Você está na página 1de 7

KAEDAHMOPO MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAHTOLAK 2 NOMBOR DENGAN MENGUMPUL SEMULAHINGGA NOMBOR 4 DIGIT BAGI MURID TAHUN 3

oleh: Hafiz Bin Saik Hussin1& Nik Mohamad Bin Nik Jusoh2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid murid Tahun 3 BESTARI berkaitan masalah operasi tolak dengan pengumpulan semula yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk meminjam semasa mengumpul semula. Tinjauan awal menunjukkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi tolak sehingga nombor 4 digit kerana mereka amat lemah dalam proses mengumpul semula dan kesilapan juga berlaku dalam penyusunan nombor sewaktu menyelesaikan operasi tolak. Pengumpulan data telah dilaksanakan melalui analisis dokumen, ujian dan temubual. Data yang dikumpul adalah secara deskriptif. Manakala, hasil dapatan menunjukkan bahawa Kaedah MOPO berjaya meningkatkan tahap penguasaan operasi tolak dengan pengumpulan semula dalam kalangan empat responden dengan menunjukkan peningkatan sebanyak47.5% dalam ujian pasca. Respon yang baik telah diberikan oleh kesemua responden berkaitan penggunaan Kaedah MOPO dalam menyelesaikan masalah operasi tolak melibatkan pengumpulan semula. Ini membuktikan bahawa Kaedah MOPO telah berjaya membantu penguasaan operasi penolakan melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan empat responden. Kaedah MOPO adalah satu alternatif bagi membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kata kunci : Kaedah MOPO, penolakan dengan pengumpulan semula, kecuaian, fakta asas penolakan, proses pengumpulan semula.

PENGENALAN Kajian ini dijalankan bagi membantu murid Tahun 3 Bestari Sekolah Kebangsaan Maras meningkatkan tahap kemahiran melakukan operasi tolak 2 nombor yang melibatkan pengumpulan semula.Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Topik penolakan merupakan operasi asas yang penting untuk dikuasai serta mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran asas lain dalam matematik.Jika murid gagal menguasai asas algoritma operasi tolak, masalah besar akan timbul semasa mempelajari topik yang mengaplikasikan operasi tolak. Walaupun, hanya satu topik kecil, namun kesan tidak menguasai operasi ini sangat besar. Oleh itu,
1 2

Pelajar PISMP MatematikPendidikanRendah PensyarahJabatan Matematik

pengkajiperlu mengenalpasti masalah-masalah sukar untuk menguasai konsep dan kemahiran operasi 2 nombor melibatkan pengumpulan semula. Seterusnya pengkaji telah pun mengenalpasti kaedah alternatif untuk digunakan responden bagi mengatasi masalah-masalah yang dikenalpasti tersebut. METODOLOGI Objektif Kajian i. Mengenalpasti jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan soalan berkaitan operasi tolak bagi kemahiran mengumpul semula. Menilai kesan tindakan untuk meningkatkan kemahiran penolakan melibatkan pengumpulan semula dalam operasi penolakan dengan menggunakan kaedah MOPO.

ii.

Kumpulan Sasaran Kajian ini telah melibatkan populasi tahun 3 Bestari yang terdiri daripada 26 orang murid. Melalui pemerhatian pengkaji, responden yang mempunyi masalah dalam operasi tolak 2 nombor 4 digit yang melibatkan pengumpulan semula seramai 4 orang iaitu 2 responden lelaki dan 2 responden perempuan. Pemilihan mereka adalah hasil analisis keputusan TOV, OTI 1 dan ujian awal yang telah dilakukan. Pada TOV dan OTI 1, pengkaji telah memilih murid yang mendapat markah di bawah 30% seramai 10 orang responden. Selepas ujian dijalankan, 4 orang responden tersebut telah pengkaji pilih kerana mereka hanya dapat menjawab 1, 2 dan 3 soalan dengan betul. Setelah membuat beberapa tinjauan, sememangnya prestasi akedamik keempat-empat responden ini berada di peringkat yang lemah. Pengkaji telah cuba mengenalpasti tentang latar belakang serta ciri ciri lain yang ada pada mereka yang mungkin mempengaruhi cara pemikiran, tingkah laku, hubungan sosial mereka dan cara pembelajaran mereka. Reka Bentuk Kajian Bagi memudahkan perlaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan model Mc Taggact dan Stephen Kemmis(1988). Model ini adalah berasaskan kepada model pemikiran Kurt Lewin(1940) yang seterusnya diubahsuai dan digunakan dalam kajian pendidikan. Model ini melibatkan refleksi (reflect), perancangan (plan), tindakan (act) dan pemerhatian (observe) pada gelungan 1. Gelungan 2 adalah langkah yang perlu di ambil oleh pengkaji sekiranya murid masih gagal memenuhi kehendak langkah gelungan 1. Pada gelungan 2 melibatkan perancangan semula, dan langkah seterusnya adalah sama seperti langkah pada gelungan 1. Pada langkah perancangan semula, guru perlu menukar strategi yang baru. Kitaran ini akan terus berulang sehingga hasil kajian yang diperolehi bertepatan fokus kajian yang dilakukan. Model ini mempunyai 2 lingkaran kerana kitaran akan bermula semula diperingkat perancangan jika terdapat masalah bagi mendapatkan perancangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pengkaji. Pengkaji hanya menggunakan Gelung 1 pada kajian ini. Instrumen Kajian 1. Analisis Dokumen 2. Ujian Pra dan Pasca 3. Temubual

Dapatan kajian Analisis Dokumen Jadual 1 : Senarai semak item kesalahan yang di lakukan respondan Jenis kesalahan Fakta asas penolakan Pengumpulan semula / / / / / / / /

Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4

Contoh pengiraan responden: fakta asas penolakan dan pengumpulan semula

Analisis dokumen merupakan satu langkah awal dalam mengenalpasti masalahmasalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam operasi tolak melibatkan pengumpulan semula. Analisis dokumen yang dirancangkan telah dilaksanakan terhadap keempatempat responden. Analisis dijalankan terhadap beberapa sumber iaitu buku tulis, soalan latihan dan ujian OTI 1 keempat-empat responden. Hasil daripada analisis, terdapat beberapa kategori jenis kesalahan yang dilakukan kesemua responden. Antaranya ialah kecuaian, konsep fakta asas penolakan dan konsep pengumpulan semula. Hasil analisis turut menunjukkan di mana semua responden telah melakukan kesilapan yang berulang semasa menjawab soalan ujian OTI 1.

Analisis ujian pra dan pasca Jadual 2 : Markah yang diperolehi responden dalam ujian Pra dan Pasca

Responden Responden 1 Responden 2 Responden 3

Ujian Pra (%) 30 20 10

Markah ujian Ujian Pasca (%) 90 90 80

Peratus peningkatan 60% 70% 70%

Responden 4
100 80 60 40 20 0

20

90

70%

Ujian Pra

Ujian Pasca

Rajah 1: Perbandingan min markah ujian Pra dan Pasca

Sebelum

Selepas

Rajah 2 : Perbandingan hasil kerja responden 1 Temu bual awal Jadual 3: AnalisisTemubualUjianPasca No . Soalan JawapanMurid

1 .

Adakah kamu memahami soalan tersebut?

Responden1 Faham.. Responden2 Ermm..faham.. Responden3 Faham.. Responden4 Faham..senangje ni teacher... Responden1 Boleh..(sambil melakukan proses pengiraan) Responden2 (melakukan proses pengiraan) Responden3 Bolehhhh..(melakukan proses pengiraan) Responden4 Macam ni lateacher..(sambil melakukan proses pengiraan) Responden1 Mestilah teacher..dulu tak reti..sekarangretidah... Responden2 Hurmm..(sambil mengangguk kepala) Responden3 Bantu.. Responden4 Dulu tak tahu nak buat macam mana..sekarangtahu dah.. Responden1 Yangni.. Responden2 Yangni sebab lagi senang nak paham.. Responden3 Yangni lateacher.. Responden4 Sayasukayangni..

2 .

Boleh kamu tunjukkan semula carakamu menyelesaikan soalan ini?

3 .

Adakah kaedahMOPO membantu kamu dalam menjawab soalan ini?

4 .

Kaedah manakahyang menjadi pilihan kamu antarakaedah lama atau kaedah MOPO?

Sesi temubual ini telah dijalankan selepas ujian pasca. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh keempat-empat responden menunjukkan penerimaan mereka terhadap kaedah MOPO. Hasil temubual ini menunjukkan kaedah ini telah membantu kesemua responden memperbaiki keyakinan mereka untuk menjawab soalan operasi tolak melibatkan pengumpulan semula.

Perbincangan Hasil kajian Noor Shizan binti Ibrahim (2010) menunjukkan teknik tradisional mengira tidak sesuai dengan murid lemah menyebabkan mereka mudah bosan.Daripada analisis dokumen yang telah dibuat ke atas lembaran kerja dan juga ujian pra yang diuji terhadap responden bagi topik operasi tolak2 nombor 4 digit melibatkan pengumpulan semula, didapati terdapat dua jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh responden iaitu tidak dapat mengumpul semula dan tidak menguasai fakta asas penolakan. Mohd Hanis bin Mohd Ramly (2010), menyatakan ada dikalangan murid dapat membuat pinjaman namun tidak dapat membuat proses mengumpul semula setelah meminjam. Hasil analisis dokumen menunjukkan ada yang telah meminjam namun hasil pengumpulan semula yang digunakan adalah salah.Natrah bt. Nordin (2010) ada menyatakan bahawa terdapat murid yang menghadapi masalah apabila ingin menolak 0. Hasil kajian ini menunjukkan ada yang menganggap nombor yang ditolak dengan

kosong akan menghasilkan pengumpulan semula.

nombor

yang

sama

tanpa

memikirkan

tentang

Analisis dokumen telah menunjukkan masalah sebenar yang dihadapi oleh keempat-empat responden. Tengku Zawawi (1998) pengajaran matematik yang berkesan juga melibatkan kemahiran menyediakan latihan yang berterusan dan pelbagai, menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan, pengurusan bilik darjah serta menilai bahan dan kurikulum matematik.Setelah sesi rawatan dijalankan dan instrumeninstrumen pengukuran digunakan dianalisis, pengkaji berpendapat bahawa kaedah MOPO yang digunakan sebagai kaedah alternatif kepada responden dalam kajian ini memberi manfaat dan berjaya mengatasi malasah digariskan pada tajuk kajian ini. NorIzzati(2011) ada menyatakan perbandingan skor markah ujian pra dengan ujian pasca dapat menunjukkan keberkesanan sesuatu kaedah baru. Hasil rawatan yang diberikan, peratuspeningkatanyang palingrendah ditunjukkan dalam ujian pascaadalahsebanyak60%manakalaperatus peningkatantertinggiadalahsebanyak 70%.Inimerupakansatupencapaianyang bolehdibanggakankeranaperatuspeningkatanterendahtelahberjayamelepasi50%. Minperatuspeningkatanmarkahmuridpulaadalahsebanyak4 7.5%.Secara tidak langsung, kaedah MOPO amat berkesan bagi membantu murid yang lemah menggunakan kaedah tradisional bagi operasi tolak melibatkan pengumpulan semula. Kesimpulannya, melalui kajian tindakan ini dapat dipastikan bahawa kaedah MOPO ini telah berjaya membantu murid-murid yang bermasalah dalam operasi tolak terutamanya yang melibatkan operasi tolak 2 nombor dengan pengumpulan semula. Menurut Margo Dill dan Elizabeth Wistrom (2010), perkara yang terpenting yang perlu diingati oleh seorang guru semasa mengajar operasi tolak melibatkan pengumpulan semula ialah kaedah dan strategi yang berbeza untuk murid yang berbeza. Pengkaji telah cuba satu kaedah dengan harapan kesemua responden dapat melakukan operasi tolak melibatkan pengumpulan semula. Adalah menjadi tanggungjawab bagi seseorang guru bagi memastikan semua orang muridnya mendapat apa jua ilmu yang disampaikan. Justeru itu, guru-guru perlulah sentiasa bersedia dengan kepelbagaian kaedah supaya setiap masalah murid dapat diatasi.

CADANGAN Kajian mengenai keberkesanan penggunaan kaedah MOPOdalammembantumuridTahun3menyelesaikan soalan berkaitan operasi tolak bagi kemahiran mengumpul semula haruslah diteruskan di masa akan datang supaya pencapaian murid bagi matapelajaran Matematikdinegarainidapatditingkatkan.Pengkajitelahmengenalpasticadangancadanganyangboleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan. Penggunaan kaedah MOPOdapatdigunakanolehguru-guru Matematikdi seluruhnegara dengan bantuan bahan bantu belajar(bbb).Penggunaan bbb dapat lagi menarik minat murid-murid untuk belajar. Kos yang diperlukan adalah pada kadar yang sangat rendah. Cadanganterakhiradalahmenambahinstrumentpengumpulandata.Dalam kajianini,pengkajitelahmenggunakananalisisdokumensepertiskripjawapanujian pradanujianpasca.Selainitu,pengkajijugatelahmenjalankansesitemubualbersama keempat-empatuntuk mendapatmaklumatberkaitanpandanganmereka tentangkeberkesanankaedahMOPOini.

Dimasaakandatang,pengkajiperlumempelbagaikanlagi carapengumpulandata sepertimenjalankansoalselidikdantemubualyanglebihterperinci.Inibertujuan untukmendapatkanmaklumatyanglebihmendalamdantepattentangpandangan muridmurid terhadap kaedahyangdiajar kepadamereka.

RUJUKAN

Albab, A. (2011, November 6). 3 tip Adi Putra pintar Matematik. Retrieved Mac 2012, from harian metro online: http://www.harian-metro-online.com/3-tip-adi-putrapintar-matematik Cruey, G. (2008, Februari 28). Teaching Subtraction. Retrieved Mac 2012, from Curricula/Lesson Plans: http://greg-cruey.suite101.com/teaching-subtractiona38822 Daud, M. H. (2011, Mac 24). Konsep Operasi Tolak bagi Murid Tahun 1. Retrieved Februari 2012, from Laman Matematik: http://mathprimary.blogspot.com/2011/03/konsep-operasi-tolak-bagi-murid-tahun-1.html Dill, M. (2010, Ogos 18). Carry-Over or Borrowing Subtraction Strategies. Retrieved Februari 2012, from Special Ed. Teaching Tips. Ibrahim, N. S. (2010). Penggunan Kaedah Esy Counters Dalam Meningkatkan Kemahiran Menolak Nombor Sehingga Tiga Digit Dengan Mengumpul Semula Bagi Murid Tahun 4, 1-2. Jadikan pembelajaran matematik itu seronok, bermakna, berguna dan mencabar! (2006, Februari). Retrieved Februari 2012, from My-Rummy.com: http://www.myrummy.com/Malaysia_site.html Latif, M. A. (2010). Penggunaan Papan Ajaib Dalam Meningkatkan Tahap Penguasaan Operasi Tolak Dengan Pengumpulan Semula Bagi Murid Tahun 3 Cemerlang, 12. Penggunaan blok dienes dalam meningkatkan kefahaman murid tahun 3 semasa proses penolakan secara penguympulan semula yang melibatkan '0' (2010), 4. Rajami, S. R. (2010). Penggunaan Teknik Re-First Dalam Topik Penolakan Dengan Mengumpul Semula Lingkungan 10 000 Bagi Murid Tahun 3 Amal, 2-3. Ramly, M. H. (2010). Penggunaan Garis Nombor Dalam Kemahiran Menolak Dua Nombor Sehingga Empat Digit Dengan Mengumpul Semula Dalam Kalangan Murid Tahun 3, 3-4.

Você também pode gostar