Você está na página 1de 11

Pengenalan Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua

terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Mempunyai keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya. Sabah juga dikenali sebagai "Negeri Di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut. Asal usul nama "Sabah" diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai 'pisang saba' atau dipanggil "SABBAH" atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau. Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum. Sebuah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Kepelbagaian suku kaum di Sabah amat unik. Masyarakat Bajau merupakan masyarakat

pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Kebanyakkan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Perkataan 'Bajau' bermaksud "berjauhan". Hal ini demikian kerana pada masa dahulu orang Bajau sentiasa berada di laut iaitu 'berjauhan' dari darat. Suku kaum Bajau juga dikenali sebagai 'sama' atau 'a'sama dan 'pala'u. Masyarakat Bajau tinggal di persisir pantai di timur dan barat daya Sabah hingga ke Teluk Kimanis di bahagian barat. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat. Bajau Laut dikenali sebagai 'pala'u' dan tinggal di Timur Sabah. Bajau Darat pula dikenali sebagai 'sama atau a'sama' dan menetap di bahagian Barat Sabah. Masing-masing bertutur dalam dialek yang berbeza. Sumber ekonomi suku kaum ini bergantung kepada hasil laut dan hasil pertanian. Orang Bajau Darat terutamanya di Kota Belud bekerja dalam bidang pertanian, penternakan binatang, perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan sebagainya, manakala Bajau Laut amat terkenal sebagai pelaut dan nelayan serta mahir dalam pembinaan dan pengendalian perahu dan pengumpulan hasil laut. Ini menunjukkan, Orang Bajau Darat Sabah mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi berbanding Bajau Pantai Timur. Walaubagaimanapun orang-orang

Bajau di Pantai Timur ini kebanyakkannya telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Hanya segelintir daripada mereka masih lagi tinggal di dalam perahu yang merantau ke sana sini iaitu Lepa. Selain itu mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai

diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualiti serta senang didapati dan menjadi tarikan pelancong yang singgah di Kota

Belud.

Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka PIS iaitu kain dastar

ikat kepala yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau , oren, emas dan putih. Kain PIS yang ditenun harganya mahal dan pada masa dahulu ianya dijual secara tukaran barang. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan. Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Faktor-faktor Kepelbagaian Sosio Budaya Masyarakat Bajau

i) Kelas Sosial Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka boleh dibahagikan kepada kaum Bajau Pantai Barat yang

menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar. Manakala kaum Bajau Pantai Timur pula menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Masyarakat Bajau kebanyakkannya beragama Islam. Terdapat sekurang-kurangnya 26 atau lebih sub-suku Bajau yang ada di Sabah dan selatan Filipina. Antara sub-suku tersebut ialah Bian, Sallogan, Sapa', Sikubung, Sapa'-sapa', Tando'Bas. Basbas, Tando;Banak, Ungus Matata, Lo'ok Nato', Kohek, Bannaran, Sitangkai, Simunul, Sibutu', Pangutaran, Siasi, Laminusa, Larapan, Musu', Manubal, Pala'u, Kota Belud (Penduduk di sini memanggil diri mereka sebagai Sama dan tidak ada perbezaan ketara di antara bahasa mereka dan orang Sama), Sama (Pantai Barat Sabah), Sisangat, Siamal, Tabawan, Kagayan, Bangingi'

(Balagnini atau Balangingi), Tatabuan-Kaniogan. Masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti "sea gypsies (Panglima Dilaut)". Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut). Bajau yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula terkenal di seluruh dunia sebagai "cowboy of the east" kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok

tandingannya. Kemahiran mereka menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Kobor Timur" atau " Koboi Sabah". Semasa dalam pesta dan hari perayaan,

penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggangnya juga. Kerana keberanian serta kekentalan

semangat yang ada dalam jiwa mereka sejak turun temurun itu orang Bajau sering dikaitkan dengan wira yang memiliki darah kepahlawanan. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, ramai masyarakat Bajau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia. ii) Bahasa Di Sabah, 6 bahasa Bajau digunakan dan semuanya berasal daripada rumpun keluarga Sama - Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula

mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan

daripada kata akar

Sama dengan menerima sisipan - in - sehingga membentuk sinama yang

bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-

kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Bahasa Bajau di selatan Filipina juga menuturkan bahasa yang sama, walaubagaimanapun terdapat sedikit perbezaan di

antara bahasa kaum Bajau di sebelah pantai barat dan pantai timur Sabah, dari segi sebutan tetapi masih mengekalkan makna yang sama. 60% bahasa Bajau adalah bahasa Melayu. Apa yang pasti, kebanyakan orang tua-tua suku kaum Bajau dahulu amat sukar apabila menyebut perkataan yang ada huruf 'R' ,'C' dan 'J'. Contohnya 'NUR' menjadi 'NUL', ' SABAR ' menjadi ' SABAL', 'SYUKUR' menjadi ' SUKUL', ' CUKUP ' menjadi ' SUKUP ' , ' CAWAN ' menjadi ' SAWAN ' , ' ZAMAN' menjadi ' JAMAN ' , ' ZIP ' menjadi ' JIP ' dan banyak lagi. Bajau Kudat adalah suku Bajau yang agak unik. Bajau Kudat yang asli adalah

gabungan daripada sub etnik Bajau iaitu etnik suku Banadan, Danauan serta Kagayan dengan etnik suku orang Suluk. Oleh itu Bajau Kudat yang asli menuturkan kedua-dua bahasa iaitu

bahasa Bajau Banadan dan Bahasa Suluk sebagai bahasa harian mereka dan mereka juga dikenali sebagai Bajau Suluk. Walaubagaimanapun, Bajau Suluk merupakan sub suku yang paling sedikit dalam etnik Bajau dan menyebabkan mereka kurang dikenali ramai. Namun darah pahlawan mereka seperti mat salleh dan Raja Islam Sulu menyebabkan mereka menjadi

rujukan untuk menyelesaikan masalah. Kini keturunan suku Bajau Suluk masih dikenali dengan kelebihan seperti bijak, pandai, cantik berbanding sub-etnik Bajau lain. Satu lagi ciri unik Bajau Kudat ialah rata-rata golongan tua dari suku kaum ini mampu menuturkan lebih dari dua bahasa persukuan di Sabah. Mereka mampu bercakap dengan fasih dan lancar bahasa suku-suku sub-etnik Bajau seperti bahasa Banadan, bahasa Kagayan,

bahasa Bajau Samah (Bajau Kota Belud) dan bahasa-bahasa etnik suku Suluk, Sungai dan Rungus. Selain daripada itu terdapat juga suku kaum yang dikenali sebagai Bajau Laut. Suku kaum ini agak unik kerana bahasanya sama seratus peratus dengan Bajau Samah di Kota Belud tetapi bahasanya agak kasar. Misalnya ikan disebut DAEYANG (Bajau Laut) DE'ING ( Bajau Kota Belud. iii) Kepercayaan Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian. Walaupun ramai yang telah memeluk agama Islam, namun demikian beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta

kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah wanita hamil tidak dibenarkan berjalan pada waktu malam untuk mengelakkan gangguan makhluk-makhluk halus. Wanita yang hamil ini juga tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana mereka percaya ia akan menyukarkan proses ketika kelahiran kelak. Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dikhuatiri tembuni akan terus mati terutama bagi kandungan sulung. Memarut kelapa dan menyentuh santan juga tidak dibenarkan kerana dibimbangi akan menghadapi kesulitan semasa bersalin. Sekiranya berlaku kematian, wanita hamil tidak dibenarkan mengunjunginya kerana bimbang anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit yang dikenali sebagai ketimbaluan. Di samping pantang-larang diatas, terdapat pantang-larang lain yang diamalkan sewaktu bersalin. Apabila tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, diletakkan duri dan benda-benda tajam

seperti besi atau parang untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan mengikatnya dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang dipasangkan. Bahan-bahan beserta

sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberikan kepada bidan. Setelah diikat pusatnya , bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan di telinganya. Semasa azan diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah dia boleh menyusu. Selain itu tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni biasanya dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Umumnya, masyarakat Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi pada masa menyambut Maulud Nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Beberapa barangan tertentu digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang terdiri daripada sebekas air, seikat kayu yang sederhana

besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda. Dalam menjalankan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan

Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah. Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat Dalam adat istiadat perkahwinan kaum Bajau, kebanyakan

monogami daripada poligami.

perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka. Pun

begitu, mereka tida boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim. Jika berlaku maka perkahwinan itu dianggap sumbang serta akan mendatangkan sial. Masyarakat Bajau amat teliti dengan perlaksanaan sesuatu majlis perkahwinan. Mereka percaya perkahwinan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa. Pada hari pertama, sambutan disambut secara maglami-lami (beramai-ramai). Kaum kerabat dan tetamu akan berkumpul untuk menjamu selera, sambil berzikir dan biasanya nasi kunyit bersama lauknya dan kuih panyam disediakan ( bagi memperingati nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia). Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggal dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggungjawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui

upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat. Selain itu mengikut kepercayaan orang Bajau, mereka mesti menangisi kematian

tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Satu lagi adat yang menarik ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau

percaya mayat akan didatangi 'Balan-balan' dalam tempoh tersebut. Masyarakat Bajau percaya "Balan-balan" merupakan sejenis lembaga yang berasal dariapada manusia yang tersalah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu itu supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mentera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. miang. Kemudian badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan

Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil

membawa keluar segala isi tubuh dan perut. Balan-balan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari. Balan-balan suka menjilat darah pada uri perempuan bersalin. manusia. Ia juga dikatakan akan menyerang dan menghisap darah

Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang

mayat dan memakan segala organ dalam tubuh mayat terutama hati. Pengamal ilmu ini tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua benda ini akan menyebabkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru di halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang berduri dan benda-benda tajam seperti buluh.

Adat Resam Masyarakat Bajau.

Masyarakat Bajau mempunyai adat istiadat perkahwinan yang tersendiri.

Walau

bagaimanapun adat istiadat perkahwinan kaum Bajau mempunyai persamaan dengan adat istiadat perkahwinan kaum Melayu. Suatu ketika dahulu, majlis perkahwinan Bajau

berlangsung selama satu hari, satu malam. Sebaliknya pada ketika ini, majlis berlangsung selama dua hari satu malam.

i) Merisik Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. Seorang wakil dilantik bagi menemui keluarga gadis. Setelah pasti

bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan sepadan dengan keinginan pihak lelaki barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan

ii) Meminang Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis dinamakan seruan. Dalam majlis ini, pihak lelaki membaca sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki akan menghantar semua barang yang telah dijanjikan dalam majlis seruan kepada pihak perempuan. Pada ketika inilah tarikh perkahwinan akan ditetapkan. Pihak keluarga perempuan akan

menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga yang biasa. Mas kahwin dan hadiah sampingan akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.

iii) Majlis Perkahwinan Pengantin Bajau Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan

majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis 'betitik' diadakan yakni kulintangan, gong, bebandil dan gendang di

memainkan alat muzik yang terdiri daripada

kediaman kedua-dua belah pihak. Pukulan 'Betitik' seolah-olah turut berperanan mengingatkan dan mengwar-warkan tentang sesuatu majlis perkahwinan. Majlis ini berlangsung sehingga

larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenali sebagai 'berunsai'. 'Berunsai' adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belud, Sabah. memerlukan enam hingga lapan orang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini

Tarian ini menjadi

bertambah meriah apabila diserikan dengan 'kalang' iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan. Gerakan asas bagi tarian ini adalah gerakan kaki mengikut lagu-lagu yang mereka nyanyikan. Tidak memerlukan iringan muzik dan ditarikan di hari-hari perkahwinan. Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari

perkahwinan pula, pengantin dihias dengan pakaian baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan 'serempak' iaitu sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad. Ketibaan pengantin lelaki disambut dengan beberapa das tembakan sebagai alu-aluan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Setelah selesai upacara pernikahan, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain selendang dan dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki diiringi oleh pukulan tagungguk dan nyanyian jamjam. Apabila rombongan pihak lelaki semakin hampir, pihak perempuan akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi pengantin perempuan daripada penglihatan pengantin lelaki. Beberapa syarat dikenakan kepada pengantin lelaki jika ingin melihat pengantin

perempuan di sebalik tirai itu. Jika pihak pengantin perempuan menutup pintu, maka pihak pengantin lelaki perlulah membayar wang tebus pintu atau dipanggil kaukaban lawang. Biasanya pengantin perempuan akan duduk dipelamin dan menunggu suaminya di sebalik tiga lapis tirai. Tirai itu perlu dibuka selapis demi selapis dengan disertai magjam-jam. Setiap tabir

itu hanya akan dibuka setelah dibayar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan. Setelah tirai yang terakhir dibuka, pengantin lelaki perlulah memutarkan kain selendang yang diberikan kepadanya tadi sebanyak tiga pusingan di atas kepala pengantin perempuan. Kemudian, penganti lelaki tadi perlulah menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jari tangan kanannya. Proses ini dikenali sebagai tutukan yang sama seperti proses membatalkan air sembahyang dalam perkahwinan Melayu. bertemu dan bersalaman dengan tetamu. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk

Selepas majlis persandingan, pengantin lelaki akan terus tinggal di rumah pengantin perempuan selama tiga malam. Dalam tempoh itu, ahli-ahli agama akan bergilir-gilir

memberikan nasihat tentang rukun berumahtangga, persefahaman suami isteri dan lain-lain nasihat yang dirasakan perlu. Setelah tiga malam ibu bapa pengantin lelaki akan datang dan meminta izin dari besannya untuk menjemput pasangan pengantin baru itu berpindah ke rumah mereka. Perpindahan itu dikenali sebagai tingkuang. Pasangan pengantin baru itu kemudian boleh terus tinggal di rumah pengantin lelaki buat selama-lamanya , jika mereka mahu. Kelahiran Dalam masyarakat Bajau, kehamilan dan kelahiran dilihat sebagai krisis hidup yang paling penting dalam edaran hidup seseorang dan dengan itu harus diberi perhatian yang sepenuhnya. Terdapat persamaan ketara dalam adat resam kelahiran antara masayarakat Bajau dengan masyarakat Melayu. Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan dan melenggang perut.

i) Sewaktu mengandung Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut. Apabila sudah genap tujuh bulan

mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan ain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas dulang yang telah diisikan segantang padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan dilahirkan. Dulang tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur wanita berkenaan sehingga bayinya lahir. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas tersebut

melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelapa tersebut.

Lazimnya tanda kelahiran ini diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan untuk anak-anak berikutnya. Wanita hamil ini juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan.

ii) Selepas kelahiran Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga ke hari 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke empat puluh empat. Si ibu tidak boleh makan

sembarangan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin. Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak

berwarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya

menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut. Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh

bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundang di kalangan masyarakat Bajau. Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Kematian Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak

perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Bagi adat kematian pula, semasa kematian apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca

dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Berbalik pada adat

mengawal kubur masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah 'pasang', congkak, daun terup dan sebagainya. Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam.

Você também pode gostar