Você está na página 1de 6

PERKAHWINAN ORANG BRUNEI

PERKAHWINAN ORANG BRUNEI

1. BEDUDUN/ BERJARUM-JARUM ''Bedudun/berjarum-jarum'' bermaksud lawatan berkali-kali diantara keluarga pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan, yang dihasratkan untuk mencapai persetujuan lamaran perkahwinan. Wakil dari keluarga pihak lelaki akan memulakan lawatan. Jawapan kepada lamaran pihak lelaki tidak akan diketahui dalam hari yang sama. Hanya setelah menerima jawapan dari keluarga pihak perempuan, keluarga lelaki akan menghantar kembali rombongan untuk bertanyakan mengenai ''tanda pertunangan'' (tuntutan untuk majlis pertunangan).

2. PERTUNANGAN Ia merupakan simbol ikatan perhubungan diantara lelaki dan perempuan yang akan menjadi pasangan suami isteri. Ia masih melarang mereka berdua daripada melakukan perkara yang haram atau salah disisi Islam. Tuntutan dalam tanda pertunangan mesti mengandungi: a) ''Pembuka Mulut'': Ini menandakan permulaannya pertunangan. Lelaki itu harus membayar diantara $100-$150 (tertakluk kepada perubahan masa) b) ''Mas Kahwin/Berian'' (dalam bentuk duit): Ini adalah penting kerana ianya merupakan tanda penghargaan kepada perempuan yang akan dikahwini itu. Mas Kahwin adalah wajib dalam Islam dan mesti di bayar bila berhampiran dengan tarikh perkahwinan. Mas Kahwin / Berian Beserta dengan Pembuka Mulut dan Mas Kahwin, ''Sepengadak kain teruna'' juga disertakan. Ini terdiri daripada baju cara melayu dan songkok. Sepengadak kain teruna akan dikembalikan semasa upacara ''akad nikah''. Sepengadak kain teruna tidak diperlukan seandainya bakal pengantin lelaki hadir semasa menghantar tanda pertunangan. Bakal pengantin lelaki juga dibolehkan untuk memberi cenderamata yang lain kepada bakal pengantin perempuan. Di antara contohnya pada masa ini ialah kasut dan beg tangan.

Tanda pertunangan akan dihantar pada hari yang ditentukan yang dipersutujui oleh keuarga kedua belah pihak. Pihak lelaki akan membawa tanda pertunangan ke kediaman bakal tunangnya dan menyerahkannya kepada wakil pihak perempuan. Kadang-kadang, keluarga pihak perempuan akan membalas dengan memberikan kek atau baju cara melayu. Dalam tempoh bertunang, lelaki teresbut hendaklah memberikan ''belanja hangus'' kepada tunangnya untuk perbelanjaannya. Seandainya berlaku Langkah Dulang atau Langkah Sungai, lelaki tersebut dikehendaki untuk membuat bayaran yang ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan. Langkah Dulang berlaku seandainya perempuan yang hendak di kahwini ini mempunyai kakak yang belum berkahwin lagi sementara Langkah Sungai ialah seandainya lelaki itu bukan dari Puak Tutong manakala perempuan tersebuat adalah dari Puak Tutong.

3. PERKAHWINAN Ini terbahagi kepada 4 acara sebelum perkahwinan mengambil tempat: (a) Adat Berbedak & Berinai (b) Adat Penghantaran Berian (c) Istiadat Akad Nikah (d) Istiadat Bersanding Sebelum tibanya hari perkahwinan,persediaan akan dilakukan seperti membina dan mereka pelamin di mana pengantin lelaki dan pengantin perempuan tersebut akan duduk bagi Istiadat Bersanding. Tunang lelaki akan memberikan ''belanja dapur'' kepada tunang perempuan yang akan digunakan untuk persiapan. Setengah ahli keluarga akan dilantik untuk memaklumkan orang mengenai majlis perkahwinan tersebut. Di masa silam, wakil tersebut akan memberi seutas rotan yang bersimpul-simpul supaya yang dijemput akan mengingati tarikh perkahwinan. Bagi setiap hari yang berlalu, satu simpul akan di potong. Sekarang, kad jemputan digunakan untuk menggantikan cara penggunaan rotan tersebut. 3(a) i. ADAT BERBEDAK ''Adat Berbedak'' adalah upacara di mana kedua pengantin akan di bedaki di rumah masing-masing dengan berujuan untuk menambah serinya wajah. Acara ini dilangsungkan berasingan. Selepas berbedak, akan dilangsungkan upacara mandian. Pengantin akan duduk diatas papan yang berlapik sambil dikelilingi empat lilin. Setiap lilin akan dipegang oleh kanakkanak memakai''sesandang'' yang berlainan warna. Pengantin tersebut seterusnya akan dimandikan dengan air ''langir'', air bunga melor/ melati dan bercampur dengan air bercampur ''kalambiji''. Air ini bertindak sebagai pembersih dan minyak wangi

badan. Kemudian pengantin akan di mandikan dengan air bersih diikuti dengan pengambilan air wudhu. Selepas itu, pengangun akan mengambil lilin yang menyala dan menyuruh pengantin tersebut meniup padam dengan mulut yang berisi air sebanyak tiga kali. Selepas itu, pengantin akan disuruh berpakaian putih. Dia seterusnya akan diliputi dengan bau kemenyan, bertujuan untuk mengekalkan bau segar dan harum pengantin. Majlis Masuk Berbedak Ini adalah upacara yang terbuka. Keluarga pengantin perempuan akan mengadakan acara ini dikediaman sendiri sehari awal daripada pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan melangsuungkan acara ini pada waktu malam, sehari sebelum hari perkahwinan. Dalam upacara ini, pengantin tersebut akan memakai pakaian tradisi (contoh; pakaian Brunei). Keluarga, sanak saudara dan jemputan akan seterusnya menyapu bedak di tapak tangan pengantin dan juga di bahagian dahi. 3(a) ii. ADAT BERINAI/ BERPACAR Adat Berinai/Berpacar ialah tradisi dimana pengantin akan menampalkan tangan dan kaki mereka dengan inai. Upacara ini kebiasaannya mengambil tempat tengah malam sebelum hari perkahwinan dan di langsungkan berasingan pada kediaman masingmasing. Majlis Masuk Adat Berinai Untuk memulakan upacara tersebut, pengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului pengangun. Selepas itu pengantin tersebut akan disuruh duduk dikatil untuk sementara waktu sambil pengangun menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat. Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantin dimana seterusnya pengangun akan memegang tangan pengantin teresbut sambil membacakan doa. Pengantin itu kemudiannya akan diarahkan untuk berdiri dan akan di bawa mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan seterusnya duduk tempat yang telah dikhususkan di katil yangmana disediakan lapik. Selepas itu, orang-orang tua keluarga akan mengambil giliran untuk menampal pengantin dengan inai.

3(b) ADAT PENGHANTARAN BERIAN & ADAT PENYERAHAN WALI Adat Penghantaran Berian ialah tradisi dimana keluarga pengantin lelaki akan melantik rombongan untuk pergi ke kediaman pengantin perempuan untuk menghantar berian beserta dengan mas kahwin. Dalam adat Penyerahan Wali, bapa pengantin perempuan, di iringi dengan dua orang saksi akan pergi berjumpa Jurunikah bagi menyerahkannya kebenaran untuk menjalankan akad nikah perkahwinan.

3(c) ISTIADAT AKAD NIKAH Akad Nikah ialah upacara agama Islam dimana Ijab dan Kabul akan dilaksanakan bagi mengisytiharkan bahawa pasangan tersebut adalah sudah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah. Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu berwarna putih dengan bertopikan songkok/ destar dan sinjang. Empat lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapik yang didudukinya. Semasa melangsungkan Ijab dan Kabul, pengantin lelaki akan bersalam dengan jurunikah.

3(d) ISTIADAT BERSANDING Bersanding aialah tradisi dimana kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahan di atas pelamin supaya para jemputan dapat melihat kedua pasangan tersebut. Istiadat Bersanding dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan. Di sebelah pagi, pengantin lelaki dan pengantin akan dimandikan dengan campuran air wangi. Pengantin lelaki akan makan terlebih dahulu daripada semua dan selepas itu baru ia di bawa untuk bertemu dan berjarah (bersalaman) dengan jemputan-jemputan lelaki, memberikan penghargaan diatas kehadiran mereka. Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan mengerjakan yang sama di khemah jemputan perempuan. Di masa dahulu, para tetamu akan diberi bunga telur, tapi sekarang, buah tangan telah digantikan dengan pelbagai barangan seperti roti, cawan, kontainer dan sebagainya. Selepas berjumpa dengan tetamu, pengantin lelaki akan bertukar memakai pakaian perkahwinannya bagi acara bersanding. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memedankan warna dan corak yang sama. Setelah siap berpakaian, pengantin lelaki tersebut pun akan berangkat untuk ke rumah pengantin perempuan. Serentak di tempat pengantin perempuan, pengangun untuk pengantin perempuan akan memulakan adat pengarusan di mana pengangun akan memasang lilin dan membakar benang dari tujuh (7) warna yang dipakai oleh pengantin perempuan di lehernya. Pengantin perempuan akan meniup padam api kecil itu yang di lakukan sebanyak 3 kali. Apabila tibanya pengantin lelaki di kediaman pengantin perempuan, dia akan ditemani oleh seorang lelaki tua yang berperanan sebagai penjaganya. Orang tua tersebut kebiasaannya seorang yang dihormati dan mempunyai ilmu agama yang teguh bagi melindungi pengantin lelaki dari ancaman sihir dan sebagainya. Di kediaman pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di payungi dan ianya akan disuruh berjalan dalam pusingan kecil sebanyak 3 kali yang dikenali sebagai Pusing Naga yang masih lagi diamalkan.

Seterunya, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh yang diletakkan di pintu depan rumah sebelum masuk rumah. Buluh ini akan dipecahkan oleh penjaga pengantin lelaki tersebut dangan memijak-mijaknya, kadang-kadang ini dilakukan oleh pengantin lelaki itu sendiri. Pengantin perempuan sedia menanti keadiran pengantin lelaki di pelamin. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelahnya di pelamin tersebut, adat ''mencabut keris'' akan di lakukan. Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keris tersebut dan apabila ianya dimasukkan kembali kedalam sarungnya, barulah istiadat bersanding dilaksanakan. Sebelum duduk, pengantin lelaki akan di bantu oleh penjaganya untuk menaruh tangannya di ubun-ubun pengantin perempuan, di bahu kiri dan bahu kanan seterusnya. Apabila kedua pasangan pengantin sudah duduk di atas pelamin, penjaga pengantin lelaki akan membaca ''selawat'' sebanyak 3 kali untuk kedamaian dan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut yang akan disahut oleh para hadirin, diikuti dengan bacaan ''doa selamat'' untuk keselamatan dan memohon rahmat. Yang berikutnya, pasangan akan keluar ke verandah untuk di perlihatkan kepada para hadirin atau diikuti dengan acara adat basuh kaki bagi adat Tutong.

4. ADAT BASUH KAKI Basuh kaki or Buri Pu''o dalam bahasa Tutong ialah adat resam dimana kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air. Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah air, parang dan batu pengasah. Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, di mulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan. Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut dengan membasahi kaki pengantin perempuan diikuti dengan pemberian duit atau barang kemas kepada orang yang telah dilantik sebagai hadiah. Di masa silam, kebiasaan para jemputan akan memberikan ternakan seperti kerbau dan pokok buah-buahan, dimana pada hari tersebut hanya akan membawa tanda seperti buah dari pokok tersebut. Sejarah Adat Basuh Kaki Di zaman dahulu, tinggal seorang yang mulia bernama Bendari Badar. Dia tinggal di Kampong Panchor. Bila anak perempuannya berkahwin, Bendari Badar telahpun membuat sebuah jambatan dari Panchor ke Panchor Papan. Tiga hari selepas hari perkahwinan, anak perempuannya pun turun mandi di Panchor. Suasana masa itu sungguh menyeramkann dan hujan turun dengan lebatnya

dangen dentuman guruh menggegarkan bumi. Tiba-tiba, anak perempuan Bendari Badar telah pun hilang. Ramai orang kampong cuba untuk mencarinya tetapi tidak berjaya menemuinya. Mereka hanya menjumpai tapak kaki harimau dan sebuaj lobang yang dipercayai tempat tinggal harimau tersebut. Seorang lelaki bernama Kadir di arahkan untuk membunuh harimau tersebut dan dia telah pun bersetuju untuk membunuhnya jikalau ia diberi senjata. Dia pun memilih ''Keris Alok Tiga'' untuk dijadikan senjatanya. Kadir pergi ke lobang membawa Keris tersebut bersama-sama dengan tujuh (7) ekor anjing. Apabila setibanya di lobang berkenaa, Kadir memberi makan anjing-anjing berkenaan bertujuan agar anjing-anjing ini akan membuat bising dan menarik perjatian harimau tersebut untuk keluar. Apabila harimau itu keluar dari lobangnya, Kadir terus membunuhnya dan memeriksa lobang tersebut di mana ia telahpun akhirnya menemui badan anak perempuan Bendari Badar yang sudah tidak bernyawa. Yang menghairankan, bulu harimau telahpun tumbuh di badan tersebut. Disebabkan tragedi ini, pengantin perempuan adalah dilarang untuk meniggalkan rumah selama 40 hari selepas hari perkahwinan. Oleh itu terciptalah Adat Berbasuh Kaki bertujuan agar duit pemberian yang diterima dari tetamu akan digunakan untuk menampung kehidupan mereka selama 40 hari itu. Pada zaman sekarang, untuk tidak keluar dari rumah selama 40 hari dari hari perkahwinan. 5. ADAT MAKAN BERSUAP Ini ialah adat resam di mana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan tangannya sendiri. Ini dijalankan selepas adat basuh kaki dan di niatkan untuk menambahkan kemesraan diantara pengantin baru itu. Ia adalah kemestian untuk menyediakan nasi kuning, air, garam dan asam untuk adat makan bersuap. 6. ADAT MULIH 3/7 HARI Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya. Kebiasaannya keluarga pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kapada pasangan ini. Inin menandakan penamatnya upacara perkahwinan orang Brunei

Você também pode gostar