Você está na página 1de 29

oleh:

Cawangan Pendakwaan
Bahagian Penguatkuasaan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
1
Mendedahkan Pegawai Agensi kepada
undang-undang tubuh Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) dan undang-undang
yang dikuatkuasakan oleh AADK

Membantu Pegawai Agensi memahami
tugas dan tanggungjawab yang
diperuntukkan di bawah undang-undang
yang berkaitan

2
Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004
(Akta 638)
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983 (Akta 283)
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)
Kaedah Pusat Pemulihan Dadah 1983
Kaedah Pusat Pemulihan Dadah (Jabatan
Penjara Malaysia) 1983 (P.U.(A) 87/83)
Lain-lain undang-undang (Kanun Tatacara
Jenayah, Akta Keterangan 1950 dll.)
3

1983 - Dasar Dadah Negara diperkenalkan

Diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 19.2.1983 semasa kempen Anti-Dadah Kebangsaan di mana
penyalahgunaan dadah diisytiharkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara

Objektif Utama:

Menghapus permintaan dan bekalan dadah dalam negara dan memastikan masyarakat Malaysia bebas dari
penyalahgunaan dadah

7.2.1996 - Kerajaan memansuhkan Jawatankuasa Antidadah (JKAD) dan menggantikan dengan Majlis
Dadah Kebangsaan (MDK) dipengerusikan oleh YAB PM.

Kabinet mengarahkan Agensi Dadah Kebangsaan (National Narkotik Agency) ditubuhkan di bawah KDN dengan
menggabungkan Pasukan Petugas Antidadah (PPAD) JPM dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, KDN

11.6.1996- Dasar Dadah Negara diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan

Fokus Utama ialah Pencegahan, Penguatkuasaan, Rawatan dan Pemulihan dan Kerjasama Antarabangsa dan Serantau
Pencegahan (2 komponen utama iaitu pencegahan induk dan pencegahan am)
Pendidikan, Maklumat dan Publisiti, Program Kemasyarakatan dan Tempat Kerja
Rawatan dan Pemulihan (menghapuskan ketagihan dadan dan pencegahan semula recidivism)
Penguatkuasaan (menghalang kemasukan dadah ke dalam negara, perundangan dan risikan/networking). Dilaksanakan
oleh PDRM, Kastam Diraja, Unit Penyeludupan Dadah (UPP) dan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

ADK (ketika itu) berperanan sebagai koordinasi aktiviti antidadah dan membantu agensi-agensi
menangani masalah dadah negara
4

30.12.2004 - Agensi Antidadah Kebangsaan ditubuhkan
melalui undang-undang tubuh Akta Agensi
Antidadah Kebangsaan 2004 (Akta 638)

1.8.2007 YAB Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri
melalui Warta P.U.(B) 287/2007 membenarkan
Agensi Antidadah Kebangsaan menguatkuasakan,
menjalankan dan memberi kuatkuasa Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
kecuali 3 undang-undang berkaitan dadah
berbahaya iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952,
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah
Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan
lain-lain fungsi yang ditetapkan oleh
undang-undang tubuh AADK

5

Akta 638

Menubuhkan AADK

Diperkenan oleh YDPA 24.12.2004

Siaran Dalam Warta 30.12.2004

Mula Dikuatkuasakan 1.8.2007


6
4 Bahagian

13 Seksyen-Seksyen

Tarikh Kuatkuasa
Penubuhan AADK
Perlantikan Pegawai Agensi
Fungsi AADK
Kuasa Pegawai Agensi
Laporan Status Penyiasatan
Laporan Pegawai Agensi
Tugasan Sepanjang Masa
Pengenalan Diri
Perintah-perintah Tetap Ketua Pengarah AADK
Peraturan-peraturan
Jadual
7
Suatu Akta untuk menubuhkan Agensi
Antidadah Kebangsaan untuk meletakhakkan
kuasa kepada pegawai-pegawai Agensi untuk
melaksanakan fungsi pencegahan, rawatan,
pemulihan, penguatkuasaan, penyiasatan,
langkah-langkah pencegahan khas,
pelucuthakan harta dan pentadbiran mengenai
kesalahan-kesalahan di bawah ADB 1952,
ADB(LLPK) 1985, ADB(Pelucuthakan Harta)
1988 dan bagi perkara-perkara yang perlu atau
yang berkaitan dengannya.
8
Agensi hendaklah, tertakluk kepada Akta ini,
digunakan khidmatnya bagi pencegahan,
pengesanan, penangkapan, penguatkuasaan,
penyiasatan dan pendakwaan pesalah-pesalah
yang melibatkan kesalahan-kesalahan dadah
berbahaya, rawatan dan pemulihan penagih dadah,
tahanan pencegahan khas orang yang ada kaitan
dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan
atau yang melibatkan pengedaran dadah
berbahaya, pelucuthakan harta yang dikaitkan
dengan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan
kesalahan-kesalahan dadah berbahaya dan
pengumpulan risikan keselamatan yang
berhubungan dengan aktiviti dadah berbahaya.
Seksyen 3(2)
9
Seksyen 4 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004
Merupakan Pegawai Agensi mengikut seksyen 2 Akta Agensi
Antidadah Kebangsaan 2004
Dilantik oleh YDPA atas nasihat YAB PM
Dilantik dari kalangan penjawat awam
Berkhidmat untuk tempoh yang ditetapkan oleh suratcara
perlantikan
Boleh dilantik semula jika mencapai persaraan wajib secara kontrak
Bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan
segala perkara berhubungan dengan Agensi
Terima Perakuan Perlantikan dalam bentuk kad kuasa
Memberi Akuan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Menteri
Dalam Negeri
Mengeluarkan Perintah-Perintah Tetap dan apa-apa perkara lain
yang perlu dan suaimanfaat untuk pentadbiran baik Agensi atau
bagi mencegah penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tugas dan
bagi memastikan AADK berfungsi dengan cekap dan berkesan
10

Dilantik di bawah seksyen 5(1) Akta Agensi Antidadah Kebangsaan
2004
Terdiri dari TKP, P, KPP, PP, Penyiasat, Penolong Kanan Pegawai,
Penolong Pegawai dan apa-apa bilangan pegawai lain Agensi
Mempunyai kuasa yang ditetapkan oleh Akta AADK 2004
Tertakluk kepada arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi
pangkatnya daripadanya
Menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan
kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan atau petunjuk yang
dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah atau
mana-mana Pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya
daripadanya
Perakuan Perlantikan dalam bentuk kad kuasa yang ditandatangani
oleh Ketua Pengarah (seksyen 5(3))
Isytihar jawatan dan kemuka Kad Kuasa apabila diminta oleh mana-
mana individu (seksyen (11))
Sentiasa bertugas sepanjang masa (seksyen 10)
11

Peranan, tugas, tanggungjawab, terma rujukan
terms of reference dll.

Ditetapkan oleh undang-undang

10 fungsi utama

Kecuali 3 fungsi
12

Menguatkuasakan, menjalankan dan memberi
kuat kuasa kepada peruntukan Akta Dadah
Berbahaya 1952 kecuali seksyen 4,5,7,
perenggan 9(1)(a), seksyen 11, subseksyen
12(1) dan seksyen 16 dan 17
13

Menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan
dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan
fungsi di bawah Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983
14

Menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan
dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan
fungsi di bawah Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985
15

Menguatkuasakan,mentadbirkan,menjalankan
dan memberi kuat kuasa kepada peruntukan
Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta)
1988
16


Mencegah dan menyekat pengedaran haram
dan penyalahgunaan dadah berbahaya
17

Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara
penyalahgunaan dadah berbahaya atas
permintaan Negara Asing sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah Akta Bantuan
Bersama Dalam Perkara Jenayah (Akta 621)
18

Mendidik orang ramai untuk menentang
penyalahgunaan dadah berbahaya
19

Mendapatkan dan memelihara sokongan
orang ramai dalam memerangi
penyalahgunaan dadah berbahaya
20

Menasihati Menteri mengenai polisi yang
berhubungan dengan pencegahan
penyalahgunaan dadah berbahaya, rawatan
dan pemulihan penagih dadah, langkah
pencegahan khas terhadap orang yang ada
kaitan dengan pengedaran dadah berbahaya
dan pelucuthakan harta yang dikaitkan
dengan kesalahan dadah berbahaya
21

Secara amnya melaksanakan apa-apa
kewajipan lain bagi memerangi
penyalahgunaan dadah berbahaya atau
melakukan segala perkara yang
berkesampingan dengannya
22
SEBELUM

Pencegahan
Rawatan dan Pemulihan
Penguatkuasaan
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983

SELEPAS

Pencegahan
Rawatan dan Pemulihan
Penguatkuasaan
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983
3 undang-undang dadah
berbahaya (tidak
dikuatkuasakan)
Bantuan dalam apa-apa
perkara penyalahgunaan
dadah berbahaya atas
permintaan Negara Asing
Menasihati Menteri mengenai
polisi
Lain-lain kewajipan/perkara
berkesampingan dengan
penyalahgunaan dadah
berbahaya
23

Akta AADK 2004 (Akta 638)
Seksyen 3 dan seksyen 7

Pegawai Agensi mempunyai segala kuasa dan kekebalan seseorang
pegawai polis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

Pegawai Agensi mempunyai kuasa setaraf dengan Pegawai Polis

TKP, Pengarah, Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah= Penolong Penguasa Polis (ASP)
atau yang lebih tinggi
Penyiasat Agensi = Pegawai Polis berpangkat Inspektor
Penolong Kanan Pegawai Agensi = Sub-Inspektor
Penolong Pegawai Agensi = Sarjan
Penolong Pegawai = Koperal atau yang lebih rendah

24

Seksyen 8 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 (Akta 638)

AADK diwajibkan mengemukakan laporan status siasatan apabila diminta oleh Pemberi
Maklumat

orang ramai, pengadu, penagih, ibubapa, keluarga, jiran dsb.

Diberikan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permintaan

Kegagalan memberikan laporan status adalah kesalahan

Pemberi maklumat membuat laporan kepada Pendakwa Raya tentang kegagalan tersebut
Pendakwa Raya arah AADK memberikan laporan status terperinci tentang penyiasatan yang telah dijalankan
oleh AADK kepada beliau
Pendakwa Raya mengarahkan laporan status diberikan kepada Pemberi Maklumat sebagaimana yang
diarahkan oleh Pendakwa Raya

Kegagalan Pegawai Agensi mematuhi arahan Pendakwa Raya adalah satu kesalahan
(penjara 1 bulan atau denda tidak melebihi RM1000 atau kedua-duanya)
25
Siasatan hendaklah dilengkapkan tanpa kelengahan yang
tidak perlu

Pegawai Agensi perlu kemuka laporan siasatan dan kertas siasatan dalam
tempoh 1 minggu dari tamat tempoh 3 bulan dari tarikh maklumat
diberikan

Kecuali: Pendakwa Raya memberikan pengecualian ke atas
kesalahan yang tidak perlu dilaporkan oleh Pegawai Agensi

Pendakwa Raya boleh pada bila-bila masa walaupun tempoh
3 bulan belum tamat, mengarahkan Pegawai Agensi
mengemukakan LAPORAN (JADUAL) dan KERTAS SIASATAN
kepada Pendakwa Raya berkenaan dengan penyiasatan

Gagal kemuka Laporan dan Kertas Siasatan suatu kesalahan, penjara 1
bulan atau denda sehingga RM1000.00 atau kedua-duanya

26

Pengenalan diri Pegawai Agensi
Ditandatangani oleh Ketua Pengarah
Hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh
individu yang ditahan, meminta maklumat
kad kuasa
Pegawai Agensi perlu maklum jawatan
Keterangan prima facie mengenai perlantikan
27
Tiada banyak perbezaan yang ketara mengenai
tugas dan fungsi AADK kecuali penambahan
bebanan tugas baru seperti penguatkuasaan
undang-undang dadah berbahaya (kini belum
dikuatkuasakan) serta menasihati Menteri
mengenai polisi dan bantuan antarabangsa serta
persamaan kuasa Pegawai Agensi dengan pegawai
polis

Pegawai Agensi perlu bersedia dari segi fizikal dan
minda untuk melaksanakan tugas dan fungsi yang
ditetapkan oleh Kerajaan kepada AADK
28


TERIMA KASIH
29

Você também pode gostar