Você está na página 1de 4

Perang Candu Pengenalan Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali sebagai

Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam hubungan antara China dan British. Hubungan antara mereka tetap runcing sehingga mengekibatkan peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow. Sebab-sebab 1. Kelemahan Perjanjian Nanking Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F. Beers mendakwa kelemahan Perjanjian Nanking merupakan faktor utama meletuskan peperangan yang kedua antara China dengan British pada 1856-1860. Keengganan China untuk mematuhi syaratsyarat Perjanjian Nanking dan tindakan British untuk memaksa China mematuhinya serta menuntut keistimewaan-keistimewaan tambahan telah meruncingkan hubungan antara China dan British. a. Masalah Amoy dan Ningpo Mengikut Perjanjian Nanking 1842, China membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Walau bagaimanapun, selepas perjanjian tersebut ditandatangani, British mendapati Amoy dan Ningpo tidak sesuai dari segi perdagangan. Oleh itu, mereka telah mendesak China menukar pelabuhan-pelabuhan tersebut dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih sesuai. Selain itu, British berhasrat untuk mengembangkan kegiatan perdagangan ke seluruh China. Mereka tidak mahu kegiatan perdagangan hanya tertumpu di 5 pelabuhan perjanjian. Oleh itu, mereka telah mendesak China membuka lebih banyak pelabuhan kepada pedagang asing. Kehendak British tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat. Keengganan China untuk memenuhi

kehendak British dan tindakan British untuk memaksa China memenuhi tuntutan mereka sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dan British. b. Masalah Canton dan Foochow Mengikut Perjanjian Nanking, pedagang-pedagang asing diberi kebebasan berdagang di kesemua 5 pelabuhan perjanjian. Walau bagaimanapun, pedagang-pedagang asing masih lagi dikenakan sekatan-sekatan dan tekanan-tekanan terutamanya di Canton dan Foochow. Keadaan ini berlaku kerana sikap anti asing penduduk tempatan lebih-lebih lagi kerana mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana yang merasai kepentingan mereka terjejas akibat kehadiran barat. Selain itu, Maharaja China yang baru menaiki takhta pada 1850 iaitu Hsien Feng dan Pesuruhjaya Tinggi China yang baru dilantik pada 1852 iaitu Yeh Ming Chen juga bersikap anti asing. Penduduk-penduduk tempatan telah memulaukan barang-barang barat. Selain itu, berlaku di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan kapal perang British membedil Canton. Sebagai tindak balas, pihak China telah membunuh 6 orang rakyat British. Peristiwa ini sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dengan British. c. Masalah candu Orang-orang cina mendakwa peperangan British dengan China 1839-1842 berlaku kerana masalah candu. Walau bagaimanapun, Perjanjian Nanking, tidak terdapat sebarang syarat yang berkaitan dengan perdagangan candu. Candu terus dibawa masuk ke negeri China dengan kadar yang lebih banyak. Kemasukan candu menjejaskan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi, banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial pula, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China yang menjadi penagih candu. Desakan China supaya British menghentikan perdagangan candu dan keengganan British mematuhi arahan China telah meruncingkan hubungan antara mereka.

d.

Cohong Mengikut Perjanjian Nanking, sistem monopoli cohong dalam perdagangan asing

dihapuskan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1840-an dan 1850-an terdapat usaha pihak penguasa China untuk menghidupkan kembali sistem cohong di mana bekas anggota cohong diberi monopoli dalam perdagangan teh. Tindakan ini mendapat bantahan pedagangpedagang asing terutamanya pedagang British kerana mereka menganggap kewujudan semula sistem cohong akan menjejaskan perdagangan asing, lebih-lebih lagi ramai di antara mereka terlibat dalam perdagangan teh. e. Hubungan diplomatik Mengikut Perjanjian Nanking, China bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa barat atas dasar sama taraf. Syarat ini kemudiannya tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap tindakan tersebut akan menjatuhkan maruah China. Orang-orang China masih menganggap negara China sebagai Middle Kingdom atau Chung Kao" yang lebih bertamadun. Orang-orang asing masih dianggap sebagai barbarian, gasar atau fan kwae iaitu hantu-hantu asing yang tidak bertamadun. Kedatangan orang asing masih lagi dianggap sebagai kehadiran wakil negara pembayar ufti yang mahu tunduk di bawah kekuasaan China. Pada 1849, Setiausaha Luar British Lord Palmerston telah mengutus surat kepada Maharaja Toa Kuang mendesak China mewujudkan hubungan diplomatik dengan British. Walau bagaimanapun, surat ini tidak mendapat layanan pihak China. Sehingga tahun 1856, tidak terdapat sebarang kuasa barat yang berjaya mewujudkan diplomatik dengan China. f. Krisis ekonomi Perang Candu pertama telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi masalah ekonomi, China

telah merayu supaya British mengurangkan ganti rugi. Keengganan British telah menjejaskan hubungan antara mereka. g. Mambaharui perjanjian Bila Brtitish menyedari China tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat Perjanjian Nanking, mereka telah mendesak China supaya diadakan rundingan bagi mengkaji semua syarat-syarat Perjanjian Nanking. Tindakan ini diambil kerana British dipengaruhi oleh syarat Perjanjian Wanghsia 3 Julai 1844 antara China dengan Amerika dan Perjanjian Whampoa 24 Oktober 1844 antara China dengan Perancis yang menegaskan perjanjian-perjanjian tersebut akan dikaji semula dalam tempoh 12 tahun. British menuntut keistimewaan ini berdasarkan prinsip layanan negara yang diutamakan. Sekiranya keistimewaan ini dinikmati oleh British, bermakna Perjanjian Nanking perlu dikaji semula pada 1854. British mahu mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Nanking dengan tujuan untuk mendapatkan keistimewaankeistimewaan tambahan seperti kebebasan berdagang di kawasan pedalaman, Bandar-bandar serta pelabuhan-pelabuhan di pinggir pantai dan juga untuk menempatkan perwakilan diplomatik di Peking. Desakan British supaya China mengkaji semula syarat Perjanjian Nanking dan keengganan China untuk memenuhi kehendak tersebut telah meruncingkan hubungan antara mereka. Pihak China telah mendakwa negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat.

Você também pode gostar