Você está na página 1de 2

Pelajar perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut bagi memenuhi keperluan tugasan bagi seminar ini.

Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1) Berdasarkan kepada video seminar yang telah dimuat naik dalam portal EPiC (http://www.youtube.com/watch?v=A4QaH4rFQSI&feature=youtu.be), anda dikehendaki membuat rumusan terperinci berkaitan Tajuk 1 Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri. Rumusan tersebut harus merangkumi aspek-aspek penting yang telah dibentangkan. Hadkan rumusan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 19 Februari 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A1.

Tugasan 2 Aktiviti 2: Ulasan Ceramah Tajuk 2 (T2A2) Membuat ulasan secara kritis bagi Tajuk 2 : Motivasi Pelajar (http://www.youtube.com/watch?v=Kvli-VLY98w&feature=youtu.be) berdasarkan kepada persoalan-persoalan berikut: a) Apakah faedah yang akan diperolehi oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan Guru; dan

b) Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti Program Pensiswazahan Guru. Hadkan ulasan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada 25 MAC 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A2.

Tugasan 2 Aktiviti 3: Jurnal Reflektif (T2A3) Imbas kembali aspek-aspek penting yang telah anda perolehi semasa mendengar kedua-dua ceramah. Cuba fikirkan adakah aspek-aspek yang telah disarankan menggambarkan situasi diri anda sebagai seorang guru pada masa ini? Selanjutnya, sejauhmanakah anda dapat melaksanakan saranan-saranan tersebut demi meningkatkan kerjaya diri sebagai seorang guru yang boleh membawa kepada keberhasilan murid. Hadkan Jurnal Relektif anda kepada 3 muka surat sahaja.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 3 sebelum atau pada 8 MEI 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A3 (Reflektif Jurnal).

Você também pode gostar