Você está na página 1de 50

Isi kandungan

Bil Perkara
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Pengenalan minuman Rasepi asal minuman Rasepi inovasi minuman Langkah-langkah merekacipta minuman Susunan kerja Pengkosan Senarai peralatan Pengujian rasepi Cadangan penambahbaikan Pengenalan kek Rasepi asal kek Rasepi inovasi kek Lankah-langkah mencipta kek Susunan kerja

15 16 17 18 19 20 21 22

Pengkoasn Senarai peralatan Pengujian rasepi Cadangan penambahbaikan Penutup Bibliografi Refleksi Lampiran

PENGENALAN MINUMAN

Pengenalan
Minuman boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu minuman menyegarkan dan menghilang dahaga pada hari panas, minuman berkhasiat memberi khasiat untuk tumbesaran, merangsang yang menyebabkan tubuh kita dan minuman yang menjadi aktif dan

menambah selera untuk makan. Minuman Menyegarkan Minuman ini dihidang dalam keadaan sejuk untuk memuaskan dahaga dan menyegarkan. Minuman ini boleh dihidang sebelum atau selepas makan dan pada bila-bila masa. Minuman dari buah-buahan dan sayursayuran mengandungi banyak vitamin, garam galian dan karbohidrat dalam bentuk gula dan juga sebagai bahan pelawas. Contoh minuman sejuk adalah air limau nipis, air nenas, air lamnit, jus tomato dan jus keret. Minuman Berkhasiat Susu dan koko merupakan minuman yang berkhasiat. Koko

mengandungi kanji, asid folik, besi dan lemak dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan pesakit. Susu pula mengadungi vitamin A, B, protein, lemak dan besi. Susu senang dihadam oleh itu ia sangat sesuai untuk bayi, kanak-kanak, pesakit, ibu mengandung dan orang-orang tua.

Minuman Merangsangkan Minuman ini meningalkan kesan ransangan ke atas sistem saraf dan jantung. Minuman ini tidak mengandungi khasiat nutrien melainkan jika dihidang bersama gula dan susu. Oleh itu elak daripada memberi minuman ini kepada kanak-kanak. Contoh minuman yang merangsang ialah air kopi dan air teh.

RASEPI ASAL MINUMAN

Sirap bandung
1/4 cawan ibu sirap 3/4 tin susu cair 3/4 jug kiub ais

cara:

1. Bancuhkan air dan sirap sehingga kemerahan. 2. Masukkan susu dan kacau sehingga rata. 3. Masukkan kiub ais dan biarkan air sejuk.

Jus belimbing
3 biji buah belimbing

Cara: 1. Siapkan 3 buah belimbing yang segar dan sudah matang (warna kuning dominan). 2. kupas lalu potong-potong kemudian masukkan kedalam blender 3. Tambahkan air secukupnya. 4. Blender sampai benar benar cair (untuk hasil yang maksimal boleh memakai juicer) 5. Tambahkan ais.

RASEPI INOVASI MINUMAN

Asal 2 biji buah belimbing 2 sudu pewarna ros 1 cawan susu 2 cawan ais

Inovasi 1 biji buah belimbing 3 sudu pewarna ros 1 cawwan susu 2 cawan ais

1 cawan susu digunakan bagi menghasilkan air yang manis dan dapat mengurangkan rasa masam buah belimbing. 2 biji buah belimbing dikurangkan menjadi satu supaya air yang lebih manis dapat dihasilkan. Jumlah pewarna ros ditambah supaya warna air yang dihasilkan lebih menyerlah dan menarik. Jumlah ais yang digunakan dikekalkan kerana telah sesuai dengan jumlah air yang digunakan.

LANGKAHLANGKAH MENCIPTA MINUMAN

Penghasilan idea

Penghasilan idea untuk membuat air bandung belimbing ini bermuala dengan kegemaran adik saya pada minuman bandung. Hampir setiap hari ketika dia pulang dari sekolah, ibu akan menyediakan air bandung sewaktu adik makan tengah hari. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk membuat inovasi pada air bandung ini bagi memberikan rasa yang baru pada air bandung sempena hari lahir adik saya pada kali ini supaya dia lebih gembira dan menikmati juadah yang disediakan.

SUSUNAN KERJA

Masa
8.45 8.55 -

Susunan kerja
Menyidakan bandung Masukkan gula, laun pandan ke dalam periuk Tambah esen ros Campurkan susu dan kacau

Catatan

8.55 9.00

Menyediakan jus belimbing Kisar belimbing dan tapis

9.00 9.10

campurkan kedua-dua air bandung dan belimbing

Kacau campuran air belimbing dan bandung sehingga rata

PENGKOSAN

Kos membuat air bandung belimbing Bil 1 2 3 4 Bahan Gula Belimbing Susu Esen ros Jumlah Harga seunit 2.10 0.70 2.00 4.70 Kos 0.20 0.70 0.30 0.15 RM 1.35

SENARAI PERALATAN

Bil
1 2 3

Item
Mesin pengisar Gelas berkaki Sudu

Kuantiti
1 4 1

PENGUJIAN RASEPI

Pengujian rasepi telah dilakukan di bilik saya. Saya telah cuba menyiapkan air bandung belimbing mengikut langkah-langkah yang yang sebenar. Saya telah menghadapi masalah kerana mesin kisar yang saya gunakan agak tumpul dan tidak dapat mengisar buah belimbing dengan baik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi, saya perlu menggunakan mesin pengisar khas yang sesuai untuk digunakan untuk mengisar buah belimbing. Pengisar yang tajam perlu digunakan bagi mendapatkan jus buah belimbing yang banyak.

PENGENALAN KEK

Kek ialah masakan yang mengadunkan pelbagai kombinasi tepung halus, beberapa bentuk lelemak, pemanis, telur, susu, ejen penaik, dan perasa. Membuat kek adalah satu proses yang sangat rumit dan mengambil masa yang lama. Kek boleh dikenal melalui cara pembuatannya. Ada kek yang dibuat dengan kaedah mengukus dan ada juga yang menggunakan kaedah membakar.

RASEPI ASAL KEK

KEK PISANG
Bahan-bahan: 4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek 1 cawan gula pasir 1 cawan minyak masak 4 biji telur gred A 1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu besar air limau nipis 1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara: 1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah. 2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA 3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)

4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk. 5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati. 6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.

KEK HORLICK
BAHAN - BAHAN

1 tin pendek susu pekat 10 biji telur 200 gram mentega 3 sudu makan tepung gandum 1 sudu browning sugar 1 paket kecik horlicks

CARA-CARA

1. Putar mentega dan susu hingga sebati. 2. Masukkan horlick dan putarkan hingga sebati 3. Masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati 4. Tuangkan dalam Loyang pembakar dan bakar di dalam ketuhar

RASEPI INOVASI KEK

KEK HORLICK MANGGA KACANG

Bahan-bahan 70 g tepung gandum 1 g bahan penaik 55 g horlick 90 g mentega 90 g gula halus 1 biji telur 2 ml susu 1 biji mangga 20 g kacang

Cara-cara Putar majerin dan gula Masukkan telur dalam bekas adunan sedikit demi sedikit Masukkan hirisan buah mangga dan kacau Masukkan tepung yang diayak Masukkan ke dalam tin pembakar Bakar dalam ketuhar

LANGKAHLANGKAH MENCIPTA KEK

Penghasilan idea

Idea untuk menghasilkan kek mangga horlic berkacang saya perolehi berdasarkan pemerhatian saya di persekitaran. Apa yang saya dapati ialah, masayarakat di negara ini amat gemar dengan kek pisang. Selain itu, ibu saya juga sering menyediakan juadah kek pisang semaa minum petang. Dari situ, saya mendapat idea untuk membuat inovaasi menggunakan kek pisang yang terkenal di pasaran kepada kek mangga horlick. Bagi menambahkan kelainan rasa pada kek tersebut saya juga telah mencampurkan kacang ke dalam adunan kek yang disediakan.

SUSUNAN KERJA

Masa
9.15 - 9.45

Susunan kerja
Panaskan ketuhar pada 190c Menyidakan adunan Putar majerin dan gula Masukkan telur dalam bekas adunan sedikit demi sedikit Masukkan hirisan buah mangga dan kacau Masukkan tepung dan kacau bersama hingga rata

Catatan

8.45 9.50

Membakar kek Masukkan kek ke dalam tin pembakar Bakar kek dalam ketuhar selama 40 60 minit

PENGOSAN

Kos membuat kek horlick kacang


Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Bahan Tepung gandum Bahan penaik Horlick Mentega Gula halus Esen vanilla Telur Mangga Kacang Jumlah Harga seunit 1.35 1.75 9.90 6.00 2.50 2.00 0.40 0.80 3.00 Kos 0.60 0.70 3.80 2.00 0.80 0.15 0.40 0.80 3.00 RM 12.25

SENARAI PERALATAN

Bil
1 2 3 4 5 6 7 8

Item
Mesin Pengadun Senduk kayu Sudu Mangkuk adunan Spatula logam Pisau Ketuhar Tin pembakar

Kuantiti
1 1 1 1 1 1 1 1

PENGUJIAN RASEPI

Pengujian rasepi yang dicipta telah saya lakukan di makmal masakan. Saya telah mengikuti langkahlangkah membuat kek mengikut susunan yang betul. Setelah kek yang saya buat itu siap saya mendapati kek yang terhasil tidak dapat kembang dengan baik. Ini kerana, tin pembakar yang telah saya gunakan agak besar dan tidak sesuai dengan saiz kek yang dibuat.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi masalah yang telah dihadapi semasa menguji kek. Saya perlu mengggunakan tin pembakar yang sesuai dengan saiz kek yang hendak dihasilkan. Saya perlu memilih tin pembakar yang kecil sedikit supaya kek yang hendak dihasilkan dapat kembang dengan baik. Pemilihan bekas pembakar yang baik kerana ia mempengaruhi bentuk yang hendak dihasilkan.

PENUTUP

PENUTUP
Kursus ini telah membekalkan pengetahuan dan kemahiran tentang amalan kebersihan, keselamatan, perancangan, pelaksanaan penggunaan teknologi untuk meningkatkan potensii diri dalam amalan makanan dan perkhidmatan makanan bagi mencapai keperluan hidup individu, keluarga , masyarakat. Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat mengaplikasikan dan mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kursus ini ke dalam kehidupan seharian. Malahan, saya boleh meningkatkan ilu dan kemahiran yang dikuasai dalam menghasilkan produk reka cipta yang pelbagai dalam penyediaan makanan. Selain itu, dapat mengasah kemahiran berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru dalam dunia masakan dan dapat menjana idea dalam menyelesaikan masalah.

BIBLIOGRAFI

Buku 1) 2) Fuziah ishak.Resepi 2013.(2013).Batu Pahat: Johor Susan Manikam.Resepi Khusus KBSM (2002).Selangor:Oxford Fajar Sdn Bhd Bureau of circulations Tiada nama pengarang.Rasa.(2012).Kuala Lumpur: Audit

3)

Internet 1) 2) 3) http://www.myfitnesspal.com http://nutritiondata.self.com/facts http://www.myresipi.com/top/detail/6075

REFLEKSI

Refleksi

Alhamdulillah, besyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan Limpah dan kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya telah menempuh pelbagai cabaran dan halangan. Cabaran pertama yang saya lalui adalah disebabkan kekangan masa untuk merancang. Setelah tamat sahaja menjalani praktikum kami telah dikejutkan dengan sesi siding merancang. Ini menyebabkan kebanyakan dari kami masih belum bersedia untuk merancang masakan untuk amali. Perkara yang sama turut saya hadapi dan kesannya saya gagal merancang dengan baik persediaan masakan yang hendak saya lakukan nanti. Masalah kedua yang saya hadapi ialah disebabkan kurang pengetahuan mengenai bahan-bahan membuat kek. Sebelum ini saya jarang memasak kek di rumah. Kesannya saya tidak dapat menyenaraikan denagan baik semua bahan yang diperlukan untuk membuat kek. Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, banyak perkara baru yang telah saya pelajari, antaranya ialah kemahiran-kemahiran

menyediakan kek. Menerusi tugasan ini, saya dapat belajar prosesproses membuat kek malahan mampu membuat inovasi pada kek tesebut. Selain pada itu, saya juga dapat belajar membuat minuman inovasi. Bagi saya, membuat inovasi minuman sangat menyeronokkan kerana kita dapat menambah pelbagai jenis rasa dan rupa pada minuman yang dicipta. Saya berharap, segala ilmu yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan kemahiran saya dalam masakan. Saya juga berharap agar segala ilmu yang saya

perolehi ini berguna kepada saya dapat dapat saya curahkan kepada anak-anak didik saya semasa di sekolah nanti.

LAMPIRAN

Você também pode gostar