Você está na página 1de 6

MENYELESAIKAN MASALAH PENGAJARAN -

PEMBELAJARAN FIZIK MENGGUNAKAN RESO-EQ METER.

Suhaimi Yusof
SMK Machang
Kelantan
1.0 LATAR BELAKANG

Dalam peperiksaan SPM tahun 2006 benar-benar menyedarkan barisan guru Fizik, bahawa
pelajar-pelajar di seluruh Malaysia tidak begitu berkemahiran untuk menyelesaikan masalah
berkaitan dengan (resultant, resolution dan equilibrium of force). Kebanyakkan pelajar hanya
mendapat 3 markah daripada markah penuh 12 markah.

Pelajar-pelajar juga tak dapat menjawab soalan berkenaan sub tajuk di atas walaupun mereka
telah di ajar di dalam bilik darjah. Guru-guru juga menghadapi masalah untuk mengajar tajuk
ini dengan berkesan. Kebanyakan guru yang ditemui juga menganggap pengajaran subtajuk ini
sangat mencabar. Setakat ini belum ada kaedah pengajaran yang benar-benar berkesan.

Selain daripada subtajuk di atas, pengkaji juga mendapati pelajar bermasalah memahami konsep
penambahan kuatiti vektor seperti displacement dan juga velocity. Bermula daripada cabaran
inilah pengkaji telah memulakan kajian untuk menyelesaikan masalah ini secara bersungguh-
sungguh.

2.0 PERMASALAH MASALAH

Pelajar-pelajar amat sukar untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan resultant,
resolution dan equilibrium of force. Mereka sukar membayangkan suasana sebenar kedudukan
daya dan tidak dapat mengingat kaedah yang diajar dengan menggunakan kaedah segiempat
selari atau kaedah segitiga (tail to tip). Pelajar tidak mampu untuk melakarkan daya-daya yang
terlibat. Pelajar juga tidak mampu mendapatkan resultant, resolution dan mendapatkan daya-
daya dalam keadaan keseimbangan.

Pelajar juga bermasalah untuk menentukan arah resultant and resolution of force. Pelajar-
pelajar juga tidak begitu seronok belajar sub tajuk ini. Ini adalah kesan daripada pengajaran dan
pembelajaran dengan hanya menggunakan penerangan dan gambarajah melalui pengajaran
biasa di bilik darjah.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Mengkaji sejauh mana penggunaan RESO-EQ meter dapat membantu pelajar untuk
menyelesaikan masalah berkaitan dengan resultant, resolution dan equilibrium of force. Selain
itu adakah pelajar akan lebih seronok belajar tajuk ini dengan menggunakan alat yang dicipta.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Membina RESO-EQ meter untuk menyelesaikan masalah resultant, resolution dan
equilibrium of force.
4.2 Pelajar dapat melakarkan dua daya mengunakan teknik tail to tip seterusnya mendapatkan
resultant of force.
4.3 Pelajar dapat melakarkan daya terlibat dan melakukan resolution of force pada paksi x dan
pada paksi y.

Prosiding - Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 80


4.4 Pelajar dapat mencari nilai daya-daya dalam keadaan equilibrium of force Jika
4.5 Meningkatkan minat pelajar untuk belajar fizik.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Dengan menggunakan RESO-EQ meter adakah pelajar:

5.1 Dapat melakarkan daya–daya terlibat dan mendapatkan resultant force.


5.2 Dapat melakarkan daya yang ditentukan dan seterusnya mencari daya pada paksi- x dan
paksi -y.
5.3 Dapat menentukan nilai daya-daya yang terlibat dalam keadaan keseimbangan daya.
5.4 Dapat meningkatkan minat belajar dalam kalangan pelajar fizik berasaskan subtajuk di
atas.

6.0 BATASAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan berfokus kepada penggunaan RESO-EQ meter untuk menyelesaikan
masalah berkaitan subtajuk mengenai resultant, resolution dan equilibruim of force.

7.0 METHODOLOGI

7.1 Kumpulan sasaran adalah pelajar–pelajar tingkatan 5 Sains 1 sesi 2008, SMK Machang,
18500 Machang, Kelantan.
7.2 Guru membuat temubual dengan pelajar tentang resultant dan resolution. Maklumat
yang diperolehi adalah sangat mengecewakan. Guru juga menyoal pelajar secara lisan
bagaimana untuk mendapatkan nilai resultant dan resolution of force.
7.3 Guru mereka bentuk RESO-EQ meter yang mengunakan teknik segitiga iaitu (tail to tip).
Idea penciptaan alat ini datang daripada idea penciptaan Re-so meter yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah resultant dan resolution dengan mengunakan teknik segiempat
selari.
7.4 Guru melatih pelajar untuk membina sendiri RESO-EQ meter. Semua pelajar diminta
membina alat tersebut.
7.5 Ujian pra Satu ujian dijalankan dalam kalangan 10 pelajar tingkatan lima sains. Mereka
diberi soalan pra yang melibatkan masalah resultant, resolution dan equilibrium of force.
Hasil kerja mereka di semak dan dinalisis.
7.6 Setelah terciptanya alat ini maka pengkaji mula mengajar pelajar bagaimana menggunakan
alat tersebut. Satu bengkel bagaimana menggunakan alat ini dilakukan oleh pengkaji.
7.7 Pengendalian RESO_EQ meter

A. RESULTANT OF FORCE

1. Letakkan pembaris 1 selari dengan daya 1.


2. Daya 2 di letakkan pada hujung daya 1 dengan menetapkan sudut antara daya 1
dengan daya 2 dengan menggunakan protektor 1. (tail to tip)
3. Resultant dapat diukur terus dengan menggunakan pembaris 3 (tali).
4. Arah resultant orce ditentukan dengan mendapatkan nilai sudut dengan menggunkaan
protektor 2.
5. Lukiskan gambarajah daya 1, daya 2 dan resultant yang terlibat bersama dengan arah
daya masing-masing.
6. Tentukan juga sudut untuk mewakili arah resultant force yang terlibat.

“Inovasi Pendidikan Teras Kecemerlangan Berterusan” 81


B. Resolution of Force.

1. Jika satu daya F1 di beri dan bersudut ө, dari horizontal , maka pembaris 3
ditentukan panjang berasaskan skala. Tentukan sudut ө antara daya F1 dengan
paksi x.
2. Gunakan tali mudah alih dengan membentuk segiempat selari.
3. Baca lah panjang paksi x dan panjang paksi y pada pembaris meter.
4. Proses seterusnya ialah menukarkan panjang kepada magnitud daya sebenarnya.
5. Tentukan arah daya Fx pada paksi- x dan daya Fy pada paksi -y.
6. Cuba juga cara pengiraan dengan menggunakan Fx= F cos ө untuk daya paksi
- x dan Fy = F sin ө untuk daya pada paksi -Y.

C. Equilibrium of Force.

1. Jika terdapat tiga daya dalam keseimbangan. Maka ketiga-tiga daya mesti
membentuk segitiga vector tertutup.
2. Jika satu daya daripadanya diketahui dan salah satu sudut terlibat juga diketahui
maka daya 1dan daya 2 yang lain dapat ditentukan.
3. Contoh objek dalam keseimbangan daya ialah objek di atas landasan condong
yang tidak bergerak.
4. Letakkan saja RESO-EQ meter di atas rajah yang terlibat, selaraskan kedudukan
ketiga-tiga daya yang terlibat bersama dengan sudut yang diketahui, maka kedua-
dua daya lain dapat diketahui.

7.8 Ujian pasca

Setelah program ini selesai , maka ujian pasca dijalankan. Pelajar di berilagi soalan yang
sama untuk diselesaikan. Kebanyakan pelajar dapat menjawab kesemua soalan dengan
lebih baik. Mereka dapat melukis rajah daya-daya terlibat dengan lebih yakin. Mereka juga
dapat menentukan arah daya dengan lebih jelas dan menambil masa yang lebih cepat.
Markah mereka juga didapati betambah baik.

8.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

8.1 DAPATAN HASIL KAJI SELIDIK TERHADAP PELAJAR PENGGUNAAN RESO-EQ


METER

1= sangat tidak setuju 2= tidak setuju


3= setuju 4= sangat setuju

Prosiding - Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 82


BIL ITEM 1 2 3 4

1 Alat ini memudahkan saya melakarkan daya


1 dan daya 2 dengan sudut antara dua daya
tersebut. 18% 82%

2 Alat ini memudahkan saya membina


segiempat selari. 8% 92%

3 Alat ini memudahkan saya menentukan


resultant force dengan menggunakanM
tali penggukur yang tersedia. 5% 95%

4 Alat ini memudahkan saya mendapatkan


sudut iaitu mewakili arah daya resultant. 8% 92%

5 Alat ini memudahkan saya mendapatkan


resolution of force pada paksi x dan paksi y 3% 97%

6 Alat ini juga membolehkan saya


mendapatkan daya pada komponen yang
diperlukan. 23% 77%

7 Alat ini mudah di gunakan atau dikendalikan. 15% 85%

8 Alat ini mudah bina oleh pelajar dan juga guru. 3% 13% 84%

9 Alat ini sangat murah kos pembinaannya. 8% 92%

10 Alat ini menyebabkan saya seronok untuk


menyelesaikan masalah berkaitan dengan
resultant dan resolution of force. 100%

11 Alat ini menyebabkan saya dapat mengingati


dan menghayati daya paduan dan leraian
daya dengan lebih berkesan. 18% 82%

8.2 Dapatan hasil ujian pra dan pasca terhadap 10 pelajar yang menggunakan
(RESO-EQ meter.)

“Inovasi Pendidikan Teras Kecemerlangan Berterusan” 83


MARKAH SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN
RE-SO METER 2 ( 10 PELAJAR ) 5 SN 1
No. Names Before After

1. UZMA SAIFULZAMAN 8 17

2. NUR SAKINAH MD NOR 3 18


3. MAZNAH IBRAHIM 9 12

4. NOR AMIRAH AZMIR 7 20


5. HAKIMAH MOHD 6 16

6. NUR HIDAYAH RAZALI 3 20


7. FATIN ATIQAH ISMAIL 3 17

8. SADDAM HAMDANI ZAHARI 6 18

9. NUR KHAIRIAH IBRAHIM 10 20

10. NOR HAYATI ZAKARIA 7 20

AVERAGE 6.2 17.8

9.0 REFLEKSI

Setelah melaksanakan kajian ini, penulis mendapati bahawa perkara-perkara berikut dapat
disimpulkan:

• Pengurangan kos operasi

Alat yang direka sangat murah harganya iaitu RM1.00. Semua pelajar dan guru mampu
memilikinya.

• Penjimatan masa

Alat Re-so meter akan menjimatkan masa pembelajaran untuk subtajuk tersebut.
Mereka akan lebih memahami kerana bersifat konteksual dan lebih mudah untuk mereka
membuat gambaran mental.

• Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Dengan menggunakan alat bantu ini pelajar akan dapat melakukan proses visualisation
dengan daya-daya terlibat. Mereka dapat melukis daya-daya terlibat dengan lebih yakin.
Mereka juga akan memberi fokus kepada sudut (arah daya paduan).

• Peningkatan dalam tahap kepuasan hati guru dan pelajar

Guru-guru Fizik negeri Kelantan melihat alat ini sebagai sangat berguna untuk
menyelesaikan resultant, resolution of force dan equilibrium of force.

Prosiding - Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 84


• Faedah-faedah lain

Alat ini boleh dibina sendiri oleh pelajar dan pelajar dapat menggunakannya dalam pelajaran
mereka di rumah.

10.0 KESIMPULAN

Setelah dibuat kajian lanjutan didapati alat ini bukan sahaja mampu menyelesaikan hampir
semua masalah pembelajaran berkaitan dengan tajuk daya tetapi juga tajuk melibatkan
penambahan kuantiti vektor termasuk sesaran dan halaju. Dalam penemuan terbaru alat
ini juga boleh digunakan dalam tajuk matematik tambahan yang bertajuk vektor. Dengan
penemuan alat ini adalah diharapkan guru dan pelajar Fizik dan matematik akan mendapat
menafaat maksima dan semoga dunia pendidikan akan lebih berinovasi.

RUJUKAN :

Buku Prosiding, Kovensyen Kajian Tindakan, Jabatan Pelajaran Perak, 19-21 September 2006

Kementerian Pendidikan Malaysia, Modul Kajian Tindakan, Kuala Lumpur, Program PIER, Jun
1995

Persidangan Guru Cemerlang 2007, Guru Cemerlang Penjana Insan Berkualiti, Johor Bahru,
3-6 September 2007

“Inovasi Pendidikan Teras Kecemerlangan Berterusan” 85

Você também pode gostar