Você está na página 1de 7

Praktikal 6: Sabun dan Detergen Tujuan: Untuk menyediakan sabun dengan menggunakan proses saponifikasi.

Kajian Praktikal: Pada lazimnya sabun biasa ialah garam natrium daripada asid lemak rantai panjang. Ia mempunyai formula umum RCOONa di mana R ialah rantai hidrokarbon yang panjang: CH3 (CH2) 10-16. Garam ini diperbuat secara reaksi peneutralan mudah. O................................................ O xx ............................................... xx R-C-OH + ...... NaOH -->.... R--C--O Na+ + H2O asid lemak ...... bes...............garam (sabun) .air Asid lemak berantai panjang boleh diperolehi dengan mudah daripada sayur dan juga lemak binatang, terutamanya ester asid lemak berantai panjang dan gliserol. Sabun dihasilkan daripada minyak dan lemak (trigliserida) melalui proses yang disebut saponifikasi iaitu hidrolisis trigliserida serentak menjadi asid lemak dan gliserol dan pembentukan asid lemak garam natrium. O...........................................O xx..........................................xx R-C-O-R + ..................... NaOH --> .....R--C--O Na+ + ROH

ester .............bes ................. garam asid lemak. alkohol (trigliserida).(soda kaustik) (sabun)............ .... (gliserol) Reaksi di atas pada dasarnya adalah pengesteran terbalik. Lemak binatang terutamanya mengeluarkan natrium stearat, CH3 (CH) 16 COO-NA+, sementara minyak sawit mengeluarkan natrium palmitat, CH3 (CH) 14 COO-Na+. Detergen ialah sebatian, atau campuran sebatian, yang digunakan dalam tugas pembersihan. Bahan utamanya ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik. Asid sulfonik yang digunakan dalam pembuatan detergen merupakan molekul berantai panjang yang mengandungi 12 hingga 18 atom karbon per molekul. Bahan dan Radas: Minyak zaitun, Larutan Natrium hidoksida , serbuk natrium klorida, kertas turas, air

suling, bikar, penyukat silinder spatula, rod kaca, condong turas, kaca dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, tabung uji. Prosedur: 1. 10cm3 minyak zaitun dituang ke dalam sebuah bikar. 2. Dengan berhati-hati, 50cm3 larutan natrium dioksida dituang ke dalam bikar yang mengandungi minyak zaitun. 3. Campuran dalam bikar dipanaskan sehingga mendidih. 4. Campuran dalam bikar dikacau dengan menggunakan rod kaca. 5. Campuran dalam bikar dibiarkan untuk mendidih selama 10 minit. 6. Api dipadamkan dan bikar dialihkan. 50cm3 air suling dan 3 spatula natrium klorida ditambahkan ke dalam campuran tersebut. 7. Campuran dalam bikar dipanaskan sekali lagi selama 5 minit. 8. Campuran dalam bikar dibiarkan untuk disejukkan. 9. Sabun yang terbentuk dituraskan. Baki turasan dibasuh dengan sedikit air suling. 10. Sabun yang terbentuk ditekankan antara kertas turas untuk mengeringkannya.

11. Sabun yang terbentuk diperiksa dan dirasa dengan jari. Sedikit sabun itu dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji. Sedikit air paip ditambahkan ke dalam tabung uji. Campuran tersebut digancangkan. 12. Pemerhatian yang diperoleh dicatatkan.

Soalan Perbincangan: 1. Huraikan sifat-sifat sabun yang dihasilkan. Sabun yang diperolehi boleh dikenalkan dengan : 1) Menggoncangkannya dengan air suling dalam sebuah tabung uji. Sabun memberikan buih buih apabila digoncangkan dengan air. 2) Dengan menekannya antara jari , sabun memberikan rasa licin. 3) Sabun yang dihasilkan dapat menanggalkan kotoran dalam air.

2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini? Natrium klorida atau garam yang digunakan berfungsi untuk merendahkan keterlarutan sabun supaya sabun dapat dimendakkan daripada campuran tindak balas itu. 3. Tuliskan persamaan kimia untuk proses saponifikasi yang terlibat dalam eksperimen ini. CH2OOCC17H35 I CHOOCC17H35 I CH2OOCC17H35 Gliseril tristearat gliserol + Natrium hidoksida + 3NaOH -------> CH2OH I 3C17H35COONa + CHOH I CH2OH = Natirum stearat ( sabun ) +

4. Jangkakan pemerhatian anda sekiranya air paip digantikan dengan air suling dalam prosedur 11. Jelaskan jawapan anda. Campuran sabun dan air paip kurang berbuih. Hal ini kerana air paip mengandungi klorida , ion ion yang terlarut, garam magnesium dan lain lain.

5. Bolehkan sabun dihasilkan dengan menghidrolisasikan lemak atau minyak dalam keadaan asid? Jelaskan jawapan anda. Tidak boleh. Ini kerana sabun terhasil dari proses saponifikasi di mana larutan natrium hidroksida bersifat alkali kuat mempunyai ion Na bercas positif dan ion OH bercas negatif diperlukan. Lemak bersifat asid akan tertarik kepada Na+ manakala OH dari natrium hidroksida akan tertarik kepada glycerid dan membentuk glycerol. Oleh itu, kita memerlukan

natrium hidroksida yang bersifat alkali kuat dalam proses penyediaan sabun ni. Jika kia menggunakan asid, kita akan menghasilkan asid lemak dan gliserol . Tiada mendakan akan terbentuk.

6. Namakan 2 teknik yang berbeza dalam pembuatan sabun. Proses Hidrolisis dan Proses Peneutralan saponifikasi. yang terdapat dalam proses

7. Apakah keburukan-keburukan yang terdapat pada sabun - sabun komersial di pasaran ? Produk berasaskan sabun sering mengandungi laureth natrium sulfat iaitu sejenis detergen bahan tambahan, bahan ini boleh bertindak kasar pada kulit. Selain itu sabun itu boleh memberikan reaksi asas yang sederhana kepada kain, menyebabkan kerosakan dalam jangka masa panjang. Ini mungkin disebabkan natrium hidroksida yang berlebihan.

8. Apakah bahan yang digunakan dalam industri pembuatan detergen? 1. 15-20% Anionic Detergents 2. 60-50 % Alkaline builders 3. 10-5% Non Ionics 4. 5-15% Fillers / Phosphates 5. 1-2% Borates 6. Enzymes / Pewangi / Warna 7. 4-6% Pelembap

Kesimpulan: 1. Sabun yang diperolehi boleh dikenalkan dengan : a. Menggoncangkannya dengan air suling dalam sebuah tabung uji. Sabun memberikan buih buih apabila digoncangkan dengan air. b. Dengan menekannya antara jari , sabun memberikan rasa licin.

2. Dalam tindak balas hidrolisis minyak kelapa sawit oleh natrium hidroksida, molekul ester trigliserin dalam minyak kelapa menghasilkan sabun dan gliserol . sawit telah dipecahkan

Refleksi : Syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan amali sabun dan detergen ini walaupun terpaksa melalui banyak kekangan, antaranya tugas di sekolah yang berlori lori banyaknya, kelajuan talian internet yang amat mengecewakan serta masa untuk berbincang dengan rakan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Ujian amali ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej untuk mendapatkan segulung sijil mahasiswa nanti. Melalui amali ini banyak yang saya dapat pelajari terutamanya dalam ilmiah

mengenai sabun dan detergen. Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi atau sedikit cucian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan, dipanggil buku.Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium hidrosida atau kalium hidrosida) pada 80100 C dalam proses yang dikenali sebagai saponifikasi. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali).Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile. Detergen ialah sebatian, atau campuran sebatian, yang digunakan dalam tugas pembersihan. Bahan utamanya ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik. Asid sulfonik yang digunakan dalam pembuatan detergen merupakan molekul berantai panjang yang mengandungi 12 hingga 18 atom karbon per molekul. Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran sains ini. Ia mejadikan saya seorang guru yang berkaliber. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah nanti. Sekian.

Rujukan : Answers .com dari http://www.answers.com/topic/detergent bertarikh 20 -03-2012 Wikipedia the free encyclopedia dari http://en.wikipedia.org/wiki/Detergent

bertarikh 22.3.2012 Cara Membuat Sabun dari http://carabuatsabun.blogspot.com/2010/12/bahanuntuk-membuat-sabun.html bertarikh 25 . 3. 2012 Kimia SPM tingkatan 4 dan tingkatan 5 dari Siri Fokus Peperiksaan Fajar Bakti oleh Lee Soon Ching.