Você está na página 1de 16

LAPORAN AMALI 2

TAJUK : Awan dan Cuaca TUJUAN : Memahami kaitan antara jenis-jenis awan dalam peramalan cuaca PENGENALAN/TEORI: Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.awan terjadi apabila cahaya matahari memanaskan permukaan bumi dan udara. Udara yang telah panas tadi akan mengembang dan naik ke atas. Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini mengalami proses pemeluwapan, maka awan terbentuk. Semakin panas udara, semakin banyak wap air terkandung di dalam uadara kerana air lebih cepat menyejat. Udara yang panas dan sarat dengan air ini akan naik tinggi sehingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah., wap air itu akan mencair dan terbentuklah molekul-moleku air yang tidak terhingga banyaknya yang dipanggil awan Apabila Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.

Gambar 1: pembentukan awan


BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 1

Jenis-jenis awan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan awan tinggi, kumpulan awan pertegahan dan kumpulan awan rendah. Kumpulan Awan Tinggi adalah awan yang berada pada ketianggian yang melebihi 6,000m. Terdapat tiga jenis awan pada kumpulan Awan tinggi ini termasuklah Awan Sirus, Awan Sirostratus dan awan Sirokumulus. Kumpulan awan yang kedua adalah kumpulan awan pertengahan. Kumpulan awan pertengahan berada pada ketinggian 2,00 hingga 5,000 meter. Terdapat tiga jenis awan pertengahan iaitu Altrostratus, Altrokumulus Kumpulan awan yang ketiga adalah kumpulan dan Nimbostratus. Kumpulan

Awan Rendah.

awan rendah berada pada ketinggian kurang daripada 2,000 meter. Antara jenis awan rendah ialah awan stratus, kolumbus dan komulunimbus. Contoh-contoh awan : stratus nitrostratus

komulunimbus

Altrostratus

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 2

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis awan yang tidak dapat dikategorikan mengikut kumpulan-kumpulan ini, seperti awan kumulus dan kumulonimbus dimana lebih dikenali sebagai awan menegak. Hal ini disebabkan oleh pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian rupa bentuk awan sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubah mengikut keadaan cuaca. Perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa berubah setiap hari . Bentuk dan jenis awan ini juga dapat digunakan untuk meramal keadaan cuaca pada masa dan hari berikutnya. Oleh itu amali ini telah dilaksanakan untuk melihat keadaan cuaca dengan pembentukan awan dalam satu tempoh masa empat belas hari iaitu bermula pada 18 Julai 2013 hingga 31 Ogos 2013. Lokasi yang telah saya pilih adalah di kampong Parit Jawa Bagan serai arah Timur sekitar jam 3:00 hingga 4:00 petang.

RADAS: 1. Sebuah Kamera Nikon DSLR 3100 untuk mengambil gambar 2. Sebuah termometer 3. Jadual pemerhatian

PROSEDUR: 1. Maklumat berkenaan awan dicari daripada buku dan internet. 2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang hadir di kawasan tersebut diperhatikan dalam jangka masa dua minggu. Pemerhatian dilakukan dalam sekitar tempoh masaselama sejam setiap hari pada lokasi yang dikaji. 3. Gambar awan yang muncul diambil menggunakan kamera 4. Pemerhatian direkodkan termasuklah perubahan cuaca sama ada berlaku hujan atau pun tidak dalam tempoh masa kajian 5. Data yang diperolehi dianalisa dan ditafsir 6. Laporan ditulis dengan beserta gambar yang diambil, jadual dan graf.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 3

Jadual 1: JADUAL PEMERHATIAN TERHADAP AWAN MENGIKUT HARI


HARI/ TARIKH GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT Jenis : Awan Pertengahan Nama : Nimbostratus Suhu : 29C HARI PERTAMA 18.07.2013 3:00 petang Cuaca : cerah Kelembapan : 50% Keadaan awan: berkepul-kepul seperti lembaran Lembaran denan lapisan yang tebal, warna kelabu dan gelap.

Jenis : Awan Rendah Nama : Stratus Suhu : Cuaca : cerah HARI KE 2 19.07.2013 3:40 petang Kelembapan : 50%

Keadaan awan: membentuk lapisan awan seragam yang rendah dan menyerupai kabut, tetapi tidak jejak ke permukaan bumi

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 4

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN Jenis Nama Suhu

DATA DAN MAKLUMAT : Awan Pertengahan : Altrostratus : 31C : : cerah 40%

HARI KE 3 20.07.2013 3:45 petang

Cuaca Kelembapan

Keadaan awan: Awan ini kecil-kecil tetapi banyak, biasanya berbentuk seperti bola yang tebal atau bergulung-gulung melingkar seperti makaroni,

berwarna putih atau kelabu. Jenis Nama HARI KE 4 21.07.2013 Suhu Cuaca Kelembapan : Awan rendah : kumulunimbus : 25C : : hujan 80%

Keadaan awan: awan yang sungguh tebal dengan perkembangan tegak yang amat jelas di mana kemuncaknya kelihatan seperti gunung ataupun menara.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 5

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN Jenis Nama Suhu Cuaca

DATA DAN MAKLUMAT : Awan Pertengahan : Altostratus : 27C : : mendung 60% kelihatan lebih padat dan berwarna

HARI KE 5 22.07.2013

Kelembapan

Keadaan awan: awan

lebih gelap atau kelabu, Nampak seperti air dan melitupi hampir seleluruhan langit.awan ini akan menghasilkan hujan apabila ia menjadi cukup.

Jenis Nama Suhu HARI KE 6 23.07.2013 Cuaca Kelembapan

: Awan Tinggi : Sirus : 31C : : cerah 40%

Keadaan awan: Awan ini halus, struktur berserat, tampak seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai pita yang melengkung, berwarna putih, tidak menimbulkan hujan.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 6

HARI/TARIKH

GAMBAR AWAN Jenis Nama Suhu

DATA DAN MAKLUMAT : Awan Tinggi : Sirustratus :28C : mendung : 60%

HARI KE 7 24.7.2013 3:45 petang

Cuaca Kelembapan

Keadaan awan: Tampak seperti kelambu putih halus, luas menutupi langit sehingga tampak cerah, mempunyai struktur serat dan kadang terlihat seperti anyaman yang tidak teratur Jenis Nama : Awan Tinggi : sirus :30C : panas : tinggi

HARI KE 8

Suhu Cuaca

25. 7.2013 3:30 petang

Kelembapan

Keadaan awan: kurang berawan.langit cerah,awan pada kedudukan yang rendah Awan ini halus, struktur berserat, tidak menimbulkan hujan

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 7

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN Jenis Nama Suhu

DATA DAN MAKLUMAT : Awan rendah : Kumulus :28C : mendung : 60%

HARI KE 9 26.7.2013 3:45

Cuaca Kelembapan

Keadaan awan: Letaknya rendah, terpisah-pisah, bagian dasarnya berwarna hitam dan di atasnya putih berbentuk kubah seperti kapas, memiliki puncak-puncak berkepul-kepul. awan ini biasanya menghasilkan hujan.

Jenis Nama HARI KE10 27.7.2013 3:30 Suhu Cuaca Kelembapan

: awan Pertengahan : Nimbostratus :28C : mendung : tinggi

Keadaan awan: Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal, berwarna putih kegelapan,.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 8

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN

DATA DAN MAKLUMAT

Jenis Nama HARI KE 11 28.7.2013 3:15 petang suhu Cuaca Kelembapan

: Awan Pertengahan : Nimbostratus :30C : cerah : 40%

Keadaan awan: Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal, berwarna putih kegelapan. Jenis Nama HARI KE 12 29.7.2013 3:40 Petang Suhu Cuaca Kelembapan : Awan rendah : stratus :28C : cerah : 40%

Keadaan awan: Stratus terletak di bahagian langit rendah, tebal dan berwarna kelabu.awan berkumpul di bahagian bawah seperti berada di kaki langit

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 9

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN

MAKLUMAT/DATA

Jenis Nama Suhu HARI KE13 30.7.2013 3:10 petang Cuaca Kelembapan

: Awan Pertengahan : Nimbostratus : 30C : cerah : 28C tinggi

Keadaan awan: 50% Berwarna putih dan berkedudukan rendah dari permukaan bumi.

Jenis Nama HARI KE14 31.7.2013 3:30 petang Suhu Cuaca Kelembapan

: Awan Pertengahan : Nimbostratus : 29C : mendung : 50%

Keadaan awan: Nimbostratus berwarna putih dan berkedudukan rendah dari permukaan bumi.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 10

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN Jadual2 : kekerapan kejadian jenis-jenis awan mengikut hari JENIS AWAN HARI PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT KELIMA KEENAM KETUJUH KE LAPAN KESEMBILAN KESEPULUH KESEBELAS KEDUABELAS KETIGABELAS KEEMPAT BELAS Nimbostratus TINGGI PERTENGAHAN RENDAH NAMA AWAN Nimbostratus stratus altostratus komulunimbus altostratus sirus Sirustratus sirus Kumulus Nimbostratus Nimbostratus stratus Nimbostratus

Berdasarkan keputusan pemerhatian yang telah dijalankan selama empat belas hari berturut-turut di dapati jenis awan pertengahan mempunyai kekerapan yang lebih tinggi berlaku diikuti dengan awan rendah dan tinggi.Awan pertengahan terjadi pada hari pertama kajian, ketiga, kelima, kesepuluh, ketiga belas, dan hari keempat belas. Awan yang terjadi adalah awan Nimbostratus dan juga awan altostratus. Awan Altrostratus merupakan awan yang seolah-oleh kepingan seragam kelabu atau kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian.Kemunculan awan altrostratus telah menunjukkan kejadian hujan akan berlaku. Pada sekitar pukul 4:00 hujan pon telah turun dengan meluas dan berterusan selama hampir 3 Nimbostratus pula adalah awan tumpat yang yang rendah yang tidak mempunyai apa-apa bentuk tertentu dan biasanya ia membawa kerpasan yang berterusan. Suhu pada ketika ini adalah rendah dalam 25C hingga 27C. Kelembapan juga tinggi lebih 50%C.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 11

Awan rendah pula terbentuk pada hari kedua, keempat, Sembilan dan dua belas. Awannynya adalah awan cumulus, kumulunimbus dan stratus. Awan kumulus adalah merupakan kumpulan awan rendah yang menegak. Awan ini merupakan awan yang tebal dan tumpat. Mempunyai perkembangan tegak keatas. Awan kumulus menunjukkan cuaca baik pada ketika kajian

dijalankan walaupun kadangkala awan kumulus yang tinggi akan berkembang menjadi awan kumulonimbus iaitu awan yang menegak. Awan kumulunimbus terbentuk asalnya daripada awan-awan kumulus dan disertai dengan ribut petir yang teruk dengan ciri-ciri istimewanya. Awan kumulunimbus pula adalah awan yang dikaitkan dengan terjadinya hujan lebat dan rebut petir. Jisim awan yang sungguh tebal dengan perkembangan tegak yang amat Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yang lebat, badai, ribut petir dan kadangkala hujan batu. Berdasarkan kajian yang dilakukan, hujan telah turun dengan lebat dikuti dengan petir yang sederhana. Cuaca adalah mendung dengan kelembapan yang sangat tinggi. Pembentukan awan tinggi paling rendah , yang berlaku pada hari keenam, tujuh dan lapan. Awan yang terbentuk adalah awan sirus dan sirustratus. Awan Sirus yang telah diperhatikan adalah kelihatan halus, dan berstruktur seperti serat dan bentuknya. Awan ini juga seringtersusun seperti pita yang melengkung di langit, sehingga seakan. Kelihatan seperti surtera. Awan sirus berbentuk seperti kapas yang tipis dan lembut. .Cuaca cerah pada ketika ini. Ini menunjukkan bahawa dengan adanya awan ini, hujan tidak mungkin berlaku dalam tempoh yang lama. Awan ini tidak menimbulkan hujan. Apabila keadaannnnya tidak tersusun ia dapat menunjukkan bahawa cuaca baik akan tiba. Sekiranya ia tersusun rapad bersama awan, sirostratus dan altostratus ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiri daripada hablur ais. Ia menunjukkan cuaca yang baik, serta meunjukkan cuaca yang baik pada hari berikutnya.. Awan Sirostratus yang terbentuk pula keadaannya

seperti kelambu putih yang halus dan rata menutup seluruh langit sehingga tampak cerah, Berbeza dengan awan sirus yang memberi maklumat tidak berlaku hujan, awan sirus pula biasanya menjadi tanda kedatangan ribut.apabila awan tersebut tipis dan berkeping-keping apabila memenuhi ruang langit.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 12

LANGKAH BERJAGA-JAGA 1. Dalam pemerhatian awan, kesukaran untuk menentukan jenis awan adalah masalah yang sukar dihadapi kerana bentuk awan adalah berbeza dan maklumat mengenai awan adalah sangat sedikit. 2. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal. 3. Memastikan gambar di ambil di tempat yang lapang 4. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya. 5. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih tajam.

KESIMPULAN: Awan sangat Setelah kajian dijalankan dilokasi tertentu selama empat belas hari, ia menunjukkan pembentukan awan sentiasa berubah setaipa hari. Jenis-jenis awan yang terbentuk sama ada awan Tinggi, awan pertengahan atau pun awan rendah saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Pada kajian ini didapati jenis awan Rendah memberikan bacaan suhu yang paling rendah berbanding penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan

untuk:menghasilkan hujan. Dengan turunnya hujan ia dapat melengkapkan kitaran hujan. Air hujan sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan dan segala hidupan di muka bumi ini.awan juga berperanan mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi. Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari katulistiwa ke kutub. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam

kitaranhidrologi.Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnyaawan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera.Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari katulistiwa ke kutub .

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 13

LAMPIRAN:

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Gambar : Lokasi kajian

Muka Surat 14

RUJUKAN

BUKU : Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. 2008. The Physical Universe, 12th Ed.. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011) Geografi Fizika Tingkatan 6 Rendah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 15

Yew Poi Keng et al. (2002), Geografi Fizikal STPM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

JURNAL: Journal Keadaan Cuaca dan pengaruh awan, Kajian palak, Mahruzaman Misrah , (2007) http://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-WeatherPrinciples.html. Lai Kit Moi,(9 September 2009),STPM Geografi Fizikal,Kit Celik Konsep fizikal. Zetty Shazlin binti Mohamed (20 April 2010) ,Durability of granite and shale for various weathering grade,

LAMAN SESAWANG http://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-danfaktor-cuaca-dan-iklim http://ms.wikipedia.org/wiki/Awan http://ms.wikipedia.org/wiki/Cuaca http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.html http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/ http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126 http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan http://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.html http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.html

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca

Muka Surat 16

Você também pode gostar