Você está na página 1de 31

MENGKAJI KESAHAN INVENTORI NILAI INTEGRITI DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

Nor Salmi Binti Ahmad Zabidi dan Lim Hooi Lian Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia salms7574@yahoo.com, hllim@usm.my

MENGKAJI KESAHAN INVENTORI NILAI INTEGRITI DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

ABSTRAK

Inventori Nilai Integriti (InNI) yang dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia telah digunakan untuk mengukur nilai integriti guru sekolah rendah. InNI ditadbir kepada 103 orang guru dari dua buah sekolah rendah di Daerah Seberang Perai Tengah. Instrumen ini mengandungi 82 item yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu kebersihan hati, amanah dan bijaksana. Setelah dianalisis dengan perisian WINSTEP 3.48 didapati indeks kebolehpercayaan item dan indeks kebolehpercayaan individu masing-masing mencatatkan nilai 1.00 dan 0.90 setelah dilakukan pembersihan item. Dapatan kajian bagi kesahan konstruk menunjukkan sebelas item digugurkan kerana min kuasa dua infit dan min kuasa dua outfit kurang 0.5 dan lebih 1.5. Pemetaan item juga menunjukkan item tersusun mengikut tertib kesukaran item yang paling mudah kepada item yang lebih sukar. Didapati, kesukaran item InNI melebihi tahap kebolehan guru-guru sekolah rendah. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa nilai integriti tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor jantina. Tetapi mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang. Kata Kunci : Integriti, kesahan, kebolehpercayaan, Model Rasch. ABSTRACT Inventory Value of Integrity(InNI) which had been constructed by a group of researchers from University Putra Malaysia was utilized for this study. InNI was administered to 103 teachers from two primary schools in Seberang Perai Tengah. This instrument consted
1

of 82 items which consists of three constructs, namely kindness, honesty and intelligence. The data was analyzed using Rasch Model with WINSTEPS 3.48 software. The index value of item reliability and index value of individual reliability stated 1.00 and 0.90 after the data had been reanalyzed. Construct validity is valued from the Infit Mean Square and Outfit Mean Square for item and individual which matching with the range of 0.5 - 1.5. Analysis output showed that eleven items were dropped due to Infit Mean Square and Outfit Mean Square less than 0.5 and more than 1.5. The item map also showed that the arrangements were according to the easily level at the beginning and preceeding to the tough one. The hierarchy of item showed that the difficulty item of InNI more than the teachers ability. The output of the data also found that the value of integrity has no significant relationship between gender but significant with educational level, teaching experience and service excellence award. Key Words : Integrity, validity, Reliability, Rasch Model.

PENDAHULUAN Kerapuhan nilai integriti dalam masyarakat kini semakin berleluasa. Kehakisan nilai dalam masyarakat yang dicerminkan oleh kakitangan awam dengan wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, rasuah, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa semakin parah (Mustafar Ali,2006). Lantaran itu, kerajaan sedar akan kepentingan nilai-nilai integriti perlu diterapkan secara holistik dalam kalangan kakitangan awam negara terutamanya guru. Hanya guru yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai integriti mampu menyediakan generasi modal insan kelas pertama (Ismail, 2009). Oleh itu, penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik amat penting untuk memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang luhur (Hamidah Sulaiman, Siti Salina Abdullah, & Farrahdina Yusop 2006). Kejayaan seseorang guru dalam menghayati nilainilai integriti, secara tidak langsung memberi kesan positif kepada para pelajar terutamanya dalam pencapaian akademik dan pertumbuhan akhlak. Dalam dunia pendidikan, sekolah rendah merupakan tahap terpenting dalam pendidikan formal seorang kanak-kanak. Pada tahap ini, perkembangan kanak-kanak adalah paling aktif dan menjadi faktor utama untuk kejayaan persekolahan menengah dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi (Mohd. Johdi, 2008). Walau bagaimanapun, pada kebelakangan ini, kelemahan akademik dan prestasi para pelajar di sekolah rendah menjadi isu masyarakat yang serius (Hamidah,2006). Ini terbukti dalam kajian Amir Hasan Dawi (2002) yang mendapati kegagalan murid di kawasan luar bandar dalam Ujian Penilaian sekolah Rendah (UPSR) adalah berpunca daripada kelemahan pelajar menguasai 3M(membaca,menulis dan mengira) yang lazimnya diajarkan pada peringkat awal persekolahan. Kajian ini menunjukkkan kurangnya keprihatinan guru terhadap anak-anak diperingkat awal pendidikan memungkinkan mereka menghadapi masalah kelemahan akademik berterusan. Kelemahan akademik ini bukan sahaja
3

mempengaruhi aspek pendidikan individu pelajar itu sendiri malah dikhuatiri ia akan turut memberi kesan terhadap peribadi dan akhlak mereka. Ini berikutan hasil kajian Aminah Ayob, Mokhtar Ismail & Khadijah Zon (2003) yang mendapati bahawa guru sendiri kadang kala boleh menjadikan pelajar hilang disiplin. Maka, sebagai seorang guru yang berintegriti seharusnya sedar bahawa maruah guru dan profesion perguruan terletak di tangan guru sendiri (Azlina, 2008). Lantaran itu, peranan guru amat penting dalam memperkasakan wacana pendidikan formal yang bermula dari peringkat sekolah rendah lagi (Mohd Johdi,2008). Dengan penggembelingan tenaga, personaliti dan ciri-ciri guru cemerlang dan guru pakar dapat menjadi formula mewujudkan guru berkualiti, berintegriti dan efektif. Jika dulu, guru merupakan individu atau kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati. Ramai yang mengakui bahawa dewasanya seseorang itu adalah dimulakan oleh seorang guru biasa. Namun kini, masyarakat lebih mudah menyalahkan para guru apabila hasil didikan tidak menjadi (Sharifah Raudzah, 2008). Fenomena ini membuktikan bahawa guru sekolah rendah perlu dinilai dan dipantau untuk memperkukuhkan jati diri kerana dapatan kajian Hamidah et.al. (2006) mendapati bahawa guru yang berintegriti sahaja yang akan dapat memacu sesebuah organisasi ke arah perkhidmatan yang berkualiti yang menyumbang ke arah pembangunan negara dengan lebih berkesan. Dengan erti kata lain, integriti dalam diri seorang guru amat penting kerana masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru hari ini.Negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para guru tidak menjalankan tugas secara jujur,ikhlas dan penuh tanggungjawab. Ini selaras dengan matlamat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral,beretika, beriman,bertakwa dan berbudi pekerti luhur. Oleh itu, kerajaan memerlukan

sebuah inventori yang sah dan sesuai dengan konteks pendidikan Malaysia untuk mengukur nilai integriti dalam diri setiap guru. LATAR BELAKANG INTEGRITI Integriti merujuk kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi (Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd.Noah,Amini Amir Abdullah, Norizan Yahaya,Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah, 2005). Nilainilai murni tersebut ialah nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia iaitu nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia.

Mengikut Pelan Integriti Nasional (PIN,2004), integriti adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan seharian. Integriti merupakan konsep penting dalam pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004) kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik (Mahathir Mohamad, 1998). Integriti sebenarnya membawa maksud yang luas yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia(Ismail,2009).

Peranan dan Kepentingan Integriti dalam kalangan Staf Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan staf. Menurut kajian Jamiah et.al.(2005) mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu (Widang & Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Ones, D.S. Viswesvaran, C. & Schmidt. F.L.,2003). Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones et.al.,2003 dan Mikulay & George,2001). Sebaliknya, kelemahan integriti
5

akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesion pekerjaan (Hardingham,2004). Kajian-kajian Penilaian Nilai Integriti Di Malaysia Jamiah et. al. (2005) telah membangunkan Inventori Nilai Integriti (InNI) yang bersesuaian dengan konteks Malaysia untuk mengukur integriti individu. InNI terdiri daripada 82 item berteraskan tiga dimensi utama iaitu kesucian, amanah dan kebijaksanaan. Ia ditadbir ke atas 2530 orang staf yang terdiri daripada pelbagai kategori perjawatan di sebuah universiti awam. Kajian mendapati, nilai integriti mempunyai hubungan signifikan dengan staf yang pernah menerima anugerah diperingkat universiti,kebangsaan dan antarabangsa. Hasil kajiannya juga membuktikan Inventori Nilai Integriti (InNI) mempunyai item yang baik dan bermutu serta mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Mohamed Sani (2007) telah menjalankan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti sama ada integriti kepimpinan, pembentukan visi, misi dan maklamat serta pelaksanaan TQM dimensi kemanusiaan menyumbang kepada pembentukan iklim proses organisasi. Sampel kajian terdiri daripada responden seramai 698 orang dari IPTMa awam dan 581 orang dari IPTMa swasta yang dipilih secara rawak berstrata dari 19 buah IPTMa awam dan 16 buah IPTMa swasta diseluruh Malaysia. Data kajian diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai dari beberapa instrumen yang terdahulu. Dapatan kajian ini mendapati komponen pelaksanaan TQM dimensi kemanusiaan adalah penyumbang tertinggi (32%) terhadap iklim proses organisasi disamping komponen integriti kepimpinan (3.3%) dan pembentukan visi,misi dan matlamat berasaskan nilai (0.8%).Implikasi kajian ini menunjukkan IPTMa memerlukan kepimpinan yang berintegriti dan penerapan integriti sebagai penjana pelaksanaan TQM, seterusnya membawa kepada pembentukan iklim organisasi proses organisasi kualiti menyeluruh.
6

Angku Bolkhizan (2009) yang telah menjalankan kajian mengkaji kesan kefahaman integriti terhadap kualiti kerja anggota mendapati majoriti pemberi maklumat memahami maksud sebenar integriti dan telah menghayatinya dengan mengamalkan setiap nilai dan etika yang terkandung dalam integriti. Ini disebabkan penglibatan mereka dalam aktiviti keagamaan dan bengkel pemantapan integriti yang telah dianjurkan oleh pihak PDRM. Muhammad Fuad Lee (2006) pula menjalankan satu kajian untuk: (1) mengukur tahap

kelakuan beretika dan tahap pengurusan integriti di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia (KDRM); (2) mengkaji perbezaan tahap kelakuan beretika berdasarkan ciri-ciri demografi dan faktor pekerjaan; (3) mengkaji perkaitan pengurusan integriti dengan kelakuan beretika; dan (4) mengkaji pengaruh pengurusan integriti ke atas kelakuan beretika. Hasil kajian ini mendapati faktor umur, taraf pendidikan, pangkat, dan tempoh perkhidmatan mempunyai perbezaan yang signifikan sementara faktor jantina dan taraf perkahwinan tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas kelakuan beretika. Selain itu, ciri-ciri kebaikan, kejelasan, konsistensi penyelia, dan kebolehcapaian mempunyai perkaitan dengan kelakuan beretika. Analisis regresi linear berjaya membuktikan keseluruhan model pengurusan integriti mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap kelakuan beretika. Berdasarkan soroton penulisan di atas, jelas mendapati bahawa soal kebolehpercayaan dan kesahan instrumen nilai integriti kurang ditekan dalam kebanyakan kajian tersebut. Oleh itu, isu ini telah menjadi tumpuan utama dalam kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Inventori Nilai Integriti mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan Model Pengukuran Rasch apabila diuji terhadap guru-guru sekolah rendah. Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut:
7

(a) Mengenal pasti kesahan konstruk Inventori Nilai Integriti. (b) Mengenal pasti kebolehpercayaan bagi konstruk Inventori Nilai Integriti. (c) Mengenal pasti hubungan nilai integriti guru dari segi:(i) Jantina (ii) Tahap pendidikan (iii) Pengalaman mengajar (iv) Penganugerahan perkhidmatan cemerlang

PERSOALAN KAJIAN Dalam melengkapkan kajian ini, tiga persoalan kajian ditimbulkan untuk mendapatkan jawapan yang pasti seperti berikut:1. Adakah Inventori Nilai Integriti mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi? 2. Adakah Inventori Nilai Integriti mempunyai kesahan konstruk yang tinggi? 3. Adakah terdapat hubungan antara tahap integriti guru dari segi :(i) Jantina (ii) Tahap pendidikan (iii) Pengalaman mengajar (iv) Penganugerahan perkhidmatan cemerlang

HIPOTESIS KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada hipotesis seperti berikut: H1 H2 H3 H4 Wujud hubungan signifikan antara jenis jantina dengan nilai integriti guru. Wujud hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan nilai integriti guru. Wujud hubungan yang signfikan antara tempoh pengalaman guru dengan nilai integriti guru. Wujud hubungan yang signifikan antara guru yang pernh mendapat penganugerahan cemerlang dengan nilai integriti guru.
8

KESIGNIFIKAN KAJIAN Dapatan kajian ini boleh memberi gambaran yang lebih jelas tentang penggunaan Inventori Nilai Integriti dalam konteks perguruan supaya dapat mengenal pasti nilai integriti kakitangan awam, terutamanya guru di sekolah rendah. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan sebagai input bagi pihak Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan lagi integriti seseorang individu dalam bidang pendidikan demi menghasilkan modal insan kelas pertama dengan jayanya. Di samping itu, dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak pengurusan sekolah untuk mengatur strategi latihan-latihan atau kursus tertentu yang diperlukan oleh para guru sekolah rendah, seterusnya meningkatkan profesionalisme dan integriti mereka. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Menurut Mohd.Izraudin (2004), proses pembangunan diri guru merupakan program berterusan dan bersifat jangka panjang yang terancang dan dilaksanakan secara sistematik. Pembangunan diri guru ini berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang menekankan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan cermin bagi menilai rupa bentuk dan identiti keseluruhan budaya pendidikan Negara dengan bermatlamat untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu, memelihara masyarakat yang bersatu padu, progresif serta berdisiplin. Falsafah terdiri daripada beberapa cabang ilmu yang utama seperti metafizik(teori kejadian), epistemologi(teori ilmu) dan aksiologi(teori nilai). Ketiga-tiga cabang ilmu ini digabungkan sebagai hubungan untuk menjadikan nilai sebagai asas utama dalam pendidikan (Abdul Rahman, 2005).

Dalam proses pengembangan diri setiap guru yang berteraskan FPK, ia melibatkan tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Anderson (1981),domain afektif
9

mencakupi watak perilaku seperti perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Bloom (1988), telah mengkategorikan domain afektif kepada empat pengelasan iaitu penerimaan, gerak balas, penilaian dan perwatakan. Menurut Bloom, penilaian adalah merujuk kepada nilai yang diterapkan pada tingkah laku atau fenomena yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran yang menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.

Oleh kerana kajian integriti ini dibuat dalam konteks staf di Malaysia, nilai-nilai murni bagi kajian ini adalah nilai-nilai murniyang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia. Nilai tersebut adalah nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia di mana nilai dan etika perkhidmatan awam ini terkandung dalam Tonggak Dua Belas (INTAN, 1994). Nilai dalam Tonggak Dua Belas merangkumi Etika Teras Perkhidmatan Awam, Nilai Murni Profesional, Etika Pentadbiran Awam serta Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam.

Kesemua nilai-nilai murni yang terkandung dalam Tonggak 12 tersebut dapat diklasifikasikan kepada tiga dimensi iaitu Kesucian hati (Bersih) , amanah dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak. Dimensi-dimensi ini merupakan dimensi integriti di mana integriti ialah himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi (PIN,2004).

Kesucian/ kebersihan hati dalam kajian ini, adalah merupakan nilai-nilai teras yang mempunyai item pengetahuan, sikap dan amalan seperti bersopan santun, baik hati, kebal salah guna kuasa dan kebal rasuah. Kesucian hati juga ialah keikhlasan yang membawa kepada prinsip budaya yang suci dan bersih.Ini bermaksud, apa yang dilakukan adalah dengan niat kerana Allah. Baik dari segi hati, lidah dan perbuatan.Manakala, Amanah merupakan satu nilai wajib yang
10

membolehkan individu menyempurnakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan seperti berdisiplin, tekun dan bertanggungjawab.Di dalam dimensi ini juga terkandung item-item pengetahuan, sikap dan amalan.Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya dan menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis (Azlina, 2008).Kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak dalam kajian ini adalah merupakan satu nilai yang perlu ada dalam diri individu untuk berfikir dan bertindak dalam mencapai misi dan visi organisasi seperti optimis, berkepimpinan, sabar, kreatif dan inovatif. Kebijaksanaan amat penting bagi pembentukan dan kerja hati nurani seseorang. Kebijaksanaan adalah ibu dari segala kebajikan, kebajikan yang mana seorang menyadari kewajiban moralnya dan perkara-perkara baik untuk menunaikannya. Sebab itu, apa yang bijaksana pada pokoknya adalah apa yang baik, dan kebijaksanaan adalah pengukur keadilan, penguasaan diri dan keberanian (P.William, 2009). Setiap dimensi integriti tersebut pula mengandungi sub nilai yang dikenali sebagai komponen setiap dimensi. Item yang dibentuk mewakili sub nilai yang ingin diukur di mana item-item setiap komponen dimensi mengandungi item pengetahuan, item sikap dan item amalan (Jamiah et. al, 2005).

Dari dimensi integriti itu , soal selidik amalan nilai integriti dibina .Namun, status integriti staf hanya dapat diukur melalui Inventori Nilai Integriti yang telah disahkan. Oleh itu, inventori ditentusahkan dengan mengenalpasti kesahan konstruk dan kebolehpercayaannya untuk
11

menentukan mutu alat ukur tersebut. Alat ukuran yang bermutu mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk mengukur atribut atau konstruk yang ingin diukur. Sebaliknya jika kesahan adalah rendah, langkah proses teknikal pembentukan alat ukuran perlu diulangi semula sehingga memperolehi keputusan yang memuaskan.

12

Proses Perkembangan Diri Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Metafizik

Epistemologi

Aksiologi

Nilai (Domain Afektif)

Penerimaa

Gerak Balas

Penilaian

Perwatakan

Nilai

Etika Perkhidmatan

Tonggak 12

Etika Teras Perkhidmatan A

Nilai Murni Profesional

Etika Perkhidmatan A Amanah

Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam

Kesucian Hati

Kebijaksanaan

Pengetahuan

Sikap

Amalan

Inventori Nilai Integriti

Kesahan Konstruk di kenalpasti melalui analisis Infit Mean Square dan Outfit Meansquare

Kebolehpercayaan item dikenalpasti melalui analisis Rasch Item Reliability

Rajah 1: Kerangka konseptual kajian

13

METODOLOGI Sampel Kajian Dalam Kajian ini, sampel kajian dipilih daripada dua buah sekolah di sekitar Daerah Seberang Perai Tengah. Pemilihan subjek kajian dan sekolah kajian dilakukan secara rawak. Sampel guru terdiri daripada pelbagai bangsa. Seramai 103 guru terlibat dalam kajian ini. iaitu 67 orang guru dari sekolah A dan 36 orang guru dari Sekolah B. Jadual di bawah menunjukkan demografi guru yang dikaji. Jadual 1. Demografi guru Maklumat Demografi Jantina * Lelaki * Perempuan Jumlah

23 80

Tahap pendidikan * Dploma * Sarjana Muda * Sarjana

73 27 3

Tempoh prkhidmatan * 5 15 tahun * 16 25 tahun * Lebih 25 tahun

48 36 19

Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang * Ya * Tidak

43 60

Faktor demografi dikaji kerana berdasarkan kepada dapatan kajian Jamiah et. al.(2005) yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara staf yang pernah menerima anugerah dan juga kerana:

14

(a) Menjadi kebiasaan jantina merupakan salah satu faktor yang menjadi pengukuran kepada satu pembolehubah. Dalam kajian ini, nilai integriti dilihat berdasarkan jantina kerana dalam 47 kajian, Collin (2000) telah merumuskan bahawa nilai integriti dan tingkah laku etika antara lelaki dan wanita mempunyai perbezaannya. (b) Terdapat hujah yang mengatakan seseorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi lebih beretika dan berintegriti berbanding yang kurang pendidikan (Trevino,1990).Ini kerana beliau menjangkakan bahawa tahap pendidikan seseorang boleh mengawal tingkah laku etika dirinya. (c) Terdapat dua kajian yang telah menjumpai bahawa tingkah laku etika dan nilai integriti seseorang boleh dibezakan dengan pengalaman seseorang. Kajian ini dibuat oleh Mohamad Sani (2007) yang melibatkan responden pengurusan awam.

Lokasi Kajian Kajian dijalankan di dua buah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Daerah Seberang Perai Tengah yang mana sekolah-sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Permatang Pasir,Permatang Pauh,Bukit Mertajam.

Instrumen Kajian Dalam kajian ini, soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu latar belakang responden dan soal-selidik amalan nilai integriti sebagai alat ukur utama. Dalam bahagian A, sebanyak 6 item diberi untuk mendapatkan maklumat diri guru. Antaranya jantina, umur, bangsa, status perkahwinan, agama dan taraf pendidikan. Manakala bahagian B bertujuan untuk mendapatkan maklumat nilai integriti yang berada dalam setiap individu. Sebanyak 82 item yang merangkumi dimensi bersih,amanah dan bijaksana. Dimensi bersih merujuk kepada baik hati, santun dan kebal rasuah. Dimensi amanah adalah berdisiplin, tekun
15

dan bertanggungjawab. Manakala dimensi bijaksana adalah optimis, berketrampilan, sabar, kreatif dan inovasi. Item-item ini telah dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2005.Pengukuran dibuat dengan menggunakan Skala Likert 5 mata.
Subjek kajian telah diberi masa yang mencukupi untuk membuat tindak balas. Ini bertujuan memberi ruang masa secukupnya kepada subjek kajian untuk menilai amalan mereka terhadap pernyataan dalam soal-selidik.

Pengumpulan Dan Penganalisisan Data

Proses pengumpulan data dijalankan oleh pengkaji sendiri untuk mempercepatkan pengumpulan data. Kesemua data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package For the Social Sciences (SPSS version 15.0) dan program Winsteps 3.48. Pertama sekali, data dianalisis dengan menggunakan program Model Pengukuran Rasch (WINSTEPS 3.48) untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan item serta kesahan dan kebolehpercayaan individu alat ukur (Norazen, 2004). Kesahan konstruk dikenalpasti dengan melakukan kajian ke atas setiap item melalui analisis min kuasa dua Infit ( Infit MeanSquare ) dan min kuasa dua Outfit (Outfit MeanSquare. Julat nilai min kuasa dua Infit dan min kuasa dua Outfit bagi setiap item dan individu harus terletak dalam lingkungan 0.5 1.5 (Linarce, 2002). Nilai kebolehpercayaan item dan kebolehpercayaan individu dikaji berdasarkan nilai indeks kebolehpercayaan item (Item Reliability Coefficient) dan indeks kebolehpercayaan individu (Person Reliability Coefficient). Indeks

kebolehpercayaan item menunjukkan ketekalan kedudukan item disepanjang laluannya jika item-item yang sama diberikan kepada sampel lain yang mempunyai keupayaan yang sama. Indeks kebolehpercayaan individu pula menunjukkan ketekalan aturan individu yang dijangka bagi sampel apabila diberi set item yang lain yang mengukur konstruk yang sama. Seterusnya, data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For the Social Sciences
16

(SPSS version 15.0). Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang profil guru seperti jantina, tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang guru. Manakala, statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data bagi menguji hipotesis kajian. Terdapat empat persoalan kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini.

DAPATAN KAJIAN Terdapat tiga persoalan kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini. Persoalan 1 : Adakah Inventori Nilai Integriti mempunyai kesahan konstuk yang tinggi? Jadual 2 menunjukkan keseluruhan maklumat mengenai kesesuaian data, sama ada data serasi atau tidak dengan andaian model Rasch. Berdasarkan dapatan kajian, nilai min kuasa dua infit bagi item adalah berada dalam lingkungan .43 hingga 2.04. Dan nilai kuasa dua outfit adalah .49 2.26. Jadual 2. Susunan statistik item (Misfit Order) .

17

Dari julat-julat tersebut, terdapat sebelas

item yang tidak memenuhi syarat

yang telah

digariskan oleh Linarce (2002) iaitu 0.5 -1.5. Sebelas

item tersebut bertindak sebagai

pengganggu (Jadual 3) dan ia perlu digugurkan kerana tidak serasi dengan model. Item-item tersebut ialah item 12, item 25, item 26, item 28, item 35, item 38, item 41, item 42, item 45, item 54 dan item 78. Menurut Norazen (2004), item-item ini merendahkan indeks kebolehpercayaan individu dan kebolehpercayaan item boleh dikod semula atau digugurkan untuk meningkatkan kembali indeks kebolehpercayaannya. Jadual 3. Item-item yang tidak bersesuaian dengan model (MNSQ < 0.5 dan > 1.5) INFIT Item 12 25 26 28 35 38 41 42 45 54 78 MNSQ .47 1.88 1.73 2.04 .49 .43 1.8 1.68 1.87 1.79 1.95 ZSTD -3.3 5.7 4.5 5.9 -3.3 -3.7 3.4 4.7 6.5 3.3 4.4 MNSQ .51 1.77 1.76 2.26 .53 .49 1.93 1.88 1.86 1.56 1.92 OUTFIT ZSTD -3.2 4.5 4.2 6.2 -3.1 -3.4 4.0 5.3 6.1 2.5 4.1

Analisis item dilaksanakan sekali lagi dengan menggunakan 71 item sahaja. Hasil analisis menunjukkan nilai min kuasa dua Infit dan min kuasa dua Outfit yang baru. Masing-masing bernilai antara 0.61 1.48 bagi min kuasa dua infit dan 0.63 1.50 bagi min kuasa dua Outfit ( Jadual 4 di bawah). Ini menunjukkan bahawa nilai MNSQ Infit dan Outfit mematuhi nilai MNSQ yang diterima iaitu 0.5 1.5 (Linarce, 2002). Ia menunjukkan bahawa data serasi dengan model iaitu item yang dibina boleh menyumbang dalam cara yang bermakna dan berguna untuk mengukur konstruk integriti.

18

Jadual 4. Susunan statistik 71 Item (Misfit Order)

Melalui analisis Rasch, nilai logit setiap item dan individu turut dihasilkan. Nilai ini akan dirujuk untuk membangunkan satu susunan item-item megikut aras kesukarannya (Cheng, 2009). Jadual 4 menunjukkan julat kesukaran item adalah antara -6.92 hingga 2.49 logit. Kesemua 71 item skala InNI telah menunjukkan bahawa item-item tertabur mengikut aras kesukaran masing-masing.

Persoalan 2. Adakah Inventori Nilai Integriti mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi? Ujian rintis dijalankan ke atas 103 data sampel guru sekolah rendah dengan 82 item. Indeks kebolehpercayaan item yang diperolehi mencatatkan
19

nilai

0.99,

manakala

indeks

kebolehpercayaan individu mencatatkan nilai 0.83. Proses pembersihan data dilakukan dengan menggugurkan sebelas item yang menganggu nilai kebolehpercayaan. Dengan itu, hanya 71 item sahaja yang digunakan bagi membentuk skala InNI. Setelah proses pembersihan data, berdasarkan jadual 5 di bawah, indeks kebolehpercayaan item yang baru ialah 1.00. Hasil analisis mendapati nilai kebolehpercayaan item diperolehi adalah tinggi. Jadual 5. Indeks kebolehpercayaan item

Berdasarkan jadual 6, didapati indeks

kebolehpercayaan individu bernilai 0.90. Nilai ini

menunjukkan bahawa item-item konsisten dalam menghasilkan skor individu yang tetap (Pomeranz et.al, 2008).

Jadual 6. Indeks kebolehpercayaan individu

Berdasarkan dapatan kajian (Jadual 5 dan 6), standardized infit standard deviation bagi guru adalah 0.20 dan item bernilai 0.24. Ini menunjukkan keseluruhan nilai misfit adalah terlalu

20

kecil. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa wujudnya kesesuaian item dalam alat ukur InNI yang boleh digunakan ke atas sasaran (Green,2002).

Persoalan 3 : Adakah terdapat hubungan antara tahap integriti guru dari segi jantina, tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan penganugerahan

perkhidmatan cemerlang Analisis Kolerasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis seperti di bawah:

H1

Wujud hubungan signifikan antara jenis jantina dengan nilai integriti guru.

H2

Wujud hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan nilai integriti guru.

H3

Wujud hubungan yang signfikan antara tempoh pengalaman guru dengan nilai integriti guru.

H4

Wujud hubungan yang signifikan antara guru yang pernh mendapat penganugerahan cemerlang dengan nilai integriti guru.

Menurut McBurney(2001), kolerasi digunakan untuk mengukur perkaitan antara pemboleh ubah. Kolerasi Pearson r digunakn untuk mengukur darjah hubungan antara dua pemboleh ubah di dalam skala antara 0 hingga 1.00. Namun, hubungan antara pemboleh ubah juga boleh berlaku di dalam keadaan negatif iaitu antara 0 hingga 1.00. Di dalam kajian ini, tafsiran McBurney (2001) di dalam Jadual 7 akan digunakan sebagai mengukur kekuatan kolerasi ini.

21

Jadual 7. Tafsiran Pekali koleasi r oleh McBurney(2001) Nilai Pekali 0.81 atau lebih 0.6 1 0.8 0.41 0.6 0.21 0.4 kurang daripada 0.2 Penerangan Perkaitan yang kuat Perkaitan yang sederhana kuat Perkaitan yang sederhana Perkaitan yang sederhana lemah Perkaitan yang lemah

Jadual 8 menunjukkan kesignifikan kajian dan hubungan kolerasi di antara tahap integriti guru dengan jantina, umur, taraf pendidikan dan tempoh pengalaman guru yang diperoleh daripada ujian kolerasi Pearson yang dijalankan.

Jadual 7. Keputusan kajian kolerasi Integriti 1 103 -.045 .652 103 .272 .001 103 .32 .013 103 .95 .001 103

Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N Pearson Correlation Jantina Sig. (2-tailed) N Pearson Correlation Tahap Pendidikan Sig. (2-tailed) N Pearson Correlation Tempoh Perkhidmatan Sig. (2-tailed) N Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Integriti

22

Keputusan kolerasi bagi hipotesis pertama menunjukkan jenis jantina tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai integriti r = -0.45 (p=0.652). Memandangkan nilai p adalah lebih besar dari nilai alpha p = 0.01, maka hipotesis kajian:

H1

Wujud hubungan signifikan antara jenis jantina dengan nilai integriti guru, adalah ditolak.

Manakala Keputusan hipotesis kedua hingga keempat pula menunjukkan tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai integriti guru. Keputusannya seperti berikut: tahap pendidikan ( r = -2.72, p = 0.001 ), tempoh perkhidmatan ( r = -0.32, p = 0.013 ) dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang ( r = -0.95, p = 0.001 ) . Kesemua keputusan menujukkan nilai p adalah lebih kecil dari nilai alpha p = 0.01, maka hipotesis kajian:

H2

Wujud hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan nilai integriti guru, adalah gagal ditolak.

H3

Wujud hubungan yang signfikan antara tempoh pengalaman guru dengan nilai integriti guru, adalah gagal ditolak.

H4

Wujud hubungan yang signifikan antara guru yang pernh mendapat penganugerahan cemerlang dengan nilai integriti guru, adalah gagal ditolak.

Kesimpulannya, daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai integriti guru dan berkolerasi positif. Manakala, jenis jantina tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai integriti.

23

PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, instrumen InNI mempunyai kesahan yang baik dan sah serta boleh dipercayai dalam mengukur nilai integriti guru. Kesahan konstruk yang dikenalpasti dengan melakukan kajian ke atas setiap item melalui analisis min kuasa dua Infit ( Infit MeanSquare ) dan min kuasa dua Outfit (Outfit MeanSquare telah mendapati bahawa nilai MNSQ Infit dan Outfit mematuhi nilai MNSQ yang diterima iaitu 0.5 1.5 (Linarce, 2002) setelah

menggugurkan 11 item. Ia menunjukkan bahawa 71 item yang dibina oleh Jamiah Manap dan rakan-rakannya boleh menyumbang dengan cara yang bermakna dan berguna untuk mengukur konstruk integriti.

Nilai kebolehpercayaan item dan kebolehpercayaan individu pula yang dikaji berdasarkan nilai indeks kebolehpercayaan item (Item Reliability Coefficient) dan indeks kebolehpercayaan individu (Person Reliability Coefficient) telah menunjukkan nilai kebolehpercayaan item dan individu yang tinggi iaitu 1.0 dan 0.90 Maka ini menunjukkan bahawa item-item InNI mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi. Sehubungan itu, item-item InNI adalah konsisten dan stabil dalam mengukur nilai integriti individu di Malaysia. Dapatan kajian ini konsisten dengan dapatan kajian Jamiah Manap dan rakan-rakannya yang juga memperolehi nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.959 dan 0.927.

Kajian seterusnya boleh dibuat penambahbaikan item dengan cara menggugurkan, menambah atau mengubahsuai beberapa item lagi agar sesuai dengan kebolehan guru sekolah rendah serta untuk meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaannya. Di samping itu, dicadangkan juga sama ada pihak individu atau mana-mana badan dapat memperluaskan kajian ini pada guru-guru sekolah menengah pula agar dapat memperkasakan lagi wacana pendidikan di Malaysia. Pengkaji yang mengkaji instrumen ini juga perlu memastikan setiap item adalah
24

unidimensi dan memiliki aras kesukaran yang berbeza dan adil kepada setiap individu yang menjawab soal selidik ini. Disarankan juga agar kajian seterusnya dapat melihat perbezaan item berdasarkan GDIF untuk menggugurkan item yang bias berdasarkan jantina, aliran dan bangsa.

Di samping itu, kajian telah membuktikan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan berdasarkan jantina. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan kajian Siti Zalina (2006) yang dilakukan terhadap kakitangan awam. Ini telah memberi makna bahawa faktor demografi jantina tidak memberi sebarang kesan terhadap nilai integriti dalam perkhidmatan awam. Manakala dapatan kajian yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan berdasarkan tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang agak bertentangan dengan dapatan kajian Siti Zalina (2006) yang melihat semua itu tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai integriti seseorang.Namun, dapatan kajian Jamiah et.al (2005) pula adalah sebaliknya di mana terdapat hubungan yang signifikan antara nilai integriti dengan penganugerahan perkhidmatan cemerlang.

Dalam teras memartabatkan profesion keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri. Paling penting, elemen integriti disebut sebagai salah satu elemen yang perlu diamalkan oleh para pendidik. Penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik amat penting untuk memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang luhur sekali gus mampu membentuk keperibadian pelajar yang berintegriti (Siti Rahayah, 2008).

25

Dalam dunia yang tanpa sempadan dan semakin mencabar ini, negara amat memerlukan modal insan berkualiti yang boleh menggalas aspirasi serta misi nasional ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 (Alimuddin, 2009). Dalam konteks ini, sebagai pendidik yang berdedikasi dan bersedia untuk menerima perubahan, guru ialah pemangkin kepada transformasi yang diperkenal dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran. Oleh itu, demi kepentingan pendidikan dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berketrampilan. Guru perlu mengenepikan kepentingan diri, berkhidmat dengan penuh jujur dan sentiasa menjaga integriti serta nama baik jabatan pendidikan.

Inventori Nilai Integriti amat diperlukan kerana negara kita sedang mengalami dekadensi moral dan etika yang parah (M.Kamal Hassan, 2004). Kajian Ismail.(2009) menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Sekiranya kepincangan moral dan etika tidak di atasi, kerajaan pasti tidak dapat mencapai segala visi dan hala tuju yang telah ditetapkan. Lantaran itu, penggunaan InNI perlu diperluaskan lagi bagi kegunaan dalam pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia khususnya di sektor kerajaan dan swasta (Jamiah et. al, 2005).

KESIMPULAN Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat didapati bahawa kajian telah mencapai objektif utama kajian. Kajian ini telah berjaya menjawab persoalan-persoalan utama kajian iaitu menentukan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran serta mencari hubungan antara nilai integriti guru dengan faktor demografi seperti jantina, tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang yang pernah di terima guru. Keputusan keseluruhan kajian menunjukkan nilai kebolehpercayaan item dan kebolehpercayaan individu adalah tinggi iaitu 1.00 dan 0.90. Kesahan konstruk yang didapati amat memuaskan untuk
26

membolehkannya diguna pakai dalam kajian mengukur integriti individu. Manakala, dari segi hubungan antara nilai integriti guru dengan faktor demografi mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan penganugerahan perkhidmtan cemerlang dengan nilai integriti guru. Oleh itu, Inventori Nilai Integriti adalah sesuai digunakan untuk mengukur nilai integriti individu staf di Malaysia.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Hj.Abdullah (2005). Analisis konsep-konsep asas dan falsafah pendidikan negara..Jurnal Pendidikan, 61(2) : 19-24. Adams, R.J. & Khoo,S.(1993).The interactive test analysis system . Quest. Hawthorn. Victoria. Alimuddin Mohd.Dom (2009) Outstanding Learders.Membina sekolah cemerlang. Putrajaya. JNM. Amir Hasaan Dawi (2002). Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak diperingkat sekolah rendah. Kertas projek yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Anastasia,A. (1982). Psychological Testing,5th ed. New York: Collier Mc Millan Publishing Company. Andrich, D. (2004). Controversi and the rasch model: a characteristic of incompatible paradigms. Journal of Medical Care 42(2) : 1-6 Anderson, Lorin.W.(1981).Assessing affective characteristics in the schools. Boston: Allyn and Bacon. Angku Bolkhizan (2009). Amalan etika kerja dalam perkhidmtan awam. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan.16 : 89-110. Azlina Mohd.Kassim (2008). Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stress kerja guru..Jurnal Teknologi, 48(6) : 33-47. Bond,T.G, & Fox, C.M. (2007). Applying the rasch model : Fundamental measurement in the human sciences. 2nd edn. Lawrence Erlbaum Associates, Mahwah, NJ. Chng & Chng (2009). Penentuan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur metakognitif dengan analisis Model Rasch.Paper presented at Conference on Scientific & Social Research. Mac 14-15. Ghazali (2002). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif. Jabatan Pendidikan Dan Pembangunan Maktab Perguruan Islam,Bangi. (Online report) http://www.Scribd.com/doc/Ghazali - Scribd.htm Oktober 18,2009.
27

Hamidah Sulaiman (2003, Februari 24). Keberkesanan teknik kemahiran belajar terhadap konsep kendiri.Seminar Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling (JPPK). Kuala Lumpur:Universiti Malaya. Diperolehi Mac 23, 2009, dari Digital Tesis Universiti Malaya. Hamidah Sulaiman, Siti Salina Abdullah, & Farrahdina Yusop (2006). Peranan ibu bapa dan guru dalam membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pencapaian akademik.Jurnal Masalah Pendidikan, 27(6) : 9-10. Hardingham, L.B. (2004). Integrity and moral residue:Nurses as participants in a moral community.Nursing Philosophy, 5(2), 127. Harris, W. G. (1997). Integrity. In J.J.C. Smart and Bernard Williams, Utilitarianism: For and Against New York: Cambridge, pp. 108117. Institut Tadbiran Awam Negara (1994). Citrakarya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Malaysia: Institut Tadbiran awam Negara. Ismail Sidek (2009).The understanding and implementation of values educations.Jurnal Pendidik Dan Pendidikan.13 :86-98. Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd.Noah,Amini Amir Abdullah, Norizan Yahaya,Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah (2005). Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti. Prosiding Seminar Kebangsaan Sumber Manusia 2005, Universiti Teknologi Malaysia di Hotel Sofitel,Senai,Johor Bahru. 2-3 Februari. Krathwohl, D.R, Bloom, B.S.and Masia (1988). Taxonomy Of Educational Objectives : The classififcation of educational goals. Handbook II; Affective Domain. New York: David Mckay. Kathy E.Green & Catherine G.F. (2002). Survey development and validation with the Rasch Model. Paper presented at International Conference on Questionnaire Development, Linarce, J.M. (2002). Understanding Rash measurement : optimizing rating scale category effectiveness.Journal Of Applied Measurement, 3 : 85 106. Mahathir Mohamed (1998). Petikn ucapan semasa melancarkan Gerakan pemantapan keutuhan system pengurusan pentadbiran kerajaan Malaysia, di Ibu Pejabat BPR Malaysia, Kuala Lumpur pada 8 Januari 1998. M.Kamal Hassan.2004. Kepincangan Nilai Dalam Masyarakat Global. Kolokium Pengukuhan Integriti, Institut Kefahaman Islam Malaysia. McBurney, D.H. (2007). Research Method, 6th ed., Belmot,CA : Wardswoeth / Thomson Learning. McCabe, D. L. (2000). Academic Integrity.Oakton Community College. Atas talian pada September 11,2009, dari http//www.oakton.edu

28

Mehrabian, A. (2000). Beyond IQ:Broad-based measurement of individual success potential or Emotional Intelligence.Genetic, Social & General Psychology Monographs,126(2), 133. Mohd.Izraudin Ismail (2004). Cabaran dan harapan dalam pendidikan menghadapi alaf baru. Bahagian Pendidikan Guru.Kementerian Pendidikan. Mohd.Johdi Salleh (2006). Peranan guru mencapai objektif sekolah rendah:perspektif guru besar.Jurnal Pendidik Dan Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.(atas talian) Oktober 2, 2009. http://www.utmjournals.com/doc/mohd Mohd.Johdi Salleh (2008).Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif persekolahan sekolah rendah.Jurnal Pendidikan.14(3) :1-4. Mohamad Sani (2007). Kesan integriti kepimpinan dan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dimensi kemanusiaan terhadap iklim proses organisasi. (atas talian), April 5,2009. http://www.Scribd.com/doc/TQM Muhammad fuad lee Abdullah (2006). Pengurusan integriti dan kelakuan beretika. Jurnal Pendidikan, 18(4),5-8. Mustafar Ali (2004). Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional Secara berkesan.Kolokium Pengukuhan Integriti,Institut kefahaman Islam Malaysia pada Jun 2004. Norazren Md.Dadi, Hassan Ashari & Muhd.Ruzman Mat Ali (2004).Tahap kompentasi pensyarah menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.(Online report) http://www.scribd.com/doc/norazren - Scribd.htm. Mac 12, 2009. Ones, D.S,, Viswesvaran, C. & Schmidt. F.L. (2003). Personality and absenteeism: A metaanalysis of integrity test Europian. Journal of Personality, 17(2), 19. Pomeranz, J.D., Byres, K.L., Moorhouse, M.D., Velozo, C.A., & Spitznogel R.J. (2008). Rasch analysis as a technique to examine the psychometric properties of a carrier ability placement survey subtest. Rehabilitation Counseling Bulletin 51(4). Sharifah Raudzah (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku pelajar dan hubungannya dengan personaliti pelajar. Jurnal Pendidikan, 12(4),4-7. Siti Rahayah Ariffin (2008). Inovasi dalam Pengukuran & Penilaian Pendidikan. Bangi. Siti Salina Ahmad (2004). Punca ketegangan guru matematik sekolah rendah.Universiti Utara Malaysia.(atas talian), Mac 4, 2009. http//www.Scribd.com/text/siti-salina Siti Zalina Ramli (2006). Iklim etika kerja dan tingkah laku etika di kalangan kakitangan perkhidmatan awam di Negeri Sembilan. UUM. (atas talian), Oktober 26, 2009. http//www.Scribd.com/doc/iklim-etika-kerja Scribd.htm. Trevino S.A.(1990). Bad Apple in Bad Barrel: A causal analysis of ethical decision-making behaviour.Journal of Applied Psychology.75, 378 385. Tun Zana (2008). Salah laku disiplin pelajar. (atas talian), http://wwwScribd.com/doc/490284/salah-laku - Scribd.htm.
29

August 29,

2009

Widang,I. & Fridlund, B.(2004). Self-respect,dignity and confidencr:conceptions of integrity among male patients.Journal of Advanced Nursing. 42(1), 47-50.

30

Você também pode gostar