Você está na página 1de 8

1

Pendatang Asing Tapi Ada IC (PATAI)








Daniel Jebon Janaun
Presiden
Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)






















Kota Marudu
24 September 2014


2






Pendatang Asing Tapi Ada IC (PATAI)

Daniel Jebon Janaun
Presiden
Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)





abah merupakan syurga pendatang asing. Kekayaan peluang pekerjaan dan
peluang mencari rezeki yang lain, seperti berniaga dan bertani, baik kecil-
kecilan, mahupun besar-besaran yang terbuka luas di negara ini, menjadi faktor
daya penarik imigran. Bukankah kehidupan yang makmur serta keamanan yang
terpelihara merupakan keperluan setiap insan, sama ada penduduk tempatan ataupun
imigran? Dorongan berhijrah itu akan bertambah kuat apabila di negara imigran itu
sendiri berlaku kekacauan, kemiskinan, penderitaan, dan seribu satu macam masalah
yang memaksa mereka ingin merantau dan mencuba penghidupan baru di negara
orang.
Ekoran daripada kedudukan Sabah yang strategik, pendatang asing mengintai
peluang ini dengan keinginan yang mendalam untuk dapat berhijrah dengan segera.
Tambahan pula dasar buruh Malaysia yang mesra pendatang asing menjadi faktor
pemangkin kehadiran beratus ribu pendatang asing di negara ini. Bagi imigran,
dengan peluang yang terbuka begitu, kenapa pula tidak mencuba nasib berhijrah,
bukan? Oleh sebab itu, negara Sabah menjadi tumpuan pendatang asing dari Filipina,
Indonesia, Pakistan, India, dan pelbagai negara yang lain.
Pendatang asing di bumi Sabah ini bukan isu biasa. Sebaliknya, isu
pendatang asing itu begitu kompleks dan rumit kerana telah berpanjangan sekian
lama tanpa penyelesaian konkrit dan berani dari awal lagi. Kini masalah warga asing
di Sabah telah bertambah kusut ibarat benang panjang yang kusut, sukar sekali
diuraikan dengan mudah, kecuali dengan tindakan kasar, seperti memotong atau
membakarnya sekali gus. Masalah pemberian kewarganegaraan kepada warga asing
dengan segera ini perlu diatasi dan dihentikan serta-merta.
Kehadiran pendatang asing di negara ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu
pendatang asing dengan izin (PADI) dan pendatang tanpa izin (PTI).

S
3


Rajah 2: Kategori Pendatang Asing




Pendatang Asing Dengan Izin (PADI)
Pendatang asing dengan izin (PADI) memiliki segala dokumen yang sah dan datang
ke negara ini dengan sah. Mereka juga tinggal di negara ini dengan sah selagi
dokumen mereka sah. Apabila dokumen pendatang asing dengan izin (PADI) ini
telah luput, jika ia belum memperbaharui dokumen berkenaan, dan pendatang asing
itu tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah (kerana telah luput kebenarannya),
maka pendatang asing berkenaan boleh diklasifikasikan sebagai pendatang tanpa izin
(PTI).
1


Pendatang Tanpa Izin (PTI)
Manakala, Pendatang Tanpa Izin (PTI) pula merujuk pada imigran yang datang ke
negara ini secara tidak sah. Istilah lain bagi tanpa izin ialah tidak sah. Imigran itu
tidak diizinkan untuk tinggal di negara ini. Kenapa imigran itu tidak sah atau tidak
diizinkan tinggal di negara ini? Pertama, imigran itu memasuki negara ini tanpa izin
iaitu tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang di negara
ini. Istilah lain bagi imigran ini ialah pendatang haram. Kedua, pendatang asing yang
pada mulanya datang ke negara ini secara sah melalui dokumen yang sah, tetapi
apabila dokumen itu tidak diperbaharui kerana tamat tempoh pendatang itu
dibenarkan berada di negara ini, maka ia menjadi pendatang asing tanpa izin.
Pendatang tersebut tidak diizinkan lagi untuk tinggal di negara ini dan kerana itu ia
dikehendaki kembali ke negara asalnya. Atau jika ia ingin tinggal lagi di negara ini,
pendatang itu perlu memperbaharui dokumennya supaya menjadi sah.


Rajah 3: Pendatang Tanpa Izin (PTI)


1
Dari segi bahasa, pendatang ertinya orang asing. Oleh sebab itu, kata asing tidak perlu
digunakan kerana dia merujuk perkara yang sama. Ia perlu disingkatkan menjadi pendatang
dengan izin (PDI) dan pendatang tanpa izin (PTI). Namun begitu, penulis menggunakan
perkataan asing sebagai suatu penegasan. Penulis menggunakan ungkapan Pendatang Asing
Dengan Izin (PADI), bukannya Pendatang Dengan Izin) walaupun kedua-duanya merujuk
perkara yang sama. Demikian juga, penulis menggunakan ungkapan Pendatang Asing Tanpa
Izin (PATI) menggantikan Pendatang Tanpa Izin (PTI) kerana kedua-duanya merujuk perkara
yang sama.
Pendatang
Asing
PADI PATI
4




PTI merupakan isu besar di Sabah memandangkan masalah ini tidak diselesaikan
dengan bersungguh-sungguh sejak dari awal lagi. Kehadiran mereka di negara ini
sememangnya tidak sah, namun mereka masih bebas tinggal di negara ini tanpa
sebarang tindakan tegas. Sepatutnya PTI ini tidak dibiarkan tinggal di negara ini
kerana kehadiran mereka tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. Masalahnya
kerajaan kita tidak mengambil tindakan untuk menyelesaikannya. Mereka dibiarkan
berada di negara ini. Akibatnya, mereka bebas menetap di sini, berkeluarga, dan
melahirkan anak-anak di sini dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Anak-anak Tanpa Negara
Kemudian mereka membesar dan membentuk komuniti yang besar. Maka wujudlah
anak-anak tanpa negara (stateless children).
2
Anak-anak tanpa negara ini menjadi
dewasa, dan kemudian berkahwin, berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang
ramai, juga tanpa negara. Ada di antara mereka yang mungkin mempunyai dokumen
pengenalan diri, namun kebanyakannya tidak ada. Maka masalah anak tanpa negara
(stateless children) ini berkembang dan berkembang sehingga membentuk komuniti-
komuniti baru yang lebih besar. Bayangkan betapa kroniknya masalah ini!
Selain PTI yang sudah lama berada di negara ini, PTI yang baru pula ada
lagi, yang turut mengeruhkan isu PTI yang sedia ada. Mereka tidak peduli lagi
dengan pihak berkuasa kerana mereka mempunyai hubungan keluarga dengan PTI
yang hadir sebelumnya. Mereka bertambah berani kerana keluarga mereka sebelum
ini pun tidak diambil sebarang tindakan. Yang penting, mereka bijak meloloskan diri
daripada serbuan dan tangkapan pihak berkuasa. Jika tidak ditangkap, mereka masih
bebas. Jika ditangkap, mereka boleh berikan rasuah kepada pihak berkenaan supaya
mereka tidak ditangkap ataupun mereka dibebaskan sekiranya terlanjur ditangkap.
Jika mereka ditangkap dan diambil tindakan untuk kembali ke negara asal, itu tidak
ada masalah, mereka boleh datang semula secara tidak sah. Mereka berkomuniti lagi.
Dan begitulah seterusnya.

2
Anak tanpa negara atau stateless children merujuk kepada anak yang tidak ada negara.
Kedua-dua negara, iaitu negara asal ibu bapa anak ini, dan negara baru di mana anak ini
dilahir tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara kerana mereka lahir tanpa negara.
Mereka lahir tanpa dokumen pengenalan yang sah sebagai warganegara.
PTI
PTI Lama
Anak-anak
Tanpa Negara
Ibu Bapa
PTI Baru
5


Isu PATAI dengan Dominasi Malaya
Sememangnya tanggungjawab memberi kewarganegaraan adalah atas budi bicara
pihak Kerajaan Persekutuan / Malaya @ Putrajaya. Mengikut proses biasa, seseorang
pendatang boleh mengemukakan permohonan menjadi pemastautin tetap apabila
mereka sudah berada lebih 10 tahun di mana-mana tempat di Malaysia. Istimewanya
di Sabah ini, bagi mereka yang terlibat dalam Projek IC, mereka akan terus mendapat
status warganegara dalam tempoh yang singkat.


Rajah 3: Kewarganegaraan Malaysia



Siapakah pendatang asing yang tidak ingin menjadi warganegara di negara yang kaya
seperti negara Sabah ini? Siapakah pendatang asing yang tidak ingin datang ke
negara Sabah apabila diberi taraf warganegara? Siapakah pendatang asing yang tidak
ingin mendapat kewarganegaraan apabila ditawarkan berbuat demikian dalam
tempoh yang singkat sedangkan dalam mana-mana negara di dunia ini terdapat
prosedur ketat untuk memperoleh status pemastautin tetap di negara berkenaan?
Siapakah pendatang asing yang tidak ingin menjadi warganegara pantas
apabila dijamin mendapat hak sama rata dengan penduduk tempatan? Siapakah
pendatang asing yang tidak ingin menjadi warganegara pantas apabila pemimpin
negara membenarkan pemberian taraf warganegara itu dengan mudah?
Siapakah pendatang asing yang tidak berlumba-lumba menjadi warganegara
pantas apabila tempoh masa untuk memohon warganegara itu dalam tempoh yang
singkat? Siapakah pendatang asing yang tidak ingin menjadi warganegara jika ada
yang datang ke kampung halaman sendiri menawarkan taraf warganegara di Sabah?
Percaya atau tidak, salah satu daripada kelebihan dan keistimewaan pendatang asing
di Sabah yang tertentu (bukan semua) ialah menjadi warganegara Malaysia dengan
segera (express).
3


3
Warganegara ekspres atau warganegara segera merupakan istilah kewarganegaraan yang
diberikan kepada pendatang asing dengan segera melalui usaha tertentu. Projek IC yang
dikaitkan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan
projek memberi kad pengenalan Malaysia (MyKad) kepada pendatang asing.
Kewarganegaraan
Malaysia
Penduduk Asal
Orang asing yang
memohon
kewarganegaraan
PATAI
6

PATAI di Sabah muncul berikutan dominasi Malaya ke atas Sabah.
Dominasi itu bertitik-tolak daripada penurunan status Sabah sebagai negara dan
matlamat Malaya untuk kekal menguasai Sabah selama-lamanya. Kita percaya dan
yakin bahawa Sabah tidak akan mempunyai PATAI apabila Sabah tidak diturunkan
statusnya.
Oleh kerana Sabah dan Sarawak merupakan negeri ke-12 dan ke-13, maka
Malaya berkuasa mengubah kedudukan demografi penduduk. Mengubah demografi
penduduk bukanlah perkara yang mustahil dan rumit dilakukan oleh pihak berkuasa
Malaya. Oleh kerana Persekutuan / Malaya @ Putrajaya memegang kuasa, mereka
boleh melakukan apa saja yang mereka suka untuk mengekalkan kekuasaan dan
dominasi mereka.
Sedangkan status Sabah dan Sarawak pun boleh diturunkan dari negara
kepada negeri, inikan pula demografi penduduk yang hanya berkaitan dengan isu
warganegara di atas kertas yang tidak boleh diubah! Penurunan status Sabah dan
Sarawak inilah yang menjadi kuasa pendorong yang utama yang menyebabkan pihak
Persekutuan / Malaya @ Putrajaya mencipta kewarganegaraan ekspres di Sabah.
Kalau bukan matlamat untuk kekal menguasai Sabah, PATAI tidak akan
berlaku. Oleh kerana mereka ingin kekal berkuasa, maka PATAI dicipta supaya kekal
mengundi mereka dan mereka kekal di tampuk pemerintahan.
Kewujudan PATAI di Sabah bukan secara kebetulan. Sebaliknya, kewujudan
itu dirancang sedemikian rupa supaya mereka berada di bumi Sabah, tanah tumpah
darah kita, tetapi bukan tanah tumpah darah mereka yang bergelar PATAI. Para
pendatang ini mendapat kad pengenalan Malaysia dan mereka dilahirkan di Sabah.
Istilah mudah untuk golongan ini ialah PATAI, iaitu akronim bagi pendatang asing
tapi ada IC (kad pengenalan).
Mari kita berkenalan dahulu dengan PATAI ini supaya kita dapat
membezakan identiti kita sebagai warganegara tulen dengan identiti mereka sebagai
warganegara rekaan. Namun, sebelum penulis mendedahkan identiti ringkas mereka,
penulis ingin memaklumkan lebih awal bahawa pendedahan kaum dan agama mereka
tiada apa-apa kaitan dengan sentimen perkauman dan agama. Perkara ini perlu
ditegaskan untuk mengelakkan kekeliruan.
Tidak perlu bertanya sama ada benar atau tidak perkara ini, yang sepatutnya
ditanya ialah berapa jumlah mereka setakat ini di Malaysia, khususnya di Sabah
kerana PATAI benar-benar wujud. Dengan sendirinya apabila pendatang asing ini
dilahirkan di Sabah dan memiliki MyKad, iaitu kad pengenalan bemutu tinggi yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), mereka semuanya warganegara.
Kewarganegaraan mereka adalah rekaan semata-mata kerana mereka pendatang asing
dan bukannya penduduk tempatan di Sabah. Jika pendatang asing, mana mungkin
mereka dilahirkan di Sabah, bukan? Mungkin anak-anak pendatang asing ini
dilahirkan di Sabah, tetapi generasi pendatang ini bukan berasal dan dilahirkan di
Sabah.
PATAI merupakan individu istimewa yang mendapat perhatian utama pihak
Kerajaan Persekutuan / Malaya @ Putrajaya. Hal ini demikian kerana tanggungjawab
memberi kewarganegaraan adalah tanggungjawab mereka. Lambat ataupun cepat
prosesnya, kewarganegaraan itu tetap dikuasai mereka. Dan, mereka boleh
mengeluarkan kelulusan tersebut.
Sebagaimana status warganegara mereka semuanya rekaan belaka, semua
maklumat yang terdapat di dalamnya adalah rekaan juga. Namun, dua maklumat
7

sahaja yang terlalu penting untuk kita bahaskan kerana dua maklumat ini
merumuskan maklumat-maklumat yang lain. Dua maklumat itu tidak lain dan tidak
bukan, bangsa dan agama. Bangsa dan agama direka dengan sedemikian rupa supaya
demografi penduduk yang baru dapat dihasilkan. Mereka diagihkan di tempat yang
sesuai mengikut kawasan Parlimen ataupun DUN yang tertentu. PATAI ini boleh
mengundi. PATAI ini boleh menubuhkan parti politik. PATAI ini boleh menubuhkan
persatuan. Apakah impaknya ke atas rakyat tempatan?
Bangsa mereka yang bergelar PATAI ini tentulah Melayu dan agama mereka
pula tentulah Islam. Bukan prejudis kepada kaum dan agama ini, tetapi
kenyataannya ialah semua PATAI itu berbangsa Melayu dan Islam. Itulah sebabnya
wujud ungkapan Melayu baru.

Adakah PATAI sah?
Adakah PATAI sah? Dilihat dari satu segi, sekiranya pendatang asing memiliki kad
pengenalan, kita perlu bertanya siapakah yang pengeluarkan kad itu? Jika kad itu
tulen, bererti ia dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Jika kad itu palsu, ia
bukan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sebaliknya ia mungkin
dikeluarkan oleh pihak tertentu, misalnya sindiket tertentu yang mengeluarkan kad
pengenalan palsu (yang menyerupai MyKad).
Jika kad pengenalan (MyKad) Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara, maka kad pengenalan itu sah. Perlu diingat bahawa hanya
warganegara Malaysia sahaja yang diberi kad pengenalan MyKad yang menandakan
kerakyatannya. Maka kad pengenalan palsu tidak sah. Ini bermakna kewujudan
PATAI di Sabah memang sah kerana mereka memiliki kad pengenalan Malaysia
(MyKad).

Apakah hak dan keistimewaan PATAI?
Sama ada penduduk asal, orang asing yang mendapat kewarganegaraan kerana
kelulusan undang-undang negara ini, ataupun PATAI, mereka merupakan
warganegara Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, mereka memiliki
keistimewaan yang sama kerana mereka juga warganegara. Mari kita lihat implikasi
kewujudan PATAI ini dengan lebih dekat.
Mahukah kita menerima PATAI sebagai warganegara Malaysia yang
bermastautin di Sabah? Fikir baik-baik dan bertindaklah dengan bijaksana. Jika kita
katakan kita tidak mahu menerima PATAI sebagai warganegara Malaysia, apakah
tindakan yang kita boleh ambil? Meneliti implikasi atau kesan atau akibat yang kita
terima daripada perbuatan memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing
tanpa mengikut prosedur dan undang-undang ini, kita sebenarnya berhak
mengatakannya, tidak! Kita tidak mengiktiraf, menerima, dan mengakui PATAI
sebagai warganegara Malaysia yang tinggal di Sabah.
Persoalannya, kenapa kita tidak mahu menerima PATAI sebagai
warganegara Malaysia sedangkan apabila kad pengenalan Malaysia (MyKad) sudah
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara kepada pendatang asing, bererti mereka
adalah warganegara ekspres? Perlu diingatkan bahawa PATAI ini memiliki kad
pengenalan Malaysia yang menandakan mereka adalah warganegara. Soalan yang
sebenar yang patut kita kemukakan ialah patutkah atau wajarkah tindakan
8

memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing itu dilakukan sedangkan
mereka tidak layak diberikan kad pengenalan / tidak layak menjadi warganegara?
Soalan ini amat penting sebagai pembangkit kepada semangat kita untuk
menegakkan keadilan dan kebenaran untuk Sabah dan rakyat asalnya! Setiap insan
yang rasional, patriotik, mempunyai jati diri Sabah, tidak akan menerima perbuatan
ini. Penulis percaya bahawa setiap individu Sabahan yang serius memikirkan hal ini
akan mendapat jawapan yang tepat dan sama, kita langsung tidak dapat menerima
perbuatan pengkhianatan ini!
Jika kita katakan mahu menerima PATAI sebagai warganegara, maka bererti
PATAI akan menjadi warganegara terpantas di dunia dan kejadian itu hanya berlaku
di Malaysia, di bumi Sabah ini. Ini bererti, pendatang asing ini mempunyai hak dan
keistimewaan yang sama seperti penduduk asal, walaupun mereka datang dari negara
luar dan berada di negara. Aneh sungguh, sedangkan penduduk asal di Sabah pun
masih ramai yang tidak memiliki kad pengenalan (MyKad) kerana berada jauh di luar
bandar dan pedalaman, tetapi dengan mudahnya pendatang asing diberikan kad
pengenalan. Bayangkan sedikit masa lagi, mereka ini akan menjadi pelarian di bumi
sendiri. Kenapa? Sebab, mereka tidak memiliki kad pengenalan, sedangkan orang
asing sudah memiliki kad pengenalan. Prosedur mendapat kad pengenalan begitu
ketat sedangkan bagi pendatang asing, mudah dan segera!
Sebenarnya, sama ada kita mahu atau tidak mahu menerima PATAI sebagai
warganegara Malaysia yang tinggal di Sabah, kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana
yang melakukan pengkhianatan ini ialah Kerajaan! Kita tidak dapat berbuat apa-apa
kerana Kerajaan yang ada sekarang telah melakukannya. Apakah gelaran yang boleh
kita berikan kepada mereka yang melakukan tindakan ini? Pengkhianat kepada
negara! Siapakah yang melakukan tindakan ini? Kita percaya bahawa tindakan ini
dilakukan bukan setakat individu tetapi satu golongan yang memegang kuasa atau
diberi kuasa oleh pihak yang berkenaan. Siapakah pihak yang mempunyai kuasa ke
atas Kementerian Dalam Negeri? Malaya! Ia sebuah kerajaan. Kerajaan yang
melakukan pengkhianatan kepada negara seharusnya
Adakah anda bersetuju dengan tindakan memberikan kewarganegaraan
ekspres @ PATAI? Adakah anda bersetuju dengan tindakan pengkhianatan ini?
Sudah tentu tidak. Rakyat tempatan Sabah berada di ambang kehancuran. Ini
memang dirancang. Kehancuran terhadap mereka akan berlaku apabila bilangan
PATAI mengatasi penduduk tempatan. Jika kadar kelahiran individu PATAI lebih
tinggi berbanding orang tempatan, yang kini mereka lebih tinggi, dalam tempoh 30
tahun akan datang, rakyat tempatan Sabah sudah tidak ada harganya di bumi sendiri.

Penutup
Pemberian kad pengenalan MyKad (yang menandakan kewarganegaraan Malaysia)
kepada warga asing, tidak dapat kita terima, tetapi itulah yang berlaku. Akibat
perbuatan memberi kewarganegaraan segera kepada pendatang asing ini bukan biasa-
biasa.

Você também pode gostar