Você está na página 1de 7

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringakasan yang tiap
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :.
Nama Penulis : Juliah bt Mansor ( 680615 06 5030 )
Tarikh : 30 Ogos 2012


PENGHARGAAN

Alhamdullilah ,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t dan junjungan
Nabi Muhammad s.a.w, tugasan BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang
telah dianugerahkan olehNya.

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Husin Fateh Din
selaku pensyarah pembimbing yang terlalu banyak membantu, dan juga sebagai pemudahcara
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu
daripada beliau, mana mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini dengan baik. Terima
kasih di atas segala nasihat dan motivasi serta bantuan yang telah diberikan terutamanya
penerangan yang jelas beliau tentang aspek pemulihan dan penyediaan slaid cerita rakyat
dalam bentuk power point.

Akhir tinta, sekali lagi kami menitipkan sekalung penghargaan terima kasih
kepada semua yang membantu menyiapkan tugasan ini.Sesungguhnya bahasa merupakan
sesuatu yang indah. Dengan bahasa kita mendapat ilmu. Melalui bahasa kita bersatu.Dengan
bahasa kita berkongsi pelbagai suka duka dengan orang lain.Segala perkongsian adalah untuk
kebaikan, namun jika terdapat kekurangan, semuanya bukan disengajakan. Sesungguhnya
perkongsian itu sesuatu yang terindah. Yang Baik Itu Dari Allah s.w.t, Yang Buruk Itu Adalah
Kelemahan Sendiri.




ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 PEMULIHAN 3
2.1 Rasional dan Objektif Pendidikan Pemulihan 4
3.0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN DALAM
KELAS BIASA DAN KELAS KHAS 8
4.0 PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI PENGAJARAN
PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA DAN KELAS KHAS 10
5.0 PENGAYAAN 16
5.1 Rasional dan Objektif Pendidikan Pengayaan 17
6.0 PENUTUP 19

PENUTUP
REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN
BORANG KOLABORASI
REFLEKSI

Syukur alhamdullilah, dalam masa yang ditetapkan tugasan ini dapat disiapkan dengan
baik sekali. Penerangan yang jelas tentang kerja kursus projek telahpun diberikan oleh Pn.Siti
Hajar pada interaksi ke dua iaitu Sabtu 28 Julai 2012. Kesungguhan beliau memberi penjelasan
dan kata-kata motivasi telah menyuntik semangat saya yang telah berusia untuk menghasikan
sesuatu yang terbaik. Bukan senang menjadi guru,bukan tugas mudah menjadi guru yang
masih belajar, namun ia bukanlah penghalang untuk saya meneruskan cita cita dan harapan
untuk berjaya.
Tajuk tugasan yang diberi iaitu Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan, diteliti dan untuk
memastikan semua aspek yang diperlukan dalam kerja projek ini menepati dengan kehendak
soalan. Tugasan dibahagikan kepada dua bahagian di mana bahagian pertama saya
menyediakan grafik dan huraian berkaitan dengan konsep, objektif rasional pendidikan
pemulihan dan pengayaan. Saya juga telah menghuraikan pengelolaan dan strategi pengajaran
pemulihan dalam kelas biasa dan kelas khas.
Bahagian kedua saya memilih cerita rakyat Lagenda Mahsuri yang disediakan dalam
bentuk grafik power point. Cerita ini merupakan aktiviti pemulihan bagi kemahiran bacaan
murid murid tahun 2. Jenis bacaan yang saya pilih ialah bacaan mekanis. Bacaan mekanis
merupakan bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,
dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat
pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa
sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan
mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-
kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. Jalan cerita yang
menarik, tulisan yang diwarnakan mengikut suku kata dan grafik yang menarik, pastinya murid
murid akan berminat untuk membaca.
Menghuraikan aspek pemulihan ini terutama aktiviti bacaan,mengingatkan saya akan
betapa pentingnya muridmurid menguasai kemahiran ini selaras dengan saranan Pusat
Perkembangan Kurikulum ( 2003 ) yang menyediakan satu pendekatan terancang dan
berstruktur agar objektif pembelajaran dapat dicapai.Golongan pendidik seperti saya amat perlu
menitikberatkan minat dan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran membaca. Saya
percaya melalui kreativiti guru,seperti penyediaan bahan bacaan cerita rakyat menerusi power
point ini, proses pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai. Bahan yang disediakan
amat pratikal dan berfaedah untuk perkembangan murid murid agar keupayaan kognitif
mereka dapat dipertingkatkan serta masalah buta huruf dapat diatasi. Cerita rakyat Lagenda
Mahsuri merupakan cerita yang banyak mengandungi nilai moral. Ia juga dapat dikaitkan
dengan pusat peranginan iaitu Pulau Langkawi,malah ia juga telah difilemkan untuk tujuan
hiburan yang telah dimasukkan unsur unsur pengajaran.Ini akan menambahkan pengetahuan
sedia ada murid.
Melaui kerja projek yang disediakan, amat menginsafkan saya bahawa murid murid
yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah, amat memerlukan perhatian dan bimbingan
terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Mereka
juga ingin berjaya dan paling diharapkan murid murid ini mendapat peluang meneruskan
pelajaran mereka seperti murid murid biasa. Penyediaan power point juga telah
menambahkan kemahiran saya dalam ICT. Penyediaan bahan pengajaran menggunakan
computer ini bukan sahaja disediakan untuk memenuhi tugasan kerja projek, malah akan saya
pratikkan seterusnya di dalam kelas. Ini bertepatan dengan Norhashim et al.(1996) bahawa
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan memberi kesan yang besar dan bermakna
terhadap kualiti pembelajaran.
Berada di bawah bimbingan pensyarah yang sangat prihatin ,serta tunjuk ajar yang
murni En.Husin Fateh Din, membuatkan saya berpuas hati akan tugasan yang dihasilkan.
Dalam melaksanakan tugasan terutamanya berkum,pulan mengajar saya erti sabar dan disiplin
yang tinggi kerana guru yang benar-benar berjaya ialah guru yang mengibaratkan dirinya
seperti lilin yang terus menyinar diikuti dengan sinaran lilin yang baru. Moga apa yang
dihasilkan benar benar berkualiti, insyaAllah.
Hujan lebat kilat menyambar,
Hingga nampak pasar dan pecan,
Sebarang pekerjaan tekun dan sabar,
Apa dihajat Tuhan kurniakan.
-Koleksi Pantun Zakaria Hitam-

Juliah bt Mansor
680615-06-5030
RUJUKAN

Kamarudin Hj.Kachar. (1989). Ke Arah Pengurusan Pelajar Dinamik. Teks Publishing
Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Baru. ( 1989 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.

KSSR Modul Pembelajaran teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Teras Tema Dunia
Sains dan Teknologi . ( 2010 ) Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian
Pembangunan Kurikulum

Majalah Pendidik . ( bil 18-2005 ). Widad Publication Sdn Bhd

Modul LINUS Literasi. ( 2010 ). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Mook Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Murid dan Alam Belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Rubiah Jusoh. ( 2008 ). Lagenda Mahsuri. Nur Ilmu Publications.

Yaakub Isa. (1994). Guru yang Efektif. Jawatankuasa Perayaan Hari guru Negeri
Pahang. Yeohprinco Sdn. Bhd

BORANG KOLABORASI
NAMA PENSYARAH : EN.HUSIN FATEH DIN
BIL TARIKH PERKARA CATATAN T / TANGAN






EN.HUSIN


JULIAH








EN.HUSIN


JULIAH














EN.HUSIN



JULIAH














EN. HUSIN



JULIAH















EN. HUSIN


JULIAH
EN.HUSIN


JULIAH

Você também pode gostar