses pelajar iaitu pelajar mendapat pendedahan dan gambaran awal beberapa proses yang berkaitan dengan alam rumahtangga dan permasalahan yang berkaitan. Kemahiran ini terletak di bab Ulum Syariyyah, sub bab ibadah pada m/s 89 170. Terdapat kemahiran hidup sosial yang lain di bab adab dan akhlak Islamiah. Segala pengetahuan mengenai proses ini dapat merangsang pelajar berfikir bagaimana strategi dan proses untuk memulakan perniagaan dan merangsang mereka membuat keputusan yang rasional dalam menjadi individu yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

31. Mencipta komunikasi interaktif

Melalui sesi perbincangan berdasarkan pelbagai bentuk latihan seperti kerja kumpulan dan forum yang disarankan dalam buku ini dapat mewujudkan komunikasi yang interaktif dari pekbagai hala. Aktiviti ini akan merangsang pelajar berfikir, bekerjasama untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan. Dalam sub topik aqidah ahli sunnah wal jamaah mengajar pelajar tentang penekankan terhadap kepentingan aqidah yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Nabi (SAW) dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda. Ini bagi menjamin keselamatan aqidah yang betul dapat dipelihara.

32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa bahagian pemaparan isi kandungan buku teks ini hampir lengkap dari segi penyediaan nota dan bentuk-bentuk latihan sebagai pengukuhan kepada pelajar, tetapi ada kelemahan dari segi paparan iaitu penggunaan warna dalam penyampaian ini mungkin disebabkan faktor untuk menjimatkan kos pengeluaran buku ini. Oleh yang demikian dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai warna agar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar menggunakannya dan secara tidak langsung, objektif buku ini dikeluarkanakan tercapai serta segala kos yang terlibat tidak sia-sia. Ini kerana terdapat banyak pilihan buku rujukan di pasaran pada masa kini lebih menarik berbanding buku teks sekolah.

I. KELENGKAPAN DOKUMENTASI

33. Pengantar

Buku ini ada menyediakan ruangan kata pengantar dimana ia menjelaskan tentang tahap tahap kualiti penyediaan buku ini melalui semakan semula dan diperakui oleh Kementerian Pelajaran serta memenuhi Sukatan dan Huraian sukatan Pelajaran. Pada bahagian helaian belakang buku ada disediakan ruangan Glosari dimana pelajar dapat membuat rujukan bagi Istialah yang digunakan dalam buku ini. Pada awal pengenalan bab bagi setiap topik ada disediakan tajuk, obejektif dan hasil pembelajaran, motif pembelajaran dan rajah peta minda yang menerangkan bab tersebut. Ini memudahkan pelajar mengetahui apa yang akan dipelajari atau apa yang perlu diketahui melalui pembacaan dan pembelajaran dari bab tersebut. Di samping itu penulis juga meletakkan ilustrasi gambar yang berkaitan dengan bab dan ini membantu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar.

34. Definisi istilah

35. Advance organizer pada awal bab

36. Sumber/ rujukan terkini untuk teks, gambar, jadual, diagram, lampiran, nama, tarikh termasuk sumber atas talian. 37. Rumusan

Berdasarkan sumber rujukan buku yang disenaraikan penulis buku ini kebanyakannya menggunakan sumber rujukan buku dalam lingkungan tahun 1958 1996. Hampir 80% rujukan yang digunakan adalah dari kitab-kitab arab yang dicetak di luar Negara seperti dari Mesir, Jordan, Syria dan sebagainya. (rujuk lampiran bahagian senarai rujukan).

Setiap bab disediakan rumusan pada akhir topik, ringkas memudahkan pelajar melihat 'point' penting dalam setiap bab. Walaubagaimanapun ringkasan yang baik tidak hanya mengulangi isi penting dari bab sahaja tetapi perlu di selitkan maklumat baru supaya pelajar lebih berminat untuk membaca ruangan ini, disamping menambah pengetahuan pelajar.

38. Tugasan dan contoh-contoh soalan pada setiap bab.

Pada akhir setiap sub topik disediakan aktiviti kelas dan kumpulan berbentuk perbincangan ataupun soalan berkaitan. Bagi setiap akhir setiap bab pula di sediakan soalan dan penilaian berbentuk esei dan kajian kes sebagai aktiviti pengukuhan pelajar. Skor yang diberi 2 sebab tidak ada soalan objektif yangmana dalam SPM terdapat soalan objektif walaupun hanya 20 soalan. Daftar pustaka untuk buku ini dinyatakan pada bahagian awal buku iaitu dimulakan dengan judul buku, nama pengarang(seramai 3 orang), nama editor, nama dan alamat penerbit (Dewan Bahasa dan Pustaka), tahun terbitan serta tempat cetakan buku ini di buat (Percetakan Halim Sdn. Bhd).

39. Daftar pustaka

40. Indeks

Ruangan Indeks ada di sediakan dan ini memudahkan pengguna buku ini mencari kedudukan dan makna sesuatu istilah atau perkataan berkaitan teks dan ditulis mengikut turutan alphabet (rujuk m/s 293-294). Buku ini ada menyediakan lampiran bagi Senarai Rujukan dan Indeks di mana ia dapat menjadi panduan rujukan tambahan pelajar.

41. Lampiran

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap , dimulakan dengan kata pengantar sebagai bahagian pengenalan buku. Seterusnya berdasarkan susunan nota dan di selang selikan dengan latihan dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku ini sebagai bahagian isi. Hanya latihan bagi soalan objektif sahaja yang perlu dimasukkan dalam buku teks ini. Walaupun buku teks ini masih digunakan sampai sekarang tetapi format soalan SPM telah berubah dengan masuknya soalan objektif. Diikuti bahagian penutup iaitu senarai rujukan dan indeks. Walaubagaimanapun ruangan sumber rujukan perlu dibuat menjadi lebih menarik supaya dapat di manfaatkan dan merangsang pelajar untuk menggunakan sebagai rujukan tambahan misalnya meletakkan ilustrasi gambar buku yang menjadi rujukan tersebut dan guru perlu menerangkan kegunaan senarai rujukan tersebut.

Laporan analisis buku teks Pendidikan Islam tingkatan 5. Pengenalan Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan. Langkah ini selaras dengan pernyataan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia. Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR menekankan kemahiran membaca al-Quran, Asas 'Ulum Syar'iyah dan Asas Akhlak Islamiyah sebagai fardu 'ain kepada setiap individu. Dalam KBSM pula, para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan penghayatan mereka dalam bidang Tilawah al-Quran, 'Ulum Syari'yah dan Akhlak Islamiyah. Pendidikan Islam KBSM akan memberikan penekanan dan tumpuan yang sepenuhnya kepada aspek pengukuhan aqidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah dalam kehidupan harian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup harian seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek amalan dan penghayatan. Penghayatan fardu 'ain yang dipupuk pada peringkat sekolah rendah diperkukuh dan dipertingkatkan lagi pada peringkat sekolah menengah. Pelajar akan mengamalkan kewajipan ini sebagai tuntutan asasi dan benteng yang padu bagi menangani arus globalisasi dalam kehidupan seharian. Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 5 ini ditulis meliputi kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSM yang telah ditetapkan oleh Kementeriaan Pendidikan Malaysia. Buku teks ini ditulis untuk merealisasikan matlamat KBSM iaitu untuk melahirkan murid yang mampu berdikari, berketrampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab, peka terhadap perkembangan teknologi dan ekonomi semasa dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan bagi mewujudkan kemakmuran dan keharmonian keluarga dan masyarakat. Buku teks ini dipersembahkan dalam tulisan jawi yang telah diperbaharui mengikut konteks terkini. Buku teks ini memfokuskan kepada aspek fardhu ain dan aspek utam fardhu kifayah dari segi sumbangan pendidikan Islam terhadap pembangunan amadun Islam, bangsa dan negara. Buku teks ini mengandungi lima bahagian iaitu Tilawah al-Quran, hadith, Ulum Syariyyah, Sirah Dan Tamadun Islam serta Adab Dan Akhlak Islamiah. Tilawah al-Quran menekankan aspek membaca, menghafaz, dan memahami kandungannya. Hadith menekankan aspek fahaman hadith dan akplikasinya dalam kehidupan. Ulum Syariyyah menekankan aspek Aqidah yang benar dan cara membina rumahtangga bahagia berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Tamadun Islam menekankan aspek pembinaan kerajaan abbasiah serta kejatuhannya dan tokoh-tokoh penting Islam. Manakala Adab dan Akhlak Islamiah menekankan aspek nilai-nilai murni yang berteraskan al-Quran dan asSunnah. Di dalam semua bahagian terdapat 38 tajuk pelajaran. Pada setiap tajuk pelajaran tersebut dimulakan dengan objektif( pada akhir pelajaran murid akan dapat) dan di akhirkan dengan aktiviti untuk pelajar dan penilaian bagi melihat penguasaan sertaa pencapaian pelajar mempelajari tajuk tersebut. Buku ini dilengkapi dengan bahan-bahan sampingan yang disediakan dalam ruangan tertentu di beberapa muka surat seperti Info Islam, Tazkirah, Doa, Mutiara Kata dan Jaringan Maya. Ruangan Info Islam mengandungi maklumat tambahan kepada pelajar. Ruangan Tazkirah mengandungi peringatan untuk membantu pelajar mengamalkan dan menghayati pelajaran. Ruangan Doa mengandungi doa yang ringkas bersama makna yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian pelajar. Ruangan Mutiara Kata mengandungi madah, pantun, syair dan kata hukama` untuk diambil iktibar oleh pelajar. Ruangan Jaringan Maya pula mengandungi bimbingan kepada pelajar menggunakan informasi teknologi maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

Matlamat/ objektif mata pelajaran. Sesebuah kursus yang dibina pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan dan setiap guru haruslah memastikan bahawa mereka dapat mencapai matlamat yang ditetapkandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Taba (1962), matlamat utama sesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menyampaikan pengetahuan. Pengetahuan terbahagi kepada empat peringkat iaitu data atau fakta, konsep, generalisasi dan prinsip. Ini membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek kognitif, psikomotor, afektif, rohaniah dan sosial. Hal ini juga boleh menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif serta membantu murid untuk berdikari. Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan. Ia merangkkumi segala aspek yang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan mengikut prinsip Islam. Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolah atau di pejabat (Jabatan dan Kementerian), kriteria pemilihan guru, pemilihan kakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah, matlamat dan segala-galanya mesti berdasarkan kepada prinsip Islam. Kalau tidak berdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam, walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan Agama Islam yang diajar di sekolah, di maktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusi pendidikan. Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan sebagai tempelan atau sulaman sahaja. Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orang Islam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem, sebaliknya lahir daripada tempelan. Matlamat Pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik dan melahirkan insan yang soleh yang tidak mengenal batas masa, negeri dan bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat. Matlamat Pendidikan Islam ini adalah untuk melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Selain itu, matlamat Pendidikan Islam juga adalah untuk membentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, spritual, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan mukmin yang bertakwa untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Objektif Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ialah: memperkukuhkan kemahiran membaca, memahami, menghafaz dan menghayati alQuran yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah, memperkukuh dan mempertingkatkan amalan ibadat solat dan ibadat-ibadat lain yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah, membaca, memahami dan menghayati kandungan al-Quran serta menghafaz ayatayat yang ada kaitan dengan amalan dalam kehidupan harian, memahami dan menghayati kandungan hadis-hadis Rasulullah S.A.W., memperkukuh pegangan aqidah Islamiah dan mengaitkan konsep tauhid dalam keseluruhan aspek hidup, membina keperibadaian serta mengamalkan akhlak mulia, sifat-sifat yang terpuji dan menghindari sifat-sifat yang tercela, memahami konsep ibadat dan mengamalkannya dengan betul dan sempurna, memahami, mengambil pengajaran dan meneladani sirah Rasulullah S.A.W., para sahabat R.A dan Tamadun Islam dan memahami, mengamalkan dan menghayati Islam sebagai satu cara hidup.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

10

Kekuatan yang terdapat pada buku teks. Buku teks ini mempunyai kandungan yang luas tetapi padat di mana ia meliputi kesemua topik dalam dua bahagian utama mengikut huraian sukatan pelajaran. Sebagai contohnya, terdapat 2 bab di bawah bahagian al-Quran dan hadith bermula dengan bab pertama iaitu Tilawah al-Quran yangmana mempunyai 6 tajuk pelajaran. Buku teks ini merangkumi pelbagai keperluan yang perlu ada pada seseorang selaras dengan keperluan dalam sukatan pelajaran KBSM. Selain itu, buku teks ini juga dimuatkan dengan maklumat tambahan seperti Mutiara Kata, Tazkirah, Info Islam, Info Istilah, Jaringan Maya, Tamadun, Aktiviti dan penilaian yang bertujuan untuk meransangkan pembelajaran dan mencetuskan daya pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan dalam teks berkenaan. Kebanyakan isi kandungan tersebut mempunyai himpunan hampir aras Taksonomi Bloom. Buku teks Pendidikan Islam tingkatan 5 menepati ciri-ciri buku teks yang baik kerana ia menepati konsep, definisi yang tepat serta fakta fakta yang dijelaskan adalah tepat dan relevan. Kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring dengan perkembangan ilmu dan isu-isu semasa. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untuk menjamin kesahihan maklumat dan memastikan kandungan di dalamnya dapat membimbing pelajar menghadapi perkembangan semasa terutamanya berkaitan perkara-perkara asas fardhu ain dan fardhu kifayah serta ilmu rumah tangga. Penulis menitikberatkan isi pelajaran dengan kesesuaian kehidupan pelajar. Jika dilihat pada aspek kemampuan pelajar, kebanyakkan bahagian di dalam buku teks mencapai tahap kemampuan kognitif dan psikomotor pelajar. Begitu juga dengan kaitan di antara isi pelajaran dengan situasi sosiobudaya pelajar yang juga menggunakan contoh-contoh yang terdapat di Malaysia. Melalui penilaian, buku teks ini mengandungi memang menerapkan unsur-unsur yang menujukkan kepekaan terhadap nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang diterapkan amat bertepatan dengan isi pelajaran, malah nilai-nilai tersebut dikaitkan juga dengan amalan seharian mereka sama ada ketika mereka berada di sekolah atau pun di luar sekolah. Nilai-nilai murni yang menyentuh gagasan juga ada dinyatakan namun tidak sebanyak nilai-nilai tempatan. Secara keseluruhannya, buku teks ini diolah dengan baik. Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu, fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajar tentang dunia kehidupan sebenar. Buku ini telah membantu pelajar dengan memberi penjelasan yang mendalam serta mengaitkan isi kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari di sekolah. Isi pelajaran yang terkandung di dalam buku teks ini bagus dan sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar. Di dalam bab Ibadah, penyusunan yang baik tentang tajuk pelajaran bermula dengan Perkahwinan dalam Islam dan seterusnya tentang permasalahan sekitarnya. Penyusunan ini memang baik kepada pelajar dalam memahami setiap apa yang mereka perlu tahu untuk membentuk sebuah keluarga. Penulis telah membangkitkan sifat ingin tahu seseorang pelajar bagi menyelesaikan masalah yang hanya berlaku disekitar mereka sahaja. Penulis juga ada menyatakan persoalan pada minda pada bahagian tazkirah yang ada hanya hampir separuh bab sahaja. Tazkirah seperti ini juga didapati berfungsi bagi menaikkan sifat ingin tahu pelajar. Kekurangan yang terdapat pada buku teks Gambar yang terdapat dalam buku teks ini kurang memuaskan dari segi kejelasan. Penjimatan wang dalam hal penerbitan terhadap warna tidak dipertikai kerana ianya sudah memadai untuk dipaparkan dalam buku teks sekolah yang diberi percuma. Selain kurang jelas, oleh kerana buku teks adalah cetakan 2007 maka gambar dalam perkembangan zaman sekarang tidak dapat dipaparkan. Oleh itu, pelajar masih memandang gambar yang mereka telah lihat lima tahun dahulu ketika di tingkatan 1. Kulit buku juga boleh ditukar dengan gabungan teknik-teknik terkini sekarang bagi menampakkan sesuatu yang boleh menarik minat pelajar untuk membuka dan terus membaca. Di dalam buku teks ini terdapat

11

banyak kandungan yang seiring dengan ilmu dan teknologi. Contohnya seperti Jaringan Maya di dalam hampir keseluruhan bab yang boleh membantu pelajar mendapat maklumat tentang tajuk yang diajar. Tetapi, kebanyakannya adalah maklumat yang lama dan terdapat beberapa laman web yang dicadangkan tidak dapat lagi dilayari seperti pada muka surat 152. Sesetengah contoh dan isu yang digunakan dalam buku teks adalah tidak sesuai dengan perkembangan masa kini. Buku teks ini juga kurang diselit dengan kes-kes sebenar yang terkini dan juga kes kajian. Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakan pada masa kini dijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalam buku ini tidak menarik dan tidak terkini. Melihat kepada isi kandungan dan contoh yang digunakan , ia lebih mudah bagi pelajar yang mempunyai sumber lain sebagai rujukan. Ini kerana latar belakang pelajar dan pengalaman hidup pelajar yang berbeza. Walaupun penyediaan buku teks ini mengikut keperluan yang sesuai bagi tahap pelajar ini, tetapi hakikatnya pelajar yang kurang penghayatan akan tetap menghadapi masalah. Cadangan menambahbaik buku teks Cadangan penambahbaikan untuk buku teks ini ialah penulis boleh menambah lagi aktiviti untuk pelajar yang lebih mengalakkan pelajar untuk bekerjasama dalam kumpulan, melibatkan KBKK, sesi pembelajaran yang melibatkan permainan contohnya seperti permainan Teka Silang Kata mengikut giliran di mana pelajar perlu melontar dadu untuk untuk menentukan giliran permainan tersebut.. Jika mereka terpilih dengan balingan dadu, mereka akan diberi satu masa untuk menjawab soalan bagi mengiri silang kata tersebut. Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, mereka akan kekal dikedudukan itu dan sekiranya mereka dapat menjawab soalan diberi mereka boleh melontar dadu untuk melangkah ke depan. Pemenang dipilih berdasarkan banyak dan betul soalan teka dijawab dengan siapa yang tiba dipetak terakhir dahulu akan menjadi pemenang. Penilaian yang ada dalam buku teks ini adalah dalam bentuk esei, maka apa yang diperlukan ialah menambahkan penilaian dalam bentuk objektif bagi memudahkan pelajar faham kehendak soalan dalam SPM. Ini juga boleh dalam penyediaan CD digunakan sebagai ruangan latihan Selain itu, di dalam CD ini juga boleh dilengkapkandengan contohcontoh ayat-ayat al-Quran dengan bacaan Qari yang boleh didengari pelajar dan mendengar bacaan yang betul. Ia dapat memberikan pelajar idea awal untuk digunakan sebagai contoh dalam menyediakan tugasan kelas amali pelajar. CD ini boleh disertakan sebagai lampiran dalam buku teks. Dengan cara ini,dapat menjadikan matapelajaran Pendidikan Islam lebih diberi penumpuan dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih faham dan penuh penghayatan dalam melayari kehiudpan yang mencabar ini. Selain itu, ia dapat membantu guru menambahkan bahan rujukan atau bahan tayangan kepada pelajar bagi menambahkan pemahaman mengenai isi pelajaran. Pelajar juga dapat merujuk CD ini sebelum memulakan kelas amali agar mereka dapat memikirkan idea awal bagi digunakan dalam menghasilkan produk yang akan dipelajari dalam kelas yang akan datang. Selain itu, gambar-gambar yang digunakan di dalam buku ini adalah gambar lama dan kurang jelas. Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakan pada masa kini dijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalam buku ini tidak menarik dan tidak terkini. Jadi, gambar dan contoh yang digunakan dalam buku teks ini mesti sesuai dengan keadaan semasa. Pengamatan terhadap gamabr ini berbeza jika melihat pada latar belakang pelajar dan pengalaman hidup pelajar. Cadangan penambaikkan untuk buku teks ini adalah dengan menambah pelbagai aktiviti yang menarik seperti aktiviti bersandarkan kepada Program Based Learning, inkuiri, kolabratif dan permainan yang boleh melahirkan pelajar berfikiran maju dan bertanggunjawab. Terdapat banyak penghayatan yang bersifat tersirat. Oleh itu guru perlu menjadi Muallim, Murabbi, Muaddib dan Daie dalam menerangkan Pendidikan Islam yang berasaskan al-Quran dan asSunnah ini.

12

Penutup Buku teks kini tidak hanya memaparkan bahan baku yang perlu dimentelaah dan dihafal. Sebaliknya buku teks kini mengajak pembacanya berinteraksi secara aktif, seperti mempersoalkan isu atau pendapat yang dikemukakan agar pembaca mengambil bahagian dalam perbincangan. Namun demikian, penggunaan buku teks lebih bermakna sekiranya guru menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Buku teks juga memberi pengalaman pembelajaran yang seragam kepada pelajar. Pengalaman ini memberi pengetahuan yang boleh menyediakan pelajar ketahap persekolahan yang lebih tinggi dari aspek perkembangan fizikal dan mental pelajar. Dengan kata lain, buku teks adalah berperanan dalam membangun dan membina keyakinan diri, kental menghadapi cabaran, menerap nilai serta dapat memastikan perkembangan diri pelajar adalah menyeluruh, seimbang dan sepadu. Ilmu pengetahuan asas menjadi wadah bagi pengumpulan dan pemahaman ilmu yang lebih komplek di kemudian hari Secara kesimpulannya analisis dan penilaian buku teks ini telah membantu pelajar dan guru dalam mengesan kelemahan dan kelebihan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5 ini. Penilaian buku teks perlu bagi mengekalkan kualiti buku teks dan memastikan ia berfungsi sebagai sumber pembelajaran utama murid. Buku teks yang berkualiti dapat membantu murid menguasai konsep dan kemahiran serta mengembangkan lagi pengetahuan murid dalam bidang ilmu yang dipelajari melalui sesuatu mata pelajaran di sekolah. Bibliografi Muhammad Zaini bin Yahya, Zamri bin Abdul Rahim dan Affendi bin Sahi. 2007. Pendidikan Islam Tingkatan 5 Buku teks KBSM. Dewan Bahasa dan Pustaka. BAHAGIAN BUKU TEKS KPM. http://www.moe.gov.my/bbt/ Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Edisi Kedua. Quantun Books. Tanjong Malim: Adnan Kamis. 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

13

Lampiran Kulit Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 5

14

Senarai Rujukan

15

Senarai Indeks

16

Kandungan Bab Ibadah Dan Sirah dan Tamadun Islam

17

Peta Minda

18

Objektif Dipermulaan Bab

19

Você também pode gostar