Você está na página 1de 2

ASAS MATEMATIK KONTEMPORARI

Asas matematik kontemporari adalah jambatan kepada ilmu dan pengetahuan matematik. Ia menghubungkan pelbagai disiplin ilmu matematik untuk menjadikannya lebih berkembang dan moden. Antara contoh asas matematik kontemporari adalah gabungan algebra dan kalkulus untuk ruang vektor dan juga gabungan teori asas nombor dan nombor asas dua untuk sistem binari. Sistem Binari adalah sebuah sistem yang mempersembahkan nombor menggunakan asas dua. Nombor-nombor seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya dipersembahkan dengan diwakili oleh digit 1 dan 0 sahaja. Ahli matematik melihat Sistem Binari ini sebagai suatu alat berkembangnya ilmu sains komputer dan kecanggihan peranti elektronik.

Nombor Desimal 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 . . .

Sistem Binari 0 1 10 11 100 101 110 111 1000 1001 1010 . . .

32 Secara

100000 ringkasnya, nilai

tempat bagi Sistem Binari adalah: 100001 = (1 x ) + (1 x ) = 32 + 1 = 33 (nombor desimal)

Sistem Binari ini digunapakai secara meluas dalam kebanyakan peranti dan litar elektronik yang menggunakan get logik (yang mana input dan outputnya diwakili oleh digit 1 dan 0). Contoh peranti yang menggunakan Sistem Binari ialah seperti kalkulator, komputer dan masin taip elektronik. Sistem Binari juga digunapakai dalam kod ASCII. Kod ASCII ialah American Standard Code for Information Interchange. Kod ASCII mewakili simbol pada papan kekunci komputer. Terdapat 127 kod ASCII yang mewakili 127 simbol kesemuanya. Contoh kod ASCII ialah:

Você também pode gostar