Você está na página 1de 25

1.

Pengenalan
Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf memiliki martabat sebagai
bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa
kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi
rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Srivijaya. Pada zaman Kesultanan
Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai
puncak kegemilangan sebagai bahasa tamaddun Melayu baharu dengan menjadi
bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa lmu dan
falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.
Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu
pada abad ke-16 sebagai bahasa yang sangat luas tersebarnya sehingga kalau kita
memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak kerana bahasa itu bukan
sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu dan di sebelah timurnya
sehingga kepulauan Filipina.
2. Definisi
2.1 Definisi Bahasa
Dalam bidang kajian bahasa, frasa bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai
cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa, peranan dan fungsinya. Dalam hal ini,
kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah memberikan konsep dan takrifan
bahasa yang hampir sama. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, bahasa ialah satu
sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa juga mencakupi dialek, loghat, adat dan
adab sesuatu bangsa. Lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia mempunyai
makna-makna yang tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang
menuturkannya.Bloch dan Trager (1942) telah mentakrifkan bahasa sebagai sistem
lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Proses
komunikasi ini berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Noam Chomsky
(1957), seorang ahli linguistik moden berkata bahawa, setiap penutur dan
pendengar mempunyai dua perkara penting, iaitu kecekapan bahasa dan
pengucapan bahasa. Beliau juga merumuskan bahawa proses ini sentiasa bertukar
ganti antara penutur dengan pendengar yang berkomunikasi sesama mereka
Dari segi pragmatik, para ahli linguistik bersetuju bahawa bahasa merupakan satu
sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi, sama ada berdasarkan aksi
penutur atau pendengar. Dalam kamus yang lain, antaranya The American Heritage
Science Dictionary, bahasa merupakan satu sistem objek atau simbol seperti bunyi
atau sesuatu huruf yang berturutan serta boleh digabungkan dengan pelbagai cara
dengan syarat mematuhi peraturan tertentu, terutamanya untuk melahirkan
pemikiran, perasaan dan memberikan arahan. Oxford University Press (Language
Software), pula mentakrifkan bahasa sebagai salah satu cara untuk
mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik tertentu. Takrifan ini sangat
menepati teori yang dilakukan oleh Ferdinand Mongin de Saussure (1959), seorang
ahli linguistik Swizerland dan juga bapa linguistik moden abad ke-20. Teori tersebut
mengatakan melalui bahasa, manusia boleh diklasifikasikan kepada etnik-etnik
mengikut bahasa yang ditutur oleh mereka. Dalam naskhah yang lain juga seperti
Etymology Dictionary, bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dituturkan
melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda yang konvensional.
Dalam penetapan konsep dan takrif bahasa yang lebih jitu, telah menimbulkan
pelbagai pendapat daripada ahli-ahli linguistik dan ahli-ahli bahasa yang lain. R. A
Hall (1964) berpendapat bahawa bahasa merupakan institusi yang membolehkan
manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sam lain yang mengandungi
makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan dan pendengaran. Dalam
kajian seterusnya mengenai konsep dan takrifan bahasa yang dominan, Edward
Sapir (1921) menyimpulkan bahasa sebagai satu medium perhubungan serta selalu
digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk
menyampaikan idea, perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa yang
dituturkan. Dari segi bidang sosial pula, Michael Halliday (1973) mengatakan bahasa
ialah satu turutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuain denga
individu sebagai manusia yang bersosialisasi.
2.2 Definisi Melayu
Pada masa ini, asal usul bahasa Melayu masih lagi kabur. Pengkajian yang
mendalam tentang sejarah dan perkembangan bahasa ini masih diperlukan. Walau
bagaimanapun, pengkajian terhadap asal usul bahasa ini amat sukar dan rumit. Hal
ini disebabkan bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu pada zaman prasejarah
masih belum ditemui. Dari segi pandangan akademik, konsep Melayu
merupakan konsep yang meliputi ruang yang luas dan tempoh masa yang panjang
akibat daripada keluasan dan bilangan penutur bahasa tersebut. Banyak pendapat
yang diutarakan oleh para sarjana tentang konsep Melayu.
Penggunaan istilah Melayu pada peringkat awal ini hanya dapat dikesan
sekitar tahun 100 150 masihi. Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy, telah
menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya, Geographike Sintaxis. Manakala,
G. E Gerini menganggap istilah Melayu berasal daripada kata Sanskrit, iaitu
malayakolam atau malaikurram yang merujuk kepada sebuah kawasan di utara
pantai Semenanjung Malaysia, iaitu Tanjung Kuantan. Sebaliknya pula bagi Roland
Bradell, menganggap tempat yang dimaksudkan ialah di Tanjung Penyabung.
Sehubungan dengan itu, dari segi etimologi, perkataan Melayu itu dikatakan
berasal daripada perkataan Sanskrit malaya yang bermaksud bukit ataupun tanah
tinggi.
Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang
bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana, terletaknya
Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan
Srivijaya. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan Melayu
berasal daripada nama sungai di Jambi iaitu Sungai Melayu.
Menurut catatan seorang rahib Buddha yang bernama Itsing, dalam
perjalanannya dari Canton ke India beliau telah singgah di Bhoga. Beliau
kemudiannya telah dihantar Raja Bhoga ke negeri Mo-lo-yu yang pada masa itu
disebut sebagai Sribhoga. Berdasarkan catatan ini, didapati bahawa Itsing telah
mengubah nama Mo-lo-yu kepada Bhoga dan Sribhoga. Dipercayai ketika itu
bahawa Sribhoga ialah Palembang, ibu negeri Srivijaya dan Bhoga sebagai tanah
jajahan takluk Srivijaya, termasuklah Mo-lo-yu. Beradasarkan takrifan Melayu di
atas, jelas kelihatan bahawa pada peringkat awal, istilah Melayu hanya digunakan
untuk merujuk kepada kerajaan atau kawasan dan bukannya merujuk kepada
sesuatu bangsa atau bahasa.
Selain itu, istilah Melayu untuk merujuk nama bangsa atau bahasa wujud
setelah adanya kerajaan Melaka yang kemudiannya berkembang sebagai sebuah
kerajaan agung. Berdasarkan teks-teks yang ada hubungannya dengan Melaka
klasik, istilah Melayu merujuk keturunan yang berbangsadan berasal sahaja. Hal
ini bererti istilah Melayu hanya merujuk keturunan raja-raja Melayu di Sumatera.
Bermula pada abad ke-17, penggunaan istilah Melayu yang merujuk bangsa
semakin meluas. Pada ketika itu, Melayu merangkumi suku bangsa serumpun di
Nusantara. Pada abad ke-17, seorang pengkaji bernama Colin telah mengusulkan
bahawa suku bangsa Tagalog berasal daripada bangsa Melayu. Hal ini berdasarkan
kesamaan bahasa yang dituturkan, kesamaan warna kulit, kesamaan bentuk badan,
kesamaan bentuk pakaian, kesamaan adat resam dan kesamaan upacara yang
dijalankan. Kesemuanya bersumberkan bangsa Melayu.
Dalam buku yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar
(1985), menyatakan bahawa istilah Melayu yang lebih umum adalah merujuk
kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu. Kelompok ini mendiami
Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa buah
kawasan berhampiran. Bahasa suku bangsa ini diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan
di negara Malaysia dan dikenali sebagai bahsa Indonesia di negara Indonesia.
Pada 1972, UNESCO telah memberikan pengertian tentang konsep Melayu. Istilah
Melayu digunakan untuk merujuk suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia,
Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar. Pada masa yang sama juga,
UNESCO telah melancarkan The Oceanic Culture Study Project yang meliputi
kawasan Austronesia yang lain. Dengan demikian, UNESCO telah membahagikan
kawasan Austronesia kepada kawasan Kepulauan Melayu (Austronesia Barat) dan
kawasan Oceania (Austronesia Timur).
Di Malaysia, pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang
dikaitkan dengan agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia, Melayu ditakrifkan
sebagai orang yang beragama Islam, mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu,
fasih berbahasa Melayu dan lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka. Hal ini
bermakna bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri tersebut boleh
mejadikan ahli kepada suku bangsa Melayu.
3. Skop Kajian

4. Kegemilangan Bahasa Melayu
Zaman Kesultanan Melayu meliputi antaranya Melaka, Acheh, Sumatera,
Pasai sekitar abad 13 hingga 19 sesudahnya kedatangan agama Islam menyaksikan
bahasa Melayu menjangkau puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun
Melayu. Peranan Bahasa Melayu meliputi pelbagai ranah atau bidang tamadun baik
dari segi ilmu, pentadbiran, perdagangan, undang-undang dan juga sebagai bahasa
hubungan diplomatik. Bahasa Melayu pada waktu itu sudah menjadi bahasa yang
sangat luas penyebaran dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu
bahkan bangsa-bangsa lain seperti Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu
di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok bangsa asing termasuk Eropah yang
datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan tujuan penyebaran agama,
masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu sudah merentas
semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah ada
hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu,
di samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak
dan sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang
ke Alam Melayu sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh.
Menariknya, Nuruddin al-Raniri ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu
walaupun beliau bukan orang Melayu.
Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, Sesiapa sahaja yang datang ke
Alam Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua
bidang iaitu pentadbiran, perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti
dalam Bahasa Melayu, kata Dr. Awang lagi yang pernah menyandang Pengarah
Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1999-2004 ).
Oleh itu, Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki
martabat sebagai bahasa dan tamadun besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa
Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian
agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan
Sriwijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad ke 13 hingga abad 19
bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu
baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-
undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan
dan bahasa sastera tinggi ( Awang Sariyan 2002 ). Maka tidaklah menghairankan
apabila sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa
Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut :
Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut tetapi
juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur,
sebagai suatu bahasa yang difahami di amna-mana saja oleh setiap orang, tidak
ubah seperti Bahasa Perancis atau Latin di Eropah atau sebagai bahasa Lingua
Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga
kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu
bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negara itu dan disebelah
timurnya sehingga Kepulauan Filipina. ( Nik Satiah Karim, el.at, 2004 )
Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan
kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa
terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, Lingua Franca, bahasa
perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera (
Collins, 1999 dan Awang Sariyan, 2000 ).

5. Perkembangan Bahasa Melayu
5.1 Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masihi)
Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan
bahasa Melayu telah dijumpai :
1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) ditulis dalam tulisan India
dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.
2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) juga ditulis dalam tulisan India
dengan beberapa perkataan Arab
3. Batu Bersurat Terengganu dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang
Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis
antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi.
Abad ke 13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu
dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa
dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit
demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.
Zaman penting bagi bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar
yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu
di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti
perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga
telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa
Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata
juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea
yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar
di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa
Melayu yang sangat tinggi nilainya.
Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan
Portugis pada tahun 1511 masihi tidak menamatkan pengaruh bahasa Melayu.
Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan
mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Beberapa contoh usaha mereka ialah :
1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama
Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore
pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan
oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah
daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak
jauh daripada tempat asal bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya
bahasa Melayu tersebar.
2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di
Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai
kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa
bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-
bahasa negeri timur.
3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah
bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu,
telah menggambarkan kepentingan bahasa Melayu seperti berikut :
Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut,
tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri
timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap
orang.
Satu bukti tentang tingginya martabat bahasa Melayu dan luas penggunaannya di
wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan
Melayu. Antaranya ialah :
1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan Bodelein, London
Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk
menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang
morfologi, sintaksis dan fonologi.
Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan.
Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan
Acheh telah telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu.
Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah :
1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin)
2. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin)
3. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab)
4. Hamzah Fansuri (Syair Perahu)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab Hikayat Al-
Salakin. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga muncul di
tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran
Indera Muda) telah menghasilkan Syair Rakis, manakala di Banjarmasin pula
terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab Sabil Al-Muhtadin. Sheikh Mohd
Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan Matlaal Badrain dan Furu Al-
Masail.
5.2 Bahasa Melayu Zaman Peralihan ( Pramoden)
Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu
Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke
Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan
sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah
Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah
mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi
terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan
sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-
perpustakaan barat ini.
Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti
Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku
secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan
kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam
zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.
Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula
memasyarakat dan merakyat. Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat
banyak hasil penulisan seperti buku Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat
Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab kitab
agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan
bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah
pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta
perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu
terdedah kepada pengaruh Barat.
Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan
bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa
perubahan pada Bahasa Melayu zaman peralihan dikatakan bermula pada
pertengahan abad 19 membawa kepada awal abad 20. Abad ke-19 adalah abad
kebanjiran pendatang luar Asia Tenggara. Pada masa ini pelbagai bangsa terutama
dari barat datang untuk menguasai Asia Tenggara. Orang-orang Belanda menguasai
sebahagian besar kepulauan Melayu yang kemudian dikenali sebagai Indonesia.
Inggeris pula menguasai negeri-negeri Melayu terutama di Semenanjung Tanah
Melayu, Brunai, Sarawak dan Borneo Utara. Orang Perancis pula menguasai Indo-
China, orang Portugis di Timor Timur, manakala orang Sepanyol dan kemudiannya
Amerika menguasai Filipina.
Bangsa-bangsa Barat ini bukan sahaja menguasai perdagangan tetapi juga
politik. Bagi meneguhkan penguasaan mereka, pihak penjajah telah mengkaji
bahasa dan budaya peribumi, sehinga dengan itu timbul pusat-pusat pengajian
tentang bahasa, sastera dan budaya peribumi, terutama Melayu di universiti-
universiti di Barat, misalnya di Belanda dan Inggeris. Pada masa yang sama
penjajah barat memperkenalkan beberapa teknologi moden seperti alat pencetak,
kapal api dan lain-lain termasuk penerbitan akhbar, majalah dan jurnal serta
percetakan buku-buku dan kitab-kitab (Ahmat Adam. 1992 ).
Bertitik-tolak dari sinilah perkataan-perkataan dari bahasa barat seperti
Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu sediit demi sedikit.
Akibat dari itu juga pusat kegiatan penulisan Melayu mula mengusur dari istana-
istana ke dalam masyarakat umum. Ini menjadikan kegiatan penulisan mula bersifat
kemasyarakatan dan kerakyatan.Pada zaman ini juga terdapat banyak buku-buku
Melayu tulin sempat dicetak. Misalnya buku Sejarah Melayu, Taj al-Salatin, Hikayat
Abdullah dan lain-lain. Begitu juga dengan kitab-kitab agama yang terkenal banyak
dicetak pada zaman ini terutamanya di Asia Barat seperti di Istanbul dan Mesir.
Suatu perkara yang terjadi pada zaman ini dan tidak wujud pada zaman
bahasa Melayu klasik ialah pencetakan dan penerbitan majalah dan akhbar Melayu.
Contohnya Soerat Kabar Bahasa Malaijoe yang diterbitkan di Surabaya, Jawa Timur
pada tahun 1856. Akhbar Bintang Timor di Padang Sumatera Barat (1865), Jawi
Peranakan di Singapura (1876). Selain dari itu terdapat juga akhbar Melayu Alamat
Langkapuri di Colombo, Sri Lanka (1869). Malah di Melaka sendiri pada tahun 1821
terbitnya majalah Melayu Bustan Arifin, begitu juga majalah Bintang Oetara yang
diterbitkan di Rotterdam, Belanda pada tahun 1856 M ( Ahmat Adam. 1992)
Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada abad ke-19 ini seperti satu pertembungan
budaya Melayu dengan Barat. Perkembangan teknologi cetak dan teknologi-
teknologi lain serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah menjadikan
bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh barat. Dengan itu sedikit demi sedikit
bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa
perubahan pada bahasa Melayu. Hal ini ditambah lagi dengan penguasaan Inggeris
serta penjajah lain terhadap penerbitan kebanyakan akhbar dan majalah Melayu.
Namun begitu satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah penjajah turut
membantu perkembangan penggunaan bahasa Melayu secara tidak lansung di Asia
Tenggara. Sebagai contoh, pada tahun 1821 Sekolah Melayu telah ditubuhkan di
Pulau Pinang dan kemudiannya diikuti oleh Negeri-negeri Selat yang lain.
Hal yang sama turut berlaku di Indonesia. Kerajaan Belanda telah mengiktiraf
bahasa Melayu Riau sebagai bahasa Melayu tinggi dan menjadi alat perhubungan
utama peribumi Indonesia. Bahasa Melayu Riau menjadi bahasa utama di sekolah-
sekolah bukan sahaja di Riau tetapi juga di Sumatera Timur dan Pulau Jawa.
Dengan keadaan sedemikian, abad ke-19 ini meletakkan bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi di seluruh pelosok nusantara.
Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit
demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu
Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-
negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan
pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu
dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih
banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam
pemerintahan Belanda.
Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui bahasa Melayu dan
tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi
sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal
abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan
bahasa Melayu selanjutnya. Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti
kitab Al-Hakim oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan
Sabil Al-Hidayat oleh Sayyed Aluwi Baaluwi (1899 M).
Hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu
ialah karya Raja Ali Haji, iaitu Bustan Al-Katibin (1857 M), Pengetahuan Bahasa
(1859 M), Salasilah Melayu dan Bugis (1865 M) dan Tuhfat Al-Nafis (1865 M).
Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti Hikayat
Negeri Johor dan Kitab Pemimpin Johor. Kerajaan Melayu Johor-Riau terus
menjadi pusat pengembangan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa
persatuan di seluruh Nusantara.
Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu
menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan
menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti
pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga
menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka,
Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada
orang Melayu.
Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum
berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan
rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan mesti
lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.
Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi
terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu.
Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W.
Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.
Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan bahasa
Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap bahasa
Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-
nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang
bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa
mereka.
Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan bahasa Melayu
menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh
cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau
Arab. Kemerosotan bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20,
semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah
untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan,
guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini.
Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini.
Perjuangan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik
membebaskan tanah air daripada penjajahan.
Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa Bahasa
Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen. Dengan
perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang
pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu.
5.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Zaman Peralihan dan Perkembangannya
(abad 19- 20)
Seperti bahasa Melayu zaman klasik, bahasa Melayu zaman peralihan juga
mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membolehkannya dipisahkan dari
bahasa zaman klasik. Ciri-ciri ini amat penting untuk diketahui kerana ciri-ciri inilah
yang akan menjadi garis pengukur dalam menentukan kedudukan bahasa itu sama
ada berada dalam zaman kuno, zaman klasik, zaman peralihan atau zaman
moden.Ciri-ciri bahasa Melayu zaman peralihan atau zaman pramoden yang dapat
dikesan untuk kertas kerja ini ialah :
a) Gaya bahasa zaman peralihan masih lagi mengikut gaya bahasa klasik, seperti
penggunan sahaya, arakian, kemudian daripada itu, adapun, maka, sekalian dan
sebagainya. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan-perkataan tersebut
tidaklah begitu keterlaluan seperti zaman sebelumnya.
b) Fonem-fonem Melayu ditambah dengan fonem-fonem baru daripada bahasa Arab
masih kekal. Di sini pada awalnya unsur-unsur Inggeris belum terlihat dengan
ketara. Walau bagaimanapun, apabila penjajah mula menguasai urusan penerbitan
beberapa akhbar dan majalah barulah unsur-unsur Inggeris mula terlihat.
c) Kata-kata istilah baru mula muncul terutama dalam pentadbiran moden seperti
yang diamalkan di Johor pada zaman pemerintahan keluarga Temenggung Johor.
Pada masa itulah beberapa banyak istilah Inggeris, Portugis dan Belanda mula
diguna pakai. Antaranya istilah majestret, lawyer, kompeni, Gabenor, kemeja, office-
boy, beranda dan berbagai lagi. Pada masa yang sama juga beberapa istilah
Inggeris diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk urusan pentadbiran seperti
jawatankuasa, setiausaha, pejabat, pesuruhjaya dan jabatan.
d) Perkembangan bahasa dalam zaman pramoden ini juga memperlihatkan
penerbitan akhbar dan majalah yang datang dari pengaruh Barat. Hal ini telah
dimanfaatkan sepenuhnya oleh intelektual Melayu. Mereka mula menerbitkan
bahan-bahan cetak untuk rakyat tempatan. Ini membantu dalam penguasaan
bahasa bukan sahaja oleh penduduk tempatan tetapi juga oleh penjajah.
e) Sesuatu yang lebih ketara pada zaman ini ialah dalam bidang percetakan iaitu
bermulanya era penerbitan buku-buku Melayu. Buku-buku ini dicetak sama ada di
Malaya, Batavia atau di Asia Barat seperti di Makkah , Istanbul atau Mesir.
f) Dalam bidang penulisan dan penghasilan karya pula terlihat bermulanya penulisan
gaya laporan mula berkembang. Gaya penulisan ini juga lebih dikenali dengan gaya
kewartawan seperti yang dilakukan oleh Abdul Rahim Kajai ( Talib Samat :1998 )
g) Dunia persuratkhabaran dan majalah yang berkembang pesat telah membuka
ruang kepada bidang pekerjaan sebagai wartawan akhbar dan majalah. Hal ini
menyemarakkan lagi proses pengembangan bahasa Melayu di peringkat yang lebih
luas. Bukan sahaja istilah-istilah bahasa Melayu semakin bertambah, malah ianya
semakin meninggalkan ciri-ciri bahasa Melayu zaman klasik. Struktur ayatnya telah
berubah, tidak lagi meleret-leret ketika menjelaskan sesuatu maksud atau perkara.
h) Sesuatu yang menarik dalam memperkatakan ciri-ciri bahasa Melayu pramoden
ini ialah bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah yang
didirikan oleh penjajah. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mendapat
pengiktirfan sebagai bahasa komunikasi antarabangsa ( pelbagai kaum ), tidak
seperti zaman sebelumnya yang meletakakan bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi tidak formal sahaja.
i) Perkembangan bahasa Melayu turut membawa kepada penghasilan buku-buku
teks bahasa Melayu di sekolah-sekolah . Perkara ini dilakukan oleh Syed Mahmud
bin Syed Abdul Kadir ( A.M Iskandar Hj Ahmad : 1980
Zaman pramoden atau zaman peralihan ini juga ditandai dengan lahirnya aktiviti
penghasilan perkamusan di alam Melayu. Beberapa buah kamus besar telah
disusun seperti Kamus Jawi-melayu-Inggeris yang disusun oleh R.J Wilkinson.
Kamus ini berbidang besar dan tebal serta mempunyai maklumat yang banyak
tentang bahasa Melayu. Kamus ini diterbitkan pada tahun 1903. Selain dari itu
terdapat juga kamus Melayu-Belanda dan Belanda-Melayu yang disusun oleh Van
Ronkel pada tahun 1918. Kamus lain yang terhasil pada awal abad ke-20 ialah Buku
Katan ( Kamus Melayu) oleh Muhamad said Sulaiman (1936), Kamus Melayu oleh
Haji Syamsudin Muhamad Yunus yang bertulisan Jawi (1948).
Kejayaan menghasilkan kamus ini memberikan impak yang besar terhadap
pekembangan bahasa Melayu. Dengan terhasilnya kamus-kamus tersebut maka
secara lansungnya menambahkan lagi perbendaharaan kata bagi bahasa Melayu.
Oleh itu dalam zaman peralihan ini, penghasilan kamus menjadi satu elemen
penting ketika memperkatakan perkembangan bahasa Melayu zaman peralihan atau
zaman pramoden.
6. Bahasa Melayu Zaman Moden
Setelah meneliti era dua zaman perkembangan bahasa Melayu; zaman klasik dan
zaman peralihan, eloklah pula ditinjau sepintas lalu bahasa Melayu zaman moden
bagi menjelaskan pemahaman terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Tinjauan sepintas lalu ini akan menjelaskan akan peri pentingnya zaman peralihan (
pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 ) kepada sejarah perkembangan
bahasa Melayu.
Bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk baru iaitu
bahasa Melayu Moden apabila menjelangnya abad ke-20. Prosesnya berjalan
mengikut urutan waktu tetapi lancar. Ianya bermula dengan pemilihan bahasa
Melayu sebagai bahasa urusan pemerintahan di negeri-negeri Melayu. Keadaan
menjadi semakin kukuh apabila munculnya teknologi percetakan yang dibawa oleh
penjajah ke Tanah Melayu. Penerbitan akhbar, majalah dan buku-buku telah
menyemarakkan lagi perkembangan bahasa Melayu.
Pada pertengahan abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa terpenting di
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara. Hal
yang sama berlaku di Indonesia yang dijajah oleh Belanda.
Di Indonesia, pada tahun 1928 tercatatnya peristiwa penting dalam kalendar sejarah
bahasa Melayu apabila diadakan Sumpah Pemuda yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa persatuan bagi negara dan bangsa Indonesia ( Ensiklopedia
Sejarah dan Kebudayaan Melayu : 1994).
Peristiwa ini membawa kepada terangkatnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara Indonesia yang kemudiannya dikenali dengan Bahasa Indonesia pada 1945.
Hal yang sama terjadi di Tanah Melayu pada tahun 1967. Manakala di Brunei
Darulsalam bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi pada tahun 1959 dan di
Singapura pada tahun 1965 ( Amat Jauhari Moain : 1994 ).
Bahasa Melayu Moden terus berkembang dan menjadi utuh apabila penerbitan
majalah, akhbar, buku, jurnal menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah untuk
menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan. Tujuannya bukan sekadar
meningkatkan kecerdasan berfikir dan perluasan ilmu tetapi juga untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Anatara akhbar dan majalah yang memainkan
peranan berkenaan ialah al-Imam (1906), Panji Poestaka dan Poesdjangga Baroe
(1933), Warta Malaya, Lembaga Melayu dan lain-lain lagi diterbitkan di sekitar
separuh awal abad kedua puluh.
Bagi mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu serta memastikan
perkembangannya tidak terbantut maka berbagai usaha telah dijalankan. Antaranya
penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ( Pa. Ba. Mim.
Pa. Ba.) yang kemudiannya diikuti dengan tertubuhnya Pejabat Karang Mengarang
SITC, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Jawatakuasa
Tetap Bahasa Melayu, serta tertubuhnya Kementerian Pelajaran.( Abdul Samad
Ahmad : 1966).Melihat kepada perkembangan istilah dan perbendaharaan kata,
pada zaman bahasa Melayu Moden ini, munculnya istilah-istilah baru sama ada
pinjaman dari bahasa asing mahupun pinjaman dari bahasa serumpun. Istilah-istilah
asing yang tiada dalam bahasa Melayu telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. Ini menjadikan bahasa Melayu kaya dengan istilah-istilahnya walaupun ada
di antaranya dipinjam dari istilah Inggeris, Belanda, Portugis, Arab, Sanskrit, Jawa,
Indonesia, Brunei dan sebagainya.
Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meningkat mendorong lahirnya
kerjasama kebahasaan antara Tanah Melayu dan Indonesia pada tahun 1959.
Kerjasama ini dikukuhkan lagi apabila pada tahun 1972 majlis Bahasa Indonesia-
Malaysia (MBIM) ditubuhkan. Pada tahun 1985 kedudukannya semakin meningkat
apabila MBIM menjadi MABBIM atau Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia -
Malaysia ditubuhkan.
Peningkatan mutu bahasa Melayu semakin jelas terserlah apabila bahasa ini
digunakan dalam pelbagai laras dan wacana dalam pengajaran pelbagai ilmu dari
peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
7. Pengaruh kedatangan Barat Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu
Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa
Portugis di Melaka dengan kejatuhan kesultanan Melaka pada tahun 1511.
Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah kebudayaan
Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai jenis penentangan oleh
bangsa Melayu terhadap penjajahan. Namun begitu, keruntuhan kerajaan
Melayu Melaka tidak meruntuhkan bahasa Melayu. Banyak pengkaji terus
menjalankan penyelidikan tentang bahasa Melayu. Antaranya ialah Pigafetta,
seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan,
telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun
1521. Dokumen ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan
oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan
merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore
yang terletak jauh dari tempat asal bahasa Melayu menggambarkan betapa
luasnya bahasa Melayu tersebar. Seorang lagi pengkaji ialah Jan Hugen Van
Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun
1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis.
Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa bahasa Melayu dianggap
sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.
Penulisan tentang bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar kata
Pigafetta yang merakamkan perbualan Magellan dengan lelaki Melayu
beragama Kristian bernama Hendrick. Pigafetta mempelajari bahasa yang
dituturkan dan menyalin beberapa perkataan dalam bahasa Itali dan dipadankan
dengan perkataan Melayu. Oleh sebab beliau bukan ahli bahasa, maka
pertuturan yang disalin adalah berdasarkan ejaan Itali. Beliau telah berjaya
mengumpulkan 426 perkataan dan rangkai kata bahasa Melayu. Senarai ini
kemudiannya disusun semula oleh Alessandrio Bausani dan dijadikan buku
Perbendaharaan kata Itali-Melayu yang pertama.
Sarjana Barat yang berusaha mengembangkan bahasa Melayu ialah Casper
Wittens yang menyusun kamus bahasa Melayu-Belanda dan diperbaiki oleh
Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 Masihi
dan di Batavia pada tahun 1707 Masihi. Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 Masihi.
Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah
bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah kepulauan Melayu,
telah menggambarkan kepentingan bahasa Melayu seperti berikut, Bahasa
mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi
juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur,
sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.
Selain daripada itu, penggunaan bahasa Melayu meluas dalam warkah-warkah
rasmi sebagai utusan daripada raja Melayu. Antaranya ialah surat Sultan
Acehkepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah
dari Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat sultan Aceh kepada raja
Inggeris, King James (1612). Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan
Bodelein, London. Thomas Bowrey menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun
1701 Masihi dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini mencatat
semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak
kesalahan ejaan. George Werndley seorang sarjana Bahasa Melayu menulis Nahu
Melayu yang diterbitkan di Amsterdam pada tahun 1736 Masihi, M. John Howison
menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1801 dan P. Farve menyusun kamus
Perancis-Melayu pada tahun 1871 Masihi. Zaman kedatangan Portugis merupakan
detik permulaan pengaruh bangsa Eropah kepada bahasa dan kebudayaan Melayu.
Selain daripada kuasa Portugis,pengaruh bahasa Belanda juga kelihatan dalam
bahasa Melayu khususnya perkembangan di Indonesia. Bagi Tanah Melayu pula,
pengaruh Barat yang paling banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah
kedatangan kuasa Inggerispada awal abad ke-19. Pengaruh ini masih lagi kelihatan
khususnya dalam perkembangan ilmu Bahasa Melayu dan perkembangan
peristilahan dalam pelbagai bidang. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah
Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu
terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di
Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari
Bahasa Melayu
dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam
jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi
terhadap bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu.
Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W.
Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. William Marsden telah menulis A
Grammar of Malayan Language pada tahun 1812 masihi. Beliau telah mengutarakan
beberapa hal penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu itu
indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya juga
mudah dan mudah diselaraskan dengan kata pinjaman. Bahasa Melayu dikatakan
bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang
memperkayakan bahasa Melayu. Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abjad Jawi,
konsonan dan vokal, tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian ayat,
nama sifat, perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk, sendi, keterangan,
penghubung, seruan, pengimbuhan, binaan ayat, dialek, prosodi dan praksis.
Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, dan
mencipta beberapa huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang
sudah sedia ada.
1. .0 Kesimpulan
2. Kedudukan bahasa Melayu menjadi sedemikian tinggi kerana pengaruh bahasa-
bahasa dari luar terutama dari barat seperti Inggeris dan Belanda, yang mula
meresap ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-19. Pengaruh-pengaruh ini
membuahkan hasil yang amat baik kepada bahasa Melayu dalam alaf baru ini (
menjelang abad 21 ) Bermula dari pertengahan abad ke-19, pengaruh-pengaruh
luar telah mempengaruhi kosa kata dan istilah-istilah Melayu yang akhirnya
menjadikannya bahasa moden.
3.
4. Tidak dapat dinafikan bahawa pertengahan abad ke-19 membawa ke abad 20
merupakan era yang amat penting dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Zaman ini yang lebih dikenali dengan Zaman Pramoden atau Peralihan merupakan
titik-tolak yang menjadikan bahasa Melayu hari ini sebagai bahasa lingua franca
dan bahasa ilmu pada abad ini.

Você também pode gostar