Você está na página 1de 37

1

1. PENDAHULUAN

Islam menjadikan khutbah salah satu daripada fardhu solat Jumaat dan orang akan
mendengar khutbah sekali dalam setiap minggu dan masjid merupakan tempat dimana
khatib atau jurubicara khutbah itu menyampaikan khutbah pada setiap minggu. Khutbah
adalah merupakan senjata dakwah Islamiyyah yang menyeru kepada Islam dan ianya
adalah merupakan suatu bentuk pengucapan awam yang berunsur pendidikan untuk
menyampaikan pokok-pokok ajaran Islam melalui pengantaraan khatib kepada para
jemaah dengan maksud menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan kepada para
jema’ah. Khutbah dapat dikategorikan kepada beberapa jenis yang terus dipakai dan
diperkembangkan iaitu khutbah Diniyyah, khutbah Jihād, khutbah Wasiat, khutbah
Mahafīl, khutbah Imlāk, khutbah Munadzarāt dan khutbah Siasah (Ahmad Asnawi, 1997:
163). Manakala di dalam perbincangan ini akan menghuraikan secara detail mengenai
khutbah Diniyyah sahaja.

Penyampaian khutbah khususnya adalah berbentuk cubudiyyah atau lebih dikenali


dengan khutbah diniyyah yang merupakan salah satu media dakwah yang memainkan
peranan yang penting terhadap kesejahteraan masyarakat Islam. Khutbah diniyyah adalah
menyeru umat Islam melakukan amalan yang dituntut oleh Islam seperti melaksanakan
amar makruf dan mencegah kemungkaran. Seruan dakwah di dalam khutbah bentuk ini
adalah berupa melaksanakan segala rukun-rukun yang terdapat di dalam agama seperti
solat, haji, memberi pengenalan mengenai hukum syarak dan menyelesaikan segala
sengketa yang muncul di kalangan umat Islam serta memberi peringatan mengenai
hakikat kematian dan balasan di hari akhirat. Oleh yang demikian itu, hakikat khutbah
diniyyah ini adalah merangkumi semua aspek yang berhubung dengan kehidupan
manusia di atas muka bumi ini (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 195) seperti firman
Allah S.W.T yang berbunyi :
2

“ Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah


kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik: sesunguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(An-Nahl 16: 125)

Khutbah diniyyah adalah terbahagi kepada dua jenis antaranya khutbah Jumaat
dan khutbah Hari Raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha. Khutbah Jumaat dilakukan sebelum
sembahyang fardhu Jumaat yang merupakan wajib hukumnya sementara khutbah kedua-
dua Hari Raya tersebut dilakukan selepas melakukan sembahyang (Ensiklopedia Islam
Jilid 6, 1998: 65). Berikutan itu juga, tajuk-tajuk khutbah adalah merupakan faktor yang
penting di dalam memberi kesan yang baik terhadap para jema’ah pendengar di masjid.

Corak dan gaya penyampaian khutbah yang dibacakan oleh khatib adalah berbeza
mengikut keadaan fizikal dan mental khatib itu sendiri. Gaya penyampaian khatib yang
agak kurang menarik minat para jema’ah mungkin akan mengakibatkan sebahagian
bilangan mereka merasa bosan dan adakalanya tertidur. Kemungkinan juga, boleh
dikatakan faktor fizikal masjid yang agak selesa dan nyaman turut mengundang
sebahagian para jema’ah itu tertidur walaupun di dalam keadaan sambil bersila sambil
tidak memberi perhatian terhadap isi khutbah yang disampaikan.
3

Khutbah adalah satu bentuk pengerak kepada minda para jema’ah di dalam memahami
isu yang berlaku dan berusaha melakukan perubahan sikap samada kepada diri atau
keluarga selari dengan kehendak isi khutbah yang disampaikan (Zulkiple Abd. Ghani,
2003: 49). Persoalannya sejauh manakah khutbah pada masa kini dapat memberi
keberkesanan di dalam masyarakat Islam? dan adakah gaya khatib dan isi yang kurang
menarik dapat mendorong para jema’ah sendiri merasa bosan? Melalui kajian di dalam
kertas ini cuba mengupas isu keberkesanan khutbah sebagai suatu pendidikan dan
penyebaran risalah Islam kepada orang awam.

2. DEFINISI TAJUK

Analisis ialah proses untuk menentukan sifat atau struktur, juzuk, binaan dan sebagainya
(Kamus Komprehensif Melayu, 2005: 21) atau lebih dikenali dengan penyelidikan atau
penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan dan lain-lain untuk mengetahui
secara terperinci atau mendalam. Manakala khutbah pula didefinisikan sebagai pidato
iaitu (biasanya mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan) syarahan: membaca khutbah
mesti mendahului sembahyang Jumaat (Kamus Dewan Ed. Ke-3, 1997: 675).
Keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dan
sebagainya) (Kamus Komprehensif Melayu, 2005: 408).

Berkesan ialah berhasil: mendatangkan akibat (Kamus Komprehensif Melayu,


2005: 404). Komunikasi awam ialah ia berlaku di tempat awam (Zulkiple Abd. Ghani,
2003: 14) dan pembacaan khutbah juga adalah dibacakan di masjid yang merupakan
tempat awam. Oleh yang demikian itu, khutbah adalah merupakan suatu bentuk
komunikasi awam yang disampaikan kepada jema’ah pendengar di masjid pada setiap
hari Jumaat.
4

3. KEPENTINGAN KHUTBAH TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

Khutbah adalah suatu media dakwah yang sangat berkesan di dalam menguatkan
persefahaman di kalangan masyarakat Islam seperti telah dinyatakan oleh Shafie, Hussain
(t.th: 221) :

“ Khutbah adalah merupakan kalimah mingguan yang disampaikan


kepada jema’ah Muslimin pada setiap hari Jumaat untuk
diperdengarkan kepada mereka di dalam memberi pembaharuan kepada
umat Islam daripada segi keazaman, kekuatan iman dan mewujudkan
tali ikatan yang erat di kalangan masyarakat Islam.”

Khutbah adalah merupakan senjata yang dapat menguatkan benteng akidah umat
Islam disamping memberi kata-kata nasihat dan semangat yang kental terhadap pegangan
akidah agama. Kebiasaan manusia adalah sering kali berkehendak kepada sesuatu yang
dapat menguatkan mental dan fizikal tubuh badannya seperti manusia yang lapar
berkehendak kepada makanan samalah seperti manusia yang memerlukan kepada kata-
kata yang dapat menambahkan kekuatan mental dan keimanan mereka terhadap
agama.(cAmmarah, Mahmud Mohd. 1993: 15) Berdasarkan firman Allah S.W.T yang
berbunyi:
5

“ Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengkehendaki, tentulah


Ia menjadikan manusia semuanya menurut agama yang satu. (tetapi Ia
tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus
berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh
Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk
(perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan
dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Ssesungguhnya Aku
akan memenuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang
berdosa)”
(Hūd 11: 118-119)

Oleh yang demikian itu, manusia selalu berselisih faham tidak kira samada
perselisihan dari segi pemikiran, pendapat dan perebutan harta duniawi yang mendorong
kepada permusuhan sehingga dapat melemahkan keimanan mereka. Jesteru itu, al-Qur’an
adalah sebagai panduan yang utama di dalam memperkukuhkan insan di dalam sesebuah
masyarakat (cAmmarah, Mahmud Mohd. 1993: 16). Khutbah adalah salah satunya teknik
atau cara yang berkesan di dalam menyampaikan pesanan Allah S.W.T kepada manusia
untuk melaksanakan kehidupan yang makmur dan sejahtera di kalangan masyarakat.

4. SEJARAH RINGKAS MENGENAI KHUTBAH

4.1 Khutbah di zaman Jahiliyyah

Kaum Arab Jahiliyyah, mereka amat mahir di dalam berpidato atau khutbah dalam
bentuk syair dan di kalangan mereka menganggapkan khutbah sebagai kata yang boleh
menaikkan semangat mereka untuk berperang ataupun mendorong kepada perdamaian.
Faktor penting yang mendorong masyarakat Jahiliyyah ini mahir di dalam khutbah ialah
kerana mereka mempunyai keupayaan yang hebat di dalam berdebat. Kemahiran mereka
di dalam bahasa Arab telah mendorong kepada ramai di kalangan mereka berpidato.
6

Khutbah Jahiliyyah adalah menitikberatkan melalui perhimpunan kabilah-kabilah Arab


untuk berbincang mengenai beberapa perkara seperti mencetuskan peperangan dan
permusuhan serta menyelesaikan masalah sengketa di antara dua belah pihak.
Penyampaian khutbah oleh ketua-ketua kabilah Arab Jahiliyyah adalah menunjukkan
ketentuan dan keputusan terhadap sesuatu kabilah tersebut mengenai setiap perkara yang
diperbincangkan (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 164).

Kabilah Arab Jahiliyyah mempunyai keupayaan berfikir secara pantas di dalam


menyampaikan khutbah mereka dengan pertuturan yang baik dan tersusun mengenai
perkara yang berhubung dengan aspek kehidupan seperti soal ekonomi, politik dan
kehidupan sosial masyarakat pada ketika itu. Walaupun kehebatan mereka dalam
berdebat sekalipun tetapi secara umumnya kegiatan pidato atau khutbah pada zaman
Jahiliyyah mengandungi unsur syirik yang di jampi mentera oleh “Kāhin” di dalam
meniupkan semangat permusuhan di kalangan kabilah Arab sesama sendiri (Ahmad
Asnawi, 1997: 163).

4.2 Khutbah di zaman kemunculan Islam

Pidato atau khutbah pada zaman kemunculan Islam terbukti sebagai satu kemahiran dan
mempunyai seni dalam pengucapan yang dapat memberi kesan kepada umat Islam pada
ketika itu. Oleh itu, para anbiyak dikurniakan hikmah daripada Allah S.W.T untuk
menyampaikan risalahNya untuk umat manusia sejagat. Jesteru itu, para rasul sejak Nabi
Nuh A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W adalah merupakan tokoh pemidato dalam
usaha dakwah mereka kepada manusia (Ahmad Asnawi 1997: 162). Terdapat beberapa
kenyataan ayat-ayat suci al-Qur’an telah menyebut mengenai wahyu yang telah
disampaikan kepada para rasul antaranya seperti Nabi Nuh A.S diutuskan untuk memberi
peringatan terhadap kaumnya :
7

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya,


maka tinggallah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima
puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedangkan
mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)”
(Al-Ankabut 29: 14)

Manakala Nabi Daud A.S pula, telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan hikmah dan
kepetahan berbicara :

“Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih


memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi
tasbih masing-masing menurutnya”
(Sād 38: 19)

Sehubungan dengan itu juga, Nabi Musa A.S telah dikurniakan kemudahan di
dalam berdakwah dimana Allah S.W.T menyuruh baginda pergi berdakwah kepada Raja
Fircaun :

“Pergilah kepada Fir’aun, sesungguhnya ia telah melampui batas. Nabi


Musa berdoa dengan kata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku,
dadaku; Dan mudahkanlah bagiku tugasku; Dan lepaskanlah simpulan
dari lidahku; Supaya mereka faham perkataanku;…..”
(Tāha 20: 24-35)

Berdasarkan maksud ayat-ayat di atas ternyata bahawasanya Allah S.W.T telah


mengurniakan hikmah berpidato kepada para-para rasulNya di dalam menyampaikan
risalahNya kepada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Kalau dilihat daripada
perspektif Sirah Rasulullah S.A.W pula, baginda telah menyampaikan dakwahnya di
dalam bentuk pidato atau khutbah dalam menyampaikan risalah kenabian kepada
kaumnya seperti baginda Rasulullah S.A.W berdakwah kepada kaum Quraisy di atas
bukit Sofa. Sehubungan dengan itu, khutbah adalah merupakan senjata yang khusus di
8

dalam menyiarkan syariat Islam. Menurut sejarah permulaan khutbah Jumaat di dalam
Ensiklopedia Islam Jilid 6 (1998:66) telah menyatakan bahawa :

“Ucapan khutbah dimulakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi


iaitu sewaktu baginda di Madinah; tetapi kesemua khutbah yang
disampaikan oleh baginda itu dibuat selepas sembahyang. Orang yang
pertama melakukan khutbah Jumaat sebelum sembahyang Jumaat ialah
Khalifah Umar bin al-Khattab atau Khalifah Uthman bin Affan atau
Marwan bin al-Hakam”

Sehubungan dengan itu, selepas kewafatan baginda Rasul S.A.W, terdapat


sebahagian umat Islam telah murtad dari Islam ketika di zaman pemerintahan khalifah
Abu Bakar as-Siddīq. Jesteru itu, khutbah adalah memainkan peranan yang penting di
dalam menyeru umat Islam yang murtad itu kembali kepada Islam. Terdapat beberapa
orang sahabat Rasulullah S.A.W telah mengambil inisiatif sedemikian dengan berkhutbah
kepada umat Islam yang telah murtad di beberapa buah tempat, antaranya Suhail Ibn.
c
Amrū telah menyampaikan khutbahnya di Mekah dan Uthmān Ibn. Abī Al-cAs di Thaīf.
Melalui khutbah juga, ianya disampaikan di dalam bentuk menaikkan semangat anggota
tentera Islam sebelum berperang sepertimana pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah
S.A.W sewaktu perang Badar, Uhud dan begitu juga pernah dilakukan oleh para Khalifah
Islam di dalam memerangi orang yang murtad serta berperang dengan tentera Rom.

Kemunculan khutbah di zaman Rasulullah S.A.W telah menampakkan beberapa


ciri perbezaan yang nyata berbanding dengan khutbah masyarakat Jahiliyyah. Kandungan
isi khutbah Islam dimuatkan dengan beberapa hujah yang berdasarkan kepada dalil-dalil
al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah S.A.W dengan bentuk susunan yang baik dan menarik
misalannya khutbah perkahwinan dan khutbah menyambut hari perayaan serta khutbah
menyeru kepada melaksanakan perintah yang disuruh oleh Allah S.W.T. Manakala
khutbah Jahiliyyah hanya dimuatkan dengan unsur-unsur syirik yang mengagungkan
nama baik kabilah yang mendorong kepada perbalahan dan pembunuhan di antara
kabilah Arab Jahiliyyah untuk melindungi keturunan dan nama baik kabilah masing-
masing.
9

Dorongan dan seruan khutbah Jahiliyyah yang sedemikian itu, boleh mencetuskan
peperangan di kalangan mereka yang membawa kepada perpecahan dan kemusnahan.
Manakala Islam pula, adalah memupuk semangat perpaduan di kalangan umat Islam dan
memohon balasan pahala dan keredhaan daripada Allah S.W.T sepertimana yang
termaktub di dalam al-Qur’an dan Hadith. Melalui khutbah juga dapat mempengaruhi
jiwa manusia di dalam menerima balasan pahala syurga daripada Allah S.W.T melalui
nikmat yang diberikan disamping dapat menimbulkan rasa insaf serta takut dengan
balasan seksaan api neraka di akhirat kelak (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 174-
179). Berikutan itu juga, terdapat beberapa tuntutan khutbah yang perlu di ambil
perhatian di dalam menimbulkan keberkesanannya terhadap para jema’ah Muslim.

5. TUNTUTAN KHUTBAH

1. Khutbah adalah merupakan amalan cubudiyah yang dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh yang demikian itu, khutbah harus dilaksanakan dengan memenuhi syarat-
syarat dan rukunnya.
2. Khutbah hendaklah diisikan dengan sifat umum dan ittifaqiyah dengan tidak
menimbulkan persoalan khilafiyah di antara pelbagai golongan dan sebagainya.
3. Khutbah disampaikan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan jiwa ukhwah
Islamiyah di dalam saling bantu-membantu dan tolong-menolong serta
menguatkan keimanan jema’ah di dalam menunaikan perkara wajib yang dituntut
oleh agama Islam.
4. Khutbah hendaklah diisi dengan perkara yang sesuai dengan keadaan atau situasi
di dalam menghadapi kehidupan masyarakat disamping membimbing ke arah
ajaran Islam yang sebenar yang merupakan tuntutan terhadap kehidupan umat
Islam sejagat.
5. Khutbah hendaklah disampaikan di dalam bentuk bahasa yang mudah di fahami,
sederhana dan tidak terlalu panjang
6. Khutbah hendaklah di tanam dengan perkara yang dapat menguatkan keimanan,
menggalakkan segala ibadat wajib dan sunnah, menyucikan jiwa,
10

mempertinggikan budi pekerti dan akhlak serta memelihara tata tertib dan sopan
santun mengikut landasan Islam yang sebenar ( Moh, Rifai 1981: 5).

Peranan khutbah di dalam memupuk semangat dan kesedaran di kalangan umat


Islam adalah amat diperlukan untuk menangani pelbagai masalah yang berlaku terhadap
umat Islam itu sendiri. Khutbah boleh dikiaskan sebagai pendorong atau petunjuk kepada
umat Islam di dalam sentiasa memberi peringatan untuk menjaga kesejahteraan iman dan
taqwa Muslim itu sendiri sepertimana Allah S.W.T telah berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk


mengerjakan sembahyang pada hari Juma’at, maka segeralah kamu pergi
(ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang
Juma’at) dan tinggalkanlah berjual beli (pada sa’at itu) yang demikian
adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(al-Jumu’ah 62: 9)

Berdasarkan ayat di atas, “Zikrillah” (mengingati Allah) ialah merupakan isyarat


terdahap orang Mukmin di dalam mendengar khutbah yang diisikan dengan segala
pertunjuk mengenai soal ibadat dan bimbingan kehidupan dan kemasyarakatan umat
Islam. Segala perniagaan jual beli harus diberhentikan buat seketika di dalam menyahut
seruan menunaikan ibadat solat Jumaat.
11

6. KHUTBAH DARI PERSPEKTIF SYARcA

Ulama fiqh Islam dengan sepakat telah menyatakan bahawasanya khutbah Jumaat tidak
akan sah jika tidak memenuhi rukun dan syaratnya (Itbē, Nasīr Mustafa, 1995 : 54). Oleh
yang demikian itu, antara ciri-ciri yang dapat memenuhi keberkesanan khutbah adalah
terkandung di dalam perspektif syarca seperti berikut:

6.1 Rukun Khutbah Jumaat:

1. Kata puji-pujian terhadap Allah S.W.T pada awal permulaan kedua-dua


khutbah
2. Selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W
3. Berwasiat kepada diri khatib dan para jemaah agar bertaqwa kepada Allah
S.W.T pada kedua-dua khutbah
4. Membaca sekurang-kurangnya sepotong ayat al-Qur’an di dalam salah satu
daripada dua khutbah tersebut.
5. Mendoakan orang-orang Islam di dalam khutbah kedua

6.2 Syarat-Syarat Khutbah Jumaat:

1. Dilaksanakan sebanyak dua kali


2. Dilaksanakan pada waktu solat Zuhur
3. Dilaksanakan sebelum solat Jumaat
4. Khatib yang melaksanakannya menutup aurat
5. Khatib yang melaksanakannya suci daripada hadas kecil dan besar
6. Khatib duduk sebentar di antara dua khutbah
7. Dihadiri oleh jemaah solat Jumaat
12

6.3 Sunnah-Sunnah Khutbah Jumaat:

1. Suci bersih dan menutup aurat


2. Khutbah dilaksanakan di atas mimbar
3. Khatib duduk di atas mimbar sebelum khutbah dimulakan
4. Khatib menghadap muka kehadapan tanpa berpusing ke kiri atau ke kanan
5. Khatib memberi salam kepada jemaah masjid apabila menaiki mimbar
6. Azan di hadapan apabila khatib duduk di atas mimbar
7. Khutbah di sampaikan dengan nada yang tinggi dan suara yang keras
8. Khatib memegang tongkat atau pedang di sebelah tangan kiri
9. Khutbah tidak terlalu lama dan khutbah kedua harus lebih pendek dripada
khutbah yang pertama.
10. Menegah jemaah masjid daripada bercakap-cakap ketika khatib membaca
khutbah (Mustafa, Nassīr 1995 : 55-59).

Sehubungan dengan itu juga, perkara yang boleh menimbulkan makruh di dalam
khutbah haruslah dielakkan seperti meninggalkan perkara sunnah seperti khatib
memanjangkan khutbah dan tidak bersuci daripada hadas kecil mahupun besar
berdasarkan kata sepakat para ulama fiqh Islam.

7. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


KEBERKESANAN KHUTBAH

Khutbah adalah sebagai suatu komunikasi awam yang khusus di dalam bentuk
penyampaian terhadap orang ramai yang dapat memberi keberkesanan terhadap para
jema’ah di atas tujuan mendidik mereka di dalam pelbagai aspek dalam ajaran Islam.
Keberkesanan khutbah dapat dipengaruhi melalui beberapa faktor apabila merujuk
kembali maksud keberkesanan adalah sesuatu perkara yang dapat menimbulkan hasil
yang diharapkan dan membawa kepada sesuatu perubahan (Kamus Dewan Ed. Ke-3,
1997: 663).
13

Oleh yang demikian itu, melalui perbincangan di dalam konteks khutbah ini adalah boleh
dikatakan dapat memberi kesan dan perubahan kepada para jema’ah yang menghadiri
solat Jumaaat. Antara faktor-faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan khutbah iaitu
faktor isi khutbah, faktor khatib, faktor fizikal masjid, faktor pendengar khutbah dan
faktor politik.

7.1 FAKTOR-FAKTOR KEBERKESANAN KHUTBAH

7.1.1 Tajuk dan Isu Khutbah

Melalui bahagian ini, penulis telah membuat analisa terhadap isu-isu yang berbangkit di
dalam beberapa khutbah yang telah di sampaikan kepada para jema’ah adalah
berdasarkan kepada tajuk-tajuk khutbah Jumaat yang telah disediakan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Analisis ini adalah bertujuan untuk mengkaji
beberapa isu-isu yang disampaikan kepada para jema’ah pendengar oleh JAKIM dari
tahun 2004-2005 dan dari 6 Jan.- 11 Ogos 2006.

Jadual 1 : Tajuk-tajuk khutbah JAKIM dan kategori isu antara


16 Januari – 31 Disember 2004.

Bi Tajuk Tarikh Kategori Isu


l
1 Perpaduan Umat Nadi Keamanan Negara 16 Jan 04 Sosial
2 Hijrah Menjana Kecemerlangan Umat 20 Feb 04 Isu Semasa

3 Kekuatan Akidah Melahirkan Generasi Yang 24 Feb 04 Akidah


Bertakwa
4 Minggu Perbankan Islam 5 March 04 Ekonomi
5 Tanggungjawab Bersama Membina 26 March 04 Sosial
Kecemerlangan Ummah
6 Pembangunan Ummah 9 April 04 Isu Semasa
7 Pendidikan Anak-Anak Menurut Islam 16 April 04 Akhlak/Tasawuf
8 Tanggungjawab Sosial Dalam Masyarakat 16 April 04 Sosial
9 Penghayatan Maulidurrasul Dalam Kehidupan 30 April 04 Sirah
14

10 Kepentingan Nilai Integriti Dalam 7 Mei 04 Isu Semasa


Melaksanakan Tugas
11 Guru Berkualiti Pemangkin Negara Gemilang 21 Mei 04 Isu Semasa
12 Persaudaraan Dalam Islam 28 Mei 04 Akhlak/Tasawuf
13 Tanggungjawab Melindungi Wanita Islam 4 Jun 04 Sosial
14 Kasih Sayang Asas Pembentukan Keluarga 11 Jun 04 Sosial
Bahagia

15 Ikhlas Menurut Kaca Mata Islam 18 Jun 04 Akhlak/Tasawuf


16 Meningkatkan Ekonomi Ummah Dengan 25 Jun 04 Ekonomi
Pertanian

17 Khutbah Khas Hari Pahlawan 26 Julai 04 Isu Semasa


18 Khutbah Khas Sempena 10 Sept 04 Isu
Hari Angkatan Tentera Semasa/Khutbah
Khas
19 Manfaatkan Bioteknologi 1 Okt 04 Isu Semasa
20 Al-Qur’an Sumber Kebahagiaan Hidup 8 Okt 04 Akidah

21 Hayati Ramadhan Dengan Meningkatkan Amal 15 Okt 04 Akidah


Ibadat
22 Hikmah Puasa Ramadhan Dalam Kehidupan 22 Okt 04 Akidah
23 Al-Qur’an sejarah Dan Pengertiannya 29 Okt 04 Akidah
24 Pendidikan Melalui Penghayatan Ramadhan 5 Nov 04 Isu Semasa
25 Khutbah Hari Raya 14 Nov 04 Isu
Aidil Fitri 1425H Semasa/Khutbah
Khas
26 Muhasabah Selepas Ramadhan 19 Nov 04 Akhlak/Tasawuf
27 Zakat Fitrah Penyambung Kasih Sayang 22 Nov 04 Akhlak/Tasawuf
28 Bersama Melaksanakan Tanggungjawab Sosial Sosial
Dalam Masyarakat 26 Nov 04
29 Kesempurnaan Akhlak 3 Dis 04 Akhlak/Tasawuf
30 Mengawal Dan Menghindari Perasaan Marah 10 Dis 04 Akhlak/Tasawuf
31 Keutamaan Memelihara Sifat Malu 17 Dis 04 Akhlak/Tasawuf
32 Tanggungjawab Ummah Memakmurkan Masjid 24 Dis 04 Akhlak/Tasawuf

33 Menghayati Ketinggian Akhlak Rasulullah 31 Dis 04 Sirah


S.A.W
34 Hakikat Menghadapi Ujian Allah 31 Dis 04 Akidah
15

(Sumber : JAKIM 2004)

Berdasarkan jadual di atas, antara bulan Januari hingga Disember 2004, pihak
JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 34 buah khutbah yang dapat
dikelompokkan ke dalam enam kategori isu iaitu sirah, akidah, akhlak/tsawuf, sosial, isu
semasa dan ekonomi . Berikutan adalah taburan kekerapan khutbah berdasarkan isu yang
dapat ditunjukkan melalui jadual seperti berikut:

Jadual 2: Taburan kekerapan kategori isu khutbah JAKIM


(16 Januari – 31 Disember 2004)

Kategori Isu Kekerapan Peratus %


Akidah 6 17.64
Isu Semasa/Khutbah Khas 9 26.47
Sosial 6 17.64
Ekonomi 2 5.88
Akhlak/Tasawuf 9 26.47
Sirah 2 5.88

Berdasarkan jadual di atas, kecenderungan pihak JAKIM di dalam menyampaikan


khutbah sepanjang tahun 2004 adalah tertumpu kepada perkara akidah, isu semasa, sosial
dan akhlak/tasawuf berbanding khutbah yang berkaitan dengan ekonomi dan sirah hanya
disampaikan dua kali sahaja di dalam tahun tersebut.

Jadual 3: Tajuk-tajuk khutbah JAKIM dan kategori isu antara


7 Januari – 30 Disember 2005.

Bi Tajuk Tarikh Kategori Isu


l
1 Iktibar Bencana Tsunami 7 Jan. 05 Isu Semasa
2 Hakikat Sebenar Pengobanan Dalam 14 Jan. 05 Akhlak/Tasawuf
Islam
16

3 Penghayatan Dalam Perlaksanaan Ibadah 21 Jan. 05 Ibadah


Korban
4 Berbudi Bahasa Amalan Hidup Kita 28 Jan 05 Isu Semasa
5 Muhasabah Ke Arah Meningkatkan Amal 4 Feb. 05 Akhlak/Tasawuf
Ibadat
6 Hijrah Menjana Kemajuan Ummah 11 Feb. 05 Isu Semasa
7 Masjid Sebagai Pusat Pembangunan 18 Feb. 05 Sosial
Ummah
8 Mencegah Penyakit Lebih Baik Daripada 25 Feb. 05 Kesihatan
Mengubati
9 Keutamaan Mengawal Keselamatan Diri 4 Mac. 05 Sosial
Dengan Menjauhi Dadah
10 Menjana Keseimbangan Hidup Di Dunia 11 Mac. 05 Akidah
Dan Di Akhirat
11 Fardhu Kifayah Dalam Pengeluaran 18 Mac. 05 Isu Semasa
Makanan Halal
12 Mencegah Jenayah Tanggungjawab 25 Mac. 05 Sosial
Bersama
13 Keutamaan Ilmu Dalam Kehidupan 1 April 05 Akhlak/Tasawuf
14 Peranan Suami Dalam Meningkatkan 8 April 05 Kesihatan
Kesihatan Keluarga
15 Keimanan Dan Ketakwaan Kepada Allah 15 April 05 Akidah
16 Menghayati Ketinggian Akhlak 22 April 05 Akhlak/Tasawuf
Rasulullah S.A.W
17 Kerja Berkualiti Menjana Kemajuan 29 April 05 Sosial
Negara
18 Ibu Tonggak Kerukunan Rumahtangga 6 Mei 05 Sosial
19 Keluarga Cemerlang Membina Generasi 13 Mei 05 Sosial
Gemilang
20 Memartabatkan Guru Sebagai Insan 20 Mei 05 Isu Semasa
Mulia
21 Memanfaatkan Masa Ke Arah Melahirkan 27 Mei 05 Akhlak/Tasawuf
Kehidupan Berkualiti
22 Mentaati Pemerintah 3 Jun 05 Sosial
23 Strategi Menangani Penyelewengan 10 Jun 05 Akidah
Akidah Umat
24 Tanggungjawab Masyarakat Mencegah 17 Jun 05 Sosial
Gejala Sosial
25 Islam Menjana Kehidupan Berkualiti 24 Jun 05 Akidah
26 Amalan Membaca Menjana 1 Julai 05 Sosial
Kecemerlangan Ummah
17

27 Remaja Berkualiti Harapan Negara 8 Julai 05 Sosial


28 Bersama Mencegah Dan Menjauhi 15 Julai 05 Kesihatan
Penyakit
29 Kekuatan Rohani Menjauhi Amalan Keji 22 Julai 05 Akhlak/Tasawuf
30 Khutbah Sambutan Hari Pahlawan 5 Ogos 05 Isu Semasa
31 Bencana Jerebu Menyuci Kalbu 12 Ogos 05 Isu Semasa
32 Murid DiKasihi Guru Dihormati 19 Ogos 05 Akhlak/Tasawuf
33 Mengekalkan Kemerdekaan Melalui 26 Ogos 05 Isu Semasa
Perpaduan
34 Ibadat Solat Melahirkan Insan Yang 2 Sept. 05 Ibadah
Mulia
35 Hayati Qur’an Dalam Kehidupan 9 Sept. 05 Akhlak/Tasawuf
36 Muhasabah Memperkukuhkan Jatidiri 16 Sept. 05 Akhlak/Tasawuf
Ummah
37 Peranan Ibadah Dalam Melahirkan Jiwa 23 Sept. 05 Ibadah
Penyayang
38 Persediaan Menyambut Ramadhan Al- 30 Sept. 05 Ibadah
Mubarak
39 Ibadat Puasa Mendatangkan Rahmat Dan 7 Okt. 05 Ibadah
Keampunan Allah
40 Ibadat Puasa Melahirkan Keinsafan Dan 14 Okt. 05 Ibadah
Mendapat Keampunan Allah
41 Ibadah Ramadhan Menjauhkan Diri Dari 21 Okt. 05 Ibadah
Azab Neraka
42 Kesan Ibadah Puasa Terhadap 28 Okt. 05 Ibadah
Pembentukan Peribadi Muslim
43 Khutbah 2 Aidil-Fitri 1426H (Jawi) 3 Nov. 05 Isu Semasa/Khutbah
Khas
44 Khutbah 2 Aidil-Fitri 1426H (Rumi) 3 Nov. 05 Isu Semasa/Khutbah
Khas
45 Khutbah 1 Aidil-Fitri 1426H (Rumi) 3 Nov. 05 Isu Semasa/Khutbah
Khas
46 Khutbah 1 Aidil-Fitri 1426H 3 Nov. 05 Isu Semasa/Khutbah
Khas
47 Menjana Kemuliaan Hati Dan Ketulusan 4 Nov. 05 Isu Semasa
Jiwa Di Bulan Syawal
48 Mengutamakan Integriti Dalam 11 Nov. 05 Akhlak/Tasawuf
Melaksanakan Tanggungjawab
49 Sifat Istiqamah Membina Kejayaan 18 Nov. 05 Akhlak/Tasawuf
50 Hikmah Perkahwinan Menurut Islam 25 Nov. 05 Sosial
51 Tanggungjawab Memelihara Alam Sekitar 2 Dis. 05 Sosial
52 Kewajipan Menjauhi Amalan Rasuah 9 Dis. 05 Akhlak/Tasawuf
18

53 Hargailah Masa 16 Dis. 05 Akhlak/Tasawuf


54 Tanggungjawab Ibubapa Mendidik Anak- 23 Dis. 05 Sosial
Anak
55 Membina Azam Dan Semangat 30 Dis. 05 Akhlak/Tasawuf
Menyambut Tahun Baru
(Sumber: JAKIM 2005)

Berdasarkan jadual di atas, tajuk khutbah JAKIM antara bulan Januari hingga Disember
2005, pihak JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 55 buah khutbah yang dapat
dikelompokkan ke dalam enam kategori isu yang berkenaan. Berikut adalah taburan
kekerapan khutbah berdasarkan isu yang dapat ditunjukkan melalui jadual seperti berikut:

Jadual 4: Taburan kekerapan kategori isu khutbah JAKIM


(7 Januari – 30 Disember 2005)

Kategori Isu Kekerapan Peratus %


Akidah 4 7.27
Isu Semasa/Khutbah Khas 13 23.63
Sosial 13 23.63
Akhlak/Tasawuf 14 25.45
Kesihatan 3 5.45
Ibadah 8 14.54

Berdasarkan jadual di atas, khutbah pihak JAKIM sepanjang tahun 2005 banyak
cenderung kepada isu semasa, sosial, akhlak/tasawuf dan ibadah berbanding dengan
khutbah yang berkaitan dengan akidah dan kesihatan hanya disampaikan dua kali sahaja
dalam tahun tersebut.

Jadual 5 : Tajuk-tajuk khutbah JAKIM dan kategori isu antara


6 Januari – 11 Ogos 2006

Bil Tajuk Tarikh Kategori Isu


1 Berwaspada Terhadap Bahaya Pengaruh 6 Jan. 06 Sosial
Black Metal
2 Khutbah Kedua Aidil-Adha 1426H 10 Jan. 06 Isu Semasa/Khutbah
(Rumi) Khas
19

3 Khutbah Kedua Aidil-Adha 1426H 10 Jan. 06 Isu Semasa/Khutbah


Khas
4 Khutbah Pertama 1426H (Rumi) 10 Jan. 06 Isu Semasa/Khutbah
Khas
5 Khutbah Pertama 1426H 10 Jan. 06 Isu Semasa/Khutbah
Khas
6 Sifat Takwa Teras Kemurniaan Akidah 13 Jan. 06 Akhlak/Tasawuf
7 Tuntutan Membangun Ekonomi Ummah 20 Jan. 06 Ekonomi
8 Hijrah Membentuk Ummah Berilmu Dan 27 Jan. 06 Isu Semasa
Bertamadun
9 Menghiasi Kehidupan Dengan Beramal 3 Feb. 06 Akhlak/Tasawuf
Jariah
10 Tanggungjawab Membantu Anak Yatim 10 Feb. 06 Akhlak/Tasawuf
11 Mencegah Penyalah Gunaan Dadah 17 Feb. 06 Sosial
Tanggungjawab Bersama
12 Kekuatan Akidah Melahirkan Generasi 24 Feb. 06 Isu Semasa
Yang Bertakwa
13 Berjimat Cermat Amalan Mulia 3 March 06 Ekonomi
14 Tuntutan Menjaga Kebersihan Diri Dan 10 March 06 Isu Semasa
Persekitaran
15 Kesempurnaan Amal Ibadah Membentuk 17 March 06 Ibadah
Insan Bertakwa
16 Solat Membentuk Ketenangan Jiwa 24 March 06 Ibadah
17 Memakmurkan Negara: Satu 31 March 06 Akhlak/Tasawuf
Tanggungjawab
18 Ketinggian Ahklak Asas Keteguhan Iman 7 April 06 Akhlak/Tasawuf
19 Al-Qur’an Dan As-Sunnah Merupakan 14 April 06 Akidah
Panduan Ummah
20 Hindarilah Sifat Membazir 21 April 06 Akhlak/Tasawuf
21 Mengukuhkan Amalan Integriti Dalam 28 April 06 Isu Semasa
Pekerjaan
22 Suburkan Kehidupan Dengan Kemuliaan 5 Mei 06 Akhlak/Tasawuf
Iman
23 Kasih Keluarga Membawa Ke Syurga 12 Mei 06 Sosial
24 Guru Pembimbing Generasi Bangsa 19 Mei 06 Sosial
25 Kepentingan Ekonomi Dalam Islam 26 Mei 06 Ekonomi
26 Tanggungjawab Menjaga Dan 2 Jun 06 Isu Semasa
Memakmurkan Negara
27 Anak Soleh Idaman Ibubapa 9 Jun 06 Akhlak/Tasawuf
28 Tanggungjawab Memelihara Jati Diri 16 Jun 06 Akhlak/Tasawuf
Muslim
29 Pembangunan Tamadun Ummah Satu 23 Jun 06 Isu Semasa
20

Kefardhuan
30 Peranan Ibubapa Dan Masyarakat Dalam 30 Jun 06 Sosial
Membenteras Gejala Dadah
31 Al-Qur’an Panduan Hidup Muslim 7 Julai 06 Akidah
32 Jadikan Amalan Membaca Satu Budaya 14 Julai 06 Isu Semasa
33 Menghayati Dan Memahami Hakikat 21 Julai 06 Isu Semasa
insan
34 Mengelak Pembaziran Satu Tuntutan 28 Julai 06 Akhlak/Tasawuf
35 Menghargai Dan Mensyukuri Jasa 4 Ogos 06 Isu Semasa
Perwira Negara
36 Bersama Memerangi Keganasan 11 Ogos 06 Isu Semasa
(Sumber: JAKIM 2006)

Berdasarkan jadual di atas, tajuk khutbah JAKIM antara bulan Januari hingga
Disember 2006, JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 36 buah khutbah yang
dikelompokkan ke dalam enam kategori isu yang berkenaan. Oleh yang demikian itu,
berikut adalah taburan kekerapan khutbah berdasarkan isu yang dapat ditunjukkan
melalui jadual seperti berikut:

Jadual 6: Taburan kekerapan kategori isu khutbah JAKIM


(6 Januari – 11 Ogos 2006)

Kategori Isu Kekerapan Peratus %


Akidah 2 5.55
Isu Semasa/Khutbah Khas 14 38.88
Sosial 5 13.88
Akhlak/Tasawuf 10 27.77
Ibadah 2 5.55
Ekonomi 3 8.33
21

Berdasarkan jadual di atas, khutbah yang disediakan oleh pihak JAKIM bermula dari 6
Januari hingga 11 Ogos banyak cenderung kepada isu semasa dan akhlak/tasawuf
berbanding dengan khutbah yang berkaitan dengan akidah, ekonomi, sosial dan ibadah.
Berdasarkan khutbah-khutbah yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sekitar tahun 2004
hingga 2005 dan 6 Januari hingga 11 Ogos 2006.

Terdapat pelbagai isu yang kerap kali diulangi dan kurang disentuh berdasarkan
terhadap nilai peratus kekerapan yang dinyatakan sebelum ini. Isu semasa,
akhlak/tasawuf dan sosial sering kali di sentuh di dalam penyampaian khutbah dimana
antara setiap isu dan tajuk khutbah tersebut amat memberi pengaruh yang besar terhadap
para jema’ah. Tetapi sejauh manakah penumpuan dan perhatian yang diberikan oleh para
jema’ah terhadap isu tersebut?. Kebiasaannya para jema’ah pendengar amat meminati
khutbah yang mempunyai isu-isu yang terkini, panas dan sensasi.

Oleh yang demikian itu, tajuk dan isu khutbah haruslah dibentuk secara relevan
dengan keadaan semasa dan sesuai didengari oleh semua para jema’ah bagi mengelakkan
sebahagian jema’ah sahaja yang mendapat manfaat khutbah berbanding sebahagian
jema’ah lain yang kurang mendapat manfaat. Memandangkan khutbah pada masa kini,
kurang membahaskan isu-isu yang dianggap sensitif sedangkan ia amat penting di dalam
mendidik para jema’ah itu sendiri. Jika dilihat pada masa sekarang terdapat banyak gejala
sosial muncul di dalam masyarakat Islam yang jarang disebut di dalam khutbah sebagai
memberi peringatan yang sewajarnya terhadap para jema’ah itu sendiri. Antara khutbah
yang jarang menyentuh persoalan tersebut iaitu gejala pelacuran, pembuangan anak, mat
rempit dan pelbagai hiburan atau konsert yang mendorong kepada kelalaian umat Islam
itu sendiri. Walaupun terdapat juga sebahagian khutbah yang menyentuh mengenainya,
tetapi isi khutbah yang disampaikan itu cuma tidak menyentuh dengan secara terperinci,
padat dan tepat serta tegas. Amat sayang sekali jika dilihat melalui isi yang dimuatkan di
dalam khutbah pada masa kini, masih kurang memberi kesan terhadap para pendengar di
dalam mencapai hidayah yang sebenar.

7.1.2 Isi Khutbah


22

Tajuk dan isi khutbah yang mantap dan padat dengan isu terkini, dapat menarik perhatian
para jema’ah pendengar ketika mereka berada di dalam masjid. Isi khutbah yang
berkesan bermula dengan mukaddimah yang baik. Apabila khatib memulakan khutbah,
sering kali para jema’ah masjid akan menimbulkan persoalan di hati mereka mengenai
tajuk apakah yang akan dibacakan oleh khatib. Tajuk khutbah yang menarik akan terus
membuatkan para jema’ah dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dari awal hingga ke
akhirnya.

Mengenai isi khutbah juga, hendaklah dititikberatkan kepada pengungkapan


aspek-aspek ajaran Islam, iman kepada Allah, Malaikat, al-Qur’an dan Rasul,
menghuraikan segala perkara mengenai syurga dan neraka serta menerangkan ganjaran
pahala yang akan diberikan kepada mereka yang beriman kepada Allah S.W.T. Pada
umumya khutbah adalah pengetuk pintu hati mukmin Islam yang mendengarnya supaya
meresap masuk ke dalam jiwa mereka di dalam mengentalkan keimanan dan ketakwaan
terhadap Allah S.W.T (Nasution, M.Yunan 1974: 18). Apa yang sering kita perhatikan
pada hari ini, terdapat sebahagian para jema’ah menundukkan kepala mereka apabila
makaddimah khutbah selesai dibacakan oleh khatib. Malahan pula berdasarkan pendapat
oleh Zulkiple Abd. Ghani (2003: 50) bahawa kenapa khutbah tidak menimbulkan daya
tarikan kepada para jema’ah pendengar sebabnya ialah :
“Khutbah pada hari ini hanya dilihat oleh sebahagian masyarakat
Islam adalah sebagai syarat sah menyempurnakan sembahyang
Jumaat sahaja”.

Oleh yang demikian itu, di dalam mengekalkan tumpuan para jema’ah dengan
secara sepenuhnya semestinya isi yang menarik dimuatkan di dalam khutbah untuk
menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan jema’ah mengenai perkara yang
diperkatakan oleh khatib daripada awal hingga ke akhir penutup khutbah tersebut.
Melalui isi khutbah yang menarik juga, para jema’ah dapat membayangkan dan
memahami mengenai perkara yang disentuh serta dapat menimbulkan satu teguran rohani
di kalangan para jema’ah. Dalil-dalil al-Qur’an dan Hadith perlu dimuatkan di dalam
23

khutbah untuk mengukuhkan pendapat dan hujah mengenai isi yang disampaikan bagi
menambah keyakinan terhadap jema’ah.

Walau bagaimanapun isi yang dimuatkan di dalam khutbah mestilah tepat dan
ilmiah supaya tidak dapat menimbulkan kekeliruan di kalangan para pendengar khutbah
itu sendiri. Khutbah yang disampaikan oleh khatib adalah merupakan khutbah yang sudah
digubal oleh panel penggubal yang bertauliah untuk mengelak daripada berlaku
percampuran dengan isi khutbah yang tidak memenuhi etika penulisan isi khutbah yang
sesuai. Isi khutbah yang tidak gubal boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan para
jema’ah seperti perkara yang boleh mendorong kepada fasiq dan khurafat. Oleh yang
demikian itu, Majlis Agama Islam ialah merupakan badan tertinggi yang mempunyai
sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab di dalam menyediakan khutbah yang sedia
dihantar ke masjid-masjid seluruh kawasan bagi setiap negeri.

Khutbah adalah sebahagian bidang tugas khatib di dalam menegakkan amar


makruf dan melarang semua perkara yang mungkar dan garis panduan khutbah yang betul
adalah suatu perkara yang perlu diberi penekanan supaya tidak menimbulkan kesan yang
negatif terhadap masyarakat Islam. Antara faktor terpenting di dalam mencapai
keberkesanan isi khutbah sebagai salah satu media penting ke arah pembangunan ummah
serta penggerak giat masyarakat adalah seperti kandungan isi khutbah haruslah
menyeluruh bagi menjawab dan menghuraikan persoalan besar yang berlaku di dalam
masyarakat. Dengan demikian itu, kesedaran dan penghayatan Islam di dalam masyarakat
akan sentiasa peka dan meningkat dari masa ke semasa. (Ahmad Asnawi, 1998: 165)

7.1.3 Penggunaan Bahasa

Berdasarkan tuntutan khutbah yang disebutkan sebelum ini, penggunaan bahasa di dalam
khutbah yang disampaikan kepada para jema’ah hendaklah mudah difahami dan tidak
menggunakan perkataan yang agak sukar untuk difahami oleh sebahagian jema’ah yang
hadir. Penggunaan bahasa daerah bagi kawasan yang tertentu adalah digalakkan supaya
mudah untuk difahami sepenuhnya oleh setiap jema’ah yang terdiri daripada pelbagai
24

lapisan masyarakat mengenai isi khutbah yang hendak disampaikan. Menurut pendapat
sarjana Islam (Nasution, M.Yunan 1974: 16) belum terdapat dalil-dalil yang sahih
mengenai pengunaan bahasa Arab itu adalah wajib disampaikan di dalam isi khutbah.

Penggunaan bahasa yang positif dalam khutbah Jumaat dapat mempengaruhi para
jema’ah masjid malahan ianya merupakan perkara yang penting untuk menimbulkan rasa
minat orang yang mendengarnya. Secara ringkasnya, bagaimanakah cara yang baik untuk
menarik minat para jema’ah dalam mendengar khutbah?. Pakar-pakar komunikasi dan
pakar-pakar psikologi telah menyatakan bahawa faktor penggunaan bahasa yang positif
dengan gaya bahasa ke atas gaya bahasa orang-orang lain (loghat) dapat menimbulkan
kesan yang baik malah dapat mengeratkan jurang di antara khatib dan para jema’ah
masjid ketika khatib menyampaikan khutbah (Abdullah Hassan, 2001: 113).

Disamping itu juga, khatib haruslah berusaha mencetuskan segala inspirasi yang
timbul di dalam fikirannya dengan kata-kata yang sederhana yang biasa dipergunakan
dalam perbicaraan harian dengan orang awam. Ketika khatib berada di atas mimbar harus
memahami tahap pemahaman para jema’ah daripada segi umur dan kecerdasan mereka di
dalam memahami isi khutbah. Sekiranya khatib terpaksa menggabungkan percakapannya
dengan istilah asing, maka ia harus memberi penjelasan yang lengkap dalam bahasa yang
mudah difahami.
Penggunaan istilah asing tanpa menjelaskannya dengan secara lengkap mungkin akan
menimbulkan pengertian yang salah di kalangan orang awam (Muhammad Nashiruddin
2002: 75) seperti yang telah dinyatakan di dalam Ensiklopedia Islam Jilid 6 (1998:66) :

“ Dahulu kesemua khutbah disampaikan dalam bahasa Aarab. Tetapi


amalan ni telah diubah sejak zaman Turki, dimana khutbah disampaikan
dalam bahasa Turki. Walau bagaimanapun, menurut ulama Islam
khutbah boleh disampaikan dalam apa jua juga bahasa kerana
tujuannya ialah supaya orang yang mendengarnya faham.”

Oleh itu, aspek bahasa dan penggunaan perkataan amat dititikberatkan di dalam
penulisan khutbah agar jema’ah pendengar dapat memahaminya dan kesukaran di dalam
25

memahami isi khutbah boleh menjadikan khutbah tersebut tidak memberi kesan yang
baik terhadap jema’ah.

7.1.4 Panjang Khutbah

Khutbah yang panjang boleh menimbulkan kebosanan kepada para jema’ah masjid dan
boleh mengundang kepada kurang keberkesanan khutbah itu sendiri. Golongan jema’ah
yang menghadiri masjid terdapat sebahagian mereka terdiri daripada kalangan orang tua
yang lemah dan mereka yang bekerja dalam pelbagai sektor yang mempunyai
kesuntukkan masa serta mempunyai tugas kerja. Oleh itu, khatib perlu memahami
kehendak makmun yang perlu kepada masa singkat di dalam mendengar khutbah Jumaat
dan ianya tidak seharusnya panjang dengan mengambil masa yang lama (Nasution,
M.Yunan. 1974: 12) sehingga menimbulkan rasa bosan. Khutbah yang baik dan ideal
hanya mengambil masa dalam lingkungan 15 minit di dalam menghuraikan isi khutbah
pertama dan 5 minit untuk khutbah yang kedua. Mengenai khutbah yang mengambil
masa yang panjang di dalam solat Jumaat, hadith yang diriwayatkan oleh (Muslim, Sahih.
Kitab 3, bab 12) telah menyatakan :

“ Sesungguhnya lama solatnya seseorang dan singkat khutbahnya


adalah petanda kedalaman agamanya, maka panjangkanlah solat dan
persingkatlah khutbah”

Berdasarkan maksud Hadith di atas telah menunjukkan bahawa khatib


seharusnya meringkaskan penyampaian khutbah yang hanya menghuraikan secara
“direct to the point” (Nasution, M.Yunan. 1974: 14) dan teks khutbah perlu
kepada perancangan tempoh masa yang sesuai untuk menggelakkan penyampaian
khutbah yang terlalu lama dan panjang. Sehubungan dengan itu juga, sarjana
tempatan Najmi Ahmad (1997:61) telah menyatakan pendapatnya berkaitan
dengan penyesuaian masa di dalam khatib menyampaikan khutbah iaitu,

“Dari sudut psikologi, jelas menunjukkan penumpuan pertama manusia


adalah sekitar 15 hingga 30 minit. Selepas itu fikiran manusia sudah
26

tidak dapat lagi memberi penumpuan yang sebaiknya terhadap apa yang
didengarinya”.

Jesteru itu, khatib seharusya prihatin dengan mengutamakan khutbah yang


bercirikan kepadatan isi, pendek dan penyampaian idea yang mempunyai
perkaitan antara satu sama lain. Tindakkan penyampaian khutbah yang terlalu
panjang dan meleret harus dielakkan agar tidak menimbulkan kegelisahan
terhadap para jema’ah pendengar.

7.1.5 Faktor Penggunaan Media

Khutbah adalah merupakan media komunikasi yang bertujuan menyampaikan mesej


Islam kepada para jema’ah pendengar di masjid melalui lisan. Sehubungan dengan itu,
aspek yang utama yang perlu diberi perhatian penting mengenai keberkesanan khutbah
ialah fungsi penggunaan media di dalam masjid. Setiap masjid pada hari ini saling
mempunyai pembesar suara di dalam melakukan perkara ibadat seperti solat fardhu,
ceramah agama, penyampaian khutbah setiap Jumaat dan lain-lain lagi. Kemudahan
pembesar suara dapat menangani masalah kurang didengari oleh sebahagian para jema’ah
yang membanjiri masjid sehingga melimpah ke luar pada hari Jumaat. (Muhammad
Nashiruddin 2002: 87) Penggunaan pembesar suara yang meliputi mikrofon, kotak
pembesar suara, amplifier dan pendawaian dapat mendorong khatib menyampaikan
khutbah dengan suara jelas yang dapat didengari daripada setiap penjuru masjid. Suara
khatib yang jelas melalui sistem audio bukan sahaja terhad kepada para jema’ah yang
hadir ke masjid sahaja malahan pula dapat mempengaruhi masyarakat setempat yang
tinggal di kawasan tidak berjauhan dari masjid terutamanya kaum wanita dan mereka
yang bukan beragama Islam atau non-Muslim.

Malangnya terdapat beberapa masjid pada hari ini, tidak mempunyai kewangan
yang mencukupi atau tidak memberi penekanan yang penting terhadap sistem bunyi yang
baik lantaran saiz masjid yang kecil yang dapat memuatkan kapisiti para jema’ah yang
kurang daripada seratus orang. Oleh yang demikian itu, sikap perihatin terhadap sistem
27

pembesar suara adalah merupakan aspek utama yang dapat mempengaruhi keberkesanan
khutbah terhadap para jema’ah masjid yang hadir.

7.1.6 Faktor Khatib

Khatib adalah pembaca atau penyampai isi khutbah untuk diperdengarkan kepada para
jema’ah Muslim yang menghadiri solat Jumaat. Personaliti khatib adalah merupakan
aspek yang utama di dalam memberi keberkesanan khutbah terhadap para jema’ah
pendengar. Sehubungan dengan itu, beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh khatib di
dalam meningkatkan keberkesanan khutbah iaitu penguasaan ilmu pengetahuan,
keikhlasan dan kejujuran di dalam menyampaikan mesej khutbah kepada para jema’ah
dan mempunyai daya tarikan yang menarik. Ini termasuk kebolehan yang tertentu seperti
kepetahan dalam menyampaikan khutbah, sikap suka menolong dan kekemasan fizikal
(Zulkiple Abd. Ghani. 2003: 51-52).

Namun demikian itu, khutbah harus disampaikan di dalam bentuk percakapan bukan
bacaan dan khatib perlu mempunyai tata-tertib dalam menyampaikan khutbah. Antara
ciri-ciri yang perlu diambil perhatian oleh khatib ialah corak pemakain, air muka,
kewibawaan, suara, suasana kesatuan dan menguasai bahan (Muhammad Nashiruddin.
2002: 78-82). Pakaian yang sesuai dan sopan bagi sesuatu tempat perlu diberi perhatian
kerana ia boleh menimbulkan perasaan yang baik atau sebaliknya di kalangan para
jema’ah seperti kenyataan berikut,

“ Khatib yang membaca khutbah itu mestilah seorang yang alim dalam
agama dan memakai pakaian yang khusus ketika menyampaikan
khutbah. Di negara Arab, khususnya di Saudi Arabia dan Mesir,
kesemua memakai pakaian jubah dan serban(‘imamah). Di Malaysia
keadaannya tidak seragam, ada yang berjubah dan berserban, ada yang
berpakaian Melayu dan bersongkok. Walau bagaimanapun, syarat
utama dari segi pakaian khatib ialah menutup aurat”.
28

(Ensiklopedia Islam Jilid 6, 1998: 65-66)

Malahan air muka pula, khatib seharusnya menunjukkan sikap yang tegas dan
wajah yang riang ketika berada di atas mimbar. Sehubungan dengan itu, kewibawaan
khatib perlu menghindari diri daripada berlaku perbuatan yang mensia-siakan misalanya
kancing baju terbuka dan di pasang kembali, menggaru bahagian badan berkali-kali
apabila terasa gatal dan sebagainya. Perbuatan ini boleh menimbulkan tanggapan yang
negatif oleh para jema’ah terhadap khatib itu sendiri.

Ekoran daripada itu juga, suara khatib haruslah lembut dan tidak terlalu kuat
sehingga menyakitkan telinga dan tidak terlalu perlahan sehingga sukar didengari oleh
para jema’ah. Tindakkan melembutkan suara samada dari segi penyebutan perkataan
hendakklah sesuai dengan keadaan, masa dan tempat supaya dapat menarik perhatian dan
melembutkan hati orang yang mendengarnya seperti yang telah dinyatakan oleh sarjana
tempatan Abdullah Hassan (2001: 68),

“Pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi menunjukkan


bahawa orang-orang yang pandai berkomunikasi adalah orang-orang
yang dipandang sebagai orang-orang yang memiliki daya tarikan
tinggi”.

Sehubungan dengan itu juga, elakkan diri khatib daripada berlaku kasar,mencerca dan
memaki hamun atau sebagainya semasa menyampaikan khutbah dan tindakkan ini boleh
membawa kepada dosa (Aziz Salleh, 2002: 72). Khatib perlu mencetuskan suasana
kesatuan antara khatib dan para jema’ah di dalam khutbahnya iaitu bersama-sama
mengambil inisatif terhadap isi khutbah yang disampaikan itu. Kecerdasan mental dan
fizikal diri khatib di dalam menyampaikan khutbah adalah merupakan satu penilaian
yang khusus oleh para jema’ah dalam keupayaannya berkhutbah. Jesteru itu, sebagai
khatib yang berkaliber tinggi haruslah peka dan memahami reaksi yang ditonjolkan oleh
para jema’ah masjid sendiri (Aziz Salleh, 2002: 50).
29

Antara beberapa reaksi yang dapat ditonjolkan oleh sebahagian mereka yang tidak
berminat mendengar khutbah iaitu mula menguap-guap, tidak duduk tegap sambil
merendahkan badan seolah hendak tidur dan sebagainya. Ini merupakan reaksi yang turut
memberi makna yang negatif terhadap khatib sendiri di dalam penyampaian khutbahnya.
Oleh itu, walaupun isi khutbah yang baik dan padat dengan mutunya tetapi belum lagi
memberi kesan yang positif terhadap tahap keupayaan penyampaian khatib itu sendiri.
Sebaliknya jika kita lihat, isi khutbah yang tidak begitu padat tetapi gaya dan corak
penampilan khatib yang pandai menyampaikan khutbah dapat mempengaruhi para
jema’ah masjid sebagaimana yang disebutkan oleh Zulkiple Abd. Ghani (2003:52),

“Aspek kekemasan tidak boleh dipandang ringan kerana khatib


yang selekeh akan turut menjejaskan mesej di mata makmum
walaupun mesejnya mungkin nampak menarik. Semakin tinggi
karakter khatib, semakin tinggi pula keberkesanan mesej, begitu
juga sebaliknya”

Khatib seharusnya mempunyai kebolehan di dalam menguasai bahan khutbah dengan


lengkap terutamanya al-Qur’an dan Hadith Rasulullah S.A.W. Pemahaman khatib di
dalam bahasa Arab adalah penting di dalam menyampaikan hujah dalil daripada al-
Qur’an dan Hadith yang terkandung dalam khutbah. Oleh itu, khatib harus elak dirinya
daripada tersalah bacaan di hadapan khalayak umum yang mungkin menimbulkan
keraguan di kalangan para jema’ah dan menjatuhkan kewibawaan khatib itu sendiri. Apa
yang dapati pada hari ini, khatib terdiri daripada golongan yang berpengetahuan agama
yang telah mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri dan telah menjalani
krusus pentadbiran masjid anjuran Jawatankuasa Agama Islam Negeri.

7.1.7 Faktor Fizikal Masjid

Masjid adalah merupakan tempat yang menjalankan aktiviti ibadat seperti solat lima
waktu yang merupakan tiang agama Islam dan sebagai pusat ilmu dan perbincangan,
pusat bantuan dan takaful serta sebagai tempat untuk memberi pandangan dan
bermesyuarat pada masa kini. Masjid mempunyai peranan yang penting di dalam
30

menyusun dan menyatu-padukan umat Islam dari segi zahir dan batin. Malahan masjid
adalah berfungsi sebagai jantung yang mengerakkan masyarakat dan daulah Islamiyyah
dengan landasan tauhid. Jesteru itu, fungsi masjid sebagai pusat ibadat yang bermakna di
dalam menghubungkan manusia dengan Tuhan (Ahmad Asnawi, 1998: 160). Oleh yang
demikian itu, masjid mempunyai potensi yang penting sekali di dalam menggerak
masyarakat Islam untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Masjid pada hari ini, tersergam indah dengan seni bina yang unik dan cantik.
Adakah reka bentuk dan saiz masjid itu dapat memberi keberkesanan terhadap khutbah?.
Melalui seni bina yang cantik dan unik sememangnya dapat mempengaruhi keberkesanan
khutbah. Pembinaan masjid di dalam sesuatu lokasi atau kawasan perlu diberi perhatian
yang penting agar berada jauh daripada kawasan yang boleh menimbulkan kesukaran dan
keselesaan para jema’ah masjid seperti kawasan perindustrian dan jalan raya. Faktor
seperti ini dapat menimbulkan halangan ketika khatib menyampaikan khutbah seperti
gangguan bising, pencemaran udara seperti bau busuk dan seupamannya.
Kawasan persekitaran masjid yang cantik dan dihiasi dengan taman serta pokok bunga
adalah fungsi utama untuk menimbulkan ketenangan jiwa dan rohani para jema’ah
sendiri. Kebersihan masjid dan persekitarannya perlu diambil perhatian oleh
jawatankuasa masjid yang dapat menimbulkan keselesaan ketika menunaikan ibadat solat
dan mendengar khutbah. Islam amat menggalakkan kebersihan di kalangan umatnya
malahan ia merupakan tuntutan agama yang mendorong keimanan dan ketakwaan
terhadap Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, bagaimanakah kita mendengar khutbah di dalam masjid dan
persekitarannya tidak bersih? dan sejauh manakah penumpuan para jema’ah yang hadir
ke masjid untuk mendengar khutbah?. Belum lagi wujud jawatankuasa khusus yang
menjalankan pemantauan terhadap masjid-masjid di dalam setiap kawasan atau negeri
untuk memastikan kebersihannya. Sifat keperihatinan ini perlu wujud di kalangan umat
Islam sebagai contoh dan teladan yang baik supaya dapat diaplikasikan di dalam
kehidupan seharian.
31

7.1.8 Faktor Pendengar Khutbah

Para jema’ah pendengar khutbah yang menghadiri ke masjid adalah terdiri daripada
pelbagai golongan dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Sebahagian mereka
terdiri daripada petani, pegawai kerajaan, pelajar sekolah, pelajar IPT, ahli perniagaan
dan warga asing beragama Islam yang bekerja di dalam pelbagai sektor. Oleh yang
demikian itu, terdapat kepelbagaian pendengar khutbah yang turut mendorong kepada
hasil keberkesanan khutbah yang disampaikan oleh khatib samada baik atau sebaliknya.
Jema’ah masjid pada hari ini, apa yang kita lihat terdapat sebahagian mereka yang tidak
memberi perhatian mengenai khutbah yang disampaikan oleh khatib malahan
menimbulkan kebisingan ketika mereka berada di belakang masjid.

Para jema’ah masjid juga, ada yang tertidur sepanjang khutbah disampaikan boleh kita
lihat dimana-mana masjid. Ekoran itu, bunyi bising adalah berpunca daripada suara
kanak-kanak dan pelajar sekolah yang duduk berkelompok di belakang atau tepi masjid
sambil berbual-bual sesama mereka. Tambahan pula tiada teguran daripada para jema’ah
yang hadir solat jumaat terhadap golongan ini agar tidak membuat bising ketika khatib
membaca khutbah. Teguran terhadap golongan kanak-kanak ini agak kurang kita lihat
dan hanya terdapat segelintir para jema’ah sahaja yang perihatin berani menegur mereka.
Sering kali kita lihat terdapat sebahagian jema’ah masjid yang tertidur sambil duduk
ketika khutbah sedang dibacakan oleh khatib.

Faktor pemakanan dapat menyebabkan sebahagian mereka ini mengantuk semasa


khutbah. Pemakanan yang terlalu banyak dan mengenyangkan perut sebelum ke masjid
banyak menyumbang kepada rasa mengantuk yang agak sukar dikawal oleh sebahagian
para jema’ah. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh para jema’ah sendiri agar tidak
mengambil pemakanan yang terlalu lebih dan mengenyangkan perut mereka yang boleh
32

menimbulkan rasa kurang selesa apabila menghadiri solat Jumaat sambil mendengar
khutbah.

Para jema’ah Muslim yang menghadiri solat Jumaat perlu mempunyai kesedaran
di dalam diri mereka bahawa kehadiran mereka ke masjid bukan sekadar melaksanakan
fardhu yang perintahkan oleh Islam tetapi untuk mendapat nasihat atau pendidikan
daripada khutbah yang disampaikan. Sifat dan kesedaran ini perlu dititikberatkan oleh
muslimin di dalam membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal sebelum pergi
ke masjid seperti menyucikan diri daripada kekotoran yang ada pada tubuh badan. Mental
yang kuat akan dapat menerima mesej khutbah yang disampaikan oleh khatib dengan
baik untuk di asplikasikan di dalam kehidupan seharian dengan sempurna dan sejahtera.

7.1.9 Faktor Politik

Jika lihat pada hari ini, terdapat sebahagian orang menganggapkan masjid merupakan
tempat melepaskan geram mereka yang menyokong atau memihak kepada mana parti
politik samada UMNO atau PAS. Beberapa masjid di negara ini telah di labelkan sebagai
masjid UMNO atau PAS dan ini adalah merupakan hasil daripada masyarakat setempat
yang terlalu fanatik terhadap parti politik. Isu ini bukan satu perkara yang baru muncul di
dalam masyarakat Muslim malah telah menjadi perkara biasa.

Terdapat beberapa masjid menyampaikan khutbah yang cenderung kepada isu-isu


politik atau sengaja dikatakan unsur politik. Masjid UMNO menyampaikan khutbah yang
disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri yang agak kurang menarik dan banyak
memuji pihak kerajaan berbanding dengan masjid PAS dimana penyampaian khutbahnya
adalah cenderung kepada mengkritik kerajaan mengenai isu gejala sosial, maksiat dan
sebagainya. Khutbah yang berunsur politik amat memberi kesan yang besar terhadap para
33

jema’ah masjid tidak kira mereka itu berpihak kepada mana-mana parti politik samada
PAS ataupun UMNO.

Sebahagian para jema’ah meminati khutbah yang disampaikan di dalam bentuk


politik berbanding sebahagian yang lain menganggapkan perkara ini tidak sesuai dan
tidak selesa diperkatakan di dalam urusan ibadat. Khutbah yang berunsur politik hanya
boleh menimbulkan kurang keberkesanannya di dalam penerimaan jema’ah terhadap
keseluruhan khutbah. Namun demikian itu, khutbah yang berunsur politik seperti begini
seharusnya di elakkan agar tidak menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat Islam
itu sendiri.

8. USAHA KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI KHUTBAH

Khutbah yang berkualiti adalah merupakan khutbah yang telah digubal dan diteliti oleh
pihak berkuasa agama sebelum diedarkan kepada imam-imam masjid. Tugas pihak
berkuasa ialah merupakan badan kuasa yang menjalankan tanggungjawab melantik
penulis-penulis khutbah yang mempunyai kelayakkan baik dari segi pendidikan agama
dan akademik. Oleh yang demikian itu, pengisian khutbah hendaklah mengikut peredaran
zaman, relevan dengan isu semasa dengan menampilkan isu-isu yang menarik agar dapat
memberi kesan yang positif terhadap para jema’ah pendengar di masjid.

Peraduan pertandingan menulis khutbah oleh Majlis Agama Islam Negeri adalah
merupakan satu galakkan yang baik dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat
dengan tawaran hadiah yang berupa wang tunai. Inilah adalah bertujuan untuk
mencungkil bakat-bakat penulis Islam yang mempunyai kebolehan di dalam penulisan
khutbah dan berusaha menyumbang pendapat mereka untuk menimbulkan kesedaran dan
34

keinsafan terhadap masyarakat Islam sambil bersama-sama mengaplikasikan kehidupan


yang sejahtera di dunia mahupun di akhirat.

Ekoran daripada itu juga, prestasi khatib harus dipertingkatkan dari masa ke
semasa di dalam memperbaiki ciri-ciri penyampaian khutbah seperti latihan, penglibatan
diri dalam penulisan khutbah dan pertukaran pengalaman dengan rakan-rakan khatib dari
luar negara iaitu melalui lawatan, muzakarah bersama dan sebagainya (Aidit Ghazali
1997: 76). Melalui tindakkan yang sedemikian itu, dapat menambahkan lagi keupayaan
khatib dalam bentuk penyampaian khutbah yang berkesan terhadap para jema’ah masjid.

9. KESIMPULAN

Khutbah adalah merupakan medium komunikasi pendidikan dan dakwah di dalam


membimbing dan membentuk masyarakat Islam yang harmoni dan cemerlang. Khatib
adalah sebagai jurubicara Islam ditugaskan menyampaikan dan menyebarkan kefahaman
yang menyeluruh ke arah meningkatkan dan mendaulatkan hukum-hukum Allah S.W.T
yang dituntut oleh Islam sebagai suatu nasihat terhadap para jema’ah masjid. Namun
demikian itu, tugas khatib adalah begitu berat di dalam membimbing masyarakat dan
khatib perlu mempunyai daya kemampuan yang sempurna dan lengkap agar tidak
menimbulkan masalah dihadapan jem’ah ketika berucap.

Disamping itu juga, pengisian isi khutbah seharusnya relevan dan hujah-hujah
hendaklah bernas serta tidak bercampur-aduk dengan pengaruh politik yang ekstrem
sebagai menarik tumpuan para jema’ah di dalam mendengarnya. Krusus khatib anjuran
pihak berkuasa Islam adalah sebagai satu jalan yang baik untuk melatih dan
35

memperlengkapkan diri mereka dengan teknik-teknik penyampaian khutbah yang betul


dan berkesan. Oleh yang demikian itu, kita sebagai umat Islam yang mukmin hendaklah
menitikberatkan segala nasihat yang diberi oleh khatib sebagai penjana semangat dan
berusaha mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T di dunia dan
di akhirat.

Bibliografi

Al-Qur’an al-Karim, “Tafsir Pimpinan Ar-Rahman”, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

c
Ammarah, Mahmud Mohd, 1413H/1993M. Al-Khitābah fī Maukibi Al-Dcawah, cet.
Pertama, Dārul Al-Khair, Beirut, Lubnan.

Abdullah Md. Zin, Che Yussof Che Mamat, Ideris Endot (penyunting). 1998. “Prinsip
Dan Kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia”, Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aziz Salleh, 2002. “Teknik Berkomunikasi Dan Berinteraksi Yang Efektif”, cet. Pertama,
Karisma Publications Sdn. Bhd.
36

Abdullah Hassan, 2001. “Komunikasi Untuk Bakal Pendakwah”, cet. Pertama, Penerbit
Pts Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Ensiklopedia Islam, 1998. cet. Pertama, Jil: 6 Kuala Lumpur: Penerbit Malaysian
Encyclopedia Research Center Berhad, Anzagain Sdn. Bhd.

http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/ 11/8/2006.

Itbee, Nasīr Mustafa, 1995. Jawlā fī Fan Al-khitābah, cet. Pertama, Dār Al-Fathi,
Amman, Jurdan.

Tengku Iskandar, “Kamus Dewan”, 1997. Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, 2005. Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti.

Muhammad Nashiruddin, 2002. “ Pembahasan Mengenai Khutbah Jumaat”, cet.


Pertama, Penerbit Perniagaan Jahabersa.

Mohd. Yusof Din, Azhana Abdul Mutalib, “Pemantapan Institusi Masjid Wasilah Ke
Arah Kecemerlangan Umat”, cet. Pertama, Kuala Lumpur: Penerbit Institut
Perkembangan Minda (INMIND).

Nasution, M.Yunan. 1974. “ Pedoman Khutbah”, cet. Pertama, Penerbit Bulan Bintang,
Jakarta.

Rifai, Moh., 1981. “ Suara Mimbar”, cet. Pertama, Alharamaian Pte. Ltd. Singapura.

Shafie, Hussain. t.th. Duca Al-Saurah, Kementerian Agama Islam Republik Arab Mesir.
37

Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh, 1987. Al-Khatābah Wa cIdād al-Khatīb, cet. Ketiga, Dār
al-Syurūq Qaherah Misr.

Zulkiple Abd. Ghani, 2003. “Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat”, Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Você também pode gostar