Você está na página 1de 20

11 anjakan yang digariskan oleh kementerian ialah:

1 Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti


dengan standard antarabangsa
2 Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan
Inggeris
3 Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni
4 Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan
5 Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap
sekolah
6 Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut
keperluan
7 Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia
8 Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti
kementerian
9 Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta
10 Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang
dibelanja
11 Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum


Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

3. 0 Sejauh manakah
penghayatan guru
terhadap kepelbagaian
budaya dalam bilik
darjah dapat membantu
mencapai konsep 1
Malaysia selaras dengan
matlamat 11 anjakan
dalam Pelan
Pembangunan
Pendidikan Malaysia
2013 2025
Kesedaran kepelbagaian budaya dalam kalangan semua anggota
masyarakat khususnya antara guru dan pelajar amat penting. Perkara perkara
seperti bangsa, bahasa, adat resam, struktur masyarakat atau kelas sosial dan
jantina harus diberi penekanan yang lebih mendalam oleh guru dalam bilik darjah
dalam usaha mencapai konsep 1 Malaysia selaras dengan matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Guru seharusnya membantu
pelajar memahami kepelbagaian budaya yang wujud di bilik darjah seterusnya di
negara Malaysia agar mereka dapat mengetahui budaya dan struktur masyarakat
lain yang terdapat di negara kita. Dengan adanya pemahaman terhadap budaya
masyarakat lain, guru mampu menyemai perasaan hormat , bekerjasama dan
toleransi antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah
melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025 yang meliputi sebelas
anjakan yang menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama.
Seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, anjakan pertama
adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa. Bagi mencapai tujuan ini dalam konteks pelbagai budaya
guru mempunyai tanggungjawab yang tidak terhingga dalam bilik darjah. Untuk
melicinkan peranan guru dalam soal pendidikan, kerajaan telah pun mengambil
pelbagai inisiatif untuk menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa.
Bagi mencapai anjakan ini, pelbagai matlamat telah digariskan oleh
kerajaan. Antaranya ialah seperti melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM) dan semakan semula Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) pada 2017. Di
samping itu, kerajaan merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk
meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016. Kerajaan
juga telah melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun daripada tahun kepada 11
tahun bermula pada umur 6 tahun. Usaha mencapai anjakan tersebut berada dalam
tangan semua kaum . Oleh hal yang demikian, kerajaan telah melancarkan pelbagai
program program 1 Malaysia yang menekankan pendidikan kepada semua kaum.

Berteraskan Konsep 1 Malaysia, bantuan Persekolahan RM 100 Satu
Malaysia mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya
sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat. Sebanyak 4.98 juta
murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100.
Bukan setakat sekolah kerajaan sahaja, lebihan daripada RM540 juta bantuan
tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan
sekolah agama kerajaan negeri. Ini merupakan salah satu matlamat kerajaan untuk
mencapai anjakan pertama. Pemberian yang terbuka kepada semua warganegara
Malaysia tanpa mengira kaum akan dapat mengeratkan hubungan antara sesama
insan di sekolah, dan antara golongan masyarakat miskin yang tidak
berkemampuan.
Bagi mencapai anjakan tersebut, kerajaan telah pun memberikan Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan demasiswa untuk kecemerlangan pelajar-pelajar
peringkat sekolah rendah dan menengah. Melalui bantuan yang diberikan ini,
bebanan ibu bapa juga dilihat dapat dikurangkan kerana anak-anak dapat
menggunakan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk
menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku-buku. Bantuan
Anjakan 1 : Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa
persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan
rakyat dalam menyediakan anak-anak agar mendapat suasana yang selesa dalam
proses pembelajaran.
Kerajaan juga telah memperuntukkan pemberian Baucar Buku 1Malaysia
(BB1M) sebanyak RM 200 setiap pelajar yang berada di IPTA dan IPTS. Pemberian
ini meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Matlamat
utamanya, adalah untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Pemberian baucar ini daripada kerajaan dipercayai dapat membantu anjakan
pertama. Hal ini demikian kerana, baru baru ini kerajaan telahpun menghadkan
pembelian alat alat tulis kepada 20 % dan buku sebanyak 80 %. Dengan ini, para
pelajar digalakkan untuk membeli buku buku ilmiah untuk memupuk sikap
membaca dalam kalangan mereka serta menjimatkan perbelanjaan pelajar untuk
membeli keperluan pengajian seperti buku-buku dan peralatan tulis. Justeru, pelajar
tidak akan menyalahgunakan duit yang diberikan dengan membeli barang-barang
bukan keperluan pembelajaran.
Dengan ini kerajaan dapat merealisasikan anjakan pertama iaitu
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa dengan mengadakan pelbagai program yang berkonsepkan Satu
Malaysia seperti Bantuan Persekolahan RM 100 Satu Malaysia, Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1 Malaysia ( BB1M) dan lain lain lagi untuk
semua warganegara Malaysia tanpa mengira warna kulit. Dengan ini, hasrat
kerajaan untuk melahirkan mahasiswa yang bijak dan golongan cerdik pandai yang
bakal menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti dengan corak kehidupan yang
lebih baik dan berkualiti dapat diimpikan.
Walaupun pelbagai usaha diambil oleh pihak kerajaan, tanggungjawab
guru tidak terhingga dalam merealisasikan impian kerajaan untuk mencapai
matlamat kerajaan dalam anjakan pertama. Guru merupakan pendidik yang mampu
melahirkan modal insan yang mampu menjayakan aspirasi negara. Bagi mencapai
anjakan pertama guru harus menggunakan pendidikan sebagai alat untuk mendidik
pelajar dan sebagai alat perpaduan untuk menyatukan pelajar yang berbilang kaum
dan agama. Hal ini demikian kerana, pendidikan yang standard dapat membantu
mencapai perpaduan dan seterusnya membantu pelajar mencapai kecemerlangan
dalam hidup mereka.
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan
unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan
di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk mengeratkan hubungan sosial
antara masyarakat majmuk di Malaysia. Guru seharusnya menyampaikan
pengajarannya kepada pelajar tanpa mengira status ataupun latar belakang
seseorang murid. Guru seharusnya membina usaha usaha sendiri semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru harus mempertingkatkan budaya
membaca dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah atapun guru- guru bahasa boleh
berganding tenaga untuk menyediakan aktiviti aktiviti membaca dalam bilik darjah
dilaksanakan pada setiap minggu mahupun setiap hujung minggu untuk menyemai
sikap membaca dalam kalangan pelajar. Aktiviti aktiviti yang dirancang haruslah
bentuk yang disukai dan diminati oleh pelajar dan bukanlah aktiviti yang mampu
membosankan pelajar dan haruslah berkonsep 1 Malaysia.
Guru bahasa bolehlah mengadakan pertandingan menulis cerita, karangan,
menulis sajak, puisi dan berpidato setiap hujung bulan untuk meninjau sejauh
manakah pelajar mengamalkan budaya membaca dan pengetahuan mereka selepas
mengadakan aktiviti aktiviti membaca di kelas. Pertandingan yang disertai oleh
pelbagai budaya mampu menjadikan lebih bermakna. Di samping itu, pelajar akan
terdedah kepada pelajar yang berbeza daripadanya dari segi bahasa, bangsa,
budaya dan adat. Dengan ini mereka akan dapat mengenali antara satu sama lain
dan dapat menjalinkan hubungan yang baik. Hal ini demikian kerana, budaya
membaca akan membantu pelajar menimba ilmu pengetahuan yang lebih
mendalam.
Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam
perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas.
Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan
timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para
guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap
umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan
dan bersifat kondusif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti
pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses
komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Pengaplikasian KBSM dan KSSR
di sekolah oleh guru dipercayai dapat membantu kerajaan dalam mewujudkan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
Adalah menjadi tugas guru untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri
dalam pencapaian akademik, sosial dan vokasional. Guru perlu mengajar mengajar
kumpulan pelajar yang berbeza budaya, adat resam, kepercayaan serta ragam.
Dalam hal sedemikian guru harus mengkaji dan memahami budaya setiap kaum
etnik pelajar dalam kelasnya untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat memanfaatkan semua pelajar. Sesungguhnya, pelajar dalam sesebuah bilik
darjah terdiri daripada etnik, taraf, sosioekonomi, latar belakang, keluarga, kawasan
penempatan, budaya, adat resam, dan bahasa yang berbeza.
Seorang pendidik tidak sepatutnya bertindak berat sebelah ke atas murid
muridnya. Contohnya, apabila seorang guru mengendalikan sesuatu ujian di dalam
bilik darjah, beliau haruslah berpatuh kepada peraturan peperiksaan dan tidak
melanggarnya. Beliau tidak boleh menolong mana mana pihak ataupun khususnya
kaumnya sendiri untuk membantu pelajar pelajar tersebut mendapat markah yang
tinggi daripada kaum yang lain. Ini menunjukkan sikap pendidik yang tidak
berkarisma keguruan. Beliau juga harus cekap dalam menyampaikan pengajarannya
dan tidak kedekut ilmu. Guru harus peka terhadap kemahiran berfikir aras tinggi
untuk menyediakan pelajar pelajar yang mampu berfikir aras tinggi pada 2016.
Aktiviti aktiviti yang diadakan di sekolah juga harus menekankan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam kalangan mereka.


Anjakan kedua adalah memastikan setiap murid profesien dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kerajaan juga telah memperkenalkan
program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris di sekolah. Program LINUS
menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi
selepas 3 tahun persekolahan. Ini merupakan usaha bersepadu menangani
masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal
Tahun 1, 2 dan 3. Program ini dijalankan di semua sekolah dan dilaksanakan dalam
waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Di
Anjakan 2 : Memastikan setiap murid profesien dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris.
sekolah, guru bahasa yang sedia ada akan melaksanakan program ini. Pihak
sekolah perlu memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu.
Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P. Beliau juga
harus menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian
dengan tahap kebolehan murid serta digalakkan menggunakan kreativiti sendiri
dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan.
Untuk mencapai matlamat anjakan kedua, guru seharusnya memastikan
setiap murid profisien dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris. Bahasa ialat
perwujudan budaya untuk manusia saling berkomunikasi. Guru seharusnya sentiasa
memikirkan bagaimana mengaplikasikan pelbagai pedagogi yang bersesuaian
dalam pengajaran supaya matlamat tersebut tercapai. Di samping itu, guru boleh
mengaplikasikan bahasa dan budaya yang pelbagai daripada pelajar sendiri sebagai
bahan pengajaran. Baru baru ini kerajaan telah melancarkan Kem Membaca 1
Satu Malaysia. Dalam usaha ini, kerajaan telah menggalakkan pelajar membaca dan
menggalakkan pembelajaran bahasa Melayu dan Inggeris dalam hasrat untuk
memantapkannya. Melalui usaha ini, pihak sekolah harus memainkan peranan
penting dalam menghidupkan kem ini. Guru harus menyemai kepentingan
mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris dan menggalakkan mereka melibatkan diri
dalam pertuturan dan penulisan.
Sebagai usaha memartabatkan bahasa, guru boleh mengadakan sesi
pergaulan bahasa Malaysia san Inggeris. Sebagai contoh, di sekolah guru harus
menyemai amalan ucapan Selamat Pagi , Salam Sejaterah. Terima Kasih
dan lain lain contoh pengucapan yang mudah dan bersifat universal dalam
pelbagai bahasa pertuturan kaum kaum di Malaysia dalam bilik darjah. Tambahan
pula lagi, pihak sekolah boleh membuka peluang untuk pelajar mempelajari bahasa
tambahan di sekolah tetapi di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
pelajar yang berminat untuk mempelajari bahasa tambahan seperti Mandarin, Tamil,
Arab, dan juga bahasa bahasa asing juga boleh digalakkan untuk diajar oleh guru
yang berkelulusan dari ataupun di luar sekolah. Program program seperti Jom
Berbahasa, Karnival Bahasa boleh diadakan di sekolah di luar waktu P&P boleh
membantu pelajar menguasai bahasa tambahan. Usaha ini akan dapat menjadikan
rakyat Malaysia yang berwawasan tinggi. Di samping itu, pelajar yang menguasai
tambahan dapat meningkatkan martabat Malaysia dan akan berupaya untuk
menjalin satu perhubungan yang akrab semasa meneruskan pengajian di luar
negara.
Guru juga boleh mengadakan pembelajaran koperatif dalam bilik darjah.
Melalui pembelajaran ini, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi
pengetahuan dan saling berinteraksi untuk kejayaan kumpulan masing masing.
Secara tidak langsung, pelajar yang pelbagai etnik, taraf, sosioekonomi, latar
belakang, keluarga, kawasan penempatan, budaya, adat resam, dan bahasa dapat
mengenali budaya sesame mereka. Kesedaran ini mampu mengeratkan hubungan
dan kerjasama dan toleransi yang diperlukan untuk membina konsep 1 Malaysia
yang diidamkan.


Guru mesti berperanan dalam melahirkan rakyat malaysia dengan
penghayatan nilai murni. Usaha ini haruslah dimulakan di bangku sekolah lagi.
Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang mampu menjadi agen berkesan ke
Anjakan 3 : Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
arah menyatupadukan murid-murid pelbagai kaum di negara ini.
Sekolah juga memainkan peranan yang penting dan berkesan dengan meletakkan
agenda integrasi dan perpaduan sebagai agen paling utama. Sehubungan dengan
itu, Kementerian Pendidikan telah menjadikan Pendidikan Sivik dengan menjadikan
perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang
2017. Guru harus menggunakan usaha kerajaan ini sebagai landasan untuk
memupuk murid murid yang bermoral dan berakhlak tinggi. Di samping itu,
Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan
menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan
mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan
nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum.
Program RIMUP membolehkan perpaduan wujud dalam masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, agama dan wilayah. Tidak
dapat dinafikan bahawa pelaksanaan RIMUP daripada aspek domain akademik
dapat menyumbang kepada integrasi nasional. Oleh itu, pihak sekolah perlu
meningkatkan lagi aktiviti yang berkaitan dengan akademik seperti bimbing
akademik, program motivasi, seminar menjawab soalan peperiksaan dan
sebagainya. Program mentor-mentee yang melibatkan guru dan murid daripada
pelbagai kaum dapat mengeratkan lagi perpaduan nasional disamping boleh
membantu meningkatkan kecemerlangan akademik murid.
Pihak sekolah perlu menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti
daripada pelbagai kaum dalam program kecemerlangan akademik yang dianjurkan
melalui kerjasama PIBG. Penglibatan ahli masyarakat pelbagai kaum terutamanya
ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan peluang untuk berinteraksi
antara satu sama lain. Mereka boleh dilibatkan dalam aktiviti perkhemahan,
pameran dan permainan yang berunsurkan kebudayaan pelbagai kaum. Pihak
sekolah perlu memainkan peranan dalam usaha melibatkan ahli masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum;
Aktiviti sukan dan permainan tradisional kaum Cina dan India perlu
diperkenalkan dengan lebih banyak supaya kaum lain dapat berkongsi dan
mengenali budaya kaum tersebut. Masyarakat setempat juga perlu dilibat dengan
lebih banyak dalam pelaksanaan aktiviti tersebut. Selain itu, sekolah juga perlu
mengadakan jaringan kerjasama dengan Persatuan Sukan dan Kebudayaan
daripada pelbagai kaum dalam usaha menambahkan lagi jenis dan kepelbagaian
sukan dan permainan tradisional pelbagai kaum. Guru-guru sekolah juga perlu
diberikan pendedahan dalam bidang sukan dan permainan tradisional pelbagai
kaum.
Bagi meningkatkan lagi penghayatan murid pelbagai kaum terhadap nilai
patriotisme, pihak sekolah perlu mengadakan pelbagai program yang menjurus
kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Pelbagai program berkaitan
aktiviti patriotik seperti Bulan Kemerdekaan dan Majlis Membaca Ikrar diadakan di
sekolah. Pihak sekolah harus mengambil usaha bagi memperkenal dan
mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan murid sekolah pelbagai kaum.
Contohnya dalam perhimpunan rasmi sekolah setiap minggu.
Murid sekolah juga didapati kurang mengenali dan menghayati lambang-lambang
negara seperti bendera dan jata negara. Oleh itu, lambang negara perlu diletakkan
pada tanda nama, tali leher dan sebagainya.
Sekolah juga, melalui aktiviti RIMUP perlu menggalakkan murid memiliki
dan mengibarkan Jalur Gemilang, mengadakan pertandingan fotografi dan melukis
sempena bulan kemerdekaan. Aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan
tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui
tempat-tempat bersejarah negara perlu diutamakan dalam aktiviti RIMUP. Aspek
kenegaraan perlu ditekankan dalam aktiviti kurikulum (P&P) yang merentasi semua
matapelajaran supaya murid dapat mengamalkan rasa cintakan negara dan
semangat perpaduan antara kaum.
Bagi mencapai anjakan ke -3, konsep satu Malaysia telah mengadakan
Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan
melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang
tahun. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam
membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus
dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang
demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu
landasan mendukung aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu
padu.
Melalui dasar ini kerajaan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan
murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat
dan cergas. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kecergasan jasmani,
membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. Di samping itu, dapat
memupuk perpaduan antara kaum serta dapat membentuk budaya sukan dalam
kalangan murid. Tambahan pula, dasar ini memberi keseimbangan antara akademik
dengan keperluan fizikal dan mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Program Senamarobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Peringkat
Kebangsaan diadakan pada tahun lepas di semua sekolah. Program ini merupakan
suatu program yang diadakan untuk merealisasikan generasi murid yang cergas
dan sihat serta membudayakan senaman sebagai rutin sepanjang kehidupan
mereka. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membina keyakinan diri murid supaya
yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
Program ini memainkan peranan penting untuk merealisasikan melahirkan rakyat
Malaysia dengan penghayatan nilai. Di samping itu, sukan ini melibatkan
penyertaan semua murid. Dengan adanya penyertaan semua murid, nilai - . nilai
murni seperti bekerjasama , tolong menolong , saling percaya antara satu sama
lain dapat dilahirkan dalam diri pelajar tanpa mengira warna kulit dan latar belakang
keluarga.
Program Larian Serentak Satu Malaysia diadakan untuk menekankan
bahawa sukan adalah satu platform dalam pembentukan sahsiah murid - murid
selain membentuk integrasi nasional. Larian berkenaan bertujuan memupuk
budaya dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya
penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Di samping itu,
untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid
dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar
mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan
cergas.
Baru baru ini, Majlis Malam Kebudayaan Pongal Satu Malaysia telah
diadakan secara besar besaran. Keistimewaan kebudayaan dan tradisi
masyarakat beragama Hindu telah disaksikan oleh pelbagai bangsa rakyat Malaysia
seperti pelbagai tarian kebudayaan India seperti bharathanatyam dan tarian klasik.
Pelancaran sambutan perayaan seperti ini boleh diadakan di sekolah untuk
memperkenalkan kepada pelajar yang pelbagai kaum dan bangsa tentang sambutan
perayaan sesuatu kaum. Guru juga boleh menyuruh pelajar pelajarnya
mengadakan sesi perbincangan ataupun pameran mengenai sambutan perayaan di
Malaysia untuk mewujudkan perasaan menghayati dan menghormati warisan dan
adat resam sesuatu kaum.
Guru juga perlu meluangkan masa untuk hadir di majlis komuniti untuk
menunjukkan sokongan moral kepada murid dan komuniti mereka. Contohnya, guru
dari semenanjung Malaysia yang mengajar di Sarawak boleh menghadiri di majlis
sambutan Hari Gawai untuk menunjukkan rasa hormat dan menghargai muridnya.
Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Di samping itu, sambutan hari
Malaysia boleh dicadangkan disambut pada 15 atau 17 sep setiap tahun di sekolah.
Pada hari tersebut, pertandingan pakaian tradisional semua kaum di Malaysia dam
aktiviti mendeklamasi sajak, syair, pantun, aktiviti berwarna, dan menghasilkan kolaj
yang mencerminkan perpaduan boleh diadakan bagi menonjolkan budaya Malaysia
yang pelbagai antara murid sekolah.
Citrawarna 1 Malaysia merupakan festival yang penuh dengan warna-warni
dengan segala tarian tradisional dari seluruh pelusuk Malaysia. Ini merupakan
anjakan kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai. Murid
murid harus diajar warisan kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum. Dalam
peringkat sekolah, guru guru boleh mengadakan persembahan nyanyian lagu
lagu dan tarian tradisional pelbagai kaum. Contohnya, mengadakan Hari Anugerah
Cemerlang ataupun semasa sesuatu majlis khas yang bertemakan atau
menggambarkan kepelbagaian kaum di Malaysia. Guru boleh membimbing murid
memenuhkan sudut Grafity Area untuk sudut 1MALAYSIA dengan aktiviti P &P
berdasarkan tema daripada KSPK yang menggambarkan konsep 1 Malaysia. Di
samping itu, cadangan aktiviti di peringkat seperti pertandingan sudut 1 Malaysia
paling kreatif dan bermakna diantara sekolah atau zon juga boleh diadakan di
sekolah.
Guru hendaklah menjalinkan hubungan mesra dengan ibu bapa dan
masyarakat setempat. Guru boleh menjemput ibu bapa dan anggota masyarakat
dalam sesuatu aktiviti untuk menonjolkan kehebatan budaya masing- masing.
Contohnya, beliau boleh menjemput ibu bapa murid untuk mengajar murid
menyanyikan lagu tradisional etnik untuk dipersembahkan pada hari guru atau pada
hari penyampaian hadiah. Selain itu, guru boleh membawa murid melawat dan
menjalankan projek di kawasan sesuatu etnik, contohnya lawatan ke perkampungan
orang asli dapat mendekatkan murid dengan kepelbagaian cara hidup etnik di
Malaysia. Dengan ini, pelajar dapat melihat corak budaya yang wujud di negara kita
dengan lebih berkesan. Keterampilan dan kepimpinan bolehlah dilihat antara murid
semasa aktiviti kokurikulum. Contohnya, pelajar yang pelbagai kaum menjalani
perkhemahan. Mereka terpaksa menduduki khemah yang sama dan berkongsi
kemudahan. Hal ini akan mengeratkan lagi perhubungan dan akan mengelakkan
salah faham atau diskriminasi antara kaum.
Pembelajaran yang berkesan bagi kumpulan pelajar yang pelbagai budaya
ialah pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran ini, pelajar dalam kumpulan
heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan saling berinteraksi untuk kejayaan
kumpulan masing masing. Secara tidak langsung, pelajar yang pelbagai etnik,
taraf, sosioekonomi, latar belakang, keluarga, kawasan penempatan, budaya, adat
resam, dan bahasa dapat mengenali budaya sesame mereka. Kesedaran ini mampu
mengeratkan hubungan dan kerjasama dan toleransi yang diperlukan untuk
membina konsep 1 Malaysia yang diidamkan.
Sebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minoriti akan
berasa terabai dan tidak dihargai jika tiada unsur budayanya dalam P&P . Nama
watak, tempat, makanan dan jenis pekerjaan yang melibatkan kaum boleh diambil
oleh guru untuk dijadikan kuliah untuk menjadikan pelajar bermotivasi. Contohnya
guru memilih adat resam pelbagai etnik di Malaysia sebagai sumber pengajarannya.
Maka guru boleh menjadikan muridnya sebagai sumber dalam menyampaikan
maklumat. Contohnya, upacara perkahwinan, upacara kelahiran dan kematian.
Murid boleh membentangkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk yang diingini.
Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah dengan menggunakan
boring pengurusan grafik untuk membolehkan murid menghayati kepelbagaian
budaya.
Aktiviti Gotong Royong Satu Malaysia yang diadakan di sekolah dapat
menyemai benih-benih perpaduan kaum dalam kalangan murid yang berbilang kaum
tanpa melihat pada warna kulit, agama, bangsa dapat berkumpul untuk menjayakan
program ini. Melalui aktiviti ini sikap bertanggungjawab dan bertolak ansur dapat
dipupuk. Dengan ini, anjakan ke -3 dapat dicapai dengan mudah melalui aktiviti yang
dianjurkan oleh kerajaan dan pihak sekolah.



Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan, anjakan yang ke 7 adalah
memanfaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Bagi
mencapai hasil daripada anjakan ini, kerajaan telah memberi Komputer riba 1
Malaysia kepada pelajar dan masyarakat luar bandar merupakan satu perancangan
untuk melahirkan generasi celik teknologi maklumat (IT). Perancangan jangka
panjang ini adalah selaras dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara
maju menjelang 2020 nanti. Sehubungan dengan itu, pelajar di luar kawasan
bandar harus memanfaatkan kemudahan yang telah diberikan ini untuk
meningkatkan taraf hidup mereka tanpa memundurkan diri mereka.
Pemberian ini diharapkan mampu memberi pendedahan asas kepada pelajar
mengenai kemudahan IT di samping membantu mereka meningkatkan ilmu
pengetahuan mengakses internet. Dengan adanya komputer, para pelajar dapat
menggunakannya bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran dan ilmu masing-
masing dengan menggunakannya untuk mencari maklumat dan bahan-bahan
pembelajaran yang terdapat di dalam Internet.
Di samping itu, kerajaan juga telah melancarkan Broadband Satu Malaysia
bersamaan dengan Pek Projek Komputer 1Malaysia. Dengan ini, murid murid
dapatlah menggunakan kemudahan internet dengan lebih berkesan. Demikianlah,
hasrat kerajaan untuk memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh
dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih
khusus. Selain tu, satu lagi program telah dianjurkan oleh kerajaan iaitu 1 Malaysia
Pad Atau 1 Pad Teknologi Terbaru Malaysia . Dengan adanya usaha kerajaan
Anjakan 7 : Memanfaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia
seperti ini, murid murid akan diberi pendedahan kepada teknologi terkini dan
mempunyai pengetahuan terknologi yang akan membantu mereka untuk menjadi
rakyat yang berpengetahuan teknologi.
Kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan
kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja
menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.
Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam
meningkatkan minat pelajar , meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar
melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Sekolah hendaklah menyediakan panduan dan peraturan penggunaan
komputer dan internet dan menyatakan dengan jelas tindakan yang akan diambil
akibat melanggar peraturan dimasukkan ke dalam kurikulum internet bertujuan untuk
memudahkan penyiasatan kes-kes penyalahgunaan kemudahan internet di
sekolah. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran
membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-
pelajar sendiri mencari maklumat, memudahkan kolaboratif dan dan membolehkan
bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.
Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh
pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan
pendidikan. Walaupun terdapat masalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak
boleh diatasi malah kerajaan telah membuat pelbagai perancangan dan
perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 2010
dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program yang dilaksanakan
adalah Program Latihan dan Pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkat
sekolah. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan
aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam
penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh
berbanding dengan negara maju.
Sekirannya, pihak sekolah dan kerajaan menjadikan sebelas anjakan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan 2012 2025 sebagai panduan asas untuk
mencapai matlamat matlamatnya maka tidak hairanlah hasrat kerajaan untuk
mencapai perpaduan yang berbentuk konsep satu Malaysia tidak lama lagi. Secara
tidak langsung, negara akan dapat merealisasikan pelan yang dilancarkan oleh
Datuk Seri Najib Razak. Kejayaan ini akan berupaya meningkatkan taraf Malaysia
pada pandangan negara asing.

Você também pode gostar