Você está na página 1de 2

Apakah yang dapat saya pelajari dari Manuskrip Melayu?

Dalam masyarakat Melayu yang tidak banyak sumber maklumat, manuskrip Melayu
adalah satu-satunya maklumat pribumi yang bertulis yang kita warisi sehingga kini.
Kebanyakan manuskrip boleh dikaji dari banyak segi, contohnya budaya, bahasa,
agama, perubatan, sains dan falsafah selain dari kajian sastera dan sejarah yang
menjadi tunjang utama kebanyakan kajian manuskrip. Selain itu, pola penulisan
manuskrip dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu tidak hanya berpandukan
pada sastera dan sejarah semata-mata, tetapi bertujuan memaklumkan, mendidik
dan menghiburkan secara umum. Kesemua maklumat itu, tidak kira bersifat
praktikal mahupun moral telah disampaikan secara langsung atau tidak langsung.
Sekaligus membincangkan pemikiran, pendidikan, hiburan dan panduan dalam
beberapa buah manuskrip itu untuk menolong bangsa Melayu dalam menyelesaikan
masaalah mereka dan juga dapat membantu mereka memperbaiki taraf hidup
mereka dari masa ke masa.
Manuskrip Melayu merupakan sumber maklumat yang mengandungi pemikiran,
akal budi masyarakat pribumi Melayu dan ilmu yang terawal. Manuskrip Melayu
merupakan satu-satunya sumber maklumat pribumi yang kita warisi sehingga kini.
Isi kandungan manuskrip kaya dan pelbagai, merangkumi ilmu astronomi, ilmu
penujuman, ilmu perubatan, ilmu tafsir mimpi, ilmu kias, ilmu bahasa, ilmu undang-
undang, ilmu pertanian dan banyak lagi. Kebanyakan manuskrip yang dijudulkan
sebagai sejarah atau hikayat boleh dikaji dari banyak segi, seperti bahasa, falsafah
dan budaya selain dari sejarah dan sastera. Manuskrip Melayu wajar diteliti sebagai
sumber maklumat secara umum kerana ruang pembelajarannya yang luas dan
meliputi pelbagai ilmu dan maklumat.
anyak manuskrip yang kita warisi pada hari ini adalah karya tulis dengan isi dan
maklumat. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa telah menceritakan tentang kisah
kedatangan Islam ke !usantara dengan cara yang sukar tetapi mempunyai jalan
cerita yang menarik. "ikayat ini juga memberikan maklumat tentang kewujudan
bersama "indu dan Islam. #leh kerana itu, terdapat pelbagai isi dan maklumat
dalam Manuskrip Melayu. erbekalkan pengetahuan yang sedia ada, kita akan
cuba mengupas mengapa Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan
lain-lain bukan sahaja karya kesusasteraan tetapi ia juga merupakan sumber
pemikiran orang Melayu.
Sejarah Melayu diiktiraf sebagai karya sastera agung yang memberi sumber penting
yang dapat diambil dari abad ke -$%. Ia bukan sahaja menceritakan tentang
kegemilangan raja-raja Melayu dan disulami dengan kisah-kisah lagenda yang
berbau metafora, tetapi juga menyampaikan ajaran daripada raja-raja Melayu masa
lalu tentang hukuman dan balasan. Didalam karya Adat Istiadat Raja-Raja Melayu
pula menceritakan tentang panduan membuat dakwat dan warna, aloi dan keris,
selain maklumat tentang adat istiadat dan pantang larang yang diamalkan orang
Melayu kelas bangsawan, unsur-unsur mitos juga diselitkan bersama teks sejarah
manuskrip. &alaubagaimanapun, antara sumber maklumat Melayu yang penting
adalah karya Sejarah Melayu, kerana karyanya bersifat didaktif yang bermaksud
mengajar dan menghiburkan. Ia pernah dan selalu dikaji dari segi sastera dan dari
segi sejarah, tetapi lebih wajar jika ia dikaji dari segi pemikiran dan falsafah.
Selain menyampaikan kebenaran agama, teks-teks ini juga menceritakan tentang
sastera dan sains walaupun dikarang khusus untuk raja-raja tentang hal-hal
pentadbiran dan pengurusan. Di dalam teks undang-undang, lebih banyak
pemerhatian telah diberi tentang undang-undang dan maklumat berkaitan undang-
undang dan hukuman, keselamatan serta keadilan.
Di dalam karya 'agenda (uteri )unung 'edang, mengajar kita tentang hawa nafsu
yang tidak dikawal oleh raja yang paling berkuasa di dalam Dunia Melayu ketika itu
perlu dikritik dan disekat. (engajaran dan kritikan disebalik kisah lagenda ini ialah
keangkuhan raja yang berkuasa, ketidakwarasan *kiran manusia yang sudah lupa
akan dirinya, dan juga tentang suara lantang seorang wanita dalam menegakkan
hak-haknya. Kisah ini ialah seorang puteri yang telah memperbodohkan seorang
raja dan seterusnya mematahkan egonya, itu merupakan perkara yang penting dan
boleh digunakan dalam menganalisa jiwa orang Melayu.
Sehubungan dengan itu, isu utama yang ditonjolkan dalam karya-karya tersebut
ialah raja sebagai pemimpin dan ketua eksekutif kepada rakyat haruslah bermoral
tinggi, adil dan cekap dalam pentadbiran, selain pandai memilih penasihat,
bendahara, panglima, dan pegawai sokongan yang diperlukan. +erita moral dan
kiasan juga yang ada kaitan dengan raja-raja di dalam teks-teks itu menyatakan
bahawa raja bukan sahaja menentukan nasib mereka sendiri tetapi juga nasib
rakyat jelata dan negara. #leh sebab itu, teks pensejarahan dan ketatanegaraan
telah dikarang untuk meyampaikan pengajaran dan pendidikan.

Você também pode gostar