Você está na página 1de 23

TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER

KOD KURSUS NAMA KURSUS PROGRAM : : : EPM 233 MODEL DAN STRATEGI PEDAGOGI SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NO. MATRIK FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN

: AHMAD SHAHRUL AMIN B MAT YUSOF : E30209120620 :

: TAJ INTERNATIONAL COLLEGE IPOH PERAK

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof BAHAGIAN A a) Sejauh manakah pengajaran di sekolah anda masih berpusatkan guru? Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

Pembelajaran Berpusatkan Guru Objektif,tugasan dan sumber Pembelajaran ditentukan oleh Guru.

Pembelajaran Berpusatkan Murid Objektif,tugasan dan sumber Pembelajaran ditentukan oleh Murid.

Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran boleh berada di mana-mana dalam kontinum tersebut Pemerhatian yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa Kuala Kangsar, mendapati proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan lebih kepada berpusatkan guru.Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas,Ilmu yang disampaikan lebih berbentuk hafalan dan pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar.Walaubagaimanapun,terdapat juga proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid sepenuhnya terutama untuk mata pelajaran Bahasa Melayu,Pendidikan Jasmani, Sains, Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Seni Visual.Murid memainkan peranan aktif dalam menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan MQA101 2

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof pelajar , pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan.Ini menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar. b) Bagaimana anda telah melibatkan murid secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Pengenalan Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini. Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif kepada pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif. Maksud Pembelajaran Aktif Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif dan (2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza. MQA101 3

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.Namun begitu, untuk menjayakan pembelajaran aktif ini seseorang guru perlu mahir menggunakan medium pembelajaran khususnya pelbagai media pengajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan media yang dapat memudahkan pemahaman murid. Ciri authentics multimedia ini membantu pemahaman pelajar dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai contoh CD-ROM boleh memuatkan segala isi mata pelajaran yang hendak disampaikan oleh para guru. Ia juga boleh dijadikan sebagai pengganti buku teks. Perisian CD-ROM boleh dimuat turunkan dengan objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan interaktif, galeri multimedia, e-ujian,e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan atau capaian internet. Aktiviti interaktif yang disediakan dalam perisian ini meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti pelajar dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan mereka latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks (Rozinah Jamaludin, 2005). Kadang kala terdapat tajuk-tajuk para aras tinggi yang agak sukar bagi pelajar untuk memahaminya. Dengan adanya CD-ROM dan multimedia yang pelbagai ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk sekaligus dapat meningkatkan lagi minat mereka menguasai tajuk berkenaan. Selain itu, ia dapat menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian kursus yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan dalam visual yang ditayangkan (Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak, 2003). Hal ini sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap tajuk yang dipelajari khususnya dalam tajuk yang mengandungi banyak fakta seperti tajuk Hari Kemerdekaan untuk Bahasa Melayu Tahun 2. Untuk tajuk ini beberapa MQA101 4

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof peristiwa berkaitan kemerdekaan dijelaskan dengan simulasi bagi memastikan sesuatu pengajaran itu kekal dalam ingatan pelajar. Penggunaan video juga sangat membantu. Penggunaan dan video dapat menyampaikan isi pelajaran dengan skop yang lebih luas lagi, iaitu dengar dan lihat. Filem bergerak pula membantu memberi pandangan yang jelas tentang sesuatu perkara. Filem slaid pula dimasukkan suara iaitu dengan cara mensinkronikannya. Semasa tayangan, guru boleh memberhentikan dari satu filem ke satu filem untuk memberi ulasan dan keterangan.Media pendidikan digunakan bertujuan untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan pelajar dan sebaliknya, pelajar sesama pelajar dan membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka. Penggunaan bahan yang dapat meningkatkan kreativiti dan menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid. Perisian berbentuk penyelesaian masalah yang boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah berbantukan komputer yang boleh dikaitkan dengan aktiviti pembelajaran aktif. Perisian permainan ini merangkumi penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu situasi dalam bentuk permainan (Abdul Ghafar Mohd. Din, 2003). Mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan banyak kaedah penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, penggunaan multimedia secara langsung melalui latihan atau langkah-langkah akan dapat membantu pelajar memperoleh kemahiran mengatasi masalah dengan melihat sendiri langkahlangkah bagi mengatasi sesuatu masalah. Guru juga boleh menayangkan langkahlangkah yang salah dalam membuat urutan cerita atau ayat dan pelajar akan mengkaji serta memberi pendapat mereka berhubung dengan permasalahan yang diberi.Aktiviti ini sering melibatkan aktiviti penulisan pada aras 3 untuk murid Tahun 6.Guru haruslah kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah adalah amat penting. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa;

MQA101

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof Kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah: 1. Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar. 2. Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain. 3. Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda. Berdasarkan pernyataan itu, ternyatalah betapa pentingnya bagi guru-guru Bahasa Melayu untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. Ini akan lebih mencabar. Kepentingan bantuan media pengajaran terkini multimedia dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam menempuh situasi pembelajaran masa kini. (Abdul Rahman, 1997, m.s. 254). Media pengajaran merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi, peranan media pengajaran ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s,287).Murid yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak aktif. Penggunaan media yang menarik minat murid. Media pengajaran bukan cetak merupakan peralatan yang digunakan untuk membantu guru mengajar dan juga boleh mewujudkan rangsangan, minat dan keinginan pelajar untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang hendak dipelajari pelajar. Penggunaan media pengajaran yang sesuai dan menarik dengan tajuk pembelajaran akan menjadikan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan.Media pengajaran adalah penyumbang faktor terpenting dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran, mewujudkan rangsangan keinginan

MQA101

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, menarik dan dapat memotivasikan mereka Bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan, penggunaan media pengajaran yang bersesuaian akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan, seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang. Minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu ,keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai media pengajaran digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980, m.s. 165). CD-ROM contohnya, adalah satu multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. Konsep yang khusus dan abstrak dalam buku teks dapat disampaikan secara konkrit kepada murid melalui elemen multimedia dalam CD-ROM Aktiviti interaktif yang disediakan dalam perisian ini meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti pelajar dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan mereka latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks (Rozinah Jamaludin, 2005) Penggunaan media yang merangsang pendengaran dan penglihatan murid. Di samping itu, dengan menggunakan multimedia di dalam pembelajaran para pelajar, ia dapat membantu merangsang deria pendengaran dan penglihatan mereka.Bahan berasaskan multimedia ini mengandungi perisian berbentuk simulasi yang boleh digunakan dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu. Contohnya dalam mempelajari tajuk Kraftangan Tradisional , guru boleh MQA101 7

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof menayangkan visual yang menunjukkan seseorang sedang menghasilkan kraftangan. Dalam visual tersebut, mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana kraftangan labu sayong dihasilkan. Mereka dapat melihat keadaan ketika tanah liat dijemur, ditumbuk, diuli dan ditempa atau dibentuk sehingga proses akhir pembuatan labu sayong. Apabila murid dapat menyaksikan tayangan tersebut, mereka akan menguasai kemahiran tertentu dan mempraktikkannya walaupun hasilnya tidak sama seperti visual. Kaedah demonstrasi melalui tayangan visual ini juga akan dapat menyediakan secara langsung objek, proses atau cara melakukan sesuatu (Ahmad Mohammad Salleh, 2004).Menurut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia 75% adalah diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau (Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1986). Oleh yang demikian, pengunaan bahan bantu mengajar terutamanya melibatkan pancaindera pandang dan dengar memainkan peranan yang penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pelajar dan sudah tentu pembelajaran secara aktif dapat dijalankan. Penggunaan media yang dapat menjadikan pendidikan lebih produktif. Penggunaan pelbagai media sama ada cetak dan bukan cetak akan dapat menjadikan pendidikan lebih produktif dengan membawa konsep kehidupan yang sebenar kepada murid. Mereka dapat mengimaginasikan tayangan video atau grafik di dalam multimedia itu dalam kehidupan mereka. (Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Contohnya bagi tajuk Pelancongan, berkemungkinan terdapat pelajar yang pernah mengikuti rombongan atau bercuti bersama keluarga dan mungkin ada yang tidak pernah mengalaminnya. Oleh yang demikian, dengan adanya multimedia yang mengandungi pelbagai video, audio, dan grafik di dalam akhbar atau majalah, tempat-tempat menarik ini, ia dapat memberi pengalaman sebenar dan pengetahuan secara langsung kepada pelajar dalam mempelajari tajuk tersebut.Seterusnya, menurut Yusup Hashim (1998), CD-ROM akan dapat membantu pelajar belajar secara kendiri. Media pengajaran yang digunakan dalam MQA101 8

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof sistem ini dihasilkan oleh pihak lain atau mungkin guru Bahasa Melayu itu sendiri dan boleh digunakan oleh murid tanpa bantuan guru. Pelajaran boleh dijalankan di mana-mana walaupun guru dan pelajar tidak dapat bertemu secara bersemuka sepanjang masa. Latihan pengukuhan juga dapat dilakukan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan jadual waktu serta masa penemuan bersama guru. Visualvisual yang terdapat dalam CD-ROM tersebut juga boleh membantu mereka melakukan pengulangan ketika berada di rumah. Ciri-ciri CD-ROM yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, tidak sakit hati dan sabar semasa menggunakan program menjadikan ia sangat fleksibel sama ada bagi pelajar cerdas atau sebaliknya.Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Contoh terkini ialah Projek 1 BestariNet Frog VLE yang akan memudahkan para guru mentransmisikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya. Guru-guru telah diberi pendedahan penggunaan FrogVLE ini secara berperingkat dan sasaran kepada semua guru dan murid apabila Persekitaran Pembelajaran Maya dijalankan. Guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE. Melalui FrogVLE, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa sama ada di sekolah atau di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.(Frogasia Training Trainers Guide v 2.0).Sudah tentunya proses sebegini dapat menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan murid di samping memudahkan tugasan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

MQA101

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof c) Bagaimana penaksiran adalah berkonsepkan didik hibur? Nyanyian Nyanyian merupakan kata-kata yang disampaikan melalui alunan suara. Iringan muzik memberi impak pada nyanyian. Muzik juga boleh diganti dengan bunyibunyian yang direka. Lagu yang dipilih oleh guru seharusnya bersesuaian dengan maksud, bahasa dan juga penggunaan tatabahasanya. Melodi yang dipilih juga seharusnya mudah diikuti dan yang hampir dengan pengalaman murid. Lagu juga harus bersesuaian dengan tahap kesediaan dan pencapaian murid dan mempunyai jalan cerita, pengajaran, nilai dan motivasi. Sebagai contoh penaksiran untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR Bahasa Melayu Tahun 2 bagi B1 DL1 E1 menggunakan nyanyian sebagai bahan evidens. Senikata disediakan dan murid diminta menyanyikan lirik lagu mengikut rentak lagiu Can Mali Can. Penaksiran berdasarkan didik hibur ini dapat mewujudkan suasana yang lebih seronok dan ceria serta membantu murid mengingati apa yang hendak dipelajari. Selain itu juga dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan serta struktur ayat. Secara tidak langsung dapat mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa.

Sumber: Kursus Pemantapan Kurikulum dan pedagogi,JPN Perak

MQA101

10

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

Bercerita Penaksiran berkonsepkan didik hibur dapat dijalankan dengan aktiviti bercerita yang dapat dijalankan bersesuaian dengan tahap murid. Cerita merupakan sesuatu yang dicakap, dibual, diungkap secara langsung. Naluri semulajadi seorang kanak-kanak amat gemar mendengar cerita dan bercerita. Cerita boleh memberikan pengajaran, panduan, nilai murni dan juga menyuburkan imaginasi, peralatan cerita yang menarik digunakan seperti tali, boneka, kertas, kain agar penceritaan dapat disampaikan dengan menarik. Di dalam pentaksiran yang dijalankan, slaid power point boleh digunakan untuk menunjukkan gambar watak dan cerita serta murid boleh diuji bercerita secara lisan atau menyambung cerita berdasarkan watak-watak yang diberi. Murid juga boleh menjawab soalan-soalan pemahaman secara lisan atau bertulis berdasarkan cerita yang didengar atau ditonton.

Sumber: monyet.html Lakonan

http://kaswatihjtukino.blogspot.com/2012/10/cerita-sang-kancil-dan-

Kamus Dewan (2007) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya. Aktiviti lakonan juga merangkumi pergerakan tubuh badan atau segala pelakuan manusia. Lakonan akan dilakonkan oleh watakMQA101 11

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof watak tertentu yang mencerminkan keadaan sebenar atau meniru gaya kegiatan manusia dalam masyarakat. Penaksiran dapat dijalankan dalam bentuk lakonan untuk menguji pertuturan murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul dan membolehkan murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur. Penaksiran boleh dilakukan dengan murid melakonkan dialog yang telah disediakan ataupun melakonkan adegan berdasarkan diaolog atau skrip mudah dengan menggunakan perkataan sendiri. Untuk menjadikan penaksiran lebih berkesan, guru boleh menyediakan alatan maujud untuk persediaan lakonan. Puisi Di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),salah satu elemen didik hibur yang diberi perhatian ialah pantun. Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisan masyarakat melayu. Pantun mengambarkan atau merupakan refleksi minda sosial, budaya dan kemasyarakatan melayu lama. Pantun adalah puisi berangkap. Ada beberapa jenis pantun iaitu dua kerat,empat kerat, enam kerat dan lapan kerat. Contoh Puisi bagi Bahasa Melayu Tahun 1, guru boleh memilih pantun yang mudah dan murid diminta melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Guru juga boleh memilih pantun yang mempunyai maksud yang senang diingat, diucap dan mempunyai makna khusus.

BAHAGIAN B

Sumber: Kursus Pemantapan Kurikulum dan pedagogi,JPN Perak

MQA101

12

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

Penggunaan Animasi dan Grafik Penggunaan animasi dan grafik juga boleh diberi pemberatan di dalam membuat pentaksiran berkonsepkan didik hibur. Watak-watak animasi dan kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak seperti watak kartun Upin Ipin dijadikan animasi untuk salah satu pentaksiran dalam mata pelajaran Matematik. Animasi dalam bentuk video dan murid dikehendaki memerhati dan menjawab soalan-soalan secara interaktif dalam bentuk santai dan didik hibur. Pentaksiran juga boleh dijadikan sebagai eviden Penaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan band yang bersesuaian.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=_GuIDe34a0w d) Pada pendapat anda, apakah isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan? Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang efektif. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, pembelajaran aktif membolehkan murid mempelajari lebih banyak perkara, menyimpan informasi lebih lama dan berasa seronok dalam bilik darjah. Pembelajaran aktif menggalakkan murid mempelajari daripada guru dan murid lain dibandingkan dengan cara tradisional yang melibatkan murid itu sendiri sahaja. Kajian juga MQA101 13

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof telah menunjukkan bahawa penglibatan pasif secara umumnya membawa kepada penerimaan pengetahuan yang terhad.Isu-isu yang dapat dikaitkan dengan pembelajaran secara aktif ini adalah seperti di bawah. Arahan berpusatkan murid Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila seseorang guru merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar belakang murid dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Dalam memastikan pembelajaran dapat dijalankan secara aktif,seseorang guru perlu menyediakan media pembelajaran yang sesuai bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang hendak dilakukan.Pembelajaran secara aktif juga sering tertumpu kepada aktiviti kumpulan. Murid secara individu mungkin akan berhadapan dengan sesuatu masalah dan putus asa tetapi secara berkumpulan, murid akan membantu antara satu sama lain. Dalam pembelajaran aktif, murid akan terdedah kepada pelbagai strategi penyelesaian masalah. Mereka akan berani mencuba strategi tersebut dalam keadaan power sharing dan empowerment. Murid lebih yakin dalam menjawab soalan atau berdialog dengan guru secara berkumpulan. Secara umumnya, murid belajar secara efektif dan interaktif apabila mereka mengajar antara satu sama lain. Konsep Didik Hibur Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2007) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lainlain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.Di antara ciri-ciri didik hibur,murid akan mengalami sesi MQA101 14

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Selain itu dapat juga mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu - tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. Peranan guru sebagai fasilitator Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang guru yang kreatif akan membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan membawa makna kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu. Tidak ada satu cara mutlak atau pengajaran yang membantu semua murid belajar. Oleh itu, guru perlulah menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti masingmasing untuk memimpin dan menyokong pembelajaran murid mereka. guru MQA101 15

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof berhadapan dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka. Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat. Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian autentik Dalam proses pengajaran dan pembelajaran aktif dan menghiburkan, murid dinilai melalui pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif, tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan penilaian rakan sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman murid yang menjadikan pengajaran lebih bermakna. Penggunaan masalah autentik seperti kajian kes adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif. Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai satu cara penyelesaian yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal. Kemahiran tersebut akan mendalam apabila guru mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dengan nilai atau konsep yang diajar.

MQA101

16

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

BAHAGIAN B RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Objektif Bahasa Melayu 5 Satria 25 orang Kebudayaan Perayaan Di Malaysia 26 Februari 2013 Pada akhir pelajaran murid dapat: a) Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. b) Membaca dan menyatakan isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. c) Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing Hasil Pembelajaran dengan menggunakan ayat mejmuk yang betul. 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal MQA101 17

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan. Kemahiran Bertutur,Menulis,Mendengar Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan Kasih sayang,Kerjasama,Menghargai,Kesenian Kemahiran Berfikir Menjana Idea dan Membuat perbezaan Kemahiran Belajar Menerima maklumat,memproses,melaporkan Kecerdasan Pelbagai Pengetahuan Sedia Ada Bahan Bantu Belajar Intrapersonal dan Interpersonal,Naturalis Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdiaolog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. Slaid Power Point,Pautan internet You Tube,Video,Lagu Selamat Hari Raya

Kemahiran Bahasa Ilmu Nilai Kemahiran Bernilai Tambah

MQA101

18

Langkah Set Induksi (5 min)

Isi Kandungan Nyanyian Lagu Selamat Hari Raya dendangan Allahyarhamah Saloma dipaparkan menerusi video pautan You Tube http://www.youtube.co m/watch

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru Murid 1. Guru masuk ke 1. Murid memerhati Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof kelas sambil dan mendengar mengucapkan salam kepada murid. 2. Guru membuka video nyanyian Saloma lagu selamat Hari Raya. 3. Guru bersoaljawab bersama murid dan mengaitkan tentang pelajaran pada hari ini. dengan teliti video yang dipasang oleh guru. 2. Murid bersoaljawab bersama guru. 3. Murid mendengar dengan teliti tentang pelajaran pada hari ini. 4. Murid menyanyi bersama-sama lagu tersebut. 1. Murid respon dan memberi perhatian terhadap dengan slaid yang dipaparkan oleh guru. 2. Murid mendengar penjelasan guru. 3. Murid di dalam kumpulan mengelik pautan slaid yang dihantar oleh guru. 4. Murid berbincang 19 bersama rakan di dalam kumpulan

Catatan Bahan: Video Pautan You Tube KP: Meng hubungkait dan membuat inferens Nilai: Bekerjasama

Langkah 1 (10 min)

Tayangan Slaid Power Point Jenis-jenis perayaan di Malaysia Slaid 1 (Kumpulan 1) Hari Raya AidilFitri

1. Guru memaparkankan Slaid Power Point jenis-jenis perayaan di Malaysia. 2. Guru meminta setiap kumpulan mengelik pautan Slaid yang telah disediakan untuk kumpulan tersebut. 3. Guru minta murid berbincang di dalam kumpulan tentang slaid tersebut dan bercerita tentang jenis perayaan

Bahan: Slaid Power Point KP: Menjana idea Nilai: Kerjasama Kolaborasi

Slaid 2 (Kumpulan 2) Hari Raya Aidil Adha

MQA101

Slaid 3 (Kumpulan 3) Tahun Baru Cina

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

RUJUKAN

Abu Bakar Abdul Majid & Siti Fatimah Abdul Rahman (1999). Multimedia Dan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Abdul Ghafar Md Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1988). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid (1995). Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abd. Rahman Daud (1999). Teknologi Pendidikan. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. Abd. Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Abdul Rahim Mohd Saad (1996). Merancang Pengajaran Yang Efektif. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Adnan Isa (1999). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi Guru-Guru Tahap Dua Sekolah Rendah Harian di Daerah Hulu Terengganu. Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan Tanjung Malim: UPSI. MQA101 20

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof Ahmad Mohd Salleh (2004). Falsafah, sejarah & Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd. Amir Hamzah Suleiman (1981). Media Audio Visual Untuk Pengajaran, Penerangan dan Pengukuhan. Jakarta: Penerbit PT Gramedia. Asmah Hj. Omar et. El (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Atan Long (1997). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan.. Fred Percival,Henry Ellington (Terjemahan Noran Fauziah Yaakub (1994).Buku Panduan Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2012), Frogasia Training, Trainers Guide v 2.0 Giam Kah H(1999). Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan TIGAENF. Heinich,R., Molenda, M. Dan Russell, JD(1993), Instructional Media and the New Technologies of Instruction, (edisi ke 5), Macmillan, New York Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh (2005). Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah-Aspek-aspek Yang Berkaitan. Tanjung Malim: Quantum Books. Ismail Zain (2002), Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Jamaluddin Harun dan Zaidatu Tasir (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications. Juriah Long (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Bangi:Penerbit UKM Kamaruddin Hj. Hussin (1998). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Abu dan Ee Ah Meng (1995) Guru dan Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. MQA101 21

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

Khairiah Ahmad (1980). Penggunaan Alatan Mengajar Dalam Bahasa Malaysia, Dalam Bengkel, Teknik Pengajaran Bahasa. Universiti Malaya. Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd. Maria Damam (2002). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Jengka 18, Temerloh, Pahang. Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan Tanjung Malim: UPSI. Meyers, C. & Jones, T. (1993). Promoting active learning: Strategies for the collegeclassroom. San Francisco, CA: Jossey-Bass. 5 Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak. (2003). Pendekatan Konsep Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Sorotan Kajian Ke Atas Pendidikan Tulisan Jawi Prasekolah. Jurnal YADIM Mohd Azidan Abd. Jabar (1999). Persepsi Guru Bahasa Arab Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Dewan Bahasa 43: 10 Oktober. Hlmn: 912-928 Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Yusup Hashim. Fajar Bakti. 1998. Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbitan

MQA101

22

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

MQA101

23

Você também pode gostar