Você está na página 1de 2

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.

Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaa n yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, s eseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai ke jayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tanggung jawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demik ian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anak-anak cem erlang dalam pelajaran. Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak m encapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dala m suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak m embesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan ant ara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan kesej ahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang s epenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat. Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pa da setiap hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesa r dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yan g cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan p ergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak -anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan seba ya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebi h mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga merreka sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergau l dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagai nya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengen ali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bap a akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan ag ama dan moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang meny atakan melentur buluh biarlah daripada rebungya. Seruan ini memang betul kerana la zimnya anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kana k-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-an ak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka . Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang. Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat d engan anak-anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan t idak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepa

da anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala masala h yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di dalam hati mereka. Bia sanya, ana-anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka d alam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pe lajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu ke jayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-a nak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya anak-anak terjebak dalam masalah socia l, keadaan akan menjadi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu ba pa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat suka r untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak, khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerl ang dalam pelajaran.

Você também pode gostar