Você está na página 1de 3

APA YANG TELAH DICAPAI SEPANJANG PRAKTIKUM

Sepanjang praktikum , banyak yang telah saya lalui dalam sekolah ini. Selama saya menjalankan tugas sebagai guru pelatih di sini, saya telah banyak diberikan peluang oleh pihak pengurusan sekolah dalam mengendalikan beberapa program. Walaubagaimanapun, saya juga telah menjalankan satu program khas untuk sekolah sebagai projek sekolah. Saya telah menjalankan program 5M iaitu membaca, membersih, membantu,memberi dan menjaga . Program ini sememangnya ilham saya dan bagi memudahkan saya menjalankan program ini, saya telah meminta bantuan rakan-rakan saya yang sama menjalani praktikum dalam menjayakan program ini. Sebelum itu, saya telah meinta kerjasama daripada pihak sekolah dan mengusulkan program ini kepada guru besar SK Putaton.Syukur, guru besar telah meluluskan projek ini supaya dijalankan di dalam kelas. Seterusnya, saya juga telah diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah dalam melatih murid-murid sekolah ini dalam pertandingan bola baling peringkat zon 3 daerah penampang. Ini merupakan satu pengalaman yang amat berguna kepada saya kerana sebelum ini kokurikulum saya di IPG juga bola baling. Di sinilah saya akan mempraktikan segala ajaran dan ilmu yang telah saya timba di IPG kepada murid-murid saya. Walaupun tidak menang dalam pertandingan, namun pengalaman ini tetap berharga kepada diri saya bagi mendalami dunia pendidikan. Pengalaman ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit melainkan usaha gigih yang kita perlukan untuk mendaptkannya. Selain itu juga , saya juga telah ditugaskan untuk menjaga murid-murid SK Putaton dalam Perkhemahan Unit Beruniform peringkat daerah penampang yang berlangsung di SK Lok Kawi. Dalam perkhemahan tersebut, saya juga diberikan kepercayaan dalam menjadi fasilitator. Ini merupakan satu pengalaman yang amat manis bagi diri saya. Segala ilmu yang telah dipelajari di IPG saya aplikasikan dalam perkhemahan tersebut. Sememangnya kepimpinan seorang guru amat diperlukan. Saya sedar bahawa menjadi seorang guru bukanlah hanya pakar dalam pengajaran sahaja bahkan meliputi semua aspek termasuk kerja luar. Pengalaman in banyak

mengajar diri saya dalam menjalankan tugas dengan penuh kewajipan dan bertanggungjawab. Walaubagaimanapun, sesi PDP saya juga tidak saya abaikan. Saya tetap mengajar mengikut waktu dan menepati waktu mengajar saya. Selain itu juga, sekolah kami telah mengadakan satu program ceramah bersama ibu bapa di sekolah. Tugas saya ialah menjadi pengacara majlis dan membuat pelaporan. Ini mencabar diri saya agar menjadi lebih berani ketika berhadapan dengan ibu bapa murid. Saya menyahut cabaran itu dengan penuh tanggungjawab dan bukan kerana terpaksa. Saya percaya saya diberikan tugas ini bukan kerana guru-guru di sini ingin membuli guru praktikum tetapi mereka percaya dengan kebolehan diri saya. Di kesempatan ini juga saya dapat menonjolkan diri saya dan juga memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri saya. Sesungguhnya bercakap di khalayak ramai merupakan satu kemestian dalam bidang profession perguruan kerana kita akan sentiasa berhubung dengan ibu bapa murid dan masyarakat luar. Ini bagi saya adalah satu latihan untuk saya mempersiapkan diri saya pada masa akan dating kelak. Selain itu juga, setiap guru pelatih juga diberikan peluang untuk menjadi guru bertugas pada setiap minggu. Dalam tugas ini, kami dikehendaki untuk menulis kehadiran murid, guru-guru dan staff bukan mengajar di papan tulis yang telah disediakan. Tugas ini juga memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan yang terkawal dan disiplin murid terjaga. Kesemua tugas yang telah saya jalankan sedikit sebanyak membantu saya kea rah yang lebih positif dan peka dengan tugas-tugas guru yang sebenarnya.

Você também pode gostar