Você está na página 1de 2

LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib


dilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan GuruMalaysia ini.
Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah di negara kita. PBS merupakan
pengalaman pertama bagi saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) semester 1 Bahasa Kadazandusun. PBS ini memerlukan saya
ke sekolah untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberi. Saya telah
menjalankan PBS di Sekolah Rendah Kebangsaan Don Bosco, Bundu Tuhan,
Ranau, Sabah. Saya memilih sekolah ini kerana berdekatan dengan rumah saya.
Tujuan utama saya untuk ke sekolah ini adalah kerana mengetahui lebih dalam
tentang sekolah tersebut dan mendapatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman
menjadi seorang pendidik.
Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya telah mempelajari banyak perkara
baru berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaanguru semasa mengajar dan
suasana serta iklim kelas itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS, saya mendapati
diri saya banyak berlaku perubahan dalam melengkapkan diri untuk menjadi
seorang guru yang baik dan berdedikasi. Antaranya adalah dari segi penampilan,
pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak sekolah, para guru
dan murid-murid serta kakitangan sekolah.
Melalui PBS juga, saya mendapati diri saya banyak berubah ke arah
pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan
kepada perasaan. Kawalan emosi sangat penting, kerana emosimerupakan segala
tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Saya menyedari bahawa emosi yang
negatif membawa keburukan kepada diri kita. Selain itu, saya dapat meningkatkan
keyakinan diri saya selepas menjalankan PBS ini. PBS ini mengajar saya untuk
lebih berketerampilan dan berkeupayaan bergaul mesra dengan masyarakat
sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid.
Di samping itu, ia juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu
pengetahuan. PBS juga banyak menyedarkan saya saya tentang keperluan orang
lain yang berbeza-beza terutamanya murid-murid kerana mereka dalam proses
membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri. PBS juga membolehkan saya
menjadi bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Tambahan
lagi, saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang
ramai dengan mewujudkan dasar keterbukaan dan telus dalam pergaulan. Melalui
PBS juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat
dalam kalangan guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk
mencapai persefakahaman. Malah saya juga dapat menyesuaikan diri dengan idea-
idea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima.
Saya juga menyedari bahawa tanggungjawab seorang guru bukanlah perkara
yang mudah terutamanya dalam menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi
kemudahan dan informasi. Selain itu, suasana sekolah yang ceria, kondusif dan
merangsang pembelajaran adalah sangat penting untuk melahirkan murid yang
harmonis dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Untuk
mencapai hasrat ini, iklim dan budaya sekolah mestilah berada dalam keadaan
selesa dan aman damai.
Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak memberiinput
yang berguna kepada semua guru pelatih. Oleh itu, saya berasa amatbersyukur
kerana diberi peluang untuk menjalani PBS ini walaupun ini merupakan pengalaman
pertama saya. Saya berasa sungguh sedih untukmeninggalkan sekolah ini kerana
warga sekolah tersebut sangat baik dan memberi kerjasama yang baik. Pengalaman
yang diperolehi akan sentiasa saya ingati serta akan saya aplikasikan apabila saya
bergelar seorang guru kelak.

Você também pode gostar