Você está na página 1de 23

1.

PENGENALAN

Kebolehan membaca adalah amat bermanfaat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui pembacaan, manusia boleh mengumpul ilmu pengetahuan daripada buku-buku ilmiah dan bahan-bahan bacaan yang lain. Orang yang berilmu pengetahuan adalah orang yang luas pembacaannya. Pepatah ada mengatakan Membaca Jambatan Ilmu. Membaca diibaratkan seperti pelita hidup. Seseorang yang rajin membaca akan menjadi orang yang berilmu. Negara akan lebih maju dan membangun jika rakyatnya minat membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya akan menjadi para bijak pandai.

Berdasarkan Laporan Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996 yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Manakala pada tahun 1995 dilaporkan 9 juta naskhah buku terbitan DBP dalam pelbagai bidang tersadai di dalam stor sama ada ia tidak terjual ataupun tidak laku, situasi ini menunjukkan sikap masyarakat kita yang tidak gemar membaca. Timbul pelbagai alasan dan sebab dikemukakan yang menyumbang kepada berlakunya situasi ini.

Satu peribahasa cina ada menyatakan bahawa membaca buku diumpamakan sebagai makanan jiwa. Jiwa seseorang perlu diisi supaya tidak menjadi tin kosong dan ini dapat dicapai dengan membaca buku. Malangnya, masyarakat hari ini terutamanya remaja, kurang menghargai buku berbanding dengan makanan yang dimakan oleh mereka. Mereka tidak sedar akan kewujudan masyarakat berkualiti bergantung kepada minat membaca. Banyak pihak telah menyuarakan rasa

bimbang mereka terhadap masa depan negara. Satu soalan yang pasti berlegar dalam benak kita iaitu, bagaimanakah budaya membaca dapat diwujudkan?

Bagi membendung masalah ini, maka langkah pencegahan dari akar umbi haruslah di atasi terlebih dahulu. Amalan membaca haruslah diterapkan sejak dari kecil lagi agar ia tidak menjadi kudis pada kemudian hari. Maka, pencegahan ini haruslah bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Guru merupakan agen terpenting yang harus memainkan peranan dalam memastikan minat membaca dapat dipupuk di dalam diri pelajar.

2.0

DEFINISI

2.1 Membaca

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat membaca didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

Secara ringkas, membaca bolehlah dimaksudkan sebagai memahamkan perkataan-perkataan dalam bentuk tulisan. Oleh itu kebolehan membaca bolehlah dirumuskan sebagai memahami isi kandungan dalam tulisan. Kebolehan melafazkan bunyi-bunyi bahasa sahaja tanpa memahami ertinya tidaklah boleh dianggap sebagai membaca dalam erti kata sebenar.

See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan,intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawabetapa pentingnya kemahiran membaca kerana setiap yang dilihat hanya bolehditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca.

Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.

Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkan nya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tesebut.

Mengikut Solh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. Oleh itu, kemahiran mendengar dan kemahiran membaca mempunyai persamaan dari aspek kefahaman bahasa.

3. 0

PERANAN GURU MEMUPUK MINAT MEMBACA

Tabiat membaca terutama bahan ilmiah dalam kalangan masyarakat di negara ini masih belum boleh dibanggakan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara baru-baru ini, hanya peratusan kecil sahaja masyarakat Malaysia mengamalkan tabiat membaca. Jika dibandingkan dengan rakyat di negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun, purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam setahun. Kebanyakan daripada mereka menjadikan bahan bacaan ringan dan hiburan sebagai pengisi masa lapang marcapada ini.

Guru adalah seorang pendidik yang mempunyai kebolehan pelbagai dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan Negara adalah satu perkara yang tidak boleh disangkal lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.

Maka, atas dasar kepentingan membaca, guru yang berperanan sebagai penghubung ilmu pengetahuan kepada murid haruslah melipatgandakan usaha dalam meningkatkan dan memupuk amalan membaca di kalangan pelajar di sekolah. Amalan membaca bukan sahaja menambahkan pengetahuan pelajar malahan, dapat membuka minda dalam memberikan pendapat dan pandangan yang baru dalam diri pelajar.

3.1 Program Nilam

Menyedari akan kepentingan membaca, pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil usaha untuk memperkenalkan Program NILAM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca. Arahan tersebut menghendaki setiap sekolah melaksanakan Program Galakan Membaca NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) secara terancang dan teratur. NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar. Minat membaca akan timbul secara semula jadi apabila mendapat pengalaman membaca sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Justeru itu, program Nilam yang dijalankan di sekolah sekarang perlulah diselaraskan dengan baik supaya memberikan kesan yang lebih positif.

Guru Bahasa Melayu haruslah memainkan peranan penting dengan memupuk minat pelajar membaca dan melaksanakan usaha untuk mencatat setiap rekod bahan bacaan pelajar di dalam buku nilam. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam minat membaca dan menggalakkan amalan membaca di kalangan pelajar.

Ganjaran atau penghargaan juga haruslah diberikan sekiranya pelajar berjaya mencatatkan bahan bacaan yang tinggi di dalam buku nilam. Ini bagi meningkatkan minat pelajar dalam bersaing dengan rakan0rakan yang lain untuk meningkatkan amalan dalam membaca.

3.2 Perpustakaan

Selain itu, guru di sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan remaja. Hal in kerana remaja menghabiskan masa enam jam di sekolah. Masa inilah tanggungjawab berkenaan terletak di bahu guru dan bukannya ibu bapa. Guru-guru dapat menarik minat mereka terhadap buku tersebut dan secara tidak langsung menimbulkan keinginan membaca buku tersebut. Bukan guru sahaja malahan pihak sekolah seharusnya turut memainkan peranan penting dengan menggalakkan dan memupuk minat membaca di kalangan pelajar.

Justeru itu, bagi menarik minat pelajar terhadap buku, perpustakaan juga perlu dikemas kini dengan bahan bacaan yang ada di pasaran. Persatuan yang berkaitan perlu bergiat menjalankan aktiviti yang menjurus kepada bahan bacaan. Guru yang bertanggungjawab sebagai guru Pusat Sumber hendaklah memastikan terdapat banyak bekalan buku-buku yang bersesuaian di pusat sumber sekolah agar bahan bacaan yang dibekalkan itu mampu memberikan semaksimum mungkin pengetahuan kepada pelajar.

Pelajar pada masa kini membuat anggapan hanya buku teks sekolah lebih penting untuk dibaca berbanding dengan buku-buku lain. Maka, guru haruslah memainkan peranan dengan membuang tanggapan negatif itu dalam kalangan

pelajar. Guru boleh memperkenalkan bahan bacaan lain yang terdapat di pusat sumber dan menjadikan bukan sahaja buku teks malahan buku ilmiah lain sebagai bahan rujukan untuk pembelajaran di dalam kelas.

Bukan sahaja guru yang berperanan memupuk minat membaca murid, malahan ibu bapa juga haruslah menunjukkan minat membaca semasa di rumah supaya menjadi teladan kepada anak-anak. Ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke kedai kedai buku atau ke perpustakaan yang berdekatan seperti Perpustakaan Negeri dan sebagainya.

3.3 Kuiz / Pertandingan

Pelajar

di sekolah rendah terutamanya lebih mudah untuk dibentuk dan

dibimbing kerana mereka masih boleh menerima arahan dan mengikuti apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh guru sekali gus pihak sekolah. Memupuk kesedaran melalui pertandingan merupakan satu usaha yang baik kerana ianya akan melibatkan semua pelajar dan masyarakat di sekelilingnya. Perkara ini juga dapat memberi tanggapan yang positif kepada semua pihak kerana usaha yang diambil merupakan satu usaha yang baik dan berkesan.

Maka, guru haruslah memainkan peranan dengan mengadakan pertandingan kuiz dan sebagainya bagi memupuk bukan sahaja amalan membaca malahan amalan bersaing secara sihat di antara rakan-rakan yang lain. Hadiah atau ganjaran haruslah diberikan bagi menghargai minat pelajar dan usaha mereka untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan. Malahan ganjaran seperti ini mampu menarik lebih ramai pelajar untuk melibatkan diri dalam kuiz yang dianjurkan di sekolah.

Pertandingan Sahibba misalnya, berjaya menarik minat kanak-kanak berusia dari lima hingga 10 tahun dengan pelbagai kaedah permainan yang menyeronokkan berkonsepkan pembelajaran. Permainan Sahibba memerlukan peserta menyusun abjad menjadi perkataan tertentu. Pertandingan Mengumpul Keratan Akhbar pula memerlukan kanak-kanak mengumpul keratan akhbar ke dalam sebuah buku mengikut tajuk yang telah ditetapkan oleh perpustakaan. Ia bertujuan untuk

10

memupuk minat membaca akhbar di kalangan kanak-kanak selain dapat mempertingkatkan perbendaharaan kata.

Sebagai guru di sekolah, pertandingan kuiz-kuiz yang dianjurkan sebenarnya mampu menarik minat pelajar agar membaca. Kuiz-kuiz seperti pertandingan menulis esei, kuiz sejarah dan sebagainya mampu menarik pelajar untuk membina ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Melalui pembacaan, sekali gus pelajar dapat melibatkan diri dengan pertandingan kuiz yang dianjurkan oleh guru. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan bercerita, penulisan, bersajak dan lain-lain bagi memupuk minat membaca di kalangan pelajar dan warga sekolah.

11

3.4 Pengajaran dan Pembelajaran

Guru juga tidak seharusnya cepat jemu untuk berusaha dalam menambah baik amalan pengajaran dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif. Guru itu ibarat lilin yang membakar untuk menerangi orang lain yang mana guru itu berperanan untuk menjadi pendidik yang tegar serta mempunyai pemikiran yang sentiasa positif dan proaktif agar dapat memikirkan cara-cara yang bersesuaian dan juga berkesan dalam bidang ilmu yakni dari segi kurikulum atau kokurikulum.

Langkah pertama yang patut diambil secara umum di sekolah adalah dengan mengadakan sesi pembacaan selepas sekolah. Sesi pembacaan itu boleh dilakukan sebanyak dua kali seminggu. Bukan itu sahaja, pelajar akan mendengar lagu yang boleh menukar suasana yang penuh dengan kebosanan menjadi keghairahan. Di samping itu guru-guru juga boleh turut kerana itulah yang akan membuat pelajar lebih minat membaca selepas itu. Kehadiran guru sangat penting untuk sesi pembacaan tersebut kerana mereka boleh menolong dan mendorong pelajar untuk membaca buku masing-masing. Dengan berbuat demikian, pelajar akan mula membaca setelah dihiburkan oleh persembahan guru-guru dan dengan demikian dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar.

Selain itu, guru guru juga boleh menggunakan bahan bacaan berilmiah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini disebabkan para pelajar menghabiskan masa kira-kira lapan jam di sekolah. Justeru, seharusnya guru-guru memainkan peranan untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar mereka. Sebagai mengorak langkah, latihan yang terdapat dalam majalah-majalah

12

berilmiah boleh dibuat di dalam kelas. Sebagai contoh, majalah Fokus, Dewan Siswa, dan lain-lain boleh menjadi wadah yang amat efektif dalam usaha untuk memupuk minat ini. Sekiranya guru-guru menggunakan bahan bacaan ini semasa mengajar, sudah pasti akan lahir golongan intelektual dalam kalangan remaja.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca. Ramai pelajar yang gagal menguasai kemahiran membaca kerana mereka telah diajarkan dengan cara pendekatan yang kurang sesuai. Kegagalan menguasai kemahiran membaca tentu akan menjejaskan taraf pencapaian pelajaran mereka. Pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca tidak akan memahami mata pelajaran yang mereka pelajari. Sifat minat membaca tidak dapat dipupuk kerana kegagalan menguasai kemahiran membaca. Maka, sebagai seorang guru, proses pengajaran dan pembelajaran kaedah yang betul dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran membaca.

Guru juga boleh memperuntukkan sedikit masa antara 3 5 minit masa sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan aktiviti membaca. Jika setiap guru memainkan peranan seperti ini, kemungkinan aktiviti ini dapat dijadikan rutin oleh pelajar adalah tinggi. Pelajar akan terbiasa dan menjadikan amalan ini sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka. Sekali gus dapat memupuk minat membaca dalam diri pelajar itu sendiri.

13

3.5 Pameran

Bagi meningkatkan minat pelajar dalam membaca, guru boleh menjadi agen terpenting dalam memastikan minat pelajar dalam membaca dapat dipupuk. Antara langkah yang boleh diambil ialah mengadakan pameran buku di sekolah. Pembelian bahan bacaan yang bermutu perlu ditingkatkan di sekolah. Program Akhbar Dalam Bilik Darjah perlu diperluas. Guru boleh meletakkan petikan rencana yang berinformasi di papan kenyataan sekolah supaya memudahkan pelajar mendapat bahan membaca.

Aktiviti seperti mengadakan kempen menanam minat membaca di kalangan pelajar juga patutlah diadakan setiap tahun. Kempen ini juga adalah satu cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Pelajar juga boleh menambah perbendaharaan kata dengan membaca. Dengan ini, pelajar akan berasa lebih

senang untuk menjawab soalan peperiksaan penulisan dan sebagainya.

Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk mengunjungi pameran buku yang diadakan. Ibu bapa pelajar juga dapat membeli buku-buku dengan diskaun yang tinggi apabila berkunjung ke pameran buku. Ini merupakan salah satu cara untuk menjimatkan duit apabila membeli buku. Maka, guru haruslah berperanan dan menjalankan usaha yang lebih gigih dengan menerapkan kepentingan membaca dalam diri pelajar agar mereka sedar betapa pentingnya amalan membaca dalam kehidupan seharian.

14

Guru kelas boleh menanam minat membaca dengan mengadakan satu sudut bacaan dalam kelas , di mana buku-buku cerita, majalah pelajar dan kad-kad bergambar . Tiap-tiap pelajar mesti membaca kad-kad gambar dan guru hendaklah mencatat di dalam buku catatan.

15

3.6 Program Bulan Membaca

Program Bulan Membaca merupakan salah satu program yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam memastikan minat pelajar dalam amalan membaca dapat dipupuk. Maka, guru-guru sebagai penggerak kepada program ini haruslah menyahut cabaran dan bersungguh-sungguh dalam menggerakkan program Bulan Membaca ini bagi memastikan pelajar mendapat impak yang positif.

Semasa program ini dijalankan, guru-guru boleh berusaha memohon pihak swasta atau badan bukan kerajaan dalam memberi sumbangan agar dalam bentuk bahan bacaan atau kewangan bagi memastikan pelbagai aktiviti yang menarik dapat dilaksanakan dengan lebih meriah untuk menarik pelajar menyertai sebarang aktiviti yang dilaksanakan.

Bahan bacaan yang lebih ringan, berilmiah dan menarik hendaklah disediakan oleh guru-guru. Bahan bacaan tersebut bukan sahaja boleh dibeli, malahan guru0guru juga boleh menyumbangkan bahan bacaan yang berguna dan berilmiah untuk diguna semula oleh anak pelajar di sekolah. Satu sudut bacaan hendaklah disediakan di persekitaran sekolah yang sesuai agar pelajar lebih santai untuk melakukan aktiviti membaca.

Melalui pembacaan bukan sahaja buku malahan surat khabar juga dapat memberikan pelbagai info dan manfaat kepada pelajar. Pelbagai maklumat dapat dimanfaatkan untuk kegunaan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang tetapi turut peka dengan perkembangan semasa.

16

Contohnya sisipan-sisipan Utusan Malaysia berbentuk pendidikan banyak membantu terutama pelajar Rendah (UPSR). yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah

17

3.7 Bahan Bacaan Menarik

Salah satu kaedah yang mungkin dianggap remeh atau melucukan oleh guru dalam memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar mereka ialah penggunaan komik sebagai medium pengetahuan. Komik merupakan satu cabang seni yang sepatutnya dilihat sebagai satu genre sastera.

Melalui media ini, pelukis dapat mengungkapkan idea, kritikan, perasaan, pentafsiran, penganalisisan, penghayatan, wawasan dan sebagainya secara perlambangan. Malahan pandangan positif terhadap komik boleh mendorong pembacaan terbukti di Amerika Syarikat dan Jepun. Di kedua-dua negara tersebut, buku komik yang bermutu telah digunakan secara meluas sebagai bahan bacaan tambahan di sekolah rendah disebabkan tarikan lukisan dan lakaran komik ke atas kanak-kanak.

Dalam meletakkan asas pembudayaan membaca dalam kalangan kanakkanak dan berterusan ke peringkat remaja, peranan ini harus dimainkan oleh para ibu bapa dan guru. Guru bukan sahaja memupuk minat membaca dalam diri pelajar, tetapi juga membimbing mereka membuat analisis, klasifikasi dan lain-lain dan proses ini dapat dilakukan amat berkesan dengan komik. Oleh sebab itulah komik digunakan sebagai bahan bacaan tambahan sekolah di Amerika Syarikat dan Jepun sebagai salah satu bahan bacaan menarik yang dapat meningkatkan keseronokan pelajar untuk membaca.

18

4.0

KEPENTINGAN MEMBACA

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang wajib ada pada setiap individu tanpa mengira batas sosial mahupun peringkat usia. Membaca

merupakan satu aktiviti atau kemahiran yang sukar diterjemah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai proses dalam diri dan minda seseorang individu itu. Dalam kajian Keryn Edna (2010), beliau menyatakan membaca bukan sekadar ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan, malah ia juga menjadi kunci ke arah peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang ilmu.

Melalui aktiviti membaca, ia mampu menjadikan seseorang individu itu seorang celik dalam bidang ilmu yang diceburinya dan mampu dijadikan sebagai bahan rujukan oleh orang lain mahupun dirinya sendiri. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa kebolehan membaca membuka seluas-luasnya pintu masuk ke alam pengetahuan manusia, ini seperti ungkapan Membaca menjadikan seorang itu berisi (Lord Bacon:1561) seorang ahli falsafah Inggeris, dalam Shahrom TM Sulaiman(2002).

Kesan ini tergambar secara jelas apabila setiap agama terbesar di dunia menghargai ilmu dengan mempunyai kitab suci masing-masing untuk dibaca. Islam sendiri meletakkan kepentingan membaca secara jelas apabila ayat pertama diwahyukan kepada manusia memerintahkan manusia mencari ilmu, dengan erti kata lain membaca. Perkataan Iqraq (Bacalah) telah diulang sebanyak dua kali (dalam ayat pertama dan ketiga) dan seterusnya dalam ayat keempat perkataan Bacalah telah dikaitkan dengan Aklam (pena).

19

Selain itu, membaca juga dapat membekalkan pengetahuan atau ilmu yang baru kepada seseorang itu. Sekiranya amalan membaca dapat dipupuk dikalangan pelajar, tidak mustahil sekiranya satu hari nanti negara bakal melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan meluas dan negara Malaysia akan menjadi sebuag negara yang maju setaraf dengan negara luar yang lain.

Melalui pembacaan, disiplin diri juga sebenarnya dapat dibentuk. Membaca mengajar kita untuk terus sentiasa fokus dan berdisiplin dalam mendapatkan sesuatu. Jika kita membaca dengan melangkah dari datu perenggan ke satu perenggan lain, ia menyebabkan seseorang itu tidak fokus. Tidak fokus bermakna tidak berjaya mendisiplinkan diri. Maka, pembacaan yang teratur mengajar seseorang untuk bersabar dan mengikut langkah-langkah yang betul dalam amalan pembacaan yang betul. Bukan sahaja membaca malahan pencarian sumber bahan bacaan yang tepat dan menarik juga mampu mendisiplinkan diri seseorang.

Pemupukan amalan membaca di kalangan pelajar juga sebenarnya mampu membuka minda pelajar agar lebih terbuka dalam membincangkan sesuatu perkara. Pelajar dapat membuat perbandingan dalam membuat keputusan.

20

5.0

RUMUSAN

Kesimpulannya, para pelajar sekarang merupakan pewaris generasi akan datang. Merekalah yang bakal menentukan hala tuju negara. Untuk mencapai matlamat negara maju, para pelajar ini mestilah menguasai pelbagai bidang ilmu sebagai persediaan untuk mencapai matlamat ini. Aktiviti membaca merupakan

salah satu cara yang terbaik dapat menyumbang kepada pengisian ilmu pengetahuan. Jadi , usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilaksanakan untuk menggalakkan rakyat negara ini membaca untuk melahirkan orang yang berilmu.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah, membaca adalah kunci kejayaan. Kita harus memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar sejak awal lagi bak kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini bermakna budaya membaca harus dijadikan gaya hidup kita. Membaca perlu dijadikan prioriti negara demi menjana masyarakat yang kaya ilmu dan berdaya fikir.

Sementara negara kita sedang berusaha mencapai negara yang maju pada tahun 2020,remaja hari ini mungkin akan menjadi pemimpin pada hari esok dan sebab itulah mereka perlu ditekankan akan pentingnya membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai kemestian. Budaya membaca masyarakat Malaysia, mampu melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Kesimpulannya, sikap baca sangat penting kepada untuk mewujudkan Wawasan 2020. Justeru itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

21

RUJUKAN

Buku Mok Soon Sang. Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan (1991). Kuala Lumpur.

Dr Hasan Hj Mohd Ali. Mendidik Anak Pintar Cerdas. Utusan Publications & Distributors]

Artikel

Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0707&sec=Johor&pg=wj_07.htm#ixzz2BLsMJ79M Utusan Melayu (M) Bhd

Jurnal Keryn Edna Binti Richard, Kajian Terhadap Tahap Minat Membaca Di Kalangan Muridsk Lok Yuk Bt. 1 Kudat.

Atas Talian Perpustakaan Negara Malaysia http://www.pnm.gov.my/

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998 https://docs.google.com/file/d/0BwPmPD8WIlW9OWQ0MjY2YjktZWE3OS00NDI0LTl lNGMtZWY3YjAzNzk3OWUx/edit?hl=en&pli=1

22

23

Você também pode gostar