Você está na página 1de 6

BAHASA MELAYU KUNO Bahasa yang berkembang antara abad ke 7 ke 13.

e 13. Kerajaan berkuasa : Kerajaan Sriwijaya Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar kerajaan. Bukti : i. BATU BERSURAT DI KEDUDUKAN PARIT, PALEMBANG ii. BATU BERSURAT DI TALANG TUWO, DEKAT PALEMBANG iii. BATU BERSURAT DI KOTA KAPUR, PULAU BANGKA iv. BATU BERSURAT DI KARANG BRAHI, MERINGIN, DAERAH HULU JAMBI

CIRI BAHASA MELAYU KUNO SISTEM TULISAN Semua Batu Bersurat menggunakan tulisan Palava, PALAVA : sejenis tulisan India Selatan Purba yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu Tulisan Lain : Kawi, Nagiri KAWI : berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud syair, ditulis pada 2 lontar, diubahsuai dan diukir pada batu. Nagiri : digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli, berasal dari Utara India KOSA KATA o Bahasa Sanskrit mempengaruhi Bahasa Melayu Kuno kerana kekurangan kosa kata utk mengungkap konsepkonsep baharu. o Dibawa oleh budaya asing o Fonem w menjadi b dalam Bahasa Melayu Moden o Ketidakwujudan vocal e pepet o Perubahan fonem yang tidak konsisten; fonem u menjadi o o U tidak berubah menjadi o dalam lingkungan suku kata akhir tertutup o Imbuhan awalan : ni-, mar-, par-, makao Ibuhan akhiraan : -a, -i, o Bunyi h dilenyapkan o Kewujudan konsonan aspirasi BAHAN BUKTI o BATU BERSURAT DI KEDUKAN BUKIT ; Bertarikh 605 tahun saka Diperoleh dari sebuah keluarga melayu Mengandungi sepuluh baris ayat Ditulis dalam bentuk Palava Menjelaskan tentang seorang raja yang berpangkat dapunta hilang telanh naik kapal untuk mendapatkan siddhayat(kekuatan sihir@kejayaan) BATU BERSURAT DI KARANG BRAHI o Bertarikh 614 tahun saka o Dijumpai oleh seorang inspector

Didapati teks bersamaan dengan teks batu bersurat di Kota Kapur tetapi kurang dua baris BATU BERSURAT DI KOTA KAPUR o Bertarikh 608 tahun saka o Ditemui oleh J.K. Van Meulen BATU BERSSURAT DI TALANG TUWO o Bertarikh 606 tahun saka o Dijumpai oleh Residen Jambi o Merupakan batu pasir yang di atasnya terdapat 14 baris ayat yanag dipahat BATU BERSURAT DI GANDASULI o Dijumpai di kawasan yang jauh dari Sumatera, di Jawa Tengah o Bahasa yang digunakan amat rapat kaitan dengan keempat-empat batu yang terdapat Sumatera o Ditulis dalam bahasa Austronesia dan dokumen yang memerikan permulaan kejayaan Sriwijaya

BAHASA MELAYU KLASIK Bermula pada abad ke 14 apabilan pengaruh Islam/Arab datang ke alam Melayu Peringkat permulaan : bahasa masih lagi dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dengan bercampur-adukkan bahasa Arab Tulisan : Jawi Bahan Bukti : Batu Bersurat Kuala Berang bertarikh 702h (22 Feb 1303)

BUKTI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK 1) BATU BERSURAT DI SUNGAI TERESAT, TERENGGANU a) Ditemui di Sungai Teresat pada tahun 1899 bertarikh 1303m b) Tulisan : Jawi dengan kosa kata yang bercampur ( Sanskrit, Jawa, Arab) c) Kandungan : hukum berzina, undang-undang 2) BATU BERSURAT DI PAGAR RUYUNG a) Ditemui di Minangkabau bertarikh 1356m b) Tulisan : Palava c) Menggunakan prosa Melayu Kuno serta beberapa baris ayat sajak 3) BATU BERSURAT MINYE TUJUH a) Ditemui di Acheh bertarikh 1380m b) Tulisan : India ( Kawi ), Arab c) Bahasa : Bahasa Melayu 4) BATU BERSURAT PHANRANG a) Ditemui di Champa bertarikh 1039m b) Tulisan : Arab c) Batu nisan Malikulsalleh

CIRI-CIRI MELAYU KLASIK 1) SISTEM TULISAN DAN EJAAN a) Mulanya dipengaruhi oleh system tulisan India seperti yang terdapat di Batu Bersurat Pagar Ruyung dan Minye Tujuh b) Apabila Islam dan Arab datang, tulisan Arab berbentuk Kufi telah digunakan seperti yang terpahat di Batu Bersurat Di Pekan, Di Phanrang, dan Di Champa c) Bagi menyesuaikan dengan vocal bunyi bahasa Melayu, huruf arab telah ditambah. 2) TATABAHASA a) Banyak menggunakan bahasa Istana, bahasa Perdu serta kosa kata klasik b) Bahasa Istana; bersiram, santap, beradu c) Kosa kata klasik; berahi, masygul, ceritera d) Kata Perdu ( pangkal ayat); alkisah, sebermula, hatta e) Dari sudut ayat, Bahasa Melayu banyak menggunakan ayat majmuk, ayat songsang dan ayat pasif 3) KOSA KATA a) Banyak dipinjam dari bahasa Arab b) Banyak diserap ke Bahasa Melayu sejajar dengan agama Islam c) Ia akan membicarakan bab hokum PERKEMBANGAN AKSARA JAWI/ TULISAN JAWI 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Merupakan aksara Arab yang diaptasikan ke dalam bahasa Melayu Jawi : berasal dari perkataan Al-Jawah; Pulau Sumatera Pendapat lain : Jawi berasal dari Jawa Pendapat lain : Jawi berasal dari perkataan peranakan ; campuran Arab, Parsi dan Melayu Bukti pertama : Batu Bersurat Kuala Berang Manuskrip tertua tulisan Jawi : Aqaid Al Nasafi ( 1590) Peringkat awal : tulisan Arab menggunakan sistembaris, tetapi dibuang barisnya lama kelamaan lalu menjadi tulisan Arab Gondol 8) Apabila menghadapi masalah, amak huruf saksi diwujudkan pada suku kata kedua @ ketiga 9) Sistem Ejaan Yang Lengkap a) Pedoman Ejaan Jawi terbitan 1956 b) Ia disempurnakan pada tahun 1986 hingga sekarang

HUKUM KANUN Disusun semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah(1422-1444) Sultan pertama memeluk Islam Beberapa tambahan yang telah dilakukan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1458) Dianggap bertanggungjawab memerintahkaan hukum kanun undang-undang Melaka bertulis

HUKUM KANUN PAHANG Ditulis semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah ( 1592-1614 ) Lanjutan daripada Hukum Kanun Melaka Banyak dipengaruhi oleh perundangan Islam

SURAT AWAL Raja-raja Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan raja asing dan pedagang Eropah Mereka menggunakan bahasa Melayu apabila mengadakan hubungan dengan mereka Antara surat yang ditullis o Surat Sultan Ternatee kepada Raja Portugal (1512) o Surat Sultan Acheh kepada nakhoda Inggeris ( 1602) o Surat Pengisytiharan Lord Minto

NASKHAH SASTERA KLASIK Aqaid Al Nasafi ; sastera paling awal dan merupakan manuskrip bahasa Melayu tertua ( 1590 ) Syed Muhammad Naquib al-Attas ; berpendapat buku ini merupakan tterjemahan scr hurfiah drpd bahasa Arab. Sejarah Melayu ; pada zaman kesultanan Melaka, sebuah karya agung telah dihasilkan yang berjudul Sejarah Melayu @ Sulalatus Saladin Misa Melayu ; dihasilkan di Perak dan ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dalam tulisan Jawi Hikayat Hang Tuah ; merupakan sebuah epik Melayu yang menggambarkan Hang Tuah sbg wira Melayu ketika itu yang mempunyai sifat taat sehingga sanggup menerima hukuman mati yang dijatuhkan oleh raja.

FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK LINGUA FRANCA BAHASA PENTADBIRAN BAHASA ILMU ( AGAMA ) BAHASA UNDANG-UNDANG BAHASA PERSURATAN

BAHASA MELAYU MODEN Bermula pada abad ke 19 dengan bermulanya karya Abdullah Munsyi Selepas mencapai kemerdekaan ; bahasa Melayu mengalami perkembangan pesat dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang mengiktiraf bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan Sbg bahawa kebangsaan memikul tugas sbg bahasa rasmi, pentadbiran, perhubungan, penghantar, bahasa ilmiah di sekolah dan university Utk mencapai matlamat satu perancangan bahasa yg meningkatkan status bahasa dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

BAHASA MELAYU PRA MERDEKA Pd peringkat awal pemerintahan Inggeris, kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British, maka lahirlah sarjana bahasa berbangsa barat; R.O Winsted, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.G Shellabear, J. Crawford, W.E Maxwell, W. Marsden, O.T Dusek, A.M Skinner Kedudukan bahasa Melayu mula tergugut selepas Perang Dunia Ke 2 apabila kerajaan Inggeris mula menjadikan bahasa Inggeris sbg bahasa pengantar dan bahasa rasmi. Terdapat pejuang bahasa Melayu yang memperjuangkan bahasa Melayu karyanya spt; o Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854) o Dilahirkan di Melaka o Mendapat gelaran Munsyi yang membawa maksud guru @ pendidik kerana mengajar agama Islam kpd askar Melayu di Melaka o Karya yg terkenal : Syair Singapura Terbakar, Kisah Pelayaran Abdullah 1, Kisah Pelayaran Abdullah 11, Hikayat Abdullah o Raja Ali Haji ; o Dilahirkan di Pulau Penyengat o Berpendidikan Arab dan merupakan tokoh bahasa yg sgt penting o Merupakan penulis Melayu pertama yg menghasilkan kamus dan buku tatabahasa melalui bukunya Kitab Pengetahuan Bahasa o Antara karya yang terkenal ; Bustanul Katibin, Tuhfat alMahfit, Kitab Salasilah Melayu dan Bugis o Mohd Said bin Haji Sulaiman (1876-1955) o Dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura o Menjadi penunjang kpd Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor o Karya ; Buku Pakatan PBmPB, Jalan Bahasa Melayu, Pohon Agama, Sopan Santun Dalam Islam o Zainal Abidin Ahman ( Zaba) (1895-1973) o Dilahirkan di Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan o Nama lain; Zaba, Melayu Jati, Patriot, Zai Penjelmaan o Tokoh bahasa o Antara karya terkenal; Kitab Ilmu Bahasa Melayu, Kitab Rahsia Ejaan Jawi Pertubuhan bahasa melayu Pramerdeka

o o o o

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ( PBmPB) Persaudaraan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ) Pejabat Karang Mengarang Angkatan Sasterawan 50 ( asas 50 )

FUNGSI BAHASA MELAYU MODEN o Bahasa kebangsaan o Bahasa rasmi o Bahasa ilmu o

Você também pode gostar