Você está na página 1de 2

Amalan kitar semula telah diperkenalkan kepada negara Malaysia sejak beberapa tahun sebelum ini.

Kitar semula merupakan sesuatu perbuatan di mana manusia mengutip semula bahan-bahan yang digunakan dan mengubahkannya kepada produk-produk lain tanpa menggunakan sumber yang baru. Kehidupan manusia akan bertambah baik jika amalan kitar semula diamalkan. Antara kebaikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian ialah mengurangkan penggunaan sumber semula jadi yang belum digunakan. Nilai kemapanan alam sekitar telah diamalkan oleh masyarakat di negara Malaysia yang kaya dengan sumber-sumber tersebut. Pengekalan keseimbangan alam sekeliling dilaksanakan oleh setiap golongan. Biar kita ambil contoh, sumber semula jadi yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan gas semula jadi digunakan dengan cermat supaya alam sekeliling seimbang. Setiap insan telah mengekalkan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama. Mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan bahan mentah baru tidak digunakan. Amalan kitar semula dapat memeliharakan sumber semula jadi supaya generasi muda dapat menikmati sumber-sumber ini. Masyarakat akan mengamalkan nilai peka terhadap isuisu alam sekitar pada masa kini. Masyarakat kita yang prihatin terhadap persoalan alam sekeliling, mereka berusaha untuk menjaga sumber semula jadi yang boleh digunakan oleh generasi muda kelak daripada pembaziran. Contohnya, pemimpin-pemimpin negara yang prihatin akan menggunakan sumber semula jadi yang tidak boleh digantikan secara wajar supaya generasi muda akan dapat peluang untuk menikmati kurniaan ini. Tambahan pula, kita akan berusaha menyelesaikan persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling tanpa mengabaikan kepentingan tertentu seperti keperluan generasi muda yang akan memimpin negara Malaysia kelak. Membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran juga tertakluk kepada kebaikan amalan kitar semula kerana kuantiti sampah yang berselerak di kawasan tertentu berkurang. Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Kita mengitar semula bahan-bahan untuk menjalinkan hubungan harmonis dengan alam sekeliling kerana penggunaan sumber adalah secara optima. Sebagai contohnya, bahan plastik, getah, kaca dan juga kertas yang sudah digunakan akan dikitar semula dan boleh menghasilkan produk-produk yang berbeza tetapi masih dapat digunakan sebagai perhiasan kawasan. Lebih-lebih lagi, kualiti kehidupan akan terpelihara jika setiap orang sanggup membersihkan kawasan persekitaran mereka seperti mengutip bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Setiap penduduk dalam sebuah kampung harus mengadakan kutipan sampah sarap di kawasan perumahan dan memastikan sampah sarap yang boleh dikitar semula akan dikitar semula supaya kualiti kehidupan kita terpelihara.

Tuntasnya, kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar. Kita mestilah mengutamakan keseimbangan ekosistem kerana kita hanya mempunyai satu Bumi sahaja. Harap setiap individu akan sedar betapa buruk keadaan Bumi sekarang dan mereka akan berusaha menyelamatkannya.

Você também pode gostar