Você está na página 1de 10

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

TAJUK TUGASAN: KERTAS KERJA (E-PORTFOLIO) PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF T1A3 (RJ)

NAMA NO. MATRIKULASI

: :

JERRY ANAK BARAT 761223135495001 761223-13-5495 019-8633197 jerrybarat@yahoo.com

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON E-MEL : :

PUSAT PEMBELAJARAN :

PUSAT PEMBELAJARAN SANDAKAN

PRAKATA

Saya sesungguhnya amat bersyukur kerana dalam saat-saat yang mencabar ini saya telah dapat menyempurnakan tugasan individu HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Semester Januari 2013.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan seperjuangan serta rakan EOS yang dedikasi dan tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, mendorong dan memberi sokongan penuh pada saya khususnya dalam menyiapkan laporan kajian bagi Tugasan 1 Aktiviti 2 [T1A3 (RJ)] ini.

Melalui kesedaran dan minat yang mendalam dalam menjalani kehidupan sebagai Pelajar OUM, maka saya telah berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan kajian ini sesuai dengan kehendak soalan tugasan. Saya juga mengaku bahawa semua yang terkandung dalam laporan kajian ini, adalah hasil kerja saya sendiri kecuali teks dan ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya dalam ruangan rujukan.

Sekian, terima kasih.

JERRY ANAK BARAT

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT Prakata ISI KANDUNGAN JURNAL REFLEKSI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 Pengenalan Permasalahan Reflektif (Berfikir) Menganalisis Tindakan Susulan Kesimpulan 1 2 3 4 5 6 7 i ii

Biblografi

ii

JURNAL REFLEKSI

PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0

PENGENALAN

Pendidikan Inklusif ini adalah termaktub dalam SKU KP. Rujukan: Bil.6 SKU Kementerian (m.s. 22) : Sasaran Tahun 2000; 6.1 Mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa. Golongan sasar pendidikan Inklusif ini dibincangkan juga oleh Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Commitee on Learning Disabilities, 1988) sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata pada diri individu itu sendiri. Ekoran dari itu, bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan dalam membaik pulih kumpulan murid yang bermasalah ini, pengkaji telah melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Kebangsaan Menanam, Tongod (Telupid) yang melibatkan tiga orang murid yang tergolong dalam kumpulan murid berkeperluan khas. Kajian ini dibuat untuk melihat sejauh mana keberkesanan program Pendidikan Inklusif dengan menggunakan teknik Rawatan Klinikal kepada ketiga-tiga murid tersebut. Berdasarkan kepada hasil pelaksanaaan program ini didapati program ini telah membuahkan hasil yang positif. Lanjutan dari keberhasilan Pelaksanaan Program ini walaupun cuma dalam tempoh 8 minggu telah dapat menyakinkan Pentadbir Sekolah iaitu Encik George Odol, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Menanam, Tongod (Telupid) untuk meneruskan program Pendidikan Inklusif khususnya terhadap ketiga-tiga murid yang berkeperluan khas yang bersekolah di sekolah ini dan beliau juga mencadangkan agar program ini diperluaskan kepada murid pemulihan dan murid LINUS dengan mengaplikasikan aktiviti yang diguna pakai oleh pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa dalam Aktiviti 2 (T1A2) khususnya pelaksanaan program Rawatan Klinikal yang terkandung dalam Program Pendidikan Inklusif.

2.0

PERMASALAHAN

Mengendalikan dan meneruskan Program Pendidikan Inklusif seperti yang disarankan oleh Pentadbir Sekolah bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi untuk memperluaskan dan mengendalikan program ini pada murid pemulihan dan murid Linus kerana ia melibatkan guruguru dan pembubaran jadual waktu yang sedia ada. Persoalannya ialah Dapatkah guru-guru lain menerima perlaksanaan program inklusif secara terus menerus di sekolah ini sedangkan program ini baru dilaksanakan kepada dua orang murid yang berkeperluan khas menumpang di sekolah ini?

Melalui permuafakatan di dalam mesyuarat kurikulum yang dipengerusi sendiri oleh Guru Besar tela memutuskan bahawa program Pendidikan Inklusif ini akan diteruskan khusus kepada ketiga-tiga murid berkeperluan khas dan guru-guru yang mengajar Kelas Pemulihan dan LINUS. Guru-guru ini disarankan oleh Pentadbir Sekolah untuk mengaplikasikan kemahiran yang diguna pakai khususnya program Rawatan Klinikal iaitu dengan menambah baik aktiviti tersebut dalam bentuk suku kata dan perkataan bagi Literasi dan dalam Numerasi pula akan ditambah baik dengan aktiviti menambah dan menolak nombor.

Persoalan yang seterusnya, adakah perluasan Program Pendidikan Inklusif ini akan berjaya? Berdasarkan kepada pelaksanaan kajian, walaupun dalam jangkamasa 8 minggu sahaja namun perubahan tingkah laku dan kebolehan murid ini adalah positif dan melalui ujian yang dibuat dapat diperhatikan bahawa murid menunjukkan peningkatan pencapaian. Namun peningkatan ini tidak konsisten kerana faktor lupaan murid. Oleh itu aktiviti latih tubi haruslah dibuat dari semasa ke semasa. Kesediaan sekolah untuk melaksanakan Program Pendidikan Inklusif ini untuk jangka masa agak panjang iaitu dari bulan Mei hingga bulan November tahun ini diyakini akan dapat menghasilkan peningkatan yang lebih baik berbanding dengan tempoh 8 minggu sahaja. Untuk mencapai kejayaan Program Pendidikan Inklusif kesungguhan, usaha, kerajinan dan ketekunan sama ada dari murid ataupun dari guru adalah aset yang amat penting.

2 3.0 REFLEKTIF (BERFIKIR)

Jika diimbas semula masalah yang timbul yang melibatkan persoalan Dapatkah guru-guru lain menerima Perlaksanaan Program Inklusif secara terus menerus di sekolah ini sedangkan program ini hanya dilaksanakan kepada dua orang murid yang berkeperluan khas menumpang di sekolah ini?

Bagi persoalan ini, saya merasakan bahawa apa saja masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan melalui mesyuarat. Segala keputusan mesyuarat haruslah diterima oleh semua ahli mesyuarat iaitu guru-guru yang melaksanakan Program tersebut. Pemberian surat perlantikan kepada guru-guru yang terlibat harus dibuat oleh Pentadbir Sekolah untuk meyakinkan guru-guru menjalankan tugas seperti yang terkandung di dalam surat perlantikan tersebut.

Persoalan yang seterusnya, adakah perluasan Program Pendidikan Inklusif ini berjaya? Bagi persoalan ini, saya berfikir bahawa perluasan ini kelak akan menghasilkan impak yang lebih baik berbanding dengan tempoh 8 minggu sahaja. Guru Besar mengaitkan kata-kata Robert M. Gagne (1977) dalam proses pembelajaran dikhususkan kepada murid dan juga kepada guru-guru yang mengajar dan terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Inklusif dan guruguru yang disarankan mengaplikasikan Pendidikan Inklusif dalam pengajaran Pemulihan dan LINUS. Mengikut kata-kata Robert M. Gagne (1977) yang digunapakai oleh pentadbir sekolah adalah, yang menyatakan bahawa Proses pembelajaran individu adalah melalui lapan fasa iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa pemerolehan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa perlakuan dan fasa maklum balas. Tindakbalas seumpama inilah yang amat-amat diharapkan Pentadbir Sekolah kepada guru-guru yang terlibat dalam Program Pendidikan Inklusif.

Reaksi yang ditunjukkan oleh guru-guru dalam mesyuarat tersebut menunjukkan mereka bersetuju untuk menyahut cabaran dalam memperluaskan Program Pendidikan Inklusif mengikut keputusan mesyuarat. Berdasarkan kenyataan ini, saya yakin dan percaya bahawa Program Pendidikan Inklusif yang akan dilaksanakan ini mampu untuk meningkatkan penguasaan murid berkeperluan khas, murid Kelas Pemulihan dan murid LINUS di sekolah ini.

4.0

MENGANALISIS

Impak dari Program Pendidikan Inklusif yang dijalankan dalam tempoh masa 8 minggu kajian adalah sangat memberangsangkan dan saya merasakan bahawa program ini berupaya untuk meningkatkan penguasaan murid khususnya dalam masalah penguasaan Literasi dan Numerasi. Selain dari itu, program ini juga memberi impakyang amat besar kepada pihak pengurusan sekolah. Pihak Pengurusan Sekolah amat tertarik kepada program yang dilaksanakan semasa kajian dijalankan. Keberhasilan kajian ini akan digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan dan kepada murid LINUS. Selain dari itu, dalam minggu pemerhatian saya, terdapat beberapa guru yang tidak terlibat dalam menjalankan kajian ini telah turut sama berganding bahu melaksanakan aktiviti yang dijalankan ke atas murid berkeperluan khas di sekolah ini. Situasi ini sesuai dengan pandangan Edward M. Anthony (1963) yang menyatakan bahawa teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Ini menunjukan teknik atau strategi yang dijalankan dengan mengadakan Program Pendidikan Inklusif ke atas murid berkeperluan khas ini adalah suatu teknik yang berjaya dan berkesan. Jika dilihat dari pencapaian keputusan murid berkeperluan khas ini, menujukkan peningkatan prestasi yang baik. Walaupun peningkatan masih di tahap yang minimum namun, ianya dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui aktiviti latih tubi.

Melalui pemerhatian dan tinjauan daripada kesan yang dapat dilihat daripada perubahan tingkah laku murid berkeperluan khas ini, saya dapat mengenalpasti kekuatan tindakan saya dan guru-guru yang lain adalah menerusi usaha yang gigih, sabar dan bijak dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif menerusi slot-slot yang diagihkan mengikut tajuk. Sikap guru-guru yang sentiasa berinteraksi dan bergaul mesra dengan murid tersebut menimbulkan keyakinan diri dan murid tidak segan silu untuk meminta tunjuk ajar, pandangan serta meminta nasihat yang membina daripada guru-guru demi untuk kepentingan diri mereka sendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat pula, murid berkeperluan khas ini masih lagi bergantung penuh kepada guru-guru kerana murid ini mengalami masalah faktor lupaan yang amat kritikal dan membimbangkan.

0.5

TINDAKAN SUSULAN

Hasil dari mengikuti kursus ini, saya amat yakin bahawa saya dapat mengaplikasikan Program Pendidikan Inklusif ini di dalam bilik darjah khususnya dalam pengajaran Literasi. Saya haruslah sentiasa memperbanyakkan dan mempelbagaikan aktiviti serta sentiasa menimba pengetahuan baru dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang akan digunapakai ke atas murid-murid di dalam bilik darjah dan mengajar murid-murid semaksimum yang boleh. Bagi menjayakan program ini saya perlu mewujudkan sistem tandatangan ibu bapa pada setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru. Sistem tandatangan ibu bapa ini bertujuan untuk memastikan ibu bapa mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak mereka.

Perubahan sikap murid dan ibu bapa perlulah direkodkan oleh guru. Selain dari itu, mesyuarat PIBG haruslah diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun. Tujuannya ialah supaya ibu bapa dan guru dapat membincangkan masalah-masalah yang timbul dan dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dengan kadar yang segera. Selanjutnya, untuk menggalakkan ibu bapa melaksanakan tugas mereka sebaik yang mungkin. Saya dan guru-guru yang lain bercadang akan memberi penghargaan kepada ibu bapa yang perihatin terhadap pelajaran anak-anak mereka pada Hari Penyampaian Hadiah pada setiap akhir tahun. Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu persaingan sihat di antara ibu bapa murid dalam mendidik anak-anak mereka. Tindakan yang seterusnya yang akan diambil ialah pihak sekolah adalah untuk melaksanakan Program Pendidikan Inklusif iaitu murid belajar bersama ibu bapa mengikut jadual yang akan digubal kelak. Dengan cara ini, bebanan guru-guru yang terlibat dalam mengajar Literasi dan Numerasi sedikit sebanyak akan dapat diringankan dan mempermudahkan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di dalam bilik darjah.

0.6

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini berdasarkan aktiviti-aktiviti yang digunakan merangsang kepada keinginan murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dengan lebih giat untuk memperolehi kecerdasan dan kebolehan seiring dengan murid arus perdana. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kedua-dua murid berkeperluan khas ini sesuai dengan Teori Pelaziman klasik Pavlov, menyatakan bahawa rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak belas. Gerak belas ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan melalui aktiviti-aktiviti Program Pendidikan Inklusif khususnya Rawatan Klinikal telah berupaya menyuntikkan semangat murid untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran Literasi dan Numerasi.

BIBLIOGRAFI

Open University Malaysia. (2012), HBEF3503 Pendidikan INKLUSIF.

The Ministry Of Education Malaysia (2008), The Development Of Education. National Report Of Malaysia.

Jabatan Pendidikan Khas (1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur .

Jabatan Pendidikan Johor(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Murid dan Pelajar Dengan Keperluan Khas. Unit Pendidikan Khas.

http://epic.oum.edu.my/

http://www.kiwifamilies.co.nz/articles/numeracy/.

Lt Kol (B) Hamid bin Awang : Penulisan Jurnel Reflektif. hamid_awang@oum.edu.my

Você também pode gostar