Você está na página 1de 23

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

AMALI 2 : MENGENALPASTI BATU-BATUAN

1.0 2.0

Tajuk Tujuan :

Mengenal Batu

Mengenalpasti dan mengelaskan batuan yang dikumpul mengikut kriteria seperti warna, jisim, isipadu, ketumpatan dan sebagainya.

Hipotesis

Jika jenis batu berbeza maka ciri-ciri fizikal juga berbeza.

3.0

Bahan / radas

10 jenis batu, bikar, air, alat penimbang, kanta pembesar, silinder penyukat

4.0

Prosedur

1. Sampel batu dibawa dari beberapa kawasan seperti di tepi jalan, bukit yang ditarah, sungai atau laut. 2. Kanta pembesar digunakan untuk membuat

pemerhatian tekstur, corak, warna dan sebagainya. 3. Jadual disediakan untuk mengklasifikasikan batuan

melalui pemerhatian. 4. Melalui data-data yang telah dikumpul, jenis batuan dikenalpasti dan dinamakan. 5. Teknik-teknik lain untuk mengklasifikasikan atau

menamakan batuan digunakan.

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 1

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

5.0

PENGENALAN Setiap batuan memiliki sifat dan ciri khusus. Sifat batuan tersebut

meliputi bentuk, warna, kekerasan, kasar atau halus, dan mengilap atau tidaknya permukaan batuan. Hal ini disebabkan bahan-bahan yang terkandung dalam batuan berbeza-beza. Ada batuan yang mengandung zat besi, nikel, tembaga, emas, belerang, platina, atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan seperti itu disebut mineral. Tiap jenis batuan mempunyai kandungan mineral yang berbeza. Berdasarkan proses terbentuknya, terdapat tiga jenis batuan yang menyusun lapisan kerak bumi. Tiga jenis batuan tersebut ialah batuan igneus (batuan magma), batuan endapan (batuan sedimen), dan batuan metamorfik. Pengkelasan batuan ini dibuat berdasarkan : kandungan mineral iaitu, jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini tekstur batuan iaitu, saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan struktur batuan iaitu, susunan hablur mineral di dalam batuan a. Batuan Igneus (Batuan Magma) Batuan igneus adalah batuan yang terbentuk dari magma yang membeku. Magma merupakan benda cair yang sangat panas dan terdapat di perut bumi. Semua batuan igneus berupa lelehan magma yang besar. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 2

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya

daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir. Jenis Batuan Igneus, Ciri-Ciri, dan Proses Terbentuknya:

Obsidian

Ciri-ciri : Berwarna hitam atau coklat tua, permukaannya halus dan berkilat.

Proses terbentuk : Berasal dari magma yang membeku dengan cepat di permukaan bumi

Batu Granit

Ciri-ciri : Tersusun atas butiran yang kasar. Ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna keabuabuan.

Proses terbentuk : Berasal dari magma yang membeku di dalam kerak bumi. Proses pembekuan ini berlangsung secara perlahan.

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 3

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

Batu Basalt

Ciri-ciri : Berwarna hijau keabu-abuan dan terdiri dari butiran yang sangat kecil.

Proses terbentuk : Berasal dari magma yang membeku di bawah lapisan kerak bumi. Ia tercampur dengan gas sehingga berongga-rongga kecil.

Batu Apung

Ciri-ciri : Berwarna coklat bercampur kelabu muda dan beronggarongga.

Proses terbentuk : Berasal dari magma yang membeku di permukaan bumi.

Batu Andesit

Ciri-ciri : Berwarna putih keabu-abuan dan butirannya kecil seperti pada batu Basalt.

Proses terbentuk : Berasal dari magma yang membeku sangat cepat di bawah kerak bumi.

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 4

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

b. Batuan Endapan (Batuan Sedimen) Batuan Endapan adalah batuan yang terbentuk dari endapan hasil pelapukan batuan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan Enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan Enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Jenis Batuan Endapan, Ciri-ciri, dan Proses Terbentuknya:

Batu Pasir

Ciri-ciri : Terdiri atas butiran pasir. Berwarna kelabu, kuning atau putih.

Proses terbentuk : Berasal dari enapan hasil pelapukan batuan beku yang butirannya kecilkecil.

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 5

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

Batu Kapur

Ciri-ciri : Terdiri dari butiran-butiran kapur halus. Berwarna putih agak keabuabuan.

Proses terbentuk : Berasal dari enapan hasil pelapukan tulang dan cangkerang haiwan-haiwan laut.

Batu Breksi

Ciri-ciri : Terdiri atas kerikil-kerikil yang permukaannya tajam.

Proses terbentuk : Berasal dari enapan hasil pelapukan batuan beku.

Batu Konglomerat

Ciri-ciri : Terdiri atas kerikilkerikil yang permukaannya tumpul.

Proses terbentuk : Berasal dari enapan hasil pelapukan batuan beku.

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 6

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

Batu Serpih

Ciri-ciri : Terdiri dari butiran batu lempung atau tanah liat. Berwarna kelabu kehijauan, merah atau kuning.

Proses terbentuk : Berasal dari enapan hasil pelapukan batuan tanah liat.

c. Batuan Metamorfik Batuan Metamorfik berasal dari batuan-batuan yang mengalami perubahan (metamorfosis). Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan Igneus mahupun batuan Enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfik. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas tadi terutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfik ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang
SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 7

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya.

Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Batuan metamorfik mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfik mempunyai struktur berhablur. Jenis Batuan Metamorfik, Ciri-ciri, dan Proses Terbentuknya :

Batu Gneiss

Ciri-ciri : Berwarna putih keabu-abuan. Sifatnya keras.

Proses terbentuk : Berasal dari batuan Pluto granit yang mengalami metamorphosis kerana panas dan tekanan.

Batu Marmar

Ciri-ciri : Berwarna putih dan ada yang hitam. Sifatnya keras dan permukaannya halus.

Proses terbentuk : Berasal dari batuan kapur yang mengalami metamorphosis kerana panas dan tekanan.

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 8

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

Batu Slat

Ciri-ciri : Berwarna kelabu gelap. Sifatnya mudah terbelah tipis-tipis dan permukaannya kasar.

Proses terbentuk : Berasal dari batuan serpih yang mengalami metamorphosis.

Pembentukan batuan kepada batuan jenis lain :

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 9

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

Jenis batuan dan pembentukannya :

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 10

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 11

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

Jenis-jenis batuan:
IGNEOUS ROCKS

Andesite

Basalt

Diorite

Gabbro

Granite

Obsidian

Pegmatite

Peridotite

Pumice

Rhyolite

Scoria

Tuff

METAMORPHIC ROCKS

Amphibolite

Gneiss

Hornfels

Marble

Novaculite

Phyllite

Quartzite

Schist

Slate

Soapstone SEDIMENTARY ROCKS

Breccia

Chert

Coal

Conglomerate

Dolomite

Flint

Iron Ore

Limestone

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 12

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

Oil Sand

Oil Shale

Rock Salt

Sandstone

Shale

Siltstone

6.0

KEPUTUSAN

Contoh batu Batu Granit

penerangan Ciri-ciri : Tersusun atas butiran yang kasar. Ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna keabu-abuan. Proses terbentuk : Berasal dari magma yang membeku di dalam kerak bumi. Proses pembekuan ini berlangsung secara perlahan

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 13

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

Batu Gneiss Ciri-ciri : Berwarna putih keabu-abuan. Sifatnya keras Proses terbentuk : Berasal dari batuan Pluto granit yang mengalami metamorphosis kerana panas dan tekanan

Batu Slat Ciri-ciri : Berwarna kelabu gelap. Sifatnya mudah terbelah tipis-tipis dan permukaannya kasar. Proses terbentuk : Berasal dari batuan serpih yang mengalami metamorphosis

Batu Pasir

Ciri-ciri : Terdiri atas butiran pasir. Berwarna kelabu, kuning atau putih Proses terbentuk : Berasal dari enapan hasil pelapukan batuan beku yang butirannya kecil-kecil.

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 14

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

Batu Basalt Ciri-ciri : Berwarna hijau keabu-abuan dan terdiri dari butiran yang sangat kecil. Proses terbentuk : Berasal dari magma yang membeku di bawah lapisan kerak bumi. Ia tercampur dengan gas sehingga berongga-rongga kecil.

Ciri-ciri : Terdiri dari butiran batu lempung atau tanah liat. Berwarna kelabu kehijauan, merah atau kuning Proses terbentuk : Berasal dari enapan hasil pelapukan batuan tanah liat.

6.1 Pengiraan Ketumpatan : Mengenalpasti ketumpatan setiap jenis batu Perkara Sampel 1 2 Jisim (g) 190 170 Isipadu (cm) 80 49 Ketumpatan (g/cm) 190 80 = 2.4 170 49 = 3.5

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 15

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

3 4 5 6

150 110 48 130

60 50 47 50

150 60 = 2.5 110 50 = 2.2 48 47 = 1.0

130 50 = 2.6

6.2 Analisis dan Inteprestasi Data : Berdasarkan keputusan yang telah diperolehi tentang sepuluh jenis batuan, terdapat beberapa berbezaan serta persamaan di antara batuan yang dikaji. Batu pertama (6) merupakan batuan jenis igneus. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti warna hitam dan putih, berkilau bertompoktompok, keras, kasar dan tiada lapisan. Ia mempunyai berat 190g, isipadu 80cm3 dan ketumpatan 2.4g/cm3. Batu kedua (7) merupakan batuan jenis ignues juga. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti warna hitam, berkilat, keras, tidak berlapis, kasar dan corak yang tidak sekata. Ia mempunyai berat 170g, isipadu 49cm3 dan ketumpatan 3.5g/cm3. Batu ketiga (14) merupakan batuan jenis metamorfik. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna kelabu dan putih, tidak berkilat, sangat keras, kasar dan tiada lapisan. Ia mempunyai berat 150g, isipadu 60cm3 dan ketumpatan 2.5g/cm3. Batu keempat (16) merupakan batuan enapan. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna merah bata, tidak berkilat, lembut
SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 16

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

dan rapuh, teksturnya halus dan rata, ada lapisan serta mempunyai corak yang sekata. Ia mempunyai berat 110g, isipadu 50cm 3 dan ketumpatan 2.2g/cm3. Batu kelima (18) merupakan batuan jenis enapan juga. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna hitam pekat, tidak berkilat, sangat lembut, halus, ada lapisan dan corak yang tidak sekata. Ia mempunyai berat 48g, isipadu 47cm3 dan ketumpatan 1.0g/cm3. Batu keenam (19) merupakan batuan jenis enapan. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna jingga keperangan, tidak berkilat, lembut, halus, berlapis-lapis dan bercorak sekata. Ia mempunyai berat 130g, isipadu 50cm3 dan ketumpatan 2.6g/cm3.

Batu ketujuh (20) merupakan batuan jenis ignues. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna kelabu dan putih, berkilat, keras, kasar dan tiada lapisan. Ia mempunyai berat 150g, isipadu 50cm 3 dan ketumpatan 3.0g/cm3. Batu kelapan (22) merupakan batuan jenis ignues juga. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna putih, berkilat, keras, kasar dan tiada lapisan. Ia mempunyai berat 200g, isipadu 80cm 3 dan ketumpatan 2.5g/cm3. Batu kesembilan (24) merupakan batuan jenis metamorfik. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna hitam keperangan, berkilat, lembut, ada lapisan tetapi teksturnya kasar dan tidak sekata. Ia mempunyai berat 80g, isipadu 35cm3 dan ketumpatan 2.3g/cm3. Batu kesepuluh (26) merupakan batuan jenis metamorfik juga. Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna hitam, tidak berkilat, teksturnya halus dan licin serta tiada lapisan. Batu ini juga mempunyai rongga-rongga dan sangat keras. Ia mempunyai berat 70g, isipadu 20cm 3 dan ketumpatan 3.5g/cm3.

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 17

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

7.0 PERBINCANGAN Kajian dilakukan dengan mengumpul batuan dalam kumpulan. Seterusnya, pemerhatian dilakukan terhadap batuan. Penyiasatan dilakukan bersama-sama supaya perbincangan untuk mengenalpasti batuan yang dikumpul dapat dilakukan dengan lebih tepat. Berdasarkan pemerhatian batuan tersebut, batu-batu itu dapat dikelaskan kepada tiga kumpulan. Daripada 10 jenis batuan yang dikumpul, 40% ialah merupakan batu igneus, 30% batu enapan dan 30% lagi ialah batu metamorfik. Pemerhatian dilakukan menggunakan kanta tangan. Ia dapat membantu melihat butiran-butiran kandungan bagi batuan seperti warna, kilauan, lapisan, tekstur dan sebagainya dengan lebih jelas. Jisim batuan diukur menggunakan penimbang, manakala bikar 250ml digunakan bagi mengukur isipadu batuan. Bacaan awal diambil dengan memasukkan batuan ke dalam bikar terlebih kemudian barulah dimasukkan air. Ini dilakukan untuk memastikan keseluruhan batu tenggelam. Selepas itu
Page 18

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

batu dikeluarkan dari dalam bikar. Bacaan setelah batu dikeluarkan diambil sebagai bacaan akhir. Untuk mendapatkan isipadu batu, bacaan awal ditolak dengan bacaan akhir batu. Dengan mengukur jisim dan isipadu batuan ini, ketumpatan batuan dapat dikenalpasti. Hasil ketumpatan batu yang didapati adalah berbeza mengikut saiz dan jenis batu. Terdapat batu yang hampir sama saiznya tetapi ketumpatan adalah sangat berbeza. Perbezaan ini mungkin disebabkan jenis batu tersebut dan kedudukan batu itu di permukaan bumi yang banyak mempengaruhi struktur dan komposisi batu tersebut. Pemerhatian dilakukan terhadap tekstur batuan dengan mengetuk batuan di atas permukaan yang keras. Ini bagi melihat sama ada ia bersifat keras, berbutir kasar atau halus. Didapati batuan enapan mempunyai butiran yang lebih halus berbanding batu metamorfik dan igneus. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain kerana sifatnya yang berlapislapis. Ini kerana pelbagai lapisan yang terdiri daripada batuan serta hidupan mati termendap bersama dengan batuan. Tekanan yang kuat menyebabkan ia termampat dan membentuk batuan yang berlapis atau tidak berlapis tetapi mempunyai perbezaan warna batuan ini. Batu ignues adalah batu yang terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batuan dikelaskan di dalam kumpulan metamorfik apabila ia mempunyai kepadatan yang tinggi, permukaannya yang rata dan licin, berkilat serta bewarna jernih. Ia juga keras dan tidak berhablur. Batuan metamorfik ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Batu ini mungkin berasal daripada batu ignues, batu enapan atau batuan metamorfik yang lain. Pemerhatian diteruskan dengan mengenalpasti corak dan warna bagi batuan tersebut. Perbincangan dan rujukan yang terperinci perlu
SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

yang ketara pada

Page 19

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

memandangkan corak dan warna lebih kurang sama bagi setiap batuan dan sukar untuk mengelaskan jenis batuan.

8.0 KESIMPULAN Hasil Kajian menunjukkan bahawa terdapat berbezaan dari segi struktur, corak, tekstur, warna dan sebagainya di antara batuan yang terdapat di muka bumi ini. Kajian tentang batuan ini sangat penting teruama bagi ahli-ahli geologi untuk mementukan kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal. Batuan yang dijumpai di sesuatu kawasan akan dapat menentukan jenis tanah-tanih serta dapat menentukan jens-jenis tumbuhan yang yang sesuai hidup di kawasan tersebut. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis-jenis tumbuhan dan penggunaan tanahtanih di sesuatu kawasan. Dalam kehidupan manusia purba batuan Batuan keras dan berharga dijadikan sebagai senjata. Pisau zaman purba biasanya diperbuat daripada kepingan batu jenis batu syal. permata seperti berlian, zamrud, delima, jade dan sebagainya menjadi simbol keagunangan dan martabat sesebuah kerajaan. Kebanyakan agama menggunakan batu jenis granit dan marmar bagi pembuatan patung-patung pemujaan. Penganut agama Islam menggunakan batu marmar sebagai batu nisan. Pada zaman moden ini
SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 20

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

pelbagai penggunaan batuan oleh manusia seperti perlombngan kauri, arang batu, batu perhiasan dapat menjana ekonomi dalam membuka peluang pekerjaan. Batu jenis igneus seperti granit penting dalam pembinaan bagunan dan jalan raya. Batu jenis jelmaan seperti marmar penting dalam perhiasan dan pembinaan bagunan. Manakala batu enapan seperti arang batu penting sebagai sumber bahan api. Batu jenis enapan seperti batu kapur penting untuk pembuatan simen. Batuan juga menjadi daya tarikan pelancong. Bentuk muka bumi batu kapur seperti gua, stalaktit, stalakmit, lubang layang-layang, sungai terbit semula dan sebagainya menarik minat pengkaji dan pelancong seperti di Gua Niah, Gua Mulu, dan Gua tempurung. 9.0 RUJUKAN

BUKU : Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011) Geografi Fizikal Tingkatan 6 Rendah, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar bakti Yew Poi Keng et al. (2002), Geografi Fizikal STPM, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

JURNAL : Zetty Shazlin binti Mohamed (20 April 2010), Durability of granite and shale for various weathering grade. Lai Kit Moi (9 September 2009), STPM Geografi Fizikal, Kit Celik Konsep Fizikal.

LAMAN SESAWANG :
http://ronysangilusionis.blogspot.com/2013/01/jenis-batuan.html

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 21

IPGKTI SCE 3 SEM 5

AMALI 2 SCE3110

ZAHARIN BIN NORDIN

PPG

http://viasovariani.blogspot.com/2013/04/jenis-jenis-batuan.html http://randhyan626.wordpress.com/2012/09/03/jenis-jenis-batuan-yangmenyusun-bumi/ http://future20.wordpress.com/2013/03/08/jenis-jenis-batuan-ciri-ciri-dan-prosesterbentuknya/ http://inani.tripod.com/batu.htm

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (PENSYARAH : TN HJ. NORIZAN BIN GHAZALI)

Page 22

Você também pode gostar