Você está na página 1de 32

KRL3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

TUGASAN 2
KUMPULAN: UPSI 02 (A122PJJ)
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA HASLINDA BINTI RAMLI

NO MATRIKS D20102041770

NAMA PENSYARAH E-LEARNING :

DR. NORAINI BT AHMAD


TARIKH SERAH :

12 APRIL 2014

ISI KANDUNGAN

BIL
1 2 3 4 5 6 Abstrak Pendahuluan Definisi Disleksia Apa itu Disleksia Jenis-jenis disleksia Kajian Kes

PERKARA

M/SURAT
1 2 2 3 4 4 5 6 6 13 16 17 20 24 26 27

5.1 Profil dan latarbelakang diri murid. 5.2 Tujuan Kajian 5.3 Kaedah Kajian 7 8 9 10 11 12 13 Gambar-gambar berkaitan responden. Masalah dan punca masalah murid . Rancangan Program Intervensi untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Instrumen dan kaedah ujian diagnostik yang digunakan. Rumusan Rujukan Lampiran

PROGRAM INTERVENSI UNTUK MEMBANTU MENGATASI MASALAH DISLEKSIA

ABSTRAK

Tujuan kajian ialah untuk mengenalpasti masalah disleksia yang dihadapi murid dan mencari punca masalah tersebut. Seterusnya merancang satu Program Intervensi yang

dapat membantu murid tersebut mengatasi masalah disleksia yang dihadapi.

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah kurang murid di daerah Sabak Bernam yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Teluk Ru. Murid di sekolah ini hanya seramai 116 orang terdiri dari 6 buah kelas Aliran Perdana (Darjah satu hingga darjah 6), satu Program Prasekolah dan satu Program Pendidikan Khas Integrasi. Responden kajian terdiri dari seorang murid lelaki berusia 9 tahun yang telah disahkan sebagai murid bermasalah pembelajaran spesifik disleksia. Instrumen yang saya gunakan adalah berpandukan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD), Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002),

Rekod Anekdot, pemerhatian dan ujian Diagnostik yang sesuai. Untuk data kuantitatif pula saya turut menemu bual guru yang mengajar responden. Dapatan kajian menunjukkan masalah disleksia yang dihadapi responden sebenarnya menjejaskan prestasi pembelajaran murid bukan saja dalam kemahiran bahasa malah kemahiran numerasi dan sebagainya. Dapatan temu bual juga menunjukkan cabaran dan peranan yang perlu dihadapi oleh seorang guru dalam menangani murid yang bermasalah disleksia seperti responden.

1. PENDAHULUAN

Murid disleksia merupakan sebahagian dari kategori murid bermasalah pembelajaran. Mereka mengalami masalah dalam mengenal huruf iaitu semasa membaca. Jumlah murid yang mengalami masalah ini di Malaysia masih belum diketahui. Mereka memerlukan bantuan khusus atau program khusus yang sesuai dengan tahap masalah membaca yang mereka hadapi. Murid disleksia ini tidak hanya terdapat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga terdapat dalam kalangan golongan dewasa.

Murid disleksia memerlukan program khas yang boleh mengasah kebolehannya dan mengenal pasti kelemahan supaya mereka dapat menerima pelajaran yang diajar sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Hal ini kerana mereka tidak mampu menyamai tingkat penguasaan sebagaimana murid normal.

Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi huruf. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi

menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.

Sofiah (2000) menegaskan disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang. Zabidi (2000) Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah aktif. Ini adalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan berdasarkanpengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapat meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia.

2. DEFINISI DISLEKSIA

Berdasarkan pendapat Payne dan Turner (1999) dan juga Hammond dan Hughes (1999), mereka lebih cenderung menggunakan istilah masalah belajar spesifik ( Specific Learning Difficulties) bagi pelajar yang mengalami masalah disleksia. Dengan kata lain, murid disleksia bukan sahaja mengalami masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja, malah berkemungkinan juga menghadapi masalah secara menyeluruh dalam kemahiran asas literasi dan numerasi. 2

Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3) Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;

Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan

3. APA ITU DISLEKSIA

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa.Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanakkanak. Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.

Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. . Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar ini. Beliau mencadangkan alternative pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru, melibatkan penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah 3

pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

4. JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

i. Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

ii. Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

iii. Disleksia visual-auditori Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

5. KAJIAN KES

Kajian saya bermula pada 8 April 2013 sehingga 30 April 2013. Kajian ini saya lakukan di Sekolah Kebangsaan Teluk Ru, sebuah sekolah kurang murid di area Sungai Air Tawar di daerah Sabak Bernam. Sekolah ini mempunyai hanya seramai 116 orang murid. 6 buah kelas Perdana darjah satu hingga 6, Program Pendidikan Khas Integrasi dan satu Kelas Prasekolah.

Murid yang menjadi responden kajian saya adalah seorang murid lelaki berumur 9 tahun yang bernama M. Adam Mirza bAqif bin Mohd. Rozi. (Rajah 1).

Rajah 1 : Muhammad Adam Mirza Aqif

5.1 PROFIL DAN LATAR BELAKANG MURID

5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 5.1.6 5.1.7 5.1.8 5.1.9

Nama : M. Adam Mirza Aqif bin Mohd. Rozi Jantina : Lelaki Bangsa : Melayu Agama : Islam Tarikh Lahir : 17 Januari 2004 No. Surat Beranak : BE97954 Tempat lahir : Hospital Sabak Bernam Bil.Adik beradik : 5 Anak ke berapa : 4

5.1.10 Nama bapa / penjaga : Mohd. Rozi bin Samsuddin 5.1.11 Pekerjaan bapa : Sendiri 5.1.12 Pendapatan bapa sebulan : RM1000.00 5.1.13 Nama ibu / penjaga : Salina bt Salleh 5.1.14 Pekerjaan ibu : Suri Rumah 5.1.15 Pendapatan ibu : 5.1.16 Alamat rumah : No. 10 jalan Lesen, Sg. Tengar Barat, Ayer Tawar, S.Bernam. Selangor 5

5.1.17 Status KWAMP : 5.1.18 Status RMT : 5.1.19 Status SPBT : 5.1.20 Alahan Penyakit dll :

5.2 TUJUAN KAJIAN

Kajian

yang

dilakukan

adalah

bertujuan untuk

mengenal

pasti

jenis

permasalahan disleksia murid, punca dan menentukan intervensi yang boleh membantunya. Sebelum menjalankan kajian saya telah menyediakan senarai semak untuk menyelidik perihal murid bagi mengetahui ciri-ciri disleksia dirinya, latar belakang diri dan keluarga, kelebihan dan kekuatannya dalam

pembelajaran, sikap dan sebagainya.

Kajian yang dijalankan membolehkan saya menilai kebolehan murid dan mengetahui kelemahan serta kekuatan murid untuk saya merancang dan menyediakan program intervensi yang sesuai bagi membantu mengurangkan permasalahan murid ini.

5.3 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa kaedah yang telah saya gunakan. Kaedah-kaedah ini dapat membantu saya dalam menjalankan kajian serta melengkapkan laporan ini. Di sini saya telah menggunakan 3 kaedah iaitu: i. Kaedah Temubual.

Saya telah menemubual guru kelas Adam bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Berikut adalah dapatan dari sesi temubual tersebut. Guru kelas Adam adalah En. Mohd. Solehan bin Mohammad. (Rajah 2)

Rajah 2 : En. Mohd Solehan

1) Hasil temubual dengan Guru Kelas iaitu En. Mohd. Solehan bin Mohammad .

En. Mohd Solehan adalah guru kelas dan guru Matapelajaran Bahasa Melayu yang mengajar Nazrie dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Teluk Ru. Menurut En. Solehan di kelas itu ada tiga buah kelas bermasalah pembelajaran iaitu Kelas BP1, Kelas BP2 dan kelas BP3. Menurutnya Adam berada dalam kelas BP2 yang menempatkan murid-murid bermasalah pembelajaran ADHD, Disleksia dan Autisme seramai 7 orang.

Sebelum memilih Adam sebagai responden kajian, saya telah diperkenalkan dengan semua murid di dalam kelas BP2. Di dalam kelas itu ada tiga orang murid bermasalah disleksia. Adam dikatakan mempunyai masalah Disleksia paling ketara semasa mula-mula dikenalpasti sebagai murid bekeperluan khas spesifik disleksia.

Dua orang lagi salah seorangnya adalah adik perempuan kepada Nazrie yang menjadi responden kajian saya untuk tugasan satu. Manakala seorang lagi bernama Zulhelmi. En. Solehan memaklumkan masalah disleksia Zulhelmi tidak ketara sebaliknya lebih kepada autism. Saya telah diperkenalkan dengan Adam seorang budak yang banyak cakap dan aktif.

Menurut

Cikgu

Solehan,

Adam

sebenarnya

bijak

jika

dibandingkan dengan murid-murid lain di dalam kelas BP2 itu. Dia boleh mengeja sesuatu perkataan dan menjawab soalan diberi secara lisan dengan baik. Malah selalu menyiapkan kerja yang diberi lebih cepat berbanding rakan lain. Bagaimanapun bila di hantar tugasannya, akan terlihat beberapa kesalahan ejaan atau kesalahan menulis huruf sekiranya latihan yang diberikan memerlukan banyak aktiviti menulis. Adam akan menjawab dengan baik sekiranya latihan berbentuk isi ruang kosong, suai padan, warnakan dan sebagainya yang bukan berbentuk penulisan. Semua ini berpunca dari masalah disleksia Adam .

Menurut En. Solehan sikap Adam ketika belajar di dalam kelas kadangkala mempunyai ciri-ciri ADHD. Dia selalu tidak menumpukan perhatian dengan baik semasa belajar. Malah suka berjalan ke sana ke mari, bermain atau mengganggu rakan lain. Dia juga jenis yang suka bercakap sesuka hati tentang perihal diri sendiri dan cerita-cerita yang selalu keluar dari tajuk matapelajaran yang guru ajar. Bila ditegur dia hanya akan berdiam seketika dan akan mengulanginya lagi selepas

beberapa minit kemudian. Semasa belajar dia suka guru mengambil perhatian padanya. Dia akan merungut dan marah jika guru tidak

mengendahkannya. Dari segi personaliti dia nampak bersih, manja dan sedikit nakal.

Menurut En. Solehan, Adam jenis yang cepat bosan dan malas sedikit untuk menulis dan membaca. Dia akan menolak sekiranya

diminta membacakan cerita atau petikan. Malah dengan selamba akan berkata malaslah! bila diminta menulis karangan pendek sekalipun. Dua sebab kenapa dia bersikap begitu kata En. Solehan. Pertama mungkin kerana disleksia yang dihadapi dan kedua kerana sikapnya yang agak malas dan mahu kerja mudah saja.

Saya juga difahamkan Adam asalnya bersekolah di SK Parit Baru. Beliau masuk ke Program Pendidikan Khas SK Teluk Ru pada tahun lepas iaitu semasa darjah dua. Semasa di darjah satu dan dua, banyak huruf yang Adam tidak tahu. Malah kemahiran membacanya sangat lemah. Melalui sesi temuduga dan pemeriksaan doktor, 8

permasalahan Disleksia Adam telah dapat dikesan lalu melayakkan beliau ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah ini pada bulan Februari 2012. Pencapaian prestasi Adam agak teruk semasa darjah satu dan boleh dilihat pada Laporan Pencapaian setahun beliau. (Rajah 3).

Rajah 3 : Laporan Pencapaian Setahun Adam semasa di Tahun 1 diperoleh dari Buku Laporan Adab Belajar Adam.

ii.

Rekod Anekdot (pemerhatian)

PEMERHATIAN

Tarikh : 9/4/2013 Masa : 10.30 pagi

Cikgu Solehan

telah memperkenalkan saya kepada M. Adam

Mirza Aqif (Adam) berumur 10 tahun yang menjadi bahan kajian kes saya.

Murid ini bertubuh kecil,kulit hitam manis, tampak lincah dan aktif. Bila saya memperkenalkan diri dan nyatakan tujuan saya murid ini giat bertanya saya pelbagai soalan. Kenapa cikgu nak soal-soal saya? Macam polis je Polis menyoal kepada orang yang bersalah atau disyaki bersalah. Tapi saya soal Adam sebab saya nak buat kajian Kaji apa? Kaji bagaimana Adam Belajar Ooo. Nak kena ambik gambar ke? Ye, nanti saya ambil gambar Adam. Tapi bukan s ekarang. Adam kena belajar dulu. Cikgu Solehan nak ajar dah tu Ok! Balas Adam dan segera ke mejanya. Saya fikir dia akan ambil perhatian pada Cikgu Solehan. Sayangnya dia buat hal sendiri. Mengigit jari sambil menendang-nendang kawan sebelah.
10

Masa :10.30 pg

Cikgu Solehan telah memulakan sesi P&Pnya.

Saya terus

memerhatikan gelagat Adam yang kelihatan aktif dan tidak duduk diam. Ketika murid lain bangun membaca perkataan perkataan yang Cikgu Solehan tulis di white board, Adam duduk dan buat hal lain. Bila ditegur barulah dia ambil perhatian.

Mulutnya sentiasa bercakap, komplen tulisan cikgu tak jelaslah, mengajukan soalan atau bercerita tentang sesuatu kepada cikgu Solehan. Sesekali dia akan memandang saya dan tersengih

kerana tahu saya sedang memerhatikannya.

Beberapa kali saya lihat dia mengusik rakan di sebelahnya. Mujurlah rakannya itu hanya berdiam dan tak mengendahkannya. Cuma bila Adam agak keterlaluan barulah rakannya yang bernama Zulhelmi mengadu kepada cikgu Solehan.

Adakala Adam akan bermain dengan pemadam atau apa saja yang ada di dalam laci mejanya. Apa yang diperkatakan oleh Cikgu Solehan

Cikgu Solehan bagai tidak diendahkannya.

mengajar tentang tajuk Kitaran Semula. Salah satu contoh yang Cikgu Solehan tunjuk adalah Cawan Polistrin yang dikumpul dan telah dibersihkan. Cawan itu diperolehi semasa jamuan di kantin semalam.

Cikgu Solehan telah memberikan keterangan tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu menggunakan semula bahan terbuang (cawan polistrin) untuk dijadikan bekas untuk pensil warna yang pendek. Bahan-bahan telah diberikan kepada semua murid

termasuk Adam. Semua murid telah mula melaksanakan arahan Cikgu Solehan tetapi tidak Adam. Dari itu Adam terpaksa ditunjuk, diarah dan dibantu oleh Cikgu Solehan. Dari sini saya tahu, Adam bukan saja Disleksia, tapi memang ada ciri-ciri ADHD dalam
11

dirinya seperti yang Cikgu Solehan maklumkan kerana tidak fokus dan dan terlalu aktif.

Setelah selesai aktiviti berikut, murid diminta menyusun kad yang mengandungi aktiviti-aktiviti membuat bekas pensil warna tadi dan menuliskan di dalam buku. Adam mengeluh. Ala.. penatlah Adam! Kamu buat apa penat? Tadi cikgu bantu kamu buat. Ni tulis balik 5 ayat saja. Takkan penat. Tegur Cikgu Solehan. Adam tersengih dan sekali lagi memandang ke arah saya yang sedang mengambil gambarnya.

Selepas itu Adam mula menulis. Sesekali dia mengusik rakan di sebelah yang bertubuh lebih kecil darinya. Cikgu Solehan menegur Adam lagi. Adam menulis cepat. Sebelum yang lain siap dia sudah jerit kata Siap! Ye ke dah siap? Ke cincai je? Soal Cikgu Solehan. Seperti tadi Adam hanya sengih menampakkan giginya. Buku tulisnya ditutup dan disimpan ke dalam laci. Cikgu Solehan tersenyum. Takpe, nanti kamu serah pada saya ye? Pesan Cikgu Solehan kepada Adam. Sabar betul cikgu ni menghadap kerenah murid seperti

Adam. Kemudian saya meminta izin melihat buku itu dari Adam dan Cikgu Solehan. Tapi Adam menolak. Beberapa kali di pujuk baru dia benarkan.

Dari penulisannya saya dapat melihat beberapa huruf di tulis terbalik, ada beberapa perkataan salah ejaan dan ada keciciran huruf atau tungang langgang. Susah juga nak membaca apa yang dituliskan oleh Adam. Memang betul kata cikgu Solehan masalah disleksia Adam agak kritikal. Bagaimanapun susunan ayatnya

betul. Bermakna Adam faham apa yang ditulis.

12

Adam kenapa tulis huruf b macamni? Tanyaku. Huruf b Adam ditulis seperti huruf d. Adam tak menjawab. Hanya mengangkat bahu. Ini Adam tulis apa? Tanyaku pada perkataan yang dia tulis derhiskan. Yang sebenarnya itu perkataan bersihkan. Sekali lagi Adam mengangkat bahu. Adam baca balik boleh? Pintaku. Susah! Jawabnya. Kalau susah macammana boleh susun betul? Tadi cikgu bacakan. Pasal tula! Jawab Adam spontan.

Hasil dari pemerhatian ini saya rumuskan sememangnya masalah disleksia Adam kritikal dan perlu diatasi memandangkan IQ murid ini sebenarnya bagus. Cuma masalah disleksia yang dihadapi

membuatkan pemahaman dan pembelajarannya yang lain terjejas.

6. GAMBAR-GAMBAR MURID.
6.1 Tumpuan Adam tidak kepada sesi P&P . 6.2 Adam bermain pemadam sambil mendengar penjelasan guru.

13

6.3 Cikgu Solehan menghampiri Adam dan meminta Adam buat seperti yang beliau arahkan .

6.4 Bila dihampiri dan diberi perhatian, barulah Adam mula buat seperti yang diarahkan.

4.5 Tulisan tangan Adam :

14

6.6 Jenis- Jenis Disleksia yang dikesan :

6.6.1 Disorientasi Lateral : Huruf berpindah ke depan ataupun kebelakang kedudukan yang sebenarnya.

untuk boleh bersihkan gunakan lukis

6.6.2 Imej terbalik : Huruf / teks ditulis terbalik seperti imej cermin.

pensil kita yang lukisan bekas 8.4.2013

15

4.6.3 Keciciran huruf : terdapat huruf-huruf yang tercicir secara rawak.

Selasa digunakan dikumpul cawan

6. MASALAH DAN PUNCA MASALAH MURID . Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah : 6.1 Keturunan atau genetik Terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turuntemurun. Untuk Adam, saya difahamkan kakaknya juga menghadapi Disleksia dan kini berada di Program Pendidikan Khas sekolah menengah. 6.2 Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan

perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanakkanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum. Dalam aspek ini, Adam sendiri ada memaklumkan beliau lahir tidak cukup bulan. Ayatnya Mak kata saya dulu lahir kecik sangat!. Sebab tak cukup bulan. Sebab tu sampai sekarang saya kecik aje 16

6.3 Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia. Kurang matang juga mungkin menjadi punca buat Adam.

7. RANCANGAN

PROGRAM

INTERVENSI

UNTUK

MEMBANTU

MENGATASI

MASALAH MEMBACA YANG DIHADAPI.

Program intervensi adalah satu usaha pendidikan yang bertujuan mengatasi, merawat, mencegah dan mengurangkan gejala dan kelemahan individu dalam pendidikan dari peringkat awal demi membantu kanak - kanak untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dimasa akan datang. Jika pengenal pastian dan intervensi yang bersesuaian dilaksanakan seawal mungkin, tempoh yang

diperlukan untuk mengurangkan kesan negatif disleksia mungkin menjadi singkat dan lebih mudah (Hammond dan Hughes, 1999; Mercer, 1997). Dalam aspek membantu kanak-kanak disleksia mengatasi masalah membaca yang dihadapi beberapa langkah intervensi wajar perlu dilaksanakan iaitu :

7.1 Bermula dari asas mengenal ABC.

Untuk mengatasi masalah pembacaan murid disleksia ini saya cadangkan kita mulakan dengan mengajarkan murid kepada asas mengenal ABC semula. Kerana tanpa mengenali huruf Abjad ABC yang betul kemahiran pembacaan yang lebih kompleks pasti tidak dapat dikuasai sama sekali. Caranya :

1. Perkenalkan semula huruf A-Z ( Kecil dan besar) dengan memastikan huruf ditulis dengan besar dan jelas. Warna yang digunakan juga harus terang dan menarik.

17

2. Huruf ini bukan saja boleh dilihat dengan jelas, malah boleh disentuh. Contohnya huruf ditulis seperti blok huruf atau tulis pada kotak dan dipotong mengikut bentuknya supaya murid boleh sentuh sambil melihat huruf. Deria sentuhan yang digunakan bersama akan memperkukuhkan kepada murid bentuk sebenar huruf tersebut.

3. Pastikan huruf tersebut bersaiz besar sekurang-kurangnya 4 X 6 cm. Secara berperingkat huruf-huruf blok ini akan diperkecilkan saiznya hinggalah akhirnya berpindah ke bentuk tulisan pula. Bagaimanapun pastikan murid telah benarbenar kenal semua huruf dan bentuknya dengan baik.

4. Bila menulis huruf ajarkan dia menyebutkan huruf itu sambil mengerakkan tangan menulis huruf dengan betul berulang-ulangkali hingga murid ini benarbenar ingat dan mahir dengan bentuk setiap huruf terutama huruf yang berbentuk hampir sama seperti b dan d, h dan n, p dan q. Setelah murid mahir dengan huruf dan bentuknya , latih dan biasakanlah dia dengan menulis hurufhuruf dengan betul di atas kertas. Juga bermula dengan menulis saiz besar hinggalah kecil, kecil dan kecil seperti dalam Rajah 4.

Rajah 4 : menunjukkan kaedah memperkenalkan huruf dari segi bentuk dan rupanya secara peringkat mengikut saiz besar ke kecil, dari huruf blok kepada tulisan.

18

7.2 Perkenalkan suku kata dan membentuk perkataan

7.2.1

Perkenalkan suku kata.

Dengan kaedah yang sama seperti mengenal

huruf. Cuma suku kata menggunakan kad-kad suku kata bersaiz besar saja. Kenal bentuk huruf-huruf suku kata, kenal bunyinya dan boleh tuliskan dengan betul. sebagainya. Mulakan dengan suku kata V, KV, KVK. KVKK dan

7.2.2

Setelah kenal bunyi-bunyi untuk suku kata, perkenalkan pula percantuman suku kata membentuk perkataan dari mudah ke susah dengan konsep dan prinsip yang sama untuk perkenalkan suku kata.

7.2.3

Saya yakin proses ini jika dibuat dengan teratur, sabar dan bersungguh oleh guru, ibu bapa dan sesiapa yang ingin membimbing murid disleksia seperti Adam, masalah lemah kemahiran membaca ini akan dapat diatasi.

7.3 Susunan fizikal bilik darjah

Struktur fizikal bilik darjah juga item penting yang perlu di ambil kira untuk memastikan program intervensi menjadi berkesan. Memastikan terlebih dahulu strutur fizikal bilik darjah adalah bersifat mesra dan menepati keperluan anak Disleksia. Sheila & Shamsilah (2006) menyatakan kanak-kanak disleksia perlu ditempatkan di hadapan kelas. Melalui cara ini hubungan mata dapat diadakan dan guru berupaya mengawasi secara berterusan apa yang dilakukan oleh pelajar. Cara ini juga menyebabkan peluang pelajar tertarik kepada perkara lain menjadi kurang .

7.4 Papan tulis

Mengajar menggunakan papan tulis perlu dikurangkan untuk anak disleksia memandangkan proses menyalin dari satu permukaan vertikal ke permukaan horizontal adalah sukar buat mereka. Mereka harus diberikan latihan berbentuk lembaran dan elakkan dari menyalin nota, soalan dan sebagainya. Ini akan

mengganggu proses pembelajaran kerana mereka terpaksa menulis semula 19

dengan mengambil masa yang lama. Jika menggunakan papan tulis, murid perlu dipastikan berada di hadapan, dibimbing dan disemak tulisannya.

7.5 Lembaran kerja

Lembaran kerja yang diedarkan kepada murid disleksia haruslah dirancang dengan teliti dan dipastikan setiap baris antara tulisan dijarakkan dengan sewajarnya, besar dan jelas bagi mempermudahkan pembacaan murid disleksia.

8. INSTRUMEN DAN KAEDAH UJIAN DIAGNOSTIK YANG DIGUNAKAN.

8.1 Jadual Penentuan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu ( Bacaan )

KEMAHIRAN DIUJI
1. Mengenal huruf kecil 2. Mengenal huruf Besar 3. Suku Kata V 4. Suku Kata KV 5. Suku Kata KVK 6. Suku Kata KVKK 7. Membatangkan suku kata V 8. Membatangkan Suku Kata KV 9. Membatangkan Suku Kata KVK 10. Membatangkan Suku Kata KVKK 11. Membatangkan perkataan V+KV 12. Membatangkan Suku Kata KV+V 13. Membatangkan Suku Kata KV+KV 14. Membatangkan Suku Kata KV+KVK 15. Membatangkan Suku Kata KVK+KV 16. Membatangkan Suku Kata V+KVKK 17. Membatangkan Suku Kata KV+KVKK 18. Membatangkan Suku Kata KVKK+V 19. Membatangkan Suku Kata KVKK+KV

JUMLAH
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

20

8.2 Item Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (bacaan)

8.2.1

Kemahiran 1 : Mengenal huruf kecil Arahan Guru : Sebutkan nama huruf yang ditunjuk oleh guru.

8.2.2

Kemahiran 2 : Mengenal huruf Besar Arahan Guru : Sebutkan nama huruf yang ditunjuk oleh guru.

8.2.3

Kemahiran 3 : Menyebut Suku Kata V Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata V

8.2.4

Kemahiran 4 : Menyebut Suku Kata KV Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KV

8.2.5

Kemahiran 5 : Suku Kata KVK Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KVK

8.2.6

Kemahiran 6 : Suku Kata KVKK Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KVKK

8.2.7

Kemahiran 7 :Membatangkan suku kata V+KV Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata V+KV

8.2.8

Kemahiran 8 :Membatangkan Suku Kata KV+V Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KV+V

8.2.9

Kemahiran 9 : Membatangkan Suku Kata KV+KV Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KV+KV

8.2.10

Kemahiran 10 : Membatangkan Suku Kata KV+KVK Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KV+KVK

8.2.11

Kemahiran 11 :Membatangkan perkataan KVK+KV Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KVK+KV

8.2.12

Kemahiran 12 : Membatangkan Suku Kata V+KVKK Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata V+KVKK 21

8.2.13

Kemahiran 13 : Membatangkan Suku Kata KV+KVKK Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KV+KVKK

8.2.14

Kemahiran 14 : Membatangkan Suku Kata KVK+KVKK Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KVK+KVKK

8.2.15

Kemahiran 15 : Membatangkan Suku Kata KVKK+V Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KVKK+V

8.2.16

Kemahiran 16 : Membatangkan Suku Kata KVKK+KV Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KVKK+KV

8.2.17

Kemahiran 17 : Membatangkan Suku Kata KVKK+KVK Arahan Guru : Sebutkan Suku Kata KVKK+KVK

8.3 Contoh-contoh Bahan Ujian / BBM

22

23

9. RUMUSAN
Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), menegaskan bahawa masalah menguasai kemahiran

membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta motivasi dalam Sehubungan

menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

itu adalah sangat perlu diadakan perlaksanaan program intervensi sebagai proses yang akan membantu mengatasi, mengurangkan dan pemulihan bagi mengelakkan gejala

disleksia ini manjadi sesuatu yang kritikal dan mengakibatkan kemerosotan atau kegagalan murid menguasai pelajaran.

Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengejaan dalam kelas tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.

24

Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa disleksia adalah satu bentuk masalah kesukaran pembelajaran yang spesifik yang dimiliki oleh seseorang pelajar dalam aspek-aspek membaca, menulis, mengeja dan mengira nombor. Malah perkara ini telah dibuktikan oleh Sanders dan Mayers (1996) yang menyatakan bahawa kesukarankesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbolsimbol seperti nota muzik dan tanda matematik.

25

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 4 Jun 2008. Hammond, L & Hughes, P. 1990. When bright kids fail: how to help children overcome specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster.

Irwin, G. 2000. Dyslexia. Manila: BSM SEN Conference.

Mercer, C. D.1997. Students with learning disabilities. U.S.A: Merrille, Prentice Hall.

Mohd. Sharani (2006), Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Kuala Lumpur. PTS professional Publishing S.B

Rosana Awg. Bolhasan. 1998. Disleksia di kalangan pelajar sekolah rendah di Kuching, Sarawak. Dissertasi Sarjana Sains. Universiti Malaysia Sarawak.

Sheila & Shamsilah (2006) Apa itu disleksia : panduan untuk ibu bapa, guru & kaunselor ; Kuala Lumpur. PTS professional Publishing S.B Sofiah. 2000. Anak Lembapmungkin disleksia. Utusan Malaysia, 13 November.

Zabidi. 2000. Disleksia: kanak-kanak boleh dirawat. Utusan Malaysia, 20 November.

26

LAMPIRAN
UJIAN DIAGNOSTIK BAHASA MELAYU (PENULISAN)

27

Você também pode gostar