Você está na página 1de 68

ABSTRAK

Masalah Stres dan depresi merupakan masalah yang sering terjadi dalam kehidupan

seharian. Pertambahan tanggungjawab,bebanan kerja menjadikan stres dan depresi

kepada individu terutamanya pelajar, dan keadaan ini memberi kesan kepada

pencapaian akademik yang dapat dilihat dari segi kepelbagaian etnik dan jantina.

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh stres dan depresi dalam pencapaian

akademik (PNGK) melalui faktor jantina dan etnik. Seramai 102 orang pelajar Sekolah

Psikologi dan Kerja Sosial telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian

ini. Cara laporan kendiri yang telah digunakan ialah menggunakan korelasi, ujian-t,dan

Anova. Keputusan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (k>.05)

pengaruh stres dan depresi kepada pencapaian akademik (PNGK) walau bagaimanapun,

faktor jantina dan etnik menunjukkan hubungan yang signifikan dalam memberi

sumbangan tahap stres dan depresi. Secara keseluruhannya, mungkin terdapat faktor

lain yang memberi kesan kepada pencapaian akademik (PNGK). Namun demikian faktor

demikian belum dapat dikenal pasti kerana masa kajian terlalu singkat. Kajian yang

bakal dilakukan pada masa hadapan diharapkan dapat meneroka faktor yang memberi

kesan kepada permasalahan pelajar tersebut.

1
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada masa ini, stres atau tekanan telah menjadi suatu yang popular dalam bahasa kita,

Maltz (1964) (dlm Saralah Devi Mariamharan, 2002). Bahkan zaman ini juga sering

disebut sebagai abad stres, di mana setiap manusia membicarakan tentang stres. Topik ini

bukan sahaja hangat dibicarakan tetapi ia juga mendapat tempat di televisyen, radio,

majalah dan dijadikan kursus di Universiti-universiti tempatan mengikut Maltz (1964)

(dlm Saralah Devi Mariamharan, 2002) dalam kehidupan harian manusia tidak dapat

terhindar daripada mengalami stres. Stres merupakan sesuatu yang bersifat universal

yang terjadi pada setiap pengalaman kehidupan harian manusia. Secara umumnya,

diyakini bahawa stres telah menjadi bahagian yang tidak boleh dipisahkan dalam

kehidupan manusia (Goleman 1995) (dlm Saralah Devi Mariamharan, 2002).

Stres yang kurang serius tidak dapat dielakkan dan merupakan sebahagian

daripada kehidupan kita. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa stres adalah

penting untuk perkembangan dan kematangan manusia yang berterusan. Stres merupakan

sesuatu yang tidak dirancang, ia adalah sesuatu yang semula jadi. Meskipun demikian

stres secara umumnya dikaitkan dengan kemerosotan moral, produktiviti yang rendah dan

kesan-kesan lain yang buruk. Atas sebab ini, kebanyakan ahli psikologi dalam kajiannya

telah menginterpretasikannya sebagai satu masalah yang perlu diatasi dalam diri

2
seseorang individu. Pelbagai penyelidikan telah pun dijalankan untuk mengetahui

strategi-strategi yang membolehkan seseorang menggunakannya untuk menyelesaikan

stres yang dialaminya.

Secara psikologikal apabila seseorang individu mengalami tekanan yang teruk dia

menghadapi dua masalah psikologikal. Pertama, tuntutan penyesuaian (adjustive) dan

keduanya ialah masalah psikologikal. Tingkah laku yang berorientasikan pertahanan diri

(defense oriented) akan diarahkan kepada masalah kedua ketidakselesaan psikologi.

Individu ini akan menggunakan pola-pola daya tindak (coping) untuk mengurangkan

kebimbangan atau ketegangan emosi yang menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan

untuk mencegah “Self devaluation” (Coleman,1980) (dlm Saralah Devi Mariamharan,

2002).

Menurut Makin dan Lindley (1992 ) (dlm Saralah Devi Mariamharan, 2002) para

pelajar yang terdedah kepada stres akan memberi kesan ke atas daya tindak dalam kerja

lantaran terjejasnya prestasi kerja mereka. Morse dan Fruest (1979) (dlm Saralah Devi

Mariamharan, 2002) telah membentuk satu teori tentang peranan yang bersifat dinamik.

Teori ini memperlihatkan tekanan akibat dari jangkaan yang tidak jelas atau dalam

keadaan konflik. Jangkaan yang berada dalam konflik peranan bagi seseorang individu.

Konflik peranan mengakibatkan masalah penyesuaian seperti penyesuaian, ketegangan

emosi yang serius contohnya tekanan dan kekecewaan.

3
Memandangkan tekanan atau stres adalah aspek yang penting dalam organisasi

banyak kajian mengenainya telah dilakukan terutama oleh pengkaji daripada barat.

Walaupun masih kurang kajian stres yang dilakukan oleh pengkaji tempatan wujud yang

beberapa kajian tentang stres. Stres dan depresi yang kurang serius tidak dapat dielakkan

dan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Stres dan depresi merupakan sesuatu

yang tidak dirancang, ia adalah sesuatu yang semula jadi. Meskipun demikian, stres dan

depresi secara umumnya dikaitkan dengan kemerosotan moral, produktiviti yang rendah

dan kesan-kesan lain yang buruk. Atas sebab ini, kebanyakan ahli psikologi dalam

kajiannya telah menginterpretasikannya sebagai satu masalah yang perlu diatasi dalam

diri seseorang individu. Pelbagai penyelidikan telah pun dijalankan untuk mengetahui

strategi-strategi yang membolehkan seseorang menggunakannya untuk menyelesaikan

stres serta depresi yang dialaminya.

Secara psikologikal, apabila seseorang individu mengalami tekanan dan depresi

yang teruk, dia akan menghadapi dua masalah psikologikal. Pertama, tuntutan

penyesuaian ( adjustive ), dan keduanya ialah masalah psikologikal. Tingkah laku yang

berorientasi pertahanan diri ( defence oriented ) akan diarahkan kepada masalah kedua

ketidakselesaan psikologi. Individu akan menggunakan pola-pola daya tindak ( coping )

untuk mengurangkan kebimbangan atau ketegangan emosi yang menyebabkan mereka

tidak merasa selesa dan untuk mencegah “self-devaluation” ( Coleman, 1980 ).

4
1.2 Permasalahan Kajian

Perubahan kehidupan yang semakin mencabar terutama di kalangan para pelajar dalam

menghadapi cabaran-cabaran Negara dengan bertungkus lumus mengurus pembelajaran

sehari-harian mereka di Universiti. Bagi mereka tempat belajar umpama tempat

peperangan. Demi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran yang lebih maju dan lebih

berdaya saing, mereka perlu menyumbangkan diri ke arah kesibukan tugas tanpa

menghiraukan perancangan masa yang sepatutnya.

Stres dan depresi merupakan sesuatu masalah yang sering dikaitkan dengan

kehidupan seorang pelajar. Oleh sebab banyak timbul isu mengenai fenomena ini, banyak

kajian yang telah dibuat dan dijalankan, terutamanya di kalangan pelajar yang sedang

meneruskan pelajaran di institut pengajian tinggi seperti di Universiti Malaysia Sabah

(UMS). Ums merupakan salah satu universiti tempatan yang terletak di Teluk Sepanggar,

Kota Kinabalu, Sabah. Ia merupakan salah satu tempat, di mana pelajar menentukan

bidang kerjaya dan kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Pada masa yang sama, ia

merupakan petunjuk kepada sama ada seseorang itu dapat membina sebuah kerjaya yang

baik atau tidak. Ekoran daripada matlamat yang ingin dicapai, ia mempengaruhi tahap

stres dan depresi seseorang pelajar.

Pada hakikatnya, waktu belajar yang berlebihan, menyiapkan tugasan, persaingan

antara pelajar dan tanggungjawab berat serta impian untuk mengejar pencapaian yang

lebih tinggi telah meninggalkan kesan negatif dan membawa mereka menuju ke arah

keletihan perasaan, emosi, fizikal dan mental. Keadaan ini kerana kekurangan keupayaan

5
dalam mencapai sesuatu matlamat. Akhirnya, ramai pelajar berasa bosan dengan

pelajaran mereka di samping mengalami tekanan yang tekal sehingga memberi kesan

kepada pencapaian akademik mereka.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pengaruh stres dan depresi ke atas pencapaian

akademik pelajar dan dikaitkan dengan faktor jantina serta etnik. Ia melihat sejauh mana

hubungan stres dan depresi dalam mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

i) Mengenal pasti sama ada tidak terdapat hubungan stres terhadap pencapaian

akademik.

ii) Mengenal pasti sama ada tidak terdapat hubungan stres dan depresi

iii) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan depresi dengan jantina

iv) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara depresi dengan

pencapaian akademik

v) Mengenal pasti sama ada tidak terdapat perbezaan stres di antara lelaki dan

perempuan

vi) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan stres dengan etnik

1.4 Rasional Kajian

Aspek- aspek yang dikaji adalah stres dan depresi pelajar psikologi UMS tahun 2 dan 3

mengikut pencapaian akademik,jantina dan juga etnik. Sebagaimana yang kita ketahui

dan sedia maklum, pelajar IPT merupakan golongan yang mengalami stres yang kerap.

Misra dan Mckean (2000) mengatakan bahawa masalah kesihatan yang paling kerap

6
dilaporkan ialah di kalangan pelajar IPT di Amerika Syarikat adalah kejadian stres.

Golongan ini dikatakan terdedah kepada pelbagai punca stres yang timbul akibat

keperluan para pelajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran institusi pengajian

tinggi dan mengimbangi tanggungjawab akademik dengan keperluan sosial.

Kajian yang akan dilakukan adalah penting bagi mengkaji dengan lebih

mendalam perkaitan di antara kesan stres ke atas depresi melalui pencapaian akademik

,jantina dan juga etnik. Kajian ini juga amat penting agar dapat dijadikan rujukan dan

panduan serta membantu pihak kerajaan yang memfokuskan kepada sekolah dan

kebajikan sosial masyarakat seperti Kementerian pelajaran Malaysia, Lembaga Penduduk

dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), yang terdapat di setiap negeri dan

sebagainya dalam usaha membentuk rancangan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan

seperti Jabatan Kebajikan sosial, kementerian pendidikan serta kaunseling untuk

penawaran perkhidmatan-perkhidmatan yang baik dan membantu meningkatkan tahap

psikologikal, psikososial dan tahap kesihatan fizikal remaja.

Aspek- aspek yang dikaji adalah stres dan depresi pelajar psikologi UMS tahun 2

dan 3 mengikut pencapaian akademik,jantina dan juga etnik. Sebagaimana yang kita

ketahui dan sedia maklum, pelajar IPT merupakan golongan yang mengalami stres yang

kerap.

Kajian ini juga dijangkakan akan amat berguna di dalam bidang perubatan

khususnya di dalam bidang psikiatri terutamanya kepada pekerja sosial perubatan dan

psikiatri untuk dijadikan sebagai panduan dalam menjalankan tugas sebagai pekerja

7
sosial. Selain itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat bagaimana pelajar yang

mempunyai latar belakang psikologi dapat mengawal tahap tekanan dan boleh

memotivasikan diri sendiri serta sejauh mana kelebihan yang ada pada mereka

diaplikasikan dalam kehidupan harian.

1.5 Sorotan Kajian Lepas

Langan-Fox, Deery dan Vilet (1997) (dlm Oii Chan Kheng, 2002) telah menjalankan satu

kajian untuk melihat hubungan di antara tingkah laku menangani stres dengan personaliti

inginkan kuasa (need for power). Dalam kajian itu, keadaan persekitaran dan penilaian

subjek ke atas situasi juga diambil kira. Kajian itu telah dijalankan ke atas 34 orang

pelatih polis yang sedang menjalani program latihan polis. Dalam kajian itu, individu

yang mempunyai personaliti yang bermotivasikan kuasa yang tinggi dihipotesiskan lebih

kerap menggunakan strategi daya tindak berfokuskan emosi daripada strategi daya tindak

berfokuskan masalah. Kumpulan ini juga dihipotesiskan merasai stres yang lebih tinggi

dalam persekitaran latihan, lebih anxiety dan mengalami lebih kesakitan daripada

individu yang mempunyai personaliti bermotivasikan kuasa yang rendah. Namun

demikian, keputusan kajian tidak menyokong kesemua hipotesis yang dibina.

Perrott dan Taylor (1995) (dlm Saralah Devi Mariamharan, 2002) telah

menjalankan kajian yang bertujuan membuat perbandingan di antara Konstable Polis

(123 orang) dengan penyelia kepada Konstable polis ini (36 orang) dalam ukuran

autoritarianisme, mempesepsikan stres, kepuasan kerja dan kedekatan sosial. Keputusan

kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan secara signifikan di antara dua golongan ini

8
dalam persepsi terhadap stres iaitu terdapat perbezaan secara signifikan diantara

Konstable polis dan penyelia mereka dalam ukuran autoritarianisme, kepuasan kerja dan

kedekatan sosial. Dalam keputusan itu, kumpulan penyelia mempunyai tahap

autoritarianisme, kepuasan kerja dan kedekatan sosial yang lebih tinggi daripada

Konstable polis.

Selain daripada itu, depresi dikaji berdasarkan niat membunuh diri dalam diri

seseorang. Dayne dan Range ( 1995 ) melaporkan bahawa wanita mempunyai tahap

tarikan terhadap kematian yang lebih tinggi daripada lelaki, dan tidak menjumpai

sebarang perbezaan gender dalam tarikan terhadap kehidupan, penolakan terhadap

kehidupan dan penolakan terhadap kematian. Wanita melakukan percubaan membunuh

diri dua kali ganda daripada lelaki tetapi percubaan tersebut kebanyakannya adalah bukan

bertujuan untuk menamatkan riwayatnya ( Murphy, 2001 ).

Asmawati Desa dan Siva Anak Lelaki S.Subramaniam (2000) (dlm Oii Chan

Kheng, 2002) mengkaji tekanan kerja di antara Pensyarah Universiti Awam ( Universiti

Kebangsaan Malaysia/ UKM) dan Universiti Swasta ( Universiti Multimedia/MMU).

Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan tekanan kerja bagi Pensyarah Universiti

Awam dengan Pensyarah Universiti Swasta. Seramai 120 pensyarah yang menyertai

kajian berkenaan soal selidik The University Administrative Concerns (Rasch, 1986)

(dlm Oii Chan Kheng, 2002) digunakan perbandingan itu dilakukan ke atas faktor-faktor

yang menyumbang kepada tekanan kerja seperti peranan, tugasan, penyelesaian konflik

dan konflik sosial. Keputusan kajian menunjukkan pensyarah universiti awam mengalami

9
tekanan kerja keseluruhan serta dalam sub-skala peranan dan konflik sosial yang lebih

tinggi berbanding pensyarah universiti Swasta.

Asmawati Desa dan Zaiton Hitam (2000) (dlm Oii Chan Kheng, 2002) mengkaji

tahap tekanan dan punca tekanan di kalangan guru di Pontian Johor berdasarkan jantina

dan kategori Sekolah. Dalam kajian itu, seramai 200 orang guru Pontian (92% daripada

2,152 jumlah populasi guru di Pontian) telah dipilih sebagai subjek kajian. Indeks punca

ketegangan oleh Kyriacou dan Sutcliffer (1978) (dlm Saralah Devi Mariamharan, 2002)

telah digunakan untuk mengukur tahap dan punca tekanan. Keputusan kajian

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap tekanan berdasarkan

jantina dan kategori sekolah (sekolah Rendah dan Sekolah Menengah). Keputusan juga

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan

perempuan serta guru Sekolah Rendah dan Guru Sekolah Menengah dari segi punca-

punca tekanan iaitu peraturan sekolah, beban tugas, hubungan interpersonal dan masalah

murid.

Chua Bee Seok dan Adi Fahruddin (2000) (dlm Saralah Devi Mariamharan, 2002)

mengkaji stres pekerjaan dan strategi daya tindak yang digunakan untuk menangani stres

di kalangan guru Sekolah Menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan kajian ituadalah

untuk melihat strategi daya tindak yang digunakan, stres pekerjaan serta kesan-kesan

stres. Seramai 140 orang guru telah dipilih sebagai subjek kajian ini. Alat kajian yang

digunakan dalam kajian ini adalah Occupational Stress Indicator (OSI) yang telah

diubahsuai untuk kenal pasti stres pekerjaan dan strategi daya tindak di kalangan guru.

10
Keputusan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara

subjek lelaki dan perempuan. Hasil analisis regresi pelbagai Stepwise menunjukkan

sumber stres faktor intrinsik dalam kerja merupakan peramal yang signifikan bagi

masalah kesihatan mental dan sumber stres hubungan dengan orang lain merupakan

peramal kepada masalah kesihatan mental.

1.6 Pendekatan Teori

1.6.1 Teori stress

Beberapa kajian yang telah dibuat oleh Scheir dan Carver (1985) mendapati sikap optimis

mempunyai hubungan yang positif dengan keadaan fizikal dan mental seseorang .

Mereka yang bersikap optimis kurang mengalami simpton fizikal stres berbanding

dengan mereka yang kurang optimis. Kajian mereka ini juga menunjukkan individu yang

bersifat optimis mempunyai korelasi yang negatif.

Pada asasnya kita terdapat tiga model teori asas yang umum. Teori- teori itu

adalah fisiologikal, psikoanalitikal dan induvidu persekitaran (Whitman et al., 1984).

Model fisiologi stress dibincangkan oleh Hans Selye yang memperkenalkan model

Sindrom Adaptasi Am. Sindrom ini menunjukkan bahawa stres adalah tindak balas

pertahanan badan manusia terhadap sesuatu punca stres. Stres berasaskan fisiologi ini

adalah berdasarkan pengiktirafan berterusan beberapa mekanisme hormon dan sistem

saraf badan manusia ketika menghadapi stress (Berry, 1998).

11
Model psikoanalitik pula mengfokus kepada konflik induvidu di antara

ketegangan biologikal dan masyarakat. Untuk mengimbangkan konflik antara kedua- dua

ketegangan ini, manusia mempunyai mekanisme pertahanan semula jadi. Freud dalam

(Whitman et al.,1984) menganggap mekanisme pertahanan sebagai usaha- usaha yang

dilakukan untuk melindungi diri seseorang daripada desakan biologikal naluri yang

bertentangan dengan tekanan masyarakat. Model ini mengutamakan proses- proses

itrapsikik.

Bagi kajian ini, teori stress yang digunakan adalah berdasarkan kepada model

induvidu persekitaran. Ini adalah kerana menurut Whitman et al., (1984), model induvidu

persekitaran adalah yang paling sesuai untuk memahami stres di kalangan pelajar.

Walaupun terdapat pelbagai variasi dalam model ini, namun pada dasarnya model ini

melibatkan beberapa kompenen asas. Ini merangkumi daya- daya dalaman dan luaran

sesuatu situasi ransangan yang terhasil daripada tindak balas stres serta struktur- struktur

dan proses- proses pencelahan yang menentukan bila dan dalam bentuk apa tindak balas

itu berlaku.

1.6.2 Teori Punca Stres di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi.

Setiap stres seperti mana yang kita maklum mempunyai punca dan sebab yang

menimbulkan masalah ini. Punca dan sumber stres merupakan gabungan pelbagai faktor

yang boleh menimbulkan ketegangan, ketidakselesaan, dan ketidakseimbangan dalam diri

seseorang individu.

12
Sering kali individu akan mengatakan bahawa mereka sedang mengalami suatu

jumlah tekanan yang amat tinggi pada suatu masa, tetapi sebenarnya ini merupakan suatu

situasi yang kompleks dan melibatkan pelbagai faktor yang berbeza. Apa yang penting di

sini adalah bahawa kepelbagaian faktor di sini adalah luas dan tidak terdapat punca yang

lebih penting daripada punca yang lain (Cooper, Sloan & Williams, 1988).

Secara umumnya stres yang dialami oleh seorang pelajar timbul akibat daripada

dua punca stres yang utama iaitu yang berkaitan dengan prestasi dan harapan akademik

serta yang berkaitan dengan faktor- faktor sosial seperti membentuk dan mengekalkan

hubungan interpersonal (Heins, Fahey & Leiden, 1984). Oleh itu, punca stres di kalangan

pelajar lazimnya terdiri daripada tahap pencapaian akademik bagi pelajar tersebut dan

juga persekitaran sosial yang diduduki oleh pelajar tersebut. Ini adalah kerana peranan

para remaja sebagai pelajar mendedahkan mereka kepada satu persekitaran yang baru dan

berbeza pada situasi asalnya.

Menurut Ross et al. (1999), setiap faktor penyebab dalam dua jenis punca stres ini

juga boleh dikategorikan sebagai gangguan harian (daily hassles) atau peristiwa

kehidupan utama (major life event). Gangguan harian meliputi perkara seperti masalah

kewangan atau berada dalam situasi yang tidak biasa manakala peristiwa kehidupan

utama adalah seperti memasuki kolej atau universiti dan gangguan alkohol dan dadah. Ini

adalah berdasarkan kekerapan berlakunya masalah tersebut atau bilangan kali seorang

pelajar terpaksa berdepan dengan sesuatu masalah yang perlu diselesaikan.

13
Daripada teori-teori ini, maka dapatlah kita lihat bahawa penyelidik akan

meninjau punca stres pelajar institusi pengajian tinggi dari dua aspek iaitu punca stres

yang bersifat akademik dan punca stres yang bersifat sosial.

1.6.3 Teori stres dengan depresi.

Emosional stres boleh juga dikaitkan dengan atau dicirikan dengan tahap kebimbangan

dan depresi yang dialami oleh individu. Terdapat pertindihan secara klinikal yang wujud

antara kebimbangan dan depresi. Oleh itu kajian mengenai pengaruh stres boleh diukur

dengan menggunakan kedua- dua aspek kebimbangan dan depresi. (Van Servellan &

Topf, 1994; Spangenberg & Theron, 1999). Hubungan antara kebimbangan, stres dan

depresi menunjukkan kaitan yang rapat antara ketiga- tiga aspek. Di sebabkan simptom-

simptom depresi selalunya menentukan diagnosis perubatan mengenai kepentingan stres

dan kebimbangan, maka tahap depresi juga patut dinilai dalam kajian mengenai tahap

stres pelajar (Rawson & Bloomer, 1994).

Perkaitan antara stres, kebimbangan dan depresi juga disokong oleh H. Dadang

Hawari (2001). Menurut beliau, respon atau reaksi seseorang terhadap stresor psikososial

yang dialaminya berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang menunjukkan gejala

stres, ada yang menunjukkan gejala kebimbangan dan ada yang menunjukkan gejala

depresi. Ini adalah kerana ketiga- tiga gejala ini saling bertindihan (over- lapping) dan

jarang ditemui secara persendirian dalam pengalaman klinikal.

14
Oleh kerana aspek kebimbangan dan depresi dikatakan merupakan sebahagian

daripada aspek stres juga, maka kedua- dua aspek ini juga dinilai berdasarkan kekerapan

seseorang mempersepsikan dirinya mengalami kebimbangan dan depresi dalam jangka

masa tertentu. Seperti yang dikatakan sebelum ini, sesuatu “stressor”boleh menimbulkan

sama ada kebimbangan, stres dan depresi. Ini bergantung kepada penilaian pelajar

terhadap peringkat ancaman yang boleh ditimbulkan oleh sesuatu “sressor”. Ketiga- tiga

gejala ini merupakan masalah mental yang sering dialami oleh golongan pelajar akibat

oleh peranan mereka dalam masyarakat. Dengan itu tahap kebimbangan, stres dan depresi

pelajar mempengaruhi tahap kesihatan pelajar secara keseluruhan dan menjadi petunjuk

kepada keadaan mental pelajar.

1.7 Kerangka Teoritikal

STRESS DEPRESI

PENCAPAIA
N
AKADEMIK

ETNIK JANTINA

15
1.8 Definisi Konsep

1.8.1 Stres

Istilah stres ini berasal daripada perkataan latin iaitu ‘strictus’ yang bermaksud ‘bound

tight’ atau diikat dengan ketat. Feldman (1999) mendefinisikan stres sebagai tindak balas

terhadap peristiwa-peristiwa yang menggugat atau mencabar seseorang. Dengan itu, stres

merupakan segala respons badan manusia secara fizikal atau mental terhadap sesuatu

kejadian.

Manakala, Selye ( dlm, H. Dadang Hawari, 2001) membuat definisikan stres

sebagai respons tubuh yang sifatnya spesifik terhadap setiap tuntutan beban ke atasnya.

Misalnya, tindak balas fisiologikal seseorang terhadap beban pekerjaan yang berlebihan.

Jika tubuh badan seseorang itu mampu mengatasi gangguan ini, jadi stres tidak dialami

dan begitu juga di sebaliknya.

Lazarus (1993) pula menyatakan bahawa stres adalah penyimpangan daripada

satu keadaan yang normal atau stabil. Hal ini adalah berdasarkan prinsip homeostasis

yang telah diterangkan pada awalnya oleh Claude Bernard dan seterusnya

diperkembangkan oleh Walter Cannon pada tahun 1939. prinsip homeostasis merupakan

kecenderungan manusia untuk sentiasa mengekalkan suatu keadaan keseimbangan yang

dapat memenuhi segala keperluan serta tanggungjawab sosialnya. Stres terhasil apabila

keseimbangan ini tidak dapat dikekalkan. Apabila semua tuntutan ke atas dirinya tidak

16
dapat ditangani dan semakin meningkat, stres akan memberi kesan terhadap prestasi,

kesihatan dan penyesuaian psikososial (Ball et al., 1995).

Seterusnya mengikut Hudd et al. (2000) pula, stres adalah suatu fenomena yang

bersifat individu dan unik terhadap setiap orang dan situasi. Stres merupakan kesan

sampingan ( by-product ) daripada kehidupan moden dan berkaitan dengan ketegangan

kehidupan harian yang dialami berulangan ( Johnson et al., 2000 ). Sebarang peranan dan

tanggungjawab yang baru atau perubahan gaya hidup yang boleh menimbulkan stres.

Dalam kajian yang dijalankan, stres ditakrifkan sebagai rangsangan luaran yang

mempengaruhi keupayaan serta pencapaian akademik seseorang pelajar. Selain daripada

itu, ia juga mempengaruhi kehidupan sehariannya, termasuklah menjalankan

tanggungjawab serta fungsi sosialnya. Pada masa yang sama, rangsangan luar juga boleh

mengganggu keseimbangan hidup manusia sehingga ia akan mengakibatkan masalah

kesihatan mental seperti depresi jika tidak ditangani.

1.8.2 Konsep Depresi

Menurut Lazarus dan Colman, 1995, depresi merupakan satu keadaan perasan negatif

yang berpanjangan yang mempunyai ciri-ciri seperti kesedihan, sikap mudah putus asa,

kekecewaan, bersifat pasif, susah untuk membuat keputusan, mempunyai pemikiran

untuk membunuh diri, mengalami gangguan tidur dan simptom-simptom mental serta

fizikal yang berkaitan dengan kecelaruan perasaan.

17
Seterusnya, mengikut Sprinthall dan Collins, 1995 pula mendefinisikan depresi

sebagai satu perasaan kesedihan yang normal semasa remaja. Biasanya perasaan ini

berlaku untuk sementara sahaja. Di samping itu, depresi klinikal pula merujuk kepada

satu set perasaan serta tingkah laku yang lebih besar yang berlanjutan untuk satu jangka

masa yang panjang. Set perasaan dan tingkah laku ini boleh membawa kesan yang kukuh

ke atas keupayaan seseorang individu untuk berfungsi dalam pelbagai aspek kehidupan

hariannya. Remaja yang mengalami depresi ini akn berasa tidak berupaya untuk

menyesuaikan diri dengan permintaan kehidupan yang berlebihan, berasa kehidupan

mereka adalah membosankan serta berasa tidak dapat meneruskan kehidupan mereka

lagi.

Mengikut Steinberg (1999), depresi merupakan gangguan psikologi yang paling

biasa berlaku di kalangan remaja. Walaupun dikaitkan dengan perasaan kesedihan,

terdapat banyak lagi simptom- simptom lain yang merupakan tanda- tanda depresi.

Dalam bentuk klinikal, depresi mempunyai simptom- simptom kognitif seperti

kehilangan selera makan, kesukaran untuk tidur, dan pengurangan tenaga badan.

1.8.3 pencapaian akademik

Pencapaian akademik merujuk kepada keputusan yang diperolehi. Dalam kajian ini

pencapaian dilihat berdasarkan keputusan nilai PNGK subjek.

1.8.4 Etnik

Etnik merupakan salah satu perkara yang perkara yang sangat penting dalam kajian ini.

Antara etnik yang digunakan di dalam kajian ini adalah Melayu, Cina, India, Bumiputera

18
Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain. Kepelbagaian etnik ini secara langsung akan

dapat memberi gambaran bahawa kajian ini melibatkan banyak responden yang terdiri

daripada pelbagai adat serta kepercayaan.

1.8.5 Jantina

Jantina merujuk kepada status jantina atau seks. Iaitu lelaki dan perempuan. Oleh itu

kajian ini ingin melihat adakah terdapat hubungan antara stress dan depresi terhadap

jantina.

1.9 Hipotesis Kajian

H01 - Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan pencapaian
akademik.

H02 - Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan depresi

H03 - Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara depresi dengan jantina.

H04 - Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara depresi dengan pencapaian
akademik

H05 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara stres di kalangan lelaki dan
perempuan.

H06 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara stres dengan etnik

19
BAB 2

KAEDAH KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan prosedur-prosedur serta langkah-langkah yang telah diambil semasa

merancang dan menjalankan penyelidikan. Antara perkara-perkara yang dihuraikan

dalam bab ini ialah reka bentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian, tatacara kajian dan

analisis data.

2.2 Rekabentuk kajian

Secara asasnya, reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan reke bentuk penyelidikan

secara tinjauan. Hal ini jelas ditunjukkan dengan penggunaan set soal selidik sebagai alat

kajian untuk tujuan pengumpulan data mengenai tahap stres dan depresi mengikut

perkara-perkara yang dijangkakan menyebabkan stres dan depresi di kalangan pelajar

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Pada masa yang sama, reka bentuk tinjauan ini

adalah satu kaedah yang baik untuk memperolehi maklumat mengenai keadaan pelajar

yang dapat mempengaruhi tahap stres dan depresi. Secara tidak langsung, ia dapat

membantu menghasilkan gambaran yang jelas mengenai fenomena stres dan depresi di

kalangan pelajar.

Secara khusus, jenis reka bentuk tinjauan yang digunakan adalah reka bentuk

keratan-lintang (cross-sectional design). Hal ini adalah kerana data yang dikumpulkan

daripada kajian ini menggambarkan sikap dan pandangan pelajar Sekolah Psikologi dan

20
Kerja Sosial di Universiti Malaysia Sabah mengenai tahap stres dan depresi terhadap

pencapaian akademik pelajar. Dalam kajian ini, tahap stres dan depresi merupakan

pemboleh ubah bebas. Manakala, pemboleh ubah terikat ialah pencapaian akademik.

2.3 Subjek kajian

Seramai 102 subjek daripada Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia

Sabah telah diberikan soal selidik di DKP A2 pada jam 2.00 petang. Subjek terdiri

daripada pelbagai latar belakang agama, budaya, jantina dan keluarga. Seramai 47 subjek

adalah terdiri daripada lelaki dan seramai 55 subjek pula terdiri daripada perempuan.

Majoriti subjek adalah terdiri daripada lingkungan umur 22 tahun iaitu seramai 45 orang,

manakala yang berusia 23 tahun adalah seramai 40 orang, yang berusia 24 tahun seramai

15 orang dan yang seterusnya berusia 25 tahun seramai 2 orang.

Dari segi agama pula, seramai 51 orang subjek adalah beragama Islam, subjek

yang beragama Kristian pula seramai 28 orang. Manakala subjek yang beragama buddha

adalah seramai 19 orang, beragama hindu seramai 3 orang dan selebihnya iaitu seorang

daripada subjek menganut lain-lain agama.

Terdapat 43 orang subjek terdiri daripada subjek berbangsa Melayu, 24 subjek

berbangsa Cina, 5 subjek berbangsa India, 21 subjek berbangsa Bumiputera Sabah, 6

subjek berbangsa Bumiputera Sarawak dan 2 subjek lain-lain bangsa.

21
Akhir sekali, dari segi jurusan yang diambil, Industri Organisasi seramai 30 orang

pelajar. Manakala, pelajar yang mengambil jurusan Kaunseling pula seramai 25 orang. 16

orang pelajar pula mengambil jurusan Belia dan Komuniti, 19 orang pelajar mengambil

jurusan Kanak-kanak dan Keluarga serta 12 orang pelajar mengambil jurusan Kerja

Sosial.

Jadual 2.0

Profil latar belakang subjek kajian ( N= 102 orang )

Pemboleh ubah Frekuensi Peratusan (%)

Jantina : Lelaki 47 46.1

Perempuan 55 53.9

Umur : 22 45 44.0

(Tahun) 23 40 39.2

24 15 14.7

25 2 2.0

Agama : Islam 51 50.0

Kristian 28 27.5

22
Buddha 19 18.6

Hindu 3 2.9

Lain-lain 1 1.0

Etnik : Melayu 43 42.2

Cina 25 24.5

India 5 4.9

Bumiputera Sabah 21 20.6

Bumiputera Sarawak 6 5.9

Lain-lain 2 2.0

Jurusan : Industri Organisasi 30 29.4

Kaunseling 25 24.5

Belia dan Komuniti 16 15.7

Kanak-kanak dan Keluarga 19 18.6

Kerja Sosial 12 11.8

23
2.4 Tempat kajian

Kajian ini dijalankan di Dewan Kuliah Pusat A2, di kampus tetap Universiti Malaysia

Sabah (UMS) di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. Kajian ini dijalankan pada jam 4.00

petang. Tempat kajian yang dipilih berdasarkan tujuan kajian iaitu untuk melihat sama

ada fenomena stres dan depresi wujud di kalangan pelajar Sekolah Psikologi dan Kerja

Sosial atau tidak dan melihat adakah fenomena ini boleh memberi kesan terhadap

pencapaian akademik atau tidak. Ia merangkumi subjek-subjek yang dikehendaki oleh

pengkaji iaitu pelajar lelaki dan perempuan, berlainan program, etnik dan perbezaan latar

belakang subjek. Di samping itu, status UMS sebagai sebuah universiti tempatan yang

tunggal di negeri Sabah amat sesuai untuk dikaji.

2.5 Tatacara kajian

Kajian ini telah dijalankan pada semester kedua sesi 2007/2008 dengan beberapa

peringkat. Pada peringkat pertama, pra-ujian telah dijalankan dengan mentadbir soal

selidik mengenai apa yang dirasai mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling pelajar

yang boleh mempengaruhi tahap stres serta soal selidik untuk menentukan tahap depresi

di kalangan responden normal dan klinikal. Soal selidik bagi mengukur tahap stres telah

dibina oleh Hudson, W.W., & Abell, N. ( 1992 ), Index of Clinical Stress dan di

terjemahan oleh Mohammad Haji-Yusuf, Adi Fahrudin, Beddu Salam Baco dan Mohd.

Dahlan Hj. A. Malek ( 1999 ). Alat ini pernah digunakan dalam kajian Disaster and

post-traumatic psychological impact: A case study in Sabah, Malaysia (2000). Manakala,

soal selidik bagi mengukur tahap depresi pula dicipta oleh Beck, Steer dan Brown

24
( 1996 ) dengan sedikit pembaharuan daripada BDI. Instrumen BDI ini telah dicipta oleh

Beck dan Steer (1986 ) ( dlm. Quek et al., 2001 ). Kedua-dua soal selidik ini disertakan

dengan bahagian maklumat diri yang digabungkan sebagai satu set soal selidik. Arahan

serta panduan untuk menjawab soal selidik ini telah dinyatakan dengan jelas dan

terperinci oleh pensyarah. Ini bermakna penglibatan pensyarah dalam soal selidik ini

diperlukan.

Peringkat kedua pula, set soal selidik diedarkan kepada pelajar. Pelajar diberi

masa selama 20 hingga 30 minit untuk menjawab kedua-dua set soal selidik tersebut.

Pentadbiran soal selidik ini dijalankan dengan bantuan pensyarah sendiri. Pensyarah

tersebut menggunakan waktu kuliah untuk mentadbir soal selidik tersebut. Setelah

kesemua pelajar habis menjawab soal selidik tersebut, data dikumpulkan semula. Hanya

terdapat 102 set soal selidik telah dikembalikan.

Pada peringkat yang terakhir merupakan langkah yang mana data yang telah

diperolehi akan dimasukkan ke dalam komputer untuk tujuan analisis. Walau

bagaimanapun, ujian reliabiliti dan ujian validiti akan dijalankan semula sebelum analisis

data dijalankan.

2.6 Alat kajian

Dalam kajian ini, alat ukuran yang digunakan adalah satu set soal selidik yang telah

dibahagikan kepada tiga bahagian. Antara bahagian tersebut ialah Bahagian A : Maklumat

Diri ; Bahagian B : Soal Selidik Depresi, Bahagian C : Motivasi, Bahagian D :

25
Kecerdasan Emosi, Bahagian E : Empati, Bahagian F : Indeks Stres Klinikal,dan akhir

sekali Bahagian G : Kebimbangan . Namun, dalam kajian ini, ia hanya Bahagian A, B

dan F digunakan.

2.6.1 Bahagian A : Maklumat Diri

Bahagian A merupakan satu set soalan untuk memperolehi maklumat asas mengenai latar

belakang subjek kajian. Ia merangkumi jantina, program, agama, etnik, tahun pengajian,

jumlah PNGK, serta latar belakang keluarga. Latar belakang keluarga termasuklah

bilangan adik beradik, anak yang ke berapa, serta jumlah pendapatan keluarga. Segala

maklumat ini akan membantu memberi gambaran mengenai latar belakang subjek kajian

yang dikaji.

2.6.2 Bahagian B : Soal Selidik Depresi

Bahagian ini mengukur tahap depresi di kalangan pelajar Sekolah Psikologi dan Kerja

Sosial. Ia mengandungi sebanyak 21 item untuk menentukan tahap depresi di kalangan

responden normal dan klinikal. Responden yang mencatat jumlah skor yang tinggi

menunjukkan tahap depresi yang tinggi dan sebaliknya responden yang mencatat jumlah

skor yang rendah menunjukkan tahap depresi yang rendah. Item-item yang terkandung

melibatkan perkataan yang ringkas, skor mudah untuk ditadbir dan di interpretasi.

2.6.3 Bahagian F : Indeks Stres Klinikal

Bahagian F pula merupakan bahagian yang mengukur apa yang dirasai mengenai

kehidupan dan keadaan sekeliling yang mempengaruhi tahap stres. Ia mengandungi

26
sebanyak 25 item, yang mana ia mengandungi perkara-perkara yang boleh menyebabkan

stres. Responden yang mencatat jumlah skor yang maksimun menunjukkan tahap stres

yang tinggi dan begitu juga sebaliknya. Segala item yang dinyatakan dalam bentuk

pernyataan dan responden diminta untuk menentukan tahap stres mengikut markat yang

telah ditetapkan.

2.7 Cara pemarkatan

Dalam kajian ini, pemarkatan diberikan kepada setiap pilihan jawapan mengikut darjah

persetujuan dan juga berdasarkan darjah kekerapan yang telah ditandakan oleh subjek

subjek. Setiap bahagian mempunyai cara pemarkatan yang berbeza, di mana ia mengikut

kesesuaian item yang telah dibina. Oleh yang demikian, bahagian ini digunakan untuk

menghuraikan kaedah pemarkatan yang digunakan untuk bahagian B dan F.

2.7.1 Tahap Depresi

Di dalam kajian ini, alat ukuran untuk mengukur tahap depresi menggunakan soalan

tertutup dan juga soalan terbuka. Setiap item depresi merangkumi empat pilihan jawapan.

Markat minimum bernilai 0 dan markat maksimum bernilai 3. Julat jumlah skor antara 0

hingga 63. Jadual di bawah menunjukkan ringkasan jumlah skor dan pengkategorian

tahap depresi.

27
Jadual 2.1

Cara Pemarkatan Bagi Item-Item Alat Ukuran Tahap Depresi

Julat Jumlah Skor Tahap

0 – 13 Minimum (Minimal)

14 – 19 Ringan (Mild)

20 – 28 Sederhana (Moderator)

29 – 63 Sangat Teruk (Severe)

Nota.

Sumber: Beck, Steer dan Brown (1996).

Item-item yang terkandung dalam alat ukuran tahap depresi ini merupakan

pernyataan tentang perkara-perkara yang di jangkaan akan menyebabkan depresi dalam

diri pelajar Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Terdapat 21 item yang disenaraikan sama

ada boleh menyebabkan depresi atau tidak.

28
2.7.2 Tahap Stres

Kajian ini menggunakan Skala Likert 5 mata ( point ) dalam bahagian ini. Justeru itu,

terdapat lima pilihan jawapan dalam alat ukuran ini iaitu Tidak pernah, Sekali-sekala,

Kadang-kadang, Kerap dan Sangat kerap. Semakin besar markat yang di perolehi, maka

semakin tinggi stres yang dirasai. Pemeringkatan tahap stres dikategorikan kepada tahap

rendah, tahap sederhana, dan juga tahap tinggi. Jumlah skor bagi tahap stress boleh

dilihat pada jadual 2.2 seperti yang terdapat di bawah.

Jadual 2.2

Cara Pemarkatan Bagi Item-Item Alat Ukuran Tahap Stres

Tahap Jumlah skor tahap stres

Rendah 25 - 57

Sederhana 58 - 91

Tinggi 92 - 125

Item-item dalam alat ukuran tahap stres ini merupakan pernyataan tentang perkara-

perkara yang di jangkaan akan menyebabkan stres dalam diri pelajar Sekolah Psikologi

dan Kerja Sosial. Terdapat 25 item yang disenaraikan sama ada boleh menyebabkan stres

atau tidak.

29
2.8 Analisis data

Semua data dalam kajian ini dikodkan dan di analisiskan dengan menggunakan program

komputer SPSS 12.0 ( Statiscal Package for the Social Sciences ) for windows. Pada

masa yang sama, kaedah analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk

menganalisis data-data mentah yang di perolehi serta untuk menguji hipotesis yang telah

dibentuk.

Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat kekerapan, peratusan, min

dan sisihan piawai bagi punca stres dan depresi serta aspek-aspek yang lain seperti

keputusan akademik melalui pencapaian dan juga faktor etnik dan jantina. Manakala

statistik inferensi pula merangkumi penggunaan metod analisis, termasuklah ujian t, dan

ujian korelasi bagi menjawab hipotesis dalam kajian.

30
BAB 3

KEPUTUSAN

3.1 pengenalan

Bab ini memaparkan keputusan-keputusan analisis statistik destriptif dan juga statistik

inferensi bagi setiap peringkat dalam kajian ini sehingga analisis penuh hipotesis yang

telah dinyatakan dalam Bab 1.

3.2 Analisis Deskriptif

Analisis ini melihat antara kekerapan, peratusan, min serta sisihan piawai jantina, etnik,

tahap stess dan juga depresi.

3.2.1 kekerapan dan peratusan antara jantina, Etnik dan tahap depresi

Profil latar belakang subjek kajian ( N= 102 orang )

Jadual 2.3

Pembolehubah Frekuensi Peratusan (%)

Jantina : Lelaki 47 46.1


Perempuan 55 53.9

Etnik : Melayu 43 42.2

31
Cina 25 24.5
India 5 4.9
Bumiputera Sabah 21 20.6
Bumiputera Sarawak 6 5.9
Lain-lain 2 2.0

Tahap Tahap minimum 25 24.5


Depresi: Tahap ringan 28 27.5
Tahap sederhana 33 32.4
Tahap sangat teruk 16 15.7
Tahap
Stres : Tahap rendah 35 34.3
Tahap sederhana 67 65.7
Tahap tinggi 0 0.0
_______________________________________________________________________
_

Berdasarkan jadual 2.3 menunjukkan kekerapan dan peratusan di antara jantina, etnik dan

tahap depresi bagi pelajar Sekolah Psikologi dan kerja sosial bagi sesi 2 dan 3 tahun 2007

dan 2008. Dari segi jantina menunjukkan kekerapan lelaki adalah sebanyak 47 orang

dengan peratusan sebanyak 46.1% manakala kekerapan bagi perempuan adalah sebanyak

55 orang dengan peratusan sebanyak 53.9%. Perbezaan antara lelaki dan perempuan

adalah sebanyak 8 orang dengan perbezaan peratusan sebanyak 7.8 %.

Dari segi etnik, terbahagi kepada 6 etnik iaitu melayu, cina, India, Bumiputera

Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain. Dengan kekerapan sebanyak melayu sebanyak

43 orang , cina sebanyak 25 orang ,India sebanyak 5 orang, bumiputera sabah sebanyak

21orang, bumiputera Sarawak sebanyak 6 orang, dan lain-lain sebanyak 2 orang,

32
manakala peratus masing-masing adalah sebanyak 42.2%, 24.5%, 4.9%, 20.6%, 5.9%,

dan 2.0%.

Dari segi tahap depresi pula menunjukkan seramai 25 orang adalah dari tahap minimum

dengan jumlah peratusan sebanyak 24.5%, 28 orang adalah daripada tahap ringan iaitu

peratusan sebanyak 27.5% , pada tahap sederhana pula adalah sebanyak 33 orang dengan

jumlah peratusan sebanyak 32.4% dan selebihnya iaitu 16 orang adalah di tahap yang

sangat teruk iaitu dengan jumlah peratusan sebanyak 15.7%. Tahap stres pelajar yang

dikaji adalah berada pada tahap rendah iaitu seramai 35 orang iaitu peratusan sebanyak

34.3% manakala seramai 67 orang dengan peratusan sebanyak 65.7% menunjukkan

mereka pada tahap stres yang sederhana dan tiada data yang menunjukkan pelajar

mengalami stres pada tahap yang tinggi.

3.2.2 Min,mod sisihan piawai di antara jantina,etnik dan tahap depresi.

Bilangan subjek (N=102 responden)

Jadual 2.4

Tahap Depresi Tahap stres Jantina Etnik


Min
2.392 1.657 1.539 2.294
Median 2.000 2.000 2.000 2.000
Mod
3.00 2.00 2.00 1.00
Sisihan piawai
1.026 0.477 .501 1.439

33
Jadual 2.4 menunjukkan taburan min, mod dan sisihan piawai bagi tahap depresi, jantina

dan juga bilangan etnik. Bagi tahap depresi menunjukkan min adalah sebanyak 2.392,

manakala jantina adalah 1.539 dan etnik pula menunjukkan 2.294. manakala bagi median

pula tahap depresi, jantina, tahap stres dan etnik menunjukkan nilai 2.00. nilai mod pula

menunjukkan tahap depresi adalah 3.00. keadaan ini bermaksud taburan data yang paling

kerap bagi tahap depresi pada tahap sederhana, tahap stres menunjukkan min iaitu 1.66

dan mod menunjukkan stres ditahan 2 iaitu tahap sederhana dan sisihan piawai bagi tahap

stres adalah 0.48. Manakala bagi jantina pula adalah 2.00 yang bermaksud skor yang

paling kerap adalah pada jantina wanita. Bagi etnik pula mod adalah 1.00 iaitu skor data

yang paling kerap adalah etnik melayu. Bagi sisihan piawai antara stres, depresi, jantina

dan etnik masing-masing menunjukkan sisihan piawai 1.657, 1.026, 0.501 dan 1.439

3.2 Analisis Inferensi

Analisis ini berkaitan dengan populasi atau sampel. Maklumat yang di perolehi daripada

sampel perihalan di inferensikan dan dirumuskan kepada populasi yang dikaji. Antara

analisis statistik yang digunakan adalah seperti korelasi, ujian T, Anova dan juga Khi

kuasa dua. Walau bagaimanapun, untuk kajian ini, pengkaji hanya menggunakan ujian

statistik jenis Korelasi , ujian T dan Anova.

3.2.1 Korelasi

Hiposesis 1:

H01 -Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan pencapaian

akademik (PNGK).

34
H11-Terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan pencapaian akademik

(PNGK).

Stress
Korelasi pearson 1 -.023
Sig. (2-tailed) . .816
N 102 102

Daripada hasil kajian di atas, iaitu melihat hubungan di antara stress dengan pencapaian

akademik menunjukkan ketidaksignifikan. (r = -0.23, P>0.01 ). Keadaan ini

menunjukkan nilai signifikan (0.816) melebihi tahap ke signifikan yang ditetapkan iaitu

0.01. dengan itu, hipotesis nol (HO1) diterima, kajian bermaksud tidak terdapat hubungan

yang signifikan di antara stres dengan pencapaian akademik melalui PNGK pelajar.

Daripada model di atas, kelihatan pekali korelasi ialah -0.23 diantara stress

dengan pencapaian akademik. Keadaan ini menunjukkan pemboleh ubah stres dengan

pencapaian akademik menunjukkan hubungan yang negatif lemah. Nilai pekali negatif

memberitahu bahawa terdapat hubungan yang bersifat songsang, iaitu apabila tahap stress

meningkat, menyebabkan pencapaian akademik menurun dan sebaliknya, apabila tahap

stres menurun, maka pencapaian akademik meningkat.

3.2.2 Hipotesis 2:

H02 - Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan depresi.

35
H12- Terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan depresi.

stress Depresi
Stress Korelasi
1 .477(**)
pearson
Sig. (2-tailed)
. .000

N 102 102
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Daripada hasil kajian di atas, iaitu melihat hubungan di antara stress dengan Depresi.

Hasil kajian menunjukkan terdapat kesignifikan antara pemboleh ubah stress dan

pemboleh ubah depresi. Keadaan ini menyebabkan Ho ditolak dan H1 diterima. Maka

terdapat hubungan yang signifikan di antara stress dengan depresi iaitu (r = 0.48, P<0.01)

Keadaan ini menunjukkan nilai signifikan (0.00) kurang daripada tahap kesignifikan yang

ditetapkan iaitu 0.01.

Daripada model di atas, kelihatan pekali korelasi ialah 0.48 di antara stress

dengan depresi. Keadaan ini menunjukkan pemboleh ubah stres dengan depresi

menunjukkan hubungan yang positif lemah. Nilai pekali positif memberitahu bahawa

terdapat hubungan yang kiri ke kanan, iaitu apabila tahap stres meningkat, menyebabkan

depresi turut meningkat dan sebaliknya, apabila tahap stres menurun, maka depresi juga

menurun.

3.2.3 Hipotesis 3

H03- Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara depresi dengan jantina

36
H13- Terdapat hubungan yang signifikan di antara depresi dengan jantina.

Depresi Jantina
Depresi Korelasi pearson 1 .280(**)
Sig. (2-tailed)
. .004
N 102 102

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Daripada hasil kajian di atas, iaitu melihat hubungan di antara depresi dengan jantina.

Hasil kajian menunjukkan terdapat kesignifikan antara pemboleh ubah depresi dengan

pemboleh ubah jantina. Keadaan ini menyebabkan Ho ditolak dan H1 diterima. Maka

terdapat hubungan yang signifikan di antara depresi dengan jantina iaitu (r = 0.28,

P<0.01) Keadaan ini menunjukkan nilai signifikan (0.00) kurang daripada tahap

kesignifikan yang ditetapkan iaitu 0.01.

Daripada model di atas, kelihatan pekali korelasi ialah 0.04 di antara depresi

dengan jantina. Keadaan ini menunjukkan pemboleh ubah depresi dan jantina

menunjukkan hubungan yang positif lemah. Nilai pekali positif memberitahu bahawa

terdapat hubungan yang kiri ke kanan, iaitu apabila tahap depresi meningkat,

menyebabkan jantina turut meningkat dan sebaliknya, apabila tahap depresi menurun,

maka jantina juga turut menurun.

Hipotesis 4

37
H04 -Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara depresi dengan pencapaian
akademik.

H14 -Terdapat hubungan yang signifikan di antara depresi dengan pencapaian akademik

Depresi Pencapaian akademik(PNGK)


Depresi Pearson
1 -.017
Correlation
Sig. (2-tailed) . .862
N 102 102

Daripada hasil kajian di atas, iaitu melihat hubungan di antara depresi dengan pencapaian

akademik menunjukkan ketidaksignifikan. (r = -0.17, P>0.01 ). Keadaan ini

menunjukkan nilai signifikan (0.862) melebihi tahap kesignifikan yang ditetapkan iaitu

0.01. dengan itu, hipotesis nol (H0) diterima, kajian bermaksud tidak terdapat hubungan

yang signifikan di antara depresi dengan pencapaian akademik..

Daripada model di atas, kelihatan pekali korelasi ialah -0.17 di antara depresi

dengan pencapaian akademik. Keadaan ini menunjukkan pemboleh ubah depresi dengan

pencapaian akademik menunjukkan hubungan yang negatif lemah. Nilai pekali negatif

memberitahu bahawa terdapat hubungan yang bersifat songsang, iaitu apabila tahap

depresi meningkat, menyebabkan pencapaian akademik menurun dan sebaliknya, apabila

tahap depresi menurun, maka pencapaian akademik meningkat.

3.2.4 Hipotesis 5

Ujian T

38
H05 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara stress ke atas lelaki dan
perempuan.

H15 - Terdapat perbezaan yang signifikan di antara stress ke atas lelaki dan perempuan.

Pembolehubah Pembolehubah kesingnifikan N df min sisihan t

terikat bebas piawai


Jantina 0.34 10 -0.959

Stres Lelaki 47 0 60.149 7.746

Perempuan 55 61.546 6.954

Daripada model di atas, kelihatan ( t (100) = -0.96, P >0.05). oleh yang demikian

hipotesis null (H0) diterima, nilai t adalah –0.96 manakala nilai signifikan adalah 0.34

iaitu melebihi nilai kesignifikanan yang ditetapkan iaitu 0.05. (p>0.05)

Hasil keputusan menunjukkan bilangan subjek n = 102, min 60.149 bagi lelaki

dan 61.546 bagi perempuan, sisihan piawai 7.746 bagi lelaki dan 6.954 bagi perempuan.

Disebabkan hasil ujian menunjukkan tidak signifikan, maka hipotesis H0 diterima. Ini

menunjukkan tidak terdapat perbezaan stres ke atas lelaki dan perempuan.

Anova

3.2.5 Hipotesis 6

H06 – Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara stres ke atas etnik

39
H16 – Terdapat perbezaan yang signifikan di antara stres ke atas etnik

**sig k<0.05
Punca Variasi JKD df MKD F Sig
Antara Kumpulan 1204.685 5 240.937 5.486 .000*

Dalam Kumpulan 4216.335 96 43.920

Jumlah 5421.020 101

Hasil analisis tahap depresi ke atas etnik menunjukkan (F (5, 96)=5.49, P<0.05). oleh itu

hasil kajian menunjukkan H0 ditolak, dengan itu terdapat perbezaan yang signifikan di

antara stres ke atas etnik pelajar, kerana kurang daripada tahap kesignifikan yang

ditetapkan iaitu 0.05.

Pada masa yang sama, hasil ujian menunjukkan bahawa f = 5.49 , dk = 5, mean

square = 240.94 untuk antara kumpulan etnik. Bagi dalam kumpulan pula, dk = 96, dan

mean square = 43.92. kajian pos hoc yang dijalankan menunjukkan etnik melayu (min=

64.70) memberi sumbangan yang besar ke atas stres pelajar.

40
Jadual stress terhadap etnik

B.
Min mengikut etnik Melayu Cina India B. Sabah Sarawak Lain-lain
Melayu
- 6.46* 5.50 5.55* 10.03* 10.70
(64.70)
Cina
- 0.96 0.90 3.57 4.24
(58.24)
India
- 0.06 4.53 5.20
(59.20)
bumiputera sabah
- 4.48 5.14
(59.14)
bumiputera
Sarawak - 0.67
(54.67)
lain-lain
-
54.00)

*p<.05

Daripada jadual di atas menunjukkan etnik melayu memberi sumbangan yang paling

besar berbanding etnik-etnik yang lain ke atas stress. Min melayu adalah sebanyak 64.70

dengan sisihan piawai 6.23. daripada keputusan ujian post hoc diatas dapat dilihat

bahawa perbezaan min stres di antara melayu dengan cina memberi nilai kesignifikan

iaitu (sig= 0.003), melayu dengan bumiputera sabah iaitu kesignifikan (sig = 0.026) dan

juga etik melayu dengan bumiputera Sarawak dengan kesignifikan (sig =0.01). manakala

perbezaan min secara mutlak terhadap stress dengan etnik adalah melayu dengan cina

adalah perbezaan sebanyak 6.46, etnik melayu dengan bumiputera sabah, mempunyai

perbezaan sebanyak 5.55 dan etnik melayu dengan bumiputera Sarawak adalah perbezaan

mutlak sebanyak 10.03. maka hasil kesimpulan kajian menunjukkan etnik melayu

41
memberi sumbangan yang paling besar dalam memberi kesignifikan terhadap stres

pelajar.

BAB 4

PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil kajian yang di perolehi daripada keputusan kajian.

Perbincangan ditumpukan kepada hasil pengujian kepada setiap hipotesis yang telah

dibentuk bagi melihat pengaruh stres dan depresi ke atas pencapaian akademik pelajar

dan dikaitkan dengan faktor jantina serta etnik. Ia melihat sejauh mana hubungan stres

dan depresi dalam mempengaruhi pencapaian akademik mereka di kalangan pelajar

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Perbincangan ini akan

dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya perbincangan keputusan kajian dapat

dibincangkan dengan jelas.

Hasil daripada dapatan kajian yang dijalankan terhadap hubungan di antara stres

dengan pencapaian akademik menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang

signifikan di antara stres dengan pencapaian akademik. Hal ini bermakna hipotesis nol

yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan

42
pencapaian akademik ini diterima. Stres sering di kaitkan dengan pelajar disebabkan oleh

tekanan kerja mahupun faktor persekitaran. Terdapat juga kajian lepas yang menyokong

hasil kajian pengkaji iaitu seperti Kajian Ooi Yoon Phaik (2002) bertujuan mengetahui

punca stres di kalangan pelajar Ijazah dan kesannya terhadap pencapaian akademik.

Kajian dilakukan terhadap Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia), Fakulti Kejuruteraan

Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia),

Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa faktor persekitaran merupakan penyumbang utama stres pelajar berbanding

faktor akademik, kewangan, keluarga, sosial dan interpersonal. Tahap tekanan

keseluruhan pelajar juga adalah rendah dan pada tahap kebimbangan yang sederhana.

Manakala, tidak terdapat perhubungan signifikan antara stres dengan pencapaian

akademik.

Walau bagaimanapun terdapat juga kajian lepas yang lain berbeza dengan hasil

kajian pengkaji antaranya, kajian Chai Ming Seng et al. (2004) bertujuan mengenal pasti

tahap stres pelajar di sebuah kolej di Malaysia semasa pengajian semester 2003/04.

Subjek kajian terdiri daripada seramai 393 orang pelajar (53 orang lelaki dan 34 orang

perempuan). Alat ukur Self Report Inventory (DSP) telah digunakan. Keputusan kajian

menunjukkan terdapat hubungan tahap stres responden yang tinggi terutama masalah

yang berkaitan penyesuaian diri, kewangan serta keputusan akademik.

Hasil Kajian pengkaji juga, mendapati terdapat hubungan yang signifikan di

antara stres dengan depresi. Ini bermakna Hipotesis nol yang kedua ini ditolak. Kajian

43
ini turut disokong oleh Datuk Dr. Chua Jui Meng dalam forum bunuh diri yang telah

dijalankan di Hotel Sunway pada bulan Jun 2002. beliau melaporkan daripada1837

pesakit yang dimasukkan ke hospital kerajaan untuk rawatan percubaan membunuh diri,

2/3 adalah daripada golongan ini adalah terdiri daripada kaum wanita dan golongan belia

dan 3% daripadanya merupakan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Menurut

beliau lagi, punca utama kejadian bunuh diri di kalangan pelajar adalah berpunca oleh

stres di sekolah dan kekurangan keyakinan diri dalam menangani rintangan hidup. Stres

dan kekurangan keyakinan diri ini akan menyebabkan depresi yang banyak dikaitkan

dengan kecenderungan membunuh diri di mana depresi yang berlanjutan boleh membawa

kepada berlakunya fenomena bunuh diri (New Straits Times, 24 Jun 2002). Keadaan ini

juga dapat diperkukuhkan lagi dengan definisi yang diberikan oleh Steinberg, (1999).

Mengikut Steinberg (1999), depresi merupakan gangguan psikologi yang paling biasa

berlaku di kalangan remaja. Walaupun dikaitkan dengan perasaan kesedihan, terdapat

banyak lagi simptom- simptom lain yang merupakan tanda- tanda depresi.

Hasil keputusan kajian antara hubungan di antara depresi dengan jantina

menunjukkan bilangan subjek n = 102, min 60.149 bagi lelaki dan 61.546 bagi

perempuan, sisihan piawai 7.746 bagi lelaki dan 6.954 bagi perempuan. Disebabkan hasil

ujian menunjukkan signifikan, maka hipotesis nol ditolak. Ini menunjukkan terdapat

perbezaan stres ke atas lelaki dan perempuan. Penyelidikan depresi secara konsisten

mendapati remaja perempuan memiliki tahap depresi lebih tinggi berbanding dengan

lelaki (Gater et al., 1998; Nolen-Hoeksema, 1990).

44
Dalam kejadian yang melihat kecenderungan membunuh diri di kalangan pelajar

perubatan didapati mereka yang membuat perancangan membunuh diri adalah terdiri

daripada 8.7% wanita dan 7.9% lelaki (Tyssen, Vaglum, Gronvold & ekuberg, 2001).

Dayne dan Range (1995) melaporkan bahawa wanita mempunyai tahap tarikan terhadap

kematian yang lebih tinggi daripada lelaki, dan tidak menjumpai sebarang perbezaan

gender dalam tarikan terhadap kehidupan, penolakan terhadap kehidupan dan penolakan

terhadap kematian. Wanita melakukan percubaan membunuh diri dua kali ganda daripada

lelaki tetapi percubaan tersebut kebanyakannya adalah bukan bertujuan untuk

menamatkan riwayatnya (Murphy, 2001). Pengkaji berpendapat bahawa, kebimbangan

atau depresi mempunyai hubungan antara satu sama lain. Ada kajian lemas menyatakan

apabila seseorang itu mengalami kebimbangan, keadaan ini boleh menyebabkan

seseorang itu bertingkah laku di luar kawalan seperti membunuh diri. Keadaan ini sering

dikaitkan dengan faktor jantina. Dayne dan Range ( 1995 ) melaporkan bahawa wanita

mempunyai tahap tarikan terhadap kematian yang lebih tinggi daripada lelaki, dan tidak

menjumpai sebarang perbezaan gender dalam tarikan terhadap kehidupan, penolakan

terhadap kehidupan dan penolakan terhadap kematian. Wanita melakukan percubaan

membunuh diri dua kali ganda daripada lelaki tetapi percubaan tersebut kebanyakannya

adalah bukan bertujuan untuk menamatkan riwayatnya ( Murphy, 2001 ). Hasil kajian

pengkaji juga menunjukkan perempuan lebih tinggi mengalami depresi berbanding

jantina lelaki.

Hasil kajian hipotesis yang seterusnya iaitu hubungan di antara depresi dengan

pencapaian akademik menunjukkan keputusan yang di perolehi dapat dinyatakan bahawa

45
hipotesis nol diterima. Ini bermakna tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara

depresi dengan pencapaian akademik. Walau bagaimanapun terdapat juga kajian lepas

yang tidak menyokong hasil kajian pengkaji, kajian Lim Yoke Poh dan Muhamed Awang

(1986) terhadap 56 orang pelajar UKM yang terdiri 26 orang pelajar peringkat rendah

dan 30 orang pelajar peringkat tinggi juga telah menunjukkan kebimbangan, bidang

pengkhususan dan tempat asal tidak mempunyai hubungan yang signifikan ke atas

perkembangan intelektual subjek.

Keputusan kajian ini juga turut disokong oleh kajian di Barat. Misalnya kajian

King (1977) dan Welfel (1979) ke atas pelajar universiti luar negeri, khasnya Amerika

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kebimbangan pelajar lelaki

dan perempuan dalam perkembangan intelektual ( Lim Yoke Poh dan Muhamed Awang,

1986). Ini jelas menggambarkan kebimbangan terhadap faktor jantina tidak boleh

dijadikan kayu pengukur untuk menentukan pencapaian akademik seseorang.

Hasil daripada keputusan kajian yang melihat perbezaan stres berdasarkan jantina

antara lelaki dan perempuan, mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di

antara stres di antara lelaki dan perempuan. Ini bermakna hipotesis nol diterima.

Keputusan kajian ini turut disokong oleh kajian yang lepas yang dijalankan oleh

Asmawati Desa dan Zaiton Hitam (2000) (dlm Oii Chan Kheng, 2002) mengkaji tahap

tekanan dan punca tekanan di kalangan guru di Pontian Johor berdasarkan jantina dan

kategori Sekolah. Dalam kajian itu, seramai 200 orang guru Pontian (92% daripada 2,152

jumlah populasi guru di Pontian) telah dipilih sebagai subjek kajian. Indeks punca

46
ketegangan oleh Kyriacou dan Sutcliffer (1978) (dlm Saralah Devi Mariamharan, 2002)

telah digunakan untuk mengukur tahap dan punca tekanan. Keputusan kajian

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap tekanan berdasarkan

jantina dan kategori sekolah (sekolah Rendah dan Sekolah Menengah). Keputusan juga

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan

perempuan serta guru Sekolah Rendah dan Guru Sekolah Menengah dari segi punca-

punca tekanan iaitu peraturan sekolah, beban tugas, hubungan interpersonal dan masalah

murid.

Chua Bee Seok dan Adi Fahruddin (2000) (dlm Saralah Devi Mariamharan, 2002)

mengkaji stres pekerjaan dan strategi daya tindak yang digunakan untuk menangani stres

di kalangan guru Sekolah Menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan kajian itu adalah

untuk melihat strategi daya tindak yang digunakan, stress pekerjaan serta kesan-kesan

stres. Seramai 140 orang guru telah dipilih sebagai subjek kajian ini. Alat kajian yang

digunakan dalam kajian ini adalah Occupational Stress Indicator (OSI) yang telah

diubahsuai untuk kenal pasti stres pekerjaan dan strategi daya tindak di kalangan guru.

Keputusan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara

subjek lelaki dan perempuan. Hasil analisis regresi pelbagai Stepwise menunjukkan

sumber stres faktor intrinsik dalam kerja merupakan peramal yang signifikan bagi

masalah kesihatan mental dan sumber stres hubungan dengan orang lain merupakan

peramal kepada masalah kesihatan mental. Selain itu, Keputusan kajian ini disokong

oleh kajian Abu Bakar Nordin dan Salbiah Ismail (1991) ke atas 304 pelajar sekolah

rendah yang terdiri daripada murid darjah dua, empat dan enam. Secara keseluruhan,

47
keputusan tersebut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina

dan status sosioekonomi dalam pencapaian akademik pelajar.

Hasil keputusan analisis tahap stres ke atas etnik menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan antara tahap depresi ke atas etnik pelajar. Ini bermakna hipotesis nol yang

ke enam ini ditolak. Hasil kajian juga mendapati faktor etnik memberi sumbangan

terhadap kestresan seseorang individu itu. Hasil kajian juga mendapati etnik melayu

memberi sumbangan yang besar terhadap perbezaan kesignifikanan stres pelajar

berbanding dengan etnik-etnik yang lain. Dapatan kajian juga mendapati bahawa etnik

melayu sebanyak 43 orang dengan peratusan sebanyak 42.2% mengalami tahap stres

yang sederhana. Dapatan kajian juga mendapati hasil sama seperti kajian sebelumnya.

Asmawati Desa dan Siva Anak Lelaki S.Subramaniam (2000) (dlm Oii Chan Kheng,

2002) mengkaji tekanan kerja mengikut etnik di antara Pensyarah Universiti Awam

( Universiti Kebangsaan Malaysia/ UKM) dan Universiti Swasta (Universiti

Multimedia/MMU). Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan tekanan mengikut

etnik bagi Pensyarah Universiti Awam dengan Pensyarah Universiti Swasta. Seramai 120

pensyarah yang menyertai kajian berkenaan soal selidik “The University Administrative

Concerns” dengan melayu 45 orang, cina 30 orang, india 25, dan lain-lain seramai 20

0rang (Rasch, 1986) (dlm Oii Chan Kheng, 2002) hasil kajian, mendapati terdapat

perbezaan yang diantara tahap tekanan mengikut etnik. Etnik melayu memberi

sumbangan yang besar dalam kesignifikan tekanan yang dihadapi. Selain itu, pengkaji

juga merasakan terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh dikaitkan dengan tahap stres

seseorang. Oleh itu, kajian yang lebih terperinci harus dilakukan dalam mengetahui akan

faktor-faktor lain yang menyumbang kepada masalah stres dan juga depresi.

48
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan.

Dalam bab ini, ia akan menerangkan rumusan kepada segala hasil kajian yang di

perolehi. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini iaitu rumusan

kajian, implikasi kajian, limitasi kajian, dan yang terakhir ialah saranan-saranan bagi

pengkaji-pengkaji lain yang ingin mengkaji tentang fenomena dan tahap stres dan juga

depresi terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar UMS (Universiti Malaysia

Sabah ) dari segi jantina dan juga etnik. Pada masa yang sama, segala pandangan serta

pendapat daripada pengkaji terhadap hasil kajian juga diterangkan dalam bahagian ini.

5.2 Rumusan Kajian.

Kajian yang dibuat bertujuan untuk meninjau dan melihat fenomena dan tahap stres dan

depresi di kalangan pelajar Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial di kampus tetap Universiti

Malaysia Sabah yang terletak di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. Kajian yang berbentuk

tinjauan ini menggunakan seramai 102 orang pelajar sebagai subjek. Antara tujuan bagi

kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap stres dan tahap depresi yang timbul dalam

diri pelajar serta pengaruhnya terhadap pembelajaran melalui pencapaian akademik.

49
Kajian ini juga mengkaji mengaruh atau faktor-faktor lain yang mempengaruhi seperti

faktor jantina dan juga faktor etnik.

5.3 Implikasi Kajian.

Berpandukan kepada dapatan kajian ini, dapat di kenalpasti beberapa implikasi kajian.

Keputusan kajian ini telah mendapati bahawa depresi dan stres mempunyai hubungan

yang tidak singnifikan keatas pencapaian akademik, akan tetapi kajian menunjukkan

faktor seperti jantina dan etnik menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap stres

dan depresi. Depresi didefinisikan sebagai satu perasaan negatif yang berpanjangan dan

mempunyai ciri-ciri seperti kesedihan, sikap mudah putus asa, kekecewaan, bersifat pasif,

susah untuk membuat keputusan, mempunyai pemikiran untuk membunuh diri,

mengalami gangguan tidur, dan simptom-simptom mental dan fizikal yang berkaitan

dengan kecelaruan perasaan (Lazarus & Colman). Manakala, stres pula merujuk kepada

tindak balas terhadap peristiwa-peristiwa yang menggugat dan mencabar seseorang.

Dengan itu, stres merupakan segala respons badan manusia secara fizikal atau mental

terhadap sesuatu kejadian. (Feldman, 1999).

Oleh yang demikian, penilaian depresi dan stres di kalangan remaja atau pelajar

boleh digunakan untuk meramal kecenderungan mereka bertingkah laku. Ahli psikologi

dan kaunselor di institusi-institusi pengajian boleh menjalankan penilaian depresi dan

stres remaja yang berkecenderungan ke arah negatif. Dengan pengenalpastian ini,

langkah-langkah pencegahan pada peringkat awal dapat dilakukan sebelum perkara yang

buruk dan tidak diingini berlaku.

50
Depresi mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor-faktor

kecenderungan ke arah perbuatan negatif yang berkaitan dengan kehidupan dan

kematian. Pada masa yang sama, ahli psikologi dan kaunselor boleh mengubah persepsi

remaja yang mempunyai kecenderungan perbuatan negatif.

Perkhidmatan kesihatan mental perlu diwujudkan di institusi-institusi pengajian.

Adanya program-program kesihatan mental dapat mengurangkan depresi dan stres di

kalangan remaja. Program-program tersebut perlu diadakan kepada semua remaja secara

umum kerana hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan depresi dan stres

mengikut jantina, etnik

Borang soal selidik penilaian diri boleh digunakan dalam program-program

kesihatan mental supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui sama ada mereka mempunyai

masalah depresi dan stres serta keperluan mereka untuk mendapatkan bantuan.

Penubuhan pusat perkhidmatan kesihatan mental di institusi pengajian dapat

memudahkan pelajar-pelajar mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukannya.

5.4 Limitasi Kajian.

Pelbagai masalah yang telah dihadapi sepanjang menjalankan kajian ini. Antaranya

seperti dalam pentadbiran soal selidik itu sendiri. Pengkaji mengalami masalah masa.

Masa yang dimaksudkan adalah tempoh mengedarkan kertas soal selidik. Keadaan ini

kerana, pengedaran kertas dibuat sebelum kuliah bermula di dewan kuliah A2. keadaan

51
ini menyebabkan ramai pelajar yang tidak jelas dengan soalan soal selidik yang

dikemukakan. Selain daripada itu juga, menghadapi masalah dalam memungut semula

soal selidik yang telah diedarkan kerana ada sebilangan pelajar yang lupa untuk

melengkapkan borang soal selidik. Dalam pada masa yang sama, ada juga di kalangan

responden yang lambat menghantar jawapan kepada soal selidik. Ini menyebabkan

kelambatan dalam tujuan memasukkan data dan seterusnya menganalisis.

Di samping itu, didapati bahawa ada di kalangan responden yang tidak mengisi

soal selidik tersebut berdasarkan pandangan dan perasaannya sendiri. Ada sebilangan

kecil responden yang mengisi soal selidik dengan sepintas lalu tanpa meneliti item-item

di dalam soal selidik. Terdapat juga sebilangan kecil responden yang berbincang antara

satu sama lain semasa mengisi soal selidik yang diedarkan kepada diri mereka. Selain

daripada itu, oleh kerana tidak dapat melihat soalan soal selidik dengan jelas, Ini boleh

mempengaruhi kepada keberkesanan hasil kajian. Selain itu, responden adalah terhad

seramai 100 responden sahaja, secara tidak langsung keadaan ini kan memberi kesan

ketidaksignifikan terhadap hasil kajian.

5.5 Saranan Kajian.

Beberapa saranan telah di kenalpasti berdasarkan kepada masalah-masalah dan limitasi-

limitasi kajian yang wujud dalam kajian ini. Semoga saranan-saranan yang dikemukakan

ini dapat membantu pengkaji-pengkaji atau individu lain yang ingin menjalankan kajian

mengenai hubungan depresi dengan stres dan meningkatkan kualiti dan kajian mereka.

Bagi mengukuhkan lagi keputusan kajian, pengkaji-pengkaji boleh mempelbagaikan

52
responden sama ada mengambil daripada sekolah-sekolah lain, institusi-institusi lain,

siswazah lain serta sekolah kebangsaan dan sekolah swasta. Secara tidak langsung, ia

dapat memperluaskan kajian mengenai stres dan depresi.

Pengkaji-pengkaji yang berminat untuk menjalankan kajian mengenai hubungan

depresi dengan stres juga boleh membuat perbandingan tahap depresi dan stres antara

kumpulan subjek yang pernah atau sedang mendapatkan rawatan klinikal untuk depresi

dan stres. Ini membolehkan pengkaji dapat mengenal pasti dan melihat perbezaan yang

wujud di antara responden di institusi pengajian tinggi dan responden yang pernah atau

sedang mendapatkan rawatan klinikal.

Segala halangan dalam pemilihan subjek perlu diatasi agar sampel kajian yang

sah dapat di perolehi. Kerjasama daripada pelbagai pihak ini juga dapat membantu

pengkaji agar dapat mentadbirkan soal selidik dengan lebih terkawal dan sistematik. Oleh

itu, sampel kajian yang dipilih akan seimbang mengikut ciri demografi yang dikaji.

Selain itu, tahap pencapaian akademik pelajar harus dikaji dengan sebarang kajian

mengenai stres dan depresi dikalangan pelajar. Ini adalah kerana hubungan antara stres

dan depresi dengan tahap pencapaian akademik pelajar adalah saling mempengaruhi

keupayaan seseorang untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Di samping itu juga, pengkaji harus menitikberatkan mengenai pentadbiran soal

selidik itu sendiri. Setiap responden perlu mendapatkan salinan set soal selidik agar

53
responden dapat membaca sendiri soalan yang terkandung dalam soal selidik tersebut.

Jadi, secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan terdapatnya responden yang tidak

bersikap tidak serius dalam menjawab soal selidik yang telah diedarkan.

5.6 Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, dalam kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan

di antara stres dan depresi terhadap pencapaian akademik. Walau bagaimanapun faktor

jantina dan etnik menjadi faktor dalam menyumbang kepada masalah stres dan depresi.

Setiap pelajar tidak dapat lari daripada masalah stres dan depresi kerana kehidupan

mereka dipenuhi pelbagai cabaran. Terdapat pelbagai keperluan yang mesti dipenuhi oleh

seorang pelajar setiap hari. Keperluan-keperluan ini berpunca daripada peranannya

sebagai seorang pelajar dan seorang ahli masyarakat. Tanggungjawab sebagai seorang

pelajar sangat berat. Oleh yang demikian, ada kalanya tahap stres dan depresi akan

meningkat dan ini dapat mempengaruhi tingkah laku serta aktiviti seharian mereka.

Di samping itu, kajian ini diharapkan dapat membantu bakal pengkaji yang

berminat mengkaji fenomena stres dan depresi di kalangan pelajar. Selain daripada itu,

kajian ini dapat membantu menambahkan lagi pengetahuan mengenai fenomena dan

tahap stres dan depresi, terutamanya dari segi konteks tempatan. Oleh sebab itu, kajian

stres dan depresi ini diharapkan dapat membantu menggalakkan minat di kalangan

pengkaji-pengkaji lain agar memberi perhatian yang lebih terhadap fenomena stres dan

depresi di kalangan pelajar.

54
Bagi seseorang, adalah sangat sukar untuk menghapuskan dan mengelakkan diri

dari berasa depresi dan stres dalam dirinya. Namun begitu, dengan adanya kajian-kajian

yang terperinci mengenai fenomena stres dan depresi ini, sekurang-kurangnya depresi

dan stres dapat dikesan dengan awal agar langkah-langkah mengatasi dapat diambil dan

dilakukan secepat yang mungkin. Jika seseorang tidak dapat mengenal pasti depresi dan

stres yang dialami dalam dirinya, kemungkinan masalah depresi dan stres akan dibiarkan

tanpa dikawal sehingga memudaratkan kehidupannya. Contohnya dalam kehidupan

seorang pelajar itu sendiri, ia mungkin dapat mempengaruhi dalam pencapaian akademik.

Oleh yang demikian, kajian mengenai stres dan depresi di kalangan pelajar harus terus

diperkembangkan dari semasa ke semasa, terutama dalam konteks tempatan.

55
Rujukan.

Abouserie, R. (1994). Sources and Levels of Stress in Relation to Locus of Contral and

self esteem in university students (Versi Elektronik). Educational Psychology, 14 (3),

323-331.

Abu Bakar Nordin dan Salbiah Ismail (1991). Kesan Pencapaian Akademik Kepada

Sikap Terhadap Pelajaran. Jurnal Psikologi Malaysia,7, 41-60.

Anderson, Jane.n. 2008:depression, sress and work,How occupation can effect mental

health.Journal of controcersial claims:Vol1.15,issui 1,p6-15

Ball, J., Sharifah Muzlia Syed Mustafa & Moselle, K. (1995). Stress among Malay

college students. Proceedings of The Third AAPC (ms. 116). Bangi : Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Coleman, J.C. (1980). Abnormal Psychology and Modern Life. Illinois : Seof, Frosman

and company.

56
Darly, J.M., Glucksberg, S., Kamin, L.J., Kinchla, R.A. (1984). Psychology. Second

Edition. New Jersey : Prentice Hall.

Foong Chee Seng. (2003). Hubungan Depresi dgn Kecenderungan Membunuh diri

Dikalangan Remaja; Satu kajian di Kota Kinabalu, Sabah. Sekolah Psikologi Dan

Kerja Sosial : Universiti Malaysia Sabah.

H. Dadang Hawari. (2001). Manajemen stres, cemas dan depresi. Jakarta : Fakultas

Bakti.

Maltz, M. (1964). The Magic Power of Self Image Psychology. Englewood Cliffs, N.j :

Prentice Hall.

Mastura Mahfar, Fadilah Zaini, Nor Akmar Nordin.2007,Analisis faktor penyebab stres

dikalangan pelajar:jurnal kemanusiaan.bil 9

Ong Aun Seang.(2002). Hubungan punca stres dengan tahap kesihatan mental di

kalangan pelajar institut pengajian tinggi : Satu kajian di Universiti Malaysia Sabah.

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial : Universiti Malaysia Sabah.

Scheck, C.L., Kinicki, A.J., & Dary, J.a. (1995). A Longtitional Study of a Multivariate

Model of the Stress Process using Stractural equason modeling. Human Relations, 48

(12), 1481-1510.

57
Sideridis,Georgio.S.D.2007.Why are student with LD depressed.Journal of learning

disabilities:Vol 40,issue 6,536-539,14p

Sprinthall, N.A, & Collins, W.A. (1995). Adolescent Psychology : A developmental view

(3rd ed.). New York : McGraw Hill, Inc.

Stratton, P., & Hayes. N. (1999). A student’s dictionary of psychology (3rd ed.). London :

Arnold.

Whitman, N.A., Spendlove, D.C, C.H. (1984). Student stress : Effects and solutions.

Washington : Association for the study of Higher Education.

58
LAMPIRAN

Set soal selidik

a) Bahagian B : Soal selidik depresi

Arahan:

Bagi setiap kenyataan berikut, terdapat empat (4) pilihan jawapan dan pilih hanya satu

pilihan sahaja.

(1)

0 Saya tidak merasa sedih

1 Saya rasa sedih hampir setiap masa

2 Saya rasa sedih setiap masa

3 Saya sangat sedih atau tidak gembira yang amat sangat

(2)

0 Saya tidak putus asa terhadap masa depan saya

1 Saya rasa lebih putus asa/lemah semangat terhadap masa depan saya daripada

kebiasaannya

2 Saya tidak menjangka sesuatu akan berlaku terhadap diri saya

59
3 Saya merasa masa depan saya tiada harapan dan hanya bertambah teruk

(3)

0 Saya tidak rasa seperti orang yang gagal

1 Saya telah gagal lebih daripada sepatutnya

2 Apabila saya melihat kembali, saya nampak banyak kegagalan

3 Saya rasa saya memang gagal sebagai seorang manusia

(4)

0 Saya mendapat lebih keseronokan seperti yang pernah saya

dapat daripada sesuatu yang saya suka

1 Saya tidak suka sesuatu seperti lebih yang sepatutnya

2 Saya dapat sedikit keseronokan daripada sesuatu yang saya sepatutnya suka

3 Saya tidak mendapat keseronokan daripada sesuatu yang saya suka

(5)

0 Saya tidak merasa bersalah

1 Saya rasa bersalah sebahagian besar masa

2 Saya rasa agak bersalah pada kebanyakan masa

3 Saya rasa bersalah sepanjang masa.

(6)

0 Saya tidak rasa saya didenda/dihukum

60
1 Saya rasa saya mungkin didenda/dihukum

2 Saya jangka akan didenda/dihukum

3 Saya rasa saya sedang didenda/dihukum

(7)

0 Saya rasa sama tentang diri saya seperti sebelumnya

1 Saya hilang keyakinan diri saya

2 Saya kecewa terhadap diri saya

3 Saya tidak sukakan diri saya

(8)

0 Saya tidak mengkritik atau menyalahkan diri lebih dari biasa

1 Saya lebih kritikal terhadap diri dari sepatutnya

2 Saya mengkritik diri saya terhadap semua kesalahan saya

3 Saya menyalahkan diri saya terhadap semua keburukan yang berlaku.

(9)

0 Saya tiada berfikir untuk membunuh diri

1 Saya pernah berfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak akan

melakukannya

2 Saya ingin membunuh diri

3 Saya sanggup membunuh diri saya sekiranya saya mempunyai peluang

(10)

0 Saya tidak menangis lebih daripada biasa

61
1 Saya menangis lebih daripada biasa

2 Saya menangis terhadap setiap perkara kecil

3 Saya rasa hendak menangis tapi saya tidak dapat berbuat demikian

(11)

0 Saya tidak lagi gelisah seperti biasa

1 Saya merasa lebih gelisah dari biasa

2 Saya begitu gelisah yang mana iabegitu sukar dipertahankan

3 Saya begitu gelisah yang mana saya perlu bergerak atau melakukan sesuatu

(12)

0 Saya tidak hilang minat terhadap orang lain atau aktiviti-aktiviti

1 Saya kurang berminat terhadap orang lain atau lain-lain perkara

2 Saya hilang banyak minat terhadap orang lain dan lain-lain perkara

3 Adalah sukar untuk meminati sesuatu.

(13)

0 Saya membuat keputusan sebaik sebelumnya

1 Saya dapati lebih sukar untuk membuat keputusan berbanding biasa

2 Saya merasa lebih sukar membuat keputusan dari kebiasaan

3 Saya menghadapi masalah membuat sebarang keputusan

(14)

0 Saya tidak merasa saya tidak dihargai

62
1 Saya tidak menganggap diri saya berharga dan berguna seperti mana sebelum

ini

2 Saya merasa lebih tidak dihargai berbanding orang lain

3 Saya merasa amat sangat tidak dihargai

(15)

0 Saya mempunyai banyak tenaga seperti sebelum ini

1 Saya mempunyai sedikit tenaga dari sepatutnya

2 Saya tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan banyak perkara

3 Saya tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan sebarang perkara

(16)

0 Saya tidak pernah mengalami perubahan dalam corak tidur

Saya

1a Saya tidur agak banyak tidur dari kebiasaan

1b Saya tidur agak kurang dari kebiasaan

2a Saya tidur sangat banyak tidur dari kebiasaan

2b Saya tidur sangat kurang tidur dari kebiasaan

3a Saya tidur sepanjang hari

3b Saya bangun 1 – 2 jam lebih awal dan tidak boleh tidur semula

(17)

0 Saya tidak lagi panas baran dari kebiasaan

63
1 Saya lebih panas baran dari kebiasaan

2 Saya lebih cepat panas baran dar kebiasaan

3 Saya panas baran setiap masa.

(18)

0 Saya tidak mengalami perubahan dalam selera saya

1a Selera saya agak kurang dari biasa

1b Selera saya agak baik dari biasa

2a Selera saya banyak berkurang dari sebelumnya

2b Selera saya bertambah baik dari biasa

3a Saya langsung tiada selera

3b Saya rasa hendak makan setiap masa.

(19)

0 Saya dapat memberi tumpuan seperti sebelumnya

1 Saya tidak dapat memberi tumpuan seperti biasa

2 Adalah sukar untuk menumpukan sesuatu dalam jangka panjang

3 Saya dapati saya tidak dapat menumpukan perhatian pada sesuatu

(20)

0 Saya tidak lagi letih dan lemah seperti biasa

1 Saya lebih cepat letih dari biasa

2 Saya terlalu letih dan lemah untuk melakukan banyak perkara

64
3 Saya terlalu letih dan lemah untuk melakukan banyak perkara yang perlu saya

lakukan

(21)

0 Saya tidak lihat sebarang perubahan terkini dalam minat saya

terhadap seks

1 Saya kurang berminat dalam seks berbanding kebiasaan

2 Kini saya sangat kurang berminat dalam seks

3 Saya hilang minat dalam seks sama sekali

b) Bahagian E : Indeks Skala Stress

Soal selidik ini direkabentuk untuk mengukur apa yang anda rasai mengenai kehidupan

dan keadaan sekeliling anda. Ini bukanlah ujian, maka tiada jawapan yang benar atau

salah. Jawablah setiap item dengan teliti dan setepat yang anda boleh dengan mengisi

angka pilihan sama ada 1, 2, 3, 4 atau 5 ( lihat petunjuk di bawah) di ruang kosong yang

disediakan:

1. Tidak pernah

2. Sekali-sekala

65
3. Kadang-kadang

4. Kerap

5. Sangat kerap

1. ______ Saya merasa amat tegang.

2. ______ Saya merasa sangat gementar.

3. ______ Saya merasa seperti mahu menjerit.


4. ______ Saya merasa tertewas.
5. ______ Saya merasa sangat santai.
6. ______ Saya merasa sangat runsing sehingga saya mahu menangis.
7. ______ Saya merasa sangat tertekan seakan-akan saya mahu memukul sesuatu.
8. ______ Saya merasa sangat tenang dan aman.
9. ______ Saya merasa diri saya telah sampai ke penghujung jalan.
10. ______ Sangat sukar untuk saya bersantai.
11. ______ Sangat mudah untuk saya tidur di waktu malam.
12. ______ Saya merasakan banyak sekali tekanan perasaan yang saya alami
13. ______ Saya merasa kehidupan saya berjalan dengan lancar.
14. ______ Saya merasa sangat panik.
15. ______ Saya merasa seolah-olah diri saya sudah hampir musnah
16. ______ Saya merasa bahawa saya kehilangan kawalan dalam hidup.
17. ______ Saya merasa seolah-olah kehidupan saya sudah hampir ke penghujung jalan.
18. ______ Saya merasa fikiran saya kusut-masai.

66
19. ______ Saya merasa saya tidak mampu memenuhi semua tuntutan hidup.

20. ______ Saya merasa terlalu banyak urusan saya yang tertunda.

21. ______ Saya merasa tegang dan marah dengan orang di sekeliling saya.

22. ______ Saya merasa saya perlu bergegas dari satu tugas ke satu tugas lain.

23. ______ Saya merasa bahawa saya selalu tidak boleh menyelesaikan segala perkara

tepat mengikut waktunya.


24. ______ Saya merasa diri saya kaku dan tegang.
25. ______ Saya merasa sangat terpinggir.

Data kajian.

Pos hoc antara stress keatas etnik.

cina 6,45767(*) 1,66679 ,003


india 5,49767 3,13136 ,499
bumiputera sabah 5,55482(*) 1,76432 ,026
bumiputera sarawak 10,03101(*) 2,88815 ,010
lain-lain 10,69767 4,79390 ,233
cina melayu -6,45767(*) 1,66679 ,003
india -,96000 3,24667 1,000
bumiputera sabah -,90286 1,96169 ,997
bumiputera sarawak 3,57333 3,01278 ,842
lain-lain 4,24000 4,87000 ,953
india melayu -5,49767 3,13136 ,499
cina ,96000 3,24667 1,000
bumiputera sabah ,05714 3,29780 1,000
bumiputera sarawak 4,53333 4,01299 ,868
lain-lain 5,20000 5,54474 ,936
bumiputera sabah melayu -5,55482(*) 1,76432 ,026

67
cina ,90286 1,96169 ,997
india -,05714 3,29780 1,000
bumiputera sarawak 4,47619 3,06781 ,691
lain-lain 5,14286 4,90423 ,900
bumiputera sarawak melayu -10,03101
2,88815 ,010
(*)
cina -3,57333 3,01278 ,842
india -4,53333 4,01299 ,868
bumiputera sabah -4,47619 3,06781 ,691
lain-lain ,66667 5,41111 1,000
lain-lain melayu -10,69767 4,79390 ,233
cina -4,24000 4,87000 ,953
india -5,20000 5,54474 ,936
bumiputera sabah -5,14286 4,90423 ,900
bumiputera sarawak -,66667 5,41111 1,000
*Signifikan pada aras keertian 0.05

68

Você também pode gostar