Você está na página 1de 5

HBEF3503

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBEF3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
TUGASAN 1 AKTIVITI 3
JURNAL REFLEKTIF

NO. MATRIKULASI

840701135058001

NO. KAD PENGNEALAN

840701-13-5058

NO. TELEFON

0165770700

E-MEL

ystitoahahmad@oum.edu.my

E-TUTOR

LING CHUNG YEO

E-MEL

chungyeoling@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN SIBU

YSTITOAH BINTI AHMAD


840701135058001
HBEF3503 < PENDIDIKAN INKLUSIF> JURNAL REFLEKTIF

JANUARI 2013

PENDAHULUAN
Sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan e-portfolio ini. Jutaan terima kepada e-tutor subjek Pendidikan Inklusif
ini kerana telah banyak menjawab pelbagai soalan yang berkaitan, memberikan panduan dan tunjuk
ajar serta sentiasa memberi penerangan yang jelas dalam ruangan forum.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya kerana
turut sama menyumbangkan idea dan pendapat dalam forum Epic. Banyak persoalan yang berlegar
dalam fikiran saya dapat dirungkai dengan adanya perbincangan dan soal jawab dalam forum Epic
dan google plus OUM.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang
turut membantu saya dalam perkongsian maklumat dan tunjuk ajar terutamanya rakan-rakan
Universiti Terbuka Malaysia dalam menyiapkan tugasan satu ini. Segala informasi yang diberikan
telah saya gunakan sebaik mungkin bagi melengkapkan lagi isi-isi penting dalam tugasan saya ini.
Tanpa bantuan dan bimbingan daripada semua pihak, pastinya saya akan mengalami
kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin. Dengan itu, saya ingin mengucapkan
sekali lagi ribuan terima kasih.

YSTITOAH BINTI AHMAD


840701135058001
HBEF3503 < PENDIDIKAN INKLUSIF> JURNAL REFLEKTIF

JANUARI 2013

JURNAL REFLEKTIF
Sepanjang menyiapkan tugasan Pendidikan Inklusif ini, saya telah melalui
pelbagai cabaran dan dugaan. Ianya bermula dari penyediaan kertas kerja sehinggalah
perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah saya. Namun pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran baru yang saya perolehi melalui tugasan ini memberi makna
yang begitu besar dalam mengubah persepsi saya sebagai seorang guru. Berhadapan
dengan murid-murid berkeperluan khas sememangnya satu cabaran yang menjadikan kita
guru yang penyabar, prihtain, bertanggungjawab dan penyayang. Secara tidak langsung
membuktikan bahawa tugas yang digalas oleh seorang guru pendidikan khas bukanlah
tugas yang boleh dipandang ringan. Dengan perlaksanaan program ini, saya mengakui
bahawa guru yang berhadapan dengan murid berkeperluan khas terpaksa mengorbankan
lebih masa dan tenaga demi untuk mendidik mereka sehingga mampu berdikari dan
mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Selepas mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir, saya berasa bersemangat
dan teruja sekali untuk melaksanakan program pendidikan inklusif yang boleh saya
katakan sebagai asas untuk melaksanakan program pendidikan inklusif secara lebih
meluas pada masa akan datang. Saya berasa amat gembira kerana semua pihak yang
terlibat dalam program ini telah memberikan kerjasama dan berganding bahu menjayakan
program ini. Setelah berjaya menjalankan program pendidikan inkluif ini terhadap
seorang murid Slow Learner berusia 11 tahun, saya telah membuat satu kajian tindakan
terhadap kesediaan pihak sekolah untuk melaksanakan program ini secara meluas serta
implikasi kepada diri saya sebagai seorang pendidik. Hasil daripda pengamatan saya,
pihak sekolah memilikki kesediaan yang begitu baik untuk menjalankan program
pendidikan inklusif ini dengan lebih meluas pada masa akan datang.
Pada pandangan saya, situasi ini akan berlaku sekiranya pihak sekolah
dimaklumkan dan difahami secara menyeluruh tentang matlmat, objektif dan sasaran
utama program ini. Di samping itu, saya juga telah menjelaskan sedikit sebanyak tentang
langkah-langkah dan keperluan yang diperlukan bagi menjayakan program ini dengan
lebih baik. Seandainya pihak sekolah telah memahami segala konsep dan kaedah yang
wajar dilakukan, mereka pasti tidak akan menolak cadangan untuk mengadakan program

YSTITOAH BINTI AHMAD


840701135058001
HBEF3503 < PENDIDIKAN INKLUSIF> JURNAL REFLEKTIF

JANUARI 2013

pendidikan inklusif ini selaras dengan aspirasi dan halatuju dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia.
Selesai menjalankan kajian kes terhadap salah seorang murid berkeperluan khas
yang telah dikenalpasti, saya dapat merasakan bahawa tahap keyakinan dalam diri saya
semakin meningkat. Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan
perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif dengan mendapatkan bantuan dan kerjasama
daripada pihak sekolah. Bagi saya program ini telah membuktikan bahawa ianya
memberikan banyak manfaat kepada murid berkeperluan khas seperti Lydia Imas yang
merupakan murid Slow Learner. Apabila murid berkeperluan khas dapat menyesuaikan
diri dengan suasana pembelajaran murid-murid normal, ianya akan menjadikan mereka
seorang yang berdikari, bermotivasi dan berpeluang untuk bersaing secara sihat.
Situasi ini dapat dilihat daripada perkembangan Lydia Imas yang begitu ketara
perubahannya terutamanya perubahan dari segi emosi, sosial dan prestasi akademiknya.
Dengan perancangan, persediaan dan sokongan daripada semua pihak, saya yakin bahawa
program ini akan mencapai objektifnya. Oleh itu saya amat berharap semua pihak
termasuklah pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid memberikan
kerjasama yang jitu dan melaksanakan program ini dengan lebih teliti pada masa akan
datang. Saya bertekad untuk melaksanakan Program Pendidikan Inklusif ini kerana
program ini berupaya mengembangkan potensi diri murid berkeperluan khas dan
menyediakan peluang kepada mereka untuk belajar bersama-sama dengan murid-murid
normal dalam kelas yang sama, mata pelajaran dan kurikulum yang sama. Oleh itu, saya
akan meneruskan program ini dengan melibatkan lebih ramai murid berkeperluan khas
diinklusifkan ke dalam kelas arus perdana.
Di samping itu, saya menyedari bahawa sebagai guru saya perlu berfikiran
terbuka dalam menangani murid-murid berkeperluan khas. Saya tidak boleh memandang
rendah terhadap kemampuan diri mereka. Saya juga perlu menjadi guru yang kreatif dan
inovatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid
berkeperluan khas. Sepertimana Lydia Imas yang merupakan seorang yang agak sensitif,
peneguhan negatif harus saya elakkan. Saya menyedari bahawa mereka memerlukan
sokongan, dorongan dan motivasi yang tinggi untuk meneruskan kehidupan. Tanpa
masyarakat yang prihatin, mereka akan terus berasa rendah diri dan akhirnya tidak
4

YSTITOAH BINTI AHMAD


840701135058001
HBEF3503 < PENDIDIKAN INKLUSIF> JURNAL REFLEKTIF

JANUARI 2013

mampu mencapai sebarang kejayaan dalam hidup mereka. Guru adalah pendidik, maka
menjadi tanggungjawab guru mendidik semua insan bukan hanya murid normal sematamata, malahan murid berkeperluan khas juga berhak untuk mendapatkannya.
KESIMPULAN
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajarpelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi
peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.
Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri
dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di
dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu
berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)
Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komItmen pihak sekolah
sendiri. Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif
dan kemudian barulah guru-guru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab
dengan murid Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid
inklusif ini juga akan membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka
juga akan turut fokus kepada murid inklusif . Keperluan pendidikan pelajar-pelajar
berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya
berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolahsekolah biasa..

Você também pode gostar