Você está na página 1de 1

LOMPAT GETAH Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat segelintir

tempat, ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan dan lelaki ketika waktu petang. Permainan ini sangat mudah dan sesuai untuk kanak-kanak memainkannya. Permainan ini dinamakan lompat getah kerana bahan yang digunakan getah halus berbentuk gelang. Alatan yang digunakan untuk menghasilkan alatan ini Ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supoaya tidak terburai ketika permainan berlangsung. Tempat permainan ini adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang.

PEMAIN Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yangmemegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakalaseorang lagi sebagai orang yang akan melompat. Permainan ini juga boleh dimainkan oleh ramain pemain. Jika ramai pemain, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulahdilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran

CARA BERMAIN Bagi menentukan giliran, kebiasaannya undian akan dilakukan. Kaedah undian yang dilakukan ialah melalui lai lali tam plom dan diikuti oleh ow som (jika tiga pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow som. "Ibu" pasukan yang menang akan memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Dua orang dari pasukan yang kalah akan memegang getah. Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semuayang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" . Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu dikira mati. Kemudian, getah dipegang pada aras-aras tertentu dari bawah sehingga ke atas. Aras-arasnya ialah: i) ii) paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah. paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan Lompatan tidak boleh mengenai getah. iii) iv) v) vi) vii) paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah. paras bahu . paras telinga paras kepala. sejengkal dari atas kepala kedua-dua pasukan.

Jika terdapat lebih dari seorang pemain yang melepasi paras terakhir, jadi pemain-pemain tersebut perlu bermain mengikut cara huruf z dan c serta melompat gelang getah tersebut dengan cara pemegang getah akan memusing getah tersebut dari atas ke bawah. Pemain yang dapat membuat lompatan pusingan getah yang terbanyak dikira sebagai pemenang.

Você também pode gostar