Você está na página 1de 14

1.

PENDAHULUAN Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik adalah

amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran. Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciriciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak pengembangan pemikiran pelajar, iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang merangkumi proses penyelesaian masalah contohnya seperti memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya. Pengetahuan dalam matematik amatlah penting dalam kehidupan seharian terutama sekali dalam teknologi moden. Matematik juga sebenarnya telah diaplikasikan sebagai aktiviti kebudayaan yang berterusan tanpa kita sedari.

1.1 (i)

PERANAN MATEMATIK DALAM TEKNOLOGI MODEN Peranan Matematik Dalam Penciptaan Komputer Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan

untuk menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik, logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem. Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses data menjadi maklumat. Komputer boleh melaksanakan berjuta-juta perintah dengan cepat dan tepat dalam sesaat. Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alatalat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada
1

zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani. Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan. George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan memperkenalkan konsep simbol logik algebra dan True/False. asas kepada Beliau juga telah dalam

matematik

penggunan

merekabentuk litar logik dalam komputer. Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina The Difference Engine yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu Analytical Engine yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. Analytical Engine mempunyai ciriciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output. Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina arahanarahan pengiraan bagi mesin Analytical Engine. Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan Analytical Engine. Bahasa pengaturcaraan ADA diambil sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan. Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan di antara mesin Babbage ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa Hollerith dan mesin

elektrik manakala

Babbage menggunakan kuasa mekanikal. Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang

digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi
2

trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry

Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang

diperdagangkan secara komersil.

(ii)

Peranan Matematik Dalam Kejuruteraan Aeroangkasa Kejuruteraan ruang angkasa ialah cabang kejuruteraan yang berkenaan

dengan pesawat udara, kapal angkasa lepas, serta topik-topik berkait. Bidang ini sering kali digelarkan kejuruteraan penerbangan, terutamanya ketika merujuk hanya kepada pesawat udara, dan kejuruteraan astronautik ketika merujuk kepada kapal angkasa lepas. Dalam pembinaan kapal angkasa, peranan matematik adalah sangat penting dan menjadi salah satu asas pembinaan kapal angkasa yang canggih. Pengetahuan dan aplikasi matematik adalah sangat penting oleh sebab kebanyakan mata pelajaran dalam bidang kejuruteraan ruang angkasa melibatkan persamaan serta manipulasi dan penerbitan matematik, penguasaan matematik yang kukuh dan menyeluruh diperlukan untuk membolehkan pembelajaran yang berkesan terhadap modul-modul yang lain. Di antara fungsi atau peranan matematik dalam kejuruteraan aeroangkasa ini ialah dalam :

(a)

Kejuruteraan kawalan - kajian tentang pemodelan matematik untuk sistemsistem dan tentang perekaan bentuk supaya pesawat-pesawat akan bertindak dengan cara yang dikehendaki. Oleh sebab sistem kawalan penerbangan pesawat udara semakin rumit, bidang ini kini dikaji sebagai satu modul yang berasingan.

(b)

Risiko dan kebolehpercayaan iaitu kajian tentang risiko dan teknik penilaian kebolehpercayaan, serta matematik yang terlibat dan kaedah-kaedah kuantitatif.

(iii)

Matematik Dalam Permainan Roller Coaster Selain daripada gajet berteknologikan komputer, permainan canggih pada

zaman moden ini juga menggunakan hokum matematik dalam pembinaannya. Sebagai contoh, permainan Roller Coaster yang terdapat dalam taman hiburan atau fun fair yang sangat diminati oleh para pengunjung. Pelbagai cabang matematik digunakan bagi memastikan pembinaan Roller Coaster adalah selamat dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pertama sekali terdapat penggunaan ilmu kalkulus dalam pembinaan Roller Coaster. Pembinaan akan dimulakan dengan membuat cetakan biru (blue print), yang dihasilkan berdasarkan pelbagai persamaan matematik terutamanya fungsi kubik untuk cerun keatas ataupun kebawah yang terkandung dalam trek Roller Coaster. Di samping itu, adalah penting untuk mempunyai cetakan biru reka-bentuk Roller Coaster yang akan dibina bagi memudahkan pekerja pembinaan mengenalpasti jenis bahan serta kuantiti bahan, dari segi pecahan dan saiz. Dalam konteks ini ilmu kalkulus sebenarnya diaplikasikan bagi menetukan persamaan yang tepat bagi mewakili setiap segmen Roller Coaster.
4

Proses menentukan persamaan setiap satu segmen roller coaster ini adalah penting bagi menentukan setiap persamaan dapat dikaitkan kepada segmen seterusnya dengan tepat supaya keduanya bertemu dengan lancar. Konsep ini lebih mudah difahami dengan menggunakan contoh. Apabila terdapat dua fungsi kubik yang bersambung, kedua-duanya haruslah bersifat continuous dan boleh dibezakan pada tempat pertemuan jika tidak para penumpang akan mengalami perubahan kecerunan yang tajam atau mengejut pada titik pertemuan di antara dua fungsi kubik tadi dan ini juga boleh mengakibatkan kegelinciran gerabak roller coaster. Iaitu suatu keadaan yang berbahaya kepada keselamatan penumpang. Ini secara langsung menunjukkan kepentingan ilmu matematik iaitu kalkulus dalam pembinaan roller coaster bagi menjamin keselamatan para penumpangnya. Roller Coaster berkaitan dengan ilmu geometri Reka bentuk roller

coaster mengaplikasikan teori geometri dari pelbagai sudut. Antaranya adalah bagi proses proper bracing, muatan stuktur dan dalam sebilangan kes nilai kecantikan reka bentuk. Apabila

gerabak roller coaster sedang bergerak pada kelajuan permulaan di bahagian lift hill, disebabkan oleh chain lift. Bentuk bukit pertama dalam trek roller coaster selalunya berbentuk parabola ini selaras dengan pergerakan projektil gerabak. Lembah yang dihasilkan dalam bulatan kebanyakkan didapati bulatan. Bentuk-bentuk vertical adalah berbentuk clothoid dan seharusnya diselesaikan dengan menganggap setiap sesi mengandungi parabola, hiperbola dan bulatan. (iv) Peranan Matematik Dalam Peralatan Perubatan Bidang perubatan adalah bidang yang sangat penting di semua negara. Perubatan boleh menjamin kesihatan dan keselamatan. Ramai berpendapat, bidang perubatan hanya berkaitan dengan bidang sains. Namun harus disedari bahawa matematik turut memainkan
5

peranan

penting

terutama

sekali

membantu pesakit, jururawat dan doktor mengendalikan peralatan dengan lebih efisien. Sebagai contoh, penggunaan termometer telah memudahkan doktor untuk mengesan dengan cepat suhu badan pesakit. Selain itu, alat pengesan tekanan darah juga telah memberi kesan positif kepada pesakit yang mempunyai masalah tekanan darah. Alat itu boleh diperolehi daripada farmasi. Oleh yang demikian, pesakit boleh memeriksa sendiri tekanan darah mereka pada bila-bila masa dan cuba mengawasi tekanan sendiri. Alat itu menggunakan nombor agar mudah difahami dan dibaca.

1.2

MATEMATIK SEBAGAI AKTIVITI KEBUDAYAAN YANG BERTERUSAN Terdapat banyak stigma yang mengatakan bahawa orang Melayu tidak

mempunyai pemikiran dan kemahiran sains dan matematik seperti bangsa lain. Rata-rata orang Melayu sendiri mengiyakan dakwaan ini dan mengakui bahawa mereka memang tidak pandai di dalam bidang sains dan matematik. Kesenian menganyam memerlukan banyak kemahiran sains dan matematik untuk

menghasilkan kombinasi motif dan corak yang indah dan simetri. Semua ini memerlukan pemikiran dan kebijaksanaan di dalam ilmu sains dan matematik itu sendiri di dalam proses untuk menghasilkankannya. (i) Seni Anyaman

Seni anyaman mempamerkan budaya dan cara hidup orang-orang melayu dahulu kala. Penghasilan sesuatu produk rotan bukanlah perkara yang mudah bagi orang dahulu kala. Bahan mentahnya, iaitu rotan, hanya didapati di dalam hutan belantara. Sepanjang menghasilkan anyaman ini, kemahiran matematik sangatlah penting. Pembuat bukan sahaja perlu mengira rotan yang perlu digunakan tetapi
6

juga perlu mengukur panjang atau diameter setiap rotan. Diameter rotan penting untuk menentukan mata pisau yang akan digunakan untuk setiap peringkat memotong rotan. Rotan akan diukur diameternya sekali lagi kerana saiz rotan mengecil apabila kulit luarnya dibuang. Mata pisau yang sesuai dengan saiz baru rotan digunakan untuk mendapat jumlah maksimum penjalin rotan. Semasa proses ini bahagian tengah rotan yang dipanggil hati rotan akan diproses sekali lagi untuk mendapatkan beberapa lagi bilah rotan penjalin. Sebagai contoh rotan yang berdiameter 9mm boleh menghasilkan lapan bilah rotan penjalin semasa peringkat pertama proses memotongnya dan empat lagi semasa proses kedua. Bahagian paling dalam pada batang rotan akan diproses untuk digunakan sebagai struktur tiang pada produk rotan yang bakal dihasilkan. Pada keseluruhannya, hanya sedikit sahaja bahagian rotan yang tidak boleh digunakan. Masyarakat Melayu dahulu tidak didedahkan kepada sebarang teknologi moden dalam menghasilkan produk mereka. Pengetahuan mereka adalah berasaskan apa yang diturunkan oleh nenek moyang mereka selain dari penerokaan melalui trial and error dan pengalaman konkrit yang dilalui. Latihan tidak formal ini telah memungkinkan mereka merekacipta dan membentuk produk yang bukan hanya sesuai untuk kegunaan harian mereka malah merupakan penciptaan yang kreatif dan penuh daya estetika. Disebalik kreativiti dan nilai estetika yang terpancar pada sesuatu produk hasil anyaman, tidak dinafikan bahawa ia terhasil dari pemikiran penggubahnya dan proses-proses tertentu yang perlu dilalui untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Produk anyaman yang terhasil sudah cukup membuktikan bahawa masyarakat melayu mempunyai daya pemikiran yang bukan hanya mampu mengenalpasti bahan dan proses malah menjalankan perkiraan mental (mental arithmetic) secara tepat dan terperinci dan menaakul secara saintifik didalam penghasilan produk berasaskan rotan. Jika diteliti secara mendalam pemikiran saintifik dan matematik masyarakat melayu sememangnya tersirat di dalam gubahan dan corak yang sangat halus dan berseni yang dihasilkan.

(ii)

Catatan Hari Penting dalam Kalendar Tahunan Pada zaman sekarang, manusia tidak mampu untuk hidup aman dan damai

tanpa matematik. Matematik tetap menjadi suatu ilmu yang sangat penting dalam

kehidupan seharian setiap manusia. Antara contoh kepentingan matematik ialah penggunaan masa, wang ringgit dan juga calendar. 3 perkara tersebut tidak mungkin manusia dapat lakukan tanpa ilmu matematik. Penggunaan masa dan calendar menekankan konsep nombor, manakala wang ringgit menekankan konsep operasi asas dalam matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Matematik digunakan dalam

penentuan bilangan hari seperti mana yang kita ketahui sekarang. Setahun mempunyai 365 hari manakala sebulan mempunyai purata 30 hari. Sebenarnya bilangan hari ini ditentukan hasil kajian dalam bidang matematik dan astronomi. Pengkaji pada masa silam membuat perkiraan tentang putaran bumi mengelilingi matahari dan memdapati bumi mengambil 365 hari untuk mengelilingi matahari. Oleh yang demikian, mereka menetapkan setahun mempunyai 365 hari manakala setiap 4 tahun sekali, setahun mempunyai 366 hari dimana setiap hari pada tahun sebelumnya dikumpulkan bersama. Begitu juga dengan bilangan hari dalam sebulan. Bilangan ini sebenarnya merupakan bilangan hari bulan mengelilingi bumi. Dapat kita lihat disini bahawa konsep nombor membawa impak yang cukup besar dalam teknologi masa silam. Selain itu, konsep integer juga memainkan peranan penting terutama dalam kes penentuan hari dalam setahun. Kalendar adalah menggunakan kemahiran matematik yang sangat berguna. Budaya menetapkan hari-hari penting dalam calendar telah menjadi cara hidup masyarakat pada masa sekarang. Dengan adanya calendar, setiap acara itu telah dirancang seawal mungkin sebagai persediaan menjelang hari penting yang ditetapkan. Contohnya dalam penetapan tarikh Sukan Olimpik Dunia, Hari Kanakkanak Sedunia mahupun hari pertabalan raja-raja dan sultan di negara kita. Dengan pengiraan dan penggunaan calendar ini, biasanya perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana hari persediaan yang dibuat mencukupi.

(iii)

Aktiviti Perniagaan Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi

kepentingannya yang tersendiri kepada individu.Seperti yang kita tahu dalam kehidupan seharian, matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Bagaimana perniagaan detik,setiap waktu, dan setiap saat? saham boleh naik turun setiap yang berperanan untuk

Matematik

menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh negara. Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan terbantutlah pemikiran manusia kerana penyelesaian masalah dalam matematik yang memberi keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang kita tahu,setiap pemegang saham sesuatu syarikat pasti mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti kekurangan bayaran saham, dan sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, implikasinya pasti sangat besar dan memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Itulah kepentingan penyelesaian masalah dalam matematik. Sesuatu urusan kehidupan manusia pasti akan dapat diuruskan dengan efektif dan lancar . Antara pemikir yang menyumbangkan kepada keberkesanan penyelesaian masalah matematik ialah George Polya yang telah mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah matematik yang bukan hanya boleh digunakanb untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita hadapi dalam kehidupan seharian. Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan. Bayangkan,seorang penjual aiskrim bergerak juga akan menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan pelanggan yang ramai. Itulah kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar kerana pada waktu yang sama, penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran mengiranya setiap kali dia berurusniaga dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya dia menjual ais krim yang beharga pelbagai harga dan sebagai contoh, Aiskrim yang berharga RM1.20 dan aiskrim ini yang menjadi sambutan kanak-kanak. Oleh itu, peniaga ini seharusnya sudah memikirkan untuk menukar syiling yang banyak kerana banyak syiling

diperlukan untuk dipulangkan kepada pelanggan. Secara tidak langsung, penjual aiskrim sudah belajar cara memulangkan baki kepada pelanggan.Ramai peniaga peniaga yang wujud di dunia ini tidak pandai menulis tapi pandai mengira dengan lancarnya.Itulah kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud praktikal jika diamalkan selalu.

(iv)

Aktiviti ekonomi Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek

perubahan ekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan kos taraf hidup manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu masalah matematik yang diurus secara langsung oleh setiap individu yang menghadfapi masalah ini. Harga minyak di Malaysia yang semakin naik setiap tahun adalah salah satu contoh terbaik untuk perubahan kesan daripada faktor ekonomi negara Mesir yang menghadapi krisis pemberontakan. Harga minyak Petrol RON 97 seliter yang naik 10 sen pada harga pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan serta merta pada awal Februari yang lalu. Oleh itu, sebagai seorang yang boleh berfikir dan boleh merancang perbelanjaaan diri kita perlu mengelakkan dan merancang penggunaan wang kita agar tidak berlaku masalah kewangan yang akan membebankan kita. Ini adalah salah satu kepentingan matematik dalam kehidupan seharian ,iaitu diajar untuk menerima arus perubahan sedia ada supaya tidak mengalami kejutan budaya dan berusaha untuk mencapai standard individu yang berkualiti dari segi intelek. Bayangkan jika kita kehidupan tanpa nombor? Manusia mungkin tidak boleh melakukan pengiraan terhadap sesuatu. Matematik wujud ke arah kepentingan yang paling umum dan menjadi rutin yang sebati dalam kehidupan ialah ia membantu
10

untuk memudahkan kehidupan seharian dengan kewujudan Matematik dalam kehidupan.dan ia sudah sebati dalam konteks kehidupan manusia.Proses jual beli yang berlaku pada setiap kedai yang wujud di seluruh dunia.Kewujudannya yang meluas yang menyebarkan perdagangan ke seluruh dunia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana pedagang pedagang Arab yang sanggup berdagang ke Tanah Melayu untuk berdagang rempah ratus dan pada waktu yang lalu,mereka hanya menggunakan duit kupang sebagai nilai emas mereka. Bukan sahaja itu, sekiranya matematik tidak wujud, wujudkah lagi bank di dalam dunia? Itulah menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang penting tentang kepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik seperti akaun, fizik, kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk mahir dalam subjek ini. Oleh itu,pakar pakar Intelek mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang peting yang membawa kepada kecerdasan otak kiri yang menjadikan seorang itu cenderung untuk melakukan kira kira iaitu Abacos sebagai contoh teknik mengira yang paling kreatif di dalam dunia dan banyak pakar matematik yang wujud disebabkan kaedah Abacos ini. Kaedah ini membantu ramai individu di dalam penyelesaian masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

(v)

Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Bantuan Perbelanjaan adalah kegiatan yang perlu dikawal dan dirancang dengan teliti.

Perbelanjaan selalunya membabitkan mereka yang telah berkeluarga ataupun mempunyai keluarga yang besar. Sudah menjadi kebiasaan kepada setiap ketua keluarga atau surirumah untuk memastikan perbelanjaan harian dan bulanan mencukupi berdasarkan pendapatan bulanan yang diperolehi. Menggangar

perbelanjaan bukan tugas mudah. Selepas menyenaraikan barang keperluan, kita perlu menganggar jumlah harga yang perlu dibayar. Sekiranya terdapat lebihan perbelanjaan, maka suatu barang mungkin dikurangkan untuk mengelakkan pembaziran atau mengurangkan bajet. Menganngar perbelajaaan adalah suatu budaya dalam masyarakat tanpa mengira kaum di negara ini. Kita tidak perlukan kelulusan yang tinggi untuk membuat anggaran perbelanjaan tetapi cukup dengan pengetahuan ilmu matematik tambah, tolak, darab dan bahagi.

11

Begitu juga dengan agihan bantuan negara kepada golongan yang memerlukan di negara kita. Agihan pendapatan ini merupakan suatu budaya di Malaysia untuk membantu golongan yang kurang mampu bersama-sama menikmati hasil negara. Tugas mengagih bantuan ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan memerlukan pengiraan bajet yang besar serta tepat bagi memastikan tidak berlaku kesilapan semasa mengeluarkan bajet. Peranan matematik dalam perbelanjaan sangat penting kerana setiap kesilapan dalam pengiraan boleh menyebabkan orang yang sepatutnya menerima bantuan, tercicir atau tidak mendapat agihan. Kita boleh mendengar agihan bantuan ini sama ada dalam paparan bursa-bursa saham di kaca televisyen, siaran berita ekonomi mahupun dalam pembentangan bajet tahunan oleh Perdana Menteri.

12

1.3

KESIMPULAN Sekiranya kita sedar bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkan

teori malah perlu praktikal selalu supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satu disiplin penting kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melalui pendekatan penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan. Peranan matematik dalam mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang lebih baik dari pengajaran kemahiran tanpa konteks tersebut memberikan penyelesaian masalah nilai khusus sebagai salah satu cara untuk belajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan kemahiran yang telah diperoleh. Mendekati matematik melalui penyelesaian masalah dapat mencipta konteks yang mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik daripada memperlakukannya. Penyelesaian masalah menjadi fokus utama dalam matematik kerana ia bukan sahaja berguna untuk keperluan aktiviti seharian malah mempunyai peranan besar dalam penggunaan teknologi moden. Selain itu ,ia juga dapat membantu orang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan masalah tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain dari kehidupan mereka. Matematik pada masa kini bukan sahaja sebagai pelajaran wajib di sekolah tetapi menjadi salah satu budaya masyarakat kita yang sememangnya sudah tidak boleh lari dari penggunaan nombor dalam semua aktiviti seharian.

13

RUJUKAN

Balka.P.S.(1996). Characteristics Of Understanding Secondary School Mathematic Teacher. School Science and Mathematic. Vol.86 (4). Apr.1986. m.s.322-325. Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti. Fakhrur Razi B Ahmad (2008). Pembangunan Majalah Web Kesenian, Isu Semasa dan E-forum Matematik. UTM Skudai: Laporan Projek Sarjana Muda.Gardner M. (1983). Greeno. J.G.(1977). Process Of Understanding In Solving Problem. Castelian Jr,(Ed), Cognitive Theory, Vol.II. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. Wheels, Life and Other Mathematical Amusemenst. W. H. Freeman and Company,New York. http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2010/april-2010/592-fokus/725fungsi-matematik http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/03/subjek-matematik-fungsiperanannya.html http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gunacarakreatiftarikminatpelajar/Article http://jaimirahman.tripod.com/sejarah.html http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-dan-matematikdalam.html http://www.oocities.org/uranus_stewart/ilmiahlysta.htm

14

Você também pode gostar