Você está na página 1de 5

UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Jabatan Ikhtisas Pendidikan

PERKEMBANGAN KURIKULUM
( BBE 4122 )

KUIZ 1

NAMA NO. MATRIK PENSYARAH SOALAN 1

: EZAFAHRINA BINTI EZUDDIN : AB090028 : DR. NORAZMAN BIN ABDUL SAMAD

Bincangkan kepentingan transformasi pendidikan KBSR-KSSR.

Kurikulun Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan pada tahun 1983. Namun, Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan untuk melakukan transformasi pendidikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2011. Transformasi ini dilakukan demi beberapa kepentingan yang dipandang mustahak oleh kementerian. Pelaksanaan KSSR adalah satu usaha untuk menambahbaik sistem pendidikan Negara yang berakar umbi daripada sekolah rendah. Penambahbaikkan ini diperlukan bagi memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan semasa serta akan datang. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikkan kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran masa kini. Dengan penambahan fokus KSSR kepada 4M (KBSR fokus kepada 3M) yang mengambilkira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi, serta elemen keusahawanan pastinya hasrat KSSR untuk menghasilkan murid yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis, dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai akan tercapai. KSSR juga berkepentingan bagi memastikan pendidikan negara bertaraf global setanding dengan pendidikan negara maju. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan KSSR berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Transformasi kepada KSSR juga berkepentingan dalam pentaksiran. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid yang membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kelemahan dan kekuatan murid serta dapat mengenalpasti bakat dan minat murid. Selain itu, penilaian yang dilakukan oleh pihak sekolah menyebabkan murid mempunyai daya saing untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping dapat meningkatkan pencapaian mereka.

SOALAN 2 Huraikan maksud analisis keperluan dalam kurikulum. Analisis keperluan adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat yang berguna dalam penggunaan kurikulum. Analisis melibatkan penentuan keperluan yang menawarkan satu program, keperluan semasa, keperluan pelajar dan sebagainya. Proses ini boleh dilakukan melalui soal selidik, temuduga, laporan dan polisi, pandangan token politik dan akademik, badan-badan professional, dan lain-lain stakeholder dalam pendidikan. Maklumat yang diperolehi daripada analisis keperluan dapat membantu dalam menentukan objektif dan kandungan program, strategi pengajaran dan pembelajaran dan juga dalam penggubalan kurikulum keseluruhannya.

SOALAN 3 Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum di Malaysia. Di Malaysia, kurikulum telah melalui beberapa perubahan mengikut revolusi pendidikan global. Terkini, perubahan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah KSSR, KSSM, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), 1 Murid 1 Sukan, Transformasi Pendidikan Vokasional, Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan. Perubahan-perubahan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah penemuan ilmu-ilmu baru atau penemuan ilmu-ilmu baru. Pengetahuan sentiasa berkembang dan tidak statik. Ilmu dapat ditimba dengan kemudahan teknologi seperti membaca akhbar, majalah atau mendengar melalui radio, atau melihat melalui televisyen. Contohnya ilmu perubatan berkembang akibat kepesatan perkembangan ilmu perubatan.jadi penggubal kurikulum perlu peka untuk mengemaskini supaya penerima kurikulum mendapat ilmu mutakhir. Faktor yang kedua ialah keperluan individu dalam sesuatu masyarakat itu berbeza dalam sesuatu zaman. Keperluan individu memerlukan nilai tambah mengikut peredaran zaman. Jika sebelum ini keperluan individu ialah 3M iaitu membaca, menulis dan mengira tetapi zaman mendesak individu untuk mempunyai kemahiran menaakul. Itulah

salah satu faktor Kementerian Pelajaran Malaysia menukarkan KBSR kepada KSSR. Potensi individu juga perlu dikembangkan sejajar dengan waktu. Faktor yang seterusnya ialah keperluan universal. Keperluan universal ialah dengan menyebarkan ilmu dan latihan kepada murid untuk membolehkan murid menerapkan pemahaman kerjasama secara universal.keperluan universal juga dilakukan dengan penambahbaikan cara hidup masyarakat dengan menekankan nilai, sentimen, ilmu dan kemahiran untuk memastikan kestabilan masyarakat , motivasi individu dan kawalan tingkah laku. Faktor kehendak masyarakat yang sentiasa berubah juga mendorong kepada perubahan kurikulum. Hal ini demikian kerana zaman merubah pemikiran masyarakat untuk menjadi lebih dewasa dan matang. Setuerusnya faktor perubahan disebabkan oleh perkembangan dasar kerajaan. Setiap perubahan dilaksanakan untuk mengikuti perkembangan dasar kerajaan supaya ianya tidak ketinggalan dan bercanggah dengan dasar yang telah diperbaharui oleh kerajaan. Perubahan pkurikulum jega dilaksanakan atas sebab kelemahan yang terdapat dalam kurikulum sedia ada. Kelemahan ini perlu diperbaiki, maka, wujudlah perubahan dalam kurikulum.

Você também pode gostar