Você está na página 1de 166

NEGERI TERENGGANU DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KES NO : 41-003-1-99 Dalam Wasiat Perkara DAN Dalam Perkara Perlembagaan

Persekutuan, Jadual Kesembilan, SENARAI 2SENARAI NEGERI, Dan Perkara 121 ( 1 A ) DAN Dalam Perkara Enakmen PentadbiranHal Ehwal Agama Islam ( Terengganu ), 1986, Seksyen 32, DAN Hukum Syara Yang Berkaitan Dengannya. ANTARA WAN PUZIAH BINTI WAN AWANG KPT : 591206-11-5346 KP : 5738341 --PLAINTIF Tuntutan

DAN 1. WAN ABDULLAH BIN MUDA KPT : 210622-11-5175 K/P : 3809524 WAN ISMAIL BIN ENDUT KPT : 321022-11-5093 KP : 2127264 ( Di dakwa sebagai Pentadbir dan Waris kepada pesaka Gemulah Wan Hitam binti Haji Wan Long melalui Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu Petisyen No :31 7 1998 ) ---

2.

DEFENDAN

TUNTUTAN INI telah difailkan ke dalam Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu pada 26hb; Mei 1999. Mahkamah telah menetapkan bahawa tuntutan ini akan disebut pada hari Ahad, 26hb; September 1999 jam 9.00 pagi. Pada 1hb ; Jun 1999, Plaintif telah memohon secara lisan untuk mendapatkan perintah-perintah sementara di bawah peruntukan seksyen 126 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986. Permohonan Plaintif itu secara ex-parte telah dipersetujui didengar pada 2hb; Jun 1999 mulai jam 9.00 pagi di dalam Mahkamah Terbuka. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 2 JUN 1999 bersamaan 17 Safar 1420 Hari : Rabu Semasa mengemukakan menyebut ; sebab-sebab permohonannya Plaintif telah

Saya, Wan Puziah binti Haji Wan Awang ( No. K/P : 5738341 ) yang beralamat di No. MPKT 1693, Lot 1076 P, Kg. Wakaf Beruas, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu sesungguhnya berikrar dan mengatakan seperti berikut ; 1. Saya ialah Plaintif di dalam tindakan ini dan melainkan jika dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dinyatakan di dalam ini adalah benar berdasarkan kepada pengetahuan dan kepercayaan saya sendiri. 2. Defendan Pertama ialah anak saudara seibu sebapa kepada Gemulah Wan Hitam binti Haji Wan Long, yang telah meninggal dunia pada 20 Januari, 1998 ( si mati ) dan juga merupakan waris yang hampir sekali kepada simati. 3. Melalui Petisyen No : 31 7 1998 di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu, Defendan Pertama telah dilantik sebagai Pentadbir kepada harta pesaka si mati. Sesalinan Pemberian Surat Mentadbir Pesaka

3
yang bertarikh 11.11.1998 ada dikembarkan bersamasama ini dan ditandakan sebagai ekshibit WP 1 . 3. Defendan Pertama adalah yang bertanggungjawab mentadbirkan harta pesaka simati yang berbentuk mudahalih yang inter alia berikut; 2.1. Wang di Lembaga Urusan Dan Tabung Haji Malaysia ( Akaun No : 00305527 ) 2.2. Amanah Saham Bumiputera ( No. Ahli : A 254792469 ) 2.3. RM 127,549.31 RM 664,684.47 adalah seperti butiran

Hongkong Bank Malaysia Berhad ( No. Akaun : 332043900011 ) RM 1,598.95

( selepas dari ini akaun dari perenggan 2.1 akan dirujuk sebagai Akaun Tabung Haji Tersebut ) yang kesemuanya berjumlah sebanyak RM 793,832.73 setakat pada hari kematian si mati. Si mati juga mempunyai harta takalih yang lain yang ditaksirkan bernilai lebihkurang RM 2,000,000/4. Defendan Kedua adalah anak saudara seibu sebapa kepada si mati dan adalah juga waris kedua kepada si mati selain daripada Defendan Pertama. 5. Menurut satu sijil faraid bertarikh 8 Mac, 1998 yang dikeluarkan Terengganu, oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan kedua-dua Defendan Pertama

Defendan Kedua adalah waris-waris yang berhak kepada harta pesaka si mati. Sesalinan sijil faraidh

4
tersebut ada dikembarkan dan ditandakan sebagai ekshibit WP 2 . 6. Saya adalah anak angkat kepada si mati dan walaupun dibintikan dengan Haji Wan Awang ( bin Abdullah ) iaitu suami kepada si mati, saya tidak mempunyai ikatan kekeluargaan atau waris samaada dengan si mati atau dengan suami si mati. 7. Pada atau sekitar 9.1.1975, si mati melalui satu Borang Penamaan berhubung dengan Akaun Tabung Haji tersebut telah menamakan dan mewasiatkan bagi dan untuk faedah saya 1/2 bahagian daripada Sesalinan Borang kesemua wang simpanan yang tersimpan di dalam Akaun Tabung Haji tersebut. dengan ekshibit WP 3 . 8. Pada masa material, jumlah 1/2 bahagian daripada Penamaan tersebut ada dikembarkan dan ditandakan

wang simpanan yang tersimpan di dalam Akaun Tabung Haji tersebut adalah kurang daripada 1/3 bahagian daripada keseluruhan harta pesaka si mati. 9. Saya seterusnya memohon untuk mengatakan bahawa pada masa hayatnya si mati tidak pernah pada bilabila masa yang material, mengubah, meminda atau membatal wasiat tersebut. 10. Saya telah dinasihati oleh peguam syarie saya dan seterusnya mengatakan bahawa wasiat di dalam bentuk Borang Penamaan itu adalah sah di sisi hukum syara dengan menepati kehendak rukun dan syarat sah wasiat mengikut Mazhab Syafii dan oleh itu adalah boleh dikuatkuasakan disisi syariah.

5
11. Sebagai alternatifnya, saya pohon untuk mangatakan bahawa wasiat berkenaan adalah satu al-wasiyyah alwajibah iaitu satu wasiat yang diperuntukkan kepada kerabat yang bukan ahli waris dan dengan yang demikian tidak tertakluk kepada hukum faraidh. 12. Dengan yang demikian saya memohon perintah seperti nama menurut Notis Permohonan ini. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 2 JUN 1999

PENDAPAT MAHKAMAH Kepentingan Plaintif di dalam kes ini boleh dipertikai lagi. Sekiranya Permohonan ini tidak diterima boleh jadi wang yang dituntut akan habis sebelum keputusan muktamad. Kemuslahatan Plaintif dan Defendan 1 dan Defendan 2 diteliti dan tidak didapati jika Permohonan ini diluluskan ianya lebih baik kepada kedua-dua pihak. Jika diluluskan juga permohonan ini ianya tidak bercanggah dengan peruntukan Seksyen 126 Enakmen 12/1986. Saya bersetuju Permohonan Perintah Sementara Secara ex-parte diluluskan. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 2 JUN 1999 PERINTAH ( EX-PARTE ) ATAS PERMOHONAN Plaintif dan setelah membaca Notis Permohonan ( Ex-Parte ) dan Afidavit Sokongan Wan Puziah binti Haji Wan Awang yang diikrarkan pada 25 haribulan Mei, 1999 dan SETELAH MENDENGAR Dato Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh peguam syari'e yang mewakili Plaintif. ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah dihalang dan ditegah dan suatu injunksi adalah dengan ini dikeluarkan menghalang Defendan Pertama dan Defendan Kedua daripada mengeluarkan wang simpanan Akaun Lembaga Urusan Dan Tabung Haji No. 00305527 sehingga selesainya pertikaian ini.

6
ADALAH SETERUSNYA DIPERINTAHKAN bahawa DefendanDefendan adalah berkelapangan untuk membuat permohonan dalam masa 14 hari selepas diserahkan dengan perintah bermeterai ini untuk mengetepikan perintah injunksi ex parte ini. ADALAH AKHIRNYA DIPERINTAHKAN bahawa kos permohonan ini adalah dijadikan kos dalam kausa. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 2 JUN 1999 Kes ini kemudian ditetapkan tarikh sebutannya pada hari Ahad 26 September 1999 jam 9.00 pagi. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 2 JUN 1999 Pada 6hb Julai 1999 Mahkamah ada menerima Notis Permohonan daripada Defendan-Defendan untuk mengenepikan Perintah Ex parte, dan Mahkamah menetapkan juga ianya akan didengar bersekali pada 26/9/99. Permohonan Defendan-Defendan ini dikemukakan dengan Afidavit yang diikrarkan pada 13 Jun 1999 dan Afidavit Tambahan yang diikrarkan pada 1 Julai 1999. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 2 JUN 1999 Pada 7/9/1999, Mahkamah ada menerima Permohonan Komital ke atas Defendan 1 oleh Plaintif. Mahkamah mengarahkan ianya didengar pada hari sebutan 26/9/1999. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 7 SEPTEMBER 1999

Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu di Kuala Terengganu paada hari Ahad 16 Jamadil Akhir 1420 bersamaan 26hb September 1999 mulai jam 9.00 pagi dibuka untuk sebutan. Hadir Ismail bin Yahya Wan Puziah binti Wan Awang Hakim Plaintif

7
( diwakili oleh Yang Berbahagia Dato Wan Ahmad Farid dan En. Saifuddin bin Othman daripada Tetuan Adnan & Wee ) Wan Abdullah bin Muda Defendan 1 Wan Ismail bin Endut Defendan 2 (diwakili oleh Puan Nadiah bt. Man daripada Tetuan Balendran Chong & Bodi) Sebahagian orang ramai dan Kakitangan Mahkamah. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 26 SEPTEMBER 1999 Setelah dibuka untuk sebutan, Mahkamah dapati ada tiga isu di dalam kes ini pada peringkat ini iaitu ; i) ii) iii) adanya tuntutan wasiat Plaintif ke atas Defendan-Defendan dan adanya perintah ex-parte ; permohonan membatalkan perintah ex-parte yang Plaintif perolehi daripada Mahkamah ini oleh Defendan-Defendan; permohonan komital oleh Plaintif kerana Defendan 1 telah tidak mengindahkan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ; dan dalam Affidavit Defendan-Defendan dalam para 8 telah mempertikaikan bidangkuasa Mahkamah di dalam kes ini, timbul isu keempat iaitu adakah Mahkamah ini berbidangkuasa mendengar dan memutuskan perkara wasiat. Sebagai jalan penyelesaian mengenai isu-isu di atas Mahkamah mengarahkan Defendan-Defendan menghujjahkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Terenggganu tidak ada bidangkuasa mendengar, membicara dan memutuskan kes-kes wasiat. Perbicaraan ditetapkan pada 19,20 dan 21 Disember 1999. 19/12/1999 dimulai jam 9.00 pagi. Pada

t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 26 SEPTEMBER 1999 Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di Kuala Terengganu pada hari Ahad 11 Ramadhan 1420 bersamaan 19 Disember 1999 mulai jam 9.50 pagi. Hadir Ismail bin Yahya Plaintif ( diwakili oleh En. Saifuddin ) Hakim

8
Defendan-Defendan ( diwakili En. Wan Ahmad Fauzi b. Hashim @ W. Husain daripada Tetuan W.A.Fauzi & Co., ) Peguam Pemerhati daripada Lembaga Urusan Tabung Haji ( Mejar (B) Mohd Ramli b. Othman ) Sebahagian orang ramai dan Kakitangan Mahkamah t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 19 DISEMBER 1999 Kes dimulakan dengan ikrar wakalah Defendan-Defendan kepada En. Wan Ahmad Fauzi b. Hashim @ W. Husain. Kemudian Peguam Syari Defendan-Defendan menjelaskan bahawa Defendan-Defendan bukan bermaksud menafikan bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap tuntutan wasiat, tetapi mempertikaikan bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu membuat injunksi terhadap perintah mentadbir pesaka yang Defendan-Defendan perolehi daripada Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terenggganu. Oleh itu Peguam Syari Defendan-Defendan berhajat menghujjahkan isu ini. Mahkamah menjelaskan bahawa tatakala Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berbidangkuasa dalam tuntutan wasiat dan bidangkuasa itu adalah bidangkuasa semulajadi (inherent jurisdiction), Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berbidangkuasa pula membuat perintah-perintah sementara menurut peruntukan seksyen 126 Enakmen Terengganu 12/1986. Oleh itu isu yang hendak dipertikaikan oleh Peguam Syari Defendan-Defendan itu tidak timbul. Peguam Syari Defendan-Defendan bersetuju dengan penjelasan Mahkamah dan bersedia untuk dibicarakan tetapi sebelum itu memohon supaya perintah sementara menegah pihak-pihak daripada mengeluarkan wang dalam simpanan Tabung Haji arwah, (akaun No : 00305527) terhad kepada 1/2 bahagian sahaja iaitu atas fakta yang menjdi isu dan bukan kesemua bahagian. Mahkamah meminta pandangan Peguam Syari Plaintif. Peguam Syari Plaintif memohon kes ditangguh sebentar untuk Peguam Syari Plaintif berbincang dengan Plaintif. Mahkamah menangguh pendengaran kes selama 10 minit. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 19 DISEMBER 1999 jam 10.25 pagi Setelah Mahkamah dibuka semula, Peguam Syari Plaintif memaklumkan Plaintif bersetuju dengan permohonan yang telah dibuat oleh DefendanDefendan melalui Peguamnya.

9
Mahkamah mengarahkan Peguam Syari menyediakan draf perintah permohonannya itu. Defendan-Defendan

t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 19 DISEMBER 1999 Kes dimulakan dengan Plaintif memberi keterangan dengan berikrar untuk bercakap benar dalam bahasa Malaysia. Wan Puziah binti Wan Awang, KPT : 591206-11-5346, K/P : 5738341 Alamat : Lot 1076 P, Kg. Wakaf Beruas 20050 Kuala Terenggganu Plaintif ialah anak angkat kepada orang Melayu dan asalnya daripada keturunan cina. Plaintif dapat tahu yang dirinya anak angkat semasa Plaintif berada di sekolah Menengah iaitu awal tahun 1970an. Wan Hitam bt. Wan Long adalah ibu angkat Plaintif. Plaintif tinggal dengan Wan Hitam (arwah) mulai seingat-ingat Plaintif dirinya memang telah duduk dengan arwah sehinggga 1997. Plaintif berkahwin dalam tahun 1983. Sejak berkahwin hinggga 1997, Plaintif tinggal bersama arwah. Plaintif ada menunaikan haji bersama-sama arwah dan semasa itu arwah ada beritahu Plaintif bahawa arwah ingin memberi sejumlah daripada wang simpanannya kepada Plaintif. Wang itu arwah simpan di Tabung Haji. Pergi ke Mekah dalam tahun 1974 atau 1975. Selepas itu tidak ada apaapa tindakan dibuat. Urusan itu dibuat sebelum pergi ke Mekah. Urusan itu ialah mengisi Borang Penamaan diisi sebelum pergi ke Mekah. Plaintif hadir sama mengisi borang itu di Pejabat Tabung Haji Cawangan Kuala Terengganu. Borang itu kemudiannya diserah kepada Pihak Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Penamaan lain selain 1975 itu Plaintif tidak tahu ada atau tidak dibuat oleh arwah. Arwah tidak cerita apa-apa kepada Plaintif. Semenjak kecil lagi arwah sangat sayangi Plaintif. Akhir-akhir sebelum arwah meninggal, arwah ada sedikit selisih faham dengan Plaintif. Arwah meninggal Januari 1998. Antara 4-5 tahun sebelum arwah meninggal. Sepanjang tempoh Plaintif tidak berbaik dengan arwah, tidak ada arwah membatalkan penamaan kepada Plaintif. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 19 DISEMBER 1999 Soal Balas Plaintif berpindah daripada rumah arwah kerana, rumah Plaintif sendiri telah siap. Dan tidak betul kerana semata-mata hubungan Plaintif dengan arwah tidak baik. Memang hubungan Plaintif dengan arwah semasa itu tidak baik. Arwah tidak pernah menyuruh Plaintif keluar daripada rumah arwah. Semasa Plaintif mempunyai orang gaji, orang gaji Plaintiflah yang membantu arwah. Orang gaji dibayar oleh Plaintif. Masalah Plaintif dengan arwah adalah rumit. Sebagai orang tua, arwah seorang cerewet.

10
Arwah tidak suka masakan pedas dan manis. Arwah suka masak sendiri. Makan secara berasingan jua. Ada berlaku peristiwa Plaintif dan anak-anak dan suami telah hampir maghrib. Arwah berada di dalam kereta. Bila waktu balik Plaintif dapati arwah tiada dan setelah puas mencari tidak berjumpa, Plaintif anggap arwah telah balik. Plaintif dapat tahu, arwah ada telefon cucu saudara arwah bernama Wan Mohd Fauzi Wan Abdullah dan arwah balik lepas maghrib. Semasa nak pergi ke Mekah, Plaintif dan arwah sudah buat borang penamaan. Arwah ada membuat wasiat untuk kepentingan beberapa tanah kepada Plaintif tetapi surat wasiat itu telah hilang. Wasiat itu bersama wasiat ayah angkat Plaintif ; wasiat dibuat dalam tahun 1970an tarikhnya tidak pasti. Borang penaman itu dibuat di Lembaga Urusan Tabung Haji Kuala Terengganu dan borang itu diserah pada hari yang sama. Plaintif yakin. Arwah tidak tahu menulis rumi, jawi Plaintif tidak pasti. Arwah tidak boleh baca rumi. Plaintif mengaku memang dia tidak tahu arwah ada buat penamaan lain selepas tahun 1975. Defendan 2 ada beritahu kepada Plaintif bahawa arwah ada buat penamaan lain, selepas arwah meninggal dunia. Plaintif tidak tahu siapa yang menguruskan proses pengambilan anak angkatnya. Semasa kecil arwah tidak benar Plaintif bercampur dengan waris arwah kerana takut Plaintif mengetahui bahawa Plaintif anak angkat kepada arwah. Plaintif agak rapat dengan Defendan 2 dan keluarga Defendan 2. Plaintif tahu dia anak angkat melalui kawan-kawan sekolah. Setelah tahu yang dirinya anak angkat Plaintif bergaul dengan waris-waris angkat seperti biasa. Defendan 1 kurang berhubung dengan arwah dan suami, Defendan 2 selalu datang ke rumah arwah. Plaintif dengan keluarga Defendan 1 kalau bertemu, ada bertegur sapa. Ayah angkat Plaintif meninggal dunia dalam tahun 1984. Hubungan Plaintif baik dengan ayah angkat dan ibu angkat (arwah); sehinggalah sebelum 4-5 tahun sebelum arwah meninggal dunia. Selain borang penamaan 1975, selepas ayah angkat mati,(1984), arwah ada kata, rumah ni nak bagi ke Plaintif, semuanya secara lisan, secara bertulis tiada. 4-5 tahun sebelum arwah meninggal Plaintif tidak pasti hasrat arwah tetapi ada arwah suruh Defendan 1 cari rumah di Padang Hiliran untuk diberi kepada anak sulung Plaintif. Di dalam borang penamaan, tandatangan Penyimpan, Plaintif tidak pasti; mungkin ayah angkat yang buat. Plaintif yakin tarikh 9/1/1975 tarikh dibuat, tarikh dicap Plaintif tidak pasti kerana ianya diuruskan oleh Lembaga Urusan Tabung Haji.

11
Peguam Syari Defendan menyoal adakah Plaintif yang mengarahkan Peguam Syari Plaintif membuat injunksi keseluruhan simpanan di Tabung Haji. Soalan ini dibantah oleh Peguam Syari Plaintif. Bantahan diterima oleh Mahkamah. Dalam tempoh 1984-1993, Plaintif mempunyai hubungan yang baik dengan arwah pernah Pplaintif bawa arwah melawat Singapura. 1997 kali terakhir melawat Singapura. Selepas itu ada juga ke tempat-tempat yang dekat-dekat seperti di Kota Bharu. Arwah suka berjalan. Sebelum 1984 dan selepas 1984 hubungan Plaintif dengan arwah mungkin ada perbedaan. Sebelum 1984 lebih sayang daripada selepas 1984. Selepas 1984, semasa akhir-akhir arwah nak meninggal, Plaintif ada menegur dan nasihat arwah dan akibatnya arwah ada terasa hati. Plaintif tidak herdik arwah dan tidak tengking arwah. Plaintif tidak pernah switch-off lampu semasa arwah makan. Plaintif mengaku ada mengisi Permohonan Mengeluarkan Simpanan Pendeposit Meninggal Dunia (Pesaka). Tandatangan dan cap ibu jari kiri dibuat oleh Plaintif. Borang Kew. P3 ditanda DD 1 . Permohonan ini dibuat secara rela hati. Plaintif ada baca borang itu dan faham. Plaintif tahu kuasa mentadbir Mahkamah dikeluar kepada Defendan 1 diketahui oleh Plaintif selepas 5-6 bulan arwah meninggal. Surat Kuasa itu diketahui melalui Peguam Plaintif Encik Zulkifli daripada Tetuan Zulkifli & Co.,. Plaintif tidak kenal peguam Defendan 1 untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir Pesaka. Plaintif dapat tahu ada Sijil Faraid dikeluarkan kepada Defendan 1 juga melalui Peguam. Sekarang Plaintif dengan Defendan 2 masih baik. Plaintif ada ziarahi Defendan 2 selepas arwah meninggal. Plaintif ziarahi dengan Defendan 2 dan isteri Defendan 2. Plaintif ziarahi kali terakhir Defendan 2 semasa kenduri anak Defendan 2 bernama Che Mee. Setelah Defendan 2 beritahu kepada Plaintif bahawa arwah ada buat penamaan lain, Plaintif tidak ada perubahan sikap terhadap Defendan 2. Plaintif ada pergi ke Kuala Lumpur untuk keluarkan Wang Simpanan Arwah daripada Tabung Haji tanpa pengetahuan waris-waris. Wariswaris tidak pernah beri izin kepada Plaintif keluarkan wang arwah daripada Lembaga Urusan Tabung Haji. Plaintif tahu untuk keluarkan wang daripada simpanan arwah itu perlukan izin daripada ahli waris . (Jawapan Plaintif agak tersekat-sekat dan mengambil masa). Lain-lain tidak ada. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 19 DISEMBER 1999

12
Soal Semula Plaintif tahu nak keluar wang arwah daripada Lembaga Urusan Tabung Haji perlu ada izin semasa nak keluarkan wang. Plaintif tahu sikit sebanyak aturan keluar wang dari Lembaga Urusan Tabung Haji. Yang menanda cop ialah Pegawai Lembaga Urusan Tabung Haji, bila ditanda cop, Plaintif tidak tahu. Plaintif diberitahu oleh Defendan 2 adanya penamaan kira-kira sebulan lebih selepas arwah meninggal dengan kata tukar dah . Defendan 2 tidak beritahu bahawa penamaan kedua itu telah didaftar. Di dalam rumah arwah sebelum Plaintif berpindah ke rumah sendiri, didiami oleh 6 orang kesemuanya. Orang gaji silih berganti. Lain-lain tiada. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 19 DISEMBER 1999 Kes disambung kepada 20/12/1999 mulai jam 9.30 pagi dengan keterangan saksi-saksi Plaintif; kerana pada hari ini Plaintif belum membawa saksi-saksinya. Kes ditangguh. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 19 DISEMBER 1999 Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terenggganu, di Kuala Terengganu pada hari Isnin, 12 Ramadhan 1420 bersamaan 20hb. Disember 1999 mulai jam 9.30 pagi dibuka untuk sambung bicara. Hadir Ismail bin Yahya Hakim Plaintif ( diwakili oleh En. Saifuddin ) Defendan-Defendan ( diwakili oleh En. Wan Ahmad Fauzi ) Peguam Pemerhati bagi pihak Tabung Haji ( Mejar (B) Mohd Ramli bin Othman ) Sebahagian orang ramai dan Kakitangan Mahkamah

t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 20 DISEMBER 1999

Peguam Syari Plaintif memaklumkan setakat ini tiada sulh dicapai. Kes dimulakan hari ini Saksi Plaintif 1 dipanggil untuk memberi kesaksiannya. Saksi Plaintif 1 berikrar untuk menjadi saksi dengan lafaz asyhadu.

13

Abdullah bin Salleh KPT : 351011-11-5167 KP : 3802814 272 Kg. Kubang Parit 20050 Kuala Terengganu. Saksi Plaintif 1 bekerja menanam padi. Saksi Plaintif 1 dapat cam Plaintif. Saksi Plaintif 1 dapat cam Defendan-Defendan. Saksi Plaintif 1 tiada hubungan waris dengan Plaintif maupun Defendan-Defendan. Saksi Plaintif 1 kenal dengan arwah Wan Hitam bt. Wan Long. Saksi Plaintif 1 dari kecil lagi mengusahakan tanah Wan Nawang suami arwah buat padi dan hantar padi ke rumah arwah. Saksi Plaintif 1 hantar padi ke rumah arwah telah 20 tahun, hantar sokmo dan biasa sangat dengan arwah. Arwah dan Wan Nawang tiada anak sendiri. Plaintif adalah anak angkat arwah. Saksi Plaintif 1 tahu Plaintif adalah anak angkat kepada arwah dengan tanya Wan Nawang dan Wan Nawang beritahu dok soh bisinglah, saya beli . Arwah ada 2 orang anak angkat. Kedua-dua orang anak angkat itu berbangsa cina. Satu orang lagi mari dari Singapura. Anak itu diberi nama Saba . Oleh kerana kedua-dua budak itu terlalu rapat dengan Wan Nawang, Saksi Plaintif 1 ada tanya mengenai kebajikan budak-budak itu dan Wan Nawang kata ada tukang jaga. Mereka berbaik-baik. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 20 DISEMBER 1999

Soal Balas

Dua tahun lepas doh, Wan Hitam kata mereka ketiga berbaik-baik. Semasa Wan Hitam mula-mula ambil Plaintif, Saksi Plaintif 1 belum kenal lagi Plaintif. Saksi Plaintif 1 banyak berurusan dengan Wan Nawang daripada Wan Hitam. Ketiga-tiga berbaik dalam masa hayat Wan Nawang dan hayat Wan Hitam. Saksi Plaintif 1 tidak bersetuju bahawa sebelum arwah meninggal hubungan Plaintif dengan arwah tidak baik. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 20 DISEMBER 1999 Tiada soalan semula. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 20 DISEMBER 1999

14
Saksi Plaintif 2 dipanggil untuk memberi kesaksian. Saksi Plaintif 2 berikrar untuk menjadi saksi di dalam kes ini dengan lafaz asyhadu. Haji Abd. Wahab bin Mamat KPT : 600728-11-5177, KP : 5979854 Lot 2038 Kg. Kubang Jela Manir, Kuala Terengganu Pekerjaan sebagai Peg. Eksekutif Kewangan Lembaga Urusan Tabung Haji. Akaun No 305527 ada dalam maklumat Saksi Plaintif 2. Nama pendeposit ialah Wan Hitam binti Haji Wan Long K/P 3178371. Pendeposit ada membuat penamaan. Borang Penamaan itu diterima oleh Lembaga Urusan Tabung Haji pada 13 Januari 1975. Tarikh 9/1/1975 biasanya tarikh diisi. 14 Januari 1975 yang ada tercatat Saksi Plaintif 2 tidak tahu. Mengikut amalan Lembaga Urusan Tabung Haji, setelah borang penamaan diterima jika tidak ada kesilapan, borang itu akan diserah balik kepadapendeposit. Kemudian borang itu akan dihantar ke ibu pejabat , Kuala Lumpur. Ada 2 penama dalam borang penamaan. 1) Wan Awang bin Haji Abdullah, No. 68, Kampung Losong Haji Long, Kuala Terenggganu, K/P 3178370 bahagian : 1/2 bahagian 2) Wan Puziah binti Haji Awang No. 68, Kg. Losong Haji Long, Kuala Terenggganu, K/P 5738341 Bahagian : 1/2 bahagian Di dalam borang itu disebut ; Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. Jikalau sekiranya mana-mana di antara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya, maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagian-bahagian yang akan saya nyatakan. Ada-lah Penamaan ini memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buat dahulu. Saksi Plaintif 2 menyebut apa yang terkandung di dalam borang berkenaan seperti di atas di dalam Mahkamah.

15

Seterusnya Saksi Plaintif 2 memaklumkan mengenai akaun arwah ini mengikut rekod, tidak ada sebarang borang penamaan lain dibuat dan tidak ada sebarang borang penamaan lain didaftar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji. Mengikut rekod, tidak ada cubaan-cubaan untuk mendaftar Borang Penamaan lain. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 20 DISEMBER 1999 Soal Balas Saksi Plaintif 2 berkhidmat di Lembaga Urusan Tabung Haji sejak 17 Mac 1980. Saksi Plaintif 2 pegang jawatan sekarang mulai 1 Oktober 1984. Tugas Saksi Plaintif 2 sekarang ialah menguruskan akaun pendeposit untuk negeri Terenggganu dan membantu aktiviti pemasaran Lembaga Urusan Tabung Haji untuk negeri Terengganu. Saksi Plaintif 2 pasti sejak 1975 hingga sekarang ada kemungkinan berlaku Borang Penamaan yang diserahkan tidak didaftarkan. Jika borang penamaan tidak sempurna ianya akan diserah kembali pada ketika itu juga. Lembaga Urusan Tabung Haji minta dibetulkan pada ketika itu juga dan diserah balik kepada Lembaga Urusan Tabung Haji pada hari yang sama. Cawangan Lembaga Urusan Tabung Haji di Malaysia lebih kurang 135 cawangan sekarang. Sekarang pendeposit berjumlah lebih kurang 4.5 juta. 1988 jumlah pendeposit Saksi Plaintif 2 tidak boleh buat anggaran. Sejak Saksi Plaintif 2 berkhidmat di Lembaga Urusan Tabung Haji, Saksi Plaintif 2 tidak dapat membuat anggaran berapa banyak pertukaran penamaan. Di Terengganu dalam satu-satu tahun lebih 10 penukaran dalam setahun. Statistik perubahan Penamaan di Kuala Terenggganu tidak ada. Lembaga Urusan Tabung Haji Kuala Terengganu ada menerima sungutan bahawa perubahan penamaan tidak dibuat oleh Lembaga Urusan Tabung Haji dan surat dikembalikan. Jumlahnya tidak dapat dipastikan. Saksi Plaintif 2 kerap kali berkempen di kampung-kampung untuk orang ramai menyimpan di Lembaga Urusan Tabung Haji. Penerangan kepada orang ramai mengenai penamaan ialah; 1) 2) 3) Setiap pendeposit hendaklah memasukkan Penamaan untuk memudahkan pengeluaran jika berlaku kematian. Penamaan hendaklah kepada waris-waris terdekat. Penama itu adalah penjaga amanah, walaupun bukan wariswaris terdekat.

16
Tabung Haji menekankan bahawa orang yang dinamakan itu penjaga amanah sahaja dan bila pendeposit meninggal, penjaga amanah itu hendaklah mengeluarkan wang dan dibahagikan kepada ahli waris mengikut hukum syara. Dasar Tabung Haji adalah seperti yang disebut itu. Saksi Plaintif 2 sedar penamaan ini ialah pengamanahan, dan ada fatwanya. Tabung Haji menggalakkan pendeposit membuat penamaan. Tujuannya untuk memudahkan wang dikeluarkan apabila pendeposit meninggal dunia. Prosedur apabila pendeposit datang buka akaun, selepas mendaftar, borang penamaan diberi kepada pendeposit. Kelonggaran diberi samada nak terus serah atau membawa balik ke rumah dan boleh terus hantar ke Kuala Lumpur melalui sampul surat yang distampkan; dan boleh serah balik ke kaunter. Pejabat Cawangan akan hantar ke Kuala Lumpur melalui sampul surat yang sama (bukan berdaftar). Prosedur ini ialah prosedur 1980an. Apabila penamaan kemudian diserahkan, ianya boleh diserahkan dimanamana kaunter. Tiada ada pegawai khas untuk menerima borang penamaan. Semakan tetap dibuat terhadap borang itu. Bila borang itu diterima, ianya tidak diberi aku terima. Ianya juga tidak dimasuk dalam buku rekod daftar malah buku rekod daftar pun tidak ada. Tiap-tiap pendeposit tidak ada fail peribadi, dalam tahun 1988. Kebiasaannya setelah borang penamaan diterima, ianya dipos ke Kuala Lumpur menurut kekerapan ke Pejabat Pos. Sebagai contoh, walaupun satu borang dan kebetulan ke Pejabat Pos, maka satu borang itu pun dipos juga. Borang Penamaan itu diletakkan di dalam trill biasa sahaja ditempat kerani menerima itu tidak ada trill khas dan kemungkinan diletak di atas meja bergantung kepada sensitiviti kerani yang menerimanya. Di Cawangan Kuala Terengganu sejak 1988 hingga sekarang banyak berlaku perubahan tugas pegawai dan pertukaran pegawai. Pejabat Cawangan tidak ada buat salinan photostat borang penamaan yang mana yang asal di hantar ke Kuala Lumpur. Borang Penamaan dihantar terus ke Kuala Lumpur tanpa covering letter. Penghantaran ini tidak direkodkan. Kemudian Borang Penamaan tidak diposkan dan walaupun telah dimasuk dalam sampul surat ianya kemungkinan tidak diposkan. Tabung Haji ada mengeluarkan borang penamaan seperti yang ditunjukkan di dalam Mahkamah pada hari ini. Jika ada borang penamaan kemudian, borang penamaan kemudian mansukh dengan sendirinya jika yang kemudian itu didaftarkan. Ini peraturan Tabung Haji bukan pendapat Saksi Plaintif 2. Peraturan sekarang; jika penamaan dibuat dan pendeposit meninggal, orang yang dinamakan itu diwajibkan menggunakan satu borang pengeluaran wang simati. Syarat borang pengeluaran itu disebut bahawa pengeluar wang itu ada penjagaan amanah dan ia akan

17
membahagi-bahagikan wang itu mengikut Hukum Syara. menghendaki keizinan daripada waris. Borang itu

Mengenai borang permohonan seperti yang dikemukakan dalam Ikatan Dokumen Defendan-Defendan Saksi Plaintif 2 mengaku ianya adalah tandatangannya. Saksi Plaintif 2 tidak dapat mengecam Pemohon. Pemohon mesti datang sendiri untuk mengeluarkan wang. Penerima Penamaan dengan Pemegang Amanah sekarang ini menggunakan borang yang sama untuk mengeluarkan simpanan pendeposit yang sama. Fungsi Penerima Penamaan dengan Pemegang Amanah adalah sama. Lain-lain tiada. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 20 DISEMBER 1999 Soal Semula Borang untuk keluarkan wang pendeposit ada perbezaan dari masa ke semasa. Borang yang dikemukakan di Mahkamah ini berbeza dari semasa ke semasa contohnya yang borang yang dikemukakan ini dipinda dalam tahun 1994. Yang sebelum 1994 dengan 1994 berbeza. Akibat berbezanya borang pengeluaran mungkin fungsi Penerima Penamaan dan Pemegang Amanah juga berbeza. Fatwa Majlis Kebangsaan Saksi Plaintif 2 kurang pasti ianya fatwa negeri. Saksi Plaintif 2 setuju akibat daripada fatwa itu maka berlakulah borangborang pendeposit dan pengeluaran. Mengikut P 1 Saksi Plaintif 2 mengakui ianya bertujuan memberi kepada orang-orang yang dinamakan. Borang Penamaan baru yang tidak didaftarkan tidak membatalkan pendaftaran yang terdahulu. Borang penamaan boleh bawa balik dan dengan itu boleh jadi pendeposit telah berubah niat, boleh jadi hilang dan tak berhasrat nak buat baru dan dengan itu tidak hantar ke ibu pejabat. Saksi Plaintif 2 berkempen sejak 1980. Pada masa itu Saksi Plaintif 2 tidak pasti ada atau tidak perubahan-perubahan dalam peraturan pendeposit dan penamaan. Pindaan-pindaan ada dibuat dari semasa ke semasa tetapi diluar makluman Saksi Plaintif 2. Cop pada borang penamaan P1 itu tidak dipastikan oleh Saksi Plaintif 2. Saksi Plaintif 2 tidak pernah dengarlah bahawa penama yang dimansukh mengeluarkan wang daripada akaun pendeposit sebelum tahun 1975. Saksi Plaintif 2 mengesahkan bahawa jika tidak ada borang penamaan baru didaftarkan maka borang penamaan sedia ada tidak dibatalkan. Lain-lain tiada.

18
t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 20 DISEMBER 1999 Peguam Syari Plaintif memohon kes ditangguh ke suatu tarikh lain kerana Saksi Plaintif 3 iaitu Pegawai Penilai terhadap hartanah arwah yang dianggarkan sebanyak 60 bidang belum menyiapkan laporan penilai. Sekiranya pada masa tarikh baru belum lagi dapat dibuat laporan nilaian kedua-dua pihak bersetuju nilaian hartanah arwah sebanyak RM 2 juta. Sebelum menangguhkan Mahkamah masih memberi peluang kepada kedua-dua pihak supaya ber sulh . Kes dipersetujui ditangguh kepada hari Rabu dan Khamis 23 Februari 2000 jam 9.00 pagi dan 24 Februari 2000. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 20 DISEMBER 1999 Sementara itu setelah kes ditangguh di dalam Kamar, atas persetujuan kedua-dua belah pihak, Mahkamah mengeluarkan perintah-perintah sementara seperti berikut ; PERINTAH SECARA PERSETUJUAN BERSAMA ( SULH ) DI DALAM guaman ini ada bahagian-bahagian yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak dalam kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarienya, Encik Saifuddin bin Othman dan Defendan-Defendan bersama Peguam Syarienya, Encik Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ Wan Husain, dan dihadiri sama oleh Pengurus Besar ( Penasihat UndangUndang ) Lembaga Tabung Haji, Mejar ( B ) Mohd Ramli bin Othman, dengan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak itu, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH MEMBUAT PERINTAHPERINTAH SEPERTI BERIKUT :SAYA PERINTAH Lembaga Tabung Haji hendaklah membayar satu perdua ( 1/2 ) bahagian dari wang simpanan Wan Hitam binti Haji Wan Long Akaun Nombor 00305527 yang terkumpul dan dikira pada tarikh pembayaran dibuat kepada Wan Abdullah bin Muda KPT : 210622-115175 iaitu Defendan Pertama di dalam kes ini sebagai Pentadbir Harta Pusaka Wan Hitam binti Haji Wan Long, dalam tempoh empat belas hari dari Perintah ini diserahkan kepada Lembaga Tabung Haji. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 20 DISEMBER 1999 Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu di Kuala Terengganu pada hari Rabu 17 Zulkaedah 1420, bersamaan 23 Februari 2000, mulai jam 9.15 pagi.

19
Hadir Ismail bin Yahya Hakim Plaintif ( diwakili oleh En. Saifuddin bin Othman ) Defendan-Defendan ( diwakili oleh En. Wan Fauzi ) Kakitangan Mahkamah, dan Sebahagian orang ramai. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000 Kes dimulakan dengan Peguan SyarI Plaintif memaklumkan bahawa Plaintif tidak akan memanggil saksi daripada Pejabat Penilai kerana kedua-dua pihak bersetuju bahawa harta simati semasa matinya simati kesemuanya bernilai RM 2 juta lebih. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000 Plaintif tutup kesnya. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000 Defendan 1 memberi keterangan. Haji Wan Abdullah bin Muda KPT : 210622-11-5175 No.7, Kg. Losong Haji Long, 21000 Kuala Terengganu. Pekerjaan : sekarang telah berhenti daripada berniaga. Defendan 1 adalah anak saudara kepada simati ( Wan Hitam ) dan berhubung baik. Defendan 1 juga baik dengan suami simati. Suami simati meninggal dunia tahun 1984. Sijil Mati Wan Awang ditanda sebagai Ekshibit D 2 simati meninggal dunia pada 28/1/1998. Salinan Sijil Mati simati ditanda sebagai D 2 . Jarak rumah Defendan 1 dari rumah simati kira-kira 3 rantai. Defendan 1 menetap di Kampung Losong Haji Long sejak 30 tahun dahulu. Simati menetap di Losong Haji Long sejak dulu lagi. Defendan 1 ziarahi simati pada sebulan sekali; disebelah pagi. Sebab sebelah pagi Plaintif tidak ada di rumah. Petang simati tak benar Defendan 1 ziarahi dirinya.

20
Simati ada beritahu bahawa simati selalu menyusahkan hati Plaintif. Plaintif cakap mencok dengan simati. Simati ada beritahu Plaintif ada tengking simati. Simati beritahu Plaintif sangat derhaka kepada simati. Peguam Syari Plaintif membenarkannya. bantah soalan-soalan tetapi Mahkamah

t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000 Setahun sebelum simati mati, simati ada beritahu yang simati nak keluar dari rumahnya kerana simati takut tinggal dirumahnya. Defendan 1 suruh beritahu Defendan 2. Defendan 1 dan Defendan 2 ada berbincang dengan simati di Masjid Terapung dan Defendan 2 beritahu simati tak patut simati keluar, patutnya Plaintif keluar dan Defendan 2 cadang cari rumah sewa untuk Plaintif dan simati setuju. Simati tidak puashati keatas Plaintif sejak tahun 1980an lagi. Plaintif keluar daripada rumah simati sejak 1997. Plaintif ada gaji orang untuk jaga anak Plaintif bukan untuk jaga simati. Simati sendiri masak untuk dirinya kerana ada dapur suku. Simati sendiri yang basuh bajunya, ada mesin basuh sendiri. Telefon pun suku-suku. Sangat renggang hubungan simati dengan Plaintif setahun sebelum Plaintif keluar daripada rumah simati kerana simati takut nak duduk bersama dengan Plaintif kerana sifat-sifat Plaintif tadi. Simati bersikap sedemikian ke atas Plaintif atas perubahan simati sendiri bukannya hasutan orang. Simati pernah mengikuti pengajian agama dengan Hj. Wan Long Halim ayah simati. Pada pengamatan simati mempunyai pengetahuan agama yang baik. Simati seorang yang bijak; simati mempunyai daya ingatan yang baik sehingga saat kematian; simati tidak nyanyok. Simati tidak percaya kata orang. Simati membuat keputusan mengikut kemahuannya sendiri. Simati tidak boleh membaca dan menulis dalam tulisan rumi. Simati selalu baca quran. Simati boleh baca jawi sekadar je. Simati boleh tulis jawi sekadar-kadar je. Simati mengesahkan sesuatu dengan cap jari. Simati tidak pandai tandatangan. Simati ada beritahu Plaintif bahawa hanya Defendan 1 dan Defendan 2 sahaja yang layak terima pesaka simati. Defendan 1 ada memohon Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah. Salinan Sijil Faraid ditanda sebagai D 4 . Defendan 1 sedarlah bahawa Defendan 1 dan Defendan 2 sahaja yang berhak mempesakai harta simati. Simati sedar bahawa jika simati tidak membuat wasiat, Plaintif tidak dapat apa-apa daripada harta pesaka simati.

21
Simati tidak beritahu Defendan 1 bahawa simati ada wasiat hartanya kepada Plaintif. Simati ada beritahu Defendan 1 bahawa dia tidak mahu beri hartanya kepada Plaintif sehingga simati mati. Kalau simati mati pun simati tidak benar hartanya jatuh ke tangan Plaintif. Simati ada beritahu Defendan 1 bahawa simati telah batal penamaan Plaintif dalam akaun simati di Tabung Haji. Simati beritahu dia batal nama Plaintif di Tabung Haji kerana takut Plaintif tidak amanah. Simati beritahu dia lantik Defendan 2 penerima namaan baru. Selain daripada wang di Tabung Haji, simati tidak ada mewasiatkan kepada Plaintif. Simati beritahu haknya hanya jatuh warisnya sahaja. Hartanya simati tidak mau beri kepada Plaintif. Hubungan tidak baik antara simati dengan Plaintif kekal sehingga simati mati. Simati suka Plaintif keluar daripada rumahnya dan lepas itu simati dan Plaintif tidak ngi-maghi. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000

Soal Balas

Simati tidak pernah beritahu yang dia ada wasiat kepada Plaintif di Tabung Haji. Simati ada beritahu kepada Defendan 1 yang simati batal penamaan Plaintif di Tabung Haji. Boleh jadi simati beritahu itu nak sembunyi. Kalau orang pergi ke rumah simati, Defendan 1 tidak nampak. dan Plaintif tak ngi mari, simati yang beritahu. Simati

Defendan 1 sekolah setakat darjah sekolah 5 kemudian ke Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin. Defendan 1 memohon Sijil Faraid dengan mengisi borang di Mahkamah Syariah. Simati membuat satu-satu keputusan dengan kehendak dia sendiri. pengamatan Defendan 1, simati seorang yang berterus terang. Suami simati dikenali oleh Defendan 1, mati tahun 1984. Defendan 1 tidak tahu yangmana dulu suami simati mati ke atau penamaan Plaintif oleh simati di Tabung Haji. Semasa suami simati masih hidup simati buat bersama suaminya. Defendan 1 tidak tengok sendiri pembatalan penamaan nama Plaintif oleh simati. t.t. xxx Pada

22
( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000 Soal Semula Semasa simati beritahu kepada Defendan 1 yang dia batal penamaan Plaintif, simati beritahu secara sungguh-sungguh. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000 t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000

Defendan 1 dibebaskan.

Defendan 2 memberi keterangan dengan berikrar untuk bercakap benar. Wan Ismail bin Endut KPT : 321022-11-5093, K/P : 2127264 725 A Kg. Nesan Empat, 20000 Kuala Terengganu Pekerjaan: Pesara. Simati adalah emak saudara kepada Defendan 2. Defendan 2 berhubung baik dengan simati dan suami simati. Dalam seminggu ada 2-3 kali.; Defendan 2 ziarahi simati dan Plaintif. Defendan 2 ada berbincang dengan simati secara khusus mengenai layanan Plaintif terhadap simati dalam tahun 1996. Dalam perjumpaan itu hadir sama ialah simati, Defendan 1 dan Defendan 2. Isunya yang pertama, simati nak keluar daripada rumah, tidak nak tinggal bersama Plaintif. Defendan 2 beritahu simati tak elok simati keluar, elok Plaintif yang keluar, Defendan 2 sanggup cari rumah untuk Plaintif. Simati setuju dengan cadangan Defendan 2. Dalam tahun 1997 Plaintif keluar dari rumah simati. Hubungan simati dengan Plaintif setahu Defendan 2 adalah renggang. Simati ada beritahu sebab renggang kerana masalah percakapan Plaintif terhadap simati. Plaintif dengan Defendan 2 berhubung baik. keluarga Defendan 2 dengan Plaintif. Begitu juga hubungan

Simati ada mengaji agama daripada ayahnya Hj. Wan Long. Pada pengamatan Defendan 2, simati seorang yang baik, beragama, bijak, daya ingatan yang baik dan tidak nyanyok sampai akhir hayat. Simati tidak mudah dipengaruhi oleh hasutan orang. Simati seorang yang membuat keputusan menurut kehendaknya sendiri. Simati tidak boleh baca rumi, tidak boleh tulis rumi. Pengesahan dibuat oleh simati melalui cap jari sahaja.

23

Simati tidak beritahu Defendan 2 bahawa simati ada mewasiatkan wang Tabung Haji kepada Plaintif. Simati ada beritahu secara serious dan acapkali nak batal nama Plaintif dan tukar nama Defendan 2. Simati ada ajak Defendan 2 nak batal penama Plaintif dan tukar dengan nama Defendan 2 di Pejabat Tabung Haji Kuala Terengganu. 1988 Defendan 2 dan simati pergi ke Pejabat Tabung Haji atas permintaan simati. Defendan 2 dan simati pergi ke kaunter dan simati sendiri minta borang pertukaran nama nominee dan oleh kerana kerani itu ada kenal simati. Borang itu ditulis oleh Defendan 2 dan lepas itu Defendan 2 beritahu kepada simati. Defendan 2 pegang jari simati untuk cap jari. Kerani kata tak terang cap jari. Defendan 2 minta borang lain dan Defendan 2 tulis balik dalam borang baru dan Defendan 2 beritahu simati dan kerani Lembaga Urusan Tabung Haji sendiri yang buat cap jari. Yang tak betul diminta oleh Defendan 2 untuk simpanannya. Borang asal yang diserah balik kepada Defendan 2 dikenalpasti dan ditanda sebagai D 5 . Defendan 2 melihat simati menurunkan cap jarinya. Kandungan borang kedua adalah sama dengan D 5 . Tabung Haji telah terima dan diberitahu bahawa ianya telah sempurna. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000 Saya mengarahkan Defendan 2 keluar dari kandang memberi keterangan kerana saya dapati Peguam Syari Defendan-Defendan sampai di sini tidak menghormati Mahkamah dengan cara menyoal Defendan 2 dalam bentuk soalan memimpin kepada Defendan 2, sedangkan sebelum ini semasa soal utama Defendan 1 dan Defendan 2 telah tiga kali saya memberi amaran secara lisan kepada Peguam Syari Defendan-Defendan mengenai soalan memimpin. Oleh itu saya terpaksalah menangguhkan kes ini kepada esok. Kes ditangguh kepada 24/2/2000 jam 9.00 pagi. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000 jam 10.40 pagi Kira-kira jam 10.50 pagi Peguam Syari Defendan-Defendan memohon berjumpa saya di dalam Kamar saya untuk memohon maaf. Saya terima permohonannya dan mengingatkan supaya dimasa akan datang jangan mengulangi lagi tingkah laku seperti ini.

24
t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 23 FEBRUARI 2000 Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu di Kuala Terengganu pada hari Khamis 18 Zulkaedah 1420 bersamaan 24 Februari 2000 mulai jam 9.00 pagi dibuka untuk sambung bicara. Hadir Ismail bin Yahya Plaintif ( diwakili oleh En. Saifuddin ) Defendan 1 dan Defendan 2 ( diwakili oleh En. Wan Fauzi ) Sebahagian orang ramai dan Kakitangan Mahkamah Hakim

t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 24 FEBRUARI 2000 Menyambung keterangannya Defendan 2 memberitahu bahawa dia ada catatan mengenai penamaan baru dan pembatalan penamaan Plaintif. Catatan dalam bukunya. Catatan : Abang Hitam ( Hj. Wan Hitam bt. Hj. Wan Long ) telah beri penama simpanannya kepada Defendan 2. Catatan itu dibuat 2 hari selepas dibuat pembatalan. Buku itu ditanda sebagai D 5 . Selepas balik daripada Tabung Haji, simati kata, aku puashati doh nama Wan Puziah tiada dalam Tabung Haji . Simati pernah sebut bahawa Defendan 1 dan Defendan 2 yang sepatutnya menerima pesaka simati. Antara simati dan Plaintif mempunyai hubungan yang tak baik. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 24 FEBRUARI 2000

Soal Balas

Catatan dalam buku D 5 selepas 2 hari dari tarikh penyerahan borang di Tabung Haji. Tidak ada sebarang maklum balas daripada Tabung Haji. Setakat rekod Tabung Haji Defendan 2 bersetuju bahawa nama Plaintif sahaja sebagai penamaan. Defendan 2 setuju namanya tidak didaftar oleh Tabung Haji. Borang Penamaan hanya dibuat dua kali sahaja. sempurna dan borang itu disimpan oleh Defendan 2. Yang pertama tak

Defendan 2 tahu sepanjang masa bahawa harta simati dipesakai oleh Defendan 1 dan Defendan 2.

25

Simati ada anak angkat lain bernama Wan Sabariah tinggal di dapur rumah simati iaitu rumah simati. Defendan 2 belum ada persetujuan pembahagian pesaka simati. dengan Defendan 1 tentang

Defendan 2 belum bercadang nak beri apa-apa kepada Wan Sabariah. Selain wang di Tabung Haji, simati ada harta lain. 1) barang kemas (emas) Defendan 2 tak faham nilaian dan tak banyak. 2) 3) Semuanya telah dibuat pembahagian. Selepas mati tidak ada yang hilang. tanah kira-kira 50 lot di merata tempat. rumah

Simati dan Plaintif tidak bercakap itulah yang menunjukkan renggangnya hubungan. Herdik, maki hamun Plaintif ke atas simati Defendan 2 tidak tahu, simati tidak pernah beritahu. Defendan 2 rapat dengan simati. Defendan 2 tidak setuju simati pilih orang untuk menceritakan halnya dengan Plaintif. Defendan 2 tidak tahu Defendan 1 berapa kali Defendan 1 pergi ke rumah simaai; sebenarnya. Defendan 2 tak setuju bahawa simati lebih rapat dengan Defendan 1 daripada Defendan 2. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 24 FEBRUARI 2000 Kepada soalan Mahkamah, Defendan 2 menjelaskan bahawa Defendan 2 cadangkan supaya Wan Puziah menduduki rumah Defendan 2 di Lot 1765 Taman Koperasi, Kuala Ibai Kuala Terengganu yangmana telah dikosongkan oleh penyewa selama 4 bulan. Tetapi Wan Puziah mahu keluar daripada rumah simati sehingga rumahnya siap, iaitu di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 24 FEBRUARI 2000 Soal Semula Simati tidak cerita hal-hal tingkah laku Plaintif kepada Defendan 2 kerana Defendan 2 terlalu baik dengan Plaintif. Pada pendapat Defendan 2 jika simati beritahu Defendan 2, Defendan 2 akan beritahu Plaintif. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

26
24 FEBRUARI 2000 Saksi Defendan 1 dipanggil untuk memberi kesaksian. Saksi Defendan 1 berikrar untuk bercakap benar menjadi saksi dengan lafaz asyhadu. WAN NIK BIN ABD RAHMAN KPT : 391227-11-5189, KP : 1473135 556 Belakang Sek. Panji Alam Kg. Nibong Kuala Terengganu Pekerjaan : berniaga Simati dengan Saksi Defendan 1 sebagai waris saja hubungan tak tahu. Simati mempunyai hubungan baik semasa Hj. Wan Nawang masih hidup. Setelah Hj. Wan Nawang mati, simati kecil hati di atas tingkah laku Plaintif ke atas arwah Hj. Wan Nawang. Setahu Saksi Defendan 1, simati sendiri yang uruskan makan minum simati. Saksi Defendan 1 solat Jumaat di Masjid Losong Masjid. Saksi Defendan 1 adalah cucu saudara kepada Defendan 1 dan Defendan 2. Simati pernah suruh Saksi Defendan 1 baca surat dalam tulisan rumi yang ditujukan kepada simati. Simati kata dia tarik balik hartanya daripada Wan Puziah dan beri kepada penerima pesakanya. Hartanya tak nak beri kepada siapa pun kecuali orang yang berhak menerima sahaja. Saksi Defendan 1 dengar sendiri di rumah simati di Losong. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 24 FEBRUARI 2000 Soal Balas Saksi Defendan 1 asal orang Losong Masjid. Kira-kira 22 tahun yang lalu telah berpindah ke Kg. Nibong iaitu tahun 1980an. Wan Puziah tengking kepada Hj. Wan Nawang. Hj. Wan Nawang ambil Wan Puziah sebagai anak angkat. Simati yang beritahu yang simati terasa hati ke atas Wan Puziah kerana perbuatan Wan Puziah ke atas Hj. Wan Nawang. Bila simati berahi kepada seseorang simati akan cerita belaka. Simati pilih orang untuk cerita halnya. Simati tidak beritahu mengenai hartanya kepada Saksi Defendan 1. Setahu Saksi Defendan 1, simati ada beri harta kepada Wan Puziah sebelum simati marahkan Wan Puziah. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 24 FEBRUARI 2000

27
Soal Semula Simati beritahu bahawa dia ada beri harta kepada Wan Puziah sebelum Hj. Wan Nawang meninggal dunia. Menjawab Soalan Mahkamah Saksi Defendan 1 tidak pernah dengar simati marah kepada Wan Puziah semasa Wan Nawang masih hidup. Simati marah Wan Puziah di atas tingkah laku Wan Puziah ke atas Wan Nawang. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 24 FEBRUARI 2000 Saksi Defendan 2 berikrar untuk bercakap benar menjadi saksi dengan lafaz asyhadu. Wan Kamal Bin Nik KPT : 330504-11-5007, KP : 0464099 No. 3 Losong Haji Long 21000 Kuala Terengganu Pesara Saksi Defendan 2 dengan simati adalah sepupu sebelah bapa. Mahkamah mengarahkan Peguam Syari Defendan-Defendan membuat soalan untuk mendapat fakta daripada Saksi Defendan 2 bukannya untuk dapat pendapat Saksi Defendan 2. Beberapa kali dibetulkan oleh Mahkamah, Peguam Syari DefendanDefendan masih kabur bentuk soalannya. Mahkamah tolong menyebut cara-cara menyoal Saksi Defendan 2. Peguam Syari Plaintif mencadang kes ini ditangguh buat seketika bagi membolehkan Peguam Syari Defendan-Defendan berbincang dengan Saksi Defendan 2. Mahkamah tangguh kes selama 10 minit. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 24 FEBRUARI 2000 10.20 pagi

Sebelum disambung balik jam 10.30 pagi Mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju supaya kes ini ditangguh ke tarikh lain. Mahkamah tangguhkan kes ini untuk sambung bicara kepada hari Khamis 22hb. Jun 2000 mulai jam 9.00 pagi.

28

t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 24 FEBRUARI 2000 10.40 pagi Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di Kuala Terengganu pada hari Isnin 13 Syawal 1421 bersamaan 8 Januari 2001 mulai jam 9.30 pagi untuk sambung bicara. Hadir :Ismail bin Yahya Hakim Wan Puziah binti Wan Awang Plaintif ( diwakili oleh En. Saifuddin bin Othman ) Wan Abdullah bin Muda Defendan Wan Ismail bin Endut Defendan ( diwakili oleh En. Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ Wan Husain ) Sebahagian orang ramai dan Kakitangan Mahkamah t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001 Kes dimulakan dengan keterangan utama Saksi Defendan 2. Peguam Syari Defendan memaklumkan bahawa tiada sambungan keterangan utama dan menyerahkannya untuk soal balas. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001 Ayah Wan Hitam dengan ayah Saksi Defendan 2 adalah adik beradik. Wan Hitam tidak ada anak kandung. 1) bernama Wan Puziah 2) bernama Wan Sabariah Kedua-dua anak angkat ada tinggal bersama Wan Hitam. Sebelum kematian Wan Hitam ada anak angkat Wan Hitam iaitu Wan Puziah berpindah keluar rumah Wan Hitam. Wan Puziah berpindah ke rumahnya sendiri. Wan Hitam ada anak angkat seramai 2 orang yangmana kedua-duanya perempuan iaitu

29
Wan Sabariah tinggal dalam satu kawasan rumah dengan Wan Hitam tetapi dapur berasingan. dengan dapur Wan hitam. Wan Puziah semasa duduk bersama dengan Si Sekarang Wan Sabariah tinggal di kawasan mati Saksi Defendan 2 tidak tahu samada dapur Wan Puziah berasingan rumah Wan Hitam tetapi masih dapur berasingan Wan Sabariah pernah tinggal bersama Wan Hitamn semasa sebelum kahwin. Rumah Wan Hitam itu telah dibahagi mengikut hukum pesaka daripada masa itu iaitu sebahagian dipindah dan bahagian lagi kekal ditempat asal.

Soal Semula

Wan Puziah berpindah daripada rumah Si mati kerana dia tidak sesuai lagi duduk dengan Wan Hitam. Wan Htam pernah mengadu kepada Saksi Defendan 2 bahawa harapannya kepada Wan Puziah tidak berhasil. Sebagai orang tua Wan Hitam berharap. Perkara itu dibantah oleh Peguam Syari Plaintif. Wan Hitam ada beritahu kepada Saksi Defendan 2 bahawa dia tidak boleh minta apa-apa bantuan lagi daripada Wan Puziah. Wan Hitam pernah mengadu kepada Saksi Defendan 2 bahawa Wan Hitam pernah dikatakan oleh Waan Puziah dengan kata-kata yang tidak sesuai. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001 Peguam Syari Plaintif membuat permohonan untuk membuat soal balas semula di atas kenyataan terakhir Defendan 2 dengan alasan fakta itu baru ditimbulkan. Mahkamah tidak membenarkannya dengan alasan ianya bukanlah fakta persoalan dan tidak juga merupakan fakta perkaitan. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001

30
Peguam Syari Defendan-Defendan memaklumkan bahawa DefendanDefendan menutup kes. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001 Mahkamah mengarahkan wakil Defendan-Defendan membuat gulungan kes dan penghujahan. Peguam Syari Plaintif memohon supaya gulungan kes dan penghujahan dibuat secara bertulis dan Plaintif belum bersedia dengan penghujjhan pada hari ini. Setelah menimbangkan kepada kedudukan kes dan Peguam Syari Defendan-Defendan sanggup membuat hujah bertulis cuma pohon ditangguh kes selama 2 jam jika Mahkamah menetapkan kes ini disambung semula untuk penghujahan pada hari ini mulai jam 2.00 petang. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001 jam 9.55 pagi Kes disambung semula pada jam 2.10 petang. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001 Peguam Syari Defendan-Defendan menghujahkan seperti berikut ; Perbicaraan kita ini ialah berhubung dengan Saman dan Penyata Tuntutan yang telah difailkan oleh Plaintif bertarikh 2hb. Jun 1999. Tuntutan Plaintif ialah ; 1. satu perisytiharan bahawa borang penamaan berhubung akaun di Tabung Haaji adalah sah dan sempurna di sisi hukum syara,

31
2. satu perisytiharan bahawa Plaintif adalah berhak ke atas 1/2 bahagian daripada jumlah terakhir dalam akaun Tabung Haji, 3. perintah ke atas Defendan Pertama supaya membayar 1/2

bahagian daripada jumlah terakhir dalam akaun Taabung Haji kepada Plaintif, 4. satu perintah injuksi menghalang Defendan Pertama selaku

Pentadbir pesaka Si mati daripada mengeluarkan apa-apa jumlah daripada akaun Tabung Haji sehingga tuntutan saman tersebut diselesaiputuskan, Dengan izin Yang Arif Dato, Dalam lain perkataan, Plaintif ingin mendapatkan perisytiharkan daripada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa borang penamaan ialah satu wasiat dalam ertikata al-wasoya yang memberimilik 1/2 bahagian wang simpanan Si mati di Tabung Haji kepada Plaaintif sebagai al-musha lahu. Bagi tujuan pembelaan Defendan-defendan, saya akan membahagikan penghujahan kepada 3 bahagian utama iaitu ; a. b. c. Penghujahan Undang-undang Penghujahan Fakta Penggulungan isu-isu berbangkit.

Penghujahan adalah didasarkan kepada ; a. b. c. d. e. Rujukan Undang-undang Keterangan Plaintif Keterangan Defendan-defendan Keterangan Saksi-saksi Keterangan Fakta ( Dokumen )

32
BAHAGIAN A UNDANG-UNDANG Dengan izin Yang Arif Dato, Defendan-defendan menjemput Mahkamah Yang Mulia untuk merujuk kepada undang-undang berkaitan penamaan yang sedia ada bagi memutuskan samada Plaintif mempunyai kuasa tindakan yang sah di sisi Undang-undang. Jika sekiranya status penamaan telah diputuskan secara jeelas oleh undang-undang dan Mahkamah Tinggi Syariah yang mulia berpuas-hati bahawa tuntutan Plaintif aadalah tidak disokong atau menyalahi dengan peruntukan sedia ada, maka pada tahap ini, Mahkamah Tinggi Syariah yang mulia boleh menggunakan budibicara untuk membatalkan Saman dan Tuntutan Plaintif di sini. Yang Arif Dato, a. Undang-undang Wasiyyah / Pesaka Muslim Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara yang menyentuh agama Islam adalah dalam bidangkuasa negeri di mana Dewan Undangan Negeri adalah diberi kuasa untuk menggubal undang-undang Islam dalam rruang lingkup Senarai II, Jadual Kesembilan. Perkara 74 Fasal 2 dan 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ; (2) Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undangundang oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai manamana perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri ( iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan ) atau Senarai Bersama.

33
(3) Kuasa untuk membuat undang-undang yang diberi

oleh Perkara ini hendaklah dijalankan tertakluk kepada apaapa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan ini ke atas sesuatu perkara tertentu. Perkara 76 Faasal 2 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ; (2) Tiada sesuatu undang-undang boleh dibuat menurut perenggan (a) Fasal (1) mengenai apa-apa perkara berhubung dengan hukum Syarak atau adat istiadat orang Melayu atau mengenai apa-apa perkara berhubung dengan undang-undang atau aadat istiadat bumiputra di Negerinegeri Borneo dan tiada sesuatu Rang Undang-undang bagi maksud dijadikan suatu undang-undang di bawah perenggan itu boleh dikemukakan dalam mana-mana Maajlis Parlimen sehingga Kerajaan Negeri yang berkenaan itu telah diminta fikirannya. Di dalam Fasal 3 memperuntukkan ; (3) Tertakluk kepada Fasal (4), sesuatu undang-undang

yang dibuat menurut per enggan (b) atau perenggan (c) Fasal 91) tidak boleh berkuatkuasa di mana-mana Negeri sehingga undang-undang itu telah diterima dengan suatu undang-undang yang dibuat oleh Baadan Perundangan Negeri itu dan selepas itu undang-undang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu undang-undang Negeri dan bukan suatu undang-undang persekutuan, dan oleh yang demikian undang-undang itu boleh dipinda atau dimansuhkan oleh suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu. Perkara 77 menyebut ;

34

77.

Kuasa baki perundangan. Badan Perundangan Negeri adalah berkuasa membuat

undang-undang mengenai apa-apa yang tidak disebutkan dalam mana-mana senarai yang dinyatakan dalam Jaadual Kesembilan, iaitu bukan perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang mengenainya. Dan Jadual Kesembilan Senarai I dan II. Justeru itu, undang-undang berhubung harta wasiat, tak berwasiat, pemberian dan pembahagian harta dan amanah bukan khairat, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan amanah hendaklah dibuat melalui kuasa Dewan Undang Negeri. Parlimen hanya berkuasa mengadakan undang-undang untuk mentadbir pesaka, wasiat dan amanah orang Islam sahaja. kepada Akta Pemegang Amanah dan Ini diperuntukkan oleh 80 Kaedah-kaedah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan hal yang sama bolehlah dirujuk aturan Mahkamah Tinggi 1980. Seksyen 24 (f) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan ; bidang kuasa untuk memberi probet bagi wasiat testamen dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka si mati yang meninggalkan Mahkamah itu harta dan di dalam bidang kuasa wilayah untuk menukar atau membatalkan

pemberian tersebut. Oleh demikian, persoalan penamaan yang menjadi akar umbi dakwaan Plaintif di sini hendaklah dirujuk kepada pihak otoriti agama seperti Jawatankuasa Fatwa Terengganu atau undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri. Jika sekiarnya, satu fatwa yang dikeluarkan oleh Jaawatankuasa Fatwa Kebangsaan diterima oleh Mufti Terengganu

35
atau Jawatankuasa Fatwa Negeri maka fatwa tersebut adalah sah melalui peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam. Subseksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam

( Terengganu ) 1986 memperuntukkan ; (1) Mana-mana orang boleh, dengan surat yang

dialamatkan kepada Pesuruhjaya, meminta Majlis supaya mengeluarkan fatwa atau kaedah pengertian di atas apa-apa perkara mengenai Hukum Syara atau adat Melayu. (2) Apabila diterima permintaan sedemikian maka

hendaklah Pesuruhjaya, jika perkara itu mengenai Hukum Syara, menghantarkan permintaan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Fatwa atau, jika perkara itu mengenai adat Melayu, kepada Majlis. (3) Jawatankuasa Fatwa atau Majlis, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menimbang tiap-tiap permintaan yang demikian itu dan hendaklah menyediakan draf fatwa atau kaedah pengertian yang diminta itu, melainkan jika ditimbangkan bahawa perkara itu dangkal atau, atas sebab lain yang munasabah, tidak payah dijawab. (4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), jika Mufti, dalam hal sesuatu perkara Hukum Syara, perkara itu bagi dengan yang pihak persetujuan memberi Pesuruhjaya di memikirkan perkara

dihadapkan itu adalah perkara kecil, maka bolehlah Mufti jawapan atas Jawatankuasa Fatwa. (9) Pesuruhjaya pada bila-bila masa boleh menyiarkan sesuatu fatwa atau kaedah pengertian yang disampaikan kepadanya oleh Jaawatankuasa Fatwa atau Majlis atas apa-

36
apa perkara berhubung dengan Hukum Syara atau adat Melayu. Seksyen 21 Enakmen Pentadbiran Haal Ehwal Agama Islam

memperuntukkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah mengambil perhatian segala kehendak undang-undang yang kuasa dalam negeri Terengganu. Memandangkan Mahkamah Syariah ditubuhkan melalui peruntukan Enakmen yang sama, maka ia adalah tertakluk kepada undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu. b. Penamaan daripada segi Peraturan Tabung Haaji ( Deposit & Pengeluaran ) 1975 Peraturan 1975 ( selepas ini dirujuk sebagai Peraturan Tabung Haji ) adalah satu undang-undang kecil yang terbit dari kuasa-kuasa di bawah Seksyen 93 Akta Lembaga Unrusan Dan Tabung Haji 1969 ( selepas ini dirujuk sebagai Akta Tabung Haji ). Sub-seksyen 93 (1) memperuntukkan ; Regarding deposits to and withdrawals from the Savings Fund. Seksyen 24 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 memperuntukkan ; Perkara-perkara perundangan dilakukan kuasa. Apa-apa sahaja kecil yang dilakukan di bawah sesuatu ianya perundangan hendaklah disifatkan sebagai di yang bawah dilakukan undang-undang di bawah (c) Akta Lembaga Urusan Dan Tabung Haji Lembaga Tabung Haji ( Deposit & Pengeluaran )

kecil adalah disifatkan sebagai pemberian

37
dilakukan di bawah Akta itu atau lain-lain undang-undang bertulis di bawah mana perundangan kecil dibuat. Seksyen 25 Akta yang sama memperuntukkan ; Perundangan Perundangan bawah segala kuasa yang membolehkannya sama ada dalam Akta atau undang-undang bertulis lain itu dibuat atau dibuat di bawah Akta ini dan sama ada ia dibuat dalam menjalankan apa-apa kuasa khas atau kuasa-kuasa khas atau tidak. Akta Tabung Haji diluluskan oleh Parlimen bagi mengganti dan Kecil Kecil disifatkan hendaklah sebagai disifatkan dibuat di

bawah segala kuasa yang membolehkannya. dibuat di

memansukhkan MalayanMuslim Pilgrims Savings Corporation Act 1962 dan Muslim Pilgrims Ordinance 1951. jatuh di bawah kuasa Persekutuan. Sub-seksyen 95 (i) dan (ii) Akta Lembaga Urusan Dan Tabung Haji memperuntukkan ; Upon the coming into force of this Act ( hereinafter referred as the appointed day ) (i) the Malayan Muslim Pilgrims Saavings Corporation Act 1962 ( in this Part referred to as the said Act ) shall cease to have effect and such cesser shall be deemed to be a repeal of that said Act for the purpose of the Interpretation Act 1967 ; (ii) the Malayan Muslim Pilgrims Savings Corporation ( in this Part referred to as the Corporation ) being a body corporate established under the said Act shall likewise cease to exist. Ia adalah satu akta Parlimen dan

38

Segala

akta

atau

peraturan

yang

dibuat

dibawah

undang-undang

terdahulu setakat mana tidak bercanggah atau sehingga dibatal atau diganti dengan mana-mana peraturan atau perlantikan yang dibuat di bawah Akta Tabung Haji masih boleh dipakai. Seksyen 94 Akta Lembaga Urusan Dan Tabung Haji memperuntukkan ; All rules and appointments issued or made and any written authority issued under the written law repealed by this Act shall remain in force, so far as they are not inconsistent with the provisions of this Act, until revoked or replaced by regulations or appointments made or written authority issued under this Act. Istilah Penamaan di bawah Peraturan Tabung Haji telah dipinda pada tahun 1993 dengan diganti dengan istilah pengamanahan melalui pindaan ke atas Fasal 6 dan Fasal 7 Peraturan Tabung Haji. dihujahkan secara khusus selepas daripaada ini. Sila rujuk ; Peraturan Tabung Haji ( Deposit & Pengeluaran ) Pindaan 1993 Penamaan ( jika mengikut istilah lama yang digunakan ) adalah satu perlantikan untuk memudahkan pengeluaran wang simpanan di Tabung Haji apabila berlaku kematian pendeposit. Akta Tabung Haji adalah satu statut di bawah kuasa Parlimen di mana ia tiada bidang kuasa untuk memggubal undaang-undang yang menyentuh wasiat orang-orang Islam kerana ia jatuh dalam bidangkuasa negeri. Sila rujuk ; Seksyen 93 (1) (e) Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji Seksyen 17 A, Akta Tafsiran 1948 & 1967 memperuntukkan ; Pindaan ini akan

39
Dalam tafsiran peruntukan sesuatu Akta, pentafsiran yang akan menjayakan maksud atau tujuan di sebalik Akta itu ( sama ada maksud atau tujuan itu dinyatakan secara nyata dalam Akta atau tidak ) hendaklah diutamakan berbanding dengan pentafsiran yang tidak akan menjayakan maksud atau tujuan itu. Sila rujuk Jadual 9 Senarai II ( Wasiat ). Fasal 6 Peraturan Tabung Haji hanya menyebut bahawa pendeposit di Tabung Haji yang berusia 18 tahun boleh menamakan secara bertulis seseorang atau orang-orang yang kepada siapa deposit itu atau sebahagian darinya boleh dibayar setelah ia mati. Fasal 6 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji ( Deposit & Pengeluaaran ) 1975 memperuntukkan ; (1) Seseorang pendeposit yang berumur 18 tahun atau lebih, boleh berhubung dengan wang yang dikreditkan atas namanya di Lembaga, menamakan seseorang atau orangorang yang kepada siapa deposit itu atau sebahagian darinua boleh dibayar setelah ia mati. (2) Tiap-tiap dan tidak akan berkuatkuasa melainkan dibuat semasa hayat pendeposit itu; dan orang yang menamakan hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Besar tentang apa-apa pertukaran alamat orang yang dinamakan itu. Penamaan ini pada pertama kalinya dibuat apabila pendeposit itu membuka akaun di Tabung Haji untuk simpanan wangnya. sesiapa saja tanpa had bilangan terutamanya di kalangan Pada waris adatnya, seseorang itu dinasihati untukmembuat penamaan kepada penamaan hendaklah dibuat secara bertulis

40
pendeposit itu sendiri baagi tujuan pengeluaran wang simpanan apabila pendeposit itu meninggal dunia. Fasal 5 Peraturan-Peraturan tersebut memperuntukkan ; Pengarah Besar hendaklah memberi bersama akaun-terima yang diberi kepada seseorang pendeposit ( berhubung dengan deposit pertama yang dibuat ) suatu borang seperti Borang 2 dalam Jadual kepada Peraturan-peraturan ini; dan pendeposit teersebut handaklah memenuhi borang itu dengan sewajarnya mengenai butir-butir yang dikehendaki diberi di dalamnya dan hendaklah menghantar borang yang dipenuhi sedemikian kepada Pengarah besar. Fasal 7 (1) Peraturan-Peraturan berkenaan memperuntukkan ; (1) Apabila mati seseorang pendeposit, amaun yang ada dalam kreditnya hendaklah dibayar kepada salah seorang daripada orang-orang yang berikut, mengikut mana yang berkenaan, iaitu (a) jika pendeposit telah membuat penamaan dan penamaan itu tidak dibatalkan kepada di bawah atau Peraturan-peraturan ini, orang

orang-orang yang dinamakan mengikut syaratsyarat penamaan itu; atau (b) sesiapa jua yang berhak mewarisi amaun itu di bawah Hukum Syarak. Tiada peruntukan dalam Peraturan Tabung Haji yang menetapkan syaratsyarat tertentu kepada penamaan yang diberi kepada waris atau bukan waris malah status pewaris atau bukan tidak menjadi halangan dalam penamaan. Seksyen 62 Akta Tafsiran 1948 & 1967 memperuntukkan ;

41
Mana-mana undang-undang bertulis yang menentukan

bentuk borang hendaklah disifatkan sebagai suatu instrumen atau lain-lain dokumen yang diertikan dalam bentuk itu tidak akan menjadi tidak sah disebabkan oleh penyelewengan itu tidak ada kesan substantif dan tidak bertujuan untuk mngelirukan. Dalam hal ini segala borang itu hendaklah mencapai undang-undang Tabung Haji itu sendiri. Oleh demikian, Penamaan hendaaklah disifatkan semata-maata sebagai salah satu prosedur dalam urusan deposit dan pengeluaran wang simpanan di Tabung Haji dan ia tidak boleh ditakwilkan selainnya. melalui seksyen 93 (1) (e) Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Seksyen 23 (1) Akta Tafsiran 1948 & 1967 memperuntukkan ; Mana-mana perundangan kecil yang berlawanan dengan sesuatu Akta ( termasuk Akta di bawah mana perundangan kecil dibuat ) hendaklah terbatal setakat yang brlawanan itu. Jika sekiranya penamaan itu menyentuh tentang wasiat orang-orang Islam maka ianya setakat untuk memberi kuasa pentadbiran atau sebagai pemegang amanah pesaka pendeposit di mana penerima penamaan boleh menerima wang dalam akaun Si mati ( pendeposit ) untuk dikembalikan kepada pewaris pesaka yang sah di sisi Syara. Hanya Dewan Undangan Negeri yang berkuasa untuk membuat peraturan berhubung pemberian ( al-Hibbah ) dan pewarisan sesuatu wasiaat ( alWasoya ). c. Pindaan Tahun 1993 ke atas Peraturan Lembaga Tabung Haji ( Deposit & Pengeluaran ) Ini kerana iaa lahir dari peraturan yang khusus di bawah Akta Parlimen

42

Sebagaimana telah disentuh sebelum ini, Peraturan Tabung Haji telah dipinda Fasal 7 ( Selepas ini dirujuk sebagai Peraturan Pindaan ). Kaedah 2 Peraturan-Peraturan berkenaan menyebut ; Peraturan-Peraturan Haji ( Deposit dan Lembaga Urusan ) dan Tabung pada tahun 1993 yang hanya melibatkan Fasal 6 dan

Pengeluaran

1975, yang dalam

Peraturan-Peraturan ini disebut Peraturan-Peraturan ibu , adalah dipinda dengan menggantikan peraturan 6 dengan yang berikut: 6. (1) Pendeposit yang berumur 18 tahun atau lebih boleh menamakan seorang atau dua orang sebagai pemegang amanah bagi maksud pembayaran apa-apa amaun yang dikreditkan atas namanya kepada Lembaga selepas ia mati. (2) dalam Tiap-tiap pengamanahan hendaklah dibuat Borang 2 dan tidak boleh berkuatkuasa

melainkan dibuat semasa hayat pendeposit. (3) Sesuatu pengamanahan hendaklah disifatkan telah terbatal (a) (b) dengan kematian pemegang amanah, atau semua pemegang amanah, dengan penerimaan oleh Pengarah Besar semasa hayat pendeposit, suati notis pembatalan yang diberikan oleh pendeposit mengenai pengamanahan itu ; atau (c) dengan pengemukaan pengamanahan yang lain oleh pendeposit kepada Pengarah Besar

43
untuk membatalkan pengamanahan yang dahulu . Seksyen 20 Akta Tafsiran 1948 & 1967 memperuntukkan ; Walau apa pun ketiadaan apa-apa peruntukan nyata dalam mana-mana Akta atau undang-undang bertulis lain, jika Akta atau undang-undang bertulis lain yang memberi kuasa kepada sesiapa untuk membuat perundangan subsidiari, perundangan subsidiari itu boleh dibuat supaya berjalan kuatkuasa kebelakangan pada suatu tarikh yang tidak lebih awal dari mula berkuatkuasanya Akta atau lain-lain undangundang bertulis di bawah mana ianya dibuat atau, jika peruntukan-peruntukan kuatkuasa pada tarikh undang-undang yang berlainan, itu berjalan mula pada

berkuatkuasanya peruntukan undang-undang di bawah mana ianya dibuat. Dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh

dipertanggungkan dapat dipertanggungkan terhadap apa-apa penalti mengenai apa-apa perbuatan yang dilakukan sebelum tarikh bilamana perundangan kecil itu disiarkan. Pindaan tersebut jika dilihat hanya bertujuan untuk menjelas atau menzahirkan maksud sebenar penamaan di sisi Peraturan Tabung Haji. Penerima penamaan jika dirujuk kepada fungsinya mengikut hukum Syara sebagaimana diputuskan oleh Fatwa Kebangsaan ialah al-ishoo yang mana penerima penamaan itu ialah wasi dan bukannya musha lahu. Jika sekiranya maksud penamaan dan pengamanahan itu berbeza, sudah pasti akan dimasukkan fasal yang berasingan di antara penamaan dan pengamanahan bagi menunjukkan kesan hukum yang berbeza di antara sebelum dan selepas pindaan tersebut. Ianya diibaratkan satu benda yang sama tetapi mempunyai panggilan berbeza.

44
Sebagai satu perbandingan yang hampir, Peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 ( Selepas ini dirujuk sebagai Peraturan KWSP ) mempunyai peruntukan berbeza berkenaan pembayaran wang simpanan apabila berlaku kematian di antara orang Islam dan bukan Islam. Ini kerana akta Parlimen tidak boleh membuat undang-undang berhubung wasiat orang-orang Islam tetapi sebaliknya bagi bukan Islam kerana akta Parlimen terpakai ke atas wasiat orang bukan Islam, sebagai contohnya ialah Wills Act. Seksyen 71 Akta KWSP memperuntukkan ; The Minister may, on the recommendation of the Board, make regulations (a) to provide for the manner of payment and collection of contributions and any matters incidental thereto ; (b) to provide for the nomination by a member of the Fund of the persons to whom anya amount standing to his credit in the Fund at the time of this death is to be paid at his death, for the manner in which such nomination may be revoked and for the circumstances in which it is to be treated as having ceased to be operative and for payment of such amount to the nominee so nominated; (c) to provide for the payment of the sum standing to the credit of a member of the Fund on this death where there is no nomination by the member of the person to whom such sun is to be paid on this death; Klausa 16 (1) dan (2) Peraturan KWSP memperuntukkan ; (1) Subject to subregulation (2), where a member of the Fund dies having made a nomination, the Board shall subject to the Rules made under the Act, pay the credit of the

45
deceased member according to the directions of the

nomination: Provided that (a) in the case of a nominee who is under the age og eighteen years, the Board shall not make any payment to that nominee until he attains that age, but may, if it is shown to the stisfaction of the Board that it is expedient that the sum nominated or any part thereof should be paid and applied for the maintenance of otherwise for the benefit of that nominee, pay the said sum or part thereof to any person who satisfies the Board that he will apply iff for such purposes as aforesaid subject to the execution of an undertaking by such person that such sum will be applied solely for the maintenance aand benefit of that nominee ; (b) (i) in the case of a nominee who is medically unfit to manage himself or his affairs and if the Board is satisfied upon a medical certification that the nominee is medically unfit to manage himself of his affairs, the Board may pay the sum nominated or any part thereof to the person who in the opinion of the Board is managing the affairs of such nominee subject to the execution of an undertaking by such person that such sum will be applied solely for the maintenance and benefit of such nominee ; (ii) in the case of a nominee who is of unsound mind and no committee of his estate has been appointed, the Board may pay the sum nominated or any part thereof to any person who satisfies the Board that he will apply it for the maintenance and benefit of such

46
nominee, subject to the execution of an undertaking by such person that such sum will be applied solely for the maintenance aand benfit of such nominee. (2) Where a Muslim member of the Fund dies having made a nomination in accordance with these Regulations, the person or persons nominatedshall receive the credit of such deceased member as an executor and not solely as a beneficiary and shall distribute the credit in accordance with the Islamic law. Dengan berkuatkuasanya Peraturan Pindaan pada tahun 1993, istilah penamaan tidak lagi digunakan. Mengikut kaedah undang-undang jika Jika sekiranya ia sekadar berlaku sebarang pindaan, maka pembacaan sesuatu peraturan hendaklah diambil dari peraturan yang menasakhkan. pertukaran istilah yang tidak mengubah hukum dan bentuknya, maka tidak wujud sebarang kontradiksi berhubung dengan hukumnya samada sebelum atau selepas pindaan itu dibuat. Sila rujuk seksyen 34 Akta Tafsiran 1948 & 1967 yang memperuntukkan ; Jika suatu undang-undang yang bertulis meminda suatu lain, undang-undang yang

undang-undang bertulis

meminda itu hendaklah dibaca dan diertikan sebagai satu undang-undang dengan undang-undang yang dipinda itu. Pndaan dalam Peraturan Tabung Haji 1993 juga ada melibatkan

perubahan format borang yang dibuat di bawah Fasal 5 tanpa berlaku sebarang pindaan ke atas fasal tersebut. status penamaan adalah sama Ia jelas menunjukkan bahawa pengamanahan, borang dengan

pengeluaran pesaka pendeposit adalah seragam tanpa dibezakan di antara penerima penamaan dengan pemegang amanah. Sila rujuk ; Borang Pengeluaran Pesaka KEW. P3 ( Pindaan 3/94 )

47

Defendan-defendan

percaya

bahawa

pindaan

itu

dibuat

setelah

mengambil kira maslahah umum dan Fatwa Kebangsaan ke atas hukum penamaan yang telah dikeluarkan. Ini kerana keumuman istilah yang diguna dalam Fasal 6 dan 7 sebelum pindaan atau kelonggaran prosedur pengeluaran yang ada sebelum tahun 1993 masih memprejudiskan hak waris ke atas pesaka pendeposit walaupun fatwa telah dikeluarkan. Ini kerana adanya tindakan sesetengah penerima penamaan yang tidak mengembalikan wang pesaka pendeposit kepada wsria bahkan mengambilnya terus sebagai hak dakwaan kononnya ia adalah satu wasiat yang memberi hakmilik kepadanya sebagai al-musha lahu. Bagi menguatkuasakan maksud dan kehendak peraturan pindaan dan memelihara hak waris ke atas pesaka pendeposit, seorang pemegang amanah yang ingin mengeluarkan pesaka tersebut dsyaratkan mendapat persetujuan waris yang mewarisi pesaka, bahkan pemegang amanah itu sendiri hendaklah terdiri daripada waris yang mewarisi pesaka. Sila rujuk ; Surat Akuan Waris Pesaka P4 ( Pindaan 2/94 ) Borang 2 ( borang Akad pindaan 1993 ) Sebarang pengeluaran selepas dan pada 1993 hendaklah tertakluk kepada Peraturan Pindaan danmematuhi kehendak borang-borang pengeluaran di bawah Faasal 5 Peraturan Tabung Haji yang sedang berkuatkuasa. Tanpa persetujuan waris-waris lain, seorang pemegang amanah tetap tidak boleh mengeluarkan wang pesaka Si mati. terdahulu Pindaan. Sila rujuk seksyen 94 Akta Tabung Haji yang memperuntukkan ; itu aadalah terbatal dengan Jika sekiranya Peraturan pemegang amanah itu bukan salah seorang waris, maka perlantikan berkuatkuasanya

48
All rules and appointments issued or mase and any written authority issued under the written law repealed by this Act shall remain in force, so far as they are not inconsistent with the provisions of this Act, untill revoked or replaced by regulations or appointements made or writeen authority issued under this Act. Amatlah jelas bahawa penamaan atau pengamanahan adalah lahir dari formula prosedur pengeluaran wang pesaka Si mati atau pendeposit di Tabung Haji dan lain-lain institusi seumpamanya. Peraturan Pindaan hendaklah dijadikan rujukan yang mengatasi kerana iamemansukhkan mana-mana peruntukan yang bertentangan atau/dan secara alternatifnya menjelaskan lagi kehendak Peraturan Tabung Haji itu. Borang akad, pengakuan waris dan borang pengeluaran pesaka yang terkini perlulah dirujuk kerana is adalah instrumen peraturan itu sendiri yang lahir bersama-sama dengan Peraturan Pindaan danhendaklah dibaca bersama-sama dengan Peraturan Tabung Haji. Rujukan kepada Borang Penamaan 1975 semata-mata tanpa disandarkan kepada Undang-undang dan otoriti-otoriti yang berkaitan adalah bercanggah dengan kehendak Akta Taafsiran apatah lagi jika ianya diasingkan terus daripada Peraturan Tabung Haji yang melahirkannya. Penamaan hendaklah tertakluk kepada kesemua otoriti undang-undang yang berkaitan dan sedang berkuatkuasa, tidak semata-mata pada susunan baris perkataan di dalamnya. d. Penamaan daripada segi Fatwa Kebangsaan

Isu mengenai penamaan telah mendapat perhatian para ulama di peringkat nasional seawal tahun 1969 lagi. Malaysia Pada Persidangan Ulama yang berlangsung dari 4hb. hingga 7hb. Mac 1969, satu

ketetapan telah dibuat mengenai status penamaan di sisi hukum Islam. Ia diikuti dengan Persidangan Jawatankuasa Fatwa pada 2hb. Oktober 1970 dan 5hb. Julai 1973. Persidangan-persidangan Jawatankuasa Fatwa

49
ini telah mengesahkan ketetapan Persidangan Ulama Malaysia bahawa orang yang menerimaa penamaan adalah wasi atau pelaksana wasiat si mati semata-mata untuk membahagikan wang yang diterima secara hukum faraid. Sila rujuk ; Surat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bertarikh 24hb. Safar 1420 H bersamaan 9hb. Jun 1999, Oleh kerana isu penamaan melibatkan maslahah orang ramai, maka pada 9hb. Oktober 1973, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah memasyhurkan fatwa yang sama setelah ianya diperkenankan oleh Majlis Raja-Raaja Melayu pada 20hb. September 1973. umat Islam. Sila rujuk ; The Malayan Law Journal, February 1974, Defendan-defendan telah membuat rujukan dan disahkan bahawa negeri Terengganu ialah salah satu peserta dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 20hb. September 1973, negeri Terengganu telah diwakili oleh DYTM Tengku Mahmud ibni Tuanku Ismail Nasiruddin Syah ( al-marhum Sultan Terengganu Darul Iman yang ketika itu masih sebagai Yang Di-pertuan Muda ). Pemasyuran fatwa ini adalah mempunyai kesan di sisi undang-undang kerana ia dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan terpakai ke atas seluruh orang Islam di Malaysia berdasarkan Artikel 38 (6) (d). Sila rujuk Perkara 38 (6) (d) Perlembagaan Persekutuan yang Ia merupakan fatwa pertama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk amalan

memperuntukkan ;

50
(6) Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusaan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu (d) mempersetujui supaya apa-apa atau tidak mempersetujui amalan atau perbuatan,

upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan ;

Hukum qias

penamaan dalam peraturan Tabung Haji boleh diambil secara hukum penamaan yang diputuskan dalam Faatwa Oleh kerana status penamaan sebagai pengamanahan

daripada

Kebangsaan itu.

telah diputuskan oleh fatwaa sebelum Penamaan 1975 dibuat maka pengertian dan kesan penamaan di sisi Syara hendaklah diambil daripada hukum yang sedia ada selagi ia tidak dimansukhkan. Amatlah jelas dari Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bahawa suatu penamaan itu adalah semata-mata membolehkan penerimanya bertindak sebagai al-wasi dan bukannya al-musha lahu. e. Fatwa Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

Pada 3 haribulan September 200, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu telah mengambil ketetapan memperakui Keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali ke-7 iaitu, harta peninggalan si mati tetap difaraidkan mengikut hukum Syara dan tidak diambil oleh penamanya sahaja . Sila rujuk ;

Surat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bertarikh 22hb. Oktober 2000 Fatwa yang dikeluarkan ini adalah selaras dengan kuasa yang diberi oleh Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam.

51
Sila rujuk ; Seksyen 25 (1), (2), (6), (7) dan (9) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam. f. Enakmen Penerima Namaan Islam ( Terengganu ) 1992

Enakmen ini telah diwartakan pada 27hb. Ogos 1992 melalui Warta Terengganu Jld. 45. Enakmen ini jelas memperuntukkan tatacara dan hak daripada wang yang timbul selepas kematian seorang penama Islam. Ia meliputi sebarang penamaan yang dibuat bawah mana-mana undang-undang. Sila rujuk Seksyen 2, Enakmen Penerima Namaan Islam ( Terengganu ) 1992 yang memperuntukkan ; Apabila seorang Islam telah menamakan seorang untuk menerima wang-wang yang kena dibayar atas kematian orang itu menurut sebarang undang-undang, penama itu hendaklah menerima dan memegang wang-wang tang diterima oleh yna mengikut penamaan itu untuk faedah harta pesaka orang yang membuat penamaan itu dan hendaklah dibayarkan wang itu kepada wasi atau pentadbir pesaka orang itu, mana-mana yang berkenaan, dan wasi dan pentadbir itu hendaklah membahagikan wang-wang itu menurut Hukum Syara. Seorang penerima namaan hanyalah seorang pemegang amanah, ini selras dengan keputusan Fatwa Kebangsaan dan menguatkan maksud pindaan ke atas Peraturan Tabung Haji. Enakmen ini terpakai ke atas seluruh umat Islam Terengganu dan ianya mengatasi mana-mana undang-undang bertulis lain kerana ianya dibuat bawah kuasa Dewan Undangan Negeri dalam perkara yang menyentuh urusan ugama Islam.

52
Setiap pengeluaran atau pelupusan wang yang timbul daripada manamana penamaan teermasuklah di Tabung Haji adalah tertakluk dengan Enakmen ini di mana wang tersebut adalah menjadi hak waris pesaka. Enakmen ini menegah sebarang tuntutan atau dakwaan seorang penerima namaan untuk mengambil hak atas wang yang ditinggalkan oleh seorang penama jika ia bukan seorang waris pesaaka. Sila rujuk seksyen 4 (1), (2) Enakmen Namaan Islam 1992 yang memperuntukkan ; 4. (1) Enakmen ini hendaklah terpakai bagi orang-

orang Islam walaupun terdapat apa-apa peruntukan yang berlawanan di dalam undang-undang bertulis yang lain. (2) Jika yang ada lain apa-apa dengan percanggahan mana-mana antara

peruntukan-peruntukan undang-undang bertulis peruntukan Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini adalah muktamad dan hendaklah diterimapakai. Defendan-defendan percaya bahawa Enakmen ini dibuat atas syor Majlis Faatwa Kebangsaan. ianya adalah Namaan Islam Jawatankuasa Fatwa Terengganu juga pada 3hb. dengan maksud Enakmen Penerima September 2000 memperakui ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan dan selaras

( Terengganu ) 1992. Pewartaan Enakmen ini pada 27hb. Ogos 1992 melalui Waarta

Terengganu Jld. 45 sudah menjadikannya satu undang-undang yang berkuatkuasa dan mengikat ke atas semua orang Islam di Terengganu. Dengan pewartaan Fatwa Enakmen ini, pewartaan bertarikh 3 keputusan haribulan

Jawatankuasa

Terengganu

September 2000 menjadi suatu yang akademik. Ia dengan

53
sendirinya mengesahkan satu otoriti undang-undang yang telah mengikat dan masih berkuatkuasa dan tidak perlu diwartakan lagi di bawah seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam. Yang Arif Dato, Defendan-defendan memohon izin Mahkamah Tinggi Syariah yang mulia ini untuk merujuk kepada kitab-kitab feqah karangan para Fuqaha asSyafeiyyah dan ulama mazhab di kalangan ahlil sunnah wal jamaaah berhubung dengan al-Wasiyyah. Rujukan ini bertujuan untuk menjelaskan rasional peruntukan undangundang yang sedia ada. Ianya akan membantu kita menentukan samada tuntutan Plaintif di sini untuk mengambil hakmilik ke atas 1/2 bahagian wang simpanan Si mati di Tabung Haji sah di sisi hukum Syara. Dalam penghujahan di sini, Defendan-defendan akan mengkhususkan bab-bab yang berkaitan aagar fokus dapat dibuat ke atas isu-isu yang berbangkit dalam perbicaraan pada hari ini. Wasiat Al-wasiyyah atau al-ishoo daripada segi bahasa mempunyai makna yang sama, iaitu ; aku telah mewasiatkan sesuatu perkara yang aku wasiat akannya jika aku telah menyambungkannya [ kitab al-fiqhul minhajjiu m/s. 41 ] atau aku menyambung perkara kerana orang yang berwasiat itu menyambung apa yang menjadi miliknya semasa hidupnya disambung dengan apa yang ada sesudah matinya [ kitab kifayatul akhyar m/s. 66 ]

54
Menurut kitab al-fiqhul minhajjiu, para fuqaaha telah membezakan di antara al-wasiyyah dan aai-ishoo. Al-Wasiyyah dari segi syara ialah penyerahan hak milik bagi sesiapa selepas mati dan dinamakan, ini pemberian dengan wasiat kerana al-mushi telah menyambung dengan pemberiannya kebaikan selepas matinya dengan kebaikan dunianya [ kitab al-fiqhul minhajjiu m/s. 41 ] Al-Ishoo dari segi Syara pula ialah bahawa seseorang itu memberi pertanggungjawaban atau amanah sebelum kematiannya kepada seseorang yang dipercayai untuk menyelia anak-anaknya, menunaikan wasiatnya, menyelesaikan hutang-piutangnya, mengembalikan al-wadiah dan seumpamanya [ kitab al-fiqhul minhajjiu m/s. 59 ] Imam Rafei berkata bahawa wasiat itu disunatkan dalam mengenbalikan penganiayaan, membayar hutang, melaksanakan wasiat dan berbagai persoalan anak-anak kecil [ kitab kifayatul akhyar m/s. 74 ] Dalam kitab mughnil muhtaj, wasiat diertikan dengan al-ishoo dan alwasoya. al-wisoyah. Al-Wisoyah itu ialah pertanggungjawaban atau amanah kepada sesiapa yang akan menyempurnakannya ke atas seseorang selepas kematiannya, maka ia mengumumkan makna makna al-wasiyyah dengan kerana al-wasoya itu mengkhususkan ak-wasiyyah penyerahan hak milik Wasiat dengan makna al-ishoo ialah untuk menyempurnakan

kepada sesiapa selepas kematian. Kitab al-fiqhul minhajjiu [ m/s. 47 ] membahagikan rukun al-wasoya kepada empat iaitu, a. b. c. d. al-mushi al-musha lahu al-musha bihi as-sighah

55
manakala dalam kitab mughni muhtaj al-ishoo atau al-wisoyyah [ m/s. 74 ] telah dibahagikan rukunnya kepada empat juga iaitu ; a. b. c. d. al-wasi ( al-musha ilaihi ) al-mushi al-musha fihi as-sighah

Dalam bab al-wasoya, sesuatu wasiat adalah tidak sah dibuat kepada waris keraana sabit dengan hadis rasulullah S.A.W. bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah memberi kepada setiap yang berhak akan haknya maka tiaada wasiat ke atas waris. Dalam hal ini Mazhab Maliki tidak memberi sebarang pengecualian dan meletakkannya sebagai tidak sah [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 117 ]. Khilaf dengan Mazhab Syafie yang meletakkan bahawa suatu wasiat kepada waris adalah tergantung atas keizinan waris-waris yang lain [ kitab al-fiqhul minhajjiu m/s. 56 ]. Menurut Kitab bidayatul mujtahid [ m/s. 328 ], Imam Syafie pada qaul yang satu lagi menyatakan wasiat kepada waris itu tidak sah bagaimanapun terdapat perselisihan berkenaan wasiat kepada selain daripada qarabah di mana pada Jumhur, harus kepada bukan qarabah dengan karahiah. Menurut qaul yang ashah, kesahan suatu wasiat atas keizinan waris berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. bahawa tidak boleh wasiat kepada pewaris, kecuali jika para pewaris menghendakinya ( riwayat Daruquthni ) [ kitab kifayatul akhyar m/s. 71 ]. Pada pendapat kami kedua-dua hadis yang dirujuk tidak bercanggah antara satu sama lain kerana pada asasnya wasiat ke atas waris adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasa. Keizinan waris-waris lain adalah menjadi syarat sah dan nafaznya kerana apabilaa berlaku kematian, hak harta Si mati telah tercerai darinya dan segala tinggalan Si mati adalah

56
menjadi hak waris melainkan jika terdapat mana-mana hak Allah S.W.T. dan hak anak-anak adam yang messti ditunaikan terlebih dahulu. Oleh demikian, sabitnya hak seorang waris atas satu wasiat bukanlah disebabkan oleh wasiat tersebut tetapi adalah atas pemberian waris-waris Si mati dari hak mereka itu kerana harta Si mati telah menjadi pesaka. Dalam hal ini, wasiat seumpama itu hanyalah sekadar cadangan yang diambil atas semangat menghormati Si mati dan bukannya satu yang mengikat waris-waris yang lain. Berbeza dengan seorang wasi dalam pengertian aal-wisoyah atau al-ishoo kerana tidak disyaratkan wasi itu seorang waris atau tidak untuk melaksanakan wisoyah al-mushi bahkan apa yang dipandang ialah sifat adil, amanah, berpengalaman dalam urusan yang diamanahkan dan arrushdul maaliyyu ( mampu mentadbir harta ) di samping syarat am seperti beraqal, baligh dan merdeka [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 133 ]. Kitab al-fiqhul minhajjiu [ m/s. 60 ] menakrifkan al-wasi sebagai seorang yang diberi tanggungjawab atau perjanjian untuk melaksanakan sesuatu tindakan selepas kematian al-mushi. Para Fuqaha sepakat menyatakan bahawa hukum wasiat pada asal permulaan Islam adalah wajib kepada ibubapa dan kaum qarabah berdasarkan ayat 180 surah al-baqarah. Bagaimanapun kewajipan ini telah dimansukhkan dengan ayat warisan dan menjadikannya sebagai sunat semata-mata melainkan Imam Syafei yang meletakkan asal hukum wasiat itu sebagai harus atas 1/3 harta kepada mereka yang bukan waris. Sila rujuk ; kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s.12 kitab al-fiqhul minhajjiu m/s. 45 kitab kifayatul akhyar m/s. 66 kitab mughnil muhtaj m/s. 39

57
Pada fuqaha sepakat meenyatakan bahawa hukum wasiat itu boleh berubah mengikut keadaan, ia boleh menjadi wajib, sunat dan haram [ kitab al-fiqhi alal mazahib al-arbaa'ah m/s. 326 ]. Menurut kitab-kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu [ m/s. 12 ] dan mughnil muhtaj [ m/s. 39 ], yang paling afdal ialah membuat wasiat kepada saudara-mara dekat atau qarabah yang tidak mewarisi harta. Dr. Wahbah al-Zuhaili membahagi hukum wasiat kepada 4 iaitu, wajib, mustahabbah ( yang digalakkan ), mubahah ( yang harus ) dan haram manakala Imam Syafei membahagikan hukum wasiat itu kepada 5 jenis. Imam Syafei menyatakan bahawa al-wasiyyah al-wajibah itu ialah wasiat yang berhubung dengan wadiah dan hutang-piutang yang tidak diketahui maka diwajibkan ke atas seseorang itu untuk mewasiatkan atasnya walaupun semasa ia tidak sakit supaya hak manusia tidak hilang jika ia meninggal dunia secara tiba-tiba [ kitab alp-fiqhi alal mazahib al-arbaaah m/s. 327 ]. Pendapat Imam Syafei ini disokong oleh al-Haanabilah dan al-Malikiah dalam kitab yang sama [ m/s. 328 ]. Dr. Wahbah al-Zuhaili menjelaskan bahawa hukum wasiat itu adalah wajib bagi mengembalikan wadiah dan hutang yang tidak diketahui pemilik atau tiada penuntutnya dan juga atas kewajipan-kewajipan berhubung dengan tanggungjawab seperti bayar zakat, karafah haji, fidyah puasa dan seumpamanya [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 12 ]. Dalam hal ini, Imam Syafei berkata, disunatkan al-ishoo untuk

menunaikan hak-hak dari urusan hutang-piutang, mengembalikan wadiah dan melunaskan pinjaman dan seumpamanya serta melaksanakan wasoya jika ada dan penjagaan atas urusan kanak-kanak kecil dan seumpamanya seteerusnya adalah wajib wasiat atas urusan anak-anak adam seperti wadiah dan rampasan jika tidak diketahui pemiliknya [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 12 ].

58
Syeikh Muhammad Syarbini menegaskan bahawa kewajipan itu atas hakhak Allah SWT seperti zakat dan haji atau hak anak-anak adam seperti alwadiah dan rampasan jika sekiranya tidaak diketahui tetapi jika sekiranya diketahui maka tidak wajib wasiat ke atasnya [ kitab mughnil muhtaj m/s. 39 ]. Pendapat seumpama ini juga dipersetujui oleh Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-bugha dalam kitab mereka al-fiqhul minhajjiu [ m/s. 46 ] dan Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqhul Sunnah [ m/s. 338 ]. Imam Nawawi berkata wasiat berkaitan dengan mengembalikan

penganiayaan dan membayar hutang di mana orang itu tidak brkuasa membayar pada ketika itu adalah wajib [ kitab kifayatul akhyar m/s. 74 ]. Ringkasnya, wasiat kepada keluarga terdekat di sisi Jumhur termasuklah Imam Maazhab yang empat adalah digalakkan dan digesa, ianya tidak diwajibkan melainkan atas hak Allah S.W.T. dan hamba. Bagaimanapun, sebahagian Fuqaha seperti Ibn. Hazm az-Zhohiri, atThobari dan Abu Baakr bin Abdul Aziz dari Mazhab Hnbali berpegang bahawa wasiat ke atas kedua ibubapa dann qarabah yang tidak mewarisi adalah wajib disebabkan mereka ini tersekat dari warisan malah atas waris dan wasi hendaklah memperuntukkan dari sejumlah pesaka untuk diberi kepada ibubapa yang tidak mewarisi [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 122 ]. Dalam pengertian al-wasiyyah aal-wajibah, banyak dihubungkan dengan al-wadiah atau al-idaa. Menurut kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu dalam juzuz kelimanya [ m/s. 37 ], al-wadi dari segi bahasa ialah peninggalan, dan al-wadiah dari segi bahasa pula ialah sesuatu yang diletakkan pada seseorang yang bukan pemiliknya untuk jagaan.

59
Al-Syafiiah dan al-Malikiah menakrifkannya sebagai pewakilan dalam menjaga sesuatu yang boleh dimiliki di atas cara yang khusus [ kitab alfiqhul Islamiyyu adillatuhu dalam juzuz kelimanya m/s. 38 ]. Qalyubi dan Umairah dalam Hasyitaan [ m/s. 181 ] menyatakan bahawa pesaka yang tidak mempunyai waris akan menjadi seperti al-wadiah di baitulmal. Dari segi Syara al-wadiah itu ialah sesuatu yang boleh disimpan atau diletakkan di sisi bukan pemiliknya sebagai satu amanah. Apa yang dilihat melalui kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu [ m/s. 12 ], Imam Syafei berkata adalah disunatkan al-ishoo iaitu melantik seorang wasi bagi mengambalikan wadiah yang diketahui pemiliknya tetapi jika pemiliknya tidak tertentu atau diketahui maka hukumnya adalah wajib wasiat bagi mengembalikan hak anak adam. Barang yang diwajibkan berhubung dengan al-wadiah di sini ialah melantik wasi dan bukannya al-musha lahu kerana jika wadiah itu kepunyaan al-mushi maka hak ke atas wadiah itu akan jatuh kepada waris al-mushi, dalam hal kepunyaaan wadiah itu tidak diketahui maka almushi tidak boleh memberi hakmilik kepada orang lain atau menamakan al-musha lahu kerana wadiah itu bukan hak miliknya. Syeikh Abu Syujak berkata boleh berwasiat kepada orang yang

terhimpun dalam dirinya 5 perkara iaitu Islam, baligh, beraqal, merdeka dan bersifat amanah. Ini kerana wasiat adalah amanah dan wilayah ( Ar-Ruyani menambahkan Jika memberi kekuasaan ) jadi seorang wasi mestilah orang yang boleh melaksanakan atau mengendalikan harta. syarat bahawa tiada permusuhan antara wasi dengan anak yang diwasiat akannya ( jika wasiat atau ishoo dalam penjagaan anak kecil ). hendaklah ia menolak wasiat itu [ kifayattul akhyar m/s. 74& 75]. Sesuatu perkara untuk diistinbatkan sebagai wasiat samada al-wasoya atau al-ishoo mahupun sebaliknya hendaklah dilihat dari segi bentuk, seorang wasi mengetahui ia tidak memiliki sifat amanah dan kuasa maka

60
keadaan dan terutamanya ialah sighah atau lafaz yang keluar dari ikhtiar al-mushi itu sendiri. Kitab al-fiqhul minhajjiu [ m/s. 52 ] menetapkan 3 syarat untuk mengesahkan sesuatu sighah. a. wasiat hendaklah dengan lafaz yang sorih atau kinayah seperti aku mewasiatkan kepadanya dengan seribu ringgit, atau hendaklah kamu bayar kepadanya selepas matiku seribu ringgit, atau berikanlah selepas matiku atau itu adaalah baginya selepas matiku tidak diterima perkataan orang yang berkata jika ia tidak berniat untuk berwasiat lafaz kinayah memerlukan niat kerana lafaznya itu tidak jelas membawa maksud wasiat b. c. qabul al-musha lahu bagi orang yang ditentukan qabul al-musha lahu hendaklah selepas kematian al-mushi juga secara ittifaq menuliskan wasiat dengan dimulai

Disunatkan

basmalah dan pujian ke hadrat Allah S.W.T. serta salawat diikuti dengan pengumuman dua orang saksi secara bertulis atau lisan selepas kata-kata tadi dan diikuti seterusnya dengan penyaksian atas wasiat bagi tujuan kesahan dan nufuznya [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 126 ]. Suatu wasiat boleh diisbatkan di sis Syara dengan penyasian dan penulisan. Hanafiah Manakala penyaksian atas buku wasiat hendaklah di sisi aldan as-Syafeiiah selepas al-mushi membaca kandungan

wasiatnya kepada saksi atau saksi membaca kepada al-mushi kandungan wasiat lalu disahkan oleh al-mushi kebenarannya [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 126 ]. Imam Syafei menerima kesahan suatu wasiat secara bertulis jika al-mushi meniatkan apa yang tertulis dengan menzahirkannya secara lisan atau

61
disahkan oleh waris al-mushi selepas kematiannya seterusnya tidak sabit sesuatu wasiat dengan tulisan tangan semata-mata kerana ia boleh dipalsukan atau ditiru [ m/s. 127 ]. m/s. 128 ]. Mengikut Mazhab al-Hanabilah pada pendapat yang arjah [ kitab al-fiqhul islamiyyu adillatuhu m/s. 127 ], sesiapa yang menulis wasiat dan tidak pernah disaksikan atasnya hukumnya selagi mana ia tidak pernah diketahui akan atau terdapat ruju ( pembatalannya ) maka sabit wasiat itu dan diterima sebagaimana ada dalam wasiat itu jika ia adalah tulisan al-mushi dengan pengesahan warisnya, atau satu bukti yang mengiktiraf bahawa itu tulisannya atau sabda Rasulullah SAW bahawa kewajiban orang islam yang mempunyai harta yang boleh diwasiatkan, yang dapat hidup dua malam harus mempunyai wasiat yang ditulis di dekat kepalanya ( riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain ). Sesuatu wasiat itu juga boleh terbatal atau dibatalkan pada bila-bila masa semasa hayat al-mushi kerana ia daripada al-uquud al-jaizah dan bukannya al-uquud al-lazimah. Al-Mushi juga boleh merujukan sebahagiannya sahaja atau meminda atau memasukkan ke atasnya syarat-syarat kerana harta yang diwasiatkan itu belum keluar dari milikannya selama mana al-mushi hidup [ kitab al-fiqhul minhajiyyu m/s. 57, kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 114 dan Kitab mughnil muhtaj m/s 71 ]. Pembatalan wasiat boleh juga berlaku apabila hilang kelayakan al-musha lahu atau penolakan selepas al-mushi mati iaitu samada al-musha lahu menolak wasiat atau mati lebih awal atau dia membunuh al-mushi dan dari sudut al-musha bihi, ia musnah dan seumpamanya [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 112 ]. Ruju atau pembatalan atau penarikan semula sesuatu wasiat boleh dibuat melalui lafaz yang menunjukkan maksud sedemikian. Ia boleh secara Jika sesuatu wasiat itu ditulis maka hendaklah disertakan juga dengan perkataan penyaksian oleh al-mushi [

62
sorih atau dilalatan. Ruju sorih contoh lafaznya adalah seperti berikut [

kitab al-fiqhul minhajiyyu m/s. 57 ]; a. b. c. d. e. aku hapuskan wasiat aku batalkan wasiat aku ruju akan wasiat itu aku fasakhkannya apa yang telah aku wasiatkan baginya adalah untuk warisku

manakala ruju dilalatan pula ialah setiap tindakan secara lisan yang mengeluarkan sesuatu dari milikan al-mushi menjual subjek wasiat atau al-musha bihi, atau disedeqahkan kepada orang atau dijadikan mahar atau waqaf [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 114 ]. Pembatalan juga boleh dibuat secara tulisan kerana tulisan itu dibuat atas maksud seperti lafaz dan ia adalah amalan Rasulullah dan Khulaafa arRasyidin [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 127 ].

BAHAGIAN C KETERANGAN LISAN Dengan izin Yang Arif Dato, Saya ingin menjemput perhatian Yang Arif Dato untuk meneliti

keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh pihak-pihak dalam guaman ini. a. Keterangan Plaintif Plaintif telah memberikan keterangan-keterangan antaranya seperti berikut ;

63
aa. Plaintif hanyalah anak angkat Si mati dan tiada mempunyai sebarang pertalian kekeluargaan dengan si mati atau suami Si mati, bb. cc. Plaintif dibesarkan oleh Si mati dan menetap di rumah Si mati hingga tahun 1997, Sebelum pergi ke Mekah, pada atau sekitar 9hb. Januari 1975, Si mati telah menamakan Plaintif sebagai penerima penamaan 1/2 bahagian daripada wang simpanan Si mati di dalam akuan Tabung Haji, dd. ee. ff. gg. hh. ii. jj. kk. ll. Semasa di Mekah, Si mati ada kata nak beri wang di Tabung Haji kepada Plaintif, Selepas balik dari Mekah, tiada apa-apa dibuat untuk bagi wang Si mati di Tabung Haji kepada Plaintif, Dalam tempoh 4-5 tahun sebelum kematian Si mati, ada perselisihan faham antara Si mati dengan Plaintif, Plaaintif mengakui makan di tempat berasingan dengan Si mati, Berlaku salah anggap Si mati terhadap Plaintif berhubung insiden di Kampung Cina, Kuala Terengganu, Si mati tidak tahu menulis dan membaca rumi, Defendan kedua ada beritahu Plaintif tentang kewujudan penamaan lain selepas kematian Si mati, Plaintif mengesahkan bahawa hubungan beliau dengan Defendan kedua dan ahli keluarganya adalah baik, Plaintif mengatakan hubungannya dengan Defendan Satu tidak rapat tetapi bertegur sapa, mm. Selepas tahun 1987 Plaintif ada sikit-sikit perselisihan faham dengan Si mati, nn. Sejak akhir-akhir ada perselisihan faham antara Plaintif dengan Si mati disebabkan Plaintif suka tegur Si mati, lalu Simati berkecil hati dan jadi marah, oo. Plaintif sahkan ada sign dengan dan cap jari dalam dan borang akan Pengakuan Plaintif kefahaman reda

kandungannya ( yang telah ditandakan sebagai D 1 ),

64
pp. Plaintif percaya tandatangan dalam Borang Penamaan 1975 mungkin qq. tandatangan suami Si mati, tidak mungkin tandatangan Si mati, Plaintif tidak nampak siapa tandatangan borang Penamaan 1975? b. Keterangan Saksi Pertama Plaintif Antara keterangan yang diberikan oleh Tuan Haji Abdul Wahab (SP 1) ialah ; aa. bb. cc. SP 1 bekerja sejak 17hb. Mac 1980, SP 1 bertugas untuk menguruskan akaun pendeposit dan membuat pemasaran di Terengganu, Kemungkinan ada borang penamaan termasuklah borang penamaan kemudian dan pembatalan yang diserah tetapi tidak didaftarkan, dd. ee. ff. Jika ada kesilapan, maka Tabung Haji ( TH ) bagi borang baru untuk diisi dan suruh serah pada ketika itu juga, Ada aduan berhubung alamat tidak ditukar dan surat dikembalikan kerana rekod tidak dikemaskinikan, Semasa kempen pemasaran sejak 1980, ada jelaskan mengenai borang penamaan khususnya kepada umat Islam, setiap simpanan hendaklah mengisi borang penamaan yang dibekalkan, gg. Memang peranan ditekankan penamaan bahawa untuk memudahkan sebagai pengeluaran wang, penamaan pengamanah, keluar ikut borang pengeluaran dan bagi kepada waris pesaka ikut hukum faraid, hh. ii. jj. Mana-mana kerani boleh terima penyerahan borang penamaan, tiada kerani khas, Semakan tetap dibuat oleh kerani yang menerima borang penamaan, kalau ada pembetulan maka disuruh buat, Tiada akaun terima, ambil saja, tiada buku pendaftaran untuk rekod penerima borang penamaan, tiada tempat

65
simpanan khas di mana ianya bergantung kepada sensiviti kerani yang menerima, tiada fail peribadi pendeposit di cawangan pada tahun 1988, kk. ll. Masa untuk pos ke ibupejabat tidak tentu bergantung kepada urusan pos, Tiada salinan dibuat sebelum borang penamaan dihantar ke ibupejabat, tiada cover letter, masuk dalam surat biasa dan terus hantar, mm. Surat yang dihantar tidak direkodkan dalam daftar, boleh berlaku nn. Tiada borang borang penamaan pengeluaran pengeluaran yang yang yang diterima atau telah antara dimasukkan dalam sampul surat tidak dipos, membezakan dibuat oleh permohonan penerima

penamaan mengikut undang-undang lama dan pemegang amanah mengikut undang-undang baru, oo. Fungsi dan tanggungjawab pemegang amanah dan penerima penamaan adalah sama, c. Keterangan Defendan Pertama Defendan Pertama ( DEF 1 ) antara lain memberi keterangan seperti berikut ; aa. bb. cc. dd. ee. ff. Si mati adalah emak saudara DEF 1, Hubungan DEF 1 dengan Si mati adalah baik, Hubungan DEF 1 dengan suami Si mati adalah baik, Suami Si mati meninggal dunia dalam tahun 1984, Sijil mati Suami Si mati ditanda sebagai D 2 , Si mati meninggal dunia dalam tahun 28 Januari 1998, Sijil mati Si mati ditanda sebagai D 3 , DEF 1 menziarahi Si mati sebulan sekali, Si mati suruh pergi waktu pagi masa Wan Puziah ( Plaintif ) tiada, Si mati larang pergi ke rumahnya pada waktu petang semasa Plaintif ada, Wan Puziah menyusah hati, cengeng, mecoh kepada Si mati, ada tengking dan sangat derhaka,

66
gg. Si mati ada datang ke rumah DEF 1, Si mati takut hendak duduk sekali dengan Plaintif, Si mati hendak keluar dari rumahnya sendiri, ada buat perjumpaan di Masjid Apong dengan Tuan Haji Wan Ismail ( DEF 2 ) dan Si mati dalam tahun 1996, hh. ii. jj. kk. ll. Hubungan Plaintif dan Si mati mula renggang sejak 1980-an, Plaintif keluar dari rumah Si mati dalam tahun 1997, Si mati masak dan basuh pakaian sendiri, tempat makan asing-asing dengan Plaintif, Perubahan sikap Si mati terhadap Plaintif adalah disebabkan tingkahlaku Plaintif sendiri, Si mati tidak mudah dengar hasutan orang, membuat keputusan ikut kemahuannya, mm. Si mati tidak tahu membaca dan menulis rumi, nn. oo. pp. Si mati buat pengesahan guna cap jari dan tidak pernah ada tandatangan, Si mati ada kata tidak mahu beri harta kepada Plaintif semasa hidup dan selepas mati, Si mati ada beritahu telah batalkan penamaan Wan Puziah sebab Si mati tidak percaya kepada Plaintif dan takut Plaintif tidak amanah, qq. rr. Si mati ada beritahu melantik DEF 2 sebagai penerima penamaan baru, Si mati tidak pernah sebut ada sebarang wasiat untuk beri harta kepada Plaintif. d. Keterangan Defendan Kedua Defendan Kedua ( DEF 2 ) pada 23hb. Februari 2000 antara lain memberi keterangan seperti berikut ; aa. bb. cc. Si mati ialah emak saudara DEF 2, Hubungan DEF 2 dengan Si mati dan suaminya adalah baik, DEF 2 menziarahi Si mati seminggu 2 kali,

67
dd. ee. ff. gg. hh. ii. jj. Ada perjumpaan di Masjid Terapong lebihkurang tahun 1996 antara Si mati, DEF 1 dan DEF 2, Si mati ada mengadu mahu keluar dari rumahnya kerana tidak mahu duduk sekali dengan Plaintif, Si mati bersetuju agar Wan Puziah ( Plaintif ) keluar dari rumahnya, Plaintif keluar dari rumah Si mati pada tahun 1997, Si mati berkecil hati atas percakapan Wan Puziah ( Plaintif ), Hubungan antara Plaintif dengan DEF 2 dan keluarga adalah baik, Si mati tidak tahu membaca dan menulis rumi serta tiada mempunyai pengesahan, kk. Si mati tidak pernah beritahu kepada DEF 2 yang Si mati ada mewasiatkan 1/2 bahagian wang simpanan di Tabung Haji kepada Plaintif, ll. Si mati serius untuk membatalkan penamaan Plaintif dan telah acap kali beritahu untuk batal penamaan Plaintif dan tukar kepada nama DEF 2, mm. Si mati dan DEF 2 pergi ke Pejabat Cawangan Tabung Haji pada tahun 1988 atas arahan Si mati, Si mati minta borang untuk membatalkan penamaan Plaintif dan untuk tukar kepada yang baru daripada kerani bertugas, nn. Si mati ada diterangkan kandungan borang penamaan yang diminta oleh kerani bertugas dan dijelaskan lagi oleh DEF 2 semasa DEF 2 mengisi borang penamaan itu bagi pihak Si mati sebagaimana arahan Si mati, oo. Borang Pertama yang diisi dikembalikan oleh kerani bertugas kerana cap jari Si mati atas borang penamaan itu kurang jelas, borang asal penamaan diberikan oleh Si mati kepada DEF 2 di mana yang sama telah dikemukakan di mahkamah dan ditanda sebagai D 5 setelah pengesahan, pp. Si mati telah menurunkan cap jari atas borang penamaan baru yang diberi oleh kerani bertugas setelah DEF 2 menjelaskan sekali lagi maksud borang penamaan itu, tandatangan melainkan cap jari untuk

68
qq. Borang penamaan baru itu terus diserahkan kepada kerani bertugas dan setekah disemak ianya telah dianggap sempurna dan diterima, ( sambung bicara pada 24hb. Februari 2000 ) rr. DEF 2 ada membuat catatan atas penyerahan borang penamaan baru di dalam buku catatannya. ss. Buku Catatan dikemukakan kepada Mahkamah dan ditanda sebagai D 6 , Catatan itu dibuat pada 28hb. Januari 1988, dua hari selepas Si mati menyerahkan borang penamaan baru di pejabat Tabung Haji, tt. Selepas penyerahan penamaan baru, Si mati berasa puas hati kerana nama Wan Puziah ( Plaintif ) sudah tiada dalam penamaan Tabung Haji, uu. vv. Si mati kata yang berhak atas hartanya ialah DEF 2 dan DEF 1, Hubungan Si mati tidak baik dengan Plaintif hingga Si mati meninggal dunia. e. Keterangan Saksi Pertama Defendan Antara keterangan yang diberi oleh Tuan Haji Wan Nik ( SD-1 ) a. b. SD-1 mempunyai pertalian kekeluargaan dan mempunyai hubungan yang baik dengan Si mati, Si mati pada mulanya baik dengan Plaintif, tetapi atas perbuatan Plaintif terhadap Haji Wan Awang ( suami Si mati ), hubungan berubah jadi tidak baik, c. d. Tiada siapa layan makan-minum dan basuh kain-baju Si mati, Si mati makan minum sendiri, Si mati beritahu bahawa Si mati telah ambil balik harta dari penamaan Wan Puziah ( Plaintif ) dan beri kepada waris yang berhak terima pesaka,

69
e. Si mati ambil balik hartanya dari Wan Puziah ( Plaintif ) kerana hendak bagi kepada orang yang berhak menerima, f. Keterangan Saksi Kedua Defendan Antara keterangan Tuan Haji Wan Kamal ( SD-2 ) pada 24 haribulan Februari 2000 ialah ; a. b. SD-2 ialah saudara sepupu sebelah bapa kepada Si mati, Pada akhir hayat Si mati, hubungan Si mati dengan Wan Puziah tidak begitu baik, BAHAGIAN D Dengan izin Yang Arif Dato, Berdasarkan keterangan yang telah diterima oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang mulia ini, Defendan-defendan akan menghubung dan mencantumkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dengan undangundang berkaitan bagi membangkitkan isu-isu berikut untuk diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang mulia ini ; 1. Adakah Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengisbatkan penamaan dari Peraturan Deposit & Pengeluaran Tabung Haji sebagai alwasoya ? 2. 3. 4. 5. 6. Apakah sesuatu penamaan itu boleh diisbatkan sebagai al-wasiyyah al-wajibah ? Adakah sesuatu penamaan itu memberi hak kepada penerimanya sebagai al-musha lahu atau al-wasi ? Adakah Penamaan Kemudian di sisi syara adalah sah sebagai satu ruju dan telah membatalkan Penamaan 1975 ? Adakah ruju dalam bab wasiat secara lisan berdasarkan keterangan saksi adalah sah di sisi hukum Syara ? Apakah status suatu penamaan di bawah undang-undang yang sedia ada di Terengganu ?

70

BAHAGIAN E KESIMPULAN ISU-ISU BERKAITAN Dengan izin Yang Arif Dato, Defendan-defendan ingin menghujahkan isu-isu berikut ; 1. Adakah Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengisbatkan

penamaan dari Peraturan Deposit & Pengeluaran Tabung Haji sebagai al-wasoya ? Sebagaimana yang telah dihujahkan, Peraturan Tabung Haji adalah lahir dari seksyen 93 Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Seksyen 93 (1) (e) memberikan kuasa kepada Menteri untuk mengadakan peraturan deposit dan pengeluaran simpanan pendeposit semasa hayat dan selepas matinya. Penamaan sebenarnya tidak memberi sebarang hak milik kepada penerima penamaan atas pesaka pendeposit oleh mana-mana fasal dalam Peraturan Tabung Haji. Ia merupakan satu penamaan seperti yang terdapat dalam peraturan Bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Simpanan Pejabat Pos, Insuran dan Syarikat Kerjasama. Adalah jelas sama sekali bahawa wasiat dalam ertikata al-wasoya adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri di mana Parlimen tiada bidangkuasa ke atasnya. Bagaimanapun, Parlimen berkuasa untuk mengadakan peraturan-peraturan berhubung pentadbiran pesaka, wasiat dan amanah orang-orang Islam sebagaimana diperuntukkan oleh seksyen 24 (f) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Akta Pemegang Amanah dan melalui Aturan 80 KaedahKaedah Mahkamah Tinggi 1980.

71
Yang Arif Dato, Jika sekiranya borang penamaan itu hendak diisbatkan sebagai satu wasiyyah al-wasoya maka ianya adalah satu cubaan untuk menceroboh bidangkuasa negeri kerana Parlimen tiada kuasa untuk berbuat demikian, atau secara Haji ( tertakluk kepada perakuan Dewan Undangan Negeri Terengganu ) sudah pasti mempunyai klausa tambahan yang memperuntukkan antara lain ; a. tidak boleh menamakan seorang waris pesaka pendeposit sebagai penerima penamaan ( kerana sabit dengan Hadis Rasulullah SAW, tiada wasiat kepada pewaris ). b. jika sekiranya pendeposit ingin melantik penerima penamaan di kalangan waris pesaka, satu borang khas yang terdapat ruangan izin waris pesaka lain hendaklah disempurnakan ( kerana sabit dengan Hadis Rasulullah SAW, tidak boleh wasiat kepada pewaris, kecuali jika para pewaris mengkehendakinya" ) Sila rujuk ; Kifayatul Akhyar m/s. 71 Penamaan di Tabung Haji hendaklah dirujuk secara keseluruhannya kepada asal kehendak atau sebab lahir peraturannya dan setakat bidangkuasa Parlimen. Jika Peraturan itu tidak menyatakan tentang pembentukan wasiat atau wasoya maka borang penamaan yang lahir darinya tidak boleh ditakwilkan dengan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan yang melahirkannya. ia pergi begitu jauh sekali sehingga Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi dengan bercanggah alternatifnya, Peraturan Tabung

72
Jika dilihat daripada amalan, penamaan di Tabung Haji secara asalnya bukanlah lahir dari hasrat atau ikhtiar pendeposit untuk menamakan seseorang bagi mendapat milik dari wang simpanan tetapi sekadar memenuhi prosedur bagi kemudahan pengeluaran wang simpanan apabila berlaku kematian. Borang-borang yang disediakan bagi perlantikan penamaan adalah untuk mencapai maksud fasal-fasal tertentu dalam peraturan itu sendiri. Ayat-ayat yang terkandung dalam borang penamaan bukanlah ditulis atau diarah tulis oleh pendeposit, ianya adalah ayat-ayat yang dibuat di bawah fasal 5 Peraturan Tabung Haji tanpa menggunakan perkataan penyaksian sepertimana yang disyaratkan oleh Imam Syafei dan Imam Hanafi serta keperluan adanya saksi oleh Imam Hanafi. Jelasnya, borang penamaan itu tidak mematuhi kehendak satu wasiat bertulis sepertimana yang dijelaskan dalam kitab al-fiqhul Islamiyyu wal adillatuhu. Sepertimana yang dihujahkan, penamaan itu sendiri lahir dari borang yang disediakan pihak Tabung Haji dan bukannya lahir dari arahan Si mati untuk membuat sebarang pewasiatan. Oleh kerana penamaan itu lahir dari peraturan deposit dan pengeluaran, maka mengikut Akta Tafsiran, ia hendaklah diberi pengertian dalam ruanglingkup itu terbatas dan dibaca bersamasama dengan pindaannya. Jika dilihat kepada Peraturan Pindaan, jelasnya penamaan atau pengamanahan itu adalah sebagai pelaksana amanah yang dilantik untuk menerima pesaka Si mati dan membahagikannya kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid atau dalam istilah undang-undang Syara disebut sebagai al-wasi atau executor mengikut sibil. Tabung Haji. Ini amat sesuai dan selaras dengan tujuan lahirnya Peraturan Tabung Haji di bawah kuasa Parlimen melalui Akta

73

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga telah memutuskan bahawa penerima penamaan daripada segi Syara fungsinya adalah seorang wasi. untuk Fatwa ini telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu amalan orang-orang Islam. Fatwa berhubung

dengan penamaan telah diputuskan dalam tahun 1973 sebelum Penamaan 1975. Oleh itu, hukum penamaan sebagai al-ishoo telah wujud sebelum Si mati membuka akaun di Tabung Haji lagi. Dengan izin Yang Arif Dato, Defendan-defendan ingin mengemukakan keterangan SP-1 untuk menyokong hujah kami di sini. Menurut keterangan SP-1, sejak mula bekerja dan ditugaskan untuk menguruskan akaun pendeposit dan pemasaran di Terengganu, Tabung Haji telah menjelaskan kepada boleh masyarakat mengeluarkan bahawa wang penamaan Si itu dibuat dan untuk memudahkan urusan pengeluaran wang. pesaka menyerahkannya kepada waris pendeposit. Meskipun setelah adanya pindaan pada tahun 1993, tiada borang pengeluaran khas yang membezakan permohonan pengeluaran yang dibuat oleh penerima penamaan atau pemegang amanah. Fungsi dan tanggungjawab penerima penamaan dan pemegang amanah adalah sama bezanya cuma pada nama dan borang pengeluaran yang telah dikemaskinikan. Yang Arif Dato, Borang Penamaan 1975 ialah salah satu contoh borang yang dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji. melahirkannya. Ia tidak Kandungannya dibuat untuk untuk meneka memenuhi kehendak atau mancapai maksud peraturan yang boleh diekploitasikan jika tidak mereka-reka niat pendeposit. Andaian ( presumption ) Penerima penamaan mati hendaklah

74
dalam hal sebegini amatlah memprejudiskan apatah lagi andaian yang ingin dibuat adalah bercanggah dengan peruntukan Akta Tafsiran dan otoriti yang berkaitan. Dalam hal ini, kandungan Borang Penamaan 1975 tidak boleh diterima sebagai asas atau sandaran untuk meneka niat Si mati. Ia bukannya tulisan atau susunan perkataan yang lahir daripada kehendak Si mati. Defendan-defendan seterusnya memohon izin Mahkamah Tinggi Syariah yang mulia untuk merujuk keterangan Plaintif. Yang Arif Dato, Borang Penamaan 1975 dibuat dan diserahkan di pejabat Tabung Haji sebelum Si mati dan Plaintif ke Tanah Suci. Tabung Haji kepada Plaintif. Plaintif mendakwa wang di bahawa semasa di Mekah, Si mati ada kata NOK BERI oleh keterangan saksi atau dokumen lain.

Keterangan Plaintif ini tidak disokong Ia adalah dakwaan yang

dibuat oleh Plaintif untuk kepentingannya sendiri dan tidak boleh diterima sebagai satu keterangan yang sah. Semasa disoalbalas, Plaintif mengakui bahawa Si mati tiada buat apa-apa untuk beri wang di Tabung Haji kepada Plaintif selepas mereka pulang ke Tanahair. Daripada keterangan Plaintif, jika ucapan Si mati di Mekah boleh dinilai, ia memberi kefahaman bahawa niat hendak beri wang di Tabung Haji dihasratkan di Mekah selepas Borang Penamaan Ia tidak diluahkan semasa Si 1975 diserahkan ke Tabung Haji. sebelum daripada itu. Mafhumnya, jika Si mati benar-benar berniat untuk mewasiatkan wang di Tabung Haji melalui Borang Penamaan 1975, keadaannya

mati mengisi Borang Penamaan 1975 atau pada bila-bila masa

75
sepatut dan semestinya berbeza. Pastinya Si mati sebelum atau

semasa mengisi Borang Penamaan 1975 sudah beritahu kepada Plaintif bahawa wang Si mati di Tabung Haji adalah hak Plaintif apabila beliau meninggal dunia, atau secara alternatifnya, Si mati sudah pasti mengatakan di Mekah bahawa wang di Tabung Haji adalah hak Plaintif jika beliau meninggal dunia, contohnya, kalu aku mati, pitis aku di Tabung Haji jadi hok mung . Amat berbeza dengan dakwaan Plaintif dalam tuntutannya di sini, Si mati ( dakwa Plaintif dalam keterangannya ) kata NOK BERI. Apabila pulang ke tanahair dan sehingga akhir hayat Si mati, tiada apa-apa yang dibuat oleh Si mati berhubung dengan wang di Tabung Haji untuk manfaat Plaintif. Ini ialah pengakuan Plaintif Niat belum boleh sendiri dan bukannya keterangan saksi. Lafaz yang digunakan juga tidak sah kerana hanya niat nak beri. menyabitkan sesuatu hak atau milik. Yang Arif Dato, Apa yang tidak dipertikai di sini ialah wujudnya perselisihan di antara Si mati dengan Plaintif hingga akhir hayat Si mati. Si mati terhadap Apa Plaintif sehingga akhir Apa yang diakui sendiri oleh Plaintif ialah perasaan marah dan kecil hati hayat Si mati. yang dikemukakan melalui keterangan dan bukti ialah

pembatalan Penamaan 1975 dan wasiat Si mati bahawa hartanya adalah hak pewaris pesakanya. Yang Arif Dato, Plaintif telah tidak membuktikan dan / atau gagal membuktikan bahawa ; a. kandungan Borang Penamaan 1975 ada dibaca dan

difahamkan kepada Si mati sebagai satu al-wasoya.

76
b. c. tandatangan yang ada pada Borang Penamaan 1975 adalah tandatangan Si mati. perlantikan penerima penamaan adalah atas kehendak Si mati sendiri dengan rela hati kerana Plaintif menyatakan kemungkinan suami Si mati yang menandatangani Borang Penamaan 1975 manakala suami Si mati dan Plaintif ialah orang yang dinamakan. Sebaliknya, Plaintif ada mengakui dan memberi keterangan bahawa ; a. b. c. d. e. Si mati tidak tahu menulis dan membaca rumi. Plaintif percaya tandatangan yang ada pada Borang Penamaan 1975 mungkin tandatangan suami Si mati. Plaintif bersetuju bahawa tandatangan yang ada pada Borang Penamaan 1975 mungkin bukan tandatangan Si mati. Plaintif tidak nampak siapa yang tandatangan Borang Penamaan 1975. Semasa Borang Penamaan 1975 diisi, Plaintif tidak berada di sisi Si mati dan suami Si mati di kaunter Tabung Haji yang membolehkan Plaintif mengesahkan siapa yang tandatangan Borang Penamaan 1975. Merujuk kepada kesemua keterangan Plaintif, dakwaan Plaintif di sini bahawa ada al-wasoya adalah semata-mata bergantung kepada Borang Penamaan yang dibuat lama dahulu iaitu pada tahun 1975. Ia tidak disokong oleh keterangan saksi lain jauh sekali lafaz atau dokumen yang sah daripada Si mati sendiri. Yang Arif Dato, Berdasarkan pendapat Fuqaha, jika wujudnya lafaz al-wasoya sekalipun, ia masih tertakluk kepada kesahannya sehingga kematian al-mushi dan qabul al-musha lahu. Al-wasoya itu

77
mengikut ittifaq al-Fuqaha, hendaklah tidak dibatalkan atau diruju oleh al-mushi atau ditolak oleh al-musha lahu. Seterusnya dalam memutuskan samada suatu penamaan itu ialah al-wasoya atau al-ishoo maka Fatwa Kebangsaan hendaklah diambil kira kerana ia telah dibuat terlebih dahulu daripada Penamaan 1975. Begitu juga dengan borang pengeluaran yang terpakai semasa hayat Si mati beserta pindaan ke atas Peraturan Tabung Haji itu sendiri. Berdasarkan penghujahan yang telah dibuat, Defendan-defendan percaya Mahkamah Tinggi Syariah yang mulia boleh bersetuju bahawa Borang Penamaan 1975 bukanlah al-wasoya. 2. Apakah sesuatu penamaan itu boleh diisbatkan sebagai alwasiyyah al-wajibah ? Kita telah melihat hakikat dan matlamat Haji borang penamaan

daripada

sudut

Peraturan

Tabung

dan

perbandingannya

dengan Peraturan KWSP, begitu juga dengan pendapat Fuqaha berhubung dengan apa yang dikatakan al-wasiyyah al-wajibah. Penamaan 1975 meskipun lahir daripada akaun simpanan yang boleh dikategorikan sebagai al-wadiah, namun pemilikannya adalah jelas dan diketahui begitu juga waris-waris yang berhak ke atasnya. Ia tidak jatuh dalam mana-mana satu definasi al-wasiyyah alwajibah mengikut Imam yang empat dan pendapat Fuqaha yang telah disandarkan. Apa yang nyata, penamaan 1975 dan lain-lain penamaan yang seumpamanya hanyalah bagi tujuan perlantikan alwasi dan hukum mengenai penamaan boleh dirujuk kepada fatwa bagi amalan umat Islam di Malaysia pada tahun 1973 melalui kuasa Majlis Raja-Raja Melayu di bawah Artikel 38 (6) (d) dan Jawatankuasa Fatwa Terengganu.

78
3. Adakah sesuatu penamaan itu memberi hak kepada

penerimanya sebagai al-musha lahu atau al-wasi ? Sebagaimana yang telah dipetik dari sumber-sumber undangundang sibil dan Syariah termasuklah ketetapan oleh Majlis RajaRaja Melayu dan Jawatankuasa Fatwa Terengganu, peranan penamaan itu adalah semata-mata al-ishoo di mana jika penamaan 1975 tidak dibatalkan, Plaintif boleh bertindak sebagai al-wasi tertakluk kepada syarat-syarat lain jika ada. Untuk menguatkan hujah Defendan-defendan bahawa Penamaan 1975 hanyalah satu perlantikan al-wasi, Defendan-defendan menjemput Mahkamah Tinggi Syariah yang mulia merujuk kepada pengakuan yang dibuat oleh Plaintif pada 12hb. Mei 1998. Pengakuan Plaintif sendiri seperti yang diterima sebagai D 4 jelas satu qabul seorang wasi yang mengikrarkan fungsi sebenar seorang penerima penamaan. Jika penamaan itu ditahkimkan sebagai al-wasoya, maka

pengakuan itu ( D 4 ) telah membatalkan wasoya tersebut atas ruju yang zahir dari qabul atau pengakuan Plaintif sendiri. Pengakuan Plaintif ( D 4 ) berbunyi, saya sebagai pemegang amanah adalah mewakili waris-waris di mati dan apabila wang di atas diterima, saya berjanji dan mengaku dengan sesungguhnya akan membahagikannya mengikut hukum Syara. Jika qabul Plaintif sudah sabit sebagai seorang wasi, maka Plaintif tiada hak milikan atas pesaka Si mati di mana tugasnya hanyalah boleh mengeluarkan wang pesaka untuk manfaat waris Si mati, itupun Haji. jika diizinkan oleh waris-waris Si mati sebagaimana disyaratkan oleh Borang Pengeluaran Pesaka Si mati di Tabung

79
4. Adakah ruju oleh al-mushi dalam bab wasiat secara lisan berdasarkan keterangan saksi adalah sah di sisi hukum Syara? Keterangan saksi dan Defendan-defendan jelas membuktikan

wujudnya ruju oleh Si mati jika penamaan 1975 boleh diandaikan sebagai satu wasiat atau jika ada wasiat-wasiat lain. Keterangan yang diberikan adalah daripada pengetahuan langsung atau penyaksian yang tidak terputus. Dalam undang-undang keterangan Islam, keterangan mereka ini boleh diterima dan dijadikan asas yang kukuh untuk menolak segala dakwaan Plaintif. Dengan izin Yang Arif Dato, Keterangan Defendan Pertama dan SD-1 bahawa Si mati tidak mahu memberi hartanya kepada Plaintif disokong dengan Penamaan Kemudian yang telah diterima sebagai D 5 dan qarinah iaitu wujudnya perselisihan, kecil hati dan perasaan marah Si mati terhadap Plaintif. Lafaz yang digunakan seperti, aku tidak mahu beri harta kepada Wan Puziah semasa hidup dan selepas mati, yang berhak atas harta aku ialah Wan Ismail dan Wan Abdullah, dan aku ambil balik harta dari Wan Puziah adalah ruju-ruju yang sah di sisi Syara. Keterangan-keterangan bersumpah adalah penyaksian atau

bayyinah yang kuat atas pembatalan Penamaan 1975 atau penafian atas segala dakwaan Plaintif mengenai kewujudan al-wasoya dalam tuntutannya di sini. Penamaan Kemudian ( D 5 ) walaupun tidak dapat dikesan di Ibupejabat Tabung Haji tetap terpakai dan tidak menjejaskan kesahihan suatu ruju atau pembatalan suatu al-wasiyyah menurut kacamata Islam. Ini kerana ;

80
a. b. c. d. satu dokumen asal yang dibuat oleh Si mati masih

tersimpan. pembatalan dan penamaan baru adalah atas arahan dan kehendak Si mati sendiri. kandungan Penamaan Kemudian ( D 5 ) telah dijelaskan kepada Si mati. penyerahan Penamaan Kemudian ( D 5 ) di Tabung Haji disokong oleh catatan asal Defendan Kedua pada 28hb. Januari 1988 yang telah diterima sebagai D 6 iaitu 2 hari selepas ianya dibuat. e. f. keterangan penyerahan Penamaan Kemudian ( D 5 ) dibuat secara bersumpah oleh Defendan Kedua sendiri. kewujudan Penamaan Kemudian ( D 5 ) juga adalah dalam pengetahuan Defendan Pertama dan saksi semasa hayat Si mati lagi. g. h. kewujudan Penamaan Kemudian ( D 5 ) adalah satu ruju kepada Penamaan 1975. Si mati telah menyempurnakan pembatalan Penamaan 1975 dengan menurunkan cap jari atas Penamaan Kemudian ( D 5 ) dan menyerahkannya di Cawangan Tabung Haji. 5. Adakah Penamaan Kemudian ( D 5 ) di sisi Syara adalah sah sebagai satu ruju dan telah membatalkan Penamaan 1975 ? Penamaan Kemudian ( D 5 ) telah dibuat pada 26hb. Januari 1988 dan salah satu dokumen yang asal masih ada dan telah dibuktikan kewujudannya. Ia adalah satu dokumen yang lahir dari Peraturan Tabung Haji dan sempurna dicap jari oleh Si mati serta disaksikan oleh Defendan Kedua. Catatan Defendan Kedua pada 28hb. Januari 1988 ( D 6 ) adalah satu bayyinah yang kuat bahawa Penamaan Kemudian ( D 5 ) sememangnya wujud dan telah diserahkan di Tabung Haji.

81

Mengikut Fasal 6 (3) Peraturan Tabung Haji, sesuatu penamaan hendaklah dibatalkan dalam hal-hal berikut ; d. dengan suatu penamaan kemudian yang dibuat mengikut perenggan (2) oleh penama melupuskan penamaan yang terdahulunya. Fasal 6 (2) memperuntukkan bahawa tiap-tiap penamaan

hendaklah dibuat secara bertulis dan tidak akan berkuatkuasa melainkan dibuat semasa hayat pendeposit itu; dan orang yang menamakan hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Besar tentang apa-apa pertukaran alamat orang yang dinamakan itu. Walaupun Penamaan Kemudian ( D 5 ) tiada di dalam rekod Tabung Haji, dalam kes ini, ia tidak boleh menafikan kewujudannya dan bahawa ia telah diserahkan di Tabung Haji pada 26hb. Januari 1988. Keterangan SP-1 jelas menyokong kebarangkalian Penamaan Kemudian ( D 5 ) hilang setelah diserahkan di Tabung Haji atas faktor-faktor antara lainnya seperti berikut ; a. b. c. tiada sistem akuan terima dan kerani khas menguruskan penamaan kemudian. tiada tempat simpanan khas penamaan kemudian setelah diterima di kaunter. tiada Haji. d. e. tiada surat aju ( cover letter ) yang dikembarkan bersamasama penamaan kemudian ketika dipos ke ibupejabat. penamaan kemudian dimasukkan di dalam sampul surat biasa dan dipos secara biasa jika ada urusan pengeposan. fail peribadi pendeposit atau pemfailan salinan penamaan kemudian yang diterima di cawangan Tabung

82
f. g. h. tiada pendaftaran atau minit surat yang dihantar ke

ibupejabat Tabung Haji. ada aduan alamat tidak ditukar dan surat dikembalikan kerana rekod tidak dikemaskinikan. SP-1 mengakui bahawa Penamaan Kemudian ( D 5 ) adalah borang yang betul untuk membatalkan sesuatu penamaan terdahulu. Daripada fakta di atas, walaupun Penamaan Kemudian ( D 5 ) gagal didaftarkan oleh Tabung Haji, ia adalah di luar kawalan penama dan penerima penamaan kemudian sama sekali. 1975 dan melantik penerima penamaan baru. Dalam hal ini, Fasal 6 (2) dan (3) (d) telah dipatuhi oleh penama sebagai syarat pembatalan Penamaan 1975, maka amat tidak wajar keterangan DEF 2, DEF 1, SD-1 serta bayyinah berbentuk dokumen yang telah diterima oleh Mahkamah diketepikan begitu sahaja. Di sisi Syara pula, ruju itu adalah sah samada secara lisan atau bertulis dan tidak disyaratkan untuk difailkan di mana-mana. Catatan DEF 2 ( D 6 ) adalah bayyinah yang boleh diterima dan amat kuat serta mempunyai keterangan langsung daripada DEF 1 dan SD-1. Dalam Penamaan Kemudian ( D 5 ), cap jari Si mati tidak pernah dipertikai. Jika dilihat tiada tandatangan, adalah dalam pengetahuan pihak-pihak di sini bahawa Si mati tidak boleh membaca dan menulis rumi. semasa hayat Si mati. Ia lahir dari arahan Si mati kepada Defendan Kedua dan adalah dalam pengetahuan Defendan Pertama Ikhtiar dan segala prosedur berkaitan telah dipatuhi untuk membatalkan Penamaan

83
Jika sekiranya Penamaan 1975 boleh diterima sebagai satu wasiat bertulis maka sewajarnya Penamaan Kemudian ( D 5 ) hendaklah diterima sebagai satu pembatalan bertulis atau ruju yang sah di sisi hukum Islam. Apa yang disyaratkan, jika suatu wasiat secara bertulis maka ianya hendaklah atas ikhtiar al-mushi atau difahamkan kepadanya. Peraturan Pindaan 1993 juga mensyaratkan bahawa pemegang amanah hendaklah dilantik daripada kalangan pewaris pesaka Si mati. Dengan wujudnya syarat ini maka Penamaan 1975 secara otomatik terbatal kerana Plaintif bukannya pewaris pesaka Si mati. Seksyen 94 Akta Tabung Haji memperuntukkan bahawa semua peraturan dan perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat dan sebarang kuasa bertulis yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang dibatalkan oleh Akta ini, hendaklah terus sah sejauh mana ia tidak bercanggah dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, sehinggalah dibatalkan atau diganti oleh peraturan-peraturan atau perlantikan-perlantikan yang dibuat atau kuasa bertulis yang keluar di bawah Akta ini. i. Apakah status suatu penamaan di bawah undang-undang yang sedia ada di Terengganu ? Sebagaimana dijelaskan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah memutuskan untuk memperakui Ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan isu penamaan. Begitu juga dengan Enakmen Penerima Namaan ( Islam ) Terengganu 1992 yang telah secara jelas memperuntukkan bahawa wang yang timbul daripada suatu penamaan adalah hak waris pesaka penama yang meninggal dunia sepenuhnya. Enakmen Penerima Namaan Islam ( Terengganu ) 1992 telah

sepertimana

dijelaskan

adalah

undang-undang

yang

84
dikeluarkan oleh Dewan Undangan Terengganu. Enakmen tersebut. Dalam memutuskan kes ini, Mahkamah Yang Mulia hendaklah menerimapakai peruntukan dalam Enakmen tersebut. Yang Arif Dato, Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh DefendanOleh demikian,

Mahkamah Yang Mulia ini adalah terikat kepada peruntukan dalam

defendan dengan disokong oleh undang-undang serta fakta-fakta berkaitan, izinkan Defendan-defendan menyimpulkan bahawa ; a. Borang Penamaan 1975 bukanlah satu al-Wasiyyah ( alWasoya) yang memberi hak milik wang kepada Plaintif sebagai al-musha lahu. b. c. d. Borang Penamaan adalah satu bentuk borang pengeluaran wang di Tabung Haji semata-mata. Penamaan 1975 telah terbatal oleh Penamaan Kemudian (D 5 ). Penamaan 1975 juga terbatal kerana bercanggah dengan Peraturan Pindaan 1993 disebabkan Plaintif bukan pewaris pesaka Si mati. e. Defendan Kedua adalah penerima namaan yang sah berbangkit daripada Penamaan Kemudian pada 26hb. Januari 1988 ( D 5 ). f. g. h. Si mati mewasiatkan agar hartanya tidak jatuh kepada Plaintif. Si mati telah ruju atau ambil balik harta yang diberi kepada Plaintif kerana berlaku perselisihan. Keseluruhan wang dalam Akaun Tabung Haji atas nama Si mati adalah harta pesaka yang menjadi hak milik waris pesaka Si mati sepenuhnya. i. Baki wang dalam Akaun Tabung Haji atas nama Si mati hendaklah dibayar kepada Defendan Pertama sebagai

85
Pentadbir untuk j. k. dibahagikan kepada waris Si mati

mengikut Sijil Faraid ( D 1 ). Plaintif tiada mempunyai sebarang kepentingan hak atas harta peninggalan Si mati. Tuntutan Plaintif di sini adalah tidak sah di sisi Syara.

Oleh demikian, Defendan-defendan memohon agar tuntutan Plaintif dalam Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif dalam tindakan ini ditolak serta diketepikan dengan kos. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001 Peguam Syari Plaintif memohon suatu tangguhan bagi membolehkan dia sediakan hujjah balas secara bertulis. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001 Mahkamah menetapkan supaya Peguam Syari Plaintif mengemukakan hujjah dan penggulungan pada atau sebelum 31 / 1 / 2001 dan pada hari Khamis 8 Februari 2001 jam 3.00 petang akan disambung kes untuk pendengaran hujjah berkenaan, alasan penghakiman dan hukuman oleh Mahkamah. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 JANUARI 2001 Mahkamah ada menerima Hujjah Balas Bertulis Plaintif pada 30 Januari 2001. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

86
30 JANUARI 2001 Hujah Balas Bertulis Plaintif itu berbunyi ; Dengan izin Yang Arif Dato, 1. Pengenalan dan fakta :

Perbicaraan yang berjalan dihadapan Yang Arif Dato adalah berkisar tentang isu mensabitkan wasiat yang didakwa oleh Plaintif telah dibuat oleh allahyarhamah Haji Wan Hitam Binti Haji Wan Long ( kemudian dari ini disebut sebagai simati ) menerusi satu borang bertarikh 9hb Januari 1975 yang ditajukkan sebagai Penamaan untuk dan bagi faedah i ) Haji Wan Awang Bin Haji Abdullah, suami simati dan ii) Wan Puziah Binti Haji Wan Awang, Plaintif sendiri. Mata benda atau subjek yang dijadikan wasiat ialah sejumlah

setengah ( ) bahagian wang simpanan simati di dalam akaun simpanan di Lembaga Urusan Tabung Haji ( LUTH ) yang pada masa kematian simati berjumlah sekitar Ringgit Malaysia Enam Ratus Ribu (RM600,000.00) atau lebih. Semasa proses perbicaraan berjalan Plaintif dan Defendan-Defendan menerusi peguamcara mereka telah menyatakan dan merekodkan secara persetujuan bahawa nilai keseluruhan harta pesaka simati bernilai lebih daripada Ringgit Malaysia Dua Juta ( RM2,000,000.00 ). Plaintif, mengambil pakai prinsip Sulh telah merakamkan secara persetujuan perintah pada 20hb Disember setengah 1999 daripada mempersetujui jumlah wang Defendan-Defendan mengeluarkan

simpanan simati untuk dibahagikan kepada Defendan-Defendan, yang mana pada pendapat Plaintif, Plaintif tidak mempunyai sebarang hak keatas bahagian tersebut. Seterusnya mengikut fahaman Plaintif sejak dari perintah persetujuan tersebut dirakamkan bahagian atau jumlah

87
tersebut telah dikeluarkan dan dibahagikan diantara Defendan-Defendan. Ini sekaligus telah mengubah terma perintah Mahkamah Yang Mulia ini bertarikh 26hb September 1999 yang menghalang Defendan-Defendan daripada membuat sebarang urusan berkenaan wang simpanan simati di LUTH.

2.

Rukun dan syarat sah Wasiat

Pertamanya sebelum Plaintif pergi lebih jauh, ada baiknya Plaintif menghuraikan berkenaan rukun dan syarat sah wasiat dan pemakaian rukun dan syarat sah tersebut bagi kes Plaintif. Ini akan dapat membantu Mahkamah, dimana sekiranya kes Plaintif dihadapan Yang Arif sekarang gagal memenuhi mana-mana satu rukun atau syarat sah tersebut maka Plaintif tidak perlu meneruskan hujjahan kesnya lagi. Secara ringkas berikut adalah rukun-rukun wasiat sebagaimana yang

dinyatakan dalam kitab Fiqh As Syafie jilid 2 dimukasurat 151. a) b) c) d) Orang yang berwasiat ( musi ); Orang yang diwasiatkan ( muso lahu ); Matabenda atau perkara yang diwasiatkan ( muso bihi ); dan Lafaz wasiat.

( Nota : sila rujuk mukasurat 1 dan 2 Lampiran Hujjah Plaintif ) 3. Pemakaian Rukun dan Syarat Sah Wasiat

Sementara pemakaian rukun-rukun tersebut dalam kes Plaintif adalah sebagaimana berikut ;

88
a) Orang yang berwasiat semasa hayatnya ; b) Orang yang diwasiatkan Puziah Binti Haji Wan Awang ; c) Matabenda atau perkara yang diwasiatkan ialah wang pula ialah dua (2) orang iaitu ialah simati iaitu allahyarhamah

Haji Wan Hitam Binti Haji Wan Long yang membuat wasiat

allahyarham Haji Wan Awang Bin Haji Abdullah dan Wan

simpanan simati didalam akaun di LUTH yang pada masa Surat Kuasa Mentadbir Harta Pesaka simati bertarikh 11hb November 1998 dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu Mentadbir No. melalui Petisyen Surat Kuasa 31-7-1998 berjumlah Ringgit Malaysia

Enam Ratus Enam Puluh Empat Ribu Enam Ratus Empat Puluh Lapan Ringgit dan Empat Puluh Tujuh Sen ( RM 664,648.47 ). Januari 1998 ; dan d) Lafaz wasiat, bagi kes kita ianya adalah dalam bentuk dokumen bertulis yang ditajukkan sebagai Penamaan . Apapun sebelum Plaintif boleh mendapat faedah daripada apa yang didakwanya sebagai wasiat, ianya adalah tertakluk kepada beberapa syarat sah yang sekaligus akan membolehkan wasiat tersebut disabitkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini. dimukasurat 152 iaitu :a) Orang yang berwasiat tersebut hendaklah seorang yang mukallaf, merdeka, ahli ( pemilik ) kepada matabenda yang diwasiatkan dan dibuat dengan kehendak beliau sendiri ; b) Tujuan atau matlamat wasiat tersebut adalah sesuatu yang dihalalkan dan bukannya perkara haram atau maksiat ; Dalam kitab yang sama Simati meninggal dunia pada 28hb

89
c) Orang yang diwasitkan atau penerima wasiat adalah seorang atau sesuatu yang jelas dan berkebolehan untuk menerima wasiat ; dan d) Wasiat tersebut hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada nilai harta simati pada masa kematian beliau ( Nota : Sila rujuk mukasurat 3 Lampiran Hujjah Plaintif ) Mengambil guna dan memakai rukun dan syarat sah wasiat yang dinyatakan di atas secara satu persatu ke atas kes Plaintif berikut adalah analisa Plaintif. i) Al-Muso Untuk perkara ini tidak

Pertamanya orang yang berwasiat iaitu simati.

ada sebarang bukti yang telah dikemukakan oleh baik Plaintif mahupun Defendan-Defendan samada menerusi mereka sendiri ataupun saksi mereka tentang simati berada dalam apa-apa keadaan yang boleh mencacatkan atau membatalkan rukun atau syarat sah pertama wasiat pada masa wasiat yang didakwa oleh Plaintif dibuat. Malahan Defendan-Defendan mengemukakan keterangan yang simati sehingga ke akhir hayatnya berada dalam keadaan sempurna akalnya. Ini adalah sebagaimana kenyataan Defendan Pertama dan Kedua semasa pemeriksaan utama dimana kedua-dua mereka menceritakan tentang simati yang telah memberitahu pada 28hb Januari 1998. berbagai perkara kepada mereka sekitar satu (1) hingga empat (4) tahun sebelum tahun kematian simati Sila rujuk kepada Eksibit D 2 .

Plaintif seterusnya berhujjah bahawa termasuk juga dalam syarat sah orang yang berwasiat hendaklah orang tersebut adalah seorang ahli kepada mata benda yang diwasiatkan. hal atau bab pemilikan . Ini adalah sama dalam Ini adalah kerana seorang yang tidak

berhak atas sesuatu harta tentunya tidak boleh membuat sebarang

90
pengurusan atau sebarang bentuk urusan ( dealings ) keatas harta tersebut. lain. Oleh itu mengambil pakai perkara ini kepada kes kita, simati adalah tuanpunya kepada duit simpanan dalam LUTH yang sedang dalam pertikaian kita. Jadi simati berhak untuk membuat wasiat harta tersebut sebagaimana yang telah dilakukan beliau kepada Plaintif. ii) Tujuan Wasiat Logiknya kalau seorang itu bukan pemilik satu harta jadi bagaimanakah beliau boleh atau berhak memberikannya kepada seorang

Sementara tujuan wasiat simati pula jelasnya tidak melanggar tegahan islam atau sesuatu yang haram atau berbentuk maksiat. memenuhi syarat sah kedua wasiat. iii) Muso lahu Ini sekaligus

atau penerima wasiat dalam kes kita adalah jelas mereka ialah (i) arwah suami kepada simati dan (ii) Plaintif. Walaubagaimanapun Plaintif pada bila-bila masa tidak pernah menggesa atau mendakwa bahawa wasiat kepada arwah suami simati boleh disabitkan dan diiktiraf. sah kerana ianya adalah Malahan Plaintif berhujjah bahawa ianya tidak wasiat kepada ahli waris simati lantaran itu Ini adalah yang Ditambah pula arwah suami simati

adalah satu wasiat yang fasid .

telah meninggal dunia terlebih dahulu daripada simati. bermaksud :

sebagaimana hadith Ar Rasul ( SAW ) semasa dalam Haji Wida

Dari Umamah (ra) ia berkata : Telah bersabda Rasul ( SAW ) dalam ceramahnya di tahun Haji Wida : Sesungguhnya Allah telah memberikan tiap-tiap orang yang empunya hak akan haknya, oleh itu tidak boleh berwasiat untuk ahli waris. mata hak ibunya dan bagi Anak zina itu sematahalangan orang yang berzina ada

91
( tidak ada hubungan apa-apa ) dan perhitungan mereka terserah kepada Allah. Diriwayatkan oleh At Tarmizi ( Nota : Sila rujuk mukasurat 4 dan 5 Lampiran Hujjah Plaintif ) Atas dasar di ataslah Plaintif tidak membantah permohonan DefendanDefendan untuk mengeluarkan sebahagian daripada jumlah wang simpanan simati apabila ianya diutarakan oleh Defendan-Defendan

menerusi Peguamcara mereka. Sementara bahagian yang diwasiat kepada Plaintif pula adalah pada hujjah Plaintif sah dan mematuhi rukun serta syarat sah wasiat. sama sekali, anak angkat kepada simati. Ini adalah kerana Plaintif bukan ahli waris simati dan, tidak dipertikaikan Fakta ini terbukti kepada Mahkamah Yang Mulia ini menerusi kenyataan Plaintif dan keterangan saksi Plaintif yang pertama iaitu Abdullah Bin Salleh ( kemudian daripada ini disebut sebagai SP 1 ). Malahan fakta ini disahkan oleh keduadua Defendan dan seterusnya oleh saksi Defendan-Defendan. Syarat samada orang diwasiatkan tersebut adalah jelas dan samada Plaintif boleh menerima wasiat tersebut tidak memerlukan kepada penghujjahan atau huraian panjang lagi. iv) Muso bihi

dalam kes kita ialah setengah ( 1/2 ) bahagian daripada jumlah Ringgit Malaysia Enam Ratus Enam Puluh Empat Ribu lebih (RM 664,000.00 lebih). Secara kasar jumlah yang berkenaan adalah

sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Tiga Puluh Dua Ribu Tiga Ratus Empat Puluh Dua dan Dua Puluh Tiga Sen ( RM 332,342.23 ). Jumlah yang dinyatakan di atas jauh kurang daripada jumlah 1/3 bahagian harta pesaka simati yang telah dipersetujui bernilai sekitar

92
Ringgit Malaysia Dua Juta lebih ( RM 2,000,000.00 ). rukun ketiga dan syarat sah keempat telah dipenuhi. v) Lafaz Apa yang menarik berkenaan lafaz Ini menjadikan

Rukun Keempat ialah lafaz wasiat. Syara.

wasiat ialah ianya tidak ditetapkan bentuk rupa atau formatnya oleh Malahan mengikut pendapat atau ulasan oleh para ulama hatta Walau apa pun Plaintif berhujjah bahawa lafaz walau dalam bentuk atau lafaz Kinayah sekalipun ianya masih boleh diiktiraf oleh syarak. banyak kebaikannya. Berkenaan bentuk wasiat dibuat oleh kerana ianya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak dalam kes ini maka Plaintif tidak bercadang untuk berhujjah panjang berkenaannya melainkan sekadar merujuk kepada terjemahan kitab Fathul Muin jilid 1,2 dan 3 oleh Doktor Ali Asad, dimukasurat 401 dimana pengarang telah berkata :Secara ringkas terjemahannya : Surat wasiat adalah wasiat kinayah yang diberikan niat wasiat oleh penulisnya sekalipun ditulis dan telah dibaca, jika penulis sendiri atau ahli warisnya mengakui secara lisan bahawa surat tersebut dibuat, justeru dengan niat berwasiat ( Sila rujuk mukasurat 6 dan 7 Lampiran Hujjah Plaintif ) Simati dalam kes ini telah membuat dan menyempurnakan satu dokumen yang ditajukkan sebagai Penamaan ( kemudian dari ini disebut sebagai Borang 1975 ) bertulis yang telah didaftarkan dan dideposit kepada LUTH dan disimpan dengan selamat oleh LUTH. Perkataan atau lafaz yang digunakan amatlah jelas dan tidak dapat diberikan makna atau pengertian lain daripada apa yang dinyatakan dalam Borang 1975 tersebut bilamana simati mengatakan :wasiat yang dibuat dalam bentuk bertulis adalah lebih selamat dan

93

Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam Tabung Haji pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan diantara mereka yang telah saya namakan disebelah borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan ditepi masing-masing. Jikalau sekiranya mana-mana diantara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya, maka bahagiannya ( hendaklah dipotong ) janganlah dibahagikan diantara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagian-bahagian yang akan saya nyatakan. buat dahulu. Tandatangan ( simati ) Cop ibu jari ( simati ) Hb 9.1.1975 AdaPenamaan ini memansuhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya

( Nota : Sila rujuk mukasurat 8 dan 9 Lampiran Hujjah Plaintif ) Yang Arif Dato, Defendan-Defendan menerusi peguamcaranya sepanjang perbicaraan ini menekankan bahawa oleh kerana Borang 1975 yang digunakan oleh simati adalah ditajukkan Penamaan , maka semestinyalah ia hanyalah bermakna penama atau lebih tepat sebagai pentadbir sahaja. Peguamcara Defendan dengan sengaja menekankan perkara tersebut tanpa sebarang rujukkan dibuat kepada isi kandung Borang 1975 tersebut. Diperingkat ini Peguamcara Defendan menyelitkan ulasan dan pendapat peribadi beliau tentang matlamat dan tujuan Peraturan Lembaga Tabung Haji ( Deposit dan Pengeluaran ) 1975 ( kemudian dari ini

94
disebut sebagai Peraturan 1975 ) dan juga tentang Peraturan Lembaga Tabung Haji ( Deposit dan Pengeluaran ) Pindaan 1993 ( kemudian dari ini disebut sebagai Peraturan Pindaan 1993 ) tanpa mengemukakan sebarang keterangan dari mana-mana pihak yang berkenaan contohnya dari bahagian perundangan LUTH. Apa yang

dinyatakan oleh Peguamcara Defendan disini, pada hujjah Plaintif, tidak lebih dari hanya pendapat peribadi beliau tanpa sebarang sokongan nas. Plaintif seterusnya berhujjah bahawa isi kandung Borang 1975 tersebut terlalu amat jelas dan tidak boleh diberikan makna lain dari apa yang dinyatakan dalam Borang 1975 tersebut. Benarlah Peguamcara Defendan juga mengatakan bahawa Borang 1975 tersebut disediakan dan siap ditaip oleh LUTH dan simati hanya setakat mengisinya dan meletakkan cop ibu jarinya. Tetapi perlu diambil kira yang pada masa Borang 1975 diisi simati hadir bersama Plaintif ( yang pada tersebut berumur lebih kurang lima belas (15) tahun ) dan arwah suami simati. Jikapun benar simati tidak tahu membaca atau menulis bersamanya pada masa itu dan tentunya telah dan sedar akan isi kandungnya masih maka suami simati ada simati apabila faham

menerangkan isi kandung Borang 1975 tersebut kepada simati dan meneruskannya mengisinya. Apa yang lebih menarik ialah tidak ada sebarang keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah Yang Mulia ini tentang samada simati telah dipaksa untuk mengisi atau meletakkan cop jarinya ke atas borang tersebut semasa ianya dibuat. bersama pada masa itu. simati berbuat demikian. Tidak masuk akal untuk Plaintif memaksa simati sedangkan Plaintif masih kecil dan ada pula arwah suami simati Ataupun arwah suami simati yang memaksa Jika betul, kenapa pula arwah suami simati Kenapa tidak diambilnya

memberikan sebahagian kepada Plaintif.

semua. Ini semua tidak dapat tidak kecuali menunjukkan bahawa simati semasa mengisi borang tersebut bertindak atas keinginan dan kehendak sendiri tanpa sebarang unsur paksaan atau ugutan dari mana-mana pihak.

95

Seterusnya untuk perhatian Mahkamah Yang Mulia ini kewujudan Borang 1975 yang dikatakan wasiat tidak dipertikaikan sama sekali oleh Defendan-Defendan penghujjahan sepanjang perbicaraan ini dan pula juga telah dalam berjaya peguamcara Defendan. Plaintif

membuktikan adanya Borang 1975 tersebut menerusi keterangan saksi Plaintif yang kedua ( SP 2 ) iaitu Tuan Haji Abd. Wahab Bin Mamat, Pegawai Eksekutif Kewangan LUTH cawangan Kuala Terengganu dengan SP 2 telah mengemukakan Borang 1975 kepada Mahkamah Yang Mulia ini dan ditandakan sebagai Eksibit P-1. Menerusi SP-2 juga Plaintif telah membuktikan kepada Mahkamah Yang Mulia ini bahawa tidak ada sebarang dokumen baru atau lain telah dibuat atau didaftarkan oleh simati dengan LUTH. Ini sekaligus membuktikan kepada Mahkamah yang bahawa simati tidak ada sebarang niat lain daripada apa yang telah dibuat beliau iaitu mewasiatkan kepada Plaintif. Defendan-Defendan sebaliknya cuba menggunakan SP 2 untuk

mengenengahkan keterangan yang adanya satu penamaan lain dibuat oleh simati iaitu penamaan Defendan Kedua menggantikan borang Borang 1975. Malangnya keterangan SP 2 kekal mengatakan bahawa hanya terdapat borang Borang 1975 yang dikemukakan oleh simati dan berdaftar dan berada dalam simpanan LUTH. Berkenaan prosedur penyediaan, penerimaan dan pemerosesan borang sebegitu dalam berapa jumlah sekalipun dan tentang statistik kesilapan atau perubahan semula borang sebegitu yang berlaku dalam setahun, kesemua ini Plaintif hujjahkan sebagai tidak relevan kepada kes Plaintif atau pembelaan Defendan-Defendan terhadap kes Plaintif kerana semua itu tidak menggugat atau menjejaskan rukun dan syarat sah wasiat kepada Plaintif. Defendan-Defendan dahulu juga menerusi keterangan SP 2 telah cuba

menyatakan kepada Mahkamah tentang

adanya perbezaan peraturan Isu ini akan Plaintif hujjahkan

dan peraturan sekarang .

96
kemudian secara lebih terperinci. kepada kes kita. Cuma secara ringkas Plaintif berhujjah

bahawa isu peraturan dahulu atau sekarang adalah amat tidak relevan Ini adalah dengan mengambil kira rukun dan syarat sah Plaintif akan pertama wasiat iaitu orang yang berwasiat kenalah seorang yang ada kuasa, hak atau memiliki matabenda yang diwasiatkan. dengan lebih panjang atau jelas menghujjahkan perkara ini kemudiannya. 4. Rukun dan syarat sah wasiat secara keseluruhan :

Setelah meneliti ulasan tentang rukun dan syarat sah wasiat di atas, Plaintif berhujjah bahawa Plaintif telah berjaya memenuhi dan mematuhi kesemua rukun dan syarat sah wasiat yang dibuat untuk dan bagi faedah Plaintif. Kalaupun ada sebarang kecacatan rukun dan syarat sah wasiat tersebut, hanyalah berkenaan wasiat simati kepada allahyarham suami simati. Ini kerana ianya adalah wasiat kepada ahli waris pesaka Ini walaubagaimanapun Plaintif simati lalu menjadikannya sebagai wasiat yang fasid setakat bahagian wasiat kepada arwah suami simati. kepada Plaintif. Seterusnya terdapat beberapa isu yang dibangkitkan oleh Peguamcara Defendan-Defendan yang perlu kepada penjelasan dan hujjahan balas oleh Plaintif. 5. Isu-isu berbangkit hujjahkan sebagai tidak memberi kesan membatalkan bahagian wasiat

Peguamcara Defendan dalam hujjah beliau telah mengatakan tentang beberapa isu yang boleh dikatakan sebagai isu-isu berbangkit, berikut adalah isu-isu berbangkit tersebut . i) Undang-undang

Dengan izin Yang Arif Dato;

97
Untuk tidak mengelirukan mana-mana pihak atau melengahkan masa Mahkamah Yang Mulia ini, Plaintif secara ringkas berhujjah bahawa Plaintif tidak akan mengatakan sebarang undang-undang atau peraturan ( di bawah undang-undang ) yang telah dibangkitkan atau diambil pakai oleh peguamcara Defendan sebagai tidak sah, ulta vires bidangkuasa badan perundangan negeri atau persekutuan. Atau apakah niat atau tujuan Soal sebenar satu-satu undang-undang atau peraturan yang berbangkit.

apakah tujuan atau niat satu undang-undang atau peraturan dibuat hanyalah diketahui oleh pihak penggubal undang-undang atau peraturan tersebut dan peranan Mahkamah Yang Mulia berkenaan untuk hanya mentafsirkannya. Malahan Plaintif berhujjah apa-apa undang-undang atau peraturan yang diketengahkan di dalam kes ini adalah sah seadanya tertakluk kepada fakta kes ini. Plaintif juga berhujjah bahawa walau apa pun undang-undang atau peraturan sivil diketengahkan oleh baik Plaintif dan lebih-lebih lagi Peguamcara Defendan, yang didakwa terpakai ke atas orang islam di Malaysia dan khususnya di Terengganu ianya hendaklah tertakluk kepada satu pengecualian iaitu undang-undang atau peraturan tersebut mestilah mematuhi tidak ( codified or uncodified ). Hanya dalam keadaan begitu barulah ianya Bersandarkan kepada boleh diiktiraf dan digunapakai oleh Mahkamah ini. kehendak hukum Syara baik yang dikanunkan atau

pengecualian di ataslah berikut adalah hujjah-hujjah Plaintif. Yang Arif Dato, a) Kehendak Syara Perkara Pertama yang amat menarik dalam menghujjahkan isu Secara

undang-undang atau peraturan yang terpakai bagi kes ini ialah apakah undang-undang tersebut selaras dengan kehendak Syara. khususnya Peraturan 1975 dan Peraturan Pindaan 1993.

98

Untuk kemudahan Mahkamah Yang Mulia ini berikut adalah bahagian Peraturan 1975 yang berkenaan. 6 (1) Seseorang pendeposit ., boleh, berhubung dengan wang

dikreditkan atas namanya di Lembaga, menamakan seseorang atau orang-orang yang kepada siapa deposit itu atau sebahagian darinya boleh dibayar setelah dia mati. (2) Tiap-tiap penamaan hendaklah dibuat secara bertulis dan tidak berkuatkuasa melainkan dibuat semasa hayat pendeposit itu; . (3) Sesuatu penamaan hendaklah dibatalkan dalam hal-hal

berikut. (a) (b) (c) dengan notis pembatalan secara bertulis yang diberi oleh penama, yang diterima oleh Pengarah Besar semasa hayat penama; (d) dengan suatu penamaan kemudian yang dibuat mengikut perenggan (2) oleh penama melupuskan penamaan yang terdahulunya. 7 (1) Apabila mati seseorang pendeposit, amaun yang ada dalam kreditnya hendaklah dibayar kepada salah seorang daripada orangorang yang berikut, mengikut yang mana berkenaan, iaitu(a) jika pendeposit telah membuat penamaan dan

penamaan itu tidak dibatalkan dibawah Peraturanperaturan ini, kepada orang atau orang-orang yang dinamakan mengikut syarat-syarat penamaan itu; atau (b)

99
( Nota : Sila rujuk mukasurat 10 hingga 13 Lampiran Hujjah Plaintif ) Perlu borang penamaan pertikaian kita. adalah pemilik Dengan kata atau lain tuanpunya harta yang dalam beliau adalah tuanpunya mutlak diambil kira yang simati semasa membuat atau mengisi

wang simpanan tersebut.

Maka terpulanglah kepada simati untuk

membuat apa sahaja dengan wang simpanan tersebut termasuklah untuk mewasiatkan kepada sesiapa sahaja. Simati selaku tuanpunya, telah lanjutan Peraturan 1975 mengisi dan mewasiatkan duit tersebut mengikut peraturan yang dibuat. hak eksklusif simati yang diiktiraf Syara. Peraturan 1975, khususnya peraturan 6 dan 7 di atas, jika dibandingkan dengan rukun dan syarat sah wasiat tidak menzahirkan sebarang pertentangan antara satu sama lain. Malahan Plaintif berhujjah bahawa Oleh itu ianya adalah selaras dengan rukun dan syarat sah wasiat. penerima wasiat simati adalah sah disisi Syara. Soal samada simati mengisi Borang 1975 dengan kehendak sendiri atau sebaliknya telah dijelaskan sebelum ini dan Plaintif sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada bukti atau keterangan yang menunjukkan perbuatan simati bukan atas kehendak peribadinya. b) Peraturan Pindaan 1993 pemakaian dan kesan Itu adalah

apa yang telah dilakukan oleh simati dengan menamakan Plaintif sebagai

kebelakang Persoalan Kedua ialah adakah satu pihak ketiga yang bukannya tuanpunya wang simpanan tersebut, dalam kes ini LUTH, boleh dengan meminda Peraturan 1975, mengubah atau membatalkan Borang 1975 yang tidak dapat tidak bermaksud sebagai wasiat kepada hanya satu

100
penamaan perlantikan pentadbir, sedangkan pihak ketiga tersebut

( LUTH ) bukanlah tuanpunya wang simpanan tersebut. Saya hujjahkan disini bahawa LUTH tidak berhak untuk berbuat demikian baik dengan meminda Peraturan Pindaan 1993 atau apa-apa undangundang sekalipun. Jikapun LUTH berbuat demikian ianya tidak boleh Alasannya ialah pesaka tanpa menjadikan wasiat tersebut dengan sendirinya terbatal. mengubah satu wasiat kepada hanya pentadbiran

LUTH bukanlah pemilik wang simpanan tersebut maka LUTH tidak boleh persetujuan tuanpunya. Ini diberatkan lagi dengan kemungkinan yang Plaintif berhujjah

simati memang benar-benar berniat menjadikan Borang 1975 sebagai satu wasiat dan kemungkinan tersebut amat besar. Mulia ini untuk memutuskan sebaliknya. Jika benar LUTH bermaksud dengan Peraturan Pindaan 1993 untuk menjadikan semua penamaan di LUTH khususnya yang dibuat sebelum Peraturan Pindaan 1993 sebagai hanya satu dokumen penamaan Pentadbir pesaka, maka pihak LUTH hendaklah memastikan perkara tersebut dengan sejelas dan sebenarnya. benar berniat untuk membuat wasiat. borang tersebut. Ini kerana mungkin ada dikalangan penyimpan di LUTH yang membuat Borang 1975 dan benarDan mereka tidak mengubah Malahan tidak keterlaluan untuk saya mengatakan yang dalam keadaan di atas maka adalah tidak selamat bagi Mahkamah Yang

dari seramai lebih 4.5 juta pendeposit ( mengikut keterangan SP-1 semasa dalam soal balas ) tentunya ramai yang menabung bermula sebelum 1993 dan mengisi Borang 1975 lanjutan Peraturan 1975. Sekurang-kurangnya, jika boleh Plaintif berhujjah dan mencadangkan, LUTH hendaklah mengambil inisiatif pro-aktif dengan menghubungi kesemua pendeposit, khususnya mereka yang menyimpan sejak sebelum 1993, dan mendapatkan pengesahan mereka tentang wasiat mereka.

101
Ini Plaintif hujjahkan adalah amat perlu kerana undang-undang dan Peraturan LUTH, walaupun tidak dibuat oleh Dewan Undangan Negeri untuk menbolehkannya diberi pengiktirafan di negeri-negeri di Malaysia berkaitan soal wasiat, adalah menepati rukun dan syarat sah wasiat sekaligus kehendak Syara apabila menyentuh soal wasiat. Plaintif seterusnya berhujjah dalam keadaan Peraturan 1975 dan Borang 1975 mematuhi kehendak Syara ditambah dengan fakta simati membuat wasiat menggunakan Borang 1975 dengan kehendak simati sendiri, maka adalah tidak terbuka untuk Mahkamah Yang Mulia ini memutuskan sebaliknya. Dan cara terbaik untuk mengelakkan kekeliruan berkenaan status Borang 1975 dan niat pendeposit ialah langkah sebagaimana yang dicadangkan. Jika tidak Borang 1975 akan dan hendaklah kekal sebagaimana seadanya. c) Seksyen 20 Akta Tafsiran oleh Peguamcara Peguamcara kepada

Berkait dengan isu ini apa yang diketengahkan

Defendan ialah tentang Peraturan Pindaan 1993 menerima kesan pemakaian kebelakang ( retrospective effect ). Defendan-defendan Seksyen 20 ). Tetapi nampaknya Peguamcara Defendan tertinggal untuk membuat analisa samada Akta Tafsiran yang dipinda tersebut mematuhi kehendak Syara dan boleh diterima pakai bagi tujuan pentafsiran hukum Syara. Ini jelas sekali kena dijawab bahawa apa-apa undang-undang bertulis adalah tertakluk kepada hukum dan kehendak Syara sebelum dapat diterima pakai oleh Mahkamah berkenaan Syara. Syariah di Terengganu. Maka Seksyen 20 saya hujjahkan bahawa ianya adalah terpakai mengatakan demikian bersandarkan

Seksyen 20 Akta Tafsiran 1948 ( kemudian dari ini disebut sebagai

setakat nama ianya tidak bertentangan dengan hukum dan kehendak

102
( Nota : Sila rujuk mukasurat 19 dan 20 Lampiran Hujjah Plaintif ) Mengulas Seksyen 20 dan pemakainannya kepada kes kita Plaintif berhujjah bahawa oleh kerana wasiat yang dibuat adalah oleh simati, selaku pemilik wang simpanan di LUTH, maka walaupun undangundang dipinda sebegitu rupa ianya tidak boleh terpakai kepada kes kita selagi mana wasiat tersebut tidak dipinda oleh simati sendiri dengan kehendaknya. Dengan kata lain Peraturan Pindaan 1993 tidak berkesan kepada Borang 1975 selagi mana Borang 1975 itu sendiri tidak dibatalkan oleh simati sendiri. d) Fatwa-fatwa;-

Semasa perjalanan perbicaraan ini dan juga dalam siri penghujjahan Peguamcara Defendan, beberapa dokumen fatwa telah dikemukakan kepada Plaintif dan juga Mahkamah. Peguamcara Defendan, pada sepanjang masa menekankan bahawa fatwa tersebut adalah terpakai ke atas Plaintif dan Mahkamah Yang Mulia ini adalah tertakluk kepadanya. Lalu menjadikan Borang 1975 sebagai dokumen yang menamakan Plaintif sebagai pentadbir pesaka simati sahaja. Secara khususnya Peguamcara Defendan merujuk kepada fatwa berikut yang telah diwartakan di Negeri Terengganu :i) Fatwa Kebangsaan dan Ketetapan Majlis Raja-Raja Melayu pada 20hb September 1973 berhubung Hukum Penamaan Disisi Syara ( yang diterima pakai oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pada 3hb September 2000 ; dan ii) Enakmen Bil 2 Tahun 1992 yang telah diwartakan pada 17hb Julai 1992 dan mula berkuatkuasa pada 18hb Julai 1992.

103
( Nota ; Sila rujuk mukasurat 14 hingga 18 Lampiran Hujjah Plaintif ) Kedua-dua fatwa di atas secara jelas menyatakan bahawa jika ada penama yang akan menerima pembayaran wang bagi pihak simati, maka penama tersebut hendaklah membahagikan wang tersebut mengikut Syara ataupun Faraidh. Walaubagaimanapun Plaintif hujjah Peguamcara Defendan nampaknya mengambil pakai kesemua fatwa tersebut secara bulat-bulat dan terus mengatakan bahawa Borang 1975 adalah satu penamaan ( yang bermaksud sebagai Pentadbir ) tanpa mengambil kira bahawa :i) adakah Borang 1975 satu dokumen wasiat dan mematuhi kehendak Syara ; ii) adakah fatwa-fatwa tersebut mengambil kesan ke belakang dan terpakai ke atas Borang 1975 kerana sebagai contoh fatwa kedua secara jelas menyatakan bahawa fatwa tersebut mula berkuatkuasa pada tarikh ianya diperkenankan oleh Yang Maha Mulia Duli Tuanku Sultan Terengganu ; dan iii) fatwa-fatwa yang dikemukakan tersebut adalah satu prinsip umum yang tertakluk kepada hukum Syara baik yang bertulis mahupun yang tersirat. Saya berhujjah bahawa cara penerimaan pakai fatwa-fatwa yang dikemukakan adalah tidak betul dan mengelirukan. dipadankan dengan keadaan atau fakta sesuatu hal. dibahagikan mengikut Syara. kronologi Ini adalah kerana Ditambah dalam fatwa adalah satu prinsip atau ketetapan yang umum yang kena kes kita fatwa yang dikemukakan mengesahkan yang harta pesaka kena Dan mengikut kehendak Syara ( serta keutamaannya ) adalah tertanggung keatas satu-satu pesaka

(i) hutang dunia dan akhirat, (ii) wasiat dan barulah (iii) hak pesaka kepada waris.

104

ii)

Isu ruju atau pembatalan wasiat oleh simati

Dengan izin Yang Arif Dato, Bagi isu ini Plaintif bercadang untuk menjelaskan berikut secara satu persatu:a) Ruju secara lisan

Pihak Defendan-Defendan, baik menerusi kenyataan mereka sendiri atau menerusi keterangan SD 1 dan SD 2 telah cuba mengutarakan kepada Mahkamah bahawa telah berlakunya ruju atau pembatalan wasiat secara lisan oleh simati. Saya dengan penuh hormat kepada Mahkamah Yang Mulia ini perlu menegaskan bahawa kenyataan lisan yang dibuat oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua baik berkait fakta hubungan tidak baik Plaintif dan simati, Plaintif telah melayan simati dengan tidak baik, Plaintif telah menengking simati, Plaintif telah secara langsung dan tidak langsung menyebabkan kesiksaan kepada simati dan khususnya kata-kata simati bahawa simati membatalkan dan menarik balik pemberiannya kepada Plaintif, Plaintif hujjahkan tidak boleh diterima oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Alasan yang amat jelas kepada Mahkamah ini ialah Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah orang yang secara langsung berkepentingan kepada matabenda dalam pertikaian ini. menceritakan sesuatu fakta yang Adalah tidak salah untuk semata-mata untuk Plaintif berhujjah bahawa mereka boleh dan mungkin pergi ke tahap direka-reka kepentingan mereka. Amat bertepatan untuk Plaintif pada peringkat ini mengambil pakai kisah Saidini Ali ( KRW ) yang telah membuat tuntutan terhadap seorang Saidini Ali ( KRW ) Yahudi yang didakwa telah mencuri baju besinya.

105
mengemukakan keterangan anaknya untuk mengesahkan yang baju besi yang dituntut adalah miliknya. Shuraih Al Qadhi dalam membuat keputusan telah menolak keterangan anak Saidini Ali ( KRW ) kerana ianya adalah keterangan ahli waris yang berkepentingan. Plaintif hujjahkan prinsip dalam kes Saidini Ali ( KRW ) adalah amat bertepatan dipakai dalam kes kita, lebih-lebih lagi mengambil kira kenyataan dan pengesahan Defendan Pertama dan Kedua mengakui bahawa mereka adalah waris tunggal yang akan menghabisi harta pesaka simati. Plaintif seterusnya berhujjah bahawa keterangan mereka tidak dapat tidak mesti ditolak oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Keterangan yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan tentang isu ini ialah dari SD 1 dan SD 2. Mereka, mengikut pengakuan dan keterangan mereka adalah waris kepada Defendan Pertama dan Kedua, jadi Plaintif berhujjah bahawa prinsip dalam kes Saidini Ali ( KRW ) masih kuat terpakai ke atas mereka. memberikan keterangan. keterangan dalam keterangan tentang Lebih dari itu Plaintif berhujjah semacam ada Ini amat jelas bilamana SD I dan SD 2 dan pendapat mereka bukannya hinggakan di satu peringkat pakatan di antara Defendan-Defendan dan kesemua saksi mereka dalam banyak memberikan keterangan berdasarkan soalan yang memimpin dan bentuk ulasan kata-kata simati

Mahkamah ini terpaksa menegur saksi-saksi Defendan. Sebagai satu kesimpulan yang ringkas adalah amat bahaya dan tidak selamat bagi Mahkamah Yang Mulia ini untuk secara bulat-bulat menerima kenyataan Defendan Pertama dan Kedua dan keterangan SD 1 dan SD 2 atas alasan mereka adalah orang yang berkepentingan dan juga waris antara satu sama lain. b) Borang 1975 Kedua

Defendan Kedua dalam perbicaraan telah mengemukakan satu dokumen yang sama bentuk dan isi kandungnya dalam Borang 1975 ( untuk kemudahan disebut sebagai Borang 2 ). Defendan Kedua seterusnya

106
menyatakan Borang 2 ( yang dikemukan sebagai ekshibit D-5 simpanan beliau. )

adalah borang yang tidak didaftar serah kepada LUTH dan kekal dalam Hujjah Plaintif Borang 2 tersebut tidak mempunyai apa-apa kesan yang boleh diberikan pengiktirafan oleh Mahkamah ini. Tidak salah juga untuk Plaintif berhujjah bahawa Borang 2 tersebut juga terikat dengan prinsip keterangan oleh waris yang berkepentingan. Tambahan pula ianya berada dalam simpanan Defendan Kedua pada sepanjang masa. simati meninggal Mungkin Borang 2 tersebut hanyalah satu ciptaan baru ditimbulkan setelah dunia sahaja. Saya berhujjah bahawa Mahkamah Defendan Kedua ditambah pula ianya

tidak patut menerima atau melayan Borang 2 tersebut. Lagipun mengikut keterangan SP 2 LUTH ialah Borang 1975 sahaja apa yang kekal ada dengan pihak dan ianya mematuhi kehendak

Peraturan 1975 yangmana tidak menyalahi malahan selaras dan mematuhi kehendak Syara. Oleh itu Plaintif berhujjah bahawa Borang 2 tidak boleh beroperasi sebagai pembatalan atau ruju oleh simati. c) Adakah Plaintif telah menolak haknya kepada wasiat

Yang Arif Dato, Isu ini timbul apabila Plaintif mengemukakan borang permohonan untuk mengeluarkan wang yang diwasiatkan kepadanya. Plaintif mengatakan Tetapi bahawa beliau faham akan isi kandung borang tersebut.

kenyataan ini hendaklah dibaca dan difahami bersama dengan keterangan oleh SP 2 yang, semasa dalam peringkat soal balas, mengatakan pada masa sekarang, iaitu selepas penguatkuasaan Peraturan Pindaan 1993, hanya ada dan disediakan satu borang khas yang sebegitu bentuk untuk tujuan pengeluaran wang yang diwasiatkan. Ini tidak sama sekali Lagipun jika ada bermakna bahawa Plaintif telah menolak haknya. lain tersebut.

borang berbentuk lain tentunya Plaintif akan diarahkan mengisi Borang

107
Satu cara lagi untuk melihat isu ialah jika benar Plaintif menolak haknya kenapa perlu Plaintif mengambil tindakan ini. 6. Rumusan dan Penutup

Yang Arif Dato, Satu aspek, yang mungkin merupakan satu keterangan berbentuk Qarinah, yang sama sekali tidak dibangkitkan oleh Peguamcara Defendan ialah tentang adanya satu prosiding di Mahkamah Sivil berkenaan permohonan untuk memaksa LUTH mengeluarkan wang dan membayarnya kepada Defendan Pertama. Apa yang menarik berkenaan prosiding itu ialah ianya difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. terlibat, dokumen Surat Kuasa Mentadbir, Sedangkan harta yang dan pihak-pihak dalam Semasa prosiding di

prosiding tersebut semuanya berada di Terengganu.

Mahkamah Sivil tersebut dimulakan telah pun ada perintah Injuksi dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berkaitan subjek yang sama. Ini adalah satu qarinah yang sedikit sebanyak menunjukkan adanya kepelikkan dalam prosiding tersebut. Walau apapun setelah meneliti keseluruhan hujjah Plaintif, kita akan dapati bahawa kesemua rukun dan syarat sah wasiat, iaitu perkara pokok dalam menentukan sahnya wasiat, telah dipenuhi dan dipatuhi oleh simati, dokumen yang disediakan dan juga Plaintif. disabitkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Berkenaan isu perubahan undang-undang atau peraturan, untuk tujuan prosiding ini, khususnya undang-undang atau peraturan sivil, ianya kena dihalusi sama telah memenuhi dan selaras dengan Syara. Ini akan sekaligus membantu Mahkamah Syariah dalam menentukan samada undang-undang atau peraturan sivil tersebut terpakai di dalam Mahkamah Syariah. Ini sekaligus menjadikan wasiat simati kepada Plaintif adalah sah dan hendaklah

108
Tentang fatwa pula ianya sama sekali tidak terbuka untuk dipertikaikan lagi. Tetapi apa yang kena dibuat ialah memastikan sama ada ianya terpakai ke atas kes kita, yang mana Plaintif hujjahkan sebagai tidak terpakai secara bulat-bulat dan menafikan hak orang lain. Pada keseluruhannya Plaintif berhujjah bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan keseluruhan kes Plaintif khususnya berkenaan pematuhan rukun dan syarat sah wasiat yang menjadi pokok kes kita. Dalam keadaan begitu saya dengan rendah hati memohon agar tuntutan Plaintif ini dibenarkan dan pengisytiharkan wasiat disabitkan dengan kos tindakan ini ditanggung oleh Defendan-Defendan. Sekian, terima kasih. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 30 JANUARI 2001 Pada 4 Februari 2001, Mahkamah ada menerima Penggulungan Hujah Bertulis Defendan.

t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 4 FEBRUARI 2001

Di

dalam

Mahkamah

Terbuka,

Mahkamah

Tinggi

Syariah

Negeri

Terengganu di Kuala Terengganu pada hari Khamis 14 Zulkaedah 1421 bersamaan 8 Februari 2001 mulai jam 3.00 petang dibuka untuk disampaikan penghakiman. Hadir :Ismail bin Yahya Wan Puziah binti Wan Awang Hakim Plaintif

109
( diwakili oleh En. Saifuddin bin Othman ) Wan Ismail bin Endut Sebahagian orang ramai dan kakitangan Mahkamah Defendan 1 tidak dapat hadir dan Peguam Syari Defendan-Defendan kemukakan Sijil Daripada Hospital memaklumkan Defendan 1 masih dirawat di Hospital. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 FEBRUARI 2001 Mahkamah terlebih dahulu menyerahkan Peguam Syari DefendanDefendan 2 ( diwakili oleh En. Wan Ahmad Fauzi bin Haji Wan Husain )

Defendan menghujjahkan kenapa patut Penggulungan Hujah Bertulis Defendan-Defendan diberi pertimbangan oleh Mahkamah. Peguam Syari Defendan-Defendan menjelaskan bahawa ianya telah dibenar oleh Mahkamah ini. Mahkamah menjelaskan bahawa pada 8/1/2001 dulu Peguam Syari Defendan-Defendan ada memohon tetapi Mahkamah tidak merekodkan apa-apa mengenainya kerana permohonan Peguam Syari DefendanDefendan untuk menghujjah balas setelah Plaintif menggulung hujjahnya adalah tidak mengikut undang-undang. Sub seksyen 128 (7) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 1986 memperuntukkan ; Selepas selesai keterangan, tiap-tiap satu pihak boleh menggulung kesnya, tetapi pihak yang memulakan hendaklah kemudian sekali berucap kepada Mahkamah.

110
Peguam Syari Defendan-Defendan menyerahkan perkara ini kepada Mahkamah.

t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 FEBRUARI 2001

Mahkamah

memaklumkan

bahawa

Penggulungan

Hujjah

Bertulis

Defendan-Defendan yang diterima oleh Mahkamah pada 4 Februari 2001 tidak direkodkan oleh Mahkamah dan tidak dijadikan penghujjahan di dalam kes ini. t.t. xxx ( DATO ISMAIL BIN YAHYA ) 8 FEBRUARI 2001

Seterusnya Mahkamah menyampaikan penghakiman

111
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI TERENGGANU DALAM PERKARA TUNTUTAN WASIAT GUAMAN MAL NO : 41-003-1-99 ANTARA WAN PUZIAH BINTI WAN AWANG, --KPT : 591206-11-5346, K/P : 5738341. DENGAN 1. WAN ABDULLAH BIN MUDA, KPT : 210622-11-5175, K/P : 3809524 ; DAN 2. WAN ISMAIL BIN ENDUT, KPT : 321022-11-5093, K/P : 2127264. --DEFENDAN 1 PLAINTIF

---

DEFENDAN 2

[ Kedua-duanya didakwa sebagai Pentadbir Pusaka Gemulah Wan Hitam binti Haji Wan Long, Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu, Petisyen No : 31-7-1998 ] DI HADAPAN YANG ARIF DATO HAJI ISMAIL BIN YAHYA, DPMT., PJK., HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI TERENGGANU DI KUALA TERENGGANU PADA HARI KHAMIS, 14 ZULKAEDAH, 1421 BERSAMAAN 8 FEBRUARI, 2001. TUNTUTAN INI telah didengar di dalam Mahkamah Terbuka dalam kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarinya, Encik Saiffuddin bin Othman, daripada Tetuan Adnan & Wee, yang kemudiannya berpindah kepada Tetuan Wan Abd. Muttalib & Co., dan Defendan-Defendan yang hadir bersama Peguam Syari mereka, Encik Wan Ahmad Fauzi bin Haji Wan Husain, daripada W.A.Fauzi & Co., DAN setelah mendengar keterangan dan hujah pihak Plaintif dan Defendan-Defendan, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM MEMBUAT PENGHAKIMAN SEPERTI BERIKUT :-

112
Perbicaraan yang berjalan di hadapan saya ini ialah persoalan mengenai pensabitan wasiat ke atas PENAMAAN mengikut Peraturan No. 6 Peraturan-Peraturan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963. Hajjah Wan Hitam binti Pada 9 Januari 1975, Haji Wan Long, melalui borang PENAMAAN

yang ditanda tangani nya telah menamakan dua orang tertentu sebagai orang-orang yang berhak ke atas wang simpanannya di Tabung Haji, apakala dia meninggal dunia. kata-kata ; Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. Jikalau sekiranya mana-mana di antara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya, maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagianbahagian yang akan saya nyatakan. dahulu. Cap Ibu Jari Kiri Penyimpan Tandatangan .. t.t. xxx Penyimpan Hb. 9/1/1975 Di sebelah belakang Borang itu tercatat keterangan berikut ; Adalah Penamaan ini memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buat Di dalam borang PENAMAAN itu tercatat

113
Nama dan Alamat orang yang saya namakan WAN AWANG BIN HAJI ABDULLAH NO. 68, KAMPUNG LOSONG HAJI LONG, K.T. No. Kad Pengenalannya 3178370 Bahagian Nama dan Alamat orang yang saya namakan WAN PUZIAH BINTI H. W. AWANG NO. 68, KAMPUNG LOSONG HAJI LONG, K.T. No. Kad Pengenalan 5738341 Bahagian

Plaintif melalui Peguam Syarinya mendakwa bahawa apa yang dibuat oleh Allahyarhamah Hajjah Wan Hitam semasa hayatnya itu khususnya kepada diri Plaintif adalah wasiat apabila Hajjah Wan Hitam meninggal dunia. Hajjah Wan Hitam meninggal dunia pada 28 Januari 1998. Allahyarhamah itu adalah semata-mata Penamaan. Mahkamah Tinggi Di Malaya, Di Kuala Terengganu, melalui Permohonan ( Petition ) No : 31-7-1998, telah mengeluarkan Pemberian Surat Mentadbir Harta Pesaka mulai 26 Oktober 1998 kepada Pertama. ( Grant of Letters of Administration ) itu, berbunyi ; DAN KETAHUILAH SELANJUTNYA BAHAWA pada 26 haribulan Oktober, 1998, pentadbiran mengenai semua harta alih dan harta takalih yang menurut undang-undang, turun dan terletak hak kepada wakil diri si mati yang mati tidak berwasiat itu telah diberi oleh Mahkamah ini kepada WAN ABDULLAH BIN MUDA ( KP. NO. 210622-11-5175 ) beralamat di No. 7, Kg. Losong Haji Long, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, anak saudara lelaki yang sah dan waris yang hampir sekali kepada simati yang mati dengan tidak berwasit itu. DAN KETAHUILAH SELANJUTNYA BAHAWA pada tarikh yang tertulis di bawah ini Surat Mentadbir Harta Pesaka ini telah dikeluarkan kepada pentadbir tersebut setelah ia menberi jaminan yang dikehendaki oleh Mahkamah ini untuk mentadbir Defendan Antara kandungan Pemberian Surat Mentadbir Harta Pesaka DefendanDefendan pula, melalui Peguam Syari mereka berpendapat perbuatan

114
dengan sempurnanya harta tersebut, yang suatu jadual

berkenaan dengannya ada dilampirkan bersama ini. DIBERI dengan ditandatangani oleh saya dan dicap dengan meteri Mahkamah di Kuala Terengganu pada 11 haribulan November, 1998. Meteri t.t.xxx Pendaftar Lampiran kepada Pemberian Surat Mentadbir Harta Pesaka ( Grant of Letters of Administration ) itu, berbunyi ; SENARAI HARTA DALAM TAREKAH HARTA PESAKA WAN HITAM BINTI HAJI WAN LONG @ WAN HITAM BINTI HAJ. WAN LONG @ HAJI WAN HITAM BINTI HAJI WAN LONG @ HJ. WAN HITAM BINTI HJ. WAN LONG @ HAJJAH WAN HITAM BINTI HAJI WAN LONG @ HAJAH WAN HITAM BINTI LONG @ WAN HITAM BT. HJ. W. LONG @ HAJI WAN HITAM BT. HAJI WAN LONG @ HAJI WAN HITAM BT. HJ. LONG @ HAJI WAN HITAM BINTI HAJI LONG, SIMATI ___________________________________________________ _______ ( Tarikh Mati : 28 Januari, 1998 ) ( Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu L/A. No. 31-7-1998 ) SENARAI HARTA 1. 2. 3. Lembaga Urusan Dan Tabung Haji Malaysia ( Nombor Akaun : 00305527 ) Amanah Saham Bumiputera ( Nombor Ahli : A 254792469 ) . RM 127,549.31 Hongkong Bank Malaysia Bhd. K. Terengganu ( Nombor Akaun : 332043900011 )RM 1,598.95 . RM 664,684.47

115
_______________ JUMLAH . RM 793,832.73 ============= PERAKUAN ini dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran, Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu. Pada : 11 November 1999. PENOLONG KANAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA TERENGGANU. Plaintif pula telah memasukkan tuntutan ke dalam Mahkamah Tinggi Syariah ini memohon ; (a) satu pengisytiharan bahawa Borang Penamaan yang telah dibuat pada 9.1.1975 oleh Allahyarhamah Hajjah Wan Hitam bagi akaun Tabung Haji No: 00305527 adalah sah sebagai wasiat mengikut Hukum Syara ; (b) satu pengisytiharan bahawa Plaintif adalah berhak ke atas satu perdua bahagian daripada jumlah simpanan terakhir si mati di dalam akaun Tabung Haji itu ; (c ) perintah ke atas Defendan Pertama selaku pentadbir kepada pesaka si mati supaya mengeluarkan atau menyebab dikeluarkan satu perdua bahagian daripada jumlah simpanan terakhir si mati di dalam akaun Tabung Haji itu dan membayarkan kepada dan/atau untuk faedah Plaintif ; (d) satu perintah injunksi menghalang Defendan Pertama selaku pentadbir pesaka si mati daripada mengeluarkan apa-apa jumlah wang daripada akaun Tabung Haji tersebut sehingga tuntutan ini diselesaiputuskan ; dan

116
(e) kos tuntutan ini.

Tuntutan Plaintif ini telah didaftar ke dalam Mahkamah ini pada 26hb; Mei 1999, dan Mahkamah telah menetapkan bahawa tuntutan ini akan disebut pada hari Ahad 26hb; September 1999 mulai jam 9.00 pagi. Pada 1hb; Jun 1999, Plaintif telah memohon secara lisan untuk

mendapatkan perintah-perintah sementara di bawah peruntukan seksyen 126 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, ( Terengganu ), 1986 supaya Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu mengeluarkan injunksi ex-parte menghalang Defendan Pertama dan Defendan Kedua daripada mengeluarkan wang simpanan Akaun Lembaga Urusan Dan Tabung Haji No. 00305527, sehingga selesai pertikaian ini. Permohonan untuk mendapatkan perintah-perintah sementara secara exparte daripada Plaintif itu diarah supaya didengar pada 2hb; Jun 1999. Setelah menimbang permohonan Plaintif, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu telah mengeluarkan injunksi ex-parte menghalang Defendan Pertama dan Defendan Kedua daripada mengeluarkan wang simpanan Akaun Lembaga Urusan Dan Tabung Haji No. 00305527 sehingga selesai pertikaian ini. Semasa mengeluarkan injunksi ex-parte itu, Mahkamah mengeluarkan juga perintah bahawa Defendan-Defendan adalah berkelapangan untuk membuat permohonan dalam masa 14 hari selepas diserahkan dengan perintah bermeterai ini untuk mengetepikan perintah injunksi ex-parte ini . Setelah mengeluarkan injunksi ex-parte itu, Mahkamah pada hari yang sama telah menetapkan agar tuntutan Plaintif ini didengar sepenuhnya secara inter-parte mulai 26 September 1999 jam 9.00 pagi. Satu Saman Pemula bertarikh 1hb. Jun 1999 telah ditujukan kepada Lembaga Tabung Haji, yang dinamakan sebagai Defendan oleh Defendan Pertama, yang bertindak sebagai Plaintif, bertujuan mengarahkan Lembaga Tabung Haji melepaskan dan/atau membayar kesemua wang simpanan dan dividen dalam akaun no : 00305527 kepada Defendan

117
Pertama. Saman Pemula itu telah didaftar ke dalam Mahkamah Tinggi

Di Malaya Di Kuala Lumpur, dengan nombor : S1-24-725-1999. Plaintif pula selepas itu memasukkan permohonan komital kerana

Defendan Pertama telah tidak mengindahkan perintah ex-parte yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. Sebelum pergi lebih jauh di dalam kes ini, saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua peguam syari bagi kedua-dua belah pihak kerana telah banyak membantu Mahkamah di dalam kes ini. Defendan-Defendan melalui Peguam Syari mereka, selain dari menentang sekeras-kerasnya tuntutan Plaintif juga turut mempersoalkan bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu mengeluarkan injunksi exparte menghalang Defendan Pertama dan Defendan Kedua daripada mengeluarkan wang simpanan Akaun Lembaga Urusan Dan Tabung Haji No. 00305527 sehingga selesainya pertikaian ini. Pada peringkat awal perbicaraan, Mahkamah ini telah pun menjelaskan bahawa tatakala Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa dalam tuntutan terhadap wasiat dan bidangkuasa itu adalah bidangkuasa semula jadi ( inherent jurisdiction ), Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu ini juga mempunyai bidangkuasa membuat perintah-perintah sementara menurut peruntukan seksyen 126 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, ( Terengganu ), 1986. Ini bermakna, apabila Plaintif mendakwa bahagian dari Akaun Tabung Haji No. 00305527 itu adalah wasiat yang terhak kepadanya, Mahkamah ini kenalah mempastikan apakah dakwaan Plaintif itu benar dan betul mengikut Hukum Syara dan undang-undang. Dalam pada itu untuk menjamin haknya terpelihara kiranya Mahkamah ini membenarkan tuntutannya, Plaintif telah memohon daripada Mahkamah ini satu perintah injunksi secara ex-parte menghalang dan menegah Defendan Pertama dan Defendan Kedua daripada mengeluarkan wang simpanan di Tabung Haji akaun no : 00305527. Mahkamah selepas itu, telah mengeluarkan injunksi secara ex-parte sebagaimana yang dipohon.

118
Seksyen 126 Enakmrn Terengganu Bil. 12 tahun 1986 itu

memperuntukkan ; (1) Mahkamah boleh, atas permintaan mana-mana pihak, apa-apa harta yang menjadi soal, atau

membuat perintah-perintah sementara dengan tujuan untuk menyelamatkan menjaga hak-hak mana-mana pihak, sebelum perbicaraan, atau untuk memudahkan perbicaraan itu, dan bleh membenarkan pindaan kepada mana-mana prosiding atau pembetulan manamana kesilapan, dengan syarat-syarat yang patut. (2) Permintaan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat

dengan lisan, tetapi mana-mana pihak yang tersentuh olehnya hendaklah diberi peluang supaya didengar mengenainya. Dengan penjelasan sebagaimana yang tersebut di peringkat permulaan perbicaraan, sepatutnya Defendan-Defendan tidak perlu lagi membangkit isu yang sama iaitu isu bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengeluarkan perintah injunksi ex-parte. di bawah Enakmen dan injunksi terhadap Defendan Pertama yang telah dilantik sebagai Pentadbir oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu lagi sekali di peringkat golongan. Malangnya, Defendan-Defendan melalui Peguam Syari mereka telah mengetengahkan lagi sekali isu ini di peringkat golongan. Mengenai bidangkuasa, mengikut undang-undang, bidangkuasa

mendengar dan memutuskan segala perguaman dan prosiding dimana semua pihak beragama Islam dan yang berhubung dengan wasiat atau pemberian yang dibuat dimasa hendak mati oleh si mati yang beragama Islam, adalah diberikan kepada Mahkamah Tinggi Syariah. 1986 memperuntukkan ; Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah Sub-seksyen 32 (1) (b) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, ( Terengganu ),

119
dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan segala perguaman dan prosiding di mana semua pihak beragama Islam dan yang berhubung dengan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) ... wasiat atau pemberian yang dibuat di masa hendak mati oleh si mati yang beragama Islam ; ... ... ; dan

(viii) ... Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ; Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1)

tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apaapa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dalam menafsirkan peruntukan Perlembagaan di atas, didapati ada beberapa kecenderungan Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Malaya mengenainya. Sekiranya diterima pakai tafsiran yang dibuat oleh Yang Arif Dato Haji Abdul Hamid Mohamed, sebagaimana di dalam kes Lim Chan Seng lawan Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang & satu kes yang lain [1996] 3 CLJ 231 sekali pun, saya percaya di dalam kes di hadapan saya ini, dapat dibuat kesimpulannya bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu memang mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan segala perguaman dan prosiding dimana semua pihak beragama Islam dan yang berhubung dengan wasiat atau pemberian yang dibuat dimasa hendak mati oleh si mati yang beragama Islam. Di dalam kes Lim Chan Seng itu, Hakim Dato Haji Abdul Hamid Yang Arif dalam menafsirkan peruntukan Perlembagaan Mohamed,

Persekutuan, Perkara 121 fasal (1A) telah membuat keputusan bahawa jika Enakmen negeri ada menyatakan secara khusus sesuatu isu itu

120
termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri, ( dalam kes itu isu yang berbangkit ialah isu murtad ) Yang Arif Hakim akan menolak kes itu disebabkan Yang Arif Hakim tidak ada bidang kuasa. Sebaliknya, jika Enakmen negeri tidak menyatakan peruntukan sedemikian secara khusus, bidang kuasa Yang Arif Hakim untuk mendengar kes itu masih kekal dan tetap ada. Mengenai kes yang berada di hadapan saya ini, Enakmen Negeri Terengganu, melalui Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, 1986, dengan jelas menyebut adalah menjadi bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu mendengar dan memutuskan segala perguaman dan prosiding dimana semua pihak beragama Islam dan yang berhubung dengan wasiat atau pemberian yang dibuat dimasa hendak mati oleh si mati yang beragama Islam. Oleh yang demikian, Mahkamah Tinggi Malaya atau mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah fasal 1 Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa dalam mendengar dan memutuskan segala perguaman dan prosiding dimana semua pihak beragama Islam dan yang berhubung dengan wasiat atau pemberian yang dibuat dimasa hendak mati oleh si mati yang beragama Islam di dalam Negeri Terengganu ini, mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di dalam peruntukan Enakmen Negeri Terengganu itu, ada diperuntukkan, mendengar dan memutuskan segala perguaman dan prosiding . Oleh yang demikian pada pendapat saya dalam kes yang berhubung dengan wasiat atau pemberian yang dibuat dimasa hendak mati oleh si mati yang beragama Islam ini ianya meliputilah bidang kuasa membuat perintah-perintah sementara dengan tujuan untuk menyelamatkan apaapa harta yang menjadi soal, atau menjaga hak-hak mana-mana pihak, sebelum perbicaraan, atas permintaan mana-mana pihak. Ini kerana Mahkamah Tinggi Syariah juga diberi bidang kuasa membuat perintahperintah sementara dengan tujuan untuk menyelamatkan apa-apa harta yang menjadi soal, atau menjaga hak-hak mana-mana pihak, sebelum perbicaraan, atas permintaan mana-mana pihak, secara bertulis oleh Enakmen Negeri. Dengan yang demikian, tidaklah bercanggah dengan

121
undang-undang yang berjalan kuat kuasanya di dalam negeri ini, pada 2 Jun 1999, atas permintaan Plaintif, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu mengeluarkan injunksi ex-parte menghalang Defendan Pertama dan Defendan Kedua daripada mengeluarkan wang simpanan Akaun Lembaga Urusan Dan Tabung Haji No. 00305527 sehingga selesai pertikaian ini. Semasa mengeluarkan injunksi ex-parte itu, Mahkamah mengeluarkan juga perintah bahawa Defendan-Defendan adalah berkelapangan untuk membuat permohonan dalam masa 14 hari selepas diserahkan dengan perintah bermeterai ini untuk mengetepikan perintah injunksi ex-parte ini. Setelah mengeluarkan injunksi ex-parte itu, Mahkamah , pada hari yang sama telah menetapkan agar tuntutan Plaintif ini didengar sepenuhnya secara inter-parte mulai 26 September 1999 jam 9.00 pagi. Pada 6 Julai 1999 Mahkamah ada menerima Notis Permohonan daripada DefendanDefendan untuk mengenepikan injunksi ex-parte yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah ini pada 2 Jun 1999, dan bagi maksud fakta-fakta persoalan dapat diketahui sepenuhnya, inter-parte. pada pendapat Mahkamah, permohonan Defendan-Defendan itu adalah munasabah dijalankan secara Oleh yang demikian Mahkamah juga menetapkan agar Tindakan-tindakan yang telah diambil oleh keyakinan dengan suci hati bahawa permohonan Defendan-Defendan itu didengar sepenuhnya mulai jam 9.00 pagi 26 September 1999. Mahkamah itu, berdasarkan

Mahkamah Tinggi Syariah adalah mempunyai bidang kuasa sepenuhnya dalam perkara isu yang menjadi fakta, mengikut undang-undang dan Hukum Syara. Amalan sebegitu dalam Mahkamah ini bukanlah perkara asing. As-Syarbini jilid ketiga dimuka 3 dan 4 yang berbunyi ; Yang bererti ; Mengikut

Hukum Syara sebagaimana disebut di dalam kitab Mughnil Muhtaj oleh

122

Daripada harta peninggalan si mati mengikut tertibnya hendaklah dicabut kerana urusan pengkebumian mayatnya, kemudian dicabut bagi melunaskan hutang si mati itu dan kemudian dicabut untuk menyempurnakan wasiatnya sekadar satu pertiga daripada bakinya itu, seterusnya barulah bakinya dibahagi-bahagikan kepada waris-waris si mati ; Kemudian sekiranya harta si mati itu ada persangkutan hak-hak Allah dan hak-hak manusia lain, seperti zakat, hak jenayah ( pembayaran diat atau denda hamba bagi orang yang dibunuh oleh si mati semasa hidupnya ), gadaian ( barang-barang gadaian si mati masih ada yang belum ditebus ), pembelian si mati ( semasa hidupnya ) secara hutang dan belum dijelaskan sedangkan penjualnya telah muflis, maka hak-hak Allah dan hak-hak manusia seperti ini hendaklah terlebih dahulu dicabut daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati dari cabutan kerana urusan pengkebumian mayatnya. Daripada peruntukan Hukum Syara itu, sekiranya timbul persoalan wasiat daripada harta pusaka si mati, maka persoalan wasiat itu hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum pusaka si mati diselesaikan menurut faraid. Amalan sebegini telah banyak dilakukan di dalam Mahkamah ini. Biasanya dalam satu-satu guaman tarekah kecil, di hadapan Pegawai Penyelesai Pusaka, jika timbul isu wasiat, Pegawai berkenaan akan mengarahkan pihak berkenaan membuat tuntutan sabitan wasiat terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah, dan perbicaraan tarekah itu ditangguh sehingga ada apa-apa keputusan dari Mahkamah Tinggi Syariah mengenai isu wasiat berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Di Guaman Tarekah Kecil dalam pusaka Daud bin Yusof, K/P: 2123869 si mati, di Besut, yang telah didaftarkan dengan no : GTKB 129/90. dalam kes itu semasa perbicaraan tarekah ke atas pusaka si mati, sebahagian ahli waris telah menimbulkan isu adanya wasiat si mati kepada orang-orang tertentu, Pegawai Penyelesai Pusaka berkenaan telah mencadangkan supaya pihak-pihak yang berkenaan membuat tuntutan wasiat di Mahkamah Tinggi Syariah. Di dalam kes ini, tuntutan wasiat

123
telah didaftarkan di dalam Mahkamah ini yang telah didaftar dengan no : 41-003-1-97. dijalankan. Seterusnya perbicaraan mengikut prosiding telah Keputusan dari Mahkamah Tinggi Syariah di dalam tuntutan

wasiat kemudiannya telah diterima oleh Pegawai berkenaan dalam menyelesai perbicaraan tarekah pusaka si mati seterusnya. Selain dari itu, di dalam kes ini, Mahkamah Tinggi Di Malaya Di Kuala Terengganu yang telah mengeluarkan Pemberian Surat Mentadbir Harta Pesaka melalui Permohonan (Petition) menyebut ; DAN KETAHUILAH SELANJUTNYA BAHAWA . si mati yang mati dengan tidak berwasiat itu . Jelas bahawa Pemberian Surat Mentadbir Harta Pesaka itu berdasarkan fakta yang telah dikemukakan di dalam Mahkamah itu bahawa si mati tidak berwasiat. Apakala timbul isu bahawa si mati ada berwasiat kemudiannya ke atas sebahagian dari harta yang pada mulanya didakwa si mati tidak berwasiat itu, maka sebahagian dari harta yang pada mulanya didakwa si mati tidak berwasiat itu pula menjadi persoalan. Daripada harta-harta Hajjah Wan Hitam yang didakwa kemudiannya si mati berwasiat ialah simpanan wangnya di Tabung Haji di dalam akaun no : 00305527. Persoalan berkenaan telah diterjemahkan dalam bentuk Untuk tindakan iaitu membuat tuntutan bahawa si mati ada berwasiat dan dikemukakan ke dalam Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. menyelamatkan harta yang menjadi soal iatu simpanan Allahyarhamah Hajjah Wan Hitam di Tabung Haji itu, atau menjaga hak-hak mana-mana pihak, sebelum perbicaraan, di dalam kes ini hak Plaintif jika kemudiannya disabitkan wujud, atas permintaan mana-mana pihak, di dalam kes ini Plaintif yang membuat permintaan melalui permohonannya, mengikut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, ( Terengganu ), 1986, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu diberi kuasa membuat perintahperintah sementara. Oleh yang demikian persoalan boleh atau tidak Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengeluarkan perintah injunksi ex-parte di bawah Enakmen dan injunksi terhadap Defendan Pertama No : 31-7-1998 itu, antara lain

124
yang telah dilantik sebagai Pentadbir oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu tidak perlu dibangkitkan lagi. Selanjutnya ketika mengeluarkan Pemberian Surat Mentadbir Pesaka oleh Mahkamah Tinggi Di Malaya Di Kuala Terengganu melalui Permohonan ( Petition ) No : 31-7-1998 itu kepada WAN ABDULLAH BIN MUDA ( KP. NO. 210622-11-5175 ) beralamat di No. 7, Kg. Losong Haji Long, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, anak saudara lelaki yang sah dan waris yang hampir sekali kepada si mati, antara lain juga menyebut ; DAN KETAHUILAH SELANJUTNYA BAHAWA pada tarikh yang tertulis di bawah ini Surat Mentadbir Harta Pesaka ini telah dikeluarkan kepada pentadbir tersebut setelah ia memberi jaminan yang dikehendaki oleh Mahkamah ini untuk mentadbir dengan sempurnanya harta tersebut,.. Di dalam para di atas, timbul persoalan bahawa penerima Surat Mentadbir Harta Pesaka telah memberi jaminan yang dikehendaki oleh Mahkamah itu untuk mentadbir dengan sempurnanya harta tersebut. Persoalannya, sejauh manakah jaminan yang telah dibuat oleh Wan Abdullah bin Muda ( KP. No. 210622-11-5175 ) kepada Mahkamah itu, sekiranya timbul persoalan bahawa si mati ada berwasiat ke atas sebahagian dari harta yang dia diberi Surat Mentadbir Harta Pesaka. Di sini, saya berpendapat kenyataan bahawa penerima Surat Mentadbir Harta Pesaka telah memberi jaminan yang dikehendaki oleh Mahkamah itu, tidak termasuk jaminan mengenai persoalan bahawa si mati ada berwasiat ke atas sebahagian dari harta yang dia diberi Surat Mentadbir Harta Pesaka itu. Perkara ini terjadi kerana pada peringkat permohonan untuk mendapatkan Surat Mentadbir Harta Pesaka itu, jika persoalan bahawa si mati ada berwasiat, saya percaya Mahkamah Tinggi Di Malaya, Di Kuala Terengganu pasti tidak akan mengeluarkan Surat Mentadbir Harta Pesaka, sebagaimana yang dipohon ; sebaliknya Mahkamah Tinggi Di Malaya Di Kuala Terengganu yang mulia itu akan mengarahkan pemohon Surat Mentadbir Harta Pesaka membuat tuntutan wasiat di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. Apakala keadaan seperti ini

125
berlaku, untuk menyelamatkan harta yang menjadi soal iaitu simpanan Allahyarhamah Hajjah Wan Hitam di Tabung Haji itu, atau menjaga hakhak mana-mana pihak, sebelum perbicaraan, di dalam kes ini hak Plaintif jika kemudiannya disabitkan wujud, atas permintaan mana-mana pihak, di dalam kes ini Plaintif yang membuat permintaan melalui permohonannya, mengikut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, ( Terengganu ), 1986, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu diberi kuasa membuat perintah-perintah sementara. Oleh yang demikian persoalan boleh atau tidak Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengeluarkan perintah injunksi ex-parte di bawah Enakmen dan injunksi terhadap Defendan Pertama yang telah dilantik sebagai Pentadbir oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu tidak timbul langsung. Oleh yang demikian perjalanan yang telah diambil oleh Mahkamah di dalam kes ini bukanlah memprejudiskan Defendan-Defendan khususnya Defendan Pertama sebagaimana yang didakwa oleh Defendan-Defendan. Fakta persoalan pertama di dalam kes ini ialah, adakah lafaz secara bertulis di dalam satu borang penamaan ke atas wang yang disimpan di Lembaga Urusan dan Tabung Haji yang berbunyi, Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masingmasing, merupakan lafaz wasiat atau bukan wasiat? andaikan lafaz yang disebut itu adalah wasiat. Dalam menjawab Pertama, fakta persoalan ini, saya berpendapat, elok dibuat andaian.

Mengenai wasiat, saya Oleh yang

dapati tidak ada tafsiran perkataan wasiat diberi dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, ( Terengganu ), 1986. demikian saya merujuk pengertian wasiat mengikut Hukum Syara. Mengikut Hukum Syara wasiat disabitkan melalui ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Antara lain Allah s.w.t. berfirman ;

126
Surah An-Nisaa ayat 11 Yang bermaksud ; Allah perintahkan kamu mengenai ( pembahagian harta pesaka untuk ) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka Dan bagi bahagiannya ialah seperdua ( separuh ) harta itu.

ibu-bapa ( si mati ), tiap-tiap seorang dari keduanya : seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai Kalau pula si mati itu anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu-bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. bahagian ibunya ialah seperenam. mempunyai beberapa orang saudara ( adik-beradik ), maka ( Pembahagian itu ) ialah Ibu-bapa kamu mengetahui siapa sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. dan anak-anak kamu, kamu tidak

diantaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu ( sebab itulah Allah menetapkan bahagian mereka kerana Dialah jua Yang Mengetahuinya ). ( Pembahagian harta pesaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah ) ketetapan dari Allah ; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Di dalam ayat diatas disebut yang bermaksud,

( Pembahagian itu yakni pesaka ) ialah sesudah diselesaikan

127
wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati Di sini jelas bahawa

persoalan wasiat ini ialah perkara yang difirman oleh Allah s.w.t. Di dalam Sohih Al-Bukhari, juzuk keempat, jilid ketiga, cetakan Darul Hadis, Kaherah, Mesir, di halaman 4 ada menyebut ; Yang bermaksud ; Diceritakan kepada kami oleh Marwan daripada Hashim bin Hashim daripada Aamir bin Saad daripada ayahnya ( Saad bin Abi Waqas ), katanya, Ketika aku sakit Rasulullah s.a.w. menziarahiku, lalu aku memohon Rasulullah s.a.w. mendoakan untuk ku supaya Allah s.w.t. tidak mengazabkan ku, lalu dibalas oleh Rasulullah s.a.w. engkau, Kemudian Mudah-mudahan Allah mengampuni aku berkata lagi, Aku mahu membuat engkau dan manusia akan dapat mengambil manfaat daripada wasiat kerana aku mempunyai seorang anak perempuan, kataku lagi, maka bolehkah aku berwasiat separuh dengan hartaku, Rasulullah s.a.w. bersabda, Separuh itu banyak, Lalu aku membalas kalau satu pertiga, Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, Satu pertiga, dan satu pertiga itu banyak atau besar, Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, Maka berwasiatlah manusia sekadar satu pertiga kerana yang sedemikian itu diharuskan. Di dalam kitab Mughnil Muhtaj oleh As-Syarbini, jilid ketiga dimuka 3 ada menyebut ;

128
Yang bererti ; Daripada harta peninggalan si mati dimulai diambil kerana urusan pengkebumian mayatnya, kemudian diambil bagi menjelaskan hutang-hutangnya dan kemudian diambil kerana wasiatnya sekadar satu pertiga daripada bakinya itu. Untuk menganalisa fakta persoalan di dalam tuntutan ini eloklah diketahui makna wasiat itu dan dipadankan rukun wasiat dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak di dalam kes ini. menurut undang-undang. muka 39 disebut ; Yang bererti ; Wasiat dari segi syara bererti pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu pemberian tersebut diserahkan setelah pemberinya sudah mati. Kemudian disebut lagi ; Yang bererti ; Dan rukun wasiat itu ada empat iaitu ; al musi ( orang yang berwasiat ), al-muso lahu ( orang yang diwasiatkan ), al-muso bihi ( barang yang diwasiatkan ) dan sighah qabul. Menurut keterangan yang dikemukakan di dalam kes ini, orang yang menanda tangani dan menurunkan cap jari kirinya pada 9 Januari 1975 iaitu ijab dan Dari situ dapatlah diketahui hukumnya mengikut Hukum Syara dan kedudukannya Di dalam kitab Mughnil Muhtaj jilid ketiga

129
dalam borang penamaan mengikut Peraturan No. 6 Peraturan Perbadanan dalam Peraturan-

Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ( Wang Fakta ini tidak Kata-kata yang

Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963, bagi akaun no : 00305527, ialah Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long si mati. dipertikaikan oleh Plaintif dan juga Defendan-Defendan. tercatat di dalam borang berkenaan berbunyi ; Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. Jikalau sekiranya mana-mana di antara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya, maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagian yang akan saya nyatakan. dahulu. Oleh kerana kata-kata yang tercatat di dalam borang penamaan mengikut Peraturan No. 6 dalam Peraturan-Peraturan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963, itu menjadi fakta yang dipersoalkan, maka saya hubungkan dahulu fakta ini dengan rukun wasiat. Sepintas lalu kata-kata yang tercatat itu adalah Ijab dalam wasiat adalah merupakan satu Mengikut merupakan kata-kata ijab. bahagianAdalah Penamaan ini

memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buat

isu penting dalam rukun wasiat yang keempat, sighah. sindiran atau kinayah. sindiran dan untuk

Hukum Syara, ijab wasiat boleh secara terang dan boleh juga secara Ijab wasiat yang ditulis adalah merupakan lafaz menjadikan wasiat sah melalui tulisan, ianya Di dalam kitab Iaanatul Taalibin,

hendaklah disertai oleh niat berwasiat oleh pembuat wasiat, bahkan wasiat sah melalui ijab secara isyarat.

130
jilid ketiga, juzuk ketiga, cetakan Darul Fikri, tanpa tarikh, pada muka 207 ada menyebut ; - Yang bererti ; Adalah memadai untuk menjadikan wasiat itu sah melalui tulisan bagi ijab wasiat disertai dengan niat dan juga melalui isyarat seperti mana sahnya isyarat di dalam amalan pembelian. Di dalam kes ini, kata-kata yang tercatat di dalam borang berkenaan berbunyi ; Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. Jikalau sekiranya mana-mana di antara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya, maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagian yang akan saya nyatakan. dahulu. Tidak ditulis oleh Hajjah Wan Hitam, tetapi sebaliknya ianya telah tersedia dalam borang penamaan yang dikendalikan oleh Tabung Haji. Walau pun begitu mengikut keterangan dokumentar yang dipersetujui oleh Plaintif dan Defendan-Defendan, bahawa Hajjah Wan Hitam ada menanda tangani dan menurunkan cap jarinya di bawah kata-kata di atas. Perbuatan ini bahagianAdalah Penamaan ini

memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buat

131
pada pendapat saya, memberi faham bahawa Hajjah Wan Hitam secara isyarat telah bersetuju dengan tiap-tiap patah perkataan itu. yang tercatat Tambahan pula ada keterangan secara dokumentar menunjukkan

bahawa Hajjah Wan Hitam telah membuat pilihan dalam menentukan sekiranya mana-mana di antara mereka yang dinamakan itu meninggal dunia terdahulu daripadanya, maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagian-bahagian yang akan saya nyatakan ; bukannya membuat pilihan hendaklah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagianbahagian yang akan saya nyatakan. ini ijab wasiat telah berlaku. tangani borang Oleh yang demikian, di dalam kes Sekiranya kata-kata yang tercatat itu

dibacakan kepada Hajjah Wan Hitam pada ketika sebelum beliau menanda berkenaan dan beliau tetap menanda tangani borang berkenaan selepas itu, perbuatannya yang sedemikian itu, pada pendapat saya, termasuk di dalam bab lafaz wasiat yang terang atau sorih. Isu penting yang kedua untuk memenuhi rukun keempat wasiat, sighah, ialah qabul. Mengikut Hukum Syara, dalam wasiat umum, seperti fakir miskin, tidak disyaratkan adanya qabul daripada muso lahu ; dan kerananya wasiat tersebut menjadi kemestian dengan matinya musi. Sekiranya muso lahu tertentu, seperti di dalam kes ini, disyaratkan qabul daripada muso lahu tersebut apabila dia mempunyai kelayakan untuk itu. Penerimaan dikira sebagai sah adalah yang dinyatakan sesudah matinya musi. Di dalam kes ini Defendan-Defendan mengetengahkan isu penolakan oleh muso lahu, Plaintif, setelah matinya musi ke atas al muso bihi melalui borang Permohonan Mengeluarkan Simpanan Pendeposit Meninggal Dunia ( Pesaka ). Mengenai borang ini, dalam keterangannya, Borang berkenaan telah Plaintif mengaku ada mengisi borang tersebut.

dijadikan salah satu bahan dalam Ikatan Dokumen Defendan-Defendan. Ianya telah ditanda tangani oleh Plaintif pada 12.5.1998, dan ditanda tangani oleg saksi bernama Haji Abd. Wahab bin Mamat, Pegawai Eksekutif ( Kew ), Lembaga Tabung Haji Negeri Terengganu pada tarikh yang sama.

132

Pada

para

borang

Permohonan

Mengeluarkan

Simpanan

Pendeposit Meninggal Dunia ( Pesaka ) berkenaan ada mencatatkan ; PENGAKUAN Tuan Pengarah Besar, Saya sebagai pemegang amanah adalah mewakili waris-waris si mati dan apabila wang di atas diterima saya berjanji dan mengaku dengan sesungguhnya akan membahagikannya mengikut Hukum Syarak. Saya percaya, sekiranya pengakuan sebagaimana tersebut itu benarbenar dipatuhi, tentulah akan bersua dengan persoalan wasiat. Ini kerana Plaintif mendakwa si mati ada berwasiat manakala Defendan-Defendan menafikannya. Sekiranya Hukum Syara mahu diikuti sepenuhnya, saya percaya wang simpanan si mati itu akan diuruskan mengikut nas Hukum Syara sebagaimana yang disebut di dalam kitab Mughnil Muhtaj oleh AsSyarbini jilid ketiga dimuka 3 dan 4 yang berbunyi ; Yang bererti ; Daripada harta peninggalan si mati mengikut tertibnya hendaklah dicabut kerana urusan pengkebumian mayatnya, kemudian dicabut bagi melunaskan hutang simati itu dan kemudian dicabut untuk menyempurnakan wasiatnya sekadar satu pertiga daripada bakinya itu, seterusnya barulah bakinya dibahagi-bahagikan kepada waris-waris si mati ; Kemudian sekiranya harta si mati itu ada persangkutan hak-hak Allah dan hak-hak manusia lain, seperti zakat, hak jenayah ( pembayaran diat atau denda hamba bagi orang yang dibunuh oleh si mati semasa hidupnya ), gadaian ( barang-barang gadaian si mati

133
masih ada yang belum ditebus ), pembelian si mati ( semasa hidupnya ) secara hutang dan belum dijelaskan sedangkan penjualnya telah muflis, maka hak-hak Allah dan hak-hak manusia seperti ini hendaklah terlebih dahulu dicabut daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati dari cabutan kerana urusan pengkebumian mayatnya. Oleh yang demikian Plaintif akan membawa tuntutannya ke dalam Mahkamah ini untuk mensabitkan bahawa si mati ada berwasiat. Plaintif menyatakan bahawa Plaintif faham akan isi kandungan borang itu. Dalam soal balas, Plaintif ada menyatakan bahawa Plaintif ada pergi ke Kuala Lumpur untuk keluarkan wang simpanan arwah daripada Tabung Haji tanpa pengetahuan waris-waris. Dari keterangan ini ternyata bahawa Plaintif mengisi borang Permohonan Mengeluarkan Simpanan Pendeposit Meninggal Dunia ( Pesaka ), adalah dengan tujuan untuk mengeluarkan 1998. wang simpanan Allahyarhamah Hajjah Wan Hitam. Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long meninggal dunia pada 28 Januari Saksi Kedua Plaintif, Tuan Haji Abd. Wahab bin Mamat pula, dalam ketika disoal balas menyatakan bahawa peraturan keterangannya

sekarang ; jika penamaan dibuat dan pendeposit meninggal, orang yang dinamakan itu diwajibkan menggunakan satu borang pengeluaran wang si mati. Di dalam kes ini Plaintif terpaksa mengisi borang Permohonan Mengeluarkan Simpanan Pendeposit Meninggal Dunia ( Pesaka ), bagi

maksud mengeluarkan wang simpanan si mati, bukannya Plaintif mengisi borang Permohonan Mengeluarkan Simpanan Pendeposit Meninggal Dunia ( Pesaka ) itu untuk menolak al muso bihi. Selain dari itu, Plaintif seterusnya mengambil tindakan menentukan hak nya sebagai penerima wasiat ke atas satu perdua bahagian wang simpanan Hajjah Wan Hitam di Tabung Haji itu melalui prosiding ini yang difailkan ke dalam Mahkamah ini dan telah didaftarkan pada 26 Mei 1999. Di dalam buku, Masalah Wasiat dan Faraid, oleh Dr. Musa Fathullah Harun, Unit Terbitan Akademik, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 1994, di muka 14 menyebut bahawa qabul daripada muso lahu, menurut

134
pendapat yang sohih yang ditetapkan oleh jumhur atau kebanyakan ulama, tidak disyaratkan segera sesudah matinya musi. Di dalam kes ini, saya berpuashati bahawa tindakan Plaintif, sebagai muso lahu, cuba mengeluarkan bahagiannya daripada wang simpanan Hajjah Wan Hitam dalam Tabung Haji melalui Mengeluarkan Simpanan borang Permohonan Pendeposit Meninggal Dunia ( Pesaka ), dan

melalui tindakan di dalam Mahkamah ini untuk mensabitkan wasiat dan haknya sebagai muso lahu, adalah memenuhi qabul. Tindakan Plaintif menuntut haknya daripada wang simpanan Hajjah Wan Hitam sebanyak bahagian sebagai wasiat yang didakwanya bahawa Hajjah Wan Hitam ada berwasiat untuknya, telah ditentang habis-habisan oleh Defendan-Defendan, malah oleh Peguam Syari Defendan-Defendan sendiri. Di dalam kedudukan ini, saya merasa heran di atas tindakan Peguam Syari Defendan-Defendan yang mengambil satu pendekatan mengugut Plaintif dan Peguam Syari Plaintif melalui sepucuk surat bertarikh 7hb. Disember 2000, kepada Peguam Syari Plaintif dan sesalinan kepada Mahkamah ini. berbunyi ; 2. Sukacita kami ( tanpa mengakui anak guam Dato sebagai Kandungan surat itu antara lain

penama yang sah berikutan wujudnya penamaan kemudian yang diberikan kepada anak guam kami ) memberi pendapat kami untuk pertimbangan Dato agar kes di atas dapat diselesaikan pada peringkat ini memandangkan Enakmen Penerima Namaan Islam ( Terengganu ) 1992 ( Enakmen tersebut ) jelas memutuskan isu yang menjadi kausa tindakan anak guam Dato di atas. 3. Suka saya menjemput Dato merujuk Kepala ( heading )

Enakmen tersebut yang berbunyi seperti berikut ; Suatu Enakmen untuk membolehkan pelupusan wang-wang yang diterima oleh seorang penerima namaan selepas kematian seorang penama Islam

135
Pada pandangan saya, ianya amat jelas memperuntukkan

pemakaiannya atas setiap pelupusan wang yang dibuat selepas ianya diwatarkan iaitu dalam tahun 1992. Dalam kata lain, mana-mana pelupusan wang timbul dari sebarang penamaan selepas tarikh Enakmen tersebut diwatarkan tanpa mengira bila suatu penamaan itu dibuat oleh seorang penama hendaklah tertakluk kepada peruntukan di dalam Enakmen tersebut. Seterusnya, dijemput Dato merujuk kepada seksyen 2 dan 4 Enakmen tersebut, peruntukan dalam seksyen-seksyen tersebut amat memutuskan bahawa wang yang timbul dari suatu penamaan berbangkit daripada sebarang undang-undang hendaklah dibayar kepada waris pusaka si mati mengikut hukum faraid di mana penamaan itu bukanlah satu wasiyyah yang memberi milik kepada penerima namaan sebagai haknya sebaliknya ianya ialah satu amanah yang perlu ditunaikan bagi faedah waris pesaka sepenuhnya. tersebut. Dilampirkan juga Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu untuk rujukan Dato. 4. Memandangkan anak-anak guam kami sudah lanjut usia dan Jika sekiranya penerima namaan itu bukannya waris

pesaka, maka ia tidak berhak menerima hak atas bahagian wang

bagi menjimatkan masa Mahkamah Tinggi Syariah Yang Mulia, pihak kami diarahkan mencadangkan agar Dato bersetuju menasihati anak guam Dato untuk menarik keseluruhan tindakan terhadap anak guam kami. 5. Kami percaya cadangan ini jika dipersetujui boleh menjimatkan

kos Mahkamah yang tertanggung ke atas anak guam Dato dimana kami menerima arahan ATAS DASAR TANPA WASANGKA jika sekiranya anak guam Dato menarik balik tindakan terhadap anakanak guam kami dalam tempoh tujuh ( 7 ) dari tarikh surat ini,

136
anak-anak guam kami bersetuju tiada kos dikenakan ke atas anak guam Dato. 6. Sayugia ditegaskan bahawa anak-anak guam kami tetap

mempertikai kesahan penamaan 1975 dan menegaskan bahawa penerima namaan yang sah ialah anak guam kami ( Defendan Kedua ) . Perkataan-perkataan berikut ; pihak kami diarahkan mencadangkan agar Dato bersetuju menasihati anak 6. Kami guam Dato cadangan untuk menarik ini jika keseluruhan boleh tindakan terhadap anak guam kami. percaya dipersetujui menjimatkan kos Mahkamah yang tertanggung ke atas anak guam Dato dimana kami menerima arahan ATAS DASAR TANPA WASANGKA jika sekiranya anak guam Dato menarik balik tindakan terhadap anak-anak guam kami dalam tempoh tujuh (7) dari tarikh surat ini, anak-anak guam kami bersetuju tiada kos dikenakan ke atas anak guam Dato. sebagaimana tertulis di dalam surat berkenaan pada pendapat saya bukanlah merupakan satu tawaran sulh, sebaliknya satu ugutan. Saya berpendapat di dalam kes seperti, sepatutnya Peguam Syari Defendan-Defendan mengajukan sulh, bukan dengan membuat ugutan. biarlah Oleh kerana perkara ini telah dibawa ke hadapan ianya diselesaikan oleh Mahkamah melalui prosiding Mahkamah ini, sekiranya sulh tidak berjaya dilaksanai, sepatutnya Mahkamah, bukannya diselesaikan melalui ugutan. Setelah melihat kepada keterangan di dalam kes ini, dan dikaitkan dengan persoalan sighah wasiat, saya berpuashati bahawa rukun wasiat keempat, sighah, telah disempurnai sepenuhnya. Berbalik kepada lain-lain rukun wasiat. al musi , orang yang berwasiat. Wan Hitam binti Haji Wan Long. Rukun pertama wasiat ialah Pada 9 Januari 1975, Hajjah Wan

Di dalam kes ini al musi ialah Hajjah

137
Hitam telah menanda tangani dan menurunkan cap jari kirinya pada borang penamaan mengikut Peraturan No. 6 dalam Peraturan-Peraturan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963, bagi akaun no : 00305527. yang tercatat di dalam borang berkenaan berbunyi ; Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. Jikalau sekiranya mana-mana di antara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya, maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagian yang akan saya nyatakan. dahulu. Jika dilihat kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Wang bahagianAdalah Penamaan ini Kata-kata

memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buat

Simpanan Bakal-Bakal Haji ( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963, saya berpuashati bahawa penyimpan diberi kebebasan untuk, sama ada mahu atau tidak mahu, menamakan seseorang atau orang-orang yang kepada siapa wang simpanannya itu atau sebahagiannya dibayar setelah dia meninggal dunia. Berdasarkan kepada kedudukan ini, jelaslah di dalam kes ini bahawa Hajjah Wan Hitam mempunyai kebebasan menentukan kepada siapa dan dalam bentuk apa wang simpananya itu diserahkan. Al musi, orang yang berwasiat di dalam kes ini, Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long telah meninggal dunia pada 28hb ; Januari 1998, di Kampung Losong Haji Long, Kuala Terengganu. Kematiannya telah

138
didaftarkan dengan Sijil Kelahiran, No. Daftar C 248036. dipertikaikan. Saya tidak akan menyentuh kesemua syarat pada tiap-tiap rukun wasiat, sebaliknya saya akan menyentuh mana-mana syarat yang menjadi isu sahaja. Berdasarkan keterangan-keterangan di dalam kes ini, saya berpuashati bahawa syarat sahnya sesuatu wasiat yang dikenakan ke atas al musi telah dipenuhi sepenuhnya. Rukun kedua wasiat ialah al muso lahu, orang yang diwasiatkan atau penerima wasiat. Mengikut keterangan dokumentar dan keterangan Plaintif serta Defendan-Defendan, pada 9 Januari 1975, Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long telah mencatatkan pada sebelah belakang sighah wasiatnya seperti berikut ; Nama dan Alamat orang yang saya namakan WAN AWANG BIN HAJI ABDULLAH No. 68, KAMPONG LOSONG HAJI LONG, K.T No. Kad Pengenalannya 3178370 Bahagian Nama dan Alamat orang yang saya namakan WAN PUZIAH BINTI H. W. AWANG No. 68, KAMPONG LOSONG HAJI LONG, K.T No. Kad Pengenalannya 5738341 Bahagian Wan Awang bin Haji Abdullah adalah merupakan suami Hajjah Wan Hitam yang meninggal dunia terlebih dahulu dari Hajjah Wan Hitam. Wan Awang meninggal dunia pada 9hb. Ogos, 1984, sebagaimana tercatat di dalam Perakuan Kematian B 171791, yang mana salinannya dikemukakan ke dalam Mahkamah ini sebagai salah satu dari Ikatan Dokumen Defendan-Defendan. Plaintif. Manakala Wan Puziah binti H.W. Awang adalah Menurut keterangan Plaintif dan Saksi Pertama Plaintif, Abdullah Defendan Pertama telah Fakta ini tidak

bin Salleh, Plaintif adalah anak angkat kepada Hajjah Wan Hitam. Defendan-Defendan tidak menafikan fakta ini. memohon untuk mendapatkan Sijil Faraid bagi pusaka Wan Hitam binti

139
Haji Wan Long kepada Mahkamah ini melalui permohonan bertarikh 8 Mac 1998. Di dalam permohonan Defendan Pertama itu, Defendan Pertama Sijil Faraid bagi pusaka Wan Hitam binti Haji Wan Long telah telah tidak menamakan Plaintif sebagai waris kepada Wan Hitam binti Haji Wan Long. dikeluarkan pada 8 Mac 1998, dengan sijil nombor 41-002-4-98-(14). Sijil Faraid ini telah dikemukakan dalam ikatan dokumen DefendanDefendan. Oleh yang demikian saya berpuashati bahawa Plaintif bukanlah ahli waris kepada Allahyarhamah Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long. Di dalam kes ini, saya berpendapat, jika terbatalnya wasiat kepada penama pertama, Wan Awang bin Haji Abdullah, kerana penama telah meninggal dunia lebih awal daripada pemberi wasiat, atau tidak sahnya wasiat kepada penama pertama kerana dia adalah merupakan waris yang layak mempusakai harta Hajjah Wan Hitam semasa wasiat dibuat, ianya tidak menjejaskan hak dan bahagian wasiat yang layak Plaintif terima. Saya tidak akan menyentuh kesemua syarat pada rukun wasiat kedua ini, sebaliknya saya akan menyentuh mana-mana syarat yang menjadi isu sahaja. Mengenai rukun wasiat kedua ini, iaitu al muso lahu, orang yang diwasiatkan atau penerima wasiat, saya berpuashati bahawa kesemua syarat-syaratnya telah dipenuhi. Rukun ketiga wasiat ialah, al muso bihi, iaitu barang yang diwasiatkan. Di dalam Sohih Al-Bukhari, juzuk keempat, jilid ketiga, cetakan Darul Hadis, Kaherah, Mesir, di halaman 4 ada menyebut ; Yang bermaksud ;

140
Diceritakan kepada kami oleh Marwan daripada Hashim bin Hashim daripada Aamir bin Saad daripada ayahnya ( Saad bin Abi Waqas ), katanya, Ketika aku sakit Rasulullah s.a.w. menziarahiku, lalu aku memohon Rasulullah s.a.w. mendoakan untuk ku supaya Allah s.w.t. tidak mengazabkan ku, lalu dibalas oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan Allah mengampuni engkau dan manusia akan dapat mengambil manfaat daripada engkau, kemudian aku berkata lagi, Aku mahu membuat wasiat kerana aku mempunyai seorang anak perempuan, kataku lagi, maka bolehkah aku berwasiat separuh dengan hartaku, Rasulullah s.a.w. bersabda, Separuh itu banyak, Lalu aku membalas kalau satu pertiga, Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, Satu pertiga, dan satu pertiga itu banyak atau besar, Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, Maka berwasiatlah manusia sekadar satu pertiga kerana yang sedemikian itu diharuskan. Di dalam kes ini al muso bihi, iaitu barang yang diwasiatkan, yang juga menjadi fakta persoalan, ialah bahagian dari wang simpanan Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long yang disimpan olehnya di dalam akaun nombor : 00305527 di Lembaga Urusan Dan Tabung Haji Malaysia. Pada 11hb; November 1999, Mahkamah Tinggi Di Malaya Di Kuala Terengganu telah membuat taksiran bahawa wang yang tersimpan di dalam akaun nombor 00305527, Lembaga Urusan Dan Tabung Haji berjumlah RM 664,684.47. dari jumlah tersebut bernilai RM 332,342.235. Di dalam kes ini adalah telah dipersetujui bahawa

nilaian bahagian dari jumlah amaun keseluruhan simpanan di dalam akaun nombor 00305527, Lembaga Urusan Dan Tabung Haji, adalah tidak melebihi 1/3 dari jumlah nilaian harta peninggalan Hajjah Wan Hitam binti Wan Long si mati. Berdasarkan fakta-fakta yang terdapat di dalam kes ini, saya berpuashati bahawa bahagian dari wang simpanan Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long yang disimpan olehnya di dalam akaun nombor : 00305527 di Lembaga Urusan Dan Tabung Haji Malaysia, telah memenuhi syarat-

141
syarat al muso bihi. Oleh yang demikian, di dalam kes ini, saya

berpuashati bahawa rukun wasiat ketiga ini telah disempurnai. Berdasarkan kepada fakta Hukum Syara dan undang-undang, fakta yang terdapat di dalam kes ini, pada pendapat saya telah memenuhi syaratsyarat dan rukun wasiat. Dengan yang demikian persoalan adakah lafaz yang telah ditulis di dalam satu borang penamaan ke atas wang yang disimpan di Lembaga Urusan Dan Tabung Haji yang berbunyi, Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagibahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing, dan ditanda tangani oleh penyimpannya disertai dengan cap ibu jari kiri penyimpan berkenaan, merupakan lafaz wasiat atau bukan wasiat, telah dapat dijawab, iaitu ianya adalah wasiat. Andaian kedua kepada lafaz yang telah bertulis di dalam satu borang penamaan ke atas wang yang disimpan di Lembaga Urusan Dan Tabung Haji yang berbunyi, Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing, dan ditanda tangani oleh penyimpannya disertai dengan cap ibu jari kiri penyimpan berkenaan, iaitu Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long yang disimpan olehnya di dalam akaun nombor : 00305527, sebagai al wisoyah. Al wisoyah dari segi istilah bermaksud membuat pesanan atau

mengamanahkan kepada seseorang untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu perkara selepas pemberi amanah itu meninggal dunia atau dalam ketiadaannya. Pengertian ini dapat dilihat dalam kitab Mughnil Muhtaj Dalam kitab yang oleh Al-Syarbini, jilid ketiga, juzuk ketiga, muka 39. sama, pada muka 74 pula disebut seperti berikut ;

142

: Yang bererti ; Rukun al wisoyah ada empat, iaitu ; pertama : wasiy, iaitu orang yang diamanahkan ; kedua : musi, iaitu orang yang mengamanahkan ( membuat amanah ) ; ketiga : muso fihi, iaitu perkara yang diamanahkan ; dan keempat : sighah, iaitu adanya ijab dan adanya qabul. Oleh kerana kata-kata yang tercatat di dalam borang penamaan mengikut Peraturan No. 6 dalam Peraturan-Peraturan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) tahun 1963, itu menjadi fakta yang dipersoalkan, maka saya hubungkan dahulu fakta ini dengan rukun al wisoyah. Sepintas lalu kata-kata yang tercatat itu Ijab dalam al wisoyah adalah adalah merupakan kata-kata ijab. sighah.

merupakan satu isu penting dalam rukun al wisoyah yang keempat, Mengikut Hukum Syara, dalam ijab al wisoyah disyaratkan adanya penjelasan tentang perkara yang diamanahkan ; dan apabila tidak ada penjelasan, maka al wisoyah itu menjadi sia-sia ( al wisoyah itu tidak menjadi ). Misalannya, jika seseorang berkata, Aku berpesan kepada Di kamu, tanpa menyebut apakah urusan yang dipesankan kepada orang yang dipesan itu, maka wisoyah seperti ini adalah tidak menjadi. muka 77, ada memperuntukkan ; . Yang bermaksud ; dalam kitab Mughnil Muhtaj oleh Al-Syarbini, jilid ketiga, juzuk ketiga,

143
Di dalam lafaz ijab pengamanahan disyaratkan adanya penjelasan Contohnya kepada tentang orang yang tujuan pengamanahan dengan itu lafaz, dibuat. berkata Aku Atau yang membuat pengamanahan

orang

diamanahkan

amanahkan supaya engkau melangsaikan hutang aku. amanahku.

berkata, Aku amanahkan supaya engkau melaksanakan Atau berkata, Aku amanahkan supaya engkau Lafaz-lafaz ini adalah Lafaz ijab pengamanahan secara mentadbirkan harta anak-anakku. contoh lafaz-lafaz khusus.

umum pula adalah lafaz yang menerangkan tanggungjawab orang yang diamanah-kan menunaikan amanah berkenaan. Walaupun lafaz tersebut secara ringkas, seperti orang yang membuat pengamanahan berkata kepada orang yang diamanahkan dengan lafaz, Aku amanahkan kepada engkau. Atau dengan lafaz, Aku gantikan engkau pada tempatku dalam urusan anak-anakku, dengan tidak menyebut lafaz mentadbirkannya atau menjaganya. Tetapi mengikut adat, Dengan yang lafaz-lafaz umum seperti itu adalah menunjukkan adanya penjelasan kepada lafaz ijab pengamanahan. demikian melalui lafaz-lafaz khusus atau lafaz umum seperti contohnya yang disebutkan di atas, ijab pengamanahan dikira sempurna. Sekiranya lafaz ijab pengamanahan itu terlalu ringkas, atau diucapkan dengan lafaz seperti, Aku amanahkan kepada engkau, maka ianya tidak diambil kira sebagai ijab pengamanahan. Kedudukan ini sama dengan lafaz ijab perwakilan yang jika diucapkan Aku wakilkan kepada engkau, tanpa disebut apakah tujuan perwakilan itu dibuat, maka lafaz seperti itu tidak dikira sebagai ijab perwakilan, kerana mengikut adat sekali pun lafaz sebegitu tidak sampai kepada maksud perwakilan. Di dalam kes ini, lafaz yang dibuat berbunyi ; Tuan Pengarah Besar,

144
Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. Jikalau sekiranya mana-mana di antara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya, maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagian yang akan saya nyatakan. dahulu. Saya berpuas hati bahawa lafaz yang berbunyi, bahagianAdalah Penamaan ini

memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buat

Tuan Pengarah Besar,

Ahwal maka dengan ini saya nyata dan

arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagibahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. telah tidak memasukkan penjelasan tentang perkara yang diamanahkan. Apakala Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long yangmembuat amanah berkenaan bersetuju dengan lafaz berbunyi ; . apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagibahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing .. tanpa menyebut untuk apa wang itu terserah hak kepada mereka yang telah dinamakan olehnya di sebelah Borang itu mengikut bahagian-bahagian yang telah ditentukannya di tepi nama masing-masing, maka lafaz ijab wisoyah ini telah tidak sempurna dan dengan yang demikian menjadikan wisoyah itu tidak sah. Saya berpendapat sepatutnya lafaz ijab yang memenuhi kehendak Hukum Syara sebagaimana yang telah dihuraikan di atas di dalam kes ini, contohnya adalah seperti berikut;

145

Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibayar kepada wasi yang pertama yang dinamakan di sebelah belakang Borang ini, yang diamanahkan dan bertanggung jawab untuk membahagikan wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu kepada waris-waris saya yang berhak mengikut Hukum Syara. Sekiranya wasi yang pertama meninggal dunia terlebih dahulu, maka wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah diserahkan kepada wasi yang kedua yang mempunyai fungsi yang sama seperti wasi yang pertama. Adalah Penamaan ini memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buat dahulu. Cap Ibu Jari Kiri Penyimpan Tandatangan t.t. xxx Penyimpan Hb. 9/1/1975 Di sebelah belakang Borang itu tercatat keterangan berikut ; Nama dan Alamat orang yang saya namakan WAN AWANG BIN HAJI ABDULLAH No. 68, KAMPONG LOSONG HAJI LONG, K.T No. Kad Pengenalannya 3178370 Nama dan Alamat orang yang saya namakan WAN PUZIAH BINTI H. W. AWANG No. 68, KAMPONG LOSONG HAJI LONG, K.T No. Kad Pengenalannya 5738341

146
Dalam wisoyah ini disyaratkan qabul daripada wasiy. wasiy ini berlaku selepas matinya musi. Qabul daripada

Di dalam kes ini qabul tidak

dapat ditentukan kerana ijab tidak menepati kehendak Hukum Syara. Di dalam kes ini, saya dapati rukun pertama wisoyah iaitu wasiy memenuhi syarat-syaratnya. memenuhi syarat-syaratnya. kedapatan. Di dalam kes ini saya berpuashati bahawa rukun wisoyah telah tidak disempurnai sepenuhnya. Oleh yang demikian, lafaz yang telah bertulis di dalam satu borang penamaan ke atas wang yang disimpan di Lembaga Urusan Dan Tabung Haji yang berbunyi, Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing, dan ditanda tangani oleh penyimpannya disertai dengan cap ibu jari kiri penyimpan berkenaan, iaitu Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long yang disimpan olehnya di dalam akaun nombor: 00305527, mengikut Hukum Syara bukanlah merupakan al wisoyah. Fakta persoalan kedua di dalam kes ini ialah, telah berlaku atau tidak penarikan balik wasiat oleh pemberi wasiat sebelum dia meninggal dunia. Mengikut Hukum Syara, seseorang yang berwasiat boleh menarik balik wasiatnya, samada melalui lafaz yang bermaksud menarik balik kesemua wasiatnya atau sebahagian dari wasiatnya, atau melalui perbuatan seperti orang yang berwasiat itu menjual harta yang diwasiatkan atau mensodaqahkan barang yang telah diwasiatkan itu. memperuntukkan ; Di dalam kitab Mengenai rukun kedua wisoyah iaitu Mengenai rukun ketiga wisoyah iaitu musi, saya dapati mengikut keterangan di dalam kes ini juga telah muso fihi ; perkara yang diamanahkan, di dalam kes ini tidak

Mughnil Muhtaj oleh Al-Syarbini, jilid ketiga, juzuk ketiga, muka 71, ada

147
Yang bermaksud ; Penarikan balik wasiat boleh juga berlaku, jika orang yang membuat wasiat itu menjual harta yang diwasiatkan itu. Di dalam kes ini, Plaintif mendakwa tidak berlaku penarikan balik wasiat, manakala Defendan-Defendan mendakwa wasiat berkenaan telah ditarik balik oleh Hajjah Wan Hitam, melalui lafaz penarikan balik. Di dalam keterangan utamanya Defendan Pertama ada menyatakan bahawa, si mati ( Hajjah Wan Hitam ) tidak memberitahu Defendan Pertama bahawa si mati ada wasiat hartanya kepada Plaintif. Defendan Pertama juga ada menyatakan bahawa si mati ada beritahu Defendan Pertama bahawa si mati tidak mahu beri hartanya kepada Plaintif sehingga si mati mati dan jika si mati meninggal dunia pun si mati tidak benar hartanya jatuh ke tangan Plaintif. Semasa disoal balas, Defendan Pertama ada menyatakan Di dalam keterangan utama Defendan bahawa si mati ada memberitahu Defendan Pertama bahawa si mati batal penamaan Plaintif di Tabung Haji. Kedua juga menyatakan bahawa si mati ( Hajjah Wan Hitam ) tidak beritahu Defendan Kedua bahawa si mati ada mewasiatkan wang Tabung Haji kepada Plaintif, sebaliknya si mati ada beritahu secara serious dan acapkali nak batal nama Plaintif dan tukar kepada nama Defendan Kedua. Dalam keterangannya ketika di soal balas pula, Defendan Kedua bersetuju mengikut rekod di Tabung Haji bahawa namanya tidak didaftarkan oleh Tabung Haji. Dari keterangan-keterangan di atas, tidak kedapatan kenyataan atau keterangan yang khusus yang menerangkan bahawa si mati semasa hayatnya telah menarik balik wasiatnya kepada Plaintif, iaitu bahagian dari jumlah simpanannya di dalam Tabung Haji akaun nombor 00305527, baik dalam bentuk lafaz mau pun dalam bentuk perbuatan sebagaimana yang disyaratkan mengikut Hukum Syara. Apa yang jelas ialah hajat si mati semasa hayatnya dan terutamanya setelah suaminya meninggal dunia pada 9hb; Ogos 1984, ialah untuk meminda penamaan di Tabung Haji. Walau pun begitu, mengikut rekod di Lembaga Tabung

148
Haji pemindaan atau pemansukhan namaan sebagaimana yang dihajatkan oleh si mati semasa hayatnya itu tidak pernah berlaku. Selain dari itu, berpegang kepada semata-mata dakwaan kedua-dua Defendan adalah tidak selamat bagi Mahkamah dalam membuat keputusannya. Sebuah hadis yang amat masyhur, sebagaimana yang

disebut di dalam kitab Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu, cetakan ketiga 1409H/1989M, juzuk keenam pada muka 513 menyebut ; : Yang bermaksud, Jika diterima kesemua tuntutan-tuntutan manusia menurut dakwaannya semata-mata, nescaya ada dikalangan manusia yang akan menuntut darah dan harta orang lain, tetapi pembuktian ke atas orang yang mendakwa dan sumpah ke atas orang yang menolak dakwaan itu. Keterangan Defendan-Defendan itu juga hendaklah dikuatkan dengan lain-lain keterangan. bukanlah saksi. dalam membuat Mengikut Hukum Syara, Defendan-Defendan Persaksian oleh saksi dan kesaksiannya itu menepati keputusan. Peruntukan Hukum Syara yang

hukum kesaksian mengikut Hukum Syara, adalah mengikat Mahkamah menyatakan bahawa Defendan bukanlah saksi ini telah dikanunkan di dalam undang-undang bertulis moden, di dalam Akta Keterangan Persekutuan ) 1997, ( Akta 561 ). tertuduh. sepertimana diperuntukkan Mahkamah Syariah ( Wilayah-Wilayah Dalam tafsirannya, Akta 561 itu

memperuntukkan, saksi tidak termasuk plaintif, defendan dan orang Saya merujuk kepada Akta 561, kerana saya berpendapat undang-undang keterangan yang menepati Hukum Syara telah pun ada dikanunkan di Malaysia ini, cuma negeri Terengganu saja yang belum mengkanunkannya.

149
Dalam keterangan utama Saksi Plaintif Kedua, Haji Abd. Wahab bin Mamat, yang pada masa ini bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Kewangan Lembaga Urusan Tabung Haji di Terengganu, menyatakan bahawa mengikut rekod di Tabung Haji, tidak ada cubaan untuk mendaftar Borang Penamaan lain daripada Hajjah Wan Hitam, selain dari Borang Penamaan yang telah diterima oleh Tabung Haji daripada Hajjah Wan Hitam pada 13hb; Januari 1975. wasiat, Hajjah Wan Hitam, di dalam kes ini. Saksi Defendan Pertama, Wan Nik bin Abd Rahman pula di dalam kesaksiannya daripada Wan menyatakan Puziah dan bahawa, diberikan Hajjah kepada Wan penerima Hitam ada memberitahunya bahawa Hajjah Wan Hitam menarik balik hartanya pesakanya. Kesaksian Saksi Defendan Pertama ini mengelirukan kerana dia dengar Hajjah Wan Hitam kata, tarik balik hartanya, tidak menyebut menarik balik wasiatnya. Di dalam keterangan Plaintif ketika disoal balas, Plaintif ada menyatakan bahawa, Hajjah Wan Hitam ada memberitahunya secara lisan, bahawa rumah yang dia bersama Hajjah Wan Hitam diami itu Hajjah Wan Hitam nak beri kepada Plaintif ; Hajjah Wan Hitam juga ada menyuruh Defendan Pertama mencari rumah di Padang Hiliran untuk diberikan kepada anak sulung Plaintif. Boleh jadi kesaksian Saksi Defendan Pertama yang mendengar Hajjah Wan Hitam menarik balik hartanya daripada Wan Puziah dan diberikan kepada penerima pesakanya itu ialah pemberian rumah yang didiami bersama oleh Plaintif dengan Hajjah Wan Hitam. Oleh yang demikian saya tidak nampak apa-apa fakta yang menunjukkan bahawa Hajjah Wan Hitam sebagai pemberi wasiat telah menarik balik wasiatnya melalui lafaz penarikan balik wasiat. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan di dalam kes ini, saya berpuashati bahawa dakwaan Defendan-Defendan telah tidak dikuatkan dengan lain-lain keterangan maupun oleh kesaksian mana-mana saksi di dalam kes ini. Oleh itu saya berpuashati di dalam kes ini, bahawa Hajjah Wan Hitam sebagai pemberi wasiat telah tidak menarik balik samada melalui lafaz penarikan balik wasiat atau lafaz pemansukhan wasiat ke Oleh yang demikian saya berpuashati bahawa tidak berlaku penarikan balik wasiat oleh pemberi

150
atas wasiatnya yang telah diwasiatkan kepada Wan Puziah binti Haji Awang, Plaintif. Kata-kata yang tercatat di dalam borang penamaan mengikut Peraturan No. 6 dalam Peraturan-Peraturan Perbadanan Wang Simpanan BakalBakal Haji ( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963, yang menjadi fakta persoalan itu dibuat mengikut peraturan-peraturan dan untuk memansukhkannya juga ada peraturan-peraturannya. Di dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji ( Deposit dan Pengeluaran ), 1975, yang berkuatkuasa mulai 6hb; Jun 1975, antara lain memperuntukkan ; (3) Sesuatu penamaan hendaklah dibatalkan dalam hal-hal berikut (a) dengan kematian orang yang dinamakan, atau jika orang yang dinamakan lebih daripada seorang, dengan kematian semua mereka itu, semasa hayat penama ; (b) berkenaan dengan kepentingan di bawahnya bagi seseorang seorang daripada dua atau lebih yang orang yang dinamakan ( iaitu

orang-orang yang dinamakan ), dengan kematian

dinamakan itu semasa hayat penama melainkan jika

kepentingan

orang yang dinamakan itu dilupuskan oleh penamaan itu ; (c) dengan notis pembatalan secara bertulis yang diberi oleh penama, yang penama ; (d) dengan suatu penamaan kemudian yang dibuat mengikut (2) oleh penama melupuskan penamaan yang perenggan diterima oleh Pengarah Besar semasa hayat

terdahulunya. Dalam keterangan utama Saksi Plaintif Kedua, Haji Abd. Wahab bin Mamat, yang pada masa ini bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Kewangan Lembaga Urusan Tabung Haji di Terengganu, menyatakan bahawa mengikut rekod di Tabung Haji, tidak ada cubaan untuk mendaftar Borang Penamaan lain daripada Hajjah Wan Hitam, selain dari Borang Penamaan yang telah diterima oleh Tabung Haji daripada Hajjah Wan Hitam pada 13hb; Januari 1975. Oleh yang demikian saya

151
berpuashati bahawa peruntukan peraturan (3) (c) atau peraturan (3) (d) sebagaimana yang tersebut di atas itu telah tidak berlaku, di dalam kes ini. Dengan itu saya berpuas hati bahawa tidak ada penarikan atau pembatalan atau pemansukhan ke atas kata-kata yang tercatat di dalam borang penamaan mengikut Peraturan No. 6 dalam Peraturan-Peraturan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963, yang telah tersedia dalam borang penamaan yang dikendalikan oleh Tabung Haji dan ditanda tangani serta diturunkan cap jari kiri oleh Hajjah Wan Hitam pada 9/1/1975 itu, selepas 13hb; Januari 1975. Penarikan balik wasiat di dalam kes ini boleh berlaku juga dengan cara, semasa hayatnya Hajjah Wan Hitam mengeluarkan keseluruhan wang simpanannya di Tabung Haji itu dan menggunakannya atau menyimpannya pula di dalam lain-lain institusi kewangan, seperti di Amanah Saham Nasional, Bank-bank dan lain-lain lagi. hayatnya. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan di dalam kes ini, saya berpuashati bahawa Hajjah Wan Hitam sebagai pemberi wasiat telah tidak menarik balik melalui perbuatan ke atas wasiatnya yang telah diwasiatkan kepada Wan Puziah binti Haji Awang, Plaintif. Dalam fakta persoalan kedua ini juga, timbul persoalan boleh berlaku atau tidak, penarikan balik wasiat akibat berlakunya perubahan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963. Berdasarkan hujah Malangnya di dalam kes ini perkara seumpama ini tidak dilakukan oleh si mati semasa

dan ekshibit yang dikemukakan di dalam kes ini, Peraturan-Peraturan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963 telah dipinda sebanyak dua kali. Pertamanya dipinda kepada nama Peraturan-Peraturan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji ( Deposit dan Pengeluaran ), 1975, yang mula berkuatkuasa pada 6hb; Jun 1975. Dengan pindaan tersebut, beberapa peraturan juga turut berubah. Kali kedua dipinda kepada nama Peraturan-Peraturan Lembaga Urusan Dan

152
Tabung Haji ( Deposit dan Pengeluaran ) ( Pindaan ) 1993, yang di dalam Mahkamah ini tidak dinyatakan tarikh ianya mula berkuatkuasa. Dengan pindaan tersebut, di dalam kes ini telah diketengahkan pindaan peraturan 6 dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Urusan Tabung Haji Dan Tabung Haji ( Deposit dan Pengeluaran ), 1975, kepada peraturan berikut ; 6. (1) Pendeposit yang berumur 18 tahun atau lebih boleh menamakan seorang atau dua orang sebagai pemegang amanah bagi maksud pembayaran apa-apa amaun yang dikreditkan atas namanya kepada Lembaga selepas dia mati. (2) Tiap-tiap pengamanahan hendaklah dibuat dalam Borang 2 dan tidak boleh berkuatkuasa melainkan semasa hayat pendeposit. (3) (a) (b) Sesuatu pengamanahan hendaklah disifatkan dengan dengan semasa kematian pemegang oleh amanah, atau Besar notis telah terbatal semua pemegang amanah ; penerimaan hayat yang Pengarah ; oleh suatu pendeposit diberikan

pembatalan (c)

pendeposit

mengenai pengamanahan itu ; atau dengan pengemukaan pengamanahan yang lain oleh pendeposit kepada Pengarah Besar untuk membatalkan pengamanahan yang terdahulu. Mengikut Hukum Syara, penarikan balik wasiat hanyalah boleh dilakukan oleh pembuat wasiat, di dalam kes ini oleh Hajjah Wan Hitam seorang sahaja. Berubahnya peraturan ke atas Peraturan-Peraturan Wang Di Simpanan Bakal-Bakal Haji ( Wang Simpanan dan Wang Keluaran ) Tahun 1963, tidaklah menyebabkan berlakunya penarikan balik wasiat. muka 71, ada memperuntukkan ; dalam kitab Mughnil Muhtaj oleh Al-Syarbini, jilid ketiga, juzuk ketiga,

153
Yang bererti ; Fasal membicarakan penarikan balik wasiat. Penarikan balik

wasiat hanyalah menjadi hak mutlak pemberi wasiat. Oleh yang demikian di dalam kes ini saya berpuashati bahawa tidak berlaku penarikan balik wasiat yang telah dibuat oleh Hajjah Wan Hitam kepada Wan Puziah, Plaintif. Fakta persoalan ketiga di dalam kes ini ialah pendapat Jawatankuasa

Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja ( Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja ). Saya berpuashati bahawa Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa tersebut telah diputuskan dalam Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ada mengeluarkan fatwa mengenai penamaan. 1973. Kumpulan Persidangan Jawatankuasa Fatwa pada 2 Oktober 1970 dan pada 5 Julai Fatwa tersebut telah menyentuh penama-penama wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Bank, Penamaan di Tabung Haji

Insuran dan Syarikat Kerjasama sahaja. telah ada diamalkan penamaan.

telah tidak disentuh, sedangkan pada masa itu di Tabung Haji sendiri Saya percaya penamaan di Tabung Haji pada ketika itu telah tidak disentuh oleh Jawatankuasa Fatwa kerana penamaan di Tabung Haji telah menepati kehendak Hukum Syara dalam persoalan wasiat. Ayat-ayat dalam penamaan di Tabung Haji pada masa itu adalah merupakan lafaz wasiat. Pendapat Jawatankuasa Fatwa itu telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja ( Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja ) dalam Mesyuaratnya yang ke 96 diadakan pada 20hb; September 1973 ( Hari Yang Kedua ). Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ada mengeluarkan satu surat pemakluman mengenai fatwa tersebut kepada Setiausaha Kerajaan Selangor bertarikh 9hb; Oktober 1973 yang mana kandungannya berbunyi ; Tuan,

154
Warisan dan Wasiat Adalah ( saya dengan yang hormatnya menyampaikan sahaja pendapat ) dalam Jawatankuasa Fatwa yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Negeri-negeri mengambil bahagian mesyuaratnya yang ke 96 diadakan pada 20hb; September 1973 ( Hari Yang Kedua ) seperti berikut : Penama-penama wang Kumpulan Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian faraidh. 2. Adalah difahamkan Jabatan Peguam Negara telahpun

memberi nasihat kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri berkenaan untuk membuat peruntukan yang sesuai bagi melaksanakan fatwa yang tercapai di atas dalam undang-undang negeri masing-masing. 3. Syukur pertama Al hamdulillah yang kerana inilah Fatwa yang

telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja

untuk amalan masyarakat Islam. Saya yang menurut perintah, Datuk Haji Ismail bin Panjang Aris Setiausaha, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Walau pun begitu pada hari ini ayat-ayat dalam penamaan di Tabung Haji telah berubah. Ayat-ayat penamaan di Tabung Haji pada hari ini adalah Ayat-ayat penamaan telah tidak sama dengan ayat-ayat penamaan di Tabung Haji dari awal penubuhan Tabung Haji sehingga 6hb. Jun 1975. berbunyi ; di Tabung Haji dari awal penubuhan Tabung Haji sehingga 6hb. Jun 1975

155

Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. Jikalau sekiranya mana-mana di antara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya, maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagian yang akan saya nyatakan. dahulu. Manakala ayat-ayat penamaan di Tabung Haji pada hari ini adalah berbunyi ; Ketua Pegawai Eksekutif 1. AKAD Saya bersetuju wang simpanan saya dalam LEMBAGA TABUNG HAJI dikelolakan dan diuruskan mengikut Undang-Undang dan peraturannya. 2. PENGAKUAN : 2.1 Dengan ini saya mengaku dan mengarahkan meninggal dunia, wang HAJI, bahagianAdalah Penamaan ini

memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buat

bahawa, apabila saya

simpanan saya dalam LEMBAGA TABUNG Sekiranya maka Pemegang

hendaklah dibayar kepada Pemegang Amanah Pertama. Amanah Pertama meninggal dunia, Sekiranya kedua-dua dunia hendaklah dibayar kepada Pemegang Amanah

Kedua ( Peringatan :

Pemegang Amanah yang dilantik meninggal

156
terlebih dahulu, maka Pengamanahan yang baru hendaklah dibuat segera ). 2.2 Saya sahaja. mewakili wang mengaku bahawa Pemegang Amanah yang daripada si waris yang berhak dan apabila hendaklah Sebagai Pemegang Amanah, beliau adalah waris-waris mati diterima, Pemegang Amanah dilantik adalah terdiri

membahagikannya mengikut kehendak Hukum Syarak. 2.3Saya * membenarkan/tidak membenarkan LEMBAGA TABUNG 2.4Saya HAJI memberitahu sesiapa semasa hayat pengamanahan saya. ini memansuhkan Pengamanahan saya mengenai butir-butir mengaku

Pengamanahan yang telah saya buat dahulu. 2.5Tertakluk kepada perenggan 2.1 di atas, sekiranya akaun saya tidak aktif melebihi 7 tahun, maka akaun saya bolehlah dianggap dorman ( tidak aktif ) dan terpulanglah kepada Tabung Haji menguruskan dengan sewajarnya.

* Potong mana yang tidak dikehendaki Membuat qias ( perbandingan ) kedudukan hukum mengikut Hukum Syara dengan menyamakan penamaan menurut ayat-ayat penamaan di Tabung Haji dari awal penubuhan Tabung Haji sehingga 6hb. Jun 1975, sebagai sama kedudukan hukumnya dengan penamaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama, berdasarkan fatwa yang tersebut di atas, adalah perbandingan yang tidak tepat. Oleh yang demikian saya berpendapat bahawa hukum penamaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama adalah tidak sama dengan hukum penamaan di Tabung Haji dari awal penubuhan Tabung Haji sehingga penamaan sebelum 6hb. Jun 1975. Saya berpuashati bahawa penamaan sebelum 6hb. Jun 1975, adalah wasiat berpandukan hukum wasiat di dalam Hukum Syara, sepertimana firman Allah s.w.t. ;

157
Surah An-Nisaa ayat 11 Yang bermaksud ; Allah perintahkan kamu mengenai ( pembahagian harta pesaka untuk ) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. ibu-bapa Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka Dan bagi keduanya; ( si mati ), tiap-tiap seorang dari bahagiannya ialah seperdua ( separuh ) harta itu.

seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak Kalau mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu-bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. beradik ), maka bahagian ibunya ialah pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara ( adikseperenam. ( Pembahagian itu ) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan hutangnya. sesudah dibayarkan Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak

mengetahui siapa diantaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu ( sebab itulah Allah menetapkan bahagian mereka kerana Dialah Jua Yang Mengetahuinya ). ( Pembahagian harta pesaka dan penentuan bahagian masingmasing seperti yang diterangkan itu ialah ) ketetapan dari Allah ; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

158
Di dalam ayat di atas disebut wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati . Mengenai fatwa yang didakwa telah diperakui oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam persidangannya pada 3 September 2000, Mahkamah ini telah tidak dikemukakan matan perakuan berkenaan. salinan surat Mahkamah ini hanyalah dibekalkan dengan Hal Ehwal Agama Terengganu, JHEAT. Kandungan surat Pesuruhjaya yang bermaksud,

( Pembahagian pusaka itu ) ialah sesudah diselesaikan

01-003/22 ( Pendua )-( 103 ), yang ditujukan kepada Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu. tersebut antara lain berbunyi ; Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri, Terengganu. Tuan, Pewartaan Fatwa Kebangsaan Dan Ketetapan Majlis Raja-Raja Melayu Pada 20 September 1973 Berhubung Hukum Penamaan Disisi Syara Dengan hormatnya merujuk surat tuan bil. (23) dlm. PUN. TR. 226 Bhg. 5 bertarikh 18 September 2000 mengenai perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tindakan telahpun diambil dengan memanjangkan perkara ini bagi pertimbangan Jawatankuasa Fatwa Negeri. 2. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang bersidang pada 3 September 2000 mengambil ketetapan memperakui Keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali ke-7 iaitu harta peninggalan si mati itu tetap difaraidkan mengikut hukum syara dan tidak diambil oleh penamanya sahaja. Sekian, terima kasih. KELUARGA BAHAGIA HIDUP SEJAHTERA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

159
..t.t. ( MUHATAR BIN ABDULLAH ) Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, Terengganu. s.k. Tetuan W.A. Fauzi & Co., 95 C, Tingkat 3, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. ( u.p. : En. Wan Ahmad Fauzi bin Haji Wan Husain )

Berdasarkan surat tersebut, saya berpuashati bahawa, fatwa yang dimaksudkan di dalam surat itu ialah fatwa yang telah diputuskan dalam Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2 Oktober 1970 dan pada 5 Julai 1973, yang antara lain berbunyi ; Penama-penama Wang Kumpulan Simpanan Pekerja, Wang

Simpanan Pejabat Pos, Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumbersumber tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian faraidh. Fatwa berkenaan hanya menyentuh penama-penama di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama sahaja dan tidak menyentuh langsung penamaan di Tabung Haji, sedangkan pada masa fatwa berkenaan itu diputuskan di Tabung Haji sendiri telah ada diamalkan penamaan. Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang bersidang pada 3 September 2000 hanya mengambil ketetapan memperakui Keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke -7 itu saja dan tidak lebih dari itu. Saya percaya penamaan di Tabung Haji pada ketika itu telah tidak disentuh oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kerana penamaan di Tabung Haji telah menepati kehendak Hukum Syara dalam persoalan wasiat.

160

Saya mengambil kesempatan di sini, menyarankan kepada Lembaga Tabung Haji menyiapkan kaedah dan lafaz yang membolehkan seseorang penyimpan di Tabung Haji membuat wasiat atau boleh membuat wisoyah atau membuat kedua-duanya sekali mengikut kadar-kadar tertentu bagi wang yang disimpan di Tabung Haji. menyekat penyimpannya daripada misalan, sekiranya ada Sebagai satu institusi kewangan membuat kebajikan. yang bercadang Sebagai mewasiatkan Islam yang unggul dan berdaya maju, tidak sayugia Tabung Haji penyimpan

keseluruhan simpanannya di Tabung Haji untuk rumah kebajikan anak yatim setelah penyimpan berkenaan meninggal dunia, bagaimanakah caranya penyimpan berkenaan patut mengambil perjalanan ? Cadangan atau hasrat penyimpan berkenaan tidaklah sayugia disekat dari awal lagi. Fakta persoalan keempat di dalam kes ini ialah peruntukan Enakmen Penerima Namaan Islam Bilangan 2 Tahun 1992. Julai 1992. ( Terengganu ) 1992, Enakmen Terengganu Enakmen berkenaan telah mendapat ampuni

perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 17 Kemudian Enakmen berkenaan telah diterbitkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Terengganu, melalui Warta Kerajaan Jilid 45 bertarikh 27hb; Ogos 1992. Seksyen 1 Enakmen berkenaan memperuntukkan ; Enakmen Namaan ini Islam bolehlah dinamakan Enakmen Penerima

( Terengganu ) 1992, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta. Di dalam peruntukan di atas, diperuntukkan . dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta. dikuatkuasakan ? Bilakah tarikh yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan supaya enakmen ini Adakah tarikh yang telah diperkenankan oleh Duli

161
Yang Maha Mulia Sultan supaya enakmen ini dikuatkuasakan itu telah dimuatkan di dalam Warta Kerajaan ? persoalan ini telah tidak ditimbulkan. Di dalam kes ini fakta-fakta Sepanjang yang sampai ke Oleh yang demikian saya

pengetahuan Mahkamah, Enakmen Penerima Namaan Islam (Terengganu) 1992 itu telah tidak diberi tarikh kuatkuasanya. berpuashati bahawa Enakmen Penerima Namaan Islam (Terengganu) 1992 itu belum lagi boleh dikuatkuasakan di dalam negeri ini pada masa ini. Saya merasa heran kenapakah Peguam Syari Defendan-Defendan yang bijaksana, berkenaan. diberi tarikh telah tidak mengambil dalam maklum fakta-fakta hak persoalan untuk Berhujah atau menggunakan suatu enakmen yang tidak kuatkuasa mempertahankan atau Kerja-kerja

mendapatkan hak adalah merupakan satu kerja yang sia-sia.

guaman syari sebenarnya adalah kerja-kerja mulia dan jika disertai bersama niat untuk mendaulatkan Hukum Allah, sudah tentu ianya akan bertambah mulia. Adakah kerana mahu mendapatkan kemenangan di dalam kes ini, Peguam Syari Defendan-Defendan sanggup berhujah dengan apa saja, hatta berhujah dengan suatu enakmen yang belum lagi diberi tarikh kuatkuasa ? Dalam kesempatan ini saya menyeru supaya Saya kerja-kerja kerana semata-mata mencari kemenangan dalam satu-satu guaman di dalam Mahkamah Syariah hendaklah dihindari. tegaskan sedemikian kerana, pertikaian yang dikendalikan di dalam Mahkamah Syariah adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan bukannya semata-mata untuk mencapai kemenangan, apatah lagi untuk mencapai kemenangan itu terpaksa mengorbankan kebenaran. Akhirnya, saya sekali lagi menegaskan bahawa tuntutan di dalam kes ini mengikut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi tanggung jawab Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu mendengar dan memutuskan segala perguaman dan prosiding mengenai dengannya. Setelah sekian lama negara kita mencapai kemerdekaan, seharusnya kita meruntun sistem perundangan negara kita yang kita cintai ini, ke arah sistem undang-undang yang dihayati oleh sebilangan besar penduduk negara ini. Jika kita yang diberi tanggung jawab pada hari ini tidak

162
berusaha ke arah yang sedemikian, kepada siapa lagi amanah berkenaan hendak diserahkan ? Jika timbul persoalan mengenai Hukum Syara biarlah mereka yang diberi kelebihan dalam bidang berkenaan mendengar dan memutuskan segala perguaman dan prosiding mengenai dengannya. Hakim-Hakim Syari, dalam membuat keputusan mereka sudah tentu akan berpandukan kepada Hukum Syara yang mana termasuk juga tafsiran sarjana Islam zaman silam. Syari. Ini adalah disiplin ke atas Hakim di Perkara ini telah diberi pengiktirafan secara tidak langsung

dalam kes Re AlMarhum Dato Bentara Luar, Haji Yahya bin Yusof dan seorang lain lawan Hassan bin Othman dan seorang lain, [ 1982 ] 2 MLJ 264. Di dalam kes ini , ( Tun ) Salleh Abas, Hakim Persekutuan, yang keputusan bagi pihak Hakim-Hakim Mahkamah menyampaikan

Persekutuan, antara telah membuat keputusan bahawa, undang-undang yang terpakai dalam menentukan kesahan wakaf mestilah sepertimana yang ditafsirkan oleh sarjana-sarjana Islam yang arif dalam Hukum Syara dan tidak tersekat dengan peraturan terhadap pengikatan selamalamanya ( rule against perpetuities ), suatu konsep yang asing kepada sistem Hukum Syara itu. Jika ada lacuna di dalan undang-undang, saya berpendapat adalah baik ianya diselesaikan secara bijaksana dan tidak merugikan semua pihak. Dalam sistem pentadbiran keadilan syariah di dalam negara kita pada hari ini, memang terdapat banyak lacuna mengenai peruntukan undangundangnya. negeri. Keadaan ini boleh berlaku, pada pendapat saya, oleh kerana Dalam sistem Mahkamah Syariah diletakkan di dalam bidangkuasa negeriMahkamah Syariah dijadikan mahkamah negeri. peringkat pelaksanaan perintah yang melibatkan antara negeri-negeri, sebagai contoh, berbagai masalah akan timbul. Kedudukan seperti ini menyebabkan orang-orang Islam di dalam negara ini sendiri yang rugi kerana tidak mendapat layanan keadilan yang sepatutnya mereka terima. Sekiranya perkara-perkara sebegini yang difikirkan akan berlaku di dalam kes-kes lain yang seperti kes di hadapan saya ini, saya mencadangkan supaya kes-kes berkenaan buat masa ini, didengar bersama oleh Hakim Mahkamah Tinggi ( Sivil ) dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Hakim

163
Mahkamah Tinggi Syariah akan membuat keputusan mengenai isu-isu perundangan Islam yang mengikat Hakim Mahkamah Tinggi ( Sivil ), manakala Hakim Mahkamah Tinggi ( Sivil ) akan membuat keputusan mengenai lain-lain isu yang dibangkitkan di dalam kes berkenaan. Keputusan di dalam kes itu akan dibuat bersama oleh kedua-dua Hakim berkenaan dan ianya adalah keputusan Mahkamah Tinggi ( Sivil ). Dengan cara ini tidak akan timbul masalah dalam melaksanakan perintah. Kesimpulannya di dalam kes di hadapan saya ini ialah, pada 9 Januari 1975, Hajjah Wan Hitam binti Haji Wan Long, k/p no: 3178371, telah menanda tangani dan menurunkan cap jari kirinya pada borang penamaan di Lembaga Tabung Haji, yang mana kata-kata dalam borang penamaan berkenaan berbunyi ; Tuan Pengarah Besar, Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala saya meninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNG HAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yang telah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagian yang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. Jikalau sekiranya mana-mana di antara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya, maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yang masih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain, atau mengikut bahagianbahagian yang akan saya nyatakan. Adalah Penamaan ini memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buat dahulu. yang saya sabitkan ianya adalah lafaz ( ijab ) wasiat. yang memakai akaun no: 00305527. Lafaz ( ijab ) itu

adalah ke atas wang simpanan Hajjah Wan Hitam di Lembaga Tabung Haji Saya sabitkan bahawa bahagian dari wang yang tersimpan di dalam akaun no: 00305527 itu yang dinamakan atas nama Wan Puziah binti Wan Awang, k/p : 5738341, Plaintif di dalam kes ini, adalah mata benda yang diwasiatkan ( al muso bihi ). Wasiat Hajjah Wan Hitam ke atas bahagian dari wang yang tersimpan di dalam akaun no: 00305527 itu kepada Wan Puziah binti Wan Awang, k/p : 5738341, kekal hingga sekarang, tanpa adanya penarikan

164
balik dan tidak ada pula penolakannya. Wan Hitam meninggal dunia. Pada 20 Disember 1999, saya telah membuat satu perintah dengan persetujuan Plaintif bersama-sama Defendan-Defendan, dalam kehadiran mereka bersama Peguam Syari masing-masing dan juga Pengurus Besar ( Penasihat Undang-Undang ) Lembaga Tabung Haji, Mejar ( B ) Mohd Ramli bin Othman, supaya Lembaga Tabung Haji membayar satu perdua ( ) bahagian dari wang simpanan Wan Hitam binti Haji Wan Long di dalam akauan no : 00305527 yang terkumpul dan dikira pada tarikh pembayaran dibuat kepada Wan Abdullah bin Muda, KPT: 210622-115175 iaitu Defendan Pertama di dalam kes ini sebagai Pentadbir Pesaka Wan Hitam binti Haji Wan Long dalam tempoh empat belas hari dari perintah itu diserahkan kepada Lembaga Tabung Haji. Oleh yang demikian satu perdua ( ) bahagian yang berbaki lagi dari Akaun Nombor 00305527 di Lembaga Tabung Haji itu adalah kesemuanya menjadi mata benda yang diwasiatkan ( al muso bihi ) oleh Hajjah Wan Hitam kepada Wan Puziah binti Wan Awang, k/p : 5738341. Di dalam kes ini penyelesaian keseluruhan kes tidak dapat dibuat melalui sulh. Tiap-tiap pihak menuntut supaya pihak yang lain membayar kos Saya berpendapat kos segala guaman di dalam Di guaman di dalam kes ini. Pada 28 Januari 1998, Hajjah

kes ini hendaklah ditanggung oleh mana-mana pihak yang kalah. dalam guaman ini. Perkiraan kos ditentukan oleh Pendaftar.

dalam kes ini Defendan-Defendan hendaklah menanggung segala kos di

t.t.xxx ( DATO HAJI ISMAIL BIN YAHYA ) 8 Februari 2001 PERINTAH SAYA sabit satu perdua ( ) bahagian dari kesemua wang yang tersimpan di dalam akaun nombor : 00305527 di Lembaga Tabung Haji adalah mata benda yang diwasiatkan ( al muso bihi ) oleh Hajjah Wan

165
Hitam binti Haji Wan Long, k/p : 3178371, kepada Wan Puziah binti Wan Awang, k/p : 5738341, KPT : 591206-11-5346, Plaintif ; OLEH KERANA Pada 20 Disember 1999, saya telah membuat satu perintah dengan persetujuan Plaintif bersama-sama Defendan-Defendan, dalam kehadiran mereka bersama Peguam Syari masing-masing dan juga Pengurus Besar ( Penasihat Undang-Undang ) Lembaga Tabung Haji, Mejar ( B ) Mohd Ramli bin Othman, supaya Lembaga Tabung Haji membayar satu perdua ( ) bahagian dari wang simpanan Wan Hitam binti Haji Wan Long di dalam akaun no : 00305527 yang terkumpul dan dikira pada tarikh pembayaran dibuat kepada Wan Abdullah bin Muda, KPT : 210622-11-5175 iaitu Defendan Pertama di dalam kes ini sebagai Pentadbir Pesaka Wan Hitam binti Haji Wan Long dalam tempoh empat belas dari perintah itu diserahkan kepada Lembaga Tabung Haji, MAKA DENGAN INI SAYA PERINTAH satu perdua ( ) bahagian yang berbaki lagi pada hari ini dari Akaun Nombor 00305527 di Lembaga Tabung Haji itu adalah kesemuanya menjadi mata benda yang diwasiatkan ( al muso bihi ) yang mana Wan Puziah binti Wan Awang, k/p : 5738341, berhak menerimanya ; SAYA PERINTAH Lembaga Tabung Haji membayar baki dari wang simpanan Wan Hitam binti Haji Wan Long di dalam akaun nombor : 00305527 yang terkumpul dan dikira pada tarikh pembayaran dibuat kepada Wan Puziah binti Wan Awang, k/p : 5738341, KPT : 591206-115346 iaitu Plaintif di dalam kes ini, dalam tempoh empat belas hari dari perintah ini diserahkan kepada Lembaga Tabung Haji ; DAN SAYA PERINTAH semua kos dalam guaman ini ditanggung oleh DefendanDefendan. Jumlah kos ini akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. t.t.xxx ( DATO HAJI ISMAIL BIN YAHYA ) 8 Februari 2001

166

DIBERI

dengan ditandatangani oleh saya dan dicap dengan meterai

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada hari Khamis, 5 Zulhijjah 1421 bersamaan 1 Mac 2001.

METERAI

PENDAFTAR

Você também pode gostar