Você está na página 1de 1

apakah jenis kebolehpercayaan yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa pembinaan soalan subjektif?

Ukuran kesetaraan -

Guru boleh menggunakan format soalan subjektif yang sama untuk dua ujian yang berbeza. Walaubagaimanapun, guru perlu lebih peka dengan item-item ujian supaya tiada soalan yang ditanya adalah sama dengan soalah tahun-tahun lain kerana ini boleh membuatkan kebolehpercayaan ujian tersebut rendah.

Kebolehpercayaan pemeriksa
-

Untuk soalan subjektif, pemeriksa haruslah membuat moderasi atau perbincangan untuk mendapatkan senarai jawapan yang boleh diterima. Melalui perbincangan tersebut, tidak akan timbul masalah ketidak seragaman dalam proses memeriksa soalan subjektif.

Ukuran kestabilan
-

Guru menggunakan teknik uji semula. Bagi soalan subjektif, jenis kebolehpercayaan ini boleh digunakan sekiranya senggang masa antara dua ujian adalah jauh. Murid mungkin akan memberikan jawapan yang berbeza semasa ujian yang kedua kerana telah didedahkan dengan soalan tersebut pada ujian kali pertama. Markah yang berbeza akan membantu guru mengesan samada murid telah membuat ulangkaji ataupun tidak.

Você também pode gostar