Você está na página 1de 11

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT _________________________________________________________________________

BBPB2103 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

ASIGMENT MAY 2013

NAMA NO MATRIK NO IC NO HP EMAIL

: CHE NOR ASMA BT CHE HUSSIN : 861010296074001 : 861010-29-6074 : 013-3882970 : aqeef_hayy@yahoo.com : MENTAKAB LEARNING CENTRE. :17.07.2013

PUSAT PENGAJIAN TARIKH HANTAR

ISI KANDUNGAN PEKARA MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

FUNGSI SUMBER MANUSIA

3.0

KAEDAH DAN LANGKAH DALAM MEMPERTINGKATKAN FUNGSI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

4.0

KESIMPULAN

10

RUJUKAN

1.0

PENGENALAN

Felda Global Ventures Holdings Sdn.Bhd ( FGV ) merupakan salah satu syarikat yang telah melakar sejarah dalam bursa saham Malaysia dengan menjadi syarikat perladangan pertama yang disenaraikan dengan penjualan IPO terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia.FGV mempunyai 49 buah anak syarikat, syarikat usahasama dan juga syarikat bersekutu. Felda Global Ventures Plantations (M) Sdn.Bhd ( FGVPM ) merupakan salah satu daripada anak syarikat FGV yang menjalankan perniagaan berasaskan perladangan, dimana Syarikat FGVPM adalah bertanggungjawab dalam menguruskan sektor perladangan sawit dan getah yang terdapat di semenajung Malaysia dan juga di sabah dan serawak . FGVPM mempunyai 101 buah ladang dengan anggaran keluasan 356,000 hektar yang di usahakan dengan tanaman sawit, getah dan juga balak. Di mana tanaman sawit di anggarkan seluas 344,000 hektar, getah 10,000 hektar dan balak seluas 2000 hektar. Dan kakitangan yang di anggarkan seramai 12,000 orang yang dilantik untuk menguruskan ladang ladang serta system pentadbiran syarikat bagi memastikan visi dan misi syarikat tercapai.

1.1

MISI DAN VISI SYARIKAT

Visi syarikat adalah untuk diiktiraf sebagai syarikat agen pengurusan perladangan yang bertanggungjawab, di hormati dan berdaya saing. Misi syarikat FGVPM 1.1.1 1.1.2 Memaksimakan kadar pulangan ladang kepada semua pelangan. Menonjolkan tahap persaingan yang tinggi dalam semua bidang pengurusan ladang dan meletakakan syarikat mendahului agen pengurusan ladang di Malaysia. 1.1.3 Menjadi agen pengurusan perladangan yang disegani dan rujukan dari segi pengurusan yang cekap dan berkesan. 1.1.4 Menjadi penggerak dan melaksanakan inovasi dan teknologi terkini dalam pengurusan yang cekap dan berkesan.

1.1.5 Menjana nilai bersama, etika kerja dan profesionalisme dalam aktiviti pengurusan ladang. 1.1.6 Melahirkan para pekerja yang mahir melalui struktur system latihan yang efektif dan berkesan. 1.1.7 Melaksanakan keutamaan lestari alam sekitar sebagai asas tindakan.

Ibu pejabat syarikat FGVPM yang terletak di Kuala Lumpur merupakan tonggak utama dalam urusan pentadbiran dan juga operasi ladang ladang di bawah seliaannya. Bagi melancarkan urusan pentadbiran dan juga operasi ladang ladang FGVPM. Kawasan pentadbiran dan operasi telah dipecahkan kepada 3 zon utama iaitu zon Utara, zon Selatan dan zon timur. Di mana disetiap zon akan mempunyai wilayah seliaan masing masing. Wilayah wilayah ini akan membantu melancarkan urusan pentadbiran dan juga operasi ladang. Pejabat pentadbiran wilayah Serting terletak di dalam zon Selatan dan mempunyai 10 buah ladang dan 3 buah kilang untuk di selia. Struktur atau susun atur kakitangan diperingkat wilayah adalah merangkumi semua kategori yang hampir sama dengan susun atur kakitangan di peringkat Ibu pejabat FGVPM. Pejabat wilayah Serting mempunyai kakitangan seramai 750 orang iaitu seramai 17 orang di pejabat wilayah dan selebihnya adalah di letakkan di ladang ladang dan kilang yang di ketuai oleh seorang Pengurus bagi setiap ladang dan kilang di bawah pentadbiran wilayah Serting. Wilayah Serting di ketuai oleh seorang ketua yang berpangkat Pengurus Besar dan di bantu oleh pegawai dan petugas yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga setiap bahagian masing masing. Bahagian bahagian pentadbiran yang ada di pejabat wilayah serting adalah merangkumi, 1. Bahagian sumber manusia. 2. Bahagian kewangan. 3. Bahagian keselamatan dan kesihatan. 4. Bahagian perolehan. 5. Bahagian khidmat teknik dan senggaraan. 6. Bahagian operasi ladang dan kilang. 7. Unit kawalan kualiti.

Bahagian Sumber manusia Pejabat Wilayah Serting diketuai oleh Hashim Bin Mohd Ali. Beliau memainkan peranan yang besar dalam memastikan kakitangan dan pekerja di peringkat wilayah, ladang dan juga kilang menerima latihan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pekerjaan yang sedia ada. Bahagian sumber manusia wilayah juga berperanan dalam menyediakan program, memastikan polisi syarikat di patuhi oleh kakitangan dan juga pekerja serta membuat keputusan yang berkaitan dengan isu pekerja bagi memastikan hasrat kedua dua belah pihak yang terlibat tercapai dan pada masa sama mencapai sasaran yang telah di tetapkan.

2.0

FUNGSI SUMBER MANUSIA.

Terdapat 5 fungsi utama pengurusan sumber manusia bagi memastikan visi dan misi syarikat dapat di laksanakan dan dicapai iaitu 1. Kakitangan 2. Pembangunan Sumber Manusia 3. Keselamatan dan kesihatan 4. Perhubungan pekerjaan 5. Pampasan dan faedah. Fungsi utama yang sering di beri penekanan di pejabat wilayah serting adalah dari segi pembangunan sumber manusia iaitu di mana sumber sumber tenaga kerja yang sedia ada perlu di pertingkatkan kualiti bagi memastikan mereka berdaya saing dan mampu untuk bersaing dengan pekerja dari syarikat - syraikat luar. Beberapa perkara yang di titik beratkan dalam proses pembangunan sumber manusia adalah: 1. Orientasi - tinjuan di lakukan ke atas, prestasi petugas bagi membolehkan penilaian di lakukan ke atas mereka. 2. Latihan latihan akan diberikan kepada petugas yang menunjukkan penurunan kualiti kerja. Latihan juga diberikan kepada petugas dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dari peredaran semasa. 3. Pembangunan pekerja petugas akan di lihat sama ada kursus atau latihan yang telah diberikan sebelum ini mencukupi ataupun tidak. Dan perubahan akan dapat dilihat

jika latihan yang diberikan berkesan dengan wujudnya peningkatan produktiviti dan focus kepada pekerjaan yang di berikan. 4. Penilaian prestasi di lakukan bagi memastikan tujuan asal latihan Berjaya dan penilaian prestasi dibuat berdasarkan matlamat awal yang telah di tetapkan oleh seseorang petugas dan juga syarikat. 5. Perancangan kerjaya bagi petugas yang Berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan setelah mengikuti Kursus dan latihan yang diberikan dan mempunyai peningkatan produktiviti serta focus kepada pekerjaan, pihak pengurusan sumber manusia akan merancang penempatan baru khususnya kenaikan pangkat yang bersesuain berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Proses atau kaedah yang di jalankan di bahagian sumber manusia pejabat wilayah serting dalm usaha untuk membangunkan sumber manusia adalah seperti carta aliran di bawah :

tinjauan ke atas persekitaran pekerjaan

perancangan kerjaya sama ada sesuai untuk kenaikan pangkat, gaji atau masih memerlukan latihan yang bersesuaian.

latihan di berikan kepada pekerja yang dipilih

penialain prestasi di lakukan ke atas pekerja yang terlibat

proses perkembangan atau memperkembangan kemahiran yang diperolehi

Fungsi pembangunan sumber manusia dalam mempertingkatkan prestasi pekerja di dalam syarikat khususnya FGVPM Wilayah Serting.

Pembangunan sumber manusia begitu penting di dalam system pengurusan sumber manusia di dalam sesebuah syarikat. Jika tiada pembangunan sumber manusia tidak ada faedah atau keberkesanan tujuan utama pengambilan pekerja yang mempunyai potensi di dalam bidang pekerjaan yang di tawarkan. Jika pekerja yang di ambil adalah seorang yang begitu cemerlang di dalam tugasan yang pernah di laksanakan sebelum ini. Tidak semestinya mereka juga akan cemerlang di syarikat yang baru mereka ceburi. Ini adalah kerana setiap syarikat mempunyai kaedah atau gaya pengurusan yang tersendiri yang tidak sama dengan syarikat asal seseorang pekerja yang baru di lantik. Bagi situasi pekerja yang baru di lantik dari lepasan university sudah tentu penilaian semasa temuduga menjadi salah satu aspek utama untuk di lihat sama ada mempunyai prospek dan potensi bagi menyandang jawatan yang di tawarkan. Dan setelah di pilih, pendedahan mengenai syarikat akan diberikan dan cara kerja atau kaedah kerja di ajar kepada mereka. Selepas tempoh percubaan barulah jawatan mereka akan di sahkan. Tetapi adakah selepas itu mereka sudah mampu untuk menjadi yang terbaik. Persoalan ini sering kali timbul di dalam jabatan pengurusan sumber manusia di kebanyakan syarikat termasuklah di Pejabat wilayah Serting. Bagi memastikan langkah pertama syarikat terus Berjaya latihan demi latihan akan diberikan kepada mereka dari masa ke semasa bagi memastikan mereka mampu bersaing di kalangan pekerja yang sedia ada khusunya dan peringkat yang lebih tinggi. Pembangunan sumber manusia juga tidak terhad kepada pekerja baharu sahaja. Pekerja sedia ada juga akan sentiasa di pantau dan di perkenalkan dengan system dan juga idea idea baru bagi memastikan mereka sentiasa mengikuti peredaran dan juga perkembangan syarikat dan seterusnya berdaya saing bagi melaksanakan dan memastikan misi dan visi syarikat tercapai di samping mendapat manfaat di sebalik kejayaan yang di perolehi. Seperti yang sedia maklum kebanyakan pekerja yang bekerja di ladang kebanyakkan adalah mereka yang telah lama bekerja dan mempunyai pengalaman kerja yang luas. Tetapi sering menjadi masalah kepada pihak pentadbiran akibat prestasi kerja yang teruk. Latihan adalah satu bentuk pembelajaran yang yang diperlukan oleh tenaga kerja ( manusia ) bagi meningkatkan prestasi kerja yang sedia ada. Penggunaan lokasi yang sesuai dan kaedah latihan yang diberikan merupakan satu kombinasi yang boleh membawa kepada kepuasan kerja, komitment, keupayaan dan prestasi pekerja kajian oleh Saks ( 1996 ). Bagi mempertingkatkan kemahiran dan daya saing seorang penolong pengurus ladang yang masih baru berkhidmat. Latihan demi latihan akan diberikan kepada mereka. Pada awal permulaan tugas. Mereka akan di tempatkan di pusat latihan dan ladang ladang bagi tempoh setahun. Dalam jangka masa setahun mereka akan diberi penerangan dan pendedahan mengenai pengurusan kerja kerja ladang dan tugasan pengurusan yang berkaitan. Dalam tempoh ini mereka akan di nilai sama ada layak untuk pengesahan jawatan ataupun masih lagi perlu di beri latihan yang khusus. Selepas tempoh latihan secara intensif selama
7

setahun dan pengesahan jawatan di berikan. Penolong pengurus ini akan diberi latihan secara berterusan. Menjadi perkara normal apabila seorang penolong pengurus baru akan sentiasa di hantar untuk mengikuti kursus. Kursus atau latihan yang akan diberikan kepada penolong pengurus ini adalah dari semasa kesemasa mengikut keadaan dan situasi kerja. Antara kursus atau latihan yang perlu di ikuti oleh mereka adalah. 1. Kursus penyediaan bajet tahunan ladang. di mana mereka akan diberikan pendedahan mengenai kaedah, prosedur dan juga perkara perkara yang penting berkaitan penyediaan bajet. Kursus ini akan diberikan oleh ketua bahagian bajet ibu pejabat FGVPM. Selepas menyertai kursus tersebut mereka akan mempunyai keyakinan diri untuk melaksanakan tugasan penyediaan bajet yang telah di arahkan dan memerlukan sedikit pemerhatian kerana mereka telah di berikan penerangan dan juga prosedur yang betul bagi tujuan tersebut. Jadi tidak hairanlah dengan mengikuti Kursus seperti tersebut dapat meningkatkan prestasi dan juga pengetahuan para penolong pengurus yang baru. 2. Mereka juga akan di hantar ke pelbagai latihan dan kursus yang telah dirangka oleh pihak pengurusan sumbe manusia. Antara latihan lain yang mereka akan ikuti adalah latihan atau kursus tanam semula. Tidak semua petugas atau penolong pengurus akan mendapat peluang mengikuti kursus atau latihan seperti ini. Pihak pengurusan FGVPM dengan bantuan bahagian sumber manusia menganjurkan kursus tersebut pada setiap tahun bergantung kepada projek tanam semula yang telah di rancang di ladang ladang. mereka yang terlibat tidak hanya melibatkan penolong pengurus ladang sahaja tetapi pengurus dan penyelia ladang juga akan diberikan taklimat dan latihan berkenaan kerja kerja tanam semula. Ini adalah bertujuan untuk memastikan dan menyediakan mereka dengan ilmu dan pengetahuan yang mencukupi bagi program tanam semula tahun tersebut. Dengan mengikuti kursus seperti tanam semula. Kejayaan program tanam semula dapat di pertingkatkan dan akan sentiasa bertambah baik dari tahun ke tahun.

3. Selain petugas bergaji bulan. Pekerja bergaji hari juga turut diberikan kursus dan latihan bagi memantapkan lagi prestasi kerja mereka. Terutama pemandu traktor, mereka akan di panggil berkursus untuk memastikan mereka sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan semasa bekerja dan juga teknik dan cara cara yang betul bagi tujuan penjagaan traktor. Walaupun kita sedia maklum mereka adalah pemandu yang berpengalaman. Tetapi pengetahuan mereka perlu di perkembangkan lagi bagi memastikan mereka menjadi pekerja yang sentiasa proaktif dan juga produkti.

3.0

KAEDAH DAN LANGKAH DALAM MEMPERTINGKATKAN FUNGSI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 3.1.1 Bagi mempertingkatkan lagi fungsi pembangunaan sumber manusia pemilihan metadologi latihan yang bersesuaian adalah penting bagi menjamin kesan positif kepada pekerja. Bagi tujuan tersebut pemilihan metadologi serta kurikulum latihan yang bukan sahaja menumpukan kepada isu - isu kritikal berkaitan prestasi kerja. Tetapi haruslah telus, munasabah dan juga seimbang dengan produktiviti yang hendak dicapai. Medotologi dalam konteks latihan di rujuk sebagai suatu ketetapan atau kaedah tertentu mengenai hubungan yang wujud di antara pelatih, ilmu pengetahuan dan institute latihan. Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa ianya adalah kaaedah yang telah pengajaran yang telah di kenal pasti oleh institute latihan bagi melaksanakan latihan yang bersesuaian dengan pekerjaan yang telah di tetapkan. Metadologi ini boleh terbahagi kepada factor tujuan latihan, lokasi dan sasaran individu yang akan di latih. Bagi syarikat FGVPM metadologi berasaskan kaedah dalaman dan luaran di laksanakan. Untuk mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan latihan yang sedia ada, pihak syarikat boleh melaksanakan program latihan secara berterusan di dalam waktu bekerja. Di mana para petugas akan di beri latihan secara berterusan dari semasa ke semasa, di mana pihak sumber manusia akan menyediakan jadual latihan secara berkala kepada kakitangan bagi membolehkan mereka akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat terbaru dan sekaligus dapat memepertingkatkan prestasi kerja. 3.1.2 Selain itu pemilihan fasilitator atau jurulatihjuga memainkan peranan dalam proses latihan yang diberikan. Pihak pengurusan syarikat boleh menjemput jurulatih dari luar syarikat untuk memberi latihan kepada para petugas. Dengan cara ini perkembangan pemikiran para petugas tidak hanya bergantung kepada idea pemikiran dari satu cabang idea sahaja. Sebagai contoh bagi para petugas yang menjaga tapak semaian sawit. Pihak FGVPM biasanya akan mendapatkan khidmat latihan melalui Felda Agriculture Services Sdn.Bhd di mana para petugas yang terlibat akan di hantar ke sana untuk menjalani latihan. Tidak dinafikan para petugas mampu untuk mengaplikasikan apa yang di lakukan di sana. Tapi jika ingin terus berkembang lagi dan untuk meluaskan lagi pengetahuan pihak pengurusan dan sumber manusia boleh menghantar para petugas untuk menjalani latihan atau kursus dengan agensi lain. Sebagai contoh dengan menjemput Lembaga Sawit Malaysia ( MPOB ). Kita semua sedia maklum bahawa sebarang kelulusan untuk pembukaan tapak semaian dan penjualan anak benih sawit perlu mendapatkan kelulusan dari pihak MPOB. Jadi secara tidak langsung para petugas akan mengetahui peraturan yang telah di tetapkan oleh kerajaan khusunya bagi tujuan penghasilan benih dan pembukaan tapak semaian baru memerlukan kelulusan terlebih dahulu. Jika tidak para petugas hanya akan mahir mengenai

penjagaan tapak semaian tetapi tidak akan mengetahui secara menyeluruh proses untuk membuka tapak semian dan undang undang yang terlibat. 3.1.3 Pemilihan lokasi latihan dan kursus yang bersesuaian juga akan memainkan peranan dalam penyampaian input dan output para petugas. Lokasi yang sesuai mengikut latihan yang diberikan perlu kerana jika lokasi yang dipilih tidak mempunyai kemudahan yang sempurna sedikit sebanyak akan menggangu proses latihan yang diberikan. Sebagai contoh pihak pengurusan perlu memilih lokasi yang mempunyai akses kepada internet dan juga computer yang mencukupi jika latihan yang diberikan perlu menggunakan system computer dan internert. Jika tidak latihan yang akan diberikan tidak akan mencapai sasaran yang dikehendaki. Pihak bahagian sumber manusia khususnya bahagian latihan perlu mengenal pasti terlebih dahulu lokasi yang bersesuaian dengan pergi ke lokasi dan melihat kemudahan yang disediakan. Sebagai contoh pihak pengurusan sumber manusia bahagian latihan tidak boleh mengadakan latihan penggunaan system GPS di hotel dengan menjemput penceramah atau fasilitator yang terlibat dan hanya memberikan penerangan yang berkaitan melalui tayangan gambar sahaja. Kaedah ini adalah kurang bersesuaian dan input yang diperolehi peserta adalah sedilit sahaja. Kerana mereka hanya mendengar dan melihat sahaja. Tetapi jika Kursus diadakan di makmal computer yang mempunyai kemudahan computer, akses internet dan sebagainya. Para peserta mampu untuk mendapat lebih input kerana, sambil mendengar dan memahami penerangan yang diberikan mereka boleh melakukan sendiri langkah langkah yang diterangkan kepada mereka, dan apabila pulang ke rancanngan masing masing mereka mampu untuk menggunakan program tersebut dan secara tidak langsung boleh memberi penerangan kepada rakan rakan kerja yang lain. 4.0 RUMUSAN

Bagi memastikan setiap pekerja mempunyai daya saing dan sentiasa berfikiran positif, pegaturan bahagian sumber manusia di sesebuah syarikat amat penting. Tidak hanya bergantung kepada proses pengambilan pekerja baru yang cemerlang, pemberian faedah, penjagaan kesihatan, hubungan pekerjaan antara majikan dan pekerja, pembangunan sumber manusia juga amat penting dalam memastikan kejayaan sesebuah syarikat. Pekerja yang sedia ada perlu di latih dan diberi motivasi bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan prestasi yang paling optima. Apabila mereka sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan latihan yang diberikan sekaligus mampu untuk melaksanakan misi dan misi syarikat dan pada masa sama memberi peluang kepada mereka untuk terus berkembang di dalam syarikat. Pembangunan sumber manusia yang merangkumi aspek orientasi, latihan kepada pekerja, pembangunan pekerja, penilaian presatasi pekerja dan juga perancangan kerjaya. Merupakan aspek penting dalam memastikan kejayaan sesebuah syarikat. Pekerja yang berpresatsi cemerlang akan menyumbang kepada kejayaan untuk individu seterunya kepada syarikat dan organisasi. Kejayaan mereka akan diperkatakan dan diberikan anugerah penghargaan, situasi
10

ini akan mewujudkan persaingan positif dikalangan pekerja. Ini akan mendorong mereka untuk lebih berusaha untuk mencapai kejayaan. Kejayaan yang dicapai oleh para pekerja sekaligus akan memberi sumbangan kepada syarikat. RUJUKAN BBPB 2103 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT, Oleh Dr Siti Zubaidah Othman, Dr HO Jo Ann, Wan Din Wan Daud, Tang Swee Mei, Nor Azimah Chew Abdullah, Hj Yaakob Ibrahim. PERANAN PROGRAM LATIHAN SUMBER MANUSIA DALAM MENINGKATKAN PRESTASI KERJA , Oleh Abdul Halim Abdul Majid, Nik Maheran Nik Mohammad, Rosni Abd Wahid. http://www.uum.edu.my

11

Você também pode gostar