Você está na página 1de 30

Hj,gv bbbbbbbbbbbbbbbvvgv,,gv,gg,.,g.

,,ggv, PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KPF 3012 : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH
PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA JAMILAH BINTI MD.SOM NO. MATRIK D20112052702

PUSAT PEMBELAJARAN : EL-MO1 (A121PJJ) NAMA TUTOR E LEARNING : TARIKH SERAH : ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF 17 OKTOBER 2012

TAJUK : PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PELAJARAN OPSYEN. PEMBELAJARAN BAGI MATA

1.0 PENDAHULUAN 1.1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang potesi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbagan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan panduan dan pedoman bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia.Dengan adanya FPK ini maka sistem pendidikan negara berada jauh ke hadapan dan mengungkapkan dengan jelas dan terperinci akan prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan negara masa kini dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang tertinggi.FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.Kedua dua tujuan adalah selaras dan bersepadu iaitu untuk melahirkan modal insan yang berilmu,berakhlak mulia, bertanggungjawab sekaligus menjadi seorang warganegara yang baik.Pendidikan merupakan proses awal atau asas utuk pembangunan/pembinaan insan yang cemerlang,seimbang yang secara langsung merupakan saluran utama untuk menjayakan hasrat dan cita cita negara.

Dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi.Sistem pendidikan di negara kita menuntut perubahan yang besar dalam kurikulum.Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif bagi menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum.

Matlamat atau hasrat utama kerajaan dalam sistem pendidikan di negara ini adalah utuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek,rohani,emosi mahupun jasmani.( Roselan Baki,2003)Bagi mencapai matlamat ini, sudah tentulah tanggungjawab yang digalas oleh golongan pendidik sangat diperlukan bagi melahirkan modal insan yang unggul.Sejajar dengan hasrat ini juga, penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui penggubalan kurikulum terpaksa di lakukan.

Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencsapai matlamat yang dihajati.

Menurut Mohd Daud ( 1995) pula, kurikulum

merupakan satu budaya atau ilmu

pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpula murid tertentu.

Kamus Dewan edisi keempat pula mendefinisikan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah.

Akta Pendidikan 1996 pula menyatakan kurikulum merupakan satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi

semua pengetahuan,kemahiran,norma,nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani,mental dan emosi serta untuk menyampaiakan pengetahuan.Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid murid sentiasa bergerak seiring dengan trend ilmu pengetahuan manusia.

Pembangunan

kurikulum

merupakan

satu

proses

yang

dinamik

dan

berterusan.Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahu 1983 dengan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah .Pada tahun 1993, selepas 10 tahun pelaksanannya,Kurikulum Pengajaran dan Bersepadu Sains Sekolah dan Rendah dalam /KBSR Bahasa pula Inggeris diperkenalkan.KBSR ini telah disemak semula pada tahu 2003 pembelajaran Matematik kerana dasar

( PPSMI).Kurikulum ini sekali lagi di gubal menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR).

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6/2008 yang telah dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008.Satu usaha penambahbaikan dalam sisitem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilakukan supaya kurikulum persekolahan ini dapat memenuhi keperluan dan cabaran semasa, selaras dengan arus dunia tanpa sempadan.Justeru,Kemeterian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum di peringkat akar umbi iaitu di sekolah rendah.

Trasformasi kurikulum sekolah rendah merupakan satu bentuk penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum pesekolahan rendah yang sedia ada.Tujuan

transformasi

adalah

untuk

memastikan

setiap

murid

dibekalkan

dengan

pengetahuan,kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi gelombang cabaran pendidikan yang lebih kompetetif pada abad ke 21.Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca,menulis diberikan perhatian. dan mengira ( 3M).Kemahiran penaakulan,kreativiti dan inovasi,Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK) serta elemen keusahawanan

Proses transformasi kurikulum persekolahan rendah ini memberi tanggungjawab yang besar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding bak kata pepatah,

berdiri sama

tinggi,duduk

sama

rendah

dengan

pendidikan

global

yang

didominasi oleh negara negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.Selain itu, KPM juga berinisiatif mengambil input input yang berkualiti daripada pelbagai pihak yang berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),pihak industri,ahli ahli akademik dan pihak ibu bapa sendiri.Berdasarkan input input yang diterima, maka pihak KPM telah merangka satu konsep kurikulum sekolah rendah.

Konsep kurikulum persekolah rendah telah mendapat mandat daripada Mesyuarat Jawataankuasa prinsip Falsafah Kurikulum Pusat Bil 3/2009 pada 2 Oktober 2009.KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) berasaskan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR) dan berpaksikan kepada Pendidikan kurikulum Kebangsaan.Kurikulum Pendidikan yang dibangunkan ini juga turut Khas.Bagi memastikan kurikulum tersebut

melibatkan

mantap,pelaksanaann rintis telah dilakukan di beberapa sekolah rendah terpilih dii seluruh negara.

KSSR

berhasrat untuk melahirkan insan yag seimbang,berfikiran kreatif , kritis

dan inovatif melalui tunjang tunjang komunikasi,sains dan teknologi,perkembangan fizikal dan estetika,ketrampilan diri,kemanusiaan dan kerohanian,sikap dan nilai.

Kurikulum

Standard

Sekolah

Rendah

ini

berteraskan

Falsafah

Pendidikan

Kebagsaaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Ia juga mengambil kira cabaran abad ke 21,Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.

KSSR juga menggunapakai empat tonggak pendidikan UNESCO iaitu belajar untuk mengetahui,belajar untuk bertindak,belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.Murid KSSR akan mempunyai asas asas berikut:

a. Ilmu yang seimbang dari segi intelek,rohani, emosi, jasmani dan sosial. b. Warganegara yang bertanggungjawab c. Warganegara yang berperanan di pentas global d. Pekerja yang berilmu.

2.0 KSSR - BAHASA MALAYSIA TAHUN DUA

Kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses perubahan dengan adanya semakan dan peambahbaikan dalam penggubalannya sehingga terhasilnya Standard Kurikulum Bahasa Malaysia.Standard dan Standard merangkumi yang diketengahkan ini mengandungi kurikulum ini merupakan Standard Kandungan pernyataan yang Pembelajaran.Standard

pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan

dikuasai oleh murid sekolah rendah.

Penggubalan Standard

Kurikulum Bahasa Malaysia ini berpaksikan

Rukun

Negara,Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Standard ini memartabatkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, sekaligus bahasa kebangsaaan,bahasa rasmi,bahasa ilmu dan bahasa penghantar rasmi di sekolah sekolah di seluruh negara.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia juga

menitikberatkan penggabungjalinan

kemahiran Bahasa,penyerapan ilmu dan nilai murni.Standard ini juga dijadikan pemangkin untuk memahami akal budi, sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkan semangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum dalam satu wawasan demi meningkatkan darjat bahasa Melayu itu sendiri.

Pada dasarnya pembinaan kerangka standard ini berdasarkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara santai unuk mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan.Standard ini juga membolehkan murid memperkembangkan keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa, berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu secara berkesan, bertatasusila dalam semua urusan baik formal,in formal ataupun tidak formal.

Standard ini juga mengambil kira pendekatan

pengajaran bahasa Melayu sebagai

bahasa pertama.Penekanan juga diberikan terhadap minat dan kecerdasan murid yang berbeza dengan melakukan kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran.Aktiviti kokurikulum turut dijadikan landasan untuk membina keyakinan diri,memanipulasi bakat dan kepimpinan serta ketokohan murid dalam pelbagai bidang.Aktiviti kokurikulum

juga diharap dapat memantapkan penguasaan bahasa murid sekaligus menyokong pelaksanaan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia.

2.1 TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu : a.Komunikasi b.Kerohanian. Sikap dan Nilai d. Kemanusiaan e.Literasi Sains dan Teknologi f.Fizikal dan Estetika g.Keterampilan Diri

Enam tunjang ini merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran krirtis,kreatif dan inovatif.

2.2 MATLAMAT Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperoleh pengetahuan,ilmu,kemahiran,maklumat,nilai dan idea serta hubugan sosial dalam kehidupan seharian.

2.3 OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk : a.mendengar ,memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari b.bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta meggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila c.membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan d.menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan

pengetahuan dan hiburan e.menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul f.memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul g.menghargai dan menghayati nilai nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi h.menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan i.menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu j.memberi makna dan menggunaka peribahassa dalam konteks yang betul dan sesuai k.menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan

Strategi pengajaran dan pembelajara bahasa Melayu di peringkata sekolah rendah menekankan penggabungjalinan,penyerapan,penilaian,pengayaan dan pemulihan.Ini selaras dengan usaha pihak kementerian untuk memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan..Namun menggunakan pelbagai murid.Keberkesanan demikian,guru guru mengajar dan yang pembelajaran adalah sesuai adalah digalakkan dengan bergantung untuk kepada kaedah pengajaran kebolehan

pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid murid berkomunikasi,berinteraksi dan berfikir.

2.4 FOKUS

Pada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah , murid dapat memperkaya kosa kata,mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat,idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran,hubungan sosial dan kehidupan harian.

2.5 STANDARD KURIKULUM Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan peekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid.Standard Kadungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan.Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan,kemahiran sertqa nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Ia merangkumi pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai murni.

Standard Pembelajaran Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan. kualiti pembelajara dan

Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa baku. bahasa meliputi kemahiran mendengar,kemahiran bertutur,kemahiran

membaca dan kemahiran menulis.Kemahiran bahasa

merupakan teras penguasaan

a.Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti,memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi memberikan respons. pengucapan serta dapat

b.Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul untuk menjalin sopan dan

hubungan dan menyampaikan maklumat,pendapat,perasaan serta idea yang kreatif secara bertatasusila.Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul.

c.Kemahiran Membaca Kemahiran aspek membaca dan merujuk penaakulan keupayaan pelbagai murid bahan membaca secara kritis dengan dengan

sebutan,intonasi,jeda dan kelancaran yang betul.Penekanan perlu diberikan pada pemahaman menggunakan pelbagai teknik membaca.Di samping itu,murid juga menghayati teks yang dibaca. berkeupayaan

d.Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.Penekaan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif.Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa,puisi dan grafik.

3.0 MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA TEMA TAJUK TAHUN : 2 SIHAT DAN CERDAS : CUCI TANGAN DULU : 2

3.1 STANDARD KANDUNGAN : 2.3, 1.4

dan 3.2

a. Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. b. Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. c. Bertutur,berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

3.2 STANDARD PEMBELAJARAN

1.4.2 Bertutur,berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar,sebutan yang jelas,intonasi yang betul dan berjeda ( Kemahiran Membaca )

3.2.4 Menulis pelbagai perkataa dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata ,diftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. ( Kemahiran Menulis )

Aktiviti Murid : a.Murid membaca ayat penyata yang terdapat dalam teks b.Murid menulis perkataan yang mengandungi dua suku kata atau lebih dan frasa yang mengandungi perkataan dua suku kata atau lebih dalam buku tulis dengan betul. c.Murid menaakul gambar dan berbual secara bertatasusila

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia ,unsur ilmu,nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan.Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata pelajaran lain.

Penyerapan daripada mata pelajaran Pendidikan

Kesihatan

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal,mental,emosi ,sosial dan rohani.Pengajaran dan pembelajara Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.

a.Murid membuat simulasi tentang cara cara membersihkan tangan dengan betul.

b.Murid berbual tentang waktu yang perlu untuk mencuci tangan dan keperluan mencuci tangan.

Kemahiran spesifik yang hendak dicapai ialah : a.kemahiran membaca ( 2.3 ) b.kemahiran menulis ( 3.2 ) c.kemahiran mendengar dan bertutur ( 1.4 )

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui proses ini,beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran yang terdapat dalam standard kandungan atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Penggabungjalinan yang dilakukan ialah penggabungjalinan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,kemahiran menuliis dan kemahiran membaca.Dalam satu satu pengajaran dan pembelajaran,

penggabungjalinan kemahiran amat perlu supaya objektif dapat dicapai dan guru dapat merancang aktiviti yang sesuai dengan kehendak objektif dan tajuk/tema pelajaran pada hari itu.Ketiga tiga kemahiran dalam Bahasa Malaysia ini digabungjalinkan supaya murid dapat mengikuti P & P dengan lebih kemas dan lancar.

Selain penggabungjalinan kemahiran, terdapat juga penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain iaitu daripada mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.Dalam mata

pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Dua terdapat tema iaitu Kesihatan Fizikal yang mengungkapkan Kesihatan Diri dan Reproduktif iaitu :

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat. 1.1.1 menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat 1.1.2 mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.

4.0 NILAI NILAI MURNI UNGGUL

a.menjaga kebersihan Guru menjelaskan bahawa amalan menjaga kebersihan amat penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan diri.Amalan kebersihan khususnya menjaga kebersihan tangan sangat mustahak kerana tangan digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti makan,menulis,membaca dan berkebun.Pada asasnya tangan merupakan anggota badan yang perlu diberikan penjagaan yang rapi kerana ada banyak kuman yang melekat pada tangan seperti Salmonella,Bacillus Cereus dan Campylobacter. Kuman kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini boleh menyebabkan penyakit cirit birit, influenza dan demam.

b.Baik hati Guru mengambil nilai ini daripada teks yang dibaca oleh murid. di mana si kakak iaitu Nani begitu prihatin akan kebersihan tangan adiknya lalu membawa si adik membasuh taagan.Nani juga mengajar adiknya cara cara membasuh tangan dengan betul dengan mengikuti 7 Langkah yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia melalui risalah yang dikeluarkan.Nilai baik hati akan sesama anggota keluarga dapat memupuk semangat kasih sayang antara adik beradik.Kasih sayang yang dipupuk sejak kecil ini bagai melentur buluh dari rebungnya kerana institusi keluarga merupakan komuniti terkecil dan terpenting dalam pembangunan sesebuah negara.

5.0 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.Elemen elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

.Elemen merentas kurikulum yang sedia ada ialah : a. Bahasa b. Sains dan Teknologi c. Pendidikan Alam Sekiatar d. Nilai Murni dan Patriotisme

Elemen Merentas Kurikulum yang baharu ialah : a.Kreativiti dan Inovasi b.Keusahawaan c.Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bagi melahirkan murid atau modal insan yang seimbang dan mempunyai fikiran kritis,kreatif dan inovatif,hubungan sedia ada dan yang baharu perlu diterapkan secara efektif oleh guru dalam P & P selaras dengan hasrat FPK.

Konnsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu,kemahiran dan nilai.Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani,emosi ,rohani,intelek dan sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu,kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif,kritis dan inovatif. Tujang tujang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu,kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid.Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.Tujang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti medengar dan bertutur,membaca dan menulis serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam tunjang - tunjang yang lain.Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disipli ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Mal,aysia,Bahasa Inggeris,Bahasa Cina,Bahasa Tamil,Bahasa Arab,Bahasa Cina Sekolah Kebagsaan,Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,Bahasa Iban,Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

memberi penekanan kepada perkembangan

jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi,kreativiti,bakat dan apreasiasi.Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti,bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

6.0 PETA MINDA

Penggabungjalinan Kemahiran Memdengar dan bertutur ,membaca, menulis dan menaakul. b.mata pelajaran. Pendidikan Kesihatan.

Nilai

Pemikiran Kritis & Kreatif

a.Menjaga kebersihan b.Baik hati

CUCI TANGA Inovatif N DAHUL

Kemahiran a.1.6.1-kemahiran mendengar dan bertutur a.2.3.1-kemahiran membaca b.3.2.4-kemahiran menulis Penyerapan a.Pendidikan kesihatan 1.1.1 dan 1.1.2

7.0 PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengambil kira akan

fitrah manusia yang

berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah manusia itu sendiri terpelihara.Insan yang berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia sekali gus menjadi seorang ahli keluarga,masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu,nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.Nilai ilmu itu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu perkara,malah ilmu juga mempengaruhi,mengubah dan membentuk jati diri individu.Fungsi ilmu juga boleh mengubah manusia dan masyarakat juga negara sama ada ke tahap yang lebih tinggi atau sebaliknya.

FPK telah memberi implikasi yang besar terhadap sistem pendidikan negara kita.Kurikulum baru seperti KSSR telah menyaksikan perubahan dalam sukatan subjek pelajaran yang lebih berteraskan kepada program kesepaduan supaya dapat melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang.Kurikulum baru ini juga banyak menekankan bahan bahan pengajaran yang menitikberatkan nilai nilai murni yang diserap dalam semua subjek bagi mencapai maksud yang tersebut di atas tadi.

FPK juga berhasrat menghasilkan rakyat yang progresif,mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugasnya secara produktif dan efisien.Rakyat yag mahir dan progresif mampu membantu menaikkan taraf ekonomi negara.Sejajar dengan itu, FPK juga bermatlamat mengurangkan jurang perbezaan ekonomi sosial dan peluang pekerjaan antara kaum di negara ini.

Pada zaman awal kemerdekaan dahulu terdapat perbezaan yang ketara dalam bidang ekonomi di mana kaum Cina mendominasi sektor ekonomi negara rakyat ini.Pendidikan Malaysia yang melalui sekolah berperanan penting untuk merapatkan kembali

jurang ini dengan menerapkan nilai murni kepada murid murid.Konsep

berilmu pengetahuan ,berakhlak mulia , bertanggungjawab dan negara.Falsafah ini dengan jelas

berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan mengungkapkan bahawa warganegara yang berilmu pengetahuan dapat memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan masyarakat dan negara.

FPK juga

bermatlamat melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan

prinsip prinsip RUKUN NEGARA dan sentiasa bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujudkan perpaduan berbilang kaum.Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam negara Malaysia.Rakyat inilah yang dapat membetuk negara Malaysia yang aman,makmur serta selamat.Rukun Negara mempunyai lima prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan negara iaitu

a.Kepercayaan Kepada Tuhan b. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara c.Keluhuran Perlembagaan

d.Kedaulatan Undang undang e.Kesopanan dan Kesusilaan

Untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis melalui aspek JERI,murid murid dibentuk awal menjadi pemimpin untuk masa hadapan.Murid murid dilatih memimpin satu satu organisasi dan memberi peluang kepada mereka menentukan arah tuju organisasi mereka sendiri di bawah seliaan guru.Latihan formal dan latihan tidak formal dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar.

Sifat

kepimpinan

yang

dipupuk

dalam

kalangan

murid

dapat

melahirkan

warganegara yang bertanggungjawab.Mereka mestilah dilatih untuk sedar bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik,jujur,telus dan cekap. Mereka ini juga diharapkan akan berusaha untuk meningkatkan kualiti diri bagi membangunkan diri masyarakat,agama,bangsa dan negara pada masa hadapan.

Aspek penggunaan bahasa yang betul dan baik perlu di ajar agar murid menguasai segala ilmu dalam bidang bahasa baik Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris dan bahasa - bahasa yang lain.Penggunaan bahasa yang baik dan betul ini hendaklah diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mau punn di luar bilik darjah dan dalam kehidupan seharian ( luar sekolah ).

Budaya intelek perlu dikembangkan di sekolah dengan penerapan nilai bacaan iaitu yang lain.Selain menyemai dan amalan suka membaca akan dan

suka

membaca/budaya membaca,membaca surat khabar dan majalah serta bahan bahan menghargai untuk masa,,amalan ini juga dapat memperkasakan diri murid dengan kemahiran bahasa membaca,menulis,mengira menaakul.Murid berusaha memperoleh ilmu dan sanggup pula berkongsi ilmu itu dengan orang lain demi

peluasan ilmu yang tanpa sempadan.Lama kelamaan ,murid - murid ini akan dapat mencapai kecemerlangan diri, mampu berfikir secara kreatif dan kritis dan inovatif.

FPK juga menegaskan kesepaduan insan dalam bidang jasmani,emosi,rohani dan intelek.Selaras dengan kehendak itu,aktiviti kokurikulum diberikan penekanan agar modal insan yang dihasilkan nanti mampu bergerak seimbang.Penglibatan murid dalam bidang kokurikulum dapat memupuk perkembangan diri murid melalui aspek psikomotor,kognitif dan afektif.Aktiviti ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam disiplin disiplin yang dipilih.Penglibatan murid dalam bidang ini dapat menyuburkan minat ,potensi dan kreativiti murid.Kita tidak mahu melahirkan murid yang hanya berjaya dari segi intelek tetapi gagal dalam aspek aspek penting yang lain.Melahirkan insan yang seimbang itu mestilah selaras dengan kehendak FPK. Daripada sudut afektifnya, bidang kokurikulum dapat menyemai semangat kekitaan,toleransi,hormat menghormati apabila mereka bercampur dan bergaul dengan kaum dan agama yang berlainan.Ketahanan fizikal dan mental juga dapat dipupuk semasa aktiviti kokurikulum.

Dengan memahatkan semangat jati diri yang kental,semangat juang yang tinggi akan melahirkan warganegara yang kuat semangat,ampuh dan berjaya mengharung liku liku kehidupan dan cabaran pada masa akan datang.Kita tidak mahu melihat murid murid mempunyai sikap putus asa,takut dan hanya semata mata tanpa ada berbuat apa apa. berserah kepada takdir

Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada transformasi kurikulum sehingga wujudnya Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Pengubahsuaian kurikulum ini dilaksanakan secara berpusat oleh KPM.

Komunikasi merupakan satu medium pengantara yang penting yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah.Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah.

Guru

perlulah

lebih

memahami

kepelbagaian

cara

berinteraksi

dan

dapat

mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid murid di dalam kelas akan menjadi lebih seronok dan berkesan jika guru komunikasi

mengikut tahap menjalankan

kefahaman,potensi dan pengalaman sedia ada mereka.Pengajaran dan pembelajaran dua hala.Guru menggunakan kaedah komunikasi terbuka supaya dapat

mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran.Komuikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan .

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran , guru boleh berkomunikasi dengan murid dengan cara yang lebih santai dan informal,berbual mengenai kehidupan seharian,bersoal jawab dengan muid mengenai pengalaman mereka yang menjurus kepada tajuk/tema yang akan diajar pada hari itu. Komunikasi terbuka ini juga dapat mencungkil idea,kreativiti dan iovasi murid murid, secara tidak langsung telah mencapai hasrat yaang termaktub dalam FPK.

Aspek kerohanian,sikap dan nilai melibatkan perasaan dalaman atau aluri seseorang murid itu sendiri melalui penghayatan dalam melaksanakan amalan amalan agama,kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai nilai murni dalam diri setiap individu.Murid akan lebih sedar akan kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri nikmat yang TUHAN berikan, iaitu

anggota badan.Nikmat yang diberikan itu hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin dan amalan menjaga kebersihan itu terdapat dalam semua agama.Justeru,nilai suka akan kebersihan mestilah dipupuk dan guru boleh membuat simulasi di hadapan kelas cara cara membasuh tangna dengan betul dan selepas itu murid pula melakukannya.Guru perlu menegaskan bahawa kebersihan tangan boleh menghindarkan diri daripada pelbagai jenis penyakit.

Dalam aspek keterampilan diri, guru boleh menonjolkan watak Nani, seorang kakak yang bertanggungjawab,laksana seorang pemimpin yang melakukan perkara baik kepada adiknya.Pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin.Pemimpin akan mempamerkan tingkah laku yang baik dan akan menjadi ikutan kepada yang lain.Watak Nani dalam petikan mencerminkan dirinya umpama seorang pemimpin yang mengajarkan yang baik kepada adiknya cara - cara membasuh tangan dengan betul.Sikap inilah yag perlu diterapkan dalam diri setiap murid, iaitu setiap mereka adalah pemimpin pada masa kini dan pada masa akan datang.

Dalam aspek fizikal dan estetika,murid ditekankan akan peri pentingnya kesihatan jasmani atau fizikal.Kesihatan fizikal amat ditititberatkan kerana badan yang cergas akan melahirkan otak yang cerdas.Kecergasan tubuh badan amat penting kerana ia dapat menyerap u nsur unsur positif dalam diri murid itu.Murid yang cergas,sihat akan lebih aktif,matang dan dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.Apabila badan sihat dan cergas, otak mereka akan mampu diasah menjadi lebih kreatif dan kritis berbanding sekiranya murid itu berada dalam keadaan lemah,malas dan tidak bermaya.Aspek kebersihan fizikal diterapkan oleh guru dalam petikan dengan mengambil kira cara membasuh tangan dengan betul dan menyatakan kesan yang akan timbul kebersihan tangan itu sendiri. sekiranya murid - murid mengabaikan

Penerapan eleman kreativiti dan inovasi

dalam pengajaran dan pembelajaran di lain daripada

mana guru boleh melakukan anjakan paradigma iaitu pengajaran yang

kebiasaan.Sekiraya ada elemen ini, murid akan lebih seronok dan terdorong untuk melakukan inovasi dalam ini kehidupannya.Guru amat penting merupakan untuk role model murid kepada yang muridnya,maka elemen melahirkan

inovatif,kreatif dan kritis.Apabila seseorang guru itu melakukan inovasi, secara tidak langsung produktivitinya akan bertambah.Murid-murid terdedah dengan maklumat tanpa sempadan. pada alaf baru ini sangat

Dengan

menggunakan pelbagai

enjin carian maklumat

GOOGLE,murid yang

mampu guru

melayari masih

internet,mencari

dikehendakki.Jika

menggunakan cara tradisional dalam pengajarannya di dalam bilik darjah, maka murid akan jemu menggunakan dan hilang minat dan tumpuan untuk belajar.Guru boleh internet untuk meminta murid mencari nama kemudahan

kuman/bakteria yang sentiasa melekat pada tangan.Guru juga boleh meminta kumpulan yang lain pula mencari kesan - kesan ( penyakit) jika kita mengabaikan cara membasuh tangan dengan betul.Walaupun baru dalam Tahun Dua,pada pendapat saya murid murid sekarang sudah arif dalam mengakses maklumat melalui internet dan mereka akan lebih terangsang sekiranya diberi peluang menunjukkan menggunakan kehebatan murid yang mereka mahir di hadapan murid yang lain.Guru harus menggunakan komputer bagi meningkatkan

keyakinan diri .Bagi murid yang kurang mahir,guru boleh meletakkan mereka dalam kelompok murid yang mahir supaya murid ini dapat belajar sesuatu dan membina keyakinan diri mereka sendiri.

8.0 KESIMPULAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) mendukung cita cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan pada abad ke 21 kelak.

Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar,pelaksana,pengurus kurikulum,ibu bapa serta pihak berkepentingan.Hal ini kerana,kurikulum baru ini tidak aka berjaya jika semua pihak itu tidak bekerjasama

.Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan datang. pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan dan nilai untuk menghadapi gelombang cabaran semasa dan akan

Diharapkan agar bidang pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan modal insan dalam kalangan masyarakat yang berakhlak mulia,bertanggungjawab,beriman dan

mempunyai jati diri yang unggul.Peribahasa Melayu, melentur buluh biar dari rebungnya amat bersesuaian dengan aliran pendidikan pada masa kini.Penekanan terhadap perkembangan individu secara seimbang dan harmonis amat penting bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

BIBLIOGRAFI

1.

KSSR: Kurikulum Rendah,KULANZSSALLEH,09/01/2011,15/10/2012

Standard

Sekolah

2. Perkembangan pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar, University Tun , Hussein Onn Malaysia , http://www.slideshare.net/mdnorihk,3 Ogos 2012,15/10/2012

3. KSSR,Ogos 2012,http://skterusanbaru.blogspot.com/2012/08/kssr.html/15/10/2012

4. Aspek dan Kelebihan KSSR,AZIZI, 11.12.2012, http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2011/12/aspek-dan-kelebihan-kssr.html/AZIZI / 15/10/2012

5. Penerapan Falsafah Pendidikan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran, http://ml.scribd.com/doc/13969039/Penerapan-Falsafah-Pendidikan-Dalam-Proses-PP, Rosiadi Bin Tajudin/ 15/10/2012 6. Terjemahan Falsafah Pendidikan Negara, http://www.scribd.com/doc/48572394/FALSAFAH-PENDIDIKAN-KEBANGSAANmerupakan-suatu-usaha-berterusan-yang-dipraktikkan-di-setiap-sekolah-diMalaysia/15/10/2012

7. KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN,Ahmad Kamal, http://ppgbm0211.blogspot.com/Oktober 2011,15/10/2012

8. Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2 Sekolah Kebangsaan,Siti Hajar Abdul Aziz dan Maria Mat Isa,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,2011,15/10/2012. 9. KSSR Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Dua,Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia,2011,15/10/2012. 10. KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun Dua,Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia,2011, 15/10/2012.

Você também pode gostar