Você está na página 1de 14

TANGRAM Tangram merupakan permain puzzle yang berasal dari China kuno.

Terdiri dari tujuh bidang geomerti yang disebut Tan (2 segitiga sama kaki besar, 1 segitiga sama kaki sedang, 2 segitiga sama kaki kecil, 1 jajargenjang dan 1 persegi empat.) Ketujuh tan ini adalah potongan dari sebuah persegi empat dan dengan ketujuh bidang ini pula kita dapat membentuk berbagai rupa hewan, kegiatan manusia, alat dan benda maupun benda-benda imaginer lainnya.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN TANGRAM Awal mula tangram ditemukan dan siapa penemunya tidak tercatat dalam sejarah China. Buku pertama yang mencatat tentang tangram dipublikasikan di China pada tahun 1813, namun saat itu tangram sudah dianggap permainan kuno. Satu alasan yang bisa diberikan mengapa Tangram diyakini sebagai permainan yang berasal dari China walalupun buktinya kurang kuat adalah kemungkinan bahwa tangram merupakan permainan wanita dan anak-anak pada saat itu, sehingga pembelajaran yang memdalam tentang tangram dianggap sia-sia pada jamannya. Tangram mulai dikenal di Eropa & Amerika pada awal abad ke 19, yang mestinya karna tali perdagangan dengan China yang meningkat. Tangram yang dulunya hanya permainan kini banyak digunakan sekolah-sekolah untuk membantu proses pembelajaran, dari mata pelajaran matematik hingga pelajaran bahasa pun guru boleh mengunakan tangram untuk meningkatkan atau menambah minat murid dalam pelajaran tersebut.

Tangram dalam bidang matematik adalah tidak asing lagi kerana ia merupakan bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk Geometri seperti Luas Dan Perimeter , Bentuk-bentuk 2D , dan seumpamanya. Setiap tan dicantum dan disusun untuk membentuk pelbagai imej seperti orang, haiwan, huruf-huruf serta objekobjek lain seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas.

BENTUK-BENTUK TANGRAM 1. RUNNING MAN

2. RABBIT

3. HOUSE

4. HORSEMAN

5. SAILBOAT

6. FISH

TESELASI Dalam terminologi geometri teselasi adalah corak yang dihasilkan dari susunan poligon sekata untuk menutup sebuah permukaan satah tanpa ruang atau pertindihan. Corak ini biasanya berulang. Teselasi-teselasi ada di mana-mana di ala mini seperti sarang dan objek buatan manusia seperti selimut M.C.Escher, seorang seniman dan ahli matematik, telah menjadi terkenal kerana teselasi yang mengagumkan.

SEJARAH TESELASI Terdapat banyak contoh teselasi dalam dunia yang sebenar. Kita telah belajar yang teselasi adalah bentuk polygon yang berulang-ulang tanpa mempunyai ruang atau seksyen yang bertindih. Pertama kalinya fikirkan bentuk yang berbeza yang ada dalam alam semula jadi, dan lihat sama ada anda boleh fikirkan sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai teselasi. Sisik pada ikan, cengkerang kura-kura, ataupun kulit nenas. Jadi, hanya dengan memerhatikan dunia sekeliling kita kita boleh pelajari macam mana untuk mengenal pasti coraknya dan bagaimana kita boleh aplikasikannya dalam kerja kita. Contoh teselasi yang dapat kita lihat adalah dalam pembinaan batu bata semasa membina bangunan. Selama beribu tahun manusia telah menggunakan teselasi untuk mereka bangunan yang cantik, mozek, kerja kayu, lantai dan taman. Orang Greek dan Roman dahulu kala telah mencipta mozek yang rumit menggunakan bahagian batu-batu kecil yang ditampalkan pada dinding-dinding dan
5

lantai-lantai. Mozek-mozek ini adalah bukan teselasi dalam sistem matematik kecuali bentuk batu di dalam mereka yang membentuk corak berulang. Tetapi selalunya, mozek-mozek ini menggunakan rekaan geometri yang akan diteselasikan pada satah dalam sempadan dan latar belakangnya. Ubin yang lebih besar diperbuat daripada marmar atau granit yang digunakan pada corak lantai. Kadangkala, seluruh lantai dihamparkan dalam satah teselasi yang besar.

Seni islam dinotakan mempunyai hiasan mozek yang ekstrem. Lebih banyak rekaan ubin mempunyai segmen yang bertindih dan disebabkan itu ia bukanlah teselasi yang sebenar. Banyak masjid dahulu kala dan istana dibina di Istanbul, dan warnanya yang terang tidak hilang. Masjid Biru dan Haiga Sophia adalah dua tempat yang popular di Istanbul, Turki yang mana banyak corak teselasi pada bangunannya. Kadangkala, corak yang diwarnakan pada jubin adalah daripada rekaan geometri mereka sendiri yang mana apabila dilihat daripada jauh menampakkan teselasi. Kawasan lain dalam dunia yang menggunakan teselasi pada dinding dan lantai adalah Negara Cina, di mana seramik porselin biru dan putih yang popular menjadi aspirasi artis-artis daripada Negara lain untuk membuat jubin yang sama; Jepun, yang mana dikenali sebagai pengukir kayu dalam mereka teselasi; Afrika Utara dan Sepanyol terutamanya senibina Moorish. Belanda juga mempunyai industri jubin Delft begitu juga England iaitu Westminster Abbey di London mempunyai rekaan yang hebat yang ditiru biara lain. Budaya lain juga dikatakan menggunakan teselasi pada bangunan mereka dan rekaan tekstil termasuk Navajos dan Amish.

BAGAIMANA TESELASI BOLEH DIHASILKAN

JENIS-JENIS TESELASI
8

1. Teselasi Sekata Teselasi sekata merupakan sepenuhnya dari poligon sekata kongruen, semua pertemuan bucu bertemu bucu. Hanya terdapat tiga teselasi sekata yang menggunakan segitiga sama sisi, segi tiga empat tepat dan segi enam. Berikut yang menggunakan segi tiga dan segi enam.

2. Teselasi Separuh Sekata


9

Teselasi separuh sekata dicipta dengan dua atau lebih jenis poligon sekata yang dipasangkan bersama-sama supaya poligon yang sama dalam susunan kitaran yang sama mengelilingi setiap bucu. Terdapat lapan teselasi separuh sekata yang merangkumi pelbagai kombinasi segi tiga sama sisi, segi empat sama sisi, segi enam, oktagon, dan dodekagon.

10

3. Teselasi Tidak Sekata Teselasi tidak sekata adalah di mana tidak ada halangan dalam susunan poligon di sekeliling kenderaan.Terdapat nombor infiniti di dalam teselasi. Dengan mengambil kira definisi di atas akan membuatkan kita faham seadanya yang kebanyakan corak yang diperbuat daripada satu atau lebih polyiamond adalah bukan teselasi kerana komponen polyiamond adalah bukan poligon sekata. Teselasi boleh direka dengan mempersembahkan satu atau lebih operasi asas, translasi, putaran dan pantulan pada polyiamond (rujuk rajah).

11

CONTOH-CONTOH TESELASI DALAM KEHIDUPAN SEBENAR

1. Snake skin

2. Bee web

3. Butterfly

12

4. Building

5. Ball

6. Pedestrian

7. Roof

13

8. Dried tree

14

Você também pode gostar