Você está na página 1de 9

PENGENALAN KEPADA PENGASAS

o Fazli Zakaria – dilahirkan pada tahun 1982 di Batu Pahat, Johor.

o Anak kedua daripada lima orang adik-beradik.

o Pendiam dan jarang bercakap semasa kecil tetapi hanya di dalam keluarga,

dengan kawan-kawan sebaliknya.

o Sering membuat perkara-perkara yang akan akan membuat orang lain marah

tanpa berfikir panjang.

o Suka bersaing semasa di sekolah rendah dan sering mendapat keputusan

yang baik, walaubagaimanapun semasa ke sekolah menengah menjadi

malas dan terikut-ikut perangai kawan-kawan. Kemudian bertukar ke sekolah

lain di tingkatan 4 dan lima menjadi rajin dan mula bersaing semula dalam

pelajaran dan mendapat keputusan yang agak baik di peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia Vokasional.

o Mendapat diploma dari universiti dan mengambil masa yang sangat panjang

untuk menamatkannya kerana menjadi tersangat malas dan hanya

memikirkan kesenangan dan kebebasan bersama kawan-kawan. Tidak fokus

kepada pelajaran. Pemikiran yang berubah-rubah.

o Sering berubah dalam bertingkahlaku dan cuba mencari jalan menyelesaikan

masalah. Perlukan pendedahan tentang sesuatu serta kebergantugan yang

tinggi. Kepercayaan yang tinggi dan kadangkala tertipu kerana terlalu tinggi

kepercayaan .

1|Page
PENGENALAN KEPADA TEORI

 Manusia mempunyai ciri-ciri yang unik yang diciptakan dan sering

menimbulkan pelbagai persoalan dalam melakukan sesuatu perkara.

 Semua manusia mempunyai pendapat dan pemikiran, dapat mengawal hala

tuju hidup, bebas mengejar minat tanpa mengganggu hak orang lain.

 Manusia sering berubah-rubah dalam bertingkahlaku dan menyesuaikan diri

dengan situasi, persekitaran, budaya dan pengalaman lepas. Perlu

kerjasama individu lain.

PANDANGAN TENTANG TABII MANUSIA

o Motivasi tercetus atas desakan hidup.

o Tingkah laku akan sering berubah mengikut peredaran masa, kepentingan,

gaya hidup dan tidak terlalu kepada warisan kerana manusia mempunyai akal

fikiran danboleh berfikir sendiri tentang sesuatu.

o Tingkahlaku di lihat dari sudut persepsi – cara individu bertingkahlaku dan

menyesuaikan diri dengan situasi biasanya konsisten dengan cara individu

mempersepsi dirinya dan situasi di persekitarannya. Kendiri yang terhasil

daripada pengalaman merupakan asas kepada persepsi. Persepsi dan

interaksi seseorang dengan persekitaran akan berubah jika konsep kendiri

berubah.

o Kecenderungan ke arah kesempurnaan kendiri – individu memiliki motivasi

kea rah perkembangan, penyesuaian, sosialisasi, kesedaran kendiri dan hak

peribadi. Cara manusia mencari dan memenuhi keperluan khusus dan motif

meningkatkan penghargaan kendiri.

o Perhatian diberikan kepada kepercayaan, pandangan dan persepsi individu

serta melihat dunia dari dalaman manusia itu sendiri.

2|Page
o Manusia adalah baik dan boleh dipercayai – manusia mempunyai cirri-ciri

boleh dipercayai, boleh diharap, membina dan baik. Ciri-ciri negative lahir

kerana sikap mempertahankan diri yang memesongkan individu dari sikap

atau sifat semulajadinya yang positif yang berpunca dari ketidakselarasan di

antara kendiri ideal dan kendiri sebenar.

ANDAIAN ASAS DAN PRINSIP TEORI

 (a) Kerohanian

 (b) Arahan-kendiri

 (c) Kerja, rekreasi dan masa lapang

 (d) Persahabatan

 (e) Kasih sayang

 (f) Perkembangan hidup

 Keenam-enam kehidupan ini berinteraksi secara dinamik dengan beberapa

daya hidup seperti keluarga (family force) , masyarakat, agama, pendidikan,

kerajaan, media dan perniagaan / perindustrian

 Tugas kehidupan dan daya hidup berinteraksi antara satu sama lain. Ia

dipengaruhi oleh peristiwa global dan kejadian semula jadi atau manusia

secara positif atau negatif. Semua tugas kehidupan saling berkait dan

berinteraksi antara satu sama lain.

3|Page
MATLAMAT TERAPUTIK

o Mendidik klien, membantu mereka memperolehi nilai berdasarkan

kepentingan sosial.

o Memberi maklumat, mengajar, membimbing dan memberi galakan

o Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kaunseling yang egalitarian

o Menganalisis dinamik – gaya hidup, matlamat dan faktor yang mempengaruhi

o Membuat interpretasi bagi menghasilkan wawasan

o Mengorientasi dan mendidik semula klien dengan perubahan tingkahlaku

yang sihat

PERANAN KAUNSELOR

o Menjadi tempat bagi klien untuk membincangkan masalah dan tempat klien

melepaskan perasaan dalamannya yang menjadikan kaunselor sebagai

pendengar yang baik

o Membuat penilaian berdasarkan kisah hidup dan pengalaman serta sesuatu

peristiwa dari awal permulaan

o Mengingatkan tentang agama di mana merupakan asas yang sangat penting

dalam merubah dalaman seseorang walaupun klien sendiri mengetahuinya

o Berkongsi interpretasi, pandangan, pendapat dan perasaan dengan klien

o Meningkatkan hubungan teraputik

o Memberi tugasan kepada klien yang bertujuan merubah klien ke arah

kebaikan

o Fokus kepada aspek kognitif serta melibatkan modifikasi tahap motivasi

o Kaunselor bukan sahaja menukar tingkahlaku tetapi juga menghasilkan tahap

motivasi baru yang positif dalam diri klien

4|Page
TEKNIK-TEKNIK

1) Membina Hubungan

2) Meneroka latarbelakang klien

3) Menerokai kekuatan potensi klien

4) Mengenalpasti matlamat klien

5) Mengenalpasti alternative yang ada

6) Membuat pilihan

7) Membuat tindakan

8) Penamatan

9) Susulan

1.) MEMBINA HUBUNGAN

 Proses kaunseling dimulakan dengan membina hubungan yang baik

dengan klien. Kaunselor menenangkan emosi, relaks, tenang dan tidak

menggelabah. Kaunselor melayan dengan mendengar luahan perasaan klien.

Kemesraan adalah syarat kepada kepercayaan dan kerjasama antara

kaunselor dank lien.

 Kemahiran mendengar, memberi respon, hormat, ketulinan dan

mempercayai klien boleh berubah

 Teknik terlibat – melayan dan mendengar, mengenalpasti dan

menjelaskan matlamat, membekalkan empati

2.) MENEROKA LATARBELAKANG KLIEN

 Kaunselor harus meneroka latar belakang klien. Kaunselor harus sedar

bahawa klien terdiri daripada pelbagai latar belakang. Hal ini meliputi hal-hal

5|Page
yang berkaitan pergaulan, pendidikan, latarbelakang keluarga, layanan

keluarga, layanan sekeliling dan sebagainya.

 Pencapaian dan peristiwa-peristiwa lampau juga perlu diambil kira.

 Mengenali gaya hidup klien – menumpukan kepada perasaan, motives,

kepercayaan dan matlamat

 Cara berinteraksi dengan keluarga dan persekitaran

 Perasaan dan pemikiran

 Kenangan yang dapat diingati dengan jelas

 Klien boleh diminta mengimbas semula dengan memejamkan mata

 Kaunselor boleh menggunakan soalan soalan yang berkaitan

3.) MENEROKA KEKUATAN DAN KELEMAHAN KLIEN

 Kaunselor perlu menerokai kelemahan dan kekuatan klien. Penerokaan itu

meliputi aspek minat, personality, nilai pencapaian individu. Di samping itu

penerokaan aspek sikap, konsep kendiri, aras motivasi dan lain-lain juga

boleh di sentuh.

 Kaunselor perlu memerhatikan aset, dan kekuatan klien

4.) MENGENALPASTI MATLAMAT

 Kaunselor perlu mengenalpasti beberapa matlamat yang sesuai dengan

potensi diri klien secara bersama dengan kaunselor.

 Klien perlu ada matlamat untuk berjaya dalam sesi

6|Page
5.) MENGENALPASTI ALTERNATIF YANG ADA

 Kaunselor perlu mengenalpasti alternative yang berkaitan dengan matlamat

yang dikenalpasti. Kebaikan dan keburukan setiap alternative yang perlu

ditentukan dan dikenalpasti.

 Klien memahami masalah dirinya

 Memahami perkara-perkara atau tindakan yang menyumbang kepada

masalah tersebut

6.) MEMBUAT PILIHAN

 Berdasarkan matlamat dan alternative yang telah dikenalpasti kaunselor dan

klien perlulah berbincang agar satu keputusan berkaitan pilihan dapat

dilakukan dan bagaimanapun keputusan akhir kerjaya perlu dibuat ditentukan

oleh klien sendiri.

7.) MEMBUAT TINDAKAN

 Setelah klien menetukan keputusan pelan tindakan atau perancangan untuk

mencapai matlamat yang telah diputuskan boleh dibincangkan bersama.

Proses membuat tindakan ini adalah proses perlaksanaan langkah pertama

kepada matlamat. Oleh yang demikian klien harus mempunyai keazaman dan

berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat.

8.) MENAMATKAN SESI

 Penamatan sesi perlu dilakukan setelah klien berjaya menyelesaikan masalah

yang dialaminya. Penamatan dilakukan secara formal. Selaras dengan

falsafah kaunseling mengajar individu agar tidak bergantung kepada orang

lain. Setelah sesi ditamatkan maka hubungan kaunseling yang wujud antara

7|Page
kaunselor dank lien terputus sendiri dank lien terpaksa berdikari

menyelesaikan masalahnya sendiri.

9.) SUSULAN

 Kaunselor hendaklah membuat tindakan susulan untuk menentukan jika ada

apa-apa masalah yang dihadapi oleh klien dari semasa ke semasa.

Contohnya kaunselor boleh telefon, menghantar sms, emel, memo,

pertemuan ringkas dan sebagainya.

 Membuat keputusan dan mengubahsuai matlamatnya

 Menggalakkan klien berkelakuan spt diingininya

8|Page
RUMUSAN

Kaunselor perlu mempunyai kemahiran kaunseling individu bagi memudahkan

perjalanan sesi kaunseling dan mengenalpasti masalah. Selain membuat kajian,

pengalaman dalam mengadakan sesi kaunseling amat perlu supaya kaunselor bijak

dalam mengendalikan sesi. Klien akan berubah sekiranya dibantu dan diberi

pendedahan kerana setiap manusia mempunyai akal fikiran dan akan sentiasa

berubah.

9|Page

Você também pode gostar