Você está na página 1de 8

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU MEMBUAT KERJA RUMAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK-ANAK Zalinah

Binti Mohamed, Dr.M. Khata Jabor


Universiti Teknologi Malaysia Johor Darul Takzim ndai_64@yahoo.com

Abstrak
Keluarga merupakan institusi yang utama dalam kehidupan manusia kerana mempunyai peranan besar dalam melahirkan masyarakat yang harmonis dan berilmu seterusnya membentuk warga yang cemerlang bagi merealisasikan impian membentuk insan yang seimbang antara kemajuan dan pembangunan modal insan. Keluarga yang harmonis menyumbang kepada kestabilan dan kesejahteraan anak-anak dari segi emosi, sahsiah dan tingkah laku yang sempurna. Dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak-anak dan perkembangan anak-anak dicorakkan bermula dari peringkat kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa. Berbanding bapa, ibu adalah insan yang paling hampir dan memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak. Asuhan dan didikan yang sempurna serta perhatian yang secukupnya serta belaian kasih sayang terhadap anak-anak akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap anak-anak pada masa akan datang. Menurut pandangan Islam, peranan ibu bapa amat besar. Merekalah yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak-anak. Peranan ibu bapa sebagai pembina utama anak-anak sukar dicari galang ganti. Ibu bapa merupakan insan istimewa yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai kasih sayang, erti kehidupan serta pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Dalam sebuah hadis ada disebut, Setiap anak yang dilahirkan di atas fitrah, maka dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi. Fitrah ini jelas menunjukkan bagaimana setiap anak yang dilahirkan adalah suci dan putih dan betapa besarnya peranan ibu bapa dalam membentuk dan mencorakkan anak-anak. Sudah menjadi impian dan harapan setiap ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat setiap anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Apabila membincangkan soal mempertingkat potensi intelek seseorang kanak-kanak, aspek-aspek seperti perkembangan fizikal, sosialnya dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan dan dipandang remeh. Perkembangan dalam satu bidang akan mempengaruhi perkembangan yang lain. Ibu bapa merupakan sebaik-baik contoh kepada anak-anak. Mereka perlu menarik perhatian anak-anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar anak-anak dapat menjiwainya.

1.

Pengenalan

Ibu bapa juga perlu mempunyai pengetahuan tentang perkembangan anak-anak, strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sebagaimana yang dicita-citakan. Keterlibatan ibu bapa dalam proses pendidikan amat penting bagi membentuk konsep kendiri anak-anak. Konsep kendiri merupakan keseluruhan persepsi seseorang terhadap dirinya sendiri sama ada

berbentuk deskriptif atau berupa penilaian secara kognitif. Salah satu daripada konsep kendiri ialah ke atas pencapaian akademik. Tinggi atau rendahnya pencapaian akademik adalah bergantung pada positif atau negatifnya tanggapan konsep kendiri seseorang itu terhadap pelajaran. Pendidikan dari segi bahasa ialah membina, memperbaiki dan menyempurnakan. Dari segi teknikal ia bermaksud membina fungsi badan, akal, akhlak sehingga sempurna melalui latihan dan pembudayaan. Di dalam Islam, pendidikan bermaksud mempersiapkan individu Muslim yang beriltizam dengan agama dan berakhlak dengan akhlak Islam dari segi hati, roh, jasad, akal, akhlak dan sikap. Namun begitu, Rohaty (2003) menyatakan, ibu bapa di Malaysia kurang memberikan perhatian tentang pentingnya pembentukan kendiri pada usia awal kanak-kanak. Keadaan di rumah kurang memberi rangsangan berbanding persekitaran mereka. Akibatnya, ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan potensi anak-anak secara maksimum. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pencapaian akademik anak-anak. Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak-anak adalah elemen utama dalam kemajuan pelajar. Penglibatan ibu bapa seperti perbincangan, penjagaan dan komunikasi sangat menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Penglibatan ibu bapa merupakan salah satu elemen penting dalam kerana ia memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-kanak. 2. Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat kerja rumah di samping memberikan keyakinan kepada anak-anak bahawa menghabiskan masa dan tenaga untuk mengejar pendidikan adalah suatu aktiviti bernilai tinggi. Selain itu, kajian yang dilakukan juga bertujuan untuk melihat perkaitan dan hubungan ibu bapa yang menyemak kerja rumah yang telah disiapkan oleh anak-anak sebenarnya telah mengukuhkan lagi matlamat pendidikan. Akhirnya, apabila ibu bapa memberi arahan atau menyuruh anakanak mereka membuat latih tubi masalah kerja rumah atau menambah soalan-soalan lain yang sama bentuk, mereka sebenarnya menggalakkan pembelajaran faktual dan kebolehan kognitif. Kajian juga bertujuan melihat penglibatan ibu bapa adalah lebih berbentuk tutoran. Ini bermakna, sama ada kedua-dua atau salah seorang daripada ibu bapa mesti mempunyai kemahiran matematik yang tinggi untuk membolehkan mereka memberi tutoran kepada anakanak mereka. Penglibatan ibu bapa dalam perbincangan, komunikasi dan penjagaan didapati memberi impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar. Walaupun remaja dikatakan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa, namun hubungan yang mesra di antara ibu bapa dan anak dianggap penting dalam proses perkembangan remaja yang memerlukan sokongan ibu bapa untuk menjadi lebih berdikari. Kajian juga bertujuan melihat hubungan adakah latar belakang yang dimiliki oleh ibu bapa membolehkan mereka membantu anak-anak secara aktif. Dalam hal ini, peranan ibu dilihat lebih besar berbanding peranan bapa. Kajian oleh pengkaji di atas juga menunjukkan pelajar berasa amat seronok dan gembira apabila ibu bapa membantu mereka dalam membuat kerja rumah. Dalam hal ini, wujud dua situasi di mana anak-anak merasa amat seronok kerana dapat meningkatkan kefahaman mengenai kerja rumah dan kedua, pelajar seronok kerana ia mendatangkan kesan seronok..dengan kata lain, pelajar berasa seronok kerana mereka lebih mudah faham dengan cara pengajaran ibu mereka kerana ibu mempunyai pelbagai cara atau kaedah untuk membolehkan mereka memahami kerja rumah dan pada masa yang sama, pemahaman membantunya membuat kerja rumah dengan betul. Ahli keluarga yang melibatkan diri dengan aktiviti yang berkaitan sekolah bukan sahaja sikap pelajar tersebut terhadap kerja rumah bahkan mungkin boleh meningkatkan pencapaian

pelajar tersebut. Selain itu, dapatan juga jelas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa sama ada di rumah mahupun di sekolah memainkan peranan yang sangat penting. Penglibatan ibu bapa di rumah juga didapati sangat diperlukan oleh anak-anak berbanding perhatian oleh guru di sekolah. Persekitaran positif dalam keluarga membentuk perkembangan kanak-kanak. Keluarga yang harmoni dapat memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk membentuk anak-anak yang saling berinteraksi dan efektif. Ibu bapa yang sering menitikberatkan interaksi dan komunikasi dalam keluarga memperlihatkan hubungan yang positif dengan penglibatan ibu bapa di rumah.

3.

Soalan-soalan kajian a. Bagaimanakah penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak membuat kerja rumah dapat meningkatkan pencapaian akademik anak-anak? b. Bagaimanakah kekerapan ibu bapa yang menyemak kerja rumah yang telah disiapkan oleh anak-anak dapat mengukuhkan lagi matlamat pendidikan? c. Bagaimanakah penglibatan ibu bapa dalam perbincangan, komunikasi dan penjagaan memberi impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar? Metodologi kajian

4.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan naratif atau penceritaan. Kajian kualitatif digunakan kerana ia boleh membongkar dan memberi pemahaman apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui (Strauss & Corbin, 1990). MenurutMarshall dan Rosman (1989) data secara kualitatif dapat menghuraikan dan menjelaskan secara terperinci dan mendalam. Tiga teknik yang lazimnya digunakan oleh para penyelidik kajian kualitatif ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen(Fraenkel & Wallen 1993; Bogdan & Biklen 1998; Merriam 2001). Menurut Patton (1990), data kualitatif mengandungi petikan secara tidak langsung tentang pengalaman, pendapat, perasaan, dan pengetahuan yang diperoleh melalui temu bual; perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku dan tindakan yang direkodkan melalui pemerhatian; dan petikan, kutipan atau keseluruhan perenggan yang diambil daripada pelbagai jenis dokumen. Penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan data adalah sebahagian daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan yang lebih tepat dan meyakinkan tentang sesuatu konsep yang dikaji (Patton 1987; Yin 1994; Suseela 2001). Antara kaedah pengumpulan data yang boleh dilakukan ialah melalui pemerhatian (videotapping), nota guru dan komen, kerja pelajar, refleksi pelajar dan kerja pelajar, jurnal pelajar, ujian, tinjauan soal selidik, temuduga (audio tape). Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji. Pemerhatian membantu seseorang penyelidik membina semula teori tersebut agar memperolehi satu fahaman baru agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak mengganggu perjalanan tugas lain yang lebih utama. Selain itu, pengkaji juga menggunakan perakam audio agar dapat membantu merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran. Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat. Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa iaitu mendengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum, mendengar semula untuk mencari datadata penting dan mendengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-data penting.

Pemerhatian yang dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memerhati, mendengar dan mengalami suasana yang sebenar (Mohd, 2005; Nana, 2005). Dengan kaedah ini, penyelidik memperoleh gambaran sebenar yang menyeluruh dan mendalam tentang yang berlaku. Dalam kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta seperti mana dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang menggunakan pemerhatian-peserta dalam kajian mempunyai dua tujuan iaitu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi dan memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan aspek-aspek berkenaan. Temu bual ialah alat penyelidikan bilamana subjek dan penyelidik hadir dalam proses memperoleh dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd, 2005; Nana, 2005), berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk mencapai objektif penyelidikan (Mohd, 2005). Temu bual merupakan salah satu sumber maklumat yang paling penting dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan temu bual, dalam beberapa situasi penyelidik dapat meminta kepada responden untuk menyampaikan pendapatnya tentang suatu peristiwa atau program tertentu, dan hasilnya dapat digunakan sebagai preposisi dalam pelaksanaan penyelidikan selanjutnya. 5. Dapatan Kajian Kajian yang dilakukan untuk melihat hubungan dan penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat kerja rumah menunjukkan bahawa apabila ibu bapa membantu anakanak mereka membuat kerja rumah, mereka memberikan keyakinan kepada anak-anak bahawa menghabiskan masa dan tenaga untuk mengejar pendidikan adalah suatu aktiviti bernilai tinggi. Selain itu, kajian yang dilakukan juga menunjukkan ibu bapa yang menyemak kerja rumah yang telah disiapkan oleh anak-anak sebenarnya telah mengukuhkan lagi matlamat pendidikan. Akhirnya, apabila ibu bapa memberi arahan atau menyuruh anak-anak mereka membuat latih tubi masalah kerja rumah atau menambah soalan-soalan lain yang sama bentuk, mereka sebenarnya menggalakkan pembelajaran faktual dan kebolehan kognitif. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa adalah lebih berbentuk tutoran. Ini bermakna, sama ada kedua-dua atau salah seorang daripada ibu bapa mesti mempunyai kemahiran matematik yang tinggi untuk membolehkan mereka memberi tutoran kepada anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa dalam perbincangan, komunikasi dan penjagaan didapati memberi impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar. Pengkaji juga mendapati, walaupun remaja dikatakan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa, namun hubungan yang mesra di antara ibu bapa dan anak dianggap penting dalam proses perkembangan remaja yang memerlukan sokongan ibu bapa untuk menjadi lebih berdikari. Kajian melalui teknik temu bual yang dilakukan mendapati latar belakang yang dimiliki oleh ibu bapa membolehkan mereka membantu anak-anak secara aktif. Dalam hal ini, peranan ibu dilihat lebih besar berbanding peranan bapa. Kajian juga menunjukkan pelajar berasa amat seronok dan gembira apabila ibu bapa membantu mereka dalam membuat kerja rumah. Dalam hal ini, wujud dua situasi di mana anak-anak merasa amat seronok kerana dapat meningkatkan kefahaman mengenai kerja rumah dan kedua, pelajar seronok kerana ia mendatangkan kesan seronok. Dengan kata lain, pelajar berasa seronok kerana mereka lebih mudah faham dengan cara pengajaran ibu mereka kerana ibu mempunyai pelbagai cara atau kaedah untuk membolehkan mereka memahami kerja rumah dan pada masa yang sama, pemahaman membantunya membuat kerja rumah dengan betul. Ahli keluarga yang melibatkan diri dengan aktiviti yang berkaitan sekolah bukan sahaja sikap pelajar tersebut terhadap kerja rumah bahkan mungkin boleh meningkatkan pencapaian pelajar tersebut. Selain itu, dapatan juga jelas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa sama ada di rumah mahupun di sekolah memainkan peranan yang sangat penting. Penglibatan ibu bapa di rumah

juga didapati sangat diperlukan oleh anak-anak berbanding perhatian oleh guru di sekolah. Persekitaran positif dalam keluarga membentuk perkembangan kanak-kanak. Keluarga yang harmoni dapat memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk membentuk anak-anak yang saling berinteraksi dan efektif. Ibu bapa yang sering menitikberatkan interaksi dan komunikasi dalam keluarga memperlihatkan hubungan yang positif dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Isu pendidikan utama yang diberi perhatian ialah berkaitan kerja rumah anakanak. Menurut Kelly (1996), adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibu bapa untuk membantu dan membimbing anak- anak menyelesaikan kerja rumah, mengurus masa belajar di rumah, memberi motivasi, mengatasi masalah pembelajaran dan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Sejajar dengan isu yang diutarakan di atas, perkembangan terkini dalam bidang keibubapaan dan kajian keluarga telah membawa kepada kepentingan baru dalam hubungan antara pencapaian sekolah kanak-kanak dan gaya keibubapaan. Perkembangan ini telah meningkatkan keperluan untuk kajian mengenai pencapaian sekolah anak-anak. Oleh kerana keluarga adalah tetingkap pertama kanak-kanak, gaya keibubapaan dan pengaruhnya terhadap kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam menentu hala tuju dan pencapaian persekolahan mereka. Sehubungan itu, terdapat beberapa penyelidikan kerja-kerja yang dilakukan ke atas hubungan ibu bapa dan kanak-kanak dan pencapaian sekolah anak-anak (Prindle (Ladd & Pettit, 2002). Mereka bertanggungjawab membentuk sikap yang positif di dalam diri anakanak seperti ingin belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul dengan orang lain, sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Ibu bapa juga harus menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-anak dan membimbing kelakuan mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan konsep diri yang positif di kalangan anak-anak. Nyatalah peranan ibu bapa dan keluarga dalam pendidikan terutama pendidikan yang bermutu itu bukan kecil. Mohd. Nor (1990) berkata di kalangan keluarga yang dalam golongan bawahan terdapat corak hidup dan pengasuhan anak yang berlainan daripada keluarga kelas pertengahan dan kelas atasan. Keadaan keluarga yang miskin ini mempengaruhi sikap mereka terhadap pendidikan. Desakan hidup menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan. Ini akan turut menjejaskan kemampuan anak mereka dalam pengajian di sekolah. Keluarga yang dalam keadaan budaya miskin ini mempunyai aspirasi yang rendah terhadap pendidikan dan pekerjaan dan mereka sering menyarankan kepada nasib atau takdir dan percaya mereka tidak dapat menguasai persekitaran. Atan Long (1993) menegaskan bahawa kejayaan anak-anak dalam pelajaran memerlukan sumbangan kedua-dua pihak guru dan ibu bapa. Ini adalah satu perkembangan yang menggalakkan kerana fokus pembolehubah keluarga menandakan pengakuan akan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam soal pendidikan anak-anak. Banyak kajian yang dibuat rnenunjukkan bahawa terdapat pertalian atau korelasi yang tinggi di antara pencapaian akademik dan bukan akademik pelajar dengan latar belakang dan bimbingan ibu bapa dan keluarga di rumah. Dengan kata lain, pencapaian akademik anak-anak seharusnya bermula dari rumah dengan pemantauan dan penglibatan ibu bapa dalam kerja sekolah anak-anak. Ibu bapa sebagai peneraju sesebuah keluarga memegang amanah besar bagi memastikan anakanak dididik sesempurna mungkin dengan seberapa banyak nilai-nilai terpuji. Kekukuhan ikatan kekeluargaan yang diselubungi kasih sayang dan keimanan mampu menghindari unsur-unsur buruk. Nilai-nilai keibubapaan sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan fizikal dan psikososial anak. Penglibatan ibu bapa didapati mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan pembentukan dan tingkah laku dan pencapaian akademik anak-anak.

6.

Kesimpulan

Kesibukan dalam kerjaya dan keghairahan mencari kemewahan membuatkan segelintir ibu bapa mengabaikan perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya diberi kepada anak-anak. Isu ketidakprihatinan ibu bapa ini mungkin disebabkan tahap pendidikan mereka yang rendah (Kohl, Lengua, & McMahon, 2002) sehingga mengakibatkan mereka tidak memandang berat akan isu pendidikan anak-anak. Kegagalan institusi pendidikan khususnya guru dalam membimbing dan mendidik para pelajar turut menyumbang kepada kelemahan prestasi akadernik pelajar. Terdapat sebahagian guru yang berpandangan sernpit serta pasif terhadap pelajar mereka sehingga menyebabkan pelajar rasa terasing dan tersinggung. Malah, kajian Hamidah (2003) rnendapati terdapat guru yang rnengamalkan sikap pilih kasih dalam menjalankan tanggungjawab rnereka. Antaranya, sikap guru yang hanya rnengambil berat terhadap pelajar cemerlang berbanding pelajar yang sederhana dan rendah pencapaian, Oleh itu, pelajar yang merasa terabai rnempunyai konsep kendiri yang rendah, tidak berrnotivasi untuk belajar dan terus ketinggalan dalam pencapaian akademik. Selain itu, kelemahan guru dalam rnembirnbing pelajar dengan kaedah yang sesuai juga menjadi punca kelemahan akademik pelajar. Ishak Harun merumuskan kelemahan guru sebagai pembimbing utama pelajar dan kurangnya pendedahan pengetahuan dan pengalaman merupakan antara faktor keciciran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu di pedalarnan Sabah. Di samping itu, kelemahan akademik bukan sahaja mempengaruhi aspek pendidikan individu pelajar itu sendiri malah dikhuatiri ia akan turut memberi kesan terhadap peribadi dan akhlak mereka. Ini berikutan hasil kajian Rasidah Dato' Omar (2004) yang menyatakan salah satu sebab berlakunya gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar ialah kurangnya perhatian ibu bapa terhadap prestasi akademik anak-anak. Ibu bapa boleh meningkatkan komitmen belajar anak dan merangsang minat mereka dengan menemani anak ketika waktu belajar mereka. Untuk anak-anak peringkat sekolah rendah, ibu bapa bolehlah mengajar mereka dan apabila anak-anak mula meningkat ke sekolah menengah secara beransur-ansur ibu bapa biarkan anak-anak berdikari. Dengan cara ini tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadi kebiasaan dan mudah untuk kita terus mendorong minat serta kemahuan mereka. Di samping itu, ibu bapa juga sepatutnya selalu berbincang dengan guru kelas dan rapatkan diri dengan aktiviti PIBG serta sekolah. Kenali siapa guru anak-anak kita dan sering berbincang dengan guru tentang perkembangan mereka. Dengan cara ini kita cepat tahu sama ada anak-anak beri tumpuan dalam kelasnya, siap kerja sekolahnya, masuk kelas pada waktunya dan sebagainya. Apabila berpeluang, tawarkan diri untuk melibatkan diri dalam PIBG dan aktiviti sekolah. Dengan cara ini, guru-guru tahu siapa kita dan mereka juga akan berikan perhatian yang lebih baik kepada anak-anak kita. Malah kerap kali anak-anak kita, tanpa diminta, diberikan peluang untuk terlibat dalam aktivitiaktiviti sekolah dan ini akan meningkatkan self-esteem mereka. Anak-anak juga akan lebih menjaga disiplin serta pelajaran mereka kerana mereka sedar bahawa perkembangan diri mereka cepat dimaklumkan oleh guru kepada ibu bapa. Komitmen anak-anak secara langsung akan meningkat terhadap pelajaran mereka. Selain itu, di pihak ibu bapa, mereka tidak membanding-bandingkan kebolehan anak-anak. Ibu bapa perlu ingat bahawa kemampuan anak-anak adalah berbeza. Tidak semua boleh berjaya dalam bidang akademik. Ada yang dianugerahkan oleh Allah dengan kebolehan dan kemahiran lain seperti petah berpidato, pandai melukis, bijak bermain alat muzik dan mencipta lagu, mahir bertukang, dan sebagainya. Oleh itu kenapa mesti dibandingkan pencapaian mereka? Kalau adik dibandingkan dengan kakak dan abang, mereka rasakan seolah-olah ibu bapa tidak cukup

sayangkan mereka. Kalau perbandingan dibuat dengan rakan-rakan, mereka akan rasa rendah diri pula. Oleh itu, membandingkan anak tidak membantu kecemerlangan mereka. Ibu bapa, lazimnya, menyebut kelebihan dan kejayaan orang lain kepada anak-anak hanya apabila marah, geram dan kecewa dengan tindakan dan tingkah laku mereka. Lain daripada masa itu, kita lupa dan tidak ambil kisah. Sebab itulah anak-anak menolak cara ibu bapa ini. Oleh itu, apabila menegur kesilapan dan kegagalan anak, jangan sama sekali dibandingkan dengan sesiapa. Cukup sekadar menegur dan menasihati perbuatan dan tingkah laku mereka. Waktu lain, ketika tiada ketegangan emosi antara kita dan anak maka berceritalah tentang kejayaan orang lain serta bagaimana mereka capai kejayaan tersebut untuk anak jadikan panduan dan teladan. Saat sebegini adalah lebih mudah untuk anak menerimanya kerana mereka lebih terbuka.

Rujukan 1. Abdorreza Kordi & Rozumah Baharudin. 2010. Parenting Attitude and Style and Its Effect on Childrens School Achievements. Diperolehi daripada www.ccsenet.org/ijps International Journal of Psychological Studies Vol. 2, No. 2; December 2010 2. Abdul Razak Zakaria &Noraini Mohd Salleh. 2011. Konteks keluarga dan hubungannya dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah. Jurnal pendidikan Malaysia,36(1)(2011):35-44. and implications of parental involvement. International Journal about parents in education .European Network about parents in education 2007,vol.1,no.0,9096.ISSN:1973-3518 3. Azizi Hj Yahaya dan Nalini a/p Madavan. 2006. Faktor-faktor lepak dan hubungan keibubapaan di kalangan pelajar remaja di sekolah menengah di empat buah negeri Skudai, Johor. UTM. 4. Balli,S., Wedman,J., & Demo,D. 1997. Family involvement with middle grade homework:effect of differential promting. The journal of Experimental research. 66/1.31-48. 5. Eleni Theodorou. 2007. Reading between the lines: exploring the assumptions 6. Hayati Mohamad .1998. Hubungan antara sokongan sosial dengan penghargaan kendiri dan pengaruhnya terhadap pencapaian akademik. Bangi.UKM. 7. Ismail Ibrahim. 2002. Disiplin keluarga jadi penentu. Diperolehi daripada http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita 8. Kamarudin Hj. Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise. 9. Mohd Fami bin Mohd Sahid, Mohamed Sharif bin Mustaffa &Roslee bin Ahmad.2008. Penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat kerja rumah (matematik) di kalangan pelajar tingkatan dua:satu tinjauan di sebuah sekolah menengah di daerah muar. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik 1112 Okt.2008. 10. Rohaty Mohd Majzud. 2003. Pendidikan prasekolah:cabaran kualiti (syarahan perdana). Bangi. Penerbitan Malindo Sd. Bhd. 11. Wan Zainura Bt Wan Yusof (2008). Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. 12. Zulkifli Abd.Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad &Ismi Arif Ismail. 2011. Hubungan antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic education 3(2), 2011 31-40.