Você está na página 1de 14

HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY

NORIZAM BIN JAAMAN


820917-01-5719

SOALAN TUGASAN

1. Antara faktor penting dalam merancang dan melaksanakan program sains yang inovatif dan
menarik dikatakan bergantung kepada guru yang mempunyai kefahaman tentang teori dan
pendekatan untuk pembelajaran dan pengajaran pendidikan sains;
Anda dikehendaki meneliti hasil kerja dan sumbangan Jerome Bruner dan David Ausubel.
Mereka adalah ahli psikologi pendidikan yang telah memberi pemahaman bermakna terhadap
pengajaran dan pembelajaran sains rendah. Terangkan setiap teori pembelajaran untuk
menunjukkan kefahaman anda dan implikasinya terhadap pembelajaran sains rendah.
Penerangan anda mesti boleh membanding dan membezakan pendekatan deduktif dan induktif
dalam pengajaran sains rendah. Keseluruhannya, anda akan sedar bahawa pengajaran berkesan
mesti mengambil kira gaya pembelajaran pelajar dan perbezaan individu.
(10 markah)

JAWAPAN
Teori Pembelajaran Jerome Bruner
Jerome Bruner merupakan seorang ahli psikologi pendidikan terkenal yang telah
banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran dan pemahaman bermakna terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran sains rendah. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau
bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa
yang diketahui pelajar itu kepada suatu corak dalam keadaan baru dan lebih kepada prinsip
konstruktivisme.

Jerome.Bruner telah mengemukakan perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada 3


peringkat iaitu :
• Peringkat enaktif (0-2 tahun)
• Peringkat ikonik (2-4 tahun)
• Peringkat simbolik (5-7 tahun)

Beliau berpendapat bahawa seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur
konsep-konsep yang dipelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan
benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran didasarkan
kepada perangsang murid terhadap konsep itu dengan pengetahuan sedia ada.

-1-
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-01-5719

Jerome Bruner berpendapat bahawa kegiatan belajar akan berjalan baik dan kreatif jika
murid dapat menemukan sendiri suatu aturan atau kesimpulan tertentu. Dalam hal ini Bruner
membahagikan kepada tiga tahap.
I. Tahap informasi, iaitu tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau pengalaman baru
II. Tahap transformasi, iaitu tahap memahami, mencerna dan menganalisis pengetahuan
baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal
yang lain, dan
III. Tahap evaluasi atau penilaian, iaitu untuk mengetahui apakah hasil tranformasi pada
tahap kedua tadi benar atau tidak.

Antara implikasi pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner ialah:


a. Memupuk motivasi intrinsik pelajar.
b. Membimbing pelajar menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki.
c. Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah
induktif.
d. Menyusun isi pelajaran secara sistematik mengikut tahap perkembangan kognitif
pelajar.
e. Memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.

Teori Pembelajaran David Ausubel


David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia
memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi yang bermakna dan
bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran
Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna, termasuklah
pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep
Penyusunan Awal. Walau bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.
Prinsip pembelajaran dan pengajaran David Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

i. Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan)


atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang
lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.

-2-
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-01-5719

ii. Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar


mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru
yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam
sesuatu tajuk pelajaran.

Teori Pembelajaran Jerome Bruner Aspek Teori Pembelajaran David Ausubel


( Pendekatan Induktif ) ( Pendekatan Deduktif )
 Melibatkan aktiviti mengumpul KONSEP  Konsep deduktif boleh ditakrifkan
dan mentafsir maklumat- PENDEKATAN sebagai sesuatu pendekatan
maklumat, kemudian membuat mengajar yang bermula daripada
generalisasi dan kesimpulannya. sesuatu atau beberapa rumus,
prinsip, hukum, teorem atau
 Di dalam situasi pelajaran yang peraturan diikuti dengan
menggunakan pendekatan aplikasinya ke atas contoh-contoh
induktif, guru boleh yang khusus.
mengemukakan beberapa contoh
yang khusus diikuti dengan  Kadangkala, pendekatan deduktif
aktiviti soal jawab untuk ini juga digunakan untuk
membimbing murid-murid mendapatkan kesimpulan atau
memerhati, mengkaji, mengenal generalisasi yang baru daripada
pasti prinsip atau fakta penting rumus, prinsip, hukum, teorem atau
yang terkandung dalam setiap peraturan yang telah diketahui.
contoh itu.
 Dalam pendekatan deduktif ini,
guru memberitahu murid objektif
pada peringkat awal. Murid
dibimbing mengingat kembali
hukum, prinsip, teori atau
peraturan yang berkaitan untuk
membolehkan mereka
menyelesaikan masalah atau
mendapatkan kesimpulan yang
baru.

-3-
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-01-5719

 Membentuk satu generalisasi JENIS  Penyelesaian masalah.


daripada contoh-contoh tertentu. PENDEKATAN  Membuat generalisasi baru.
 Membentuk satu prinsip daripada  Membukti hipotesis
ujikaji tertentu. Misalnya  Pendekatan deduktif juga boleh
mendapat prinsip graviti daripada digunakan untuk membuktikan
ujikaji benda-benda dijatuhkan sesuatu hipotesis melalui prinsip
dari atas ke bawah. atau hukum yang telah dipelajari.
 Membentuk satu hukum daripada
pernyataan-pernyataan tertentu..
 Membentuk satu teorem melalui
aktiviti-aktiviti induktif.
 Mendapat satu teori daripada satu
urutan pemikiran.

Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti PRINSIP  Pada peringkat permulaan, masalah


induktif dengan berkesan, guru perlulah PENDEKATAN atau hipotesis harus didedahkan
memahami dan mematuhi prinsip-prinsip terlebih dahulu.
penggunaan strategi pengajaran induktif
yang dihuraikan berikut :  Murid-murid harus dibimbing
 Sebelum memulakan aktiviti mengingat kembali generalisasi,
pengajaran dan pembelajaran prinsip atau teori yang
secara induktif, guru sediakan membolehkan mereka
contoh yang sesuai bagi menyelesaikan masalah atau
membantu murid membuat hipotesis yang telah didedahkan.
rumusan. Di damping itu soalan-
soalan harus disediakan untuk  Generalisasi, prinsip atau teori
membimbing murid mendapat yang digunakan untuk
kesimpulan yang berkenaan. menyelesaikan masalah atau
 Guru tidak harus memberi membukti hipotesis haruslah
penerangan atau menghuraikan isi diketahui serta telah difahamkan.
pelajaran yang berkaitan dengan
kesimpulan. Murid-murid  Proses menyelesaikan masalah
dibimbing melalui aktiviti soal

-4-
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-01-5719

jawab untuk mendapat kesimpulan untuk membuktikan hipotesis tidak


diri sendiri. terhad kepada menggunakan satu
 Jenis contoh khusus yang generalisasi, prinsip atau teori yang
diberikan haruslah dipelbagaikan , telah dipelajari.
tetapi mengandungi ciri yang
sama dan mudah untuk  Guru sendiri tidak perlu
membolehkan murid mengenal melaksanakan cara menyelesaikan
pastinya. masalah atau menghuraikan cara
 Contoh-contoh khusus yang membukti hipotesis, tetapi
dipilih haruslah sesuai dan membimbing murid melalui
mencukupi. Selepas contoh- aktiviti soal jawab sehingga
contoh khusus yang dikemukakan mereka menjalankan aktiviti
oleh guru-guru, murid-murid juga penyelesaian masalah sendiri.
digalakkan memberi contoh-
contoh yang serupa.
 Guru tidak harus mengemukakan
semua contoh sekali gus, tetapi
seelok-eloknya
mempersembahkannya satu demi
satu. Cara ini boleh menarik
perhatian murid serta
membolehkan mereka mengenal
pasti ciri contoh itu dengan lebih
mudah lagi.
 Alat bantu mengajar harus
disediakan untuk membantu murid
mendapat kesimpulan yang
berkenaan.
 Aktiviti pembelajaran secara
induktif harus melibatkan
penggunaan deria-deria murid,
khasnya penglihatan,
pendengaran, hidu dan sentuh

-5-
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-01-5719

 Proses pengajaran dan


pembelajaran berdasarkan kaedah
induktif harus mengikut urutan
yang tepat, iaitu daripada contoh-
contoh spesifik kepada
kesimpulan umum.

Jadual 1 : Perbezaan Pendekatan Induktif dan Deduktif.

2. Guru yang berkesan sentiasa merancang pengajarannya sebelum waktu pembelajaran


bagi menyesuaikan diri dengan buku, bahan, media dan inovasi dalam pengkhususannya. Di
sebalik semua aktiviti perancangan, menulis rancangan mengajar adalah tunggak dalam proses
perancangan.

-6-
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-01-5719

Pilih SATU tajuk dari sukatan sains rendah dan sediakan rancangan mengajar untuk
SATU jam menggunakan pendekatan constructivist (guna Needham 5 fasa).
(10 markah)

JAWAPAN.
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS
Mata Pelajaran : Sains
Tahun : 5 Teratai
Masa : 9.00 – 10.00 pagi (60 minit)
Bidang : Menyiasat Alam Fizikal
Tajuk : Tenaga – Sumber Tenaga Elektrik.
Objektif Umum : Memahami pelbagai jenis sumber tenaga elektrik.
Objektif Khusus : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
a.       Menyenaraikan sumber-sumber tenaga elektrik.
b.      Melukis dan melabel sumber-sumber tenaga elektrik
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menggunakan sel kering pada lampu suluh di
waktu malam
Strategi Pengajaran : i. Penerangan
: ii.Perbincangan.

Penerapan Nilai : i. Teliti dan tekun


:ii. Mensyukuri nikmat tuhan
:iii. Bersikap jujur dalam merekodkan sesuatu.

KPS : i. Memerhati
ii. Meramal
iii. Berkomunikasi
iv. membuat inferens
v. Mengelas

KBKK : i. Memberi pendapat


ii. Menjana idea
iii. Menyelesaikan masalah
iv. Menghubung kait

-7-
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-01-5719

v. Mengklasifikasi
vii Merumus

Alat Bantu Mengajar :  Sel kering, model akumulator, dinamo, gambar-gambar, papan
tulis, kertas, pen dan lembaran kerja.

-8-
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-015719

Fasa/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

     
Orientasi S1:  Apakah sumber elektrik Guru membincangkan tentang sumber tenaga elektrik Memerhati
(5 Minit) yang terdapat di sekolah kita? yang terdapat di sekolah.  
S2:  Bagaimanakah sumber    
tenaga itu dihantar ke sekolah   Berkomunikasi
kita? Murid menyatakan sumber tenaga elektrik yang terdapat  
S3:  Sekiranya sekolah kita di sekolah.  
tidak terdapat sumber tenaga   Meramal
elektrik, bagaimanakah kita Murid menjana idea untuk memikirkan sumber-sumber
memperolehi sumber tenaga tenaga lain yang boleh membekalkan arus elektrik.
yang lain?   
     
Pencetusan Idea S4:  Cuba perhatikan di Murid diminta melihat di sekeliling sekolah untuk Memerhati
(20 Minit) sekeliling kamu. Nyatakan memerhati seberapa banyak peralatan elektrik yang  
peralatan elektrik yang boleh boleh didapati di sekolah.  
kamu lihat di sekitar sekolah    
kita. Murid diminta menyenaraikan peralatan elektrik  
  tersebut berdasarkan ciri-ciri berikut: Mengelas
S5:  Bagaimanakah peralatan i.           mengeluarkan cahaya
tersebut boleh berfungsi? ii.          mengeluarkan bunyi
  iii.        mengeluarkan haba
-9-
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-015719

S6:  Antara peralatan yang iv.        menolong membantu kerja


kamu senaraikan, apakah v.         menggerakkan sesuatu
peralatan yang paling penting  
dalam kehidupan seharian Membincangkan kepentingan peralatan tersebut dalam
kita? kehidupan seharian.
   
S7:  Apakah yang akan
berlaku sekiranya tidak
terdapat sumber tenaga
elektrik di tempat kita?
 
     
Penstrukturan Semula S8:  Bolehkah kamu kenal Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan bagi Mengklasifikasi
Idea pasti sumber tenaga elektrik mengenal pasti sumber tenaga elektrik bagi peralatan  
(15 Minit) bagi peralatan-peralatan elektrik tersebut.  
tersebut?    
  Selepas murid selesai menjalankan perbincangan  
S9:  Apakah sumber tenaga mereka, wakil kumpulan diminta membentangkan hasil Berkomunikasi
elektrik yang digunakan dalam perbincangan kumpulan masing-masing.
lampu suluh?  
 
S10: Bolehkah kita

- 10 -
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-015719

menggunakan sumber tenaga


elektrik yang lain dalam lampu
suluh?
 
     
Aplikasi Idea S11:  Pernahkah kamu melihat Menerangkan sumber-sumber tenaga elektrik. Memerhati
(15 Minit) sumber tenaga elektrik ini?    
  Guru menunjukkan satu persatu sumber tenaga elektrik Membuat inferens
S12:  Apakah nama sumber seperti sel kering, akumulator, dinamo dan gambar
tenaga elektrik ini? sumber-sumber tenaga elektrik yang lain.
   
S13:  Di manakah kita boleh Murid diminta melukis dan melabelkan bahagian-
menjumpai sumber tenaga bahagian pada sumber tenaga elektrik pada lembaran
elektrik ini? kerja yang diberikan.
 
     
Refleksi S14: Cuba kamu senaraikan Sebagai penutup dan pengukuhan, sekali lagi murid Membuat kesimpulan
(5 Minit) sekali lagi sumber-sumber diminta menyatakan sumber-sumber tenaga elektrik
tenaga elektrik yang boleh kita yang sering digunakan. 
gunakan.  

- 11 -
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-015719

3. Constructivist dilihat sebagai satu falsafah dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia


mengambil pandangan bahawa pelajar secara aktif membina pengetahuan baru
dengan mereflek secara aktif pengalamannya dan interaksi dengan persekitaran.
Pengalaman dan interaksi tersebut akan termasuk pengetahuannya terdahulu dan
makna yang dibuatnya terhadap aktiviti pembelajaran.
Dengan mengunakan jadual yang sesuai, banding dan bezakan kelas tradisi dengan
kelas konstruktif.
(5 markah)
JAWAPAN

Banding dan beza kelas tradisi dengan kelas konstruktif.

Kelas Tradisi Aspek Kelas Konstruktif


Guru memberi maklumat Guru sebagai fasilitator yang
kepada pelajar dan pelajar 1. konsep membantu murid membina
menerima ilmu pengetahuan. pengetahuan dan
menyelesaikan masalah.
Ia lebih berpusatkan murid.

Pengetahuan yang tertumpu. Pengetahuan dibina sendiri


2. Pengetahuan murid oleh murid secara aktif
berdasarkan kepada
pengetahuan sedia ada.

Pelajar bekerja dalam aktiviti Pelajar bekerja secara


individu atau sendiri. 3. Penglibatan Pelajar berkumpulan atau koperatif.

Guru memainkan peranan Guru memainkan peranan


secara penuh dalam 4. Peranan Guru secara interaksi berasaskan
pengajaran dan pembelajaran. perundingan.

Taksiran melalui soalan Taksiran berasaskan kerja


tertutup. 5. Penilaian pelajar, pemerhatian dan
soalan yang menjana idea.

PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
SECARA SECARA
TRADISI KONSTRUKTIF
- 12 -
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-015719

PENGENALAN PENEROKAAN
KEPADA KONSEP Murid menghadapi atau
Konsep diperkenalkan masalah baru situasi
secara deduktif kepada
murid

SOALAN DARIPADA
MURID
Murid mengajukan
beberapa soalan yang
LATIHAN berkaitan situasi atau
Bagi mengukuhkan masalah yang dihadapi
konsep, murid diberi
banyak latihan

. PENYIASATAN DAN
KAJIAN SPESIFIK
Murid memilih satu
daripada soalan atau
sebarang masalah yang
APLIKASI diajukan dan menjalankan
Murid mengaplikasi penyiasatan penuh
konsep yang dipelajari
dalam situasi baru

REFLEKSI
Murid mencari hubungan
antara soalan-soalan dan
sebarang masalah yang
dijanakan dan membuat
generalisasi. Seterusnya,
murid mungkin menemui
situasi atau masalah baru
untuk diterokai atau
disiasat

JADUAL 2: Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisil dan Konstruktif

Rujukan

- 13 -
HBSC2203 : TEACHING OF SCIENCE: MATERIAL AND PHYSICAL PRIMARY
NORIZAM BIN JAAMAN
820917-015719

Arshad Rawaian & Zainah Mohd. Azahari, (1996). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Sains Tahun 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nagalingam Karrupiah, (2008). HSBC1103. Introduction to Science Education..


Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

Saiful Bakhri Haji Said Abdullah (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Tahunan Sains Tahun
5, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-deduktif.html

http://fisikaumm.blogspot.com/2009/01/psikologi-pembelajaran-kognitif.html

http://www.geocities.com/heksagon2001/pendekatankonstruktivisme.htm

- 14 -

Você também pode gostar