Você está na página 1de 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012

HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

730809015042002 730809015042 0125195504 masamin7372@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH

HBML 4103

1.0

Konsep Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama dan kebudayaan Islam. Menurut Ismail Hamid (1986:68) dalam buku Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, bahasa Melayu Kuno yang tercatat pada batu-batu bersurat tersebut menerangkan bahawa bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang dinamik dan terus berkembang mengikut arus perkembangan zaman. Asmah Hj. Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik. Ismail Hussein (1984:24) dalam bukunya Sejarah Penubuhan Bahasa Kebangsaan Kitamenyatakan, pembahagian yang dibuat adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu iaitu dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya. Pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari tulisan India, Arab dan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dipenuhi dengan pinjaman kata-kata Sanskrit. Peralihan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh dan Pagar Ruyung. Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga ditemui dalam manuskrip Melayu lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip lama tersimpan di beberapa buah negara terutamanya Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Manuskripmanuskrip lain seperti Tutinamah(1600), Hikayat Seri Rama(1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sulatan Iskandar Muda Mahkota alam. Penemuan

HBML 4103 ini menunjukkan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu. Secara kesimpulannya bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, sejarah, perdagangan,dan perhubungan iaitu budaya dan

kemasyarakatan. Bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara. 1.0 Konsep Bahasa Melayu Moden

Zaman bahasa Melayu Moden telah bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden. Sebelum penjajahan Britsh, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa, Bahasa Kebagsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendahlah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undangundang Parlimen. Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan negeri, tempatan dan bahasa berkanun). Laporan Razak 1956 telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari (2006:34) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden. Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan Melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah

HBML 4103 menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia. Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah, dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singgapura terutamanya selepas perang Dunia Kedua. Kesimpulannya, dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden

yangdigunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dan tulisan ilmiah. 2.0 Perbincangan Tentang Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Moden daripada Sudut Perkataan (morfologi) dan Ayat (sintaksis) Berdasarkan pada sebuah hikayat lama iaitu Hikayat Hang Tuah yang diselenggarakan dan diberikan pengenalan baru oleh Kassim Ahmad, cetakan pertama 1991, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.1 Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Moden daripada Sudut Perkataan (morfologi)

a) Perbezaan daripada sudut penggunan perdu perkataan (kata pangkal ayat) Penggunaan kata pangkal ayat pada teks Hikayat Hang Tuah agak meluas. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak menggunakan kata pangkal ayat yang sedemikian. Teks moden banyak menggunakan penanda wacana seperti lantaran itu, justeru, oleh itu, walaubagaimanapun, sungguhpun pada awal ayat-ayat dalam perenggan.Contoh kata pangkal ayat daripada Hikayat Hang Tuahadalah seperti di bawah.

Bahasa Melayu Klasik (Kata Pangkal Ayat) syahadan maka alkisah

Muka Surat 1 1 3

Bahasa Melayu Moden

selanjutnya lalu ceritanya

HBML 4103 hatta sebermula adapun tatkala kata sahibul hikayat arakian 2 14 1 54 67 201 kemudian pembuka kata untuk sesuatu kisah mengenai,perihal ketika, pada masa itu kata yang empunya cerita sesudah itu

b) Perbezaan dari segi penggunaan kosa kata klasik (lama) Memandangkan Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah hikayat lama, sudah pasti banyak menggunakan kosa kata klasik dalam penulisan. Ini amat berbeza dengan bahasa Melayu moden yang tidak menggunakan kosa kata klasik dalam teks-teks masa kini. Berikut adalah beberapa contoh kosa kata klasik dalam teks Hikayat Hang Tuah dan maksudnya. Bahasa Melayu Klasik (Kosa Kata Klasik) Kalakian Sekonyong-konyong emas sepuluh mutu masghul ratna mutu manikan peseban masyhurlah sukacita sahaya mongkor anak-anak dara yang taruhan beranggap-anggapan

Muka Surat 10 15 12 13 10 123 11 116 119 94 176 178

Bahasa Melayu Moden Ketika itu Dengan tidak disangka emas tulen sedih, susah hati berbagai-bagai intan permata balai tempat mengadap menyebarkan gembira abdi ,hamba tandu, usungan anak dara yang cantik-cantik Bergiliran mengajak menari

HBML 4103

c)

Perbezaan daripada sudut perkataan berimbuhan

Perkataanberimbuhan awalan mar dan ni yang terdapat dalam bahasa kuno telah diganti dengan ber dan di dalam bahasa Melayu Klasik contohnya dalam teks Hikayat Hang Tuah. Namun begituterdapat beberapa perbezaan pembentukan perkataan berimbuhan yang dapat dikenalpasti berbanding dengan teks-teks masa kini sama ada penggunaan imbuhan ataupun ejaan perkataan berimbuhan. Contohperbezaan penggunaan imbuhan yang dapat dikenal pasti antara buku Hikayat Hang Tuah dengan teks moden adalah seperti berikut:

Bahasa Melayu Klasik (Kata Berimbuhan) belengkaplah bepermata beoleh dipermulia besuaka diperhamba campaki mengapus berlayarlah menengarkan beserta

Muka Surat 8 4 6 19 19 208 58 105 163 165 231

Bahasa Melayu Moden berlengkap berpermata beroleh mempermulia bersuaka diperhambakan mencampak menghapus belayarlah mendengarkan/mendengari berserta

d)

Perbezaan dari sudut kata ganda

Sekiranya dilihat dari sudut penggunaan kata ganda, terdapat perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan Moden. Berikut adalah beberapa contoh perbezaan penggunaan kata ganda yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah.

HBML 4103

Bahasa Melayu Klasik (Kata Ganda) laki-isteri beranggap-anggapan berumbai-umbaikan perihal-ehwalnya menghulu-hulukan berpenanak-penanak dipengapa-ngapa bersegera-segera

Muka Surat 9 178 9 35 253 133 134 171

Bahasa Melayu Moden suami isteri bergilir mutiara yang dikarang hal-ehwal mendahului sepenanak diapa-apakan bersegera

e)

Perbezaan dari segi penggunaan perkataan bahasa istana.

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu Klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Beberapa contoh bahasa istana yang terdapat dalam buku Hikayat Hang Tuah seperti di bawah. Bahasa Melayu Klasik (Bahasa Istana) baginda santap berangkat sembah inangda murka patik mangkat gundik gering Muka Surat 13 210 23 148 211 207 14 33 42 43

Bahasa Melayu Moden dia (rakyat menyapa raja) makan, minum bertolak memberi salam inang marah saya meninggal dunia isteri yang tidak rasmi sakit

HBML 4103 iram-iram mengadap titah putri singgahsana 75 84 89 112 139 payung menjumpai kata anak perempuan kerusi

f) Penggunaan kosa kata dan fonem Arab dan Parsi Kata-kata pinjaman Arab mula menapak ke dalam bahasa Melayu. Pelbagai jenis kosa kata Arab digunakan dalam pelbagai bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Bahasa Melayu Klasik dikatakan banyak menerima fonem-fonem Arab. ( Abdullah Hassan :1992 ) Contohnya 'kh'(akhirat), 'z'(zaman) dan 'sy'( syarat). Penggunaan fonemfonem ini begitu meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab agama, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Bahasa Melayu Klasik juga telah menyerapkan perkataan-perkataan Arab dalam bahasa Melayu. Contoh perkataan yang dipinjam dari perkataan Arab ialah duniawi, jahaman, akhirat, mu'tabar, fakir, sultan dan jumaat. Contoh-contoh kosa kata dan fonem Arab yang terdapat dalam buku Hikayat Hang Tuah. Bahasa Melayu Klasik (Pinjaman Arab dab fonem arab) azal fakir syariat hakim kudrat iradat fadhihat wallahualam Muka Surat 1 2 5 12 13 13 19 44

Bahasa Melayu Moden masa lampau orang miskin aturan agama cendekiawan kekuasaan allah kehendak Tuhan cela, keji

HBML 4103 Berikut adalah beberapa contoh kata pinjaman Parsi yang terdapat dalam buku Hikayat Hang Tuah.

Bahasa Melayu Klasik (Pinjaman Parsi) nafiri syahbandar saudagar kahwin pahlawan nobat

Muka Surat 149 60 66 70 72 74

Bahasa Melayu Moden Alat muzik pegawai bagi urusan pelabuhan orang yang berniaga nikah orang yang gagah berani ditabal menjadi raja

g)

Menggunakan Perkataan Jawa

Perkataan Jawa digunakan ketika rombongan Sultan Mansor Shah berada di Majapahit.

Perkataan Jawa

Muka Surat 225

Bahasa Melayu Moden

bangat

sangat

h) Menggunakan Perkataan Siam Melalui Hikayat Hang Tuah, perkataan Siam dapat dilihat ketika Hang Tuah diutuskan ke Siam untuk mendapatkan gajah untuk Sultan Melaka.

Perkataan Siam Phra Cau

Muka Surat 473

Bahasa Melayu Moden Nama Raja Siam

HBML 4103 i) Banyak menggunakan kata penegas (partikel pun dan lah)

Perbezaan daripada aspek morfologi juga dapat dilihat berdasarkan penggunaan kata penegas khususnya partikel pun dan lah Penggunaan partikel ini banyak digunakan dalam teks Melayu klasik (Hikayat Hang Tuah) jika dibandingkan dengan teks-teks Melayu moden. Berdasarkan buku Hikayat Hang Tuah, contoh-contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ini seperti di bawah.

Partikel pun dan lah Bermohonlah sudahlah dikeluarinyalah imanlah adapun sebenarnyalah mempelailah rakyatpun campur-baurlah itupun sekalipun santaplah timbullah itulah

Muka Surat 178 207 3 3 4 178 6 10 10 11 20 21 28 31

j)

Perbezaan Perkataan dari segi ejaan

Banyak perbezaan perkataan yang dapat dilihat dari segi ejaan antara bahasa Melayu Klasik dengan Moden. Ini dapat dilihat pada teks Hikayat Hang Tuah. Perbezaanperbezaan tersebut seperti di jadual di bawah.

HBML 4103

Bahasa Melayu Klasik (ejaan perkataan) bahwa putri ghali berlayar menengar ananda yaitu

Muka Surat 4 11 117 39 54 54 182

Bahasa Melayu Moden (ejaan perkataan) bahawa puteri gali belayar mendengar anakanda iaitu

3.2 Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Moden daripada Sudut Ayat (sintaksis)

a) Menggunakan ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Berdasarkan pada Hikayat Hang Tuah, struktur ayat bahasa Melayu Klasik yang digunakan adalah ayat-ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit sehingga
mengganggu pemahaman pembaca kerana ada waktunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan. Contohnya.

i.

Setelah sudah, maka Sang Perta Dewa pun berkasih-kasihan laki isteri dan barang sesaat pun tiada bercerai; jika mandi pun sama-sama, jika tidur pun diselimuti; dan barang maksud tuan puteri itu tiadalah dilalui oleh raja dan barang maksud raja pun tiadalah dilalui oleh tuan putri. Gemala hikmat itu pun dipinta oleh Sang Perta Jiwa.(ms 5)

ii.

Maka bagindapun berjalan-jalanlah bermain-main pada tengah padang itu; maka dilihat oleh baginda ada sebuah kolam terlalu indah perbuatan,diikat dengan permata pancawarna, berkeliling kolam itu pelbagai bunga yang indah-indah dengan jambangnya. Maka Sang Sapurba pun berkeliling pada tepi kolam itu melihat kekayaan Allah Subhanahu Wa Taala.(ms 8)

10

HBML 4103 b) Ayat yang digunakan kebanyakkannya ayat pasif. Ragam ayat jenis ayat pasif banyak digunakan dalam bahasa Melayu Klasik. Bentuk ayat ini lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Manakala dalam bahasa Melayu Moden banyak menggunakan ayat aktif dalam sesebuah penulisan. Contoh ayat pasif dalam Hikayat Hang Tuah. i. Maka Sang Sapurba dan tuan puteri pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan yang indah-indah.(ms 9) ii. Sang Sapurba pun diarak oranglah berkeliling negeri dengan segala bunyibunyinya.(ms 9) c) Ayat yang digunakan kebanyakkannya ayat songsang. Dalam bahasa Melayu Klasik juga terdapat pendepanan pradikat dalam ayat yang digunakan atau dengan kata lain berlaku penyongsangan ayat. Pendepanan predikat terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap. Ini merupakan pengaruh nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik, Bahasa Melayu Moden pula banyak menggunakan ayat aktif dalam penulisan karyanya. Berikut dinyatakan contoh ayat songsang yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah. i. Maka genta besar itu pun digerakkan oranglah sepuluh kali berturutturut.(ms 562) ii. iii. ke negeri Keling laksamana sampai(m/s 115) Adipati Solok namanya disebut orang (m/s 457)

d) Banyak menggunakan laras bahasa istana Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan laras bahasa istana terutamanya dalam hikayat-hikayat. Berikut adalah beberapa contoh laras bahasa istana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah i. Daulat Tuanku, mana titah patik junjung(ms 65)

11

HBML 4103 ii. iii. Setelah itu maka baginda pun berangkat masuk. (m/s37) Maka baginda pun bertitah, Ayuh, mamak bendahara,beta hendak anugerahi nama akan Tun Tuah kerana ia banyak kebaktiannya pada beta dengan teguh setianya.(ms 252)

e) Menggunakan partikel pun dalam ayat Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pun berbanding dengan teks bahasa Melayu Moden. Partikel pun ditulis bagi mengeraskan lagi maksud kata yang diiringinya itu. Contoh penggunaan partikel pun dalam ayat, seperti yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah ialah:

i. ii.

Syahdan, maka surat pun diarak oranglah ke perahu. (m/s37) Maka peti itupun dikuncinya dari dalam, maka diaraklah peti itu. (m/s45)

f) Menggunakan partikel lah dalam ayat Selain partikel pun yang sering digunakan, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel lah berbanding dengan teks bahasa Melayu Moden. Partikel lah bertujuan untuk melembutkan nada perintah dan memberikan tegasan yang sedikit keras bagi kalimat berita. Contoh penggunaan partikel lah dalam ayat, seperti yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah ialah:

i. Maka tersebutlah perkataan seorang raja terlalu besarnya kerajaannya. (ms 1) iii. Maka laksamanapun beriwayatlah sambil minum di hadapan raja dan segala pegawai.(ms 312)

g) Penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam Bahasa Melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya

12

HBML 4103 prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan. Berikut dinyatakan beberapa contoh penggunaan laras bahasa puisi yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah. Contoh penggunaan pantun sewaktu Hang Tuah menerima pemberian daripada Dang Anum anak Dang Sandang. Kain bersuji di atas atap, Pakaian raja hari raya, Jika sudi tuan santap, Jika tidak apakan daya. (m/s222)

h) Menggunakan kiasan dan perbandingan Menceritakan betapa banyaknya todak yang menyerang Singapura, i. Sebermula todak itupun datanglah seperti hujan yang lebat, ditikamnya dengan jongornya.(ms 503).

i) Menggunakan Frasa Sendi Arab Frasa sendi dan ayat pinjaman dari bahasa Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atas dengandan lain-lain. Frasa bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab. Frasa sendi Arab ini amat jarang digunakan dalam bahasa Melayu Moden. Berikut adalah beberapa contoh frasa sendi pinjaman Arab yang terdapat dalam buku Hikayat Hang Tuah. i. ii. Ilam, ketahuilah olehmu, kepada zaman dahulu kala...... (m/s 111) Ketahui olehmu, bahwa aku memanggil engkau ini,.... (m/s 413)

13

HBML 4103 4.0 RUMUSAN Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan juga tulisannya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu. Dari segi tatabahasa, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama jua berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini dimanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Gaya bahasa Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya yang menggambarkan kehalusan dan gaya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

14

HBML 4103 RUJUKAN Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Asmah Hj Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan dipetik daripada Ensiklopedia Kebudayaan Melayu (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr Ismail Hamid (2001). Perlembagaan Kesusasteraan Melayu Lama. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd. Dr Zaitul Azma bt Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. (Dewan Bahasa Jilid 6 Bil 9) Harun Jaafar (2002). Wacana Kesusasteraan Melayu Klasik. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. HBML 2103 (2010). Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Open University Malaysia. HBML 4103 (2010). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Open University Malaysia. Ismail Hussein (1984). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hamid (1986), Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Longman Sdn Bhd.

15

HBML 4103 (2010).Kamus Dewan Edisi Ke Empat.Kuala Lumpur: Dawama Sdn Bhd. Kassim Ahmad (1991), Hikayat Hang Tuah (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur : Utusan Printcorp Sdn Bhd, (DBP 1964) Munir Ali (1990), Kajian Kesusasteraan Melayu Klasik. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd. Nik Safiah Karim (2004). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16