Você está na página 1de 16

HBAE 2203

2013

1.0 PENGENALAN Pendidikan Seni visual memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak- kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Bidang pendidikan seni yang ketiga adalah membentuk dan membuat binaan. Kali ini, tugasan yang perlu disiapkan bertajuk diorama yang terkandung di dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Ciri-ciri diorama dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan bagaimana kreativiti kanak-kanak dapat dikembangkan melalui aktiviti diorama. Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. (http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-diorama.html) kontemporari objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan ditegaskan di dalam bidang membentuk dan membuat binaan ini. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina kotak diorama. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

~1~

HBAE 2203

2013

2.0 CIRI-CIRI DIORAMA Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan struktur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Salah satu ciri diorama ialah bentuk diorama mestilah menepati tema dan tajuk. Sebelum membina diorama, kita perlu memilih tema dan tajuk yang sesuai dengan peringkat umur. Contohnya saya memilih untuk mengajar pendidikan seni visual tahun 4. Tema dan tajuk yang di pilih hendaklah bersesuaian dengan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan seni visual tahun 4. Di dalam dokumen standard kurikulum tersebut, murid diminta untuk membina diorama yang bertemakan objek buatan manusia dan bertajuk akuarium. Daripada tema dan tajuk ini, guru boleh membimbing murid untuk membina diorama ini. Namun begitu, ekspresi dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian daripada cetusan tema dan tajuk. Diorama menampilkan tema dan tajuk secara realism.

Diorama temakan buatan manusia Tajuk : Akuarium

Ciri diorama yang kedua ialah Bahan Binaan Diorama mestilah sesuai dengan tujuan hasilan. Sebelum membina diorama, seseorang guru perlu memastikan ketahanan dan kesesuaian diorama yang akan dihasilkan. Sebagai contoh bahan-bahan yang digunakan mestilah sesuai dengan tema dan tajuk yang dipilih supaya ianya mudah diaplikasi, selari dengan tema dan tajuk. Untuk lebih bermutu diorama yang dihasikan, pastikan ianya menarik, sedondon dan saling lengkap melengkapi.

~2~

HBAE 2203

2013

Ciri yang seterusnya ialah pastikan diorama yang ingin dibina tersebut kuat, kukuh dan selamat. Persoalan kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan supaya diorama yang dibina dapat dipamerkan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Diorama juga perlu kukuh kerana pemerhati akan membuat pengamatan dan penilaian dengan teliti. Ciri yang keempat ialah kepelbagaian bahan dapat diadun dan dipasang dengan baik, seterusnya membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik. Menyusun atur komposisi bahan penting untuk astistik bahan dan estetika diorama. Adunan rentak, pergerakan dan kontra dan kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jels iaitu untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik. Tambahan pula kelainan alat dan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza mengikut kesesuaiannya. Ciri yang seterusnya ialah mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan, harmoni dan kesatuan yang menarik.

3.0

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia

merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan.(dipetik daripada HBAE 2203 Seni Dalam Pendidikan OUM). Pemilihan diorama di dalam aktiviti seni dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak seperti kognitif, psikomotor, efektif dan sosial. Diorama dibina dengan pemilihan tema dan subjek yang tertentu. Tema-tema yang digunakan di dalam diorama seperti persekitaran, alam semula jadi, kemasyarakatan dan kebudayaan. Semasa penghasilan kotak diorama perkembangan emosi kanak-kanak dapat ditingkatkan. Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Kanak-kanak menunjukkan kepuasan dan menyampaikan perasaan mereka menerusi hasil kerja mereka serta menerima pandangan orang lain semasa bercerita dan semasa penetapan tajuk atau tema pada sesebuah diorama. Proses membina kotak diorama dapat membentuk sikap positif

~3~

HBAE 2203

2013

kanak-kanak berkenaan kebolehan sendiri, lebih yakin dan berdikari. Kanak-kanak akan lebih teruja jika hasil kerja seninya dipamerkan dan merasa hasil kerja mereka dihargai. Perkembangan sosial kanak-kanak juga dapat dikembangkan melalui aktiviti diorama. Aktiviti membina kotak diorama ini biasanya guru akan mengagihkan pelajar di dalam kumpulan. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi, bekerjasama dan bertolak ansur. Mereka menggunakan kemahiran sosial dengan berinteraksi dengan ahli kumpulan dalam memberi idea, berkongsi bahan dan peralatan seni. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan meluas dan berkesan apabila berinteraksi dengan guru atau ibu bapa sepanjang proses melaksanakan aktiviti seni. Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran bahasa terutamanya kemahiran bertutur dan mendengar semasa aktiviti. Kanak-kanak berpeluang menggunakan bahasa secara bermakna dan tepat seperti menggunakan perkataan dan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul serta berinteraksi secara sopan dan bertatasusila menerusi aktiviti seni dan kraf. Perkembangan fizikal kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui aktiviti membina diorama ini. Penggunaan bahan dan peralatan dalam membina diorama memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak menggunakan gunting untuk menggunting objek-objek yang hendak di letakkan di dalam kotak diorama. Secara tidak langsung, kemahiran motor kanak-kanak dapat dikembangkan. Aktiviti memegang gunting, bermain dengan bahan dan alatan memungkinkan pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanak-kanak. Aktiviti menggunakan tanah liat dapat meningkatkan perkembangan kemahiran seni dan kreativiti kanak-kanak di mana mereka dapat membentuk pelbagai objek. Selain itu, aktiviti inidapat turut membantu perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Sepanjang proses aktiviti membina kotak diorama, kanakkanak diberi peluang untuk membuat pemerhatian, menganalisis, menjana idea dan seterusnya menghasilkan karya seni yang asli. Oleh yang demikian, proses ini dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Aktiviti seni kanak-kanak menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah aktif dan kreatif serta berupaya mencipta sesuatu yang baru. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk berfantasi berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing.

~4~

HBAE 2203

2013

Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak bukan terhad kepada pameran di galeri seni. Ia juga merupakan strategi dan kaedah pembelajaran untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur bahasa, emosi, sosial, fizikal, kognitif, kreativiti dan kerohanian, sikap dan nilai agar dapat membentuk insan secara menyeluruh. Kanak-kanak mengamalkan sikap sabar, tekun dan kerjasama semasa aktiviti dilakukan. Selain itu, penggunaan bahan-bahan semula jadi dan persekitaran mendidik kanakkanak menghayati keindahan alam semulajadi. Keindahan yang dihayati akan menimbulkan rasa seronok kanak-kanak untuk lebih dekat dengan alam ciptaan Tuhan. Secara keseluruhannya, aktiviti bentuk binaan dapat membantu kepada perkembangan bahasa, emosi, sosial, fizikal, kognitif, kreativiti, kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak.

4.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK

Kreativiti adalah potensi semula jadi yang dipunyai oleh semua individu. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran mulai dari prasekolah lagi. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, membuat perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara liberal dan membuat refleksi tentang idea, tindakan dan hasil. Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan kepada kanak-kanak. Kreativiti kanak-kanak dapat ditingkatkan. Bagi

meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan melukis dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imaginasi, kreativiti dan gembira untuk meluahkan emosi. Salah satu pendekatan yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak adalah pendekatan bertema semasa pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan bertema di dalam pengajaran memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan dalam persepsi, estetika dan kreativiti mereka. Jika guru menggunakan pendekatan ini, hasil pembelajaran berupaya membantu murid menghargai keindahan alam persekitaran, menghargai keindahan seni dan warisan bangsa, adat resam serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep dan tema.

~5~

HBAE 2203

2013

Pendekatan bertema di dalam diorama terdiri daripada alam persekitaran dan semula jadi, perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi pelukis, aliran dan tema sejagat serta keperluan dan pengalaman hidup harian. Pendekatan bertema boleh diaplikasikan kepada pelbagai pemilihan dan ia mempunyai kelebihan, kekuatan dan cabaran masing-masing. Bagi tema persekitaran dan semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada di persekitarannya dan habitat semua hidupan. Tema ini boleh mendedahkan kepada pelajar keadaan sebenar tentang habitat semua hidupan. Kelebihan tema ini dalam pengajaran ia dapat mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman murid mengenai alam semula jadi. Tema ini juga boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, seni visual dan muzik. Contohnya, guru mengajar sains tajuk mengenali habitat haiwan. Dalam pengajaran, guru meminta murid melakukan pergerakan haiwan mengikut muzik mengikut daya kreativiti mereka. Dengan ini, guru dapat menyemai daya imaginasi murid-murid melalui penerokaan. Cabaran bagi pendekatan bertema persekitaran ini memerlukan alatan pembelajaran yang mencukupi dan dapat menyelesaikan setiap aktiviti pembelajaran dalam masa yang ditetapkan serta dapat menghayati pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari agar lebih bermakna. Sekiranya alat tidak mencukupi dan aktiviti pembelajaran tidak selesai mengikut masa yang ditetapkan maka proses pembelajaran akan menjadi tidak berkesan dan tidak menarik. Bagi diorama yang membawa tema masyarakat boleh meningkatkan kreativiti murid dalam membuat pilihan yang lebih sesuai jika menghadapi permasalahan pembelajaran. Tema ini memberi penekanan terhadap manusia, sosial dan budaya serta masyarakat sekeliling. Kekuatan tema ini membolehkan murid memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal mereka. Ianya dapat meningkatkan pemahaman terhadap kepelbagaian masyarakat dan budaya serta cara hidup yang berbeza. Kelebihan tema ini murid dapat mengetahui pelbagai budaya yang terdapat di dalam masyarakat di sekeliling mereka. contohnya, guru mengajar Bahasa Melayu tajuk masyarakat majmuk. Di sini, guru boleh membuat diorama bertema pelbagai kaum. Jadi, murid dapat mengenali budaya masyarakat cina, India, Melayu, Kadazan dan sebagainya. Walaubagaimana pun, tema ini mempunyai cabaran di mana guru harus cekap menggabungjalinkan pendekatan tersebut dalam mata pelajaran lain agar pengajaran yang disampaikan tidak terpesong dari tema yang ingin disampaikan. Tema komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi

~6~

HBAE 2203

2013

sedikit peluang untuk maklum balas (dipetik dari modul OUM SDP). Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu verbal dan bukan verbal. Kekuatan tema ini memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal. Contoh, guru meminta murid melukis haiwan yang terdapat di dalam hutan. Kemudian murid diminta membuat pergerakan haiwan yang mereka lukis. Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Para pelajar berpeluang menyemai dan mengaitkan ideaidea serta imaginasi yang baru. Kelebihan tema ini pula dapat digunakan untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. pelajar juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain melalui aktiviti berkumpulan, permainan dan lain-lain lagi. Selain itu, pelajar juga dapat menghadapi cabaran bersamasama. Antara cabaran dalam tema komunikasi ialah guru hendaklah mempunyai kemahiran dan kecekapan yang tinggi di dalam pelbagai bidang pelajaran( semua matapelajaran ). Guru juga perlu menyediakan hasil pembelajaran yang pelbagai dalam matapelajaran yang berbezabeza. Di samping itu juga, ia mempunyai kesukaran untuk menilai skop pemahaman kerana bidang yang dipelajari yang lebih luas. Cabaran yang lain ialah guru perlu menghadapi

kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan pelajar yang berbeza-beza.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata Pelajaran Tahun Bidang Kegiatan Aktiviti / Teknik Tema Tajuk Masa Objektif Pengajaran

: Pendidikan Seni Visual : 4 amanah : 3. Membentuk dan Membuat Binaan : Menghasilkan Diorama : Alam Semula jadi : Haiwan di gurun Savana : 1 jam ( 60 minit )

1. Guru dapat mengajar murid untuk menghasilkan binaan diorama bertemakan alam semulajadi. Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Mengenali aktiviti menghasilkan diorama.

~7~

HBAE 2203

2013

2. Memahami dan mengaplikasikan cara-cara menghasilkan diorama bertemakan alam semula jadi. 3. Menceritakan proses untuk menghasilkan diorama bertemakan haiwan di gurun.

Penerapan Nilai

: Yakin, menghargai

Kemahiran Berfikir : Mengklasifikasi Pengetahuan Sedia Ada Murid :

1. Murid telah biasa melihat ataupun pergi ke zoo untuk melihat haiwan. 2. Murid pernah mewarnakan gambar haiwan-haiwan. BBM : Kotak kasut, gam, gunting, tali, kertas warna, pensil warna, double sided tape Konsep 5P Masa/langkah Set induksi 3 minit : mata pelajaran Sains, Muzik dan Bahasa Malaysia. Tajuk Meneka bunyi haiwan. Aktiviti p & p 1.murid mendengar audio yang dipasang oleh guru. 2.murid meneka haiwan yang dibunyikan di dalam audio. 3. guru menyoal beberapa soalan dan murid memberi respon pada soalan guru. catatan Kaedah: Kelas Strategi : Guru bersoal jawab dengan murid ABM: Laptop LCD Konsep 5P Penggabungjalinan kemahiran dalam Subjek Sains Langkah 2 1.Menyanyi lagu haiwan 2. Pengenalan tajuk aktviti pelajaran dan penerangan konsep diorama. 1.setelah selesai meneka haiwan, guru menunjukkan gambargambar haiwan kepada murid dan menyebutnya. 2. murid di minta menyanyi mengikut lagu dan mengayakan pergerakan haiwan. Contoh, kuda belang, monyet, singa dan gajah. 3. guru memperkenalkan Kaedah Kelas Strategi Penerangan guru ABM Laptop LCD Konsep 5P: Bahasa Melayu Muzik

~8~

HBAE 2203

2013

tajuk dan menerangkan konsep diorama. 4. Guru menunjukkan contoh-contoh diorama (paparan slide) Gerakerja murid Langkah 3 - menghasilkan binaan diorama Cara penghasilan 1) Menyediakan kotak 2) Menghias bahagiandalam kotak /pemandangan belakangtaman 3) Mewarna dan menggunting gambar haiwan-haiwan yang telah disediakan. 4) Melakar dan menggunting bentukbentuk pokok 6) Menyusun atur dan menghias bahagian dalam kotak menggunakan hiasan yang telah dibuat 2.Guru menunjukkan hasil karya yang telah siap. 1.guru memperkenalkan alat dan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti hari ini. Strategi Penerangan dan memberi contoh ABM Contoh hasil karya Nilai :Menghargai Ilustrasi : Contoh Hasil Karya

3.Murid dibahagi kepada 5 kumpulan dan guru mengagihkan gambargambar haiwan kepada setiap kumpulan. 4.Setiap kumpulan menghasilkan diorama yang bertemakan haiwan di gurun Savana. -

Strategi Bimbingan membina diorama ABM Kotak Kasut,Kertas warna,Pensil. Warna,Gunting, Tali,

Langkah 4 Penilaian hasil kerja murid dalam menghasilkan binaan diorama. 1.Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan hasil kerja mereka 2.Guru meminta murid lain membuat penilaian dan ulasan 3. Murid yang dipilih menceritakan serba sedikit tentang hasil karya mereka. 4.Murd-murid lain akan membuat ulasan bersamasama guru.

Kaedah Individu / Kelas Strategi Mempamerkanhasil kerja yang siap Nilai : Menghargai Hormat-menghormati TKP : Intrapersonal

~9~

HBAE 2203

2013

Penutup

Membuat rumusan -Kognitif -Sosial

Guru membuat rumusan tentang teknik dan kualiti hasil karya murid dan menerapkan nilai-nilai murni

Kaedah Kelas Strategi Merumus hasil kerja murid. Nilai Menghargai

5.0

Penyediaan Lakaran Idea Untuk Menghasilkan Diorama Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini

dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catanlatar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama. 5.1. Menentukan subjek dan tema Tema yang dipilih ialah Alam Semulajadi dan Persekitaran 5.2 Menentukan Alat dan Media Setelah subjek dan tema di pilih, Perancangan memilih alat dan bahan menjadi kriteria penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin di utarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seterusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau nisbah gambar latar secara realistik.

~ 10 ~

HBAE 2203

2013

Subjek

Tajuk Diorama

Alat dan Bahan

Alam Semulajadi dan Hidupan di Savana Afrika Persekitaran

Alat : gunting Bahan : kotak, gam,benang, kad manila, pensil warna, kertas warna, cat air

Jadual menunjukkan Cara Menentukan Alat dan Media Berdasarkan Subjek, Tema dan Tajuk.

5.3.

Membuat Thumbnail-print ( Membuat Lakaran-lakaran Kecil )

Membuat lakaran lakaran kecil ini penting supaya gagasan-gagasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. Lakaran ini juga dibuat supaya dapat melakarkan sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilankan. Sketsa yang mantap dan hebat akan dijadikan diorama. 1. KOLEKSI GAMBAR HAIWAN SEBAGAI SUMBER ILHAM

~ 11 ~

HBAE 2203

2013

2. LAKARAN HAIWAN LIAR

LAKARAN 2 LAKARAN 1

3. LAKARAN OLAHAN IDEA DARI LAKARAN 1

~ 12 ~

HBAE 2203

2013

5.4

Memilih salah satu lakaran yang terbaik Sketsa 1 dipilih untuk perkembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama.

Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.

5.5

Memperinci lakaran Setelah memilih lakaran yangs sesuai dan terbaik, kita perlu fikir cara untuk

memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika diorama yang akan dihasilkan nanti.

KOTAK DIORAMA

SUBJEK

Gambar terbaik di pilih dan diwarnakan seperti ditunjukkan di atas. 5.6 Membuat Karya/ Diorama Buat kerangka dalam dan luar. Perlu fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut diambil pertimbangan iaitu bahan dan alatan, kos pembuatan, masa yang diperlukan dan kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.

~ 13 ~

HBAE 2203

2013

6.0

KESIMPULAN. Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup). Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi. Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika. Kreativiti adalah sebagai satu proses berterusan yang merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Tindak balas terhadap rangsangan persekitaran merupakan faktor pembentukan kreativiti sebagai jalan penyelesaian masalah dan seterusnya membawa individu ke tahap lebih

~ 14 ~

HBAE 2203

2013

baik.Kreativiti ialah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru daripada pengalaman lalu, di mana ia dalam bentuk yang baru, sangat luas serta meliputi segala aspek kehidupan kita. (3290 pp) RUJUKAN

John Arul Phillips. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan.(2003). Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Fikir. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Yew Kam Keong. (2003). Bebaskan Kreativiti Anda. Kula Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob.(2009). Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak. Diperoleh pada 30 Oktober 2013 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/ perkembangan-kreativiti-kanak-kanak.html

Kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual. (2012). Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://bz-li.blogspot.com/

~ 15 ~

HBAE 2203

2013

Kreativiti dan Kanak-kanak.Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://hasliza9088. blogspot.com/2012/01/kreativiti-dan-kanak-kanak.html Mohamad Mohsin Mohamad Said, and Nasruddin Yunos. (2006) Hubungan kreativiti dan ilmu pengetahuan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 7 . pp. 41-52. ISSN 1511-8393. Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://journalarticle.ukm.my/1135/1/1.pdf

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html http://artisenivisual.blogspot.com/2012_02_01_archive.html

~ 16 ~

Você também pode gostar