Você está na página 1de 33

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2012

HBML 4403

KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NAMA TUTOR NAMA

: NUR `AZAH BT AHMAD @ AHMAD ZAKARIA : MASLINA BT MISIRAN @ BAKUN : : : : 730809015042002 730809015042 012-5195504 masamin7372@gmail.com

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

HBML 4303 PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN IPOH

HBML 4303

1.0

PENGENALAN

Media boleh didefinisikan sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar foto, risalah, poster dan sebagainya.(Heinich, Molenda, Russell, 1981)Pengertian ini lebih menekankan tentang komunikasi. Media dijangka dapat memudahkan proses komunikasi antara pengantar dan penerima. Jika media digunakan untuk tujuan pengajaran sama ada dalam pendidikan atau latihan, maka ia menjadi media pengajaran.(Yusuf Hashim,1997). Jika media digunakan untuk penyampaian atau persembahan maklumat, maka media itu menjadi media maklumat. Sebagai contoh video dokumentari yang ditunjukkan di kaca TV adalah video maklumat. Namun demikian video dokumentari boleh menjadi media pengajaran jika ia dirancang untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Istilah media pengajaran membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua jenis media pengajaran yang boleh guru gunakan untuk penyampaian pengajaran yang lebih berkesan iaitu terdiri daripada media cetak dan media bukan cetak. Media cetak meragkumi bahan bercetak, akhbar, gambar, kamus, majalah dan pelbagai bahan cetak yang lain manakala bahan bukan cetak pula terdiri daripada radio, televisyen, video, komputer projektor, CD ROM, Portal pembelajaran dan sebagainya.

HBML 4303

1.1

Rasional Pemilihan Media Bukan Cetak Pilihan utama saya adalah media bukan cetak bersesuaian dengan sistem pembelajaran masa kini yang lebih menjurus ke arah penggunaan teknologi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan media bukan cetak yang 4

HBML 4303 dirancang dan diselengarakan dengan sempurna adalah penyumbang faktor terpenting dalam menentukan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran, mewujudkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan, menarik dan dapat memotivasikan mereka.Mengikut Noraziah Abd Hamid (1981), media digunakan untuk menambahkan kelancaran perhubungan di antara guru dengan pelajar dan sebaliknya pelajar sama pelajar dan membantu mempercepatkan proses kefahaman mereka. Penggunaan media pengajaran khususnya media bukan cetak juga dapat mengatasi pebagai masalah seperti masalah disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan bilik darjah, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Media pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Menurut Omar Hamalik (1982) menjelaskan bahawa kemajuan teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan pentingnya media pengajaran khususnya media elektronik sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar.Hasil daripada kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994) dalam Omar Drahman,1997, mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti: 1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. 2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat. 3. Membantu mencapai objektif pembelajaran. 4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

HBML 4303 2.0 FAKTOR PEMILIHAN MEDIA Perubahan pesat yang berlaku dalam negara memberikan impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita pada hari ini. Oleh yang demikian penggunaan pelbagai bahan multimedia oleh guru Bahasa Melayu merupakan satu cara yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Pemilihan media bukan cetak seperti Laman Sesawang, Portal Pembelajaran Interaktif,CD ROM, Video,Slaid Power Point adalah seperti faktor-faktor di bawah. 2.1 Memudahkan dan mewujudkan komunikasi antara murid dan pelajar. Bagi David Berlo, yang diambil dari Maria Daman (2002:27), menyatakan bahawa, dalam proses komunikasi terdapat empat ciri-ciri penting iaitu :

Sumber Pesanan Saluran Penerima

Rajah 1: Unsur-Unsur Penting Dalam Komunikasi Berdasarkan rajah di atas, guru adalah sumber manakala pelajar adalah penerima. Manakala isi pelajaran bahasa adalah mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, media pengajaran dan tulisan. Seandainya media pengajaran digunakan secara terancang dan rapi, situasi pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Ini disebabkan, media pengajaran bukan sahaja penting sebagai rangsangan, penjelas makna, 6

HBML 4303 penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran, malahan ianya juga bertindak sebagai media komunikasi dan pendorong pengajaran terancang. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),didapati bahawa aspek yang berkaitan media pengajaran juga telah dikenalpasti. Pusat Perkembangan Kurikulum ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu kurikulum dan keberkesanan pelaksanaannya. Di peringkat makro, fokus penyelidikan ditumpukan kepada dasar kurikulum yang meliputi kurikulum di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Manakala di peringkat mikro pula, PPK menjalankan projek-projek untuk mendapatkan maklumat mengenai aspek-aspek tertentu dalam pelaksanaan dan perkembangan kurikulum. Selain itu, menurut kajian yang dilakukan Ab. Rahman Ab.Rashid (1995), penggunaan media pengajaran yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran bahasa Melayu. Sebagai contoh video yang diambil daripada kejadian sebenar ataupun lakonan adalah salah satu media pengajaran yang penting. Perkara yang lebih penting ialah video boleh digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran, misalnya dalam paparan video tentang kejadian gempa bumi dan mencana alam, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan isi-isi pelajaran yang kemas dan teratur, malah pelajar dapat mempelajari dan menghayati kejadian yang berlaku dengan lebih jelas dan mendalam. Selain itu juga pelajar dapat mempelajari dan mendengar sebutan dan intonasi yang betul. Secara tidak langsung video-video yang dipaparkan lebih memudahkan dan mewujudkan komunikasi antara guru dan pelajar.

HBML 4303 2.2 Bahan yang memudahkan pemahaman pelajar. Ciri authentics multimedia ini membantu pemahaman pelajar dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai contoh CD-ROM boleh memuatkan segala isi mata pelajaran yang hendak disampaikan oleh para guru. Ia juga boleh dijadikan sebagai pengganti buku teks. Perisian CDROM boleh dimuat turunkan dengan objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan interaktif, galeri multimedia, e-ujian,e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan atau capaian internet. Aktiviti interaktif yang disediakan dalam perisian ini meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti pelajar dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan mereka latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks (Rozinah Jamaludin, 2005). Kadang kala terdapat tajuk-tajuk para aras tinggi yang agak sukar bagi pelajar untuk memahaminya. Dengan adanya CD-ROM dan multimedia yang pelbagai ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk sekaligus dapat meningkatkan lagi minat mereka menguasai tajuk berkenaan. Selain itu, ia dapat menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian kursus yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan dalam visual yang ditayangkan (Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak, 2003). Hal ini sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap tajuk yang dipelajari khususnya dalam tajuk yang mengandungi banyak fakta seperti tajuk Hari Kemerdekaan untuk Bahasa Melayu Tahun 2. Untuk tajuk ini beberapa peristiwa berkaitan kemerdekaan dijelaskan dengan simulasi bagi memastikan sesuatu pengajaran itu kekal dalam ingatan pelajar. Penggunaan video juga sangat membantu. Penggunaan dan video dapat menyampaikan isi pelajaran dengan skop yang lebih luas lagi, iaitu 8

HBML 4303 dengar dan lihat. Filem bergerak pula membantu memberi pandangan yang jelas tentang sesuatu perkara. Filem slaid pula dimasukkan suara iaitu dengan cara mensinkronikannya. Semasa tayangan, guru boleh memberhentikan dari satu filem ke satu filem untuk memberi ulasan dan keterangan. Mengikut Noraziah Abd. Hamid (1981:2) pula, media pengajaran bukanlah merupakan sebahagian yang tersisih ataupun asing dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi sebaliknya alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu atau integral part dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan konteks ini, fungsi media pengajaran ini dilihat dari segi media pendidikan. Bahkan media pendidikan digunakan bertujuan untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan pelajar dan sebaliknya, pelajar sesama pelajar dan membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka. 2.3 Meningkatkan kreativiti pelajar dan menggalakkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Faktor lain yang menjadikan CD-ROM amat sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah kerana adanya perisian berbentuk penyelesaian masalah yang boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah berbantukan komputer yang boleh dikaitkan dengan aktiviti pembelajaran. Perisian permainan ini merangkumi penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu situasi dalam bentuk permainan (Abdul Ghafar Mohd. Din, 2003). Mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan banyak kaedah penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, penggunaan multimedia secara langsung melalui latihan atau langkah-langkah akan dapat membantu pelajar memperoleh kemahiran mengatasi masalah dengan melihat sendiri langkah-langkah bagi mengatasi sesuatu masalah. Guru juga boleh menayangkan langkahlangkah yang salah dalam membuat urutan cerita atau ayat dan pelajar 9

HBML 4303 akan mengkaji serta memberi pendapat mereka berhubung dengan permasalahan yang diberi.Aktiviti ini sering melibatkan aktiviti penulisan pada aras 3 untuk murid Tahun 6. Guru haruslah kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah adalah amat penting. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; Kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin muridmurid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah: 1. Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar. 2. Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain. 3. Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda. Berdasarkan pernyataan itu, ternyatalah betapa pentingnya bagi guru-guru Bahasa Melayu untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. Ini akan lebih mencabar. Kepentingan bantuan media pengajaran terkini multimedia dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam menempuh situasi pembelajaran masa kini. Selain itu, ia juga dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktiviti-aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan pelajar. (Abdul Rahman, 1997, m.s. 254). Media pengajaran merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi, peranan media pengajaran ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau 10

HBML 4303 teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s,287). 2.4 Media yang menarik minat pelajar. Media pengajaran bukan cetak merupakan peralatan yang digunakan untuk membantu guru mengajar dan juga boleh mewujudkan rangsangan, minat dan keinginan pelajar untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang hendak dipelajari pelajar. Penggunaan media pengajaran yang sesuai dan menarik dengan tajuk pembelajaran akan menjadikan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan. Justeru itu kepentingan media pengajaran adalah untuk menarik minat belajar pelajar memang tidak boleh diragui dan dipertikaikan lagi. Malah media pengajaran adalah penyumbang faktor terpenting dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran, mewujudkan rangsangan keinginan pelajarpelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, menarik dan dapat memotivasikan mereka Bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan, penggunaan media pengajaran yang bersesuaian akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan, seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang. Minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu ,keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai media pengajaran digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980, m.s. 165).

11

HBML 4303 CD-ROM seperti yang telah dibincangkan adalah satu multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. Konsep yang khusus dan abstrak dalam buku teks dapat disampaikan secara konkrit kepada murid melalui elemen multimedia dalam CD-ROM Aktiviti interaktif yang disediakan dalam perisian ini meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti pelajar dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan mereka latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks (Rozinah Jamaludin, 2005) 2.5 Merangsang deria pendengaran dan penglihatan pelajar. Di samping itu, dengan menggunakan multimedia di dalam pembelajaran para pelajar, ia dapat membantu merangsang deria pendengaran dan penglihatan mereka.Bahan berasaskan multimedia ini mengandungi perisian berbentuk simulasi yang boleh digunakan dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu. Contohnya dalam mempelajari tajuk Kraftangan Tradisional , guru boleh menayangkan visual yang menunjukkan seseorang sedang menghasilkan kraftangan. Dalam visual tersebut, mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana kraftangan labu sayong dihasilkan. Mereka dapat melihat keadaan ketika tanah liat dijemur, ditumbuk, diuli dan ditempa atau dibentuk sehingga proses akhir pembuatan labu sayong. Apabila murid dapat menyaksikan tayangan tersebut, mereka akan menguasai kemahiran tertentu dan mempraktikkannya walaupun hasilnya tidak sama seperti visual. Kaedah demonstrasi melalui tayangan visual ini juga akan dapat menyediakan secara langsung objek, proses atau cara melakukan sesuatu (Ahmad Mohammad Salleh, 2004).

12

HBML 4303 Menurut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia 75% adalah diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau (Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1986). Oleh yang demikian, pengunaan bahan bantu mengajar terutamanya melibatkan pancaindera pandang dan dengar memainkan peranan yang penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pelajar. Seterusnya menurut Maria Daman (2002:22), yang memetik pendapat Alan C. Holmes, menyatakan bahawa: Generally, the more sences people can use the more likely they are to understand and to remember. It is for this reason that the teacher always does his best to find ways of teaching which will enable the people to use as many of their sences as possible. Berdasarkan kenyataan di atas, kajian yang telah dilakukan oleh Harvard Business School adalah benar. Kajian tersebut juga menjelaskan bahawa kadar menerima informasi bagi lima deria itu adalah berlainan: Jenis deria Rasa Sentuh Bau Dengar Lihat Peratus (%) 1% 1.5 % 3.5 % 11 % 83 %

Tambahan pula, gaya pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza. Terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu : pertama Audiotori ; melibatkan pendengaran seperti bunyi, muzik, suara dan nyanyian. Kedua Visual ; melibatkan gambar pegun, animasi, grafik dan video. Ketiga Kinestatik ; melibatkan kegiatan amali dan kemahiran. Kajian yang telah dilakukan oleh Gould-Marks menurut Maria Daman (2002:39), telah membuktikan bahawa apabila alat komunikasi digunakan dengan bijak, peratus pemahaman ialah sebanyak 30% dan pertus ingatan adalah sebanyak 40%. Seterusnya beliau menambah bahawa manusia 13

HBML 4303 mempeoleh pengetahuan melalui membaca (10-15%), pendengaran (2025%), dan melalui penglihatan (30-35%). Beliau menambah lagi dengan menyatakan lebih 50% gabungan mendengar dan melihat, sehingga 90% melalui penglihatan dan penglibatan sendiri. 2.6 Media yang dapat menjadikan pendidikan lebih produktif. Penggunaan multimedia akan dapat menjadikan pendidikan lebih produktif dengan membawa konsep kehidupan yang sebenar kepada pelajar. Mereka dapat mengimaginasikan tayangan video atau grafik di dalam multimedia itu dalam kehidupan mereka. (Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Contohnya bagi tajuk Pelancongan, berkemungkinan terdapat pelajar yang pernah mengikuti rombongan atau bercuti bersama keluarga dan mungkin ada yang tidak pernah mengalaminnya. Oleh yang demikian, dengan adanya multimedia yang mengandungi pelbagai video, audio, dan grafik berkenaan tempat-tempat menarik ini, ia dapat memberi pengalaman sebenar dan pengetahuan secara langsung kepada pelajar dalam mempelajari tajuk tersebut. Seterusnya, menurut Yusup Hashim (1998), CD-ROM akan dapat membantu pelajar belajar secara kendiri. Media pengajaran yang digunakan dalam sistem ini dihasilkan oleh pihak lain atau mungkin guru Bahasa Melayu itu sendiri dan boleh digunakan oleh murid tanpa bantuan guru. Pelajaran boleh dijalankan di mana-mana walaupun guru dan pelajar tidak dapat bertemu secara bersemuka sepanjang masa. Latihan pengukuhan juga dapat dilakukan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan jadual waktu serta masa penemuan bersama guru. Visual-visual yang terdapat dalam CD-ROM tersebut juga boleh membantu mereka melakukan pengulangan ketika berada di rumah. Ciri-ciri CD-ROM yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, tidak sakit hati dan sabar semasa menggunakan program menjadikan ia sangat fleksibel sama ada bagi pelajar cerdas atau sebaliknya.Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran 14

HBML 4303 guru. Contoh terkini ialah Projek 1 BestariNet Frog VLE yang akan memudahkan para guru mentransmisikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya. Guru-guru telah diberi pendedahan penggunaan FrogVLE ini secara berperingkat dan sasaran kepada semua guru dan murid apabila Persekitaran Pembelajaran Maya dijalankan. Guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE. Melalui FrogVLE, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa sama ada di sekolah atau di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.(Frogasia Training Trainers Guide v 2.0) 3.0 APLIKASI MEDIA DENGAN AKTIVITI KEMAHIRAN BAHASA. 3.1 Aktiviti Terowong Ilmu Multimedia. Aktiviti dijalankan untuk murid Tahun 2 Saga di Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas. Murid seramai 25 orang dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Murid melalui terowong yang dibina daripada laluan yang ditutup dengan langsir hitam yang menyerupai dalam terowong yang terdapat di kantin sekolah. Di dalamnya diletakkan 6 buah komputer yang tersedia aktiviti kemahiran bahasa untuk murid terokai. Setiap aktiviti diawasi oleh guru dan guru tersebut bertanggungjawab memberi markah untuk setiap kumpulan.Setiap aktiviti yang dijalankan mengandungi kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan, bacaan dan tulisan.Dalam aktiviti ini, media bukan cetak yang digunakan adalah video dari laman sesawangYou Tube, Portal Interaktif-Zoom A, Slaid Power Point dan CD ROM. 3.1.1 Aktiviti 1 15

HBML 4303

Tema : Pelancongan Tajuk : Melawat ke Zoo Taiping Kemahiran : SK: 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan,soalan,pesanan yang didengar dengan betul. SP: 1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan.

Tayangan video lawatan sambil belajar di Zoo Taiping yang diperolehi daripada http://www.youtube.com/watch?v=KTNwrLPT2Dg dan dipaparkan pada skrin komputer.

Panduan:

16

HBML 4303 1. Murid di dalam kumpulan memerhatikan video yang ditayangkan di laman sesawang You Tube tentang lawatan yang dijalankan di Zoo Taiping. 2. Guru mengemukakan 5 soalan secara lisan kepada setiap murid. 2.1 Di manakah lawatan itu diadakan? 2.2 Apakah haiwan yang terdapat di dalam video ini? 2.3 Bagaimanakah perasaan Adam? 2.4 Siapakah yang telah memberikan penerangan? 2.5 Apakah yang telah dilakukan oleh Ali terhadap burung unta yang terdapat di zoo tersebut? 3. Murid menjawab soalan-soalan secara yang dikemukakan secara lisan. 4. Guru memberi markah kepada setiap kumpulan berdasarkan jawapan yang dijawab oleh murid. Keberkesanan Bahan Penggunaan media berbentuk video tentang lawatan ke Zoo Negara dapat merangsang murid memberi perhatian yang sepenuhnya kepada cerita yang terdapat di skrin komputer. Setelah murid dipersembahkan dengan video yang menarik, guru mengemukakan beberapa persoalan sebagai menjana minda dan mengumpul fakta dan murid dapat menjawab secara lisan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru. 3.1.2 Aktiviti 2

Tema : Semangat Perpaduan Tajuk : Jiran yang baik Kemahiran : SK:2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. SP:2.4.2Membaca dan memahami maklumat daripada 17

HBML 4303 Bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan yang betul.

Petikan cerita Permata Harapan yang dipaparkan pada skrin komputer untuk aktiviti ke dua. Cerita ini diambil daripada Portal Interaktif Zoom A http://zoom-a.com/ . Panduan: 1. Murid di dalam kumpulan membaca secara senyap petikan yang terdapat di dalam paparan di skrin komputer. 2. Guru memilih seorang murid daripada ahli kumpulan untuk membaca lantang dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Murid yang terpilih membaca petikan dengan kuat dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. 4. Guru memberi markah kepada setiap kumpulan di dalam borang markah yang disediakan.

Keberkesanan Bahan 18

HBML 4303 Penggunaan media berbentuk bahan yang diambil dari Portal Pembelajaran Interaktif Zoom A.Aktiviti kemahiran bahasa ini menekankan aktiviti membaca petikan, pelajar melalui bacaan teks dapat menggunakan daya imaginasi pengeluaran idea Aktiviti ini mereka sehingga dapat menimbulkan menekankan kemahiran membaca perasaan membayangkan keadaan serta dapat mencadangkan dalam bersesuaian dengan kemahiran 2.2 pada aras 2, membaca dengan intonasi dan jeda yang betul. 3.1.3 Aktiviti 3

Tema : Seni dan Budaya Tajuk : Cerita Rakyat Kemahiran : SK: 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, ayat dengan betul. SP:3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.

19

HBML 4303 Aktiviti 3 memaparkan slide Power Point yang disediakan oleh guru dan dipaparkan di skrin komputer yang ke tiga. Slaid ini memaparkan susunan cerita Si Tanggang yang tidak mengikut susunan. Panduan : 1. Murid memerhatikan slaid Power Point yang mengandungi cerita Si Tanggang yang tidak mengikut susunan yang betul. 2. Guru minta murid menyusun cerita dengan urutan yang betul. 3. Guru minta wakil murid dalam kumpulan untuk menulis cerita mengikut urutan yang betul di dalam lembaran kerja yang telah disediakan. 4. Guru memberi markah untuk kumpulan berdasarkan jawapan yang diberi dan mencatat di borang markah yang disediakan. Keberkesanan Bahan: Penggunaan media untuk aktiviti ketiga ialah slaid Power Point untuk menekankan kemahiran menulis 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, ayat dengan betul. Pelajar di dalam kumpulan berbincang untuk menulis cerita mengikut urutan yang betul. Slaid Power Point menjelaskan lagi penerangan tentang aktiviti yang perlu dilakukan oleh murid.

3.1.4

Aktiviti 4 Tema : Tatabahasa Tajuk : Kata Ganda Kemahiran: SK: 2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. SP:2.5.2Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik 20

HBML 4303 dengan betul.

Aktiviti 4 memaparkan aktiviti interaktif yang disediakan di Portal Pembelajaran Interaktif Zoom A. Aktiviti ini memaparkan latihan tatabahasa Kata Ganda dan murid boleh memilih jawapan secara interaktif. Terdapat 30 soalan interaktif Kata Ganda yang perlu diselesaikan. Panduan : 1. Murid di dalam kumpulan memerhatikan latihan mengisi tempat kosong dengan kata ganda yang betul dan menanda pilihan jawapan. 2. Murid diminta membaca dan memahami soalan yang terdapat di dalam skrin. 3. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan. 4. Murid diminta menaip kata ganda yang bersesuaian dengan ayat dan membuat pilihan jawapan sama ada A,B,C atau D. 5. Setiap kumpulan perlu menjawab 30 soalan. 21

HBML 4303 6. Selesai menjawab, markah akan dipaparkan dan guru

memasukkan markah di dalam borang markah yang telah disediakan. Keberkesanan Bahan Dengan menggunakan Portal Interaktif Zoom A untuk aktiviti keempat, murid perlu mencari jawapan bagi kata ganda yang sesuai dengan ayat yang diberi. Latihtubi yang berbentuk dinamik mempunyai ciri-ciri interaktif seperti menjawab pilihan jawapan, semakan jawapan, jumlah skor. Media sebegini amat berkesan dalam menarik minat murid menjawab soalan dan menjalani pembelajaran bercorak koperatif. 3.1.5 Aktiviti 5 Tema Tajuk : Saya Anak Malaysia : Pantun Budi tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun. SP:3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk puisi dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu.

Kemahiran: SK:3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat

22

HBML 4303 Paparan pantun di atas adalah latihan yang terdapat di dalam CD ROM Interaktif Bahasa Melayu Tahun 2. Aktiviti ini memaparkan rangkap pantun tanpa pembayang. Panduan: 1. Murid di dalam kumpulan memerhatikan pantun yang terdapat pada skrin yang dipaparkan. 2. Slaid memaparkan tiga rangkap pantun tanpa pembayang. 3. Murid dikehendaki berbincang di dalam kumpulan untuk mencari pembayang bagi pantun-pantun tersebut. 4. Wakil murid dalam kumpulan dikehendaki menjawab pembayang secara lisan. 5. Murid menulis rangkap pantun yang telah sempurna di lembaran kerja yang telah disediakan. 6. Guru memberi markah kepada kumpulan dan mengisi borang markah yang disediakan. Keberkesanan Bahan. Penggunaan CD ROM untuk aktiviti ini bersesuaian dengan kemahiran 3.6.2 iaitu menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk puisi dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu.Panduan yang terdapat di dalam CD ROM amat jelas dan murid dapat mengikuti arahan yang diberikan dengan jelas tanpa penjelasan daripada guru.

3.1.6

Aktiviti 6 Tema : Semangat Perpaduan Tajuk : Jiran Ku Mesra Kemahiran: SK:1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 23

HBML 4303 SP:1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

Slaid Power Point untuk aktiviti 6 ini memaparkan gambar tunggal yang menunjukkan sebuah keluarga dan jiran sedang berkelah di pantai. Panduan: 1. Murid di dalam kumpulan diminta memerhatikan gambar tunggal yang terdapat di skrin komputer. 2. Murid dikehendaki bercerita tentang gambar tersebut dengan menggunakan ayat dan penggunaan bahasa yang betul. 3. Murid juga diminta menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. 4. Murid diminta membuat lima ayat secara lisan berdasarkan gambar tunggal yang dilihat. 24

HBML 4303 5. Guru memberi markah dan mencatat dalam borang markah yang disediakan. Keberkesanan bahan. Slaid Power Point memaparkan gambar tunggal bersesuaian dengan kemahiran lisan yang ditekankan iaitu kemahiran 1.5 bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.Pelajar menggunakan imaginasi berdasarkan imej yang terdapat dalam media tersebut. Dalam latihan ini, pelajar menjana minda di mana pelajar dapat menggunakan daya fikirannya serta pada masa yang sama mempergiatkan kecerdasan pelbagai yang ada pada dirinya. 4.0 RUMUSAN Proses interaksi antara guru dan pelajar di bilik darjah merupakan faktor yang penting ke arah mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Ia memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang tertentu untuk guru menguasainya. Tiga aspek yang dikenalpasti dan diberi penekanan ke arah mewujudkan pembelajaran yang berkesan dalam proses interaksi ialah aspek pedagogi, psikologi dan teknologi.Aspek pedagogi difokuskan kepada proses reka bentuk pengajaran, yang menjadi asas kepada pembentukan kaedah pengajaran, teknik pengajaran dan aktiviti pengajaran. Aspek psikologi yang ditekankan merangkumi kemahiran berfikir dan kaitannya dengan profil kecerdasan pelbagai pelajar, manakala aspek teknologi merangkumi sistem penyampaian serta aplikasi media pengajaran. Pendidikan pada alaf baru hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai cabaran yang harus dihadapi dengan bijak. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna.Pembelajaran yang 25 berkesan adalah pembelajaran yang

HBML 4303 menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokkan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Media bukan cetak dan berasaskan teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM, Portal Pendidikan, internet, video, e-pembelajaran(e-learning) dan persembahan elektronik Power Point dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan. Bahan yang dihasilkan dengan menggunakan perkakasan komputer boleh disampaikan di bilik darjah dengan memilih mod penyampaian berbantukan perkakasan komputer. Pakej Pembelajaran Berbantukan Komputer adalah bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PBK) yang dikenali dengan pelbagai nama. Ia dipakejkan dalam bentuk CD-ROM dan menggunakan elemen multimedia untuk mendapat impak dan kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peralatan komputer multimedia diperlukan untuk tujuan persembahan. Perisian ini boleh digunakan oleh semua pelajar pada setiap komputer jika mempunyai kelengkapan makmal komputer atau digunakan pada sebuah komputer untuk tujuan aktiviti kumpulan. Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara individu atau secara kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan. Penggunaan media pengajaran di dalam aktiviti yang dijalankan untuk murid Tahun 2 Saga di dalam aktiviti Terowong Multimedia merangkumi 26

HBML 4303 pelbagai bahan berbantukan komputer bermula dengan penggunaan video yang diambil daripada laman sesawang di You Tube, persembahan Power Point, Portal Interaktif dan CD ROM. Untuk aktiviti pertama setelah murid dipersembahkan dengan video yang menarik, guru mengemukakan beberapa persoalan sebagai menjana minda dan mengumpul fakta. Bersesuaian dengan kemahiran 1.3 pada Aras 2, murid dikehendaki menjawab secara lisan mengaplikasikan kemahiran bahasa dengan struktur. Semasa aktiviti membaca petikan pula, pelajar melalui bacaan teks dapat menggunakan daya imaginasi mereka sehingga dapat menimbulkan perasaan membayangkan keadaan serta dapat mencadangkan dalam pengeluaran idea, Aktiviti ini menekankan kemahiran membaca bersesuaian dengan kemahiran 2.5 pada aras 2, membaca dengan intonasi dan jeda yang betul. Dengan menggunakan Portal Interaktif, murid perlu mencari jawapan bagi kata ganda yang sesuai dengan ayat yang diberi. Latihtubi yang berbentuk dinamik mempunyai ciri-ciri interaktif seperti menjawab pilihan jawapan, semakan jawapan, jumlah skor. Media sebegini amat berkesan dalam menarik minat murid menjawab soalan dan menjalani pembelajaran bercorak koperatif. Pada aktiviti akhir, di mana slaid Power Point memaparkan gambar tunggal, pelajar menggunakan imaginasi berdasarkan imej yang terdapat dalam media tersebut. Dalam latihan ini, pelajar menjana minda di mana pelajar dapat menggunakan daya fikirannya serta pada masa yang sama mempergiatkan kecerdasan pelbagai yang ada pada dirinya.

27

HBML 4303 RUJUKAN

Abu Bakar Abdul Majid & Siti Fatimah Abdul Rahman (1999). Multimedia Dan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Abdul Ghafar Md Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1988). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid (1995). Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abd. Rahman Daud (1999). Teknologi Pendidikan. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. Abd. Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Abdul Rahim Mohd Saad (1996). Merancang Pengajaran Yang Efektif. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Adnan Isa (1999). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi Guru-Guru Tahap Dua Sekolah Rendah Harian di Daerah Hulu Terengganu. Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan Tanjung Malim: UPSI. Ahmad Mohd Salleh (2004). Falsafah, sejarah & Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd. Amir Hamzah Suleiman (1981). Media Audio Visual Untuk Pengajaran, Penerangan dan Pengukuhan. Jakarta: Penerbit PT Gramedia. Asmah Hj. Omar et. El (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Atan Long (1997). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan..

28

HBML 4303

Fred Percival,Henry Ellington (Terjemahan Noran Fauziah Yaakub (1994).Buku Panduan Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2012), Frogasia Training, Trainers Guide v 2.0 Giam Kah H(1999). Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan TIGAENF. Heinich,R., Molenda, M. Dan Russell, JD(1993), Instructional Media and the New Technologies of Instruction, (edisi ke 5), Macmillan, New York Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh (2005). Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah-Aspek-aspek Yang Berkaitan. Tanjung Malim: Quantum Books. Ismail Zain (2002), Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Jamaluddin Harun dan Zaidatu Tasir (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications. Kamaruddin Hj. Hussin (1998). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Abu dan Ee Ah Meng (1995) Guru dan Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairiah Ahmad (1980). Penggunaan Alatan Mengajar Dalam Bahasa Malaysia, Dalam Bengkel, Teknik Pengajaran Bahasa. Universiti Malaya. Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd. Maria Damam (2002). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Jengka 18, Temerloh, Pahang. Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan Tanjung Malim: UPSI. Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak. (2003). Pendekatan Konsep Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Sorotan Kajian Ke Atas Pendidikan Tulisan Jawi Prasekolah. Jurnal YADIM Mohd Azidan Abd. Jabar (1999). Persepsi Guru Bahasa Arab Terhadap 29

HBML 4303 Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Dewan Bahasa 43: 10 Oktober. Hlmn: 912-928 Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1991). Pengajaran & Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et. Al (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noraziah Abd. Hamid (1981). Alat Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kertas Kerja Seminar Perguruan. Universiti Malaya. 26-30 Disember. Norhashim Abu Samah et al ( 1996). Pengajaran Bantuan Komputer. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Omar Hamalik.(1982). Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni. Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis Sarjana. UTM. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1998). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi. Kajang: Masa Enterprise. Rozinah Jamaludin (2001). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Sains Malaysia dan Utusan Publications & Distributors. Rumaizah Abd. Razak (2001). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Karangan. Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan Tanjong Malim: UPSI Yusup Hashim (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan & Latihan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Video dari http://www.youtube.com/watch?v=KTNwrLPT2Dg Laman web interaktif http://zoom-a.com/ .

30

HBML 4303

31

HBML 4303

32

HBML 4303

33

Você também pode gostar