Você está na página 1de 4

Adat Perkahwinan Kaum Murut Dalam pengertian adat Barian Sampai Mati ialah Barian atau dalam bahasa

Melayu Mas Kahwin dan dalam bahasa Inggeris Dowry. Barian ialah nama yang diberi oleh masyarakat Murut bagi menunjukkan mas kahwin ataupun barang-barang hantaran daripada keluarga pihak lelaki kepada keluarga pihak perempuan semasa perkahwinan berlangsung. Oleh demikian, Barian Sampai Mati bermaksud mas kahwin atau barang-barang hantaran yang dituntut atau diminta oleh keluarga pihak perempuan daripada keluarga pihak lelaki bermula dari perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Adat Barian Sampai Mati sudah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi oleh masyarakat Murut di Sabah. Apabila gadis Murut dikahwini oleh lelak pilihan keluarga atau pilihan sendiri, barian akan terus ditagih oleh keluarga pihak perempuan sehingga ke akhir hayat. Meskipun sudah beranak pinak dan umur sudah menjangkau 30 hingga 90 tahun, tetapi keluarga pihak perempuan masih meminta barian daripada pihak lelaki. Masyarakat Dusun dan masyarakat lain di Sabah mengatakan bahawa gadis Murut yang dikahwini memiliki barian atau hantaran mas kahwin yang sangat mahal berbanding suku kaum lain di Malaysia. CTH: Adat Barian Sampai Mati dapat dilihat apabila keluarga sebelah pihak perempuan menghadapi masalah seperti ada kematian, saudara mara berkahwin, menghadiri perkahwinan. Keluarga sebelah pihak lelaki mahupun suami gadis yang dikahwini turut dilibatkan sama dalam kesusahan tersebut. Pihak suami mesti mambantu keluarga sebelah pihak perempuan dengan memberi mana-mana barang seperti tajau, kain sarung, emas, gong, kain nila, sisitan, duit dan sebagainya. Seterusnya, Barian Sampai Mati juga dapat dilihat apabila keluarga pihak perempuan pergi mengunjungi rumah pihak lelaki selepas kahwin, keluarga pihak perempuan akan meminta apa saja yang disukai dan dijumpai oleh mata mereka dalam rumah menantu lelaki. Pada masa itu juga, keluarga pihak perempuan akan terus mengambil benda atau barang tersebut, misalnya televisyen, peti sejuk, tajau, gong, kain sarung, emas, basikal dan apa sahaja yang ditemui ketika berada di rumah pihak lelaki. Pihak lelaki pula tidak berbuat apa-apa dan membenarkan saja permintaan keluarga pihak perempuan sebagai tanda hormat kepada bapa dan mak mertuanya.

Tarian Tradisional Kaum Murut Masyarakat kaum Murut juga terkenal dengan Tarian Lansaran dan Tarian Mangunatip yang penuh tenaga. Kebanyakan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di Bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar Negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka. Gaya tarian Mangunatip ini amat unik serta mempesonakan dimana lelaki yang memegang parang akan melompat ke atas bambu yang disusun selang-seli oleh penari-penari lelaki lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu akan dianggap sebagai seorang pemburu yang menggunakan

penyumpit iaitu buluh yang dimasukkan sejenis sumpit untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini[9]. Di samping itu, Tarian Mangunatip ini mempunyai keunikan tersendiri. Melalui nama tarian ini sudah menampakkan keunikan kerana mengekalkan identity suku kaum Murut. Perkataan Mangunatip diambil dalam bahasa Murut iaitu apit yang bermaksud sepit kerana tarian ini menggunakan buluh dan para penari memerlukan kepantasan dan kecekapan ketika menari. Oleh itu, setiap gerakan dalam sesuatu tarian mempunyai maksud tersirat. Tarian Mangunatip juga mempunyai makna disebalik sesuatu gerakan. Tarian yang lemah-gemalai membawa maksud kesopanan wanita dan pihak lelaki sebagai pelindung kepada wanita dalam kehidupan. Hal ini dapat dilihat ketika penari lelaki memegang parang dan perisai yang melambangkan sifat kepahlawanan kaum Murut sambil matanya liar berwaspada dan seolah-olah sedang bertarung dengan musuh. Ketika melalui buluh pula, penari lelaki dan wanita akan berpasang-pasangan sambil berpegangan tangan menari melalui buluh tersebut. Hal ini menerangkan bahawa walau apa jua cabaran dan rintangan yang melanda, kedua-dua pasangan khasnya dalam institusi perkahwinan, kedua-dua pihak hendaklah berganding bahu menyelesaikan masalah dalam rumahtangga[10].

Tarian Mangunatip Kaum Murut

Adat Kematian Kaum Murut Adat kematian dalam masyarakat Murut, mereka akan mengebumikan mayat. Mereka akan melakukan mengebumikan mayat bergantung kepada punca kematian seseorang itu. Sesuatu kes kematian perlu diuruskan dengan tertib dan baik dengan mengikuti adat-adat tertentu. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana atau musibah. Terdapat tiga proses dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa kematian, pengebumian, dan selepas pengebumian. Semasa kematian, ahli keluarga si mati akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua penduduk perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing. Jika terdapat penduduk tidak berhenti daripada melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan, seluruh penduduk akan didenda iaitu memberi seekor khinzir kepada ahli keluarga si mati. Selepas itu, mayat akan dimandikan dan setelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan berada di

rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu bangkalan kaum Murut. Tajau akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua, tajau akan dibawa keluar dari bilik tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis-tangisan sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan. Pada malam keempat, mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada dirumah. Keesokan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap selamat jalan. Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan dibunyikan sepanjang jalan tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau tersebut akan dihias dengan manik-manik beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukir. Ketika ini mereka akan meraikan majlis makan-makan. Seterusnya proses yang terakhir iaitu selepas pengebumian, ahli keluarga akan meletakkan tiga potongan bara setelah empat hari tajau di tanah perkuburan. Bara-bara tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana. Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah selesai[12].

Tajau tempat simpan mayat bagi suku kaum Murut.

Tambahan pula, adat kematian Murut sudah tidak diamalkan pada zaman moden sekarang[13]. Pada zaman dulu, adat kematian suku kaum Murut akan berkabung selama sebulan dengan memakai baju hitam bagi keluarga atau saudara-saudara terdekat si mati[14]. Pada zaman sekarang, pemakaian baju hitam tidak diamalkan lagi malah kain digunting kecil dan diletakkan pada lengan kiri. Di samping itu, responden mengatakan bahawa keluarga si mati dan orang-orang kampung tidak boleh berhibur seperti menyanyi, menari dan sebagainya untuk menghormati keluarga si mati tetapi boleh mengadakan majlis perkahwinan tanpa hiburan. Selepas berkabung selama sebulan, kain hitam itu akan dibakar diikuti pukulan gong sebanyak tiga kali menandakan pantang larang sudah berakhir[15]. Selain itu, responden juga mengatakan bahawa adat kematian suku kaum Murut sekiranya berlaku kematian si suami atau si isteri. Contohnya, jika si suami meninggal si isteri akan di masukkan ke dalam bilik, sepanjang keluarga yang lain menguruskan pengebumian mendiang. Kaum Murut memanggilnya Nampalang tujuannya adalah mengelak daripada bala kepada orang lain.

Dalam perkabungan si balu akan berlanjutan selama satu hari dan satu malam. Dalam pantang larang tersebut orang yang sudah berkahwin tidak sama sekali dibenarkan mengunjungi si balu selama tempoh itu. Tujuan pantang larang tersebut adalah untuk mengelak bala supaya orang yang masih mempunyai pasangan hidup tidak mengikut seperti si balu. Sepanjang pantang larang tersebut hanya anak perempuan yang belum berkahwin ,begitu juga sebaliknya hanya dibenarkan masuk ke dalam bilik melayan si balu seperti memberi makan dan minum. Selepas acara pengebumian mendiang, si balu pula tidak boleh keluar rumah atau mengunjungi rumah jiran selama sebulan, hanya keluarga terdekat yang dibenarkan mengunjungi si balu untuk memberi keperluan harian seperti beras dan sebagainya[16].

Você também pode gostar