Você está na página 1de 15

Praktikal 2: Mengenal Pasti Batu-batuan Pendahuluan: Batu-batuan boleh diklasifikan kepada tiga jenis yang berbeza iaitu batuan

igneus (beku), batuan endapan dan batuan metamorfosis. Batu igneus adalah batuan yang terbentuk akibat pembekuan magma; batuan enapan terbentuk dari proses pemendakan bahan daripada lautan, sungai atau tasik atau pemendapan zaraj-zarah mineral yang diangkut oleh air, angin atau ais. Batuan igneus dan batuan enapan akan bertukar kepada batuan metamorfik apabila terdedah dengan suhu yang tinggi dan tekanan atau kedua-duanya sekali. Batuan igneus dibahagikan kepada dua jenis iaitu batuan igneus rejahan dan batuan igneus terobosan. Batuan igneus rejahan terbentuk daripada hasil pembekuan magma dalam rekahan kerak bumi manakala batuan igneus terobosan merupakan hasil penyejukan magma di permukaan bumi (Hess D., 2011)

Gambar 1: Batu Igneus

Proses pembentukan batu ini terbentuk melalui penyejukan dan pembekuan magma yang cair dan panas dalam lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi. Terdapat banyak mineral yang boleh dikenalpasti secara khusus sebagai penting dalam komposisi batu-batu igneus. Mineral yang telah
1

dikenalpasti penting iaitu feldspar, kuarza, olivines, pyroxenes, amfibol dan micas.

Gambar 2: Magma yang keluar pada permukaan bumi.

Menurut Lutgens F. et al (2009), batuan enapan terbentuk berlapis-lapis. Berdasarkan cara pembentukannya, batuan ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu batuan klastik, batuan kimia dan jenis organik.

Gambar 3: Batu enapan

Batu ini terbentuk daripada penyejukan dan pemejalan magma. Magma ini memejal dalam rekahan kerak bumi ataupun pada permukaan bumi. Magma adalah cairan batuan dalam bumi dan bersuhu antara 700C hingga 1 200C. Ianya kaya dengan silika, magnesium, mineral-mineral, wap air serta gas (Rusly M & Nurashikin A., 2006).
2

Jenis-jenis batu seperti kapur, batu kapur, dolomit, batu pasir, konglomerat dan syal tergolong dalam kumpulan batu enapan.
1) Batu Klastik yang terdiri daripada clasts atau pelbagai serpihan batu yang

diangkut. Kuarza, feldspar, amfibol dan tanah liat adalah contoh batu klastik.
2) BioKimia adalah batu terbentuk daripada bahan-bahan yang dihasilkan atau

dibentuk oleh organisma hidup. Batu kapur adalah contoh dan dibentuk oleh calcite yang dihasilkan daripada organisma hidup seperti moluska di lantai laut.
3) Mendakan kimia: Air laut dikelaskan sebagai penyelesaian mineral. Garam

karang dan batu kapur yang dikenali sebagai mineral evaporite adalah contoh-contoh kelas mendakan kimia.

Menurut Fardnon. J (2006), batuan metamorfik adalah batuan jelmaan yang berasal daripada batuan igneus dan batuan enapan. Ianya amat keras, bersinar-sinar, cantik dan amat menarik. Ianya dibahagikan kepada dua jenis iaitu batuan berjalur dan batuan tidak berjalur. Batuan berjalur mempunyai susunan mineral berlapis secara selari manakala batuan tidak berjalur tidak mempunyai lapisan.

Gambar 4: Batu Metamorfik

Batu ini terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh batu mendak dan juga batu igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi. Ianya juga lebih keras dan stabil (Kerrod, R., 2000).

Gambar 5: Pembetukan batuan metamorfik.

Batuan metamorfik dibentuk oleh metamorfosm atau perubahan dalam bentuk batu yang sedia ada. Tekanan dan suhu yang melampau apa yang menyebabkan batu yang sedia ada atau Protolith untuk berubah bentuk. Contohnya kyanite, andalusite dan garnet dan mineral dalam jenis batu ini. Proses penting dalam batuan metamorf adalah foliasi. Proses ini menyebabkan kumpulan mineral yang membentuk dan datang bersama-sama dalam lapisan. Gneist, sabak dan marmar adalah contoh batuan metamorf.

Praktikal 2: Mengenal Pasti Batu-batuan Tujuan: Mengenalpasti klasifikasi batu-batuan berbeza yang ada pada sekeliling. Bahan: Beberapa jenis batuan dan air. Radas: Bekas Eureka, bikar, silinder penyukat, tali, penimbang, kanta pembesar dan paku. Prosedur: 1. Sampel batu-batuan yang terdapat di sekeliling dibawa ke makmal. 2. Dengan menggunakan jadual 1 dibawah, perbezaan yang terdapat dalam batu-batuan dibincangkan. 3. Dengan menggunakan hubungan antara jisim/isipadu, ketumpatan batuan dicari. 4. Melalui data-data yang telah dikumpulkan, jenis batuan dinamakan. 5. Teknik-teknik lain untuk mengklasifikasi atau menamakan batuan digunakan.

Gambar 1: Struktur batuan diperhatikan dengan bantuan kanta pembesar.

Gambar 2: Jisim batuan diambil dengan penimbang elektronik.

Gambar 3: Isipadu batu diambil .

Gambar 4: Batu-batuan yang telah dikumpul dari tempat yang berbeza.

Hasil: Bil 1 Gambar Jenis batu Metamorfik Warna Putih Jisim (g) Isipadu(cm3) Kilauan Kekerasan Lapisan Tekstur 59.1 10 Keras X Licin Sfera tidak bersegi

Igneus

Kelabukehitaman

6.3

Keras

Kasar Segi bersudut

Enapan

Putihkelabu

16.3

Keras

Kasar Segi bersudut

Igneus

Ungukehitaman

18.5

16

Lembut

Kasar Segi bersudut

Sedimentari

Perang

42. 0

26

Lembut

Licin Sfera bersegi

Enapan

Putih dan kelabu

11.6

Keras

Kasar Berbatuan kecil Segi bersudut

Igneus

Perangkelabu

14.8

Keras

Batuan kecil timbul. Bersudut Batu berongga

Igneus

Kelabukehitaman

45.7

Keras

Kasar Leper Bersegi

10

Metamorfik

Orenkemerah an

3.8

Lembut

Berbatuan kristal Sfera bersudut

10

Enapan

Merah jambuberbintik hitam

13.0

Lembut

Berbintik hitam Bersudut

Jadual 1: Klasifikasi dan ciri-ciri batuan.

11

Bil

Jisim (g)

Isipadu (cm3)

( ) ( )

Ketumpatan (gcm-3)

59.100

10.000

5.910

3.760

5.000

0.752

16.300

3.000

5.433

18.500

16.000

1.157

42.000

26.000

1.615

11.600

4.000

2.900

14.800

8.000

1.850

45.700

4.000

11.425

3.800

3.000

1.267

10

13.000

5.000

2.600

Jadual 2: Ketumpatan batuan

12

Perbincangan: Batu-batuan telah dikaji berdasarkan jenis dan ciri-cirinya. Kami telah menemui 10 jenis batuan yang berbeza warna, struktur dan kekerasannya. Setelah dikaji, didapati batu-batuan tersebut dibahagikan kepada 3 jenis iaitu batu igneus, batu enapan dan batu metamorfik. Batu pertama dikenalpasti sebagai batu metamorfik, ianya bewarna putih, berkilau, tidak berlapis, bertekstur licin dan sfera tidak bersegi. Ia mempunyai ketumpatan 5.910 gcm3. Batu kedua merupakan batu igneus. Ia berwarna kelabu-kehitaman, tidak berkilau, keras, tidak berlapis dan mempunyai tekstur kasar serta bersudut segi. Ketumpatannya adalah 0.752 gcm3. Batu ketiga merupakan batu enapan yang berwarna putih-kekelabuan. Ianya tidak berkilau, berstruktur keras serta mempunyai lapisan. Ia berstruktur kasar dan segi bersudut. Ketumpatannya adalah 5.433 gcm-3. Batu seterusnya adalah batu metamorfik dan berwarna ungi-kehitaman. Ianya berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Dari segi strukturnya pula, ianya kasar dan mempunyai segi yang bersudut dan ketumpatannya adalah 1.157 gcm-3. Batu kelima pula merupakan batu enapan yang berwarna perang. Ianya tidak berkilau, lembut dan tidak mempunyai lapisan. Ia juga mempunyai struktur licin dan sfera bersegi. Ketumpatannya adalah 1.615 gcm-3. Seterusnya adalah batu igneus dan ianya berwarna putih dan kelabu. Ianya tidak berkilau, keras dan berlapis-lapis. Dari segi strukturnya, ianya kasar, berbatuan kecil dan seginya bersudut serta ketumpatannya adalah 2.900 gcm-3. Batu ketujuh adalah batu enapan dan berwarna kelabu kekuningan. Ciricirinya adalah berkilau, keras dan tidak mempunyai lapisan. Strukturnya adalah kasar, leper dan bersegi serta ketumpatannya adalah 1.850 gcm-3. Batu ke lapan adalah batu igneus, berwarna kelabu kehitaman, tidak berkilau, keras, tidak berlapis dan strukturnya adalah berbatuan kristal dan sfera bersudut. Ianya juga mempunyai ketumpatan sebanyak 11.425 gcm-3.

13

Selain daripada itu, batu ke kesembilan adalah batu metamorfik yang berwarna oren kemerahan. Ianya berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Ciricirinya adalah berbatuan kristal
-3

dan

bersudut

sfera.

Tambahan

pula

ketumpatannya adalah 1.267 gcm . Batu terakhir adalah metamorfik, berwarna merah jambu serta mempunyai bintik-bintik hitam kecil. Ianya juga berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah berbintik-bintik hitam serta bersudut. Ketumpatannya pula adalah 2.600 gcm-3. Berdasarkan hasil kajian tersebut, batu igneus terbahagi kepada dua iaitu batu igneus rejahan dan batu igneus terobosan. Batu ini biasanya bersifat batubaur iaitu mempunyai butiran dan mudah terlerai. Biasanya ia juga digunakan untuk membuat batu turapan jalan yang disalut dengan bitumen. Batu enapan seperti yang telah diketahui terbentuk daripada sebarang jenis batuan yang telah mengalami penguraian diangkut dan diendap semula serta kukuh sehingga menjadi batuan yang baru. Ia mempunyai 3 jenis utama iaitu batuan berkapur, batu bersilika dan batu lempungan. Batuan bersilika dikenali sebagai batuan berpasir dan lebih keras daripada batu berkapur namun sesetengahnya tidak sesuai untuk membuat batu-baur turapan jalan. Batu lempungan yang paling mudah dikenali adalah tanah liat, mempunyai butiran halus dan terlalu berlapis serta mudah hancur dan menjadi serpihan. Batuan metamorfosis pula selalunya lebih keras daripada batu enapan dan batu igneus. Batu ini selalunya mempunyai butiran yang agak kasar dan terlalu berlapis.

Kesimpulan: Batuan diklasifikasikan dengan mengkaji ciri-ciri mereka, seperti corak, kekerasan ketumpatan dan tekstur. Batuan diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu batu igneus, metamorfik dan batu enapan.

14

Rujukan: Buku

Fardnon. J (2006). Rocks & Minerals. Lorenz Books. Anness Publishing Ltd.

Hess D. (2011). Mcnights Physical Geography; A Landscape Appreciation, 10th Edition. Prentice Hall. New Jersey.

Kerrod, R. (2000). Planet Earth . Minneapolis: Lerner Publication .

Lutgens F. et al (2009). Earth Science, 12th edition. Pearson Prentice Hall, New Jersey. Rusly M. & Nurashikin A. (2006). Geografi Alam Sekitar Fizikal. Pearson Longman. Selangor Darul Ehsan.

Internet iXArticle (2013).Jenis batu. Diambil daripada http://my.ixarticle.com/articles/605218/. Dilayari pada 5 Febuari 2013.

Tripod (t.t). Pelbagai Jenis Batuan. Diambil daripada http://inani.tripod.com/batu.htm. Dilayari pada 5 Febuari 2013.

15

Você também pode gostar