Você está na página 1de 4

Modul Pembelajaran Kendiri Analisis Penyata Kewangan Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah 6 (a)

) Perniagaan Gagah Perkasa dan Perniagaan Tegap Maju adalah dua perniagaan yang menjual alatan sukan. Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan tersebut pada 31 Mei 2012: Perniagaan Gagah Perkasa RM 120 000 345 500 30 674 56 250 20 450 19 780 16 750

Modal 1 Jun 2011 Jualan Stok purata Untung kasar Penghutang Pemiutang Pelbagai Belanja

Perniagaan Tegap Maju Kadar pusing ganti stok sebanyak Pulangan atas modal 12 kali 29.81 %

(i) Hitung perkara-perkara berikut bagi Perniagaan Gagah Perkasa. (berikan jawapan ada pada dua titik perpuluhan) (i.i) Margin untung kasar (2 markah) (i.ii) Pulangan atas modal (2 markah) (i.iii) Kadar Pusing ganti stok (2 markah) (ii) Hitung kadar pusing ganti stok untuk Perniagaan Tegap Maju dalam bilangan hari dan berikan tafsirannya. (2 markah)

(iii) Jika anda seorang pelabur, perniagaan manakah yang akan anda pilih? (2 markah) Nota ringkas: Pelajar mesti menghafal rumus khas untuk menjawab soalan tajuk ini dan juga perlu boleh mengaplikasikan rumus Penyata Pendapatan untuk mengira angka butiran yang mungkin diperlukan. Rumus Penyata Pendapatan (ringkas) Jualan ( - ) Kos Jualan = Untung Kasar (+) Hasil lain ( - ) Belanja lain = Untung Bersih 1

Rumus khas: Nisbah keberuntungan: 1. Peratus untung kasar atas kos jualan (Tokokan) = Untung kasar Kos Jualan = Untung kasar Jualan bersih* X 100

2. Peratus untung kasar atas jualan (Margin kasar)

X 100

*Jualan bersih = Jualan Pulangan jualan

3. Peratus untung bersih atas jualan (Margin bersih)

= Untung bersih Jualan bersih = Untung bersih Modal awal

X 100

4. Pulangan atas modal

X 100

Nisbah Kecairan: 1. Nisbah semasa = Aset semasa Liabiliti semasa = Aset semasa Stok akhir Liabiliti semasa = Jumlah liabiliti Jumlah aset

2. Nisbah ujian asid (Nisbah cepat)

3. Nisbah ujian mampu

Nisbah Kecekapan: 1. Kadar pusing ganti stok (bilangan kali) = Kos jualan Stok purata*
*Stok purata = Stok awal + stok akhir 2

2. Kadar pusing ganti stok (bilangan hari)

365

Kadar pusing ganti stok (bilangan kali)

3. Tempoh kutipan hutang

= Penghutang Jualan kredit = Pemiutang Belian kredit

X 365 hari

4. Tempoh pembayaran hutang

X 365 hari

Langkah menjawab soalan LANGKAH 1: Kenalpasti rumus yang diperlukan. Juga kenalpasti sama ada angka untuk butiran rumus telah diberi dalam soalan. Keratan soalan: (i) Hitung perkara-perkara berikut bagi Perniagaan Gagah Perkasa. (berikan jawapan ada pada dua titik perpuluhan) (i.i) Margin untung kasar (2 markah) (i.ii) Pulangan atas modal (2 markah) (i.iii) Kadar Pusing ganti stok (2 markah)

i.i) Peratus untung kasar atas jualan (Margin kasar)

= Untung kasar Jualan bersih* = RM56 250 RM345 500 = 16.28%

X 100

Tulis semula rumus dalam jawapan.

X 100

Kedua-dua angka untung kasar dan jualan boleh didapati daripada soalan

i.ii) Pulangan atas modal


Untung bersih tidak diberikan secara langsung, perlu dikira menggunakan rumus Penyata Pendapatan, manakala modal awal telah diberikan.

= Untung bersih Modal awal = RM39 500 RM120000 = 32.92%

X 100

X 100
Pengiraan Untung bersih :

Rumus Penyata Pendapatan (ringkas)

i.iii) Kadar pusing ganti stok (bilangan kali)


Kos jualan perlu dikira terlebih dahulu menggunakan rumus Penyata Pendapatan. Stok purata telah diberikan

= Kos jualan Stok purata = RM289 250 RM30 674 = 9.43 kali

= Untung Kasar (+) Hasil lain ( - ) Belanja lain = Untung Bersih

56250 tiada 16750 39500

Rumus Penyata Pendapatan (ringkas) Jualan ( - ) Kos Jualan = Untung Kasar


Oleh itu, Kos jualan = Jualan Untung kasar = RM345500 RM56250 = RM289250

345500 ? 56250

Keratan soalan: (ii) Hitung kadar pusing ganti stok untuk Perniagaan Tegap Maju dalam bilangan hari dan berikan tafsirannya. ii) Kadar pusing ganti stok (bilangan hari) = 365 .
Kadar pusing ganti stok (bilangan kali)

365 .
12 kali

Angka telah diberi dalam soalan.

= 30.42 hari

Tafsiran: Perniagaan Tegap Maju menukar stoknya (membeli stok baru) setiap 30 hari.

Keratan soalan: (iii) Jika anda seorang pelabur, perniagaan manakah yang akan anda pilih?
Nyatakan nama perniagaan yang

Perniagaan Gagah Perkasa kerana

dipilih

Pulangan atas Modal Perniagaan Gagah Perkasa lebih banyak iaitu 32.92% berbanding Perniagaan Tegap Maju iaitu 29.81%.
Nyatakan nama nisbah yang digunakan mesti ada perbandingan

Selamat mengulangkaji

Você também pode gostar