Você está na página 1de 7

Adat Perkahwinan India India Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu

kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum India itu sendiri. Di antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat kad jemputan, mukurtta kaal dan lain-lain. Peringkat pertama iaitu merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti aktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, aktor- aktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Seterusnya ialah kunjungan ke rumah pengantin. !akal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran "indu tidak terdapat konsep perceraian. #erdapat $% aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak "indu. &usteru, prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan

kedua-dua belah pihak. 'akil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.!akal pengantin lelaki seterusnya akan mela a(kan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Parisam adalah suatu adat seumpama pertunangan di dalam masyarakat melayu. Ia adalah adat memberi hadiah kepada bakal pengantin perempuan. #erdapat dua jenis adat parisam iaitu parisam biasa dan udan parisam. Adat ini akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam akan disediakan dalam jumlah yang ganjil oleh pihak lelaki. !akal pengantin lelaki akan mengetuai rombongan membawa parisam ke rumah pengantin perempuan. )etibaan rombungan akan disambut dengan bunyian alat-alat mu(ik tradisional. Selepas upacara sembahyang dijalankan, bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari kepada anaknya. Setelah memakai sari tersebut, bakal pengantin perempuan akan dibawa keluar ke ruang tamu. Saudara mara akan mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai, pada masa yang sama kad jemputan akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak. !agi masyarakat India beragama "indu, kad jemputan kahwin memainkan peranan yang penting. Ia akan dibuat berpandukan kalender "indu, yang mana akan dipasti tidak berlaku sebarang kesilapan. )ad yang telah siap dihasilkan akan menjalani beberapa upacara keagamaan seperti disapukan dengan cecair kunyit dan dibawa ke kuil, kemudian barulah dibawa kerumah bakal pengantin untuk diberikan kepadanya. #haali atau #jrumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher yang dikalungkan ke leher kedua-dua pengantin semasa upacara perkahwinan dijalankan. Ia adalah lambang suci sesuatu perkahwinan itu. #haali boleh diperbuat daripada emas ataupun hanya daripada kunyit sahaja yang kemudiannya diikat pada benang. Proses pembuatan thaali dilakukan tujuh atau sembilan hari, sebelum hari perkahwinan oleh

pembuat thaali. Apabila siap ia akan menjalani upacara sembahyang dan akan dinamakan sebagai thaalippadaiyal. *ima hari sebelum hari perkahwinan adat Mukuurta )aal akan dilakukan dirumah pengantin lelaki. +ntuk menjadikan mukuurtta kaal, sebatang pokok muda akan ditebang, pokok tersebut hendaklah lurus, berukuran dua atau tiga meter dan berukur lilit diantara $, hingga -, sentimeter. Mukuurtta )aal akan didirikan setelah menjalani upacara keagamaan yang khusus. Adat ini dilakukan bagi menandakan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. #hirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami dan isteri. #erdapat tiga jenis Thirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbe(a mengikut suku kaum masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam. +pacara perkahwinan akan dilakukan oleh Pedanda. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali ke leher pengantin perempuan. )emudian kedua-dua pengantin akan memberi hormat kepada kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai segala upacara keagamaan dan jamuan, pengantin perempuan akan ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas disahkan sebagai suami isteri. )emudian pengantin lelaki akan dikehendaki ke rumah pengantin perempuan pula selama tiga hari. #iga hari selepas majlis perkahwinan upacara meroboh khemah akan dilakukan. Sedikit jamuan akan dilakukan yang mana hanya melibatkan mereka yang terlibat sahaja.

ADAT RESAM PERKAH !"A" KA#M !"D!A $ER$A"%SA TAM!&' MER!S!K Dalam masyarakat india terbahagi kepada banyak suku bangsa..ontohnya tamil,malayalam,telugu dan lain-lain .Di Malaysia yang ramai adalah bangsa #amil. Sebagai contoh bagi bangsa tamil. Pada mulanya adat merisik akan dimulakan.!iasanya merisik ini hanya dihadiri ahli keluarga yang terdekat sahaja. Pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk merisik. Pihak lelaki akan bawa % hingga / dulang biasanya % atau - dulang berisi sirih,pinang,buah-buahan ke rumah perempuan.Dalam majlis merisik mereka akan mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dan mereka akan membincangkan tarikh pertunangan.Apabila semua setuju maka tarikh pertunangan akan dicadangkan dan memilih tarikh yang sesuai.!iasanya mereka akan merujuk kepada sami di kuil. Di masa dahulu mereka akan tengok bintang keserasian antara pengantin perempuan dan lelaki,jika sesuai dan sepadan barulah mereka akan dikahwinkan.#etapi pada (aman sekarang amalan ini telah berkurangan dan jarang diamalkan kerana ramai yang bercinta dan kurang percaya akan keserasian bintang itu. PERT#"A"%A" Pertunangan pula, pihak lelaki akan menanggung perbelanjaan yang besar.!iasanya pertunangan akan dibuat di rumah pihak pengantin perempuan atau kuil atau tempat mengikut kehendak pihak pengantin perempuan.Dalam pertunangan,pihak lelaki akan membawa hantaran dalam dulang biasanya mengikut bilangan ganjil seperti %,-,/,0 dan seterusnya berdasarkan kemampuan jika berkemampuan akan mencecah sampai $% dulang."antaran utama adalah 1mas,sari tunang,bunga kalung,set kosmetik dan lain lain. "antaran yang penting ialah kelapa,buah sirih pinang.gula-gula,kek,dan lainlain lagi.1mas pula tengok kemampuan pihak lelaki dan pihak perempuan akan beli % cincin sahaja untuk disarungkan kepada pengantin lelaki.2ombongan pengantin lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan dengan membawa dulang-dulang hantaran.Selepas itu, mereka akan susun dan upacara akan dimukalan..+pacara biasanya dijalankan oleh sami. Setelah itu, ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bertentangan. Seterusnya bacaan pertunangan akan dibaca. Selepas

itu,adik lelaki atau abang kepada emak pengantin perempuan akan mengambil hantaran iaitu sari,emas,kosmetik dan menunjukkan pada orang yang hadir.Ia bagi memberitahu hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan kepada hadirin.Selepas itu, pengantin perempuan dibawa keluar dan akan mendapatkan restu kepada para hadirin iaitu menunduk kebawah.Selepas itu,set dulang sari,emas akan dberi kepada pengapit untuk dipakaikan kepada pengantin perempuan.!iasanya perempuan adalah adik atau kakak pengantin lelaki. Selepas membuat persalinan dengan memakai sari tunang dan emas,pengantin perempuan akan dibawa keluar semula iaitu ke tempat pertunangan untuk mendapatkan persetujuan.Selepas itu pengantin lelaki pun dibawa masuk.Mereka akan ditanya persetujuan dan mereka akan menyarungkan cincin sebagai tanda pertunangan.selepas itu,mereka akan mendapatkan restu dari ibu bapa dan saudara mara.Selesai itu,majlis makan akan diadakan.!iasanya akan disajikan makanan 3egeterian. MA(&!S !"A! )M#%#RTAKA&* Sebelum majlis perkahwinan,majlis berinai akan diadakan dikedua-dua pihak.Masa ini pengantin tidak dibenarkan keluar rumah.+pacaranya adalah sama,kadang-kadang ada yang menggunakan khidmat sami dan kadang-kadang tidak.#erpulang pada keluraga masing-masing."ari pertama berinai,,pengantin akan dibawa dengan pakai sari dan pengantin laki pakai dhoti.Sebuah kayu yang atasnya bentuk 4 akan dibuang kulit.5olongan perempuan yang masih bersuami akan membasuh kayu berkenaan dan menyapukan kunyit,kum kum,abu suci.Pada kayu bentuk 4 tu mereka akan mengikat daun mangga dan lain-lain dan % bungkusan biji -bijian yang dibungkus dengan kain kuning.Setelah itu kayu itu ditanam dan disekeliling kayu itu meraka akan taburkan bijirin seperti kacang hijau dan lain-lain lagi.Sebuah pelita akan dinyalakan di sebelah kayu itu.)ayu itu menandakan adanya majlis perkahwinan di rumah tersebut .Setelah itu ada upacara terhadap pengantin.Meraka akan memusingkan batu giling,beras dan sirih,pelita dan beberapa peralatan sebagai adat.Setelah itu barulah khemah akan dinaikan.)hemah utama adalah akan dibuat dari rumah pengantin ke kayu 4 tadi. !iasanya dalam anggaran panjang $ atau - meter. kayu 4 akan menjadi % tiang bagi khemah itu.)hemah tu dipanggil P"A##.A* PA6D"A*,yang diperbuat daripada pengapit

buluh dan daun kelapa maksudnya khemah hijau.Selepas itu khemah-khemah lain akan dinaikan."ari kedua upacara inai sama dijalankan,dengan pusing batu giling dan lain-lain lagi cuma kayu kuning tiada.Malam inai pertama,pengantin akan dipakaikan inai pada kaki dan tangan.Adat ini adalah adat asal kaum india.

HAR! PERKAH !"A" Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan diapit adik atau abang pengantin perempuan dan sebaliknya.Pengantin lelaki akan dibawa keluar dulu dan akan ada beberapa upacara termasuk inai ke -.Selepas itu pengantin lelaki akan dibawa ke dalam untuk membuat salinan pakaian kahwin dan pengantin perempuan akan dibawa keluar.Pada masa ini pengantin perempuan akan pakai sari tunangnya.+pacara sama dilakukan dan setelah itu akan dibawa ke dalam untuk membuat salinan sari kahwin. Seterusnya pengantin lelaki akan dibawa keluar dengan pakaian kahwin.Pengantin lelaki akan dipakaikan cincin kaki oleh pengapitnya.)aki akan diletak atas batu giling,selepas kedua-dua jari sebelah ibu jari kaki dipasang cincin, Penganttin lelaki akan sarungkan cincin pada jari pengapit sebagai tanda terima kasih. kemudian pengantin lelaki akan naik ke pelamin dan melakukan upacara membasuh kaki ibu dan ayah dengan air susu tanda meminta ampun dari mereka sebelum memulakan hidup baru.Selepas itu pengantin perempuan akan dibawa ke pelamin dan akan basuh kaki ibu dan ayah sebagai meminta ampun pada ibu bapa dan menandakan selepas ini segala dosa-dosanya akan menjadi tanggungjawab suaminya. Selepas itu sami akan membacakan ayat-ayat suci dalam bahasa sanskrit.Ibu bapa kedua-diu pihak akan diminta duduk dan ditanyakan persetujuan sekali lagi.di Selepas itu #"A*I,rantai emas akan diletak pada kelapa dan bawah kelapa itu ada beras kuning.Dulang yang mengandungi #"A*I dan beras kuning itu akan diminta restu daripada hadirin.#hali ini mrngikut suku kaum jugak.*ain suku lain berlainan bentuk dan lambang.Ianya dibeli oleh pihak lelaki. Selepas itu,sami akan menikahkan pengantin lelaki dan perempuan disaksikan keluarga,hadirin,dewa dewi dan malaikat.Selepas dinikahkan pengantin lelaki akan mengikat #hali itu pada leher perempuan dengan - simpul.Setiap simpul ada

maksudnya tersendiri."adirin akan ambil beras kuning semasa merestui #hali akan membaling ke arah pengantin ketika thali diikat sebagai tanda merestui mereka.Selepas itu mereka akan memusing - kali pentas kawin.Selepas itu pengantin lelaki akan memasang cincin kaki kepada pengantin perempuan pada jari kaki. Selepas tamat majlis perkahwinan pengantin akan dibawa balik ke rumah lelaki untuk upacara minum susu dan makan pisang sebagai adat.Selepas itu mereka akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk tinggal selama - atau / hari di rumah perempuan.Selepas itu terpulang kepada pihak perempuan samaada hendak membuat kenduri kahwin atau tidak.Selepas - atau / hari,pihak lelaki akan datang untuk jemput anak mereka dan menantu untuk dibawa balik ke rumah mereka.Sebelum meninggalkan rumah,kedua-dua pengantin akan cabut kayu 4 sebagai tanda tamatnya majlis.)ayu itu akan disimpan bagi upacara buai anak pertama meraka dimana buai akan diikat pada kayu itu dengan sari perkawinan mereka. 6amun begitu Amalan ini jarang diamalkan. 7+pacara perkahwinan masyarakat India di negara ini secara keseluruhannya masih dikekalkan dengan adat-adat tradisi bagaimanapun dalam hal-hal tertentu ia dipermudahkan mengikut peredaran (aman.7Perkara asas dalam perkahwinan masih ada tetapi di India ia lebih meluas kerana kelengkapan perkahwinan di sini tidak sehebat di India,8 kata Pensyarah &abatan Pengajian India +ni3ersiti Malaya 9+M:, Pro . Dr. M. 2ajantheran

Você também pode gostar