Você está na página 1de 106

ADAT ISTIADAT MELAYU

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.

Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentingannya

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.

Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.

Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.

Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam. Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.

Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini. Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti undang-undang adat, mahkamah adat, ketua adat dan sebagainya. Begitu juga dengan lain -lain kaum di Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa

dan terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan perlaksanaanya suatu ketika dahulu.

Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.

Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.

Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.

Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu. Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha ketika itu.

Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang

beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.

Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adatadat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya. Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.

Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.

Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan

didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.

Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti. MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN

Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan ia juga merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada perkataan aisthetikos yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada perkataan aisthannesthai yang bermaksud to perceive (tanggapan). Estetika merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang indah.

Fry dalam artikelnya An Essay In Aesthetics dalam buku Morris Weitz (1959) yang berjudul Problems In Aesthetics menyatakan tentang konsep keindahan dalam seni. Mengikut beliau, sesuatu objek yang dicipta untuk menimbulkan kesan keindahan seharusnya mempunyai fungsi yang bukan sahaja boleh digunakan tetapi dapat melahirkan rasa menggembirakan atau menyenangkan hati. Sidi Gazalba (1977) pula, dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa teori tentang keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah sejak dahulu lagi dapat dibahagikan kepada teori lama yang bersifat metal fizikal manakala teori moden yang bersifat

psikologikal. Baginya, akal bukan sahaja memiliki deria fikiran dan kemahuan (nafsu), malah memiliki deria rasa yang boleh merangsangkan penghasilan dan penilaian seni yang halus.

Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato, Plotinus dan Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah tentang keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan mutlak (Beauty=truth= the good=the absolute). Perkara ini telah disokong oleh Othman Mohd. Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai seni dalam konteks kebudayaan dan keseniaan yang berfungsi memenuhi nilai estetik. Menurut Ku Zam Zam (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan, khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni (Ku Zam Zam). Dalam konteks kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang keseniaan.

Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan adalah lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks

ini, sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada karya atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika meneliti. Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984 dan Othman Mohd Yatim, 1989).

Read (1968) dalam bukunya, The Meaning of Art mendefinisikan seni sebagai usaha untuk mencipta bentuk yang boleh melahirkan rasa kesenangan hati. Mengikut beliau juga, seni yang menyenangkan boleh menyumbang kepada perasaan yang dialami oleh pemerhati. Jadi dalam menilai seni, khalayak yang lebih menghayati seni akan melahirkan satu perasaan suka dan senang pada jiwanya.

Ku Zam Zam (1984), menjelaskan bahawa keseniaan berkait rapat dengan budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur budaya yang melahirkan keseniaan ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniaanya yang tersendiri berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Keseniaan merupakan pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali sebagai seni tampak yang terdapat pada seni ukir.

Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang menumpukan kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen rekabentuk seperti warna,bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk

penilaian, keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu. Idea yang dimaksudnya disini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran, imaginasi dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan sesuatu karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan eleman reka bentuk yang merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa yang sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imiganasi. Hal ini menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.

Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya itu. Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara objektif karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara subjektif merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian itu sendiri. Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu dengan individu yang lain.

Bagi masyarakat Islam, menilai keindahan adalah sesuatu yang digalakkan seperti tercatat dalam hadis Nabi yang membawa maksud Allah Itu Maha Indah, Dia Sukakan Keindahan. (Hadis Muslim). Ciri utama keseniaan Islam ialah keindahan, iaitu sesuatu yang cantik, bagus benar, elok dan molek. Jarang sekali keindahan yang dihasilkan oleh orang Islam melahirkan sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang naturalistik. Antara seni yang dihasilkan seni Islam adalah jenis yang rumit dan dikenal sebagai arabesque (tumbuh-tumbuhan yang digaya menurut sesuatu stail) yang terdiri daripada beraneka bentuk seperti geometrik, tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga kaligrafi (Othman Mohd. Yatim, 1989). MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN

Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan ia juga merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada perkataan aisthetikos yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada perkataan aisthannesthai yang bermaksud to perceive (tanggapan). Estetika merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang indah.

Fry dalam artikelnya An Essay In Aesthetics dalam buku Morris Weitz (1959) yang berjudul Problems In Aesthetics menyatakan tentang konsep keindahan dalam seni. Mengikut beliau, sesuatu objek yang dicipta untuk menimbulkan kesan keindahan seharusnya mempunyai fungsi yang bukan sahaja boleh digunakan tetapi dapat melahirkan rasa menggembirakan atau menyenangkan hati. Sidi Gazalba (1977) pula, dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa teori tentang keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah sejak dahulu lagi dapat dibahagikan kepada teori lama yang bersifat metal fizikal manakala teori moden yang bersifat psikologikal. Baginya, akal bukan sahaja memiliki deria fikiran dan kemahuan (nafsu), malah memiliki deria rasa yang boleh merangsangkan penghasilan dan penilaian seni yang halus.

Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato, Plotinus dan Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah tentang keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan mutlak (Beauty=truth= the good=the absolute). Perkara ini telah disokong oleh Othman Mohd. Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau

menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai seni dalam konteks kebudayaan dan keseniaan yang berfungsi memenuhi nilai estetik. Menurut Ku Zam Zam (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan, khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni (Ku Zam Zam). Dalam konteks kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang keseniaan.

Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan adalah lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks ini, sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada karya atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika meneliti. Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984 dan Othman Mohd Yatim, 1989).

Read (1968) dalam bukunya, The Meaning of Art mendefinisikan seni sebagai usaha untuk mencipta bentuk yang boleh melahirkan rasa kesenangan hati. Mengikut beliau juga, seni yang menyenangkan boleh menyumbang kepada perasaan yang dialami oleh pemerhati. Jadi dalam menilai seni, khalayak yang lebih menghayati seni akan melahirkan satu perasaan suka dan senang pada jiwanya.

Ku Zam Zam (1984), menjelaskan bahawa keseniaan berkait rapat dengan budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur budaya yang melahirkan keseniaan ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniaanya yang tersendiri berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Keseniaan merupakan pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali sebagai seni tampak yang terdapat pada seni ukir.

Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang menumpukan kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen rekabentuk seperti warna,bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk penilaian, keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu. Idea yang dimaksudnya disini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran, imaginasi dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan sesuatu karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan eleman reka bentuk yang merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa yang sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imiganasi. Hal ini menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.

Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya

itu. Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara objektif karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara subjektif merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian itu sendiri. Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu dengan individu yang lain.

Bagi masyarakat Islam, menilai keindahan adalah sesuatu yang digalakkan seperti tercatat dalam hadis Nabi yang membawa maksud Allah Itu Maha Indah, Dia Sukakan Keindahan. (Hadis Muslim). Ciri utama keseniaan Islam ialah keindahan, iaitu sesuatu yang cantik, bagus benar, elok dan molek. Jarang sekali keindahan yang dihasilkan oleh orang Islam melahirkan sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang naturalistik. Antara seni yang dihasilkan seni Islam adalah jenis yang rumit dan dikenal sebagai arabesque (tumbuh-tumbuhan yang digaya menurut sesuatu stail) yang terdiri daripada beraneka bentuk seperti geometrik, tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga kaligrafi (Othman Mohd. Yatim, 1989) ESTETIK DALAM KARYA AGUNG ESTETIK DALAM KARYA AGUNG

Konsep keindahan Melayu Klasik

Karya sastera memang mempunyai nilai estetik, sama ada tahap tinggi atau bertaraf rendah. Nilai estetik ini seharusnya dapat menikmati sebagai nikmat ketika membaca, menghayati dan memahami setiap hasil karya. Begitulah, bagi karya novel, cerpen, puisi (pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak) drama dan sebagainya ada terselit nilai-nilai estetika dan keindahan. Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus

lagi membawa maksud kepekaan manusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untuk kajian falsafah. Selain itu, estetika juga membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika. Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya. Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara berkaitan seni dan kesenian Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai estetika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsure ini dengan karya yang dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta. William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan sifat dasar nilai-nilai non-moral suatu karya seni. Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan falsafah keindahan, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, yang merangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan, Selain itu, estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan yang berdasarkan penglihatan iaitu seni rupa dan keindahan yang boleh didapati melalui pendengaran contohnya, muzik. Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan sebagai keindahan yang meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral, dan keindahan intelektual. Estetika sebagai keindahan dan keagungan. Estetika juga merupakan sebahagian penciptaan simbol- simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil

kesenian dan juga sesuatu yang mewakili perasaan amnesia. Maksudnya, estetika bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni lukis tetapi hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia. Sebagai contoh, seni binaan bangunan yang kaya dengan simbol dan keindahan tersendiri seperti rekaan bangunan Menara Petronas, Kuala Lumpur. Perkataan keindahan atau kata dasarnya indah merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya Melayu menurut V.I. Braginsky dalam Aminudin Mansor ialah terdapat tiga aspek yang jelas dinyatakan dalam karya sastera menerusi penggantian perkataan indah dengan kata yang sama maksud. Menurutnya lagi, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai mampu mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh tetapi akibat daripada keindahan itu lebih penting iaitu manfaat yang terselindung di sebaliknya. Misalnya, pembaca akan berasa tenang atau sebaliknya bergantung kepada keadaan jiwa seseorang itu ketika menghayatinya. Aspek pertama yang akan dibincangkan ialah berhubung dengan asal usul keindahan. Pengertian indah dipadankan dengan cara tertentu melalui kuasa Tuhan atau kekayaan Allah. Ianya meliputi kekuasaan Allah mencipta sesuatu yang tidak terbatas. Contohnya kehadiran pelbagai kehidupan di muka bumi, sistem cakerawala, keindahan alam semula jadi dan sebagainya sehinggakan yang tidak mampu ditanggapi oleh akal manusia biasa. Kedua, estetika Islam juga membezakan keindahan mutlak daripada keindahan fenomena dengan menggunakan perkataan elok dan indah dalam karya sastera dan karangan tasawuf Melayu. Manakala, aspek keindahan ketiga ialah estetik atau keindahan tersembunyi, tetapi bentuk iaitu susunan kata yang baik, makna yang berlapis-lapis mampu menyerlahkan keindahan sehingga dapat dihayati. Tanpa bentuk yang baik pasti isi kandungan dalam sesebuah karya tidak mempunyai daya tarikan. (Aminudin Mansor, 2012).

Estetik dalam Sulalatus Salatin

Unsur estetik merupakan satu unsur keindahan dalam berbahasa iaitu dengan memberikan sifat manusia kepada benda lain. Unsur personafikasi yang dapat dilihat dalam karya Sulalatus Salatin ialah: rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala raja-raja (Muhammad Haji Salleh, 1997: 26) Dalam ayat di atas, pengarang telah menggunakan kata kerja berarak yang dilambangkan sebagai unsur personafikasi kepada awan. Awan merupakan kata nama yang tidak bernyawa, tetapi diberi sifat manusia kepadanya. Unsur ini digunakan untuk menunjukkan keindahan bahasa.

Penggunaan Bahasa Istana Tidak dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak utama di dalam karya bahasa Melayu klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri, anakanda, dayang, pembesar, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih menarik dengan keindahan bahasa istana yang sangat lembut dan berlapik. Penggunaan bahasa istana juga diperlukan dalam karya bahasa Melayu klasik bagi mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang dipetik daripada Hikayat hang Tuah yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad yang berbunyi: Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu dengan inang pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka tuan putera Kemala ratna Pelingan dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda baginda. (Kassim Ahmad, 1997 :5) Namun begitu, penggunaan bahasa istana ini kurang digunakan di dalam bahasa Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa

Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Kebanyakan penulis akan menggunakan tema berkaitan dengan masyarakat moden yang tidak akan dikaitkan dengan keluarga diraja seterusnya penggunaan bahasa yang indah seperti bahasa istana tidak dapat dikekalkan dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Melayu Moden. Penggunaan ayat yang panjang juga merupakan salah satu unsur estetik dalam karya agung iaitu salah satu aspek yang dapat membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden. Ciri ini boleh dilihat melalui beberapa ayat yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah iaitu: Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakainnya terlalu indah-indah- rata terang itu pun dengan perhiasannya keemasan-datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna munu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan. (Kassim Ahmad, 1997: 6) Contoh ayat di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa yang meleret-leret dalam Hikayat Hang Tuah. Ayat yang panjang merupakan satu unsur seni bahasa yang mampu menjadikan sesebuah karya menjadi menarik. Ianya juga dipercayai berpunca daripada gaya bahasa hiperbola yang biasa terdapat di dalam hasil sastera klasik. Gaya bahasa hiperbola bermaksud sesuatu perkara itu diceritakan secara berlebihlebihan. Tujuan utama penggunaan gaya bahasa ini adalah untuk menekankan keistimewaan sesuatu benda atau perkara. Selain itu, penggunaannya juga dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca kerana melalui penggunaan hiperbola, pembaca akan dibawa bersama untuk menghayati sesuatu cerita kerana penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat membantu pembaca menghayati sesuatu peristiwa dengan lebih mendalam. Melalui contoh yang diberi di bawah, jelas kelihatan daripada keindahan bahasa atau unsur estetik yang digarap oleh pengarang bagi mewarnai hikayat Hang Tuah menggunakan unsur hiperbola.

Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaian terlalu indahindah-rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan. (Kassim Ahmad, 1997: 6) Selain itu, dalam karya klasik atau karya agung juga turut menggunakan penggunaan imbuhan nya untuk mengekalkan unsur estetik dalam karya. Penggunaan imbuhan nya boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Penggunaan imbuhan nya ini bertujuan mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat yang panjang seterusnya menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak menarik, menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk meminati sesebuah karya. Sebagai contoh ayat yang menggunakan imbuhan nya dalam hikayat Hang Tuah ialah: Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genaplah bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya sikapnya. Ahmad, 1997: 11) Berdasarkan contoh ayat di atas, menunjukkan penulis telah mengulang sebanyak empat kali imbuhan nya dalam satu ayat. Ayat tersebut ditulis sebegitu bagi menjelaskan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Keadaan ini menunjukkan bahawa penulis sangat bijak menggunakan bahasa dan memperlihatkan unsur estetik dalam karya tersebut. Keindahan karya juga terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk menterjemahkan jalan cerita menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat pembaca. (Kassim

MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN

Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan ia juga merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada perkataan aisthetikos yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada perkataan aisthannesthai yang bermaksud to perceive (tanggapan). Estetika merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang indah. Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato, Plotinus dan Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah tentang keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan mutlak (Beauty=truth= the good=the absolute). Perkara ini telah disokong oleh Othman Mohd. Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai seni dalam konteks kebudayaan dan kesenian yang berfungsi memenuhi nilai estetik. Menurut Ku Zam Zam (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan, khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni (Ku Zam Zam). Dalam konteks kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang kesenian. Ku Zam Zam (1984) turut menjelaskan bahawa kesenian berkait rapat dengan budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur budaya yang melahirkan kesenian ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniannya yang tersendiri berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Kesenian merupakan

pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali sebagai seni tampak yang terdapat pada seni ukir. Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan adalah lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks ini, sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada karya atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika meneliti. Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984 dan Othman Mohd Yatim, 1989). Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang menumpukan kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen reka bentuk seperti warna, bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk penilaian, keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu. Idea yang dimaksudkannya di sini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran, imaginasi dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan sesuatu karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan elemen reka bentuk yang merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa yang sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imaginasi. Hal ini menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.

Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya itu. Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara objektif karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara subjektif merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian itu sendiri. Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu dengan individu yang lain. Sebagai contoh: Maka dilihatnya seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya, berhadapan dengan anjingnya. Maka oleh pelanduk itu digigitnya akan anjing kedua itu. Maka anjing itu pun berteriak keduanya lalu terjun ke dalam sungai itu. Maka pelanduk itu pun mengusir anjing keduanya. Ya Tuanku Syah Alam, ada patik dengar kata orang tua-tua patik, jika ada pelanduk putih pada hutan atau barang tempat sekalipun, baiklah tempat, patut diperbuat negeri; berdaulat negeri, tuanku. (Hikayat Hang Tuah : 64) Petikan tersebut memberi tafsiran secara tersurat (luaran) dan juga tafsiran secara tersirat (dalaman). Dari segi luaran, teks Hikayat Hang Tuah tersebut memberi makna bahawa Tuanku terlihat ada dua ekor pelanduk di dalam hutan tempat baginda berehat menggigit anjing baginda. Selepas digigit, anjing tersebut telah berteriak dan terjun ke dalam sungai. Kemudian, seorang pembesar tuanku telah menyatakan bahawa, kata orang tua-tua sekiranya ada pelanduk putih dalam hutan tersebut, itu merupakan petanda bahawa tempat itu sesuai untuk dijadikan negeri. Makna dalamannya pula ialah pada ketika Tuanku Syah Alam sedang berehat di bawah sepohon pokok, Hang Tuah telah mengkhabarkan kepada Tuanku tentang Anjing pemburuannya yang telah dikalahkan oleh seekor pelanduk putih. Tuanku Syah Alam tertarik dengan cerita yang disampaikan dan bertanya kepada salah seorang pembesar tentang peristiwa tersebut. Pada pandangan pembesar, menurut cerita yang di sampaikan oleh orang tua-tua, jika terdapat seekor pelanduk putih, maka tempat itu amat sesuai untuk dibuka sebuah negeri. Berdasarkan kepada peristiwa dan pendapat

yang diberikan oleh pembesar, Tuanku Syah Alam berpendapat, jika dibuka sebuah negeri, negeri tersebut akan maju dan kuat. Sulalat al-Salatin Adikarya Akalbudi Melayu.

Muhammad Haji Salleh

Wabihi nasta ina billahi

Walau pun kritikan sastera meletakkan dasar yang rasional untuk penilaian sesebuah karya namun begitu dalam ruang gerak bidang ini kita dibenarkan merasa ghairah, merasa terkesan oleh pencapaian besar sebuah adikarya, secara yang istimewa dan/atau menyentuh diri secara peribadi. Tetapi pembacaan karya sastera adalah suatu tindakan yang masih berpijak pada tanah kenyataan yang cukup pejal - tanah sastera yang tua dan bertradisi kukuh -- seni yang bersandarkan bahasa dan pengkisahan. Maka dengan izin kritikan sastera ini saya memerikan gumpalan pengalaman saya sewaktu menikmati sastera Melayu, mungkin dengan palitan ironi bahawa hal ini saya lakukan setelah mempelajari sastera Inggeris, Jepun dan China. Dengan rasa bahawa saya sedang berdiri di depan rimba rahasia fikiran leluhur maka sebagai seorang pembaca Melayu, betapa pun saya terpisah dari akar ini, dan juga sebagai seorang pengarang yang menghadapi pendahulunya, saya berdiri kagum. Inilah suatu pengalaman bandingan, bukan saja dengan sastera barat tetapi juga dengan karya-karya timur atau Afrika lainnya. Pengalaman ini cenderung mengatakan dalam

seluruh sastera berbahasa Melayu tiada sebuah karya pun yang menawan, mengesanghairahkan seintens Sulalat al-Salatin/ Sejarah Melayu. Saya melalui suatu pengalaman agung membaca sebuah karya agung, yang sering saya bandingkan dengan membaca Shakespeare atau Goethe atau Ramayana. Sebuah karya yang baik kekal lama dalam diri pembacanya dan malah bangsa yang menciptanya. Dan yang dialami bukan saja suatu pengalaman estetik yang sublim tetapi juga pengalaman perasaan dan akaliah yang bermakna, dan (untuk menggunakan istilah Robert Frost) `membijaksanakan.

Rasa tertawan, ghairah, dan dibijaksanakan ini menyerbu secara serentak, dari berbagai sudut dan peringkat sekaligus, dan bukanlah suatu kesan yang simpel atau berdimensi tunggal. Karya-karya besar seperti Sulalat al-Salatin, mengikut pandangan Timothy Reiss (1992:5), memberi kepuasan daripada empat sudut, iaitu epistemologi, estetik, moral dan politik. Kita dipuaskan oleh pemindahan ilmu dan maklumat, oleh pengalaman keindahan karya itu, kesan kesimpulan moral serta makna politiknya. Karya yang lebih besar akan mengesan secara lebih kompleks, tetapi juga lebih menyeluruh dan kuat.

Dari sudut lain pula, sebagai pengkagum bahasa, saya ditawan oleh kebolehan Tun Seri Lanang membancuh bumbu dasarnya untuk menghidangkan kita dengan pesta bahasa yang nikmat. Sebagai seorang yang mencari sudut pandangan, akar konsep dan keunikan sastera Melayu maka dalam karya ini saya dihadiahkan berbagai bayangan teori sastera oleh mukadimah dan modus operandinya, oleh kata-kata dan konsepnya. Sebagai seorang penyair dan pengamal sastera saya bersyukur dapat contoh unsur-unsur puisi dan struktur karya yang istimewa. Pemerian dan mot justnya memuncakkan rasa cemburu saya. Sebagai seorang yang sesekali diminta menulis tentang kejayaan sastera Melayu karya maka saya melihat Sulalat alSalatin sebagai berada di atas sebuah bukit besar seni, kerana keunikan dan keistimewaannya.

Dalam mukadimahnya Sulalat al- Salatin, versi awal atau yang dapat disebut versi praGowa atau Pasir Raja, (untuk mengelak penggunaan nama Shellabear dan Raffles yang mengedit atau mengumpul, dan nama mereka tidak pula membayangkan tempat atau negeri penulisannya) yang amat langka dan amat menjelaskan itu, karya ini memerikan dirinya sebagai karya yang oleh pengarangnya di`himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala Inilah metodologi atau pendekatan penyelidikan/ pengumpulan yang dipilih pengarang untuk mendapatkan maklumat dan kisahnya, dan seterusnya menjadi rangka struktur yang membina karya ini (Tun Seri Lanang, 1997: 4). Sementara itu dalam versi yang dibawa pulang dari Gowa, atau yang saya namakan versi Batu Sawar, yang sudah ditambah dengan santun mukadimah sastera Islam-Parsi, sebahagiannyca bercontohkan Bustan alSalatin, karya ini dilihat pula sebagai `mutiara segala ceritera dan cahaya segala peri umpamanya. (Abdul Samad, 19798:3). Bahawa karya ini diminta untuk `diperbaiki, oleh Yang Dipertuan di Hilir (Raja Abdullah), untuk dikarang semula, juga menyatakan betapa pentingnya karya asalnya ini. Inilah karya yang dipenuhi maklumat tentang berbagai-bagai hal - daripada salasilah hinggalah kepada peperangan, senibina, adat istiadat serta undang-undang, yang oleh Reiss disebut sebagai fungsi epistemologi. Inilah salah satu sebab yang memperakukannya kepada kepada Raja di Hilir Johor dan seluruh bangsa Melayu pada masa itu dan seterusnnya pada masa setelah itu. Dalam tradisi Melayu tindakan ini adalah suatu tindakan kritikan, dan boleh dianggap sebagai suatu cebisan kritikan sastera awal orang Melayu terhadap karya ini, yang disanjung sebagai salah sebuah yang terbaik, tersohor dari antara beberapa karya lainnya. Di dalamnya terbayang bukan saja genius pengarangnya tetapi juga genius sastera serta bangsa yang menciptanya. Selain dalam Sulalat al-Salatin, genius ini, pada pendapat saya, terlihat hanya dalam pantun dan peribahasa Melayu. Malah Hikayat Hang Tuah yang amat traumatis kesannya kepada bangsa Melayu tidak sekuat atau sedalam kesan atau pencapaiannya.

Walau pun Abdullah Munsyi jarang positif tentang orang Melayu, tetapi beliau cukup memuji Sulalat al-Salatin. Jadi terdapat suatu julat pengiktirafan serta pemujian terhadap karya, dari zaman kerajaan Johor pasca-Melaka hinggalah kepada zaman Abdullah dan zaman kita hari ini.

Merintis Sejarah

Dalam pengenalan kepada Sulalat al-Salatin (1997) ini saya pernah memeperlihatkan betapa besar jumlah naskhah karya ini dan hakikat bahawa kita dapat menemuinya di seluruh dunia, dari Kuala Lumpur ke Jakarta dan London, dari St Petersberg ke Leiden dan Manchester. Penyalinan yang begitu sering adalah suatu cara mengiktiraf karya itu, juga suatu pernyataan kritikan terhadap kenyataan karya. Komentar sastera di zaman tradisional disebut secara lisan dan malangnya menjadi senyap setelah kata yang diucapkan itu berakhir. Pada hari ini kita tidak dapat mendengarnya lagi dan tidak dapat mengutip atau menilainya.

Sementara itu penerimaan terhadap karya ini bukan saja terlihat di dalam negeri sahaja - di Malaysia dan Indonesia, tetapi kita disedarkan kepada hakikat betapa ramai peminat dan pengkajinya yang berasal dari England, Perancis, Belanda, Jerman dan China.

Dalam bandingan dengan bangsa-bangsa Melayu orang-orang Eropah lebih terbiasa serta teradat untuk menurunkan pandangan dan pendapat mereka tentang karya-karya sastera mereka sendiri atau yang ditemui luar dari sempadan bangsa dan

negara mereka. Oleh yang demikian pegawai-pegawai Inggeris, pengkaji Belanda serta Perancis, yang datang ke Tanah Melayu dan Kepulauannya sering menurunkan catatan mereka tentang karya yang merkea sukai. Di antara yang dikagumi mereka ialah Sejarah Melayu - Sulalat al-Salatin. Penulis yang terawal mencatat pendapat tentang kitab ini ialah Petrus van der Vorm, seorang pelayar Belanda yang mengumpul dan menerbitkan sebuah perbendaharaan kata Melayu, Collectanea Malaica Vocabularia of Malaische Woordboekameling (1707-08). Roolvink dalam (Brown, (1970:xvii-xviii) mengutip beliau,

Finally, it must be said that any one interested in the Malay language ought to study the work not only on account of the language but also because of the contents which inform us about the descent of the Malay kings and the princes of the Malay kingdom and the fortunes of the Malay kingdom till the coming of the Portuguese.

Pengiktirafan kepentingan dari sudut bahasa dan isinya ini diulang atau disambung oleh ramai pengkaji lainnya. Ternyata buku ini bukan saja membantu pembaca menikmati contoh bahasa yang baik tetapi juga sejarah yang cukup lengkap tentang Melaka dan tanah jajahannya, terutama dalam situasi di mana tiada banyak buku yang membentang sejarah bangsa Melayu secara menyeluruh.

John Leyden dari England pula merasa karya ini penting sehingga beliau telah menyediakan sebuah terjemahan Inggeris untuknya (1821). Raffles telah memberi pengantar kepadanya, dan buku itu diterbitkan setelah meninggalnya Leyden.

Seterusnya di Perancis, di antara pengkaji yang sebenarnya tidak banyak hubungan kolonial dengan bangsa Melayu, Dulaurier tidak ketinggalan pula menyalinnya ke dalam bahasa Perancis dalam tahun 1849, sebagai sebahagian daripada Collections de principales Chroniques Malayes, Kumpulan Karya-karya sejarah Melayu terpenting (Paris 1849-1856). Hans Overbeck, pelayar Jerman, yang juga pernah datang ke Alam Melayu, telah mengalihbahasakannya ke dalam bahasa Jerman pada tahun 1938, dan karya itu dinamakan Malaiische Chronik, Sejarah Melayu, (1938). Nampaknya terjemahan Leyden kurang beredar dan pada pandangan C.C. Brown kurang memuaskan. Oleh yang demikian beliau telah menterjemahkannya semula, kali ini berdasarkan naskhah Raffles MS Malay 18 yang tersimpan di Royal Asiatic Society, London, dan berlandaskan transkripsi Winstedt (1970). Pegawai kolonial dan pengkaji yang inign mencari rahsia serta ilmu tentang orang Melayu akan menemuinya di halamannya. Di sana tergambar bayangan dan contoh cara berfikir, bertindak, menulis dan menghadapi seni yang cukup unik. Di sinilah juga dilihat konsep-konsep pentadbiran, kerajaan, sejarah, ilmu, diplomasi, kewiraan, agama yang mendasari bangsa itu, dari awal hingga zaman pasca-Melaka. Sekiranya dikumpul dan dicantumkan unsur-unsur ini maka dapat dilihat garis kasar dan halus apa yang mungkin disebut sebagai jati diri bangsa Melayu. Walau mitos berjalinan dengan fakta, seni bergandingan dengan logika, namun inilah kenyataan bangsa yang berteraskan cara berfikir dan imaginasinya sendiri.

Tun Seri Lanang menulis dari suatu tradisi sastera Melaka yang membawakan pengalaman dunia luas. Unsur-unsur India sudah sering disebutkan dan agak jelas kelihatan. Tetapi di samping itu unsur Jawa, Parsi, Arab dan malah Portugis dapat kita lihat dalam istilah, bahasa, gaya atau struktur penyususnan bab dsb. Kita dapat bersetuju dengan Winstedt bahawa pengarang ini mengetahui bahasa-bahasa Jawa, Arab dan Parsi (1969: 154) Ada bukti yang cukup pejal untuk pendapat ini. Bahasa Jawa digunakan dalam geguritan khusus tentang Hang Tuah, mukadimah jenis Parsi

digunakan di awal karya dan seterusnya kutipan Arab dari Quran, hadith dan peribahasa menjadi kebiasaan karya ini.

Tun Seri Lanang adalah seorang manusia yang berilmu dan terdapat beberapa sudut kesarjanaan pada tulisan dan pengetahuan beliau. Karya ini sebenarnya adalah suatu puncak intelektual bangsa Melayu. Dalam kehidupannya juga Tun Seri Lanang bukanlah manusia biasa, tetapi seorang bendahara yang berat dan besar tanggungjawabnya. Beliau manusia publik, walau pun dalam bukti karyanya kita lihat juga sudut peribadi yang baik dan halus. Beliau juga lahir dan wujud pada zaman pasca-Melaka yang cukup canggih, yang tidak sedikit menjadi manfaat hubungan istana serta negara dengan negara-negara luar. Semua ini bercantum untuk menjadikan beliau manusia pengarang yang luar biasa ini.

Genius Tun Seri Lanang dapat ditemui dalam bakat besarnya, dalam tebaran persoalan yang luas dan tema besar yang universal dan peribadi, julat watak dan pelakon sejarah yang dimasukkan ke dalam Sulalat al-Salatin dan akhir sekali bahasa yang istimewa terlentur untuk berbagai persoalan, suasana dan situasi.

Bakat sebagai dasar Genius

Mungkin dari awalnya lagi Tun Seri Lanang sudah terkenal sebagai orang yang pandai berkisah, yang mempunyai suara bercerita yang baik dan mungkin juga selalu dirujuk dalam hal sejarah dan sastera, kerana beliau mengetaui hal-hal ini, berbading dengan pegawai-pegawai istana lainnya. Bakat sastera beliau pasti sudah terjelma sebelum beliau dilantik menjadi bendahara. Mungkin sewaktu beliau belasan tahun beliau sudah selalu mendengar tukang cerita lainnya, cuba mengikut mereka dalam gaya dan sebutan. Di dunia sastera bertulis juga beliau pasti sudah melihat beberapa orang

penyalin/pengarang membongkok di atas meja rendah, sambil bersila untuk menulis/menyalin karya-karya disukai pada masa itu. Beliau pun sudah beberapa kali mencobanya. Inilah cara biasa seorang anak muda dilatih secara tidak rasmi, dan Tun Seri Lanang pun kemungkinan besar mengikut alur latihan yang agak sama. Kerana untuk menulis di peringkat dan kehalusan karya seperti yang kita saksi pada Sulalat alSalatin ini sudah tentu pengarang ini harus melatihkan diri secara langsung atau tidak langsung untuk suatu jangka waktu yang cukup panjang. Melihat, mendengar, meniru, mengucap cerita dan berkisah adalah cara dia berlatih. Hasilnya menunjukkan bahawa Tun Seri Lanang adalah seorang yang amat pintar, dan lebih dari itu, adalah seorang yang bijaksana. Dengan kecerdasan alamiah dan perasaan halus serta dalam, beliau telah dapat menangkap dan melukis kembali gerak suara, suasana hati kekasih dan kelicikan politik yang mejalar di atas dan di bawah lantai istana. Beliau juga adalah manusia mulia, bersih, menyanjung dan memperjuangkan manusia dan masyarakat yang baik dan utuh. Dalam waktu sebelum penyerangan Portugis kita lihat bagaimana beliau menangkap jaringan tipis korupsi dalam bahagian akhir sejarah Melaka, yang seterusnya meruntuhkan segala yang baik dan mulia yang telah dibina oleh beberapa generasi sebelumnya. Manusia ditelan kerakusan dan Bendahara Seri Maharaja sendiri terjebak oleh wang pemberian Raja Mendeliar, yang dewasa ini dapat kita baca sebagai rasuah. Kata Bendahara, dengan tanpa banyak bicara, `Baiklah, tuan hamba memberi hamba, hamba ambil. (Tun Seri Lanang, 1977:160). Kata hati, kemuliaan diri dan maruah seorang bendahara tercicir sewaktu beliau menerima emas itu. Cerita ini berakhir dengan sedih, kerana cerita ditambah kepada kenyataan, musuh dikumpul dan rancangan dibesarkan, dan akhirnya Bendahara dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud kerana dituduh hendak menderhaka. Gambaranya diturunkan dengan tanpa banyak komentar. Peristiwa dibenarkan oleh pengarang untuk berhujah sendiri, dengan cara yang malah lebih berkesan. Inilah di antara pemecah Melaka.

Bakat besar sastera ini berintikan keupayaan menangkap kehidupan, memilih daripada deretan peristiwa yang panjang dengan wawasan dan mata perenung, dan untuk

mengolahnya kembali dalam susunan baru di kertas atau suara, dengan bantuan estetika dan kekuatan bahasanya. Pengarang mempunyai peribadi dan pandangan yang selalu menilai, dalam maksud akal yang evaluative - dengan cara langsung atau tidak langsung. Beliau mengambil ukuran nilai agama dan Melayu sebagai landasan. Diambil juga istiadat dan peraturan yang digunakan luas sebagai ukuran. Pengarang menilai dengan kata hati seorang penulis yang sesekali memisahkan dirinya dan berdiri di luar istana untuk menilai istana itu. Inilah suatu situasi yang cukup menyulitkan sesiapa saja, terutama kerana yang dikisahkan itu aialah leluhurnya sendiri, dan yang menjadi penaungnya juga adalah rajanya dan mengikut salasilahnya juga bersaudara dengannya. Namun, nampaknya beliau dapat membebaskan diri daripada raung keluarga dan terus berperanan sebagai pengarang yang lebih bebas dan lebih berlandaskan kebenaran dan keadilan - nilai-nilai yang beliau anggap penting untuk masyarakatnya. Kata hatinya bukan saja bersifat moralistik tetapi menilai juga di bidang politik, yang tampaknya tidak diperkirakan sebagai terpisah dari etika Melayu. Pandangan beliau tentang kuasa juga berbagai-bagai, tetapi umumnya berlandasakan ukuran moral. Pada suatu sudut beliau menyokong raja yang sah - seperti menyebelah Raja Kasim yang menjadi nelayan setelah adindanya dipilih menjadi Raja Melaka, kerana beliau berhak merebut kembali haknya, dan Melaka tidak harus dikuasai oleh Rokan. Namun demikian apabila seseorang raja melanggar batas-batas yang dianggap suci maka beliau membenarkan orang seperti Tun Biajit (Tun Seri Lanang, 1997:157), mangsa Sultan Mahumud, yang bermukah dengan isterinya, `menimang lembing dan memarahi sultan. Sultan dilukiskan sebagai mengaku kesalahannya:

Maka segala hamba raja itu hendak gusar. Maka titah baginda,`Jangan kamu sekalian amarah, kerana katanya itu benar. Sebab sedia salah kita padanya, hukumnya patut dibunuhnya oleh dia. Hamba Melayu tidak mau durhaka mengubah setianya,

maka demikian itu lakunya.

Lukisan tentang Sultan Mahmud yang lama bertakhta itu mempunyai berbagai jalur dan warna, dibentang dalam berpuluh peristiwa dan perbuatannya. Pada pandangan saya cara ini melambangkan tandanya Tun Seri Lanang cukup saksama, dan selalu menilai dengan kritis. Sultan Mahmud dihukum seperti dalam episod di atas, atau dalam episod Tun Fatimah, yang dibunuh ayahnya dan suaminya, dan dia sendiri dipaksa menjadi isteri kepada sultan. Namun begitu juga dia hampir-hampir dipuji di mana dirasakan perlu, seperti dalam episod setersunya (Tun Seri Lanang: 1997:209)

Ada pun akan Tun Fatimah terlalu sangat percintaannya akan bapanya. Selama ia diperisteri oleh Sultan Mahmud Syah, jangankan ia tertawa, tersenyum pun ia tiada penah. Maka baginda turut masyghul, terlalu sangat menyesal diri baginda. Hatta maka Sultan Mahmud Syah pun membuangkan kerajaan baginda. Maka anakanda baginda itu, Sultan Ahmad dirajakan baginda.

Cukup jelas kelihatan bahawa Tun Seri Lanang mempunyai piawai keadilan yang tinggi, dan lebih luas daripada itu mempunyai piawai budaya yang sama tersohornya. Dia sendiri menjadi lambang seorang manusia yang hidup dalam suatu tamadun yang bangga dengan pencapaiannya dan yakin pula dengan apa yang dicapainya. Gaya yang muncul dari keyakinan diri, tamadun dan kematangan peribadi ialah yang anggun, terhormat dan mulia.

Walau pun manusia harus dinilai perlakuannya tetapi sebagai seorang pengarang Tun Seri Lanang melihat bahannya dengan daya imaginasi yang amat subur, yang membenarkan, dalam lingkungan tradisinya, imaginasi itu mencipta dan menghias, mencari strategi dan rupa pengkisahan yang berkesan tetapi indah. Dalam tulisannya tercantum unsur dialognya dengan sastera lama Melayu dan sastera Islam (termasuk dari India). Cerita Raja Culan turun ke Aftab al-Ard adalah bayangan imaginasi seorang genius. Kita harus membacanya bukan sebagai mitos kosong tetapi sebagai alegori seorang manusia yang sudah menakluki seluruh dunia dan ingin meneroka dunia lainnya, dan ingin juga terus menaklukinya. Sementara itu dunia di bawah laut itu terkurung oleh sempadannya dan hidup dengan nikmat kejahilannya. Raja negeri itu mendengar dengan takjub. Setelah diperkenalkan kepada Raja Culan beliau bertanya, `Adakah dunia lain dari dunia kami ini? Dalam soalan Raja Aftab al-Ard terdengar juga jawapan Hamlet kepada Horatio dalam Hamlet Shakespeare,`There are more things in heaven and earth, Horatio,/Than are dreamt in your philosophy. Manusia hanya dapat menguasai atau memimpi secebis kenyataan dan khayalan. Di luarnya dunia dan cakerawala masih luas. Cerita di bawah laut ini dikayakan imaginasi, diperkuatkan oleh alegori cakerawala manusia yang tak terbatas. Begitu juga cerita Singapura dilanggar todak dan kisah Puteri Gunung Ledang diabadikan di peringkat mitos dan alegori, yang tidak berjejak kepada kenyataan kasar tetapi berterbangan dengan makna yang lebih sarwa jagat dan dapat dinikmati oleh berbagai golongan manusia dan zaman.

Kita telah saksikan bagaimana Tun Seri Lanang amat cekap menangkap persoalan besar dalam gerak sejarah yang lebar. Tetapi ada suatu lagi cabang bakatnya yang sama mengkagumkan, iaitu menemukan episod kecil yang membawa makna besar, yang menyentuh manusia seluruhnya. Episod begini, biasanya dilakar dengan cara yang agak sederhana, cukup cepat beralih arus dan berubah jadi tragedi, seperti dalam cerita bendahara membunuh diri kerana pintu ditutup sewaktu dia akan datang mengadap raja. Atau kita dapat lihat episod Raja Zainal Abidin, saudara Mahmud Syah yang baik paras,`seorang pun tiada taranya pada zaman itu,

baiknya tiada bercela lagi, kelakuannya pun terlalu baik, sedap manis, pantas, pangas. Zainal yang tampan dimusnahkan oleh rupanya sendiri kerana dicintai oleh berbagaibagai wanita dan oleh itu sultan telah murka akan dia.

Bakat bahasa

Tun Seri Lanang menganugerahkan `anak cucunya sejumlah kata, baris dan citra, yang kekal dalam bahasa Melayu (dan imaginasi bangsa ini), yang diwarisi dariSulalat al-Salatin. Kata-kata dan frasa seperti `hak rasanya, `sebicara `kerincangan, `junun, `gantal dan lekat dan `berbuang-buangkan memperkayakan khazanah naratif kita. Kata dan frasa yang tepat menyampaikan maknanya ini pasti diciptakan berkat bakatnya, dan digunakan dalam adunan situasi serta keperluan.

Tetapi di antara hal-hal yang sulit untuk disampaikan ialah perasaan manusia, terutama apabila dibentangkan dalam ruang episod yang terbatas. Tetapi syukurlah kerana Tun Seri Lanang adalah tukang dan ahli dalam seni episod dan vignette, yang dalam ruang kecil dapat memunculkan perasaan seseorang watak dengan cara yang cukup berkesan, bukan saja yang jelas, tetapi juga jaluran-jaluran temaramnya, termasuk rasa merajuk, jengkel, ironi dan sinis, yang terkenal payah itu.

Misalnya dalam episod Seri Nara al-Diraja dititah untuk menangkap wakil Raja Siam di Pahang (Tun Seri Lanang , 1997:17-110), yang bernama Maharaja Sura, anak buah Seri Nara agak tidak sabar kerana ketua mereka masih memburu kerbau liar di tepi sungai sementara yang diburu sudah jauh ke hadapan. Di suatu pihak mereka takut tujuan mereka tidak tercapai dan dimurkai Raja Melaka, di pihak lainnya mereka juga agak takut dengan ketua mereka yang hadir di pasir dan seperti tidak menghiraukan titah ini. Cerita berputar kembali apabila kita diberitahu bahawa strategi Seri Nara

Diraja yang agak misterius itu cukup berkesan dan Maharaja Sura dapat ditangkap kerana waktu tindakan disesuaikan dengan tepat sekali. Banyak episod karya ini adalah bentangan halus dan kompleks situasi dan perasaan manusia. Inilah pencapaian besar Tun Seri Lanang yang mengekalkan seni dan cerita-ceritanya dalam khazanah anak cucunya.

Tebaran Persoalan

Seorang pembaca bukan Melayu yang berasal Melaka (dan Johor) akan cepat sedar akan perspektif karya yang berpusatkan kepada kerajaan Melaka dan bangsa Melayu. Inilah tumang penting dan karya ini tidak berubah arah atau kesetiaannya walau pun Melaka telah kalah dan raja mengungsi jauh ke Sumatera. Pandangan dan kecenderungan dapat kita sebut sebagai etnosentrik, yang berpusarkan bangsanya, dengan penuh setia dan rasa benar. Dalam pandangan dan rangka inilah pengarang menakluki aliran sejarah, mengabadikan waktu yang bergerak pantas dan cepat menghilang itu. Oleh kerana bentuknya berlandaskan sejarah, dan ruang waktu cukup lebar, bergandingan dengan ruang geografi yang sama luasnya, maka hal-hal yang dimasukkan ke dalam karya ini juga amat rencam dan berbagai-bagai. Oleh itu kita saksikan bahawa pengarang memulakan dari awal lagi - asal usul kejadian alam, dengan pujian kepada Allah s.w.t. dan salawat terhadap nabi Muhammad, sebelum menyentuh benang salasilah raja-raja Melayu. Setelah permulaan ini negeri diperikan pengarang yang memantau bagaimana manusia memulakan masyarakat dan negeri serta memperkembangkannya. Zaman perkembangannya memenuhi sebahagian besar dari karya ini, tetapi beliau tidak lupa untuk memberi ruang kepada gerak kehancurannya, yang juga harus diketahui pembaca semasa dan selepas zamannya.

Dalam berbuat demikian Tun Seri Lanang secara langsung atau tidak langsung mentakrif bangsa, nilai dan jatidiri Melayu, kerana yang dipersoalkan adalah inti pergerakan, fikiran, perasaan, hasrat bangsa itu. Tapi sastera/sejarah memeriksa juga perjalanan kehidupan dan perlakuan manusia. Sejarah dalam pandangan hidup Tun Seri Lanang dan orang Melayu tidak hanya bercerita tetapi juga menghukum, membuat kesimpulan dan dengan agak langsung, menilai dan menghukum, dan dengan itu menyampaikan makna moralnya. Pengarang menggalur asal-usul raja Melayu, daripada Iskandar Zukarnain hinggalah kepada Sultan Mahmud di zaman pasca-Melaka, di Kampar. Sebenarnya pengarang tidak hanya menurunkan kembali apa yang diceritakan kepadanya, tetapi sebagai pengarang yang besar wawasannya beliau masuk ke gelanggang sejarah dan berdialog dengan zamannya, dengan nilainya, dengan hasrat dan harapan bangsa itu dan akhirnya dengan masa depan. Bingkai geografinya ialah Kepulauan Melayu, tetapi karya ini tidak sempit, kerana segala hubungan bangsa-bangsa di daerah Melayu ini dengan dunia luar juga dijelaskan dan diperikan, dalam rangka fikiran bahawa inilah suatu daerah penting dan hubungan dengan bangsa dan budaya luar yang besar adalah salah satu syarat untuk menumbuhkannya.

Pengarang karya ini hidup dalam dunia akaliah yang lebar. Yang terkuat adalah agama, tetapi berserta dengannya terdapat dunia pemikiran sastera, pentadbiran, undangundang dan juga adat istiadat. Pengarang harus mengetahui dengan cukup mendalam hal-hal begini kerana beliau seorang yang pasti menjadi rujukan mereka yang ingin penjelasan, tambahan pula beliau bendahara, intelektual terpenting dalam istana Melayu di Johor.

Kita menyebut sebelum ini bahawa sekiranya dicantumkan berbagai-bagai unsur dan sudut unik karya ini maka kita akan dapat mengumpul maklumat yang cukup jelas

tentang jatidiri Melayu, yang dewasa ini amat dicari, kerana semua bangsa sedang ditenggelamkan oleh gelombang tsunami arus penduniaan - globalisasi. Untuk terus wujud sesuatu bangsa itu bukan saja perlu wajah dan jasad tapi juga jiwa atau akalbudi yang mengakarkannya kepada negara, tanah, bahasa dan budaya. Inilah dunia samar jatidiri, dan di seblaiknya pula ruang besar akalbudi. Wanita yang dipingit dan diingini lelaki dan raja, keghairahan beragama, adat istiadat yang menjadi ritual kerajaan, keprihatinan pegawai dan pemerhati, rasa bangga menggunakan bahasa yang halus dan patut, pengorbanan untuk Melaka dalam melawan musuh, dan segala perasaan yang halus bangsa itu - semuanya diperikan dalam berbagai cara, situasi dan jalur warnanya.

Dalam jala besar sejarah dan naratif karya ini ditangkap visi dan mimpi bangsa Melayu, yang mulanya kecil dan terpisah jauh di sudut pulau dan semenanjung, tetapi akhirnya disatukan dan berdiri megah dengan negara-negara lain, termasuk China dan Benua Keling (sebahagian dari India). Dalam beberapa episod ceritanya mimpi ini dapat bermula dari seorang manusia, tetapi akhirnya dikembang sehingga menjadi mimpi negara, seperti yang kita saksikan pada Tun Perak, Hang Tuah dan Hang Kasturi.

Suatu hal yang sering kita perhatikan dalam cerita-cerita Sulalat al-Salatin ini ialah apa yang dinamakan sebagai `contact and collusion. Manusia dipertemukan, berbaik, bekerja sama, tetapi kadang-kadang berlaku perselisihan pendapat dan arah. Namun begitu Tun Seri Lanang tidak selalu muram, kerana dalam karyanya sering dicari penyelesaian antara wataknya. Ini politik dan perasaan manusia, rasa dan kuasa dibenarkan mengalir bersama.

Namun begitu pengarang memperlihatkan suatu kesedaran sejarah yang panjang dan terlibat. Pada dasarnya karya ini adalah sejarah raja-raja Melayu Melaka dan

jajajahannya, yang dijalinkan melalui sebuah salasilah. Beliau cuba menangkap sejarah sebagai pengalaman bangsa - yang tidak dilukis hanya sebagai peristiwa kosong, tetapi dianggap sebagai hasil langsung dari perlakuan dan perbuatan manusia itu. Oleh yang demikian ada akibat dan kesannya. Jadi setiap peristiwa bermakna, menjadi tangga kepada suatu rumah makna, dalam hubungan sebab-akibat yang cukup penting. Menyusun peristiwa tidak terpisah daripada perbuatan menyusun makna untuk dijadikan kesimpulan tentang kehidupan.

Tun Seri Lanang melihat sejarah sebagai seorang moralis Melayu, dengan dasar yang agak simpel dan diyakini - perbuatan yang baik akan dibalas baik, dan perbuatan yang jahat bukan saja akan merosakkan diri seseorang tetapi juga memusnahkan negaranya. Inilah suatu pendekatan moral terhadap sejarah dan manusia - yang dapat dipandang sebagai lebih filosofis and berakar kepada pandangan hidup orang Melayu, dalam agama-agama Hindu dan Islam. Rumusan dari pengalaman luas ini terserlah dalam dunia kebangsaan (Melaka), manusia kebangsaan yang penuh imaginasi dan perasaan bangga-bangsa. Jatidiri bangsa dapat dilihat dalam cara berfikir, cara berperasaan dan cara berbuat. Bahasa yang menangkap semua ini bersama membayangkan jatidiri ini pula.

Yang amat dipentingkan dalam adikarya ini juga ialah kedatangan dan penyebaran agama Islam di Kepulauan Melayu, yang bermula di pantai Barat Sumatera dan seterusnya menyebar hinggalah ke pulau-pulau lainnya.

Walau pun sejarah pusat dipentingkan, dan inilah sudut pandangan Melaka, namun ada juga negeri-negeri yang sama kuat seperti Pasai dan Majapahit, yang diberikan ruang dan fokus. Oleh yang demikian kita melihat raja-raja negeri ini dan

kejayaannya diberi tempat yang hak. Pengarang memperlihatkan betapa Melaka menghormatinya. Misalnya dalam kutipan berikut (Tun Seri Lanang, 1997:61-62) disebut tentang cara menyambut surat dari Pasai,

Jikalau seperti surat dari Pasai dijemput dengan selengkap alat kerajaan - nafiri, nagara, payung putihdua berapit. Gajah dikepilkan di ujung balai, kerana raja dua buah negeri itu sama, jikalau tuan muda sekali pun berkirim salam juga.

Apakah dalam baris-baris ini ada sedikit dekonstruksi terhadap pusat, terhadap pandangan etnosentrik? Sekiranya boleh maka sekali lagi Sulalat al-Salatin juga dapat dianalisa dari sudut teori terbaru dekonstruksi.

Sebagai kesimpulan, pembaca sedar bahawa Tun Seri Lanang menyukai bukan saja tema-tema sarwa jagat tetapi juga yang menyentuh hati kecil manusia kerdil. Beliau prihatin terhadap semua jenis pengalaman, dari yang gembira kepada yang sengsara. Pergerakan besar mendapat tempatnya di samping yang kecil, tapi bermakna. Dalam peristiwa dirumus maksud dan makna sejarah. Di akhirnya beliau cuba membayangkan kemungkin bangsa, mimpi besar bangsa Melayu, usaha, kejayaan dan dan kegagalannya.

Tema-tema Besar

Sekiranya kita pantau kerja-kerja genius sastera dunia kita akan menemui hakikat bahawa mereka amat pandai memilih tema, dan dalam pemilihan ini mereka mencari yang lebih besar dan sarwa jagat sifatnya, yang akhirnya juga melampaui sesuatu zaman. Persoalan cinta antara dua darjat kita temui dalam Shakespeare melalui Romeo dan Julia; dalam karya-karya Goethe kita disedarakn kepada kerumitan kesengsaraan anak muda yang sedang mengenali hidup. Dr Faustus menghujah makna ilmu yang dicari tanpa batas etika. Dalam Ramayana pula kita dibawa ke pentas pertempuran antara baik dan jahat, serta kesucian seorang wanita. Tema-tema ini diulang kembali sepanjang sejarah manusia, dalam berbagai bentuk. Oleh yang demikian kita juga lihat Laila dan Majnun, Love Story, Uda dan Dara dalam tiga buah budaya yang amat berlainan, dan masih dikarang hari ini cerita yang mengisahkan masalah ini. Yang menjadi arus Sulalat al-Salatin ini ialah gerak nasib manusia dalam sejarah, gerak naik-turun bangsa, jalur-jalur zaman yang mewarna manusia dan kerajaan. Maka banyak pula kemungkinan tema penting dilatardepankan. Dan Tun Seri Lanang tidak melepaskan peluang untuk membentangkan tema sejagat kerana beliau merasakan bahawa pengarang yang penting harus dapat menangkap persoalan penting dalam berbagai situasi manusia. Oleh yang demikian beliau menggali makna dari perselisihan di antara dua kumpulan Melayu, Tun Perak dan Seri Nara al-Diraja, dan seterusnya sebelum kekalahan Melaka di antara Bendahara Seri Maharaja dan Laksamana. Makna mujarad kemenangan dan kekalahan dilukiskan dengan garis besar serta halus. Yang dialami dalam gelanggang besar sebuah negeri juga digandingkan peristiwa yang lebih individu sifatnya dengan makna perbadi pengalaman ini. Tema yang sering diulang dalam Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin, dan yang sering merundung kerajaan Melayu - keadilan dan kekejaman - diulang pula dalam adikarya ini. Dari episod Sang Rajuna Tapa, kepada penjajahan Melaka, dan tidak lupa kepada sifat maharajalela Sultan Mahmud Syah, kekejaman Melayu dirangkai dalam banyak bab karya ini.

Semua yang saya sebut ini adalah tema besar, agak samar dan mujarad, yang menarik pengkaji seperti kita. Tetapi Sulalat al-Salatin juga menangkap imaginasi pembaca biasa dengan cerita kesetiaan Hang Tuah, dan derhaka Hang Kasturi, kecantikan Tun Fatimah yang hampir mengorbankan dirinya sendiri, hak wanita dan hak orang Aslian dsb. Sulalat al-Salatin telah memulakan sejumlah tema Melayu dan juga team sarwa jagat, dan kerana kebenarannya maka pengarang-pengarang setelahnya, terutama pada kurun kedua puluh, telah merasakan betapa Tun Seri Lanang bukan saja berdialog dengan zamannya tetapi juga dengan anak cucunya di kurun kedua puluh ini. Maka tema-tema ini (dan ceritanya) telah dikitar kembali dalam berbagai buah buku, drama, sajak dan cerpen. Kepadanya ditambah bakat pengarang berkenaan dan juga tafsiran khusus dirinya dan zamannya.

A.Samad Ahmad, yang akhirnya menjadi pengkaji Sulalat al-Salatin yang penuh dedikasi dan ghairah, menulis buku yang mendapat ilham dari karya sejarah ini, malah karyanya tersebar luas dan digunakan di sekolah, misalnya Laksamana Tun Tuah dan Zaman Gerhana. Seterusnya dalam bentuk lain kita saksikan Dang Anum yang mendasarkan ceritanya kepada episod Sang Rajuna Tapa dan Singapura dilanggar todak. Pengarang esei ini sendiri menulis sebuah buku sajak yang diilhamkan oleh berbagai tema dalam Sulalat al-Salatin. Buku itu berjudul Sajak-sajak Sejarah Melayu. Tafsiran penyair dari awal lagi telah dicantumkan kepada dasar asalnya. Misalnya ditulis sebuah sajak pendek yang bermula dengan mengutip dari bab kedua puluh empat, yang berbunyi seperti berikut: `Maka kata pula Raja Pahlawan, Lain surat, lain dibaca; remuk hati di Tanah Pasai, jangan mati di Tanah haru; jikalau dimakan anjing Pasai pun biarlah sebab sepatah ini. Kepada seseorang penyair persoalan bahasa, kebenaran dan juga kesetiaan terhadap makna amat penting sekali. Maka dengan ghairah Raja Pahlawan diciptakan sebagai memarahi sikap Pasai yang tidak menghormati tulisan dalam kiriman Sultan Melaka,

cih, pasai yang tiada sayang pada bahasa, pada rasa dan hati yang dikandunginya. ayat dilengkungkan dengan pembacaan, makna dipindahkan kepada kehendak.

tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya tiada kebenaran pada manusia yang tidak dapat melihat kenyataan.

biar kusampaikan juga makna surat di sini dengan keris dan amuk baru kenyataan harus dihantarkan juga kepada pasai yang leka.

Bakat besar Tun Seri Lanang tidak sedikit menumbuhkan daunnya di zaman kita ini. Pengarang moden mengutipnya untuk membawakan makna kontemporer dengan tafsiran semasa. Inilah yang dilakukan oleh Taufik Ikram Jamil dari Riau dan akan dilakukan oleh suatu siri televisyen di Malaysia, yang saya difahamkan, akan terbit tidak lama lagi.

Terjalin dalam tema manusia dan drama hidupnya ialah pemerian istiadat, undang-undang Melaka dalam perlaksanaan. Seni bina istana yang melambangkan kemakmuran dan keunikan Melaka dilukis berus halus (Tun Seri Lanang, 1997,101):

Besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat, kemuncaknya pun tujuh.Pada antara itu diberinya berko. Maka pada segala ko itu diberi gajah menyusu(dan pada gaja menyusu) itu diberinya bubungan melintang; sekalinnya bersayap layang-layang dan sayap layang-layangnya itu semuanya berukir

Tapi sayangnya istana ini di terbakar dan dibina kembali suatu kompleks yang lengkap dan lebih megah. Cukup menarik bahawa istana itu juga membayangkan simbol penyatuan jajahan Melaka kerana tukang yang membinanya dibawa dari beberapa pulau di Selat Melaka dan Sumatera (Tun Seri Lanang, 1997:103):

maka orang Ungar{an} dan Orang berbuat istana, sertanya orang Bentan Karangan beramu akan dia, orang Pancur Serapung berbuat balairung, orang Buru balai mendapa, orang Syoyar berbuat dia balai itu, balai apit pintu yang di kiri itu, orang Sayung berbuat dia kandang, orang Apung berbuat dia danu gajah, orang Merbau berbuat dia penaggahan, orang Sawang

berbuat dia danu permandian, orang Tungkal berbuat dia danu mesjid, orang Tentai berbuat dia pintu pagar istana, orang Muar berbuat dia kota wang.

Bangsa Melayu adalah bangsa yang ghairah dengan politiknya. Masalah kekuasaan, siapa yang menjadi raja dan berkuasa, puak dan penyokong menjadi persoalan abadi. Sulalat al-Salatin memberi ruang yang luas dan bersambungan kepada bentuk dan cara-cara raja dan pegawai mendapatkan kuasa ini dan bergaduh atau bersatu untuk mengekalkannya. Terjalin rapuh di antaranya ialah masalah hak wanita.Walau sering wanita dianggap sebagai barang dan hiasan lelaki, namun sesekali hak wanita dilatardepankan. Biasanya watak-watak yang agak kuatlah yang merebut kuasa ini kerana jarang sekali kuasa diserahkan oleh lelaki. Tun Fatimah yang menggugurkan anaknya dengan Sultan Mahmud sebagai protes terhadap kekejaman baginda membunuh suami dan ayahnya dan memaksanya menjadi isterinya. Tiada protes yang lebih agung dari meniadakan zuriat dari jurai yang dianggap mulia dan bermula daripada Iskandar Zukarnain. Akhirnya Sultan telah berjanji akan merajakan anaknya sekiranya Tun Fatimah terus menjaga kandungannya. Inilah hak yang diperjuangkan oleh seorang mangsa raja lelaki yang tidak dapat mengekang diri atau perasaannya. Seterusnya episod Puteri Gunung Ledang juga boleh dibaca sebagai protes wanita yang biasanya dianggap tidak berkuasa. Dalam permintaan Puteri itu, sebagai hantarannya disyaratkan darah anak raja sendiri. Apakah ini dapat dibaca sebagai ejekan raja yang selalu merasakan dia akan mendapat apa saja yang dihajati, dan begitu kaya dia dapat menyediakan segala-galanya? Pengarang ini seperti berkata bahawa masih ada orang yang tidak boleh dibeli dan ada syarat yang tidak mungkin dipenuhkan, walau pun oleh Raja besar Melaka. Kedua-dua peristiwa ini boleh dibaca sebagai unsur feminis awal dalam karya Melayu. Sebab itu juga karya ini diperkirakan besar, kerana banyak hal boleh ditemui di dalamnya, termasuk unsur-unsur yang dapat

ditafsirkan dari sudut aliran pemikiran terbaru, yang tidak pun terbayangkan oleh pengarang asalnya.

Beberapa nilai juga mendasari karya ini - kesetiaan rakyat kepada raja, dan janji bahawa raja tidak mengaibkan rakyatnya, betapa pun besar kesalahannya. Kesetiaan menemui berbagai wajah dan penyempurnaannya. Pengaiban juga tidak kurang leluasanya, dari penyulaan anak Sang Rajuna Tapa yang ternyata tidak bersalah, hinggalah kepada Tun Fatimah yang menjadi mangsa lelaki.

Sama pentingnya ialah keadilan. Sering tema ini diulang di sepanjang karya besar ini, kerana sering pula kebenaran dikesampingkan untuk dibenarkan hasrat atau kerakusan raja atau pegawainya. Jadi pengarang mengulangkan situasi yang berbagaibagai ini untuk menggarisbawahi betapa petingnya nilai ini untuk kelangsungan bangsa, manusia dan raja serta negeri.

Sulalat al-Salatin juga menyanjung ilmu dan orang berilmu. Dalam sebuah episod Sultan harus meninggalkan gajahnya dan berjalan ke rumah gurunya sebagai pelajar biasa, kerana dalam bidang ilmu tiada yang lebih tinggi dari guru, walau pun dia seorang sultan negeri yang besar. Begitu juga mereka yang pandai dalam bidang ini dihormati dan dijadikan `makhdum, kadhi dsb.

Pembaca (khususnya pegawai) sering diajar bagaimana menjadi pentadbir yang baik, suatu lagi masalah yang nampaknya amat mengganggu kerajaan Melayu. Jadi bendahara dan raja sering berpesan kepada pegawai dan anak cucunya, kadangkadang dengan nafas terakhir mereka, supaya berlaku adil kepada rakyat dan terus menjaga mereka dengan baik, kerana mereka menjadi akar kepada pohon negara. Tanpa rakyat tidak mungkin wujud raja atau pentadbir.

Oleh itu nilai-nilai dasar Melayu yang kekal ditekankan. Manusia Melayu diajak menjadi manusia moral, berkata hati, berbudi bahasa dan setia membangunkan negerinya.

Julat Watak dan Pelakon Sejarah

Sulalat al-Salatin melibatkan dirinya bukan saja dengan persekitaran alamiah, tetapi secara lebih besar lagi dengan manusianya. Karya yang amat peka ini menyusup di bawah permukaan kata dan perbuatan. Pengarang menyelam masuk ke lautan kehidupan untuk menggambarkan berbagai-bagai watak dan pelakon sejarah. Beliau menangkap garis-garis sepunya manusia, persamaan yang mendalam di antara mereka. Oleh yang demikian kita dibayangkan dengan bermacam-macam situasi di mana manusia mengejar kuasa, dan mengatur usaha mengekalkannya dan juga memberi makna kepada kuasa itu. Pengarang melihat ke dalam apa yang dipanggil Reiss (1992:4) sebagai hal-hal kekal lagi mendalam tentang manusia `deep permanancies of human beings. Karya-karya besar seperti Genji Monogatari, Odysseus, Mahabharata serta King Lear dan La Galigo membawakan sejumlah watak atau pelakon sejarah yang cukup ramai dan mengesankan. Setiap watak penting ini dilukiskan dengan warnanya sendiri dan disalut oleh keunikan peribadinya. Inilah yang membuat wataknya kekal dalam ingatan pembaca serta bangsanya. Demikianlah kita mengingati Odysseus yang mengembara jauh dengan keberanian dan kepimpinan. Demikian juga kita mengingati Genji dan kekasih-kekasihnya. Mahabaharata termuat sarat dengan perselisihan dua puak yang saling bersaingan dan bermusuh-musuhan. King Lear pula terkenal kerana bukan saja watak raja itu yang menuntut kasih dari anaknya dan merajuk setelah tidak tercapai tujuannya, tetapi juga kelainan ketiga anaknya, dari Cordelia yang lembut hinggalah Regan yang keras tegar, dan kering dari kasih sayang.

Dalam Sulalat al-Salatin, seperti juga Hikayat Hang Tuah, kita dihadiahkan dengan sejumlah watak yang amat mengesankan, dari kalangan raja, melalui bendahara, temenggung, hinggalah kepada perwira, mufti dan batin masyarakat Aslian. Kita mengingati mereka kerana walau pun mereka muncul dalam jumlah yang besar namun demikian setiapnya dilengkapkan dengan sifat-sifat kekhasannya sendiri, atau apa yang disebut dengan particularity. Tun Perak terkenal dengan kebijaksanaan dan logikanya yang luarbiasa, Raja Zainal Abdidin pula tampan dan menjadi penunggang kuda yang

romatis, melalui lorong pasar dan kampung, Seri Wak Raja yang berkahwin sewaktu beliau agak tua cukup gembira dengan penyelesaian masalah yang menganugerahkannya seorang bekas isteri raja yang terkenal cantik. Seterusnya kit amenemui Maharaja Sura dari Pahang, yang kehilangan kerajaannya setelah dia tidak mempedulikan gajah kesayangannya, Batin Singapura, Patih Ludang yang dibunuh anak buahnya walau pun setelah mendapat persetujuan Sultan, mungkin kerana dia orang Aslian, Sultan Alauddin dan gerakan keamanan Melaka, Raja Maluku yang pandai bermain sepak raga dan senjata, Raden Surabaya/Patih Adam yang menggemparkan negeri dengan mengepung rumah Seri Nara Diraja untuk mengambil Tun Minda, isteri yang dijanjikannya dalam guraun beberapa tahun sebelum itu. Semuanya dilukis dengan palitan cat yang khusus, dengan situasi dan wataknya sendiri. Ada keuinkan kepada cara dan lakuan mereka. Oleh yang demikian kita dapat dengan mudah menyimpannya dalam diri dan pengalaman sastera kita.

Dari antara berpuluh watak ini kita menemui wira bangsa Melayu, yang kadangkadang mencapai peringkat mitos, dan menjadi kekasih negara untuk berbagai-bagai zaman. Watak Tun Perak yang mempunyai logikanya sendiri, Sultan Alauddin yang gagah lagi berani, Sultan Mahmud yang lama memerintah, Gajah Mada yang licik dan penuh tipu helah, dan malah Hang Isak Pantas yang cepat bekerja, Badang yang mencapai kuasa jasmaniah luar biasa dari muntah halimunan adalah di antara wakak

yang kekal dalam imaginasi bangsa Melayu. Tetapi terdapat juga beberapa orang antiwira seperti Tun Mai Ulat Bulu yang mengejek orang Arab yang mencari kepentingan sendiri, Megat Seri Rama yang cepat mencarut, Makhdum Sadar Jahan yang bertaubat tidak mahu mengajar Tun Mai kerana dia memulang paku buah keras dengan mengejek caranya menutur bahasa Melayu, Mi Duzul yang rabun yang menyangka kambing sebagai musuhnya, Hang Hasan Cengang yang tidak mahu berhenti makan sewaktu bersuapan-suapan di pelamin, kerana katanya, dia mengeluarkan belanja yang banyak, Bendahara Seriwa Raja yang pelaram yang cukup melucukan. Yang luar biasa tentang perwatakan Sulalat al-Salatin ini ialah jalinan berbagai jenis watak - daripada yang serius, kepada yang lucu, ironis, gagah, setia, pencarut, pemain sepak raga, pahlawan yang setia dan pemberontak, penjaga gajah, ayam dsb. Jadi kita dianugerahkan dengan suatu julat yang nampaknya memuatkan amat banyak jenis manusia. Mungkin di suatu pihak lain kita bertemu Mi Duzul, Hang Hasan dan manusia sejenisnya dalam konteks kegila-gila bahasa, dan membawakan kelucuan yang kadang-kadang cukup canggih seninya. Namun begitu semuanya terbina dalam tradisi lucu imaginasi bangsa. Mereka tahan dalam hakisan waktu kerana dicerita dengan bakat besar dan teknik naratif yang tahan ulangan.

Seperti tema diulang tafsir, ditulis tentangnya oleh beberapa zaman maka watak-watak ini, khususnya yang diangkat ke taraf mitos, juga diulang tafsirkan, kerana mereka juga membawa watak bangsa Melayu, keunikan dan kebijaksanaan, walau pun logikanya mungkin aneh untuk masyarakat umumnya. Setengah daripada mereka menjadi contoh, diangkat menjadi lambang negara.

Sulalat al-Salatin bukanlah hanya sebuah sejarah bangsa tetapi sebagai sub-plotnya kita dibawa melalui suatu lorong-lorong kecil perisitwa bangsa Melayu dan bangsabangsa yang berhubungan. Sementara banyak unsur sejarah yang dapat dianggap sebagai berunsur sejarah karya ini juga memasukkan unsur-unsur fiksi dan pembesaran yang mengasyikkan.

Karya ini melukis bangsa Melayu di banjaran kejayaannya. Pengarang melukis pencapaian bangsanya, sewaktu bangsa berada di puncak sejarah. Oleh yang demikian diceritakan tentang kebolehan dan kemungkinannya, kekuatan dan kehalusannya. Mereka ditempatkan di tengah kota kosmopolitan atau di anak sungai untuk mentadbir negeri. Mereka harus berhadapan dengan berbagai-bagai jenis penduduk dan pendatang, semuanya dengan budaya dan caranya. Oleh yang demikian kita dibawa kepada suatu padang sejarah yang luas dan pelbagai.

Bahasa Perasa dan Pemikir

Dalam pengenalan kepada Sejarah Melayu yang dieditnya, Abdullah Munsyi (1959, edisi Gunung Agung: 13) mengatakan bahawa `jikalau engkau belajar akan kitab ini sampai engkau faham sekali akan bahasanya dan ertinya engkau telah pandai akan bahasanya barang siapa yang tiada mengendahkan bahasanya seperti kelakuan orang Melayu itu, maka itulah tinggal dalam bodoh dan menjadi bangsa yang kecil adanya. Maka jikalau engkau hendak mengetahui akan sebabnya barang siapa yang membuangkan bahasanya itu maka akan menjadi bangsa kecil dan hina, maka inilah sebabnya. Karya ini dianggap sebagai contoh bahasa yang halus, yang harus dikaji, walau pun isinya `sia-sia.

Abdullah yang jarang dapat menurunkan kata-kata baik tentang raja dan orang-orang Melayu nampaknya melihat suatu sudut halus sastera Melayu, di sini seperti yang dibayangkan oleh adikarya bangsa itu. Sifat yang utama karya ini ialah keunggulannya, kehalusan melukis watak atau nasib manusia. Kata-katanya terpilih dan suaranya merdu dan prihatin. Lihat, misalnya, bahagian permulaan bab XIX (Tun Seri Lanang, 1997:140) yang menceritakan Pahang dan Tun Teja:

Alkisah maka tersebutlah perkataan Sultan Mahmud Syah, Raja Pahang yang tua itu telah mangkatlah. Maka anak baginda Sultan `Abdul Jamal kerajaan menggantikan ayahanda baginda. Adapun akan Bendahara Pahang tatkala itu Seri Amar Wangsa alDiraja gelarnya akan dia, beranak seorang perempuan, Tun Teja Ratna Menggala namanya, terlalu baik parasnya. Dalam Tanah Pahang seorang pun tiada samanya pada zaman itu; pada barang lakunya sedap manis, tiada berbagai. Itulah sebabnya maka diikatkan orang nyanyi, demikian bunyinya,

Tun Teja Ratna menggala, Pandai membelah lada sulah; Jika tuan tidak percaya, Mari bersumpah kalam Allah.

Walau pun kata-kata ini disusun dari pemerian sastera lama tetapi cara Tun Seri Lanang memberi rentak dan memaniskannya dengan pantun itu amat berkesan sekali. Suasana pemeriannya ringan dan riang, serta disulami sopan santun sastera. Inilah suatu bahasa yang matang, yang telah pun digunakan oleh beratus pengarang, untuk suatu jangka waktu yang cukup panjang. Kita menyimpul bahawa yang kita baca ini adalah hasil dari pengalaman yang telah masak oleh ujian. Tun Seri Lanang yakin dengan bahasanya. Bahasa ini pula yakin akan strukturnya. Pengarang dapat berubah daripada pemerian istana Pahang yang lebih rasmi bentuknya, kepada pemerian kecantikan peribadi seorang puteri. Setelah itu beliau menutup dengan pantun yang separuh berbahasa lisan dan separuh berbahasa istana.

Tetapi di tempat lain kita diberikan berbagai-bagai bukti betapa sedarnya pengarang ini kepada kekayaan budaya dunia dan juga sumbangan yang dapat diberikan kepada bahasa Melayu. Telah kita sebutkan contoh-contoh kata asing yang digunakan seperlunya, dengan sedikit rasa keinginan mempamerkan kebolehannya (yang boleh dimaafkan), kerana pada perasaan saya, tidak berlebihan atau secara menjolok.

Sering pula pengarang harus lama duduk mencari kata dan strategi naratif untuk melakarkan persoalan baru. Misalnya peperangan Melayu-Portugis memerlukan katakata baru untuk istilah senjata dan kapal. Begitu juga istilah khusus untuk bahagianbahagian istana dan persoalan agama dan tafsir.

Sulalat al-Salatin hidup, malah berdrama di depan kita. Walau pun pada dasarnya karya ini harus memeri keadaan dan perjalanan waktu, namun dalam strategi pengkisahan yang digunakan bukan sahaja naratif ceritaan, tetapi watak-watak dibenrakan berkata, berperasaan dan berbalahan. Pertemuan dan percakapan watak melakonkan persoalan, atau memberi suara yang lebih nyaring kepada gagasan

pengarang, tetapi karya ini mendapat nadi daripada perasaan watak dan rentak katakata mereka. Dalam naskhah aslinya kita tidak akan menemukan tanda berhenti atau koma, namun demikian kita dapat mencipta kembali patah-patah frasa dan rentak rhetorikanya. Dialog membayangkan kenyataan suara dan manusia dengan lebih berkesan daripada pemerian langsung. Oleh yang demikian kita diberikan peluang untuk mendengar suara pelakonpelakon di halaman kertas baru, walau pun suara yang kita dengarkan itu adalah ciptaan baru yang kita dasarkan kepada pemerian dan pengalaman kita sendiri. Namun begitu kesan karya ini dihidupkan oleh penciptaan kembali terhadap cerita dan wataknya. Kenyataan juga ditangkap melalui cerita dalam cerita, seperti sebuah teleskop kisah yang boleh dimasukkan ke dalam yang lebih awal atau yang lebih besar. Jarang kita dengar/baca yang dibuat-buat dalam Sulalat al-Salatin. Hampir setiap halaman mempersembahkan bahasa yang cukup sederhana tetapi tepat dan patut. Pengarang bukan saja tahu dirinya tetapi tahu juga bahasa yang sesuai dan dapat digunakan dalam berbagai-bagai keadaan. Seterusnya bahasanya tidak berpusat kepada dirinya, walau dirinya penting. Watak-wataknya dibenarkan meneruskan kehidupan sasteranya, dan pengarang menghormati mereka. Ruang yang sesuai diperuntukkan kepada mereka. Salah sebuah teori tentang bahasa sastera ialah bahawa bahasa ini adalah sesuatu yang dianehkan. Walau apa pun takrif aneh yang mungkin diberikan, saya merasakan bahawa bukanlah tujuan utama pengarang untuk menganehkan bahasa atau peristiwanya. Tetapi oleh kerana bakat yang tajam pandangannya melihat peristiwa dari sudut yang agak berlainan maka seluruh wajah pengalaman atau peristiwa menjadi sedikit berlainan dari biasa. Tetapi keanehan ini jugalah yang memberikan kita pengalaman sastera yang agak berlainan dan memuaskan pengalaman estetik kita.

Kita telah beberapa kali menyebut tentang kias dan ibarat yang digunakan dalam cerita todak melanggar Singapura, Puteri Gunung Ledang dan Raja Culan. Selain dari cara berkisah, ini juga adalah cara menggunakan bahasa. Dalam episod-episod ini teknik bahasa yang mengapungkan cerita di atas kenyataan juga terlibat dalam seluruh naratifnya. Melalui teknik dan bahasa ini, akhirnya makna di seberang waktu dapat dicapai sebagai legenda dan mitos.

Sulalat al-Salatin diperakui ramai sebagai kaya dengan imaginasi bahasa. Bentuk wacana untuk menggambarkan hidup yang kompleks dengan watak dan peristiwa bebagai-bagai mengalir dan berubah dengan keperluan. Oleh yang demikian kita mempunyai mukadimah dari contoh Parsi, bahasa salasilah yang cepat bergerak, patah-patah kalimat cepat mengulang gantian generasi. Tetapi dalam pemerian wanita cantik atau hutan bahasa ini lebih beralun dan mungkin ditambah dengan `nyanyi, bentuk pantun yang disukai ramai, dan sempurna untuk bercerita. Di tempat lain terlihat pula bahasa tafsir al-Quran, atau bahasa ilmiah yang dikuatkan dengan peribahasa dan kutipan dari buku lama. Inilah bahasa yang amat lentur dan dapat diubah untuk berbagai-bagai keperluan dan keadaan.

Sulalat al-Salatin juga cukup luar biasa kerana menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jalur ucapan dalam wacananya. Berdasarkan suatu prosa teras kelasik kurun ke-16 dan 17 kita lihat bahawa pengarang cuba melaksanakan tugasnya untuk menulis sebuah sejarah bangsa itu. Pengarang ini kemungkinan telah belajar, atau sekurang-kurangnya, berkongsi tradisi sasteranya dengan Hikayat Raja-raja Pasai. Walau pun kelihatan bersahaja wacana yang digunakan Tun Seri Lanang adalah suatu campuran berbagai jalur ekspresi yang dimatangkan oleh kegunaan dan aliran waktu. Oleh yang demikian kita menemui naratif sejarah sebagai terasnya, di sepanjang 31 bab versi awal (atau Pasir Raja) dan 34 bab

(versi Batu Sawar). Bentuk itu terbukti luwes, dapat digunakan untuk sejarah dan digabungkan dengan wacana bentuk lainnya, dan pada dasarnya sudah tercipta, walau pun dalam bentuk yang lebih mudah. Dari dasar inilah Tun Seri Lanang membina naratifnya. Beliau memasukkan, di suatu pihak, naratif rasmi, yang dekat kepada sejarah, dan di suatu pihak lainnya, yang tidak rasmi, yang membawakan episod yang dekat kepada cereka. Namun begitu di antara wacana sejarah dan wacana peribadi/cereka ini terjalin wacana kecil humor serta tragedi, yang membenarkan pengarang menjangkau daerah pengalaman yang luas dan dalam.

Akhir sekali wacana yang menyediakan simbol dan citra untuk wacana bangsa itu adalah bahasa yang padat, halus, luwes, tepat, tetapi boleh beralun, berperasaan dan sesekali taksa untuk keperluan kritikan dan ejekan.

Genre Sejarah Melayu Karya-karya Melayu terkenal kerana genrenya yang bercampuran. Sulalat alSalatin juga meneruskan wajah dan struktur campuran ini. Walau berdasaran sejarah, seperti sudah disentuh sebelum ini, kadang-kadang sejarah meringan dan cereka mengambil alih. Dalam bahagian-bahagian begini karya berkomunkasi dengan pembacanya melalui kekuatan cereka, dengan watak yang bertindak di pentas cerita. Untuk menawan pembacanya pantun/nyanyian ditambah. Dialog dibenarkan menjadi teras kepada drama antara manusia. Episod digunakan sebagai unit cerita, yang akhirnya bercantum menjadi keseluruhan yang utuh. Tetapi semua unit cerita ini disimpulkan oleh simpai moral dalam tradisi lama Asia.

Khalayak

Khalayak karya ini sudah melalui hampir empat kurun. Kita tidak dapat melukis khalayak sebelum zaman kita, melainkan yang kita alami sendiri beberapa puluh tahun ini. Tapi oleh kerana persoalannya beraneka ragam dan strategi naratifnya juga berbagai-bagai maka khalayak sasarannya juga berbagai-bagai pula. Cerita Singapura dilanggar todak sendiri boleh dibaca sebagai cerita raja yang bodoh, atau cerita aneh ikan yang melanggar pantai oleh khalayak anak-anak. Tetapi untuk orang di perguruan tinggi, tafsirannya boleh dibawa kepada kerajaan dan pentadbiran yang anti-intelektual dan yang mengongkong perkembangan bangsanya, kerana yang pintar dan dapat menyelamatkan bangsa itu dimusnahkan oleh orang yang takut akan kuasanya dirampas. Ini juga dapat dibaca sebagai wacana politik tentang pergeseran dan pengekalan kuasa.

Sulalat al-Salatin kaya dengan makna dan di dalamnya lapisan makna. Oleh yang demikian kitab ini boleh dibaca dari beberapa sudut, dari yang mudah kepada yang rumit dan berjaringan, serta misterius. Khalayak buku ini boleh umum, dan boleh juga khusus. Yang mencari salasilah akan mendapat maklumat dari sini, begitu juga yang inginkan sejarah kepulauan Melayu, kedatangan Islam, perkembangan Melaka, peraturan, ritual dan adat istiadat, cerita tentang raja-raja, pentadbiran, peperangan dsb. Yang berminat kepada agama ditawarkan hal-hal agama, termasuk tafsir dari Durr Manzum, cara berlagak kadhi berketurunan Arab, raja berhari raya, dan cara sesuai belajar agama dsb. Ramai yang menyanjungi bahasa Sulalat al-Salatin, oleh yang demikian inilah medan bahasanya yang cukup luas dan penuh dengan hidangan berbagai-bagai.

Karya ini begitu beraneka sasaran dan minatnya, maka permintaannya juga berbagaibagai. Setiap generasi dapat membacanya dan mengalami dari sudut zamannya, dan juga cara berfikirnya. Kita masih ingat lagi pada tahun-tahun sebelum 1950an beberapa

bab daripada kitab ini dibaca sebagai pelajaran bacaan untuk anak-anak sekolah. Tetapi bab yang sama boleh juga dijadikan bahan untuk teori sebuah disertasi doktoran. Kekayaan karya ini juga memajmukkan khalayaknya. Teksnya menawarkan pengalaman untuk setiap pembaca yang sudi membacanya dan menghadiah makna kepada setiap seseorangnya.

Akhir sekali khalayak ditawarkan suatu pengalaman estetik yang sublim, yang halus dan menawan.

Demikianlah genius Sulalat al-Salatin .

Bibliografi

Reiss, Timothy J 1992 The Meaning of Literature. Ithaca, Cornell University Press.

Tambling, Jeremy What is Literary Language? Milton Keynes, Open University Press.

Tun Seri Lanang 1997 Sulalat al-Salatin. Muhammad Haji Salleh, editor. Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

1970 Sejarah Melayu or Malay Annals. Diterjemahdan diberi nota oleh C.C.Brown. Kuala Lumpur, Oxford University Press.

Zalila Sharif dan jamilah Haji Ahmad, ed. 1993 Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).Diselenggarakan A.Samad Ahmad. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

******* Hikayat Hang Tuah Bab VII Perkahwinan Radin Mas Ayu dengan Raja Melaka (Sang Maniaka)

Sinopsis

Latar tempat di Majapahit. Radin Mas Ayu adalah anak kepada Betara Majapahit. Upacara perkahwinan dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah pada ketika ini masih berjawatan seorang Bentara sahaja. Hantaran belanja pula adalah emas tujuh bahara, kain tujuh peti dan perempuan dayang 70 orang. Sultan Melaka pun mengadap Betara Majapahit. Dalam majlis tersebut Hang Tuah telah dicabar berlawan dengan perajurit Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan kehebatannya memarang mata tombak dan membunuh pencabarnya. Semua halangan

terhadap hang Tuah adalah rancangan Patih Gajah Mada.

Kemdian datang pula Taming Sari datang mengamuk dan menikam ramai orang. Hang Tuah berani berhadapan dengan tentangan Taming Sari ketika pihak lain termasuk Patih Gajah Mada melarikan diri. Pada awalnya Taming Sari sukar dikalahkan kerana tidak lut diparang oleh Hang Tuah. Kekuatan Taming Sari ada pada kerisnya. Hang Tuah pun membuat muslihat agar mereka berdua bersama-sama mengamuk Betara Majapahit. Hang Tuah mengajak Taming Sari bertukar keris. Apabila sahaja Hang Tuah mendapat Keris Taming Sari, beliau telah memekis dan berlawan semula dengan Taming Sari. Hang Tuah telah berjaya mengalahkan Taming Sari dan dianugerahkan keris yang dimiliki oleh Taming Sari. Hang Tuah juga diberi gelaran Laksamana oleh Ratu Majapahit serta anugerah Sungai Jemaja.

1. Mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih.

Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik seperti definisi berikut: Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadangkala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut.[1] Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

Ciri-ciri epik adalah:

1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan. Hang Tuah mampu mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka saling bertukar keris.

2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat. Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.

3. Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema. Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan yang lain.

4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa). Hang Tuah tidak cedera walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa.

5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung melalui dialog dan aksinya sahaja...seperti Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan ketangkasan watak Hang Tuah.

2. Menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat melayu tradisional.

Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh kepada setiap individu manusia seperti berikut:

2.1 Perlu bersikap berani Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi membantu orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak dapat dinafikan. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang sanat berani. Apatah lagi menentang musuh yang handal seperti Taming Sari.

2.2 Manusia perlu bijaksana. Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang. Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh.

2.3 Taat setia kepada ketua. Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya.

2.4 Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain. Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu cara menghargai jasa-jasanya.

2.5 Sentiasa berwaspada. Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati.

2.6 Hormat menghormati. Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah

di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di negara orang (Majapahit).

2.7 Menghormati tetamu.

2.8 Gambaran adat dan budaya masyarakat. Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap raja.

********sekadar beberapa pandangan yang boleh difikir bersama.

3. Menjelaskan watak dan perwatakan

Watak Hang Tuah.

Seorang rakyat Melaka, pengiring kepada Sultan Melaka. Mendapat Gelaran Laksamana apabila berjaya mengalahkan Taming Sari. Ada lima sahabat.

Perwatakan Hang Tuah 1. Taat setia 2. Berani 4. Bijaksana 5. Tangkas bermain senjata. 6. Sangat menghormati raja.

**** perwatakan di atas perlu dihuraikan.

4. Menyatakan aspek estetik dalam karya kajian.

4.1 Penggunaan bahasa yang indah sesuai dengan zaman. 4.2 Ketepatan pemilihan kata. 4.3

Rujukan untuk pengetahuan tambahan: http://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuahantara-sejarah-mitos-atau-hikayat.html

..........................akan dikemaskini. Posted by Anja/TK at 9:16 PM No comments: Panduan Kajian Puisi Puisi Tradisional

Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmupengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan[1].

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat.

Calon seharusnya dapat:

a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri puisi tradisional terpilih; b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional; c) menyatakan aspek estetik dalan karya kajian; d) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya; e) menjelaskan nilai kemanusiaan, kepercayaan, dan keagamaan dalam puisi tradisional; f) menganalisis karya.

Masa pemelajaran 20 waktu Puisi tradisonal terdapat 7 tajuk.

Puisi Moden Calon-calon seharusnya dapat:

a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan ekstrinsik dalam puisi moden terpilih; b) menyatakan aspek estetika dalam karya kajian; c) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;

d) menganalisis karya.

Masa pembelajaran 20 waktu Jumlah sajak = 7 tajuk Posted by Anja/TK at 6:20 PM No comments: Sajak Seorang Jemaah oleh A. Wahab Ali

Seorang Jemaah A Wahab Ali

I Pada setia subuh bening Sedang azan memancar di menara masjid Kutemui dia tenang berjalan Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya putih

Sesekali aku berhenti Mempelawanya menaiki kereta Dia memberikan salam Bersamanya menerpa wangi haruman

Bila berjemaah Sesekali kami bersebelahan Sebelum takbir Dia sibuk bersugi.

Sebaik selesai imam memberi salam Dia berdoa singkat Kemudian menerjah ke luar Melipat jubahnya Dia ligat berjoging di asfalt Putih topinya, putih bajunya, putih seluarya, Putih kasutnya.

Setiap derap sepatunya Dia menyebut kebesaran Allah Setiap denyut jantungnya Dia menyambung doa yang tertinggal Minta umur dipanjangkan Minta selamatkan anak isteri Minta selamatkan saudara seagama Selamat yang hidup Selamat yang mati

Selamat di dunia Selamat di akhirat Selamat semuanya.

II

Kini Setiap subuh bening Azan tetap memancar di menara masjid Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya dulu Wangi harumnya masih menerpa Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.

Kini Ketika aku berjemaah Di sisiku dia tiada Tetapi sugi dan usallinya Memanjang di mataku

Kini Bila selesai imam memberi salam Tidak kelihatan dia bergegas ke luar Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya Pejalan kaki pagi Merindukan topi putihnya Doanya masih mengambang Tetapi degup jantungnya sudah lama berhenti Dia telah lama selamat Berbaring bersama deretan pusara Dato dan Tan Seri

Kuala Lumpur Kuala Terengganu 5-6.12.1991

Maksud Sajak

Bahagian 1 Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup.

R1: Aktiviti jemaah pada waktu subuh yang datang ke masjid dengan berjalan kaki dengan pakaian jubah.

R2: Penyajak sering mengajak jemaah tersebut menaiki kenderaannya.

R3: Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah tersebut.

R4: Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian lengkap.

R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati den menyebut nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada saudara seagama yang lain.

Bahagian 2 Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.

R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu pergi ke masjid.

R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan jemaah ketika solat tetap menjadi ingatan beliau.

R8: Ketika selepas solat penyajak merindukan aktiviti jemaah yang telah pergi itu. Penyajak rindukan topi putih dan doa bekas jemaah itu. Jemaah tersebut telah kembali ke rahmatullah dan bersemadi di kubur. Ahli jemaah yang telah meninggal itu dahulunya mungkin orang ternama, ada gelaran dan berpangkat besar.

Tema sajak

Sajak ini bertemakan kemanusiaan. Penyajak merakam kisah seorang pesara tua ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan beriadah. Sifatnya sangat mulia kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh saudara Islamnya. Pemergiannya sangat dirasai oleh penyajak dan sentiasa terkenangkan kisah rutin hidupnya.

Pemikiran sajak

1. Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat dan amal kebaikan. Perbuatan bangun pagi dan solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi mereka yang tidak biasa beramal dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah tentu amalan solat di waktu yang lain telah dilakukan oleh jemaah itu. 2. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Hati manusia yang suci bersih digambarkan melalui warna putih dalam ayat penyajak. Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Individu itu tiada dendam malah pemaaf orangnya.

3. Menjaga kesihatan dengan beriadah. Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita untuk menjaga kesihatan. Malah ia menjadi bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat malas. Manusia akan lebih cergas dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti kehidupan. 4. Setiap yang hidup pasti akan mati. Mengakui hakikat kehidupan bahawa penghujungnya adalah mati walau kita hebat menjaga kesihatan dengan bersenam. Segala aktiviti yang diusahakan merupakan ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan mengatasi segala-galanya. Jemaah tetap pergi apabila ajalnya telah tiba.

Pandangan Sarwajagat Melakukan sesuatu yang bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu bahawa seseorang manusia tidak akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan, selalunya kita kian kuat beribadat dan cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun kita tidak boleh menolak ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang terhad. Akhirnya manusia akan sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut. Posted by Anja/TK at 5:46 PM No comments: Sajak Pahlawan Ialah Dia Pahlawan Ialah Dia Abdul Ghafar Ibrahim Dewan Sastera 2001

Pahlawanialah warga yang mengalirkan keringat demi menyuburkan ladang negara sayang Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah demi menghidupkan simfoni negara berbilang.

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga siap sedia atas nama negara yang tidak dibiarkan leka Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia tahan uji atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela masa depan bangsanya lena Malam-malam waspada kerana tak sanggup peluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlangnya mengapung pada permukaan bahang puji dan keji Semangat wajarnya kental membara di udara kaji dan uji.

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya pada keluarga semasa bertugas jauh Bulan masa merebut tidurnya dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.

Dialah laskar pelindung kota penyokong desa warga yang tekadnya disimpulmatikan oleh jawapan sejahtera aman dialah nadi ketahanan industri teknologi kembangan memikul amanah tak berkesudahan demi mencari jawawapan makmur raya.

Tubuhnya perisai tembus peluru. Boom-bom-boom-bamm dia tak gentar Tum-tam-tum-tammm dia tunggu Tret-tet-tret-tett dia terus maju.

Baktinya bunga harum warna-warni dia tak peduli dia tak terpegun dia terus tugas tekun. Sebagai warga bangga bermaruah dia terus gemakan gunung hasrat: Selamatkan negara Besar bangsa Pelihara agama Daulat bahasa Cemerlang budaya

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan Kerana dialah kelompok rakyat pengunjung amanat yang bersandar pada sinar takwa yang pernah mengalami erti sengsara.

Cedera di bukit tangis di laut

jerit di udara

tempang di sempadan buta di ladang emas di sungai lesu di sawah parah di lembah

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya pahlawan bukti zaman yang pernah dilindungi zaman yang menjadi saksi kepada nilai kemanusiaan yang megah dipertahankan.

Sumber: Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Ogos 2001.

Maksud Sajak

Rangkap 1 Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering berusaha untuk menjaga jegara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi negara.

Rangkap 2 Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara.

Rangkap 3 Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya.

Rangkap 4 Khidmat pahlawan sentiasa adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan cabaran.

Rangkap 5 Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang. Malah berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.

Rangkap 6 Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada khidmat pahlawan negara.

Rangkap 7 Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke hadapan.

Rangkap 8 Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga mencapai matlamat.

Rangkap 9 Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti kesusahan.

Rangkap 10 Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit, laut dan udara)

Rangkap 11

Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya.

Rangkap 12 Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh.

Posted by Anja/TK at 5:15 PM No comments: Sajak Menyongsong Arus

Menyongsong Arus (mengenang Bahamanhttp://lipis-zaini.blogspot.com/2009/09/dato-bahaman-tok-gajahpahlawan-pahang.html dan Mat Kilau http://www.malaysiasensasi.net/2010/11/mat-

kilau-pahlawan-pahang.html ) Kemala Kuala Tahan Taman Negara 2000

Sesekali arus wajar kusongsong kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala di hulu sungai ada negeri sejuta tahun beribu pohon belum disentuh

sejuta erang cengkerik di liang-liangnya aroma daun dibasahi embun gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung "tak kulihat bayang pengembara jauh menyelam di jeram dugaan tak kutatap sayang meranum dan berahiku gigil sendiri" selasih di genggaman dan kasih di pautan.

Sesekali arus kusongsong untuk kukenal wajah kilatan maut ambil cemuh, simpan di peti-peti besi menunda-nunda serapah tuk batin jejak pendekar padam sudah batu-batu dihakis sejarah seribu kerikil dengan gigi tajamnya menyeringai menepis gerimis "dialah yang melandai tubuhku dentum peluru sepoi Inggeris meringgis kulit, hanya desis

menyibak kebal embun tujuh subuh dia berlalu meninggal bayang tak berwajah, hanya dentuman

menerjah cengal, membalik berdebur ke sungai penuntun mata angin taufan dalam diri serigala mengilau di mata "nyeberang kuala trenggan!"

Sesekali arus wajar kusongsong merempuh jeram batu-batu hidup, angin berdarah membawa alamat "masih belum kiamat, dik kau tiba pada senja lewat seribu musim aku menggenggam keris lok tujuh kau menggumam pantun dan gurindam. Namun

masih kita punya satu ibu!"

Sesekali arus wajar kusongsong untuk kembalikan kilat diri ke padang sasar sejarah. Untuk mencium bau merbau dan keruing dan terjemahkan rintih sejuta cengkerik di liang-liang rumahnya di hutan purbawi ini.

Ada cermin di dasar kali ada amin di dasar hati menyongsong kali menyongsong diri.

Kuala Tahan Taman Negara

Sumber: Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Jun 2005

Maksud Sajak

Rangkap 1 Sesekali penyajak berpendapat seseorang itu perlu menjadi pihak yang bertentangan arah. Jika tidak, mungkin kita akan berada ditakuk lama dan tidak berubah (jumud). Sesekali kita perlu meredah kepayahan dan berjuang.

Rangkap 2 Apabila kita berubah arah (pendapat), kita akan dapat mendengar cacian manusia yang selama ini diam tidak berkata apa-apa. Malah akan terbongkar sikap buruk sebenar pihak penjajah dan penguasa yang sebenarnya bersifat bengis dan zalim.

Rangkap 3 Terserlahlah segala sikap dan keburukan diri .

Rangkap 4

Sesekali kita perlu melawan arah dan berani meredah kepayahan. Pejuang dahulu berjuang dengan senjata tetapi kita kini berjuang melawan arah hanya dengan bahasa penulisan yang penuh dengan kiasan. Tetapi matlamat perjuangan tetap sama seperti pejuang dahulu (Bahaman dan Mat Kilau).

Rangkap 5 Kita memang perlu melawan arus sekali sekala kerana ia boleh mendidik diri kita mengerti tentang sejarah lama. Kita akan dapat merasakan kepedihan dan kesusahan lampau. Kemudian kita dapat terjemahkan kisah kehidupan lampau itu.

Rangkap 6 Penyajak menyatakan bahawa terdapat pedoman tanda dan harapan yang positif apabila menyongsong arus.

Tema sajak

Sajak ini bertemakan semangat cintakan negara atau nasionalisme.

Beberapa alasan boleh diketengahkan bagi menyokong pendapat ini. Sajak ini mengajak setiap individu yang membaca sajak ini agar tidak menjadi pak turut dalam semua keadaan. Kadangkala kita perlu berkorban dengan memberanikan diri untuk menyongsong arus yang kita ketahui banyak cabaran dan dugaan. Di antara cabaran ketika menyongsong arus adalah kepayahan mengharungi deruan arus air yang kuat. Malah bersama arus tentunya ada bahaya yang pelbagai. Terdapat batu batan yang tajam, pelbagai sampah sarap dan hanyutan yang datang bersama arus. Risiko bahaya menyongsong arus boleh mencapai tahap korban jiwa. Namun sekiranya kita sentiasa memilih untuk berada di zon selesa, maka kehidupan ini akan hanya menjadi biasa-

biasa sahaja tanpa mengenal erti perjuangan dan pengorbanan.

Oleh itu, untuk mengharungi kehidupan dalam sebuah negara yang moden ini kita haruslah sentiasa berfikir dan bertindak demi kebaikan masa depan negara. Jika kita merasakan wujudnya perkara yang memerlukan pembelaan terhadap golongan yang tertindas, maka kita perlu berani mengemukakan pendapat kita. Sesekali kita perlu berani bersuara kepada pihak penguasa kerana tanpa tindakan sebegitu mungkin kita akan berada ditakuk lama dan tidak memberi apa apa erti dalam kehidupan kita sehingga penghujung usia seperti mana kata-kata pada baris sajak "kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala". Tindakan menyongsong arus ini sebenarnya telah dilakukan oleh pejuang terdahulu iaitu Dato Bahaman dan Mat Kilau yang berani menentang kezaliman penjajah Inggeris.

Namun tindakan yang dilakukan ini bukan menjanjikan kebahagian yang segera. Kita mungkin terpaksa menghadapi cemuhan dan cabaran bahaya yang mengundang maut. Kita tidak perlu berjuang sehingga mengangkat senjata sebagaimana pejuang dahulu yang terpaksa bertempur dengan keris, tetapi cukuplah berjuang melalui media penulisan sebagaimana contoh berikut: "masih belum kiamat, dik kau tiba pada senja lewat seribu musim aku menggenggam keris lok tujuh kau menggumam pantun dan gurindam. Namun

masih kita punya satu ibu!"

Kemampuan kita memberikan pendapat dan berani menyatakan kebenaran sebenarnya adalah mewarisi sifat nasionalisme yang terdapat dalam diri pejuang terdahulu. Oleh itu tindakan menyongsong arus bukanlah satu penderhakaan tetapi merupakan sesuatu kebijaksanaan demi cintakan negara dan menyelamatkan negara dari kehancuran. Cuma tindakan kita itu perlu bijaksana dan bukan di atas kepentingan diri.

Soalan perbincangan:

Bincangkan kemungkinan yang boleh anda lakukan dalam penulisan anda demi membuktikan bahawa anda seorang yang cintakan negara anda. [25]

Posted by Anja/TK at 4:46 PM No comments: Wednesday, July 25, 2012

Sajak Keris Itu Masih Di Tanganmu Ahmad Sarju Keris Itu Masih Di Tanganmu Ahmad Sarju

Keris itu masih ditanganmu untuk menyambung perjuangan yang sewaktu-waktunya engkau terpaksa mengalah hati terhiris luka suara terpaksa membisu diam mematahkan fitnah berlembut mencari hikmah

Jika terlalu pahit kaurasi kembalilah kepada realiti perjuangan itu pasti ada ranjau durinya perjuangan itu pasti ada liku-likunya perjuangan itu pasti ada pahit getirnya perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya jika genting janganlah kauputuskan jika tegang janganlah kaurentapkan jika retak janganlah kauhancurkan jika putus janganlah kuahanyutkan jika bocor janganlah kaukaramkan

Ketika kini engkau teruji erti ketabahan setia seorang musuh tikaman seorang sahabat jujur seorang seteru fitnah seorang kerabat kerana sewaktu-waktunya yang diam mentertawakan kita yang mengangguk membenci kita yang berpura-pura rajin bersuara

yang menetang menjadi sahabat yang bijak merendah suara yang berhemah memanjatkan doa yang setia rela mengorbankan dirinya

Keris itu masih di tanganmu untuk menyambung perjuangan setelah engkau menjahit dengan ketajamannya seharusnya engkau telah belajar dan mahir menepis tikaman mencemburui persahabatan kerana yang mengatur kejatuhan bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman.

Sumber: Dewan budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Oktober 2000

Maksud Sajak

Keris = perlambangan tentang kuasa, kemampuan, keupayaan, kelebihan, kekuatan dan sebagainya.

Rangkap 1 Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan kita sekarang perlu dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada waktunya kuasa tidak patut digunakan dan kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak secara lembut dan bijaksana.

Rangkap 2

Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami hakikat kesusahannya. Pejuang tidak boleh kecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada sehingga memusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak.

Rangkap 3 Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh mengkhianati perjuangan. Rakanrakan sekeliling ada yang jujur setia namun ada yang berpura-pura.

Rangkap 4 Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan kerana kita sudah berpengalaman dengan ranjau perjuangan. Malah para pejuang sudah mengenali rakan dan lawan. Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam perjuangan sebenarnya berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan oleh kekuatan musuh.

Tema sajak

Perjuangan tentang hidup. Selagi kita ada kekuatan, keupayaan, kebolehan, kemampuan, kekuasaan dan sebagainya kita perlu berani menghadapi segala pancaroba hidup. Kadang-kadang kita terpaksa mengalah dan kecewa dalam perjuangan. Realiti perjuangan adalah perlu menghadapi ranjau dan halangan. Dalam perjuangan juga ada rakan yang jujur dan ada yang khianat. Namun selagi kita ada kekuasaan, keupayaan, kemampuan, kebolehan dan sebagainya maka kita perlu terus berjuang. Pemikiran sajak

1. Hidup perlu berjuang. 2. Mengalah bukan bererti kalah perjuangan. 3. Memahami realiti perjuangan. 4. Berhati-hati dengan sahabat.

*******huraikan.

Pandangan sarwajagat

Sajak di atas menjadikan perkataan "keris" sebagai kata kunci bagi memahami maksud keseluruhan sajak. Jika keris dimaksudkan dengan kekuasaan politik maka ia boleh dikaitkan dengan survirval bangsa terutamanya bangsa melayu. Maka sajak ini menjurus kepada unsur patriotik yang mengajak masyarakat sedar tentang perjuangan survirval bangsa. Malah dalam perjuangan tersebut bangsa melayu kadangkala perlu berkorban dan mengalah lantaran adanya tolak ansur dengan lain-lain bangsa yang telah menjadi sebahagian rakyat Malaysia. Namun yang menyedihkan ialah adanya perbuatan khianat yang berlaku di kalangan rakan-rakan sendiri.

Jika kita ingin meluaskan maksud sajak ini, kita boleh mentafsirkan perkataan keris sebagai keupayaan, kebolehan, kekuatan dan kemampuan seseorang. Dalam hidup, kita memang perlu berjuang bagi menghadapi segala halangan dalam hidup. Umpamanya, ketika umur kita masih muda, kuat dan berupaya belajar, maka kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan setinggi mungkin. Situasi tersebut juga boleh diibaratkan sebagai keris atau senjata yang ada pada diri kita. Andai kita tidak mahu berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan rugi. Kita perlu faham hakikat perjuangan dan perlu berkorban. Kepada mereka yang tahan perjuangan, wujud pula

cabaran lain termasuklah sifat dengki dan irihati rakan-rakan seperjuangan. Oleh itu kita perlu berhati-hati dan waspada.

Keris juga boleh dikaitkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri kita. Jika kita mempunyai apa-apa kelebihan, maka kita perlu menggunakannya dengan baik. Ia adalah satu peluang yang perlu dimanfaatkan. Seorang yang berbakat dalam bolasepak tentunya mempunyai kelebihan umpama mempunyai sebilah keris. Maka individu tersebut perlu memanfaatkan kebolehannya untuk kebaikan diri. Namun untuk berjaya sebagai pemain bolasepak, individu tersebut perlu banyak berkorban jiwa dan raga.

Posted by Anja/TK at 11:12 PM No comments: Sajak Aku Tidak Mahu Lagi T. Alias Taib Aku Tidak Mahu Lagi T. Alias Taib

aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada kebenaran kerana kebenaran sering disalahertikan menjadi tidak benar lagi

aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada kepalsuan kerana kepalsuan sering diputarbelitkan menjadi tidak palsu lagi

aku tidak mahu lagi

jadi saksi kepada pembunuhan kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan hingga pembunuh melangkah tenang

aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada penipuan kerana penipuan sering disalahtafsirkan hingga penipu bersiul riang

Sumber: Pasar Pengalaman, T. Alias Taib, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004.

Maksud Sajak

Rangkap 1 Kebenaran tidak mampu ditunjukkan kerana sering disalah anggap. Orang yang benar dianggap telah melakukan kesalahan.

Rangkap 2 Kepalsuan pula telah diputarbelitkan. Sesuatu yang palsu telah menjadi sesuatu yang dianggap benar.

Rangkap 3

Pembunuhan tidak dapat dibuktikan kesalahannya. Pembunuh terselamat daripada hukuman.

Rangkap 4 Penipuan yang ditafsirkan sebagai kebenaran. Penipu gembira kerana berjaya menipu.

Pandangan Sarwajagat. Penyajak enggan menjadi saksi kepada segala kepincangan yang sedang berlaku di kalangan masyarakat yang penuh dengan tipu muslihat. Perkataan saksi boleh diertikan sebagai keengganan penyajak terlibat atau penyajak tidak mahu dipertanggungjawabkan. Maksud lain bagi perkataan saksi pula, penyajak tidak mahu melihat lagi situasi songsang yang sedang berlaku.

Kebenaran, kepalsuan, pembunuhan dan penipuan merupakan isu yang sering berlaku di kalangan umat manusia. Secara khusus ia berlaku dalam persekitaran masyarakat penyajak. Namun penyajak hanya menyebut secara umum sahaja tanpa menyatakan siapa yang melakukan dan tidak menyebut punca sebenar situasi tersebut berlaku.

Segala yang berlaku telah menjadi sebaliknya kerana ada pihak telah berjaya menukarkan situasi berkenaan berdasarkan kebijaksanaan diri mereka. Kebenaran telah menjadi palsu manakala yang palsu telah menjadi benar. Dari sudut keadilan pula seorang pembunuh telah berjaya melepaskan diri dan bebas dari hukuman. Golongan yang suka menipu pula sangat gembira kerana berjaya meyakinkan orang ramai bahawa dirinya benar.

Mungkin pihak yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Pemimpin masyarakat (golongan berpengaruh). Pemimpin sering berucap di khalayak ramai dan mempunyai ramai pengikut. Kata-kata mereka akan dipercayai ramai orang samada sumber itu bernar ataupuan palsu.

Media. Sumber media samada bercetak maupun elektronik adalah sumber maklumat orang ramai. Berita yang dikemukakan akan mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat.

Hakim. Beliau adalah pihak yang membuat keputusan di mahkamah. Keputusan hakim dianggap muktamad dan beliau mampu memberi keputusan ke atas seseorang yang dituduh itu samada bersalah atau tidak.

Peguam. Golongan ini adalah terdiri dairpada bijak pandai yang mempunyai kelulusan tinggi. Mereka pandai berhujah untuk kepentingan pelanggan mereka. Sebahagian kes yang dimenanginya mungkin menimbulkan rasa kurang senang pihak lain.

Ahli politik Penulis/Wartawan

Orang awam (massa). Orang awam sering membicarakan pelbagai isu di manamana tempat yang selesa bagi mereka terutama di warung kopi. Mereka saling mempengaruhi antara satu sama lain dan sentiasa bertukar maklumat. Sebarang maklumat yang salah akan menambahkan lagi salah tafsir tentang sesuatu isu negara.

Sesiapa sahaja yang mungkin terlibat.

Posted by Anja/TK at 11:08 PM 2 comments: Sajak Di Titian Kemerdekaan - Darmawijaya Di Titian Kemerdekaan Dharmawijaya

telah datang angin kemerdekaan melambai tanah air berlagu sentosa telah gemilang sumpah kerelaan membelai bangsa sepanjang usia.

setiap menjelang kemerdekaan ini bergemalah di hati anak peribumi sejahtera bangsa menggenggam kemenangan keramat bangsa menentang keagungan.

kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak di sini langit jernihmu dijunjung cinta kasih tiadakan retak meski debar sengketa melanda jantung.

tanah air tercinta hamparan setia kamilah kini pewaris kemerdekaan seluhur suara seteguh cita menjunjung bakti mahkota kedaulatan.

1990

Sumber: Derita Buana, Dharmawijaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992.

Maksud Sajak

Rangkap 1 Sambutan kemerdekaan datang untuk kesekian kali dengan suasana aman dan semangat yang membara kepada seluruh warganegara.

Rangkap 2 Semangat rakyat yang berbangga dan merasakan diri mereka telah mencapai kemenangan daripada kuasa besar.

Rangkap 3 Semangat kemerdekaan telah menjadikan rakyat bertambah cinta dan setia kepada negara sekalipun ada bibit sengketa.

Rangkap 4 Janji penyajak selaku pewaris kemerdekaan untuk menjunjung mahkota kedaulatan negara.

Posted by Anja/TK at 11:02 PM No comments: Sajak Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian -Baha Zain

Sajak Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian Baha Zain- 2003

i Aku terbangun pada waktu tengah malam membuka jendela melihat seluas alam pernahkah engkau terbangun seperti ini? Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

Lihatlah gelap pekat di mana-mana nampakkah engkau di sana ada pelita? Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang tidak pekat hitam, tapi remang-remang.

ii Sepi malam melindungi engkau dari bisikan

orang kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan putuskanlah ke mana matamu memandang pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan? masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan akal budi atau tergoda bisikan halus ayaitan-syaitan itu.

Kita sering melihat cahaya benderang jauh ke depan meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburan di situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasan kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat agama jadi alasan, jadi boneka permainan kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita nyaringkan suara supaya orang tidak mendengar bisikan hati nuraninya sendiri, syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan 'Engkau harus kuasai mereka dengan harga setinggi mana pun atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian sebuah kota yang telah menjadi perebutan'.

iii Perang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium, galeri dan universiti

perang telah mengoyakkan halaman-halaman sejarah perang akan mencipta sejarah baru di halaman-halaman yang baru sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar yang dahulu

Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lama jadi tirani apabila mencium bau wang pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan? Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian yang merumahkan kemanusiaan.

Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan untuk semua bangsa yang membenci persengketaan. Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau talah dipermainkan?

Sumber: Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, April 2003.

Perkataan perlu difahami

1.

Tirani = Corak pemerintahan yang zalim. Menggunakan kekuasaan sesuka hati

Maksud sajak

Rangkap 1 Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan kegelapan pekat malam yang dapat dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrinsiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cayaha remang tersebut dengan kehidupan yang sedang dihadapinya.

Rangkap 2 Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar) menyebabkan diri rasa terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.

Rangkap 3 Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara-suara pejuang keamanan yang dilahat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang keamanan melaungkan slogan cinta kedamaian. Seruan mereka supaya manusia berjuang dengan harta dan tenaga. Di atas nama matlamat mencapai kemenangan, maka manusia sanggup bertelingkah.

Rangkap 4 Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perbutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara.

Rangkap 5 Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.

Rangkap 6 Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan supaya kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.

Pemikiran sajak

1. Bandingan kegelapan malam dengan kesusahan hidup 2. Godaan anasir jahat (syaitan)supaya melakukan kejahatan 3. Sikap pura-pura konon memperjuangkan keamanan tetapi sebenarnya membawa kemusnahan. 4. Menjadikan agama sebagai topeng 5. Manusia sanggup mati kerana berebut kuasa 6. Akibat peperangan adalah kemusnahan

7. Sikap pemimpin yang zalim

Posted by Anja/TK at 10:57 PM No comments: Monday, July 23, 2012 922/1 Sajak Pertemuan di Hyde Park

SAJAK Pertemuan di Hyde Park

Adi Badiozaman Tuah

Bila berdiri di antara pepohon rimbun di Hyde Park aku teringat sebidang tanah luas pemberian ayah di kampung betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak kemudian dibiarkan kering dan dibakar dan setelah berkali-kali ditanam padi

menjadi huma bukit milik keluarga.

Atas munggu itulah aku selalu berdiri bersama ayah sama ada ketika padi membesar atau semasa menghalau burung pipit atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi atau saja-saja santai antara panggilan emak bila memerlukan kopi atau bila kemudiannya menemani ayah menanam anak getah atau membetulkan barisan tanaman ladanya.

Bagaikan membahaskan isu utama dunia di Sudut Pidato di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaannya betapa kegunaannya bisa berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa

segalanya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara

Di situlah ayah sering mengingatkan erti sebuah amanah kitalah yang mencorakkan dan membentuk tanah ini mengikut kesesuaiannya dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali semula menjadi milik alam semesta.

Sumber: Wajah Kita: Kumpulan karya Penulis Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004

Hiyde Park

Perkataan yangperlu difahami

1. Hyde Park 2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah. 3. langkau = batas, baris tanaman.

Maksud Sajak

Oleh Adi Badiozaman Tuah halaman 19-20. Tahun 2004. Sebelum memahami sajak ini kita perlu tahu latar belakang dan sejarah Hyde Park. Menurut Wikipedia Hyde Park ialah seperti berikut: Hyde Park is one of the largest parks in central London, United Kingdom, and one of the Royal Parks of London, famous for its Speakers' Corner. The park was the site of the Great Exhibition of 1851, for which the Crystal Palacewas designed by Joseph Paxton. The park has become a traditional location for mass demonstrations. The Chartists, the Reform League, the Suffragettes and the Stop The War Coalition have all held protests in the park. Many protesters on the Liberty and Livelihood March in 2002 started their march from Hyde Park. On 20 July 1982 in the Hyde Park and Regents Park bombings, two bombs linked to the Provisional Irish Republican Army caused the death of eight members of the Household Cavalry and the Royal Green Jackets and seven horses.

Hyde Park adalah satu tempat yang dikategorikan sebagai taman diraja yang dipenuhi dengan kehijauan persekitarannya yang seluas 630 ekar. Pernah dibom oleh tentera pemberontak Ireland (IRA) yang menyebabkan 8 orang mati.

Pada rangkap pertama pengarang telah membandingkan sebidang tanah pemberian ayahnya di kampung dengan pepohon rimbun di Hyde Park. Pengarang telah menceritakan sejarah tanahnya daripada sebuah hutan kepada sebuah ladang huma milik keluarga. Rangkap kedua pula menjelaskan bagaimana aktiviti pertanian yang telah dijalankan di kebun ayahnya itu. Rangkap ketiga membicarakan tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaan tanah. Kita sebagai pentadbir kebada tanah yang dimiliki adalah pihak yang menentukan batas-batas kegunaan tanah tersebut. Rangkap keempat adalah ingatan ayah penyajak tentang tanggungjawab pewaris tanah dan nasihat yang dikemukakan supaya jangan alpa (lupa) terhadap amanah yang mereka miliki. Segala milik kita akan kembali menjadi milik alam semesta sekiranya kita lupa.

Pandangan Sarwajagat. Jika kita mengetahui sejarah Hyde Park tentunya terdapat beberapa keadaan yang perlu difahami oleh kita mengapa pertemuan di tempat penyajak berada menjadi titik tolak pendapatnya tentang alam sekitar. Sebagai taman diraja, Hyde Park menjadi satu tempat yang indah di tengah kota London. Di sekeliling taman berkenaan pula telah dipenuhi dengan pembangunan yang pesat seperti rumah dan pusat-pusat perdagangan. Malah Hyde Park juga menjadi tempat awam masyarakat kota London

melakukan aktiviti sosial termasuklah berhibur dengan konsert di sana. Malah sejarah juga mencatatkan tentang serangan tentera Ireland yang telah memberontak pada tahun 1982. Lalu penyajak mempunyai beberapa padangan tentang fungsi sebidang tanah sebagaimana tanah milik ayahnya yang telah digunakan untuk tujuan pertanian. Ayat sajak ini mencatatkan seperti berikut:

betapa kegunaannya bias berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa segalnya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara

Ayat sajak di atas menggambarkan tentang kekuasaan manusia ke atas tanah atau alam sekitar yang dikuasai boleh berfungsi mengikut kehendak pemiliknya. Jika melihat kepada Hyde Park, ia sehingga kini mampu dipertahankan sebagai satu kawasan semulajadi yang terpelihara sedangkan persekitaran Hyde Park sudah dibangunkan menjadi Bandar kosmopolitan yang maju dan sibuk (rujuk:http://en.wikipedia.org/wiki/Hyde_Park,_London).

Tema Sajak.

Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak untuk menyampaikan amanat melalui puisi beliau dengan tema menghargai tanah warisan. Tanah warisan adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Kita sebagai penerima amanah bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara kerana keperluan untuk makanan lebih utama. Bagi Hyde Park, tanah tersebut perlu

dijaga keindahan persekitarannya kerana kemusnahannya memungkinkan masyarakat setempat tidak dapat menikmati kawasan yang sedemikian rupa lagi. Persekitara Hyde Park sendiri sudah dikorbankan untuk kepentingan komersial dan penempatan manusia. Oleh itu masyarakat di kampung halaman penyajak perlu disedarkan tentang usaha mengurus sumber tanah yang terhad ini dilakukan dengan berhati-hati supaya terpelihara dari kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat ayahnya yang selalu bercerita tentang erti sebuah tanah (rangkap 3 hlm. 19).

Pemikiran.

1. Menjaga amanah tanah warisan 2. Menghargai pemberian warisan keluarga 3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana 4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan kemusnahan.

(persoalan di atas perlu dihuraikan)

Aspek Estetik.

1. Aspek bahasa 2. Pemilihan kata 3. Rima sajak

4. Unsur bunyi Asonansi dan Aliterasi

(sila huraikan)